PPT PKB3103

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    1/44

    PKB 3104

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS

    BAHASA MELAYU

    Oleh :

    CIK SITI FATIMAH SALLEH

    Jabatan Pendidikan Khas

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    2/44

    PKB 3104 : KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

    Pengenalan kepada Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu

    1.Teori : Bahasa dan Komunikasi

    2.Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

    3. Kemahiran Lisan

    4. Kemahiran Membaca

    5. Kemahiran Menulis

    6.Kajian Sukatan dalam Huraian Sukatan Pelajaran

    7. Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    3/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1 : Teori:Bahasa & Komunikasi

    Pengenalan Kepada Bahasa

    Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang sangat penting dalamkonteks perhubungan sesama manusia. Melalui bahasa manusiadapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara satusama lain. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secaraformal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baikmembolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih berkesan

    lagi.

    Kanak-kanak keperluan khas bermasalah pembelajaran memangdiakui mengalami masalah dalam bahasa kemahiran berbahasa.Justeru mereka mengalami masalah untuk mengikuti pelajaran danjuga berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Guru perlumemahami masalah yang dihadapi pelajarnya supaya ia dapatmerancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    4/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori:Bahasa & Komunikasi

    Definisi dan Konsep Bahasa

    Bahasa merupakan alat untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa

    akan menjejaskan keberkesanan komunikasi seseorang. Tedapat berbagai-bagai definisi bahasa

    yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa dan juga linguistik. Di antaranya adalah seperti

    berikut:

    Bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk

    mewakili sesuatu. (Reed, C.A., 1994)

    Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun secara

    sewenang-wenangnya (arbitrary) untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung.

    (Simanjuntak, 1978)

    Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang dan dipersetujui

    dan digunakan untuk berkomunikasi. (Bloom, 1988)

    Daripada definisi bahasa di atas, jelas bahawa bahasa terdiri daripada lambang-lambang

    pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang (arbitrari). Menurut Hayakawa (1964),

    arbitrari bermaksud sebagai no necessary connection between the symbol and that which is

    symbolized

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    5/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

    KomponenBahasa

    Bahasa terdiri daripada 3 komponen iaitu bentuk, kandungan dan penggunaan.Komponen bentuk terdiri daripada fonologi, morfologi dan sintaksis. Komponen

    kandungan terdiri daripada semantik, manakala pragmatik termasuk dalam

    komponen penggunaan. Gabungan ketiga-tiga komponen ini mewujudkan bahasa

    interaksi.

    1.2.1 Bentuk bahasa

    Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan

    kombinasi bunyi.

    Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan

    pembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem).

    Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan

    perkataan-perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam

    lingkungan ayat tersebut.

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    6/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

    KomponenBahasa

    1.2.2 Kandungan Bahasa

    Semantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan

    pertuturan, kehendak, dan makna perkataan dan ayat.

    1.2.3 Fungsi Bahasa

    Pragmatik adalah sistem sosiolinguistik yang mencorak penggunaan bahasa

    dalam komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan atau

    percakapan.

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    7/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

    Penguasaan Tatabahasa

    Perkataan nahu atau tatabahasa adalah terjemahan daripada perkataan

    grammar. Perkataan grammar ini sebenarnya berasal daripada

    perkataan Greek yang memberi gambaran makna suatu seni bacaan dan

    penulisan. Perkataan ini kemudiannya digunakan sebagai istilah umum

    untuk kajian dan pemerian (penghuraian) bahasa.

    Sebenarnya pengertian nahu atau tatabahasa ini sangat luas. Namun

    secara mudahnya dapatlah ditakrifkan nahu atau tatabahasa ini sebagai

    satu bidang linguistik yang mengkaji dan memerikan bahasa secara

    saintifik dan kajiannya adalah ditumpukan kepada perkataan, proses

    pembentukannya dan proses penyusunannya dalam bentuk ayat

    (Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham, 1987).

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    8/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

    Dalam konteks penguasaan tatabahasa murid-murid bermasalah

    pembelajaran, ternyata ianya merupakan suatu masalah yang sangat

    rumit dan membelenggu kehidupan mereka. Ciri-ciri kemahiran bahasadalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran meliputi

    ketidakupayaan memperolehi bahasa reseptif yang tepat, ketidakupayaan

    memproses bahasa dengan tepat dan ketidakupayaan menguasai serta

    melahirkan bahasa ekspresif.Secara khusus masalah bahasa yang dihadapi oleh pelajar yang

    bermasalah pembelajaran termasuklah ;i. Mengingat kembali perkataanii. Memahami perkataan yang mempunyai pelbagai maknaiii. Menyatakan perkara atau bentuk yang abstrakiv. Menggunakan ayat yang betul dan lengkap (struktur tatabahasa)

    v. Meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahamivi. Mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan

    pendengar yang berbezavii. Menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksisviii.Memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain.

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    9/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

    Jenis Bahasa

    Bahasa dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu bahasa penerimaan / reseptif dan bahasa

    penglahiran / ekspresif. Kedua-dua jenis bahasa ini penting dalam melengkapkan proses berbahasa

    seseorang. Bagi individu normal, mereka mungkin tidak mempunyai masalah dari segi penguasaan

    kedua-dua jenis bahasa ini, akan tetapi bagi individu bermasalah pembelajaran ianya merupakan

    suatu masalah yang amat merumitkan.

    1. Penerimaan / Reseptif

    Proses memahami lambang-lambang bahasa pertuturan dinamakan Bahasa Penerimaan

    (Reseptive Language). Gangguan dalam proses ini disebut sebagai ReseptiveAphasia. Gangguan

    ini berlaku kerana masalah diskriminasi pendengaran, lemah daya ingatan pendengaran dan sukar

    mengaitkan makna perkataan. Kerencatan otak yang biasa dialami oleh kanak-kanak bermasalah

    pembelajaran juga menyebabkan mereka mempunyai masalah dalam bahasa reseptif ini.

    Permasalahan yang timbul dalam konteks bahasa reseptif ini ialah kesukaran menurut arahan,

    bergerak balas terhadap sesuatu rangsangan, memaham perkataan, membentuk konsep,

    memahami jenaka atau gestures dan mengikuti pelajaran lisan dan bacaan.

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    10/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

    2. Penglahiran / Ekspresif

    Proses menghasilkan pertuturan (sebutan) dan penulisan (tulisan) dinamakan Bahasa

    Penglahiran (Expressive Language). Gangguan di dalam proses ini disebut sebagai

    ExpressiveAphasia. Lain-lain istilah yang berkaitan ialah Dysnomia atau Anomia iaitu

    kesukaran mengingat dan menyebut perkataan atau nama-nama objek; dan Apraxia

    iaitu kesukaran menghasilkan (membunyikan) perkataan kerana gangguan saraf untuk

    motor alat artikulasi.

    Kanak-kanak yang mengalami bahasa penglahiran ini boleh mengumpul perbendaharaan

    kata, memaham makna perkataan dan mengikut arahan, tetapi tidak boleh mencari

    perkataan untuk digunakan dalam pertuturan, melahirkan (menyebut) perkataan dan

    menyusun perkataan-perkataan menjadikan ayat dalam sama ada dalam pertuturan dan

    penulisan.

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    11/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

    Masalah Bahasa Dan Komunikasi Dalam Kalangan Murid-

    murid Bermasalah Pembelajaran

    Seperti mana kanak-kanak normal yang lain, murid-murid

    bermasalah pembelajaran memerlukan bahasa untuk mereka

    dapat berkomunikasi dalam ruang lingkup hidup bermasyarakat.

    Malangnya mereka mengalami ketidakupayaan dalam aspek

    berbahasa menjadikan kehidupan mereka agak janggal pada

    pandangan masyarat sekeliling. Masalah mereka tidak harus

    dibiarkan begitu sahaja. Mereka perlu diberikan intervensi bahasa

    agar mereka dapat hidup secara lebih bermakna dalam kehidupan

    bermasyarakat.

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    12/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

    1. Masalah Bahasa dan Linguistik

    Dalam membicarakan masalah bahasa dan linguistik kanak-kanak

    bermasalah pembelajaran, masalah utama yang timbul ialah kesukaran

    dalam memahami arahan, masalah dalam komunikasi yang melibatkan

    kemahiran penguasaan bahasa reseptif dan bahasa penglahiran, masalah

    dalam amalan bersosial dan juga melibatkan masalah dalam bacaan,

    ejaan dan tulisan. Masalah bahasa dan linguistik bagi kanak-kanakbermasalah pembelajaran juga dapat diperjelaskan dalam kelompok atau

    komponen berikut;

    i. Fonologi

    Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinanmenghadapi masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap

    membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti

    nama untuk mama, blink untukdrink.

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    13/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori: Bahasa & Komunikasi

    ii. Morfologi

    Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan

    imbuhan yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan

    penggunaan tenses yang salah (bahasa Inggeris).

    iii. Sintaksis

    Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan

    kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam

    menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks.

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    14/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori : Bahasa & Komunikasi

    iv. Semantik

    Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan

    perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna

    perkataan yang tidak sesuai, dan tida berupaya memahami

    makna perkataan.

    v. Pragmatik

    Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan

    kanak-kanak memahami atau menggunakan bahasa dalam

    konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    15/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori : Bahasa & Komunikasi

    2. Masalah ArtikulasiMasalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran

    bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal, sehingga menyebabkan

    percakapan menjadi tidak tepat, tidak jelas, sukar difahami atau

    percakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada

    perkara-perkara berikut:

    i. penggantian

    ii. pengguguraniii. pengubahan, daniv. penambahan

    Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu

    perkataan digantikan dengan bunyi yang lain, misalnya malan

    untuk makan, dan wabbit untuk rabbit. Kesilapan ini sering

    berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang.

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    16/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU.Tajuk 1: Teori: Bahasa & Komunikasi

    Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau

    menghilangkan sesuatu bunyi konsonan. Pengguguran bolehberlaku di permulaan, tengah, atau akhir perkataan, misalnya

    idung untuk hidung,besa untuk besar, dan lain-lain.Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga

    boleh menghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalampenyebutan bahasa Inggeris misalnya perkataan sip disebut

    shlip. Sekiranya untuk perkataan susah, konsonan s disebutdengan hembusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh

    mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya sssyusyahPenambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam

    perkataan seperti bawa disebut bawah atau bawuah,animaldisebut ammanimal atau ammaminal.

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    17/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk1 :Teori : Bahasa & Komunikasi

    3. Masalah Kefasihan dan Rentak

    Gangguan kelancaran (masalah kefasihan dan rentak) melibatkan

    aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan

    pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan

    kelancaran pertuturan yang paling biasa. Seseorang dikatakan

    gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang,tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak. Keadaan ini

    terjadi akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada

    penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap

    berlaku secara berselang-seli di antara pertuturan normal dan

    gagap mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan.

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    18/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

    TahapPerkembangan

    Bahasa jenijenis

    pendekatan

    Jenis-jenis

    Pendekatan

    Prinsip-prinsip

    Intervensi

    Bahasa

    Fonologi

    Morfologi

    Sintaksis

    SemantikPragmatik

    - Induktif

    - Deduktif

    - Cerakinan

    - Eklektik /

    Gabungan

    - Sedikit kepada banyak

    - Mudah kepada sukar

    - Konkrit kepada abstrak

    - Pelbagai situasi

    - Pelbagai media

    Teori-Teori

    Pemerolehan Bahasa

    Teori Kognitif

    Teori Behavioris

    Teori Mentalis

    Teori Interaksionis

    BAHASA

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    19/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

    Tahap Perkembangan Bahasa Mengikut Umur

    Rajah 1. Tahap Perkembangan/Penguasaan Bahasa Kanak-kanak NormalUmur Ciri-ciri Penguasaan Bahasa3 bulan Bermula dengan pelbagai bunyi bahasa dan semakin lama melupuskan

    penggunaan bunyi-bunyi tersebut yang tidak digunakan dalam

    persekitarannya.

    12 bulan ( 1 tahun ) Menggunakan kata tunggal seperti 'mama' dan 'baba'.,Perkataan inimelambangkan keseluruhanayat yang hendak dikatakan.

    18 bulan

    ( 11/2 tahun ) Menggunakan dua atau tiga patah perkataan seperti tengok ayam. Kanak-

    kanak mewujudkan peraturan-peraturan berbahasa yang tersendiri. Kosakata yang kuasai lebih kurang 300 patah

    perkataan.24 bulan - 36 bulan( 2 tahun - 3 tahun ) Kanak-kanak menggunakan perkataan dari pelbagai jenis kata. Kanak-kanak boleh menggunakan ayat mudah dan ayat majmuk. Mula

    memasukkan konsep banyak dan sedikit dalam ayat.

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    20/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

    36 bulan - 48 bulan

    ( 3 tahun - 4 tahun ) Penggunaan kata-kata yang berunsur negatif muladigunakan. Konsep nombor seperti satu, dua dantiga dapat difahami. Pertuturan semakin kompleks

    dengan penggunaan lebih banyak kata adjektif, kata

    kerja, kata ganti diri dan kata hubung. Anggaran

    penguasaan kosa kata ialah 1500 perkataan.48 bulan - 60 bulan( 4 tahun - 5 tahun ) Bahasa semakin abstrak dan dapat menguasaiperaturan-peraturan asas berbahasa. Kanak-kanak

    menggunakan ayat-ayat yang betul dari segi struktur

    tatabahasa. Perbendaharaan kata lebih kurang 2500

    perkataan.5 tahun - 6 tahun Kebanyakan kanak-kanak menggunakan ayat-ayat

    kompleks. Betul penggunaan kata ganti diri dan

    struktur tatabahasa. Purata jumlah perkataan ialah

    6.8. kanak - kanak menguasai lebih kurang 6000

    perkataan.

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    21/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

    6 tahun 7tahun Kanak kanak bertutur menggunakan ayat kompleksdan perkataan seperti kalau, jika dsb. Bahasa semakinsimbolik. Kanak-kanak mula membaca dan menulis serta

    memahami konsep masa dan musim. Purata panjang

    ayat ialah 7.5 perkataan.8 tahun 10tahun Kanak-kanak mula menghubungkan konsep kepadaidea-idea umum dengan menggunakan kata hubung

    seperti walaupun, sementara dan manakala. Purata

    perkataan dalam ayat ialah 9 perkataan.

    10 tahun 12tahun Kanak- kanak menggunakan ayat-ayat majmuk dalamkehidupan. Perkataan seperti mungkin dan pastisemakin kerap digunakan. Purata perkataan dalam ayat

    ialah 9.5 perkataan.( Ubah suai daripada D.C Norton ( 1985 ). The Effective Teaching of Language Arts )

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    22/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

    Teori-teori Pemerolehan Bahasa

    1. Teori Behavioris

    Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yangberlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Menurut

    Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang

    lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap

    kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang

    diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya

    dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti pandai,

    senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak

    bercakap.

    B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan

    keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia

    yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris

    iaitu;Rangsangan --------------- tindak balas

    Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap

    kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa

    akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan

    yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya.

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    23/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

    2. Teori Mentalis

    Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa

    berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang

    bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajaribahasa apa sahaja

    Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The Innateness

    Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik)

    untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali

    sebagai LAD ( Language Acquisition Device).

    Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama;ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah

    juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama );iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak ; daniv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya,Chomsky memberikan tiga hujah berikut;

    i. wjujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri

    daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa;ii. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan

    sejadi; daniii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpakeupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    24/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

    3. Teori Kognitif

    Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi

    berbangsa Swiss. Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait

    rapat dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa

    bahasa kanak-kanak itu adalah manifestasi penting daripada perkembangan

    mentalnya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak

    perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya.Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak

    berumur dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini kanak-

    kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang

    aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk

    simbolik. Dari umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahap

    pemikiran praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa kanak-kanak semakin berkembang. Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak

    sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami

    percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7 12 tahun)

    iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan,

    konsep hubungan, pengkategorian, dan persirian. Umur selepas 12 tahun

    dikatakan sebagai peringkat operasi formal.

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    25/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

    Jenis-jenis Pendekatan

    Pendekatan mencerminkan satu falsafah, pandangan, pegangan, atau pendirian bagi

    melihat, memahami, dan mendekati sesuatu perkara. Dalam bidang pedagogi bahasa,pendekatan bersifat abstrak, dan falsafah yang berkaitan dengan pendekatan itu

    bersifat teoritis. Kekuatan sesuatu pendekatan itu hanya dapat dinilai setelah

    dilaksanakan, misalnya di dalam bilik darjah (Abd. Aziz Talib, 2000).Berkaitan dengan pengajaran bahasa, Kamarudin Hj.Husin (1988) memberikan empat

    jenis pendekatgan iaitu:

    i. pendekatan induktifii. pendekatan deduktifiii. pendekatan eklektik, dan

    iv. pendekatan komunikatifGuru perlu jelas apakah pendekatan yang hendak diambilnya, apakah kaedah yangsesuai digunakan untuk tajuk dan pada situasi tertentu, dan akhirnya apakah teknik

    pengajaran yang sesuai dengan pendekatan dan kaedah yang telah dipilih. Dari situlah

    dipilih aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan

    muridnya.

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    26/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

    1.Pendekatan Induktif

    Berdasarkan pendekatan induktif, pengajaran dimulakansecara melihat contoh-contoh unsur bahasa yang diajar.

    Melalui contoh-contoh yang diberi itu akan membantu

    pelajar membuat kesimpulan atau keputusan tentang aspek

    bahasa yang diajar. Guru hanya membantu murid melaluisoalan-soalan, berbincang, memerhati, memberi contoh-

    contoh dan sebagainya, dan akhir sekali memberi peluang

    kepada murid membuat kesimpulan sendiri berdasarkan

    pemahamannya.

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    27/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

    2.Pendekatan Deduktif

    Pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan induktif,iaitu dalam pendekatan ini pengajaran dibuat dengan memberi

    kesimpulan atau generalisasi terlebih dahulu di awal pengajaran dan

    kemudian barulah dikemukakan contoh-contoh yang sesuai selepasnya.

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    28/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

    Aspek Pendekatan Deduktif Pendekatan Induktif1. Andaian

    2. Cara

    3. Peranan Guru

    4. Peranan

    pelajar

    Satu penyusunan awal (advanced

    organiser) amat berguna kepada pelajar

    Generalisasi ContohSebagai pembentang dan penghurai

    jawapan

    Sebagai penerima jawapan yang agakpasif

    Pelajar memperolehi manfaat jika

    menemui jawapan sendiri

    Contoh GeneralisasiSebagai pendorong dan pengarah

    dalam pencarian jawapanSebagai pencari jawapan yang aktif

    Ternyata kedua-dua pendekatan deduktif dan induktif mempunyai perbezaan dari beberapa

    segi. Koh Boh Boon (1990) menjelaskan perbezaan tersebut seperti berikut:

    k d k h

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    29/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

    3. Pendekatan Cerakinan

    Pendekatan ini berdasarkan prinsip analisis; yang mendahulukan unsur-unsur

    besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil.

    Pengajaran bahasa (contohnya bacaan) mengikut pendekatan ini mungkin

    dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid-murid . Ayat itu

    kemudiannya dicerakinkan kepada perkataan-perkataan. Daripada perkataan itu

    dicerakinkan pula menjadi suku kata dan huruf-huruf. Misalnya :

    Langkah 1 : Mengenalkan ayat : Ali ada baju baru

    Langkah 2 : Mengenalkan rangkai kata : Ali ada

    baju baruLangkah 3 : Mengenalkan perkataan : [Ali] [ada] [baju] [baru]

    Langkah 4 : Mengenalkan suku kata : [a] [li] [da] [ba] [ju] [ru]

    Langkah 5 : Mengenalkan huruf : [a] [b] [d] [i] [j] ]l] [r] [u]

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU T j k 2 P d k P & P B h

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    30/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

    4. Pendekatan Eklektik

    Pendekatan eklektik adalah gabugan kedua-dua pendekatan induktif dan

    pendekatan deduktif bagi membentuk satu strategi pengajaran. Model

    pendekatan eklektik bergantung kepada pendekatan mana yang diberi

    penekanan . Model-model di bawah akan membantu anda memahami

    penggunaan pendekatan eklektik.

    a) Penekanan kepada pendekatan induktif:Contoh/fakta Kesimpulan Contoh

    a) Penekanan kepada pendekatan deduktif:Kesimpulan Contoh Generalisasi

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU T j k 2 P d k t P & P B h

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    31/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

    Intervensi Pengajaran Bahasa

    Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah

    diberi perhatian untuk dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untukmembantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-

    kanak ini dikenali sebagai intervensi. Apabila mengajar bahasa kepada kanak-

    kanak masalah pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik

    pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak

    tersebut. Di antara intervensi pengajaran bahasa untuk membantu kanak-

    kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut:

    i. Ajar bahasa di dalam situasi

    Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran

    bahasa yang diajar.

    Contoh: membantu ayah di kebun.

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU T j k 2 P d k t P & P B h

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    32/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

    ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal

    Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-

    kanak mengikut peringkat umur mereka.

    iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika

    memperkenalkan konsep baru

    Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar

    kanak-kanak masalah pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT,

    kaedah fonik dan sebagainya.

    iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan

    Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiranmereka. Satu cara mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan

    meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau

    perkara yang mereka sedang lakukan.

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU Taj k 2 Pendekatan P & P Bahasa

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    33/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

    v. Terangkan apa yang orang lain lakukan

    Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan

    perkara yang dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebihmudah dilakukan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran.

    vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang

    khusus

    Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat

    meniru kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh

    dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan

    rakaman pembaca berita TV membaca berita.

    vii. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa

    dalam lingkungan konteksnya

    Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan

    untuk menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari.

    Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan atau tema

    pengajaran bahasa.Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak

    masalah pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar.

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU Tajuk 3: Kemahiran Lisan

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    34/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan

    Pengenalan Kepada Kemahiran Lisan

    Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur,ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga

    melibatkan kemahiran mendengar.

    Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting

    iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan

    baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini.

    Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran

    akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah

    pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat

    bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu.

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU Tajuk 3: Kemahiran Lisan

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    35/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan

    Definisi dan konsep lisan

    Dalam definisi bahasa jelas dinyatakan bahawa bahasa sebagailambang-lambang pertuturan atau dalam bentuk lisan. Manusia

    mencipta lambang-lambang pertuturan terlebih dahulu sebelum

    mencipta simbol-simbol tulisan.

    Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula

    daripada proses mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru

    atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya bercakap.

    Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan apabila kanak-kanak

    sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik. Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek pentingiaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasai

    kemahiran lisan, kanak-kanak perlulah menguasai kedua-dua aspek ini

    dengan baik terlebih dahulu.

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU Tajuk 3: Kemahiran Lisan

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    36/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan

    Jenis kemahiran lisan

    Berdasarkan definisi mendengar di atas, dapatlah dikatakan bahawakemahiran lisan melibatkan tiga jenis atau perkara yang penting iaitu;

    i. Pendengaran (Hearing) iaitu proses fisiologikal yang merangkumi

    ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi

    pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi,

    mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan,

    ii. Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah laku persepsi

    iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk-

    petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran,

    iii. Auding - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada

    pendengaran dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh

    makna daripada apa yang diudengar, menghubungkan bunyi

    sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan

    menghargai apa yang didengar.

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU Tajuk 3: Kemahiran Lisan

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    37/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan

    Penilaian Bahasa Lisan

    Kemahiran mendengar dan bertutur atau lisan adalah kemahiran asas

    bahasa. Oleh itu penilaian kemahiran lisan sangat penting dalam pengajaranbahasa untuk mengetahui tahap pencapaian sebenar pelajar supaya guru

    dapat merancang strategi pengajarannya dengan lebih berkesan. Ujian lisan

    adalah kompleks dan agak rumit untuk dilaksanakan berbanding dengan ujian-

    ujian bahasa yang lain.

    Dalam pengajaran dan pembelajaran lisan, kemahiran yang terdapat di

    dalamnya boleh dinilai secara formal atau tidak formal. Pada peringkat rendah,

    penilaian lisan biasanya menekankan kapada penguasaan sesuatu aspek

    kemahiran tertentu sama ada kemahiran mendengar atau bertutur. Manakala

    pada peringkat yang lebih tinggi, penilaian lisan sama ada mendengar atau

    bertutur boleh dijalankan serentak dan dilakukan dalam bentuk formal.

    Dalam konteks pendidikan khas, ujian lisan boleh dijalankan dalam kedua-dua

    bentuk ini. Kaedahnya mungkin lebih spesifik dengan mengambil kira jenis

    ketidakupayaan murid khas itu sendiri.

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU Tajuk 3: Kemahiran Lisan

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    38/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan

    Pelbagai jenis ujian lisan boleh dilaksanakan oleh guru pendidikan khas atau

    terapis pertuturan seperti ujian lisan (pendengaran), ujian lisan (pertuturan) dan

    ujian lisan (pemahaman). Kebiasaannya ujian-ujian kemahiran lisan ini boleh

    terbina dalam jenis atau dikenali sebagai Ujian Diagnostik Lisan.

    Antara bentuk ujian mendengar yang boleh dilaksanakan terhadap murid-

    murid bermasalah pembelajaran ialah seperti:a. mendengar dan mengecam bunyi

    b. mendengar untuk mendiskriminasi butiranc. mendengar dan memadand. melaksanakan arahane. mendengar untuk mendapatkan maklumatf. Mendengar dan mengenal objek dengan perkataang. memaham maksud ayath. mendengar dan menulis, dan sebagainya.

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU Tajuk 3: Kemahiran Lisan

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    39/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan

    Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru, ujian kemahiran mendengar

    boleh dilaksanakan dalam bentuk soal jawab. Walaupun ujian bentuk ini sukar

    bagi guru memberi penilaian tetapi sekurang-kurangnya guru dapat mengenal

    pasti kelemahan dan kekuatan pelajarnya.

    Contoh ujian mendengar (Kamarudin Hj. Husin, 1990).

    Kemahiran : Mendengar dan mengenal objek dengan perkataanIsi : Nama benda-benda dalam kelasBahan : Sehelai kertas dipenuhi dengan gambar-gambar benda di dalam kelasProsedur : 1. Murid diberi sehelai kertas yang dipenuhi dengan gambar-gambar

    benda yang terdapat dalam kelas (misalnya pen, pensel, pembaris,

    bakul sampah, dan sebagainya)2. Guru menyebut nama benda-benda itu dan murid-murid diminta menunjuk

    atau menandakan benda-benda tersebut di kertas bergambar tersebut.

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU Tajuk 3: Kemahiran Lisan

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    40/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan

    Matlamat menguji kemahiran bertutur juga adalah untuk membantu

    guru merancang strategi pembelajaran yang akan digunakannya.

    Antara cara yang boleh digunakan oleh guru untuk menguji kemahiranbertutur pelajarnya adalah seperti berikut:

    a. bertutur berdasarkan gambarb. bercerita berdasarkan gambar bersiric. mendengar dan bercakapd. melaporkan peristiwa yang dialamie. menerangkan cara membuat sesuatu, dan sebagainya.

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 4: Kemahiran Membaca

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    41/44

    j

    Pengenalan Kepada Membaca

    Selain berkomunikasi secara lisan manusia juga berkomunikasi melalui tulisan. Oleh itu,

    kemahiran membaca penting bagi membolehkan seseorang memahami mesej yang

    hendak disampaikan kepadanya melalui hasil penulisan orang lain.

    Definisi bacaan

    Membaca adalah satu aktiviti pentafsiran menterjemahkan lambang-lambang bercorak

    kepada bunyi-bunyi yang dimaksudkan. (Charles Frie 1963)

    Membaca adalah satu psikolinguistik. Ia merupakan satu langkah lanjutan dalam

    perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang

    diterima. (Frank Smith 1971)

    Membaca adalah proses kebalikan daripada proses menulis ................. mentafsirkan

    kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna-makna tersebut denganpengalaman yang sedia ada. (Prof. Atan Long 1976)

    Daripada definisi-definisi di atas dapat disimpulkan bahawa membaca merupakan

    beberapa proses yang kompleks iaitu gabungan beberapa proses seperti proses sensori,

    proses pengamatan, proses linguistik dan proses mental.

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 4: Kemahiran Membaca

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    42/44

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 4: Kemahiran Membaca

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 4: Kemahiran Membaca

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    43/44

    j

    KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 4: Kemahiran Membaca

  • 7/29/2019 PPT PKB3103

    44/44

    j