7
PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2019 PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR KUANTAN, 31 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur telah berlangsung penuh meriah, warna-warni dan dalam suasana muhibah serta patriotik. Kira-kira 15,000 pengunjung hadir seawal 7.00 pagi membanjiri sepanjang laluan Jalan Mahkota, Kuantan bagi menyambut Hari Kebangsaan 2019 dan menzahirkan rasa cinta serta semangat patriotik kepada Negara.

PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2019 …€¦ · PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2019 PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR KUANTAN, 31 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan

  • Upload
    others

  • View
    25

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2019 PERINGKAT

NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

KUANTAN, 31 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri

Pahang Darul Makmur telah berlangsung penuh meriah, warna-warni dan dalam

suasana muhibah serta patriotik. Kira-kira 15,000 pengunjung hadir seawal 7.00

pagi membanjiri sepanjang laluan Jalan Mahkota, Kuantan bagi menyambut Hari

Kebangsaan 2019 dan menzahirkan rasa cinta serta semangat patriotik kepada

Negara.

Sambutan Hari Kebangsaan kali ini yang bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku :

Malaysia Bersih’ diserikan dengan keberangkatan KDYMM Pemangku Raja

Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin

Al-Mustafa Billah Shah dan turut mengiringi baginda, YAB Menteri Besar Pahang,

Dato’ Seri Wan Rosdy bin Wan Ismail, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’

Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak serta barisan kepimpinan negeri.

Pelbagai acara diatur bersempena program sambutan Hari Kebangsaan 2019

yang dipengerusikan oleh YB. Dato’ Haji Nazri bin Ngah, Ahli Majlis Mesyuarat

Kerajaan Pahang bersama-sama gabungan tenaga kerja oleh Pejabat Setiausaha

Kerajaan Pahang dan Briged Ke-Empat Mekanize, Angkatan Tentera Malaysia.

Antara acara perbarisan yang menarik perhatian pengunjung adalah Kontinjen

Pejuang Negara terdiri daripada pesara-pesara Badan Beruniform iaitu Veteran

PDRM, TUDM dan TLDM yang membabitkan 133 peserta. Disusuli Kontinjen

Pewaris Bangsa yang terdiri daripada 1028 pelajar sekolah di Negeri Pahang.

Perbarisan seterusnya adalah daripada Kontinjen Pemangkin Kejayaan Bangsa

yang disertai oleh kakitangan Jabatan Kerajaan dan Jabatan Berkanun iaitu

seramai 1,453 peserta. Perbarisan seterusnya disertai oleh Kontinjen Benteng

Pertahanan Negara yang terdiri dari anggota badan beruniform dengan kekuatan

seramai 908 anggota.

Acara bertambah meriah apabila Kontinjen dari pelbagai agensi NGO (Persatuan

Bukan Kerajaan) mempamerkan kenderaan masing-masing seperti basikal klasik,

kenderaan 2 roda dan 4 roda yang melibatkan sebanyak 563 buah kenderaan

termasuk Kontinjen dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja

Malaysia (PDRM) yang turut berarak masuk dengan mempamerkan aset masing-

masing seperti Kereta Perisai Adnan, Peluru Berpandu dan Kereta Kebal.

Selain itu, antara yang berjaya menarik perhatian penonton ialah Pembaca ikrar

yang diketuai oleh pelajar tahun 6 dari Sekolah Rendah Kebangsaan Teruntum,

Kuantan, Ahmad Zamil Zakwan yang merupakan pemain bola sepak bawah 12

tahun yang terpilih mewakili Malaysia di Kejohanan China dan Jepun. Turut

dipersembahkan teknik Tempur Tanpa Senjata (TTS) dan disusuli Pantomin

Leftenan Adnan oleh anggota ATM yang telah berjaya menyentuh jiwa para

penonton. Tidak ketinggalan juga dipertontonkan Terbang Lintas Pesawat Sukhoi

(Fly Pass) di ruangan udara oleh Tentera Udara DiRaja Malaysia dan Terbang

Lintas Pesawat Agusta AW 139 oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Kemuncak sambutan tersebut ialah penyampaian Sijil dan Hadiah oleh Pengerusi

Jawatankuasa Perbarisan dan Perarakan, YB. Dato’ Haji Nazri bin Ngah kepada

pemenang pertandingan bagi acara Perbarisan dan Perarakan :-

JOHAN SEGMEN 2 : KONTINJEN PEMANGKIN KEJAYAAN NEGARA

AGENSI

: KADET JABATAN PENGANGKUTAN JALAN(JPJ)

JOHAN SEGMEN 3 : KONTINJEN PENDORONG KEMAKMURAN NEGARA

AGENSI : PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG

JOHAN SEGMEN 4 : KONTINJEN PENDORONG KEMAKMURAN NEGARA

AGENSI : SKUAD PATROL DENGGI SMK (LKTP) CHEMOMOI

KONTINJEN PANCARAGAM

JOHAN : PANCARAGAM SMK AIR PUTIH

NAIB JOHAN : PANCARAGAM SMK (P) METHODIST

KETIGA : BRASSBAND SMK TANAH PUTEH