6

Polisi Kemudahan Alat Komunikasi Mudah AlihBIL. GRED JAWATAN KADAR PEMBIAYAAN ALAT KADAR ELAUN BULANAN 1. Kakitangan Akademik Gred 45 hingga 52 yang memegang Jawatan Pentadbiran *Jawatan

  • Upload
    others

  • View
    14

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Polisi Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih UKM

1 |

POLISI KEMUDAHAN ALAT KOMUNIKASI MUDAH ALIH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

1.1 Polisi ini merupakan garis panduan pelaksanaan kemudahan alat komunikasi mudah alih

di Universiti Kebangsaan Malaysia.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) Bil. 11/2014 pada 9 September 2014 bersetuju

Universiti melaksanakan penjimatan dalam pemberian kemudahan alat komunikasi mudah

alih iaitu dengan mengurangkan kadar bagi setiap kategori dan bagi memudahkan

pemberian, ia diberikan dalam bentuk elaun bulanan.

2.2 Pelaksanaan ini disesuaikan dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 2.2/2013

(Peraturan Mengenai Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih).

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Kelayakan

3.1.1 Kategori kakitangan yang layak diberikan kemudahan adalah seperti berikut:

a. Layak Diiberikan Secara Automatik Berdasarkan Gred Jawatan (Hakiki); dan

b. Layak Diberikan Atas Jawatan Pentadbiran.

3.1.2 Senarai Gred Jawatan/Jawatan Yang Layak Dibekalkan Kemudahan Alat

Komunikasi Mudah Alih adalah seperti pada Lampiran 1.

3.1.3 Jawatan berikut layak dipertimbangkan berdasarkan permohonan dan justifikasi

tugas;

3.1.3.1 Kakitangan Akademik Gred 45 hingga 52 yang memegang Jawatan

Pentadbiran lantikan Universiti (Naib Canselor) setaraf dengan Ketua

Jabatan (elaun tidak kurang RM600.00 sebulan);

3.1.3.2 Pegawai Pentadbiran Gred 41/44 yang mengetuai Pentadbiran di Pusat

Tanggungjawab (PTj);

Polisi Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih UKM

2 |

3.1.3.3 Pegawai Kewangan Gred 41/44 yang mengetuai Zon Kewangan;

3.1.3.4 Jurutera/Juruukur Bahan/Arkitek/Perancang Bandar Jabatan

Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) Gred 41/44;

3.1.3.5 Penolong Jurutera Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan dan

Pengurusan Kenderaan;

3.1.3.6 Setiausaha Pejabat/Pembantu Setiausaha Pejabat; dan

3.1.3.7 Pemandu Kenderaan.

3.1.4 Permohonan perlu dikemukakan kepada Bahagian Governan & Pentadbiran,

Jabatan Pendaftar melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyenaraikan

tugas dan justifikasi keperluan alat komunikasi mudah alih.

3.2 Kaedah Pembekalan Kemudahan

3.2.1 Pembekalan Alat: Universiti tidak membekalkan alat. Walau bagaimanapun,

kakitangan yang layak boleh membuat tuntutan balik bayaran pembelian alat

berdasarkan kelayakan dengan menyertakan resit sebagai bukti pembelian

tertakluk kepada peraturan sedia ada.

3.2.2 Tuntutan pembelian alat boleh dibuat dengan menggunakan Borang UKM-SPKP-

JP-PK09-BO04 (Tuntutan Pembelian Telefon). Borang tersebut perlu

dikemukakan kepada Bahagian Governan & Pentadbiran, Jabatan Pendaftar bagi

tujuan perakuan pembayaran berdasarkan harga sebenar alat atau berdasarkan

kelayakan kakitangan yang mana lebih rendah. Bayaran yang diperakukan hanya

bagi pembelian alat tidak termasuk aksesori.

3.2.3 Tuntutan alat dibenarkan setiap dua tahun dan alat yang dibekalkan merupakan

hak milik individu. Pembekalan alat akan direkodkan melalui eBRP (Buku

Perkhidmatan Secara Elektronik).

3.2.4 Pembayaran Elaun: kakitangan yang layak akan dibayar elaun bulanan seperti

berikut:

3.2.4.1 Layak Secara Automatik (Berdasarkan Gred Jawatan Hakiki)

a. Kakitangan bagi kategori ini akan menerima elaun bulanan yang terus

dikreditkan ke akaun kakitangan.

b. Permohonan dan justifikasi tugas tidak diperlukan.

3.2.4.2 Layak Diberikan Atas Keperluan Pentadbiran

a. kakitangan bagi kategori ini perlu mengemukakan permohonan

pembayaran elaun;

b. permohonan dan justifikasi diperlukan dan disahkan oleh Ketua

Jabatan seperti pada 3.1.4.

Polisi Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih UKM

3 |

3.5 Kehilangan Atau Kerosakan Alat

3.5.1 Universiti tidak bertanggungjawab memperbaiki sebarang kerosakan alat, atau

menggantikan alat tersebut jika berlaku kehilangan.

4.0 PENGUATKUASAAN

4.1 Polisi Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih Universiti Kebangsaan Malaysia ini

berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2014.

5.0 PEMBATALAN

5.1 Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Jabatan Pendaftar Bil. 13/2014, peraturan berkaitan

kemudahan alat komunikasi mudah alih UKM sebelum ini adalah TERBATAL.

Disediakan oleh:

Bahagian Governan & Pentadbiran

Jabatan Pendaftar

1 Oktober 2014

Polisi Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih UKM

4 |

Lampiran 1

SENARAI GRED JAWATAN/JAWATAN YANG LAYAK

DIBEKALKAN KEMUDAHAN ALAT KOMUNIKASI MUDAH ALIH

Kategori 1 : Layak Secara Automatik (Berdasarkan Gred Jawatan Hakiki)

a. Kakitangan bagi kategori ini akan menerima elaun bulanan yang terus dikreditkan ke akaun kakitangan.

b. Permohonan dan justifikasi tugas tidak diperlukan.

BIL. GRED JAWATAN KADAR

PEMBIAYAAN ALAT

KADAR ELAUN BULANAN

1. Turus III dan ke atas RM2300.00 RM400.00

2. JUSA C dan ke atas (Akademik dan Pentadbiran) RM1800.00 RM300.00

3. Gred 53/54 (Akademik dan Pentadbiran) RM900.00 RM180.00

4. Pegawai Pentadbiran Gred 47 hingga 52 RM700.00 RM100.00

Kategori 2 : Layak Diberikan Atas Keperluan Pentadbiran

a. Kakitangan bagi kategori ini perlu mengemukakan permohonan pembayaran elaun.

b. Permohonan dan justifikasi diperlukan dan disahkan oleh Ketua Jabatan.

BIL. GRED JAWATAN KADAR

PEMBIAYAAN ALAT

KADAR ELAUN BULANAN

1.

Kakitangan Akademik Gred 45 hingga 52 yang memegang Jawatan Pentadbiran *Jawatan Pentadbiran adalah jawatan lantikan Naib Canselor setaraf dengan Ketua Jabatan (elaun tidak kurang RM600.00 sebulan)

RM700.00 RM100.00

2. Jurutera/Juruukur Bahan/Arkitek/Perancang Bandar JPP Gred J41 dan J44.

RM700.00 RM100.00

3. Pegawai (Pentadbiran/Kewangan) Gred 41/44 yang mengetuai Pentadbiran/Kewangan Pusat Tanggungjawab (PTj) *Hanya dibenarkan pada satu-satu masa seorang sahaja bagi setiap PTj

RM700.00 RM100.00

4. Pemandu Turus III dan Pemandu Pengurusan Tertinggi RM375.00 RM50.00

5. Penolong Jurutera Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan dan Pengurusan Kenderaan

Tidak Dibekalkan

RM50.00

6. Setiausaha Pejabat Gred N27 hingga N32 dan Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17 hingga N22

Tidak Dibekalkan

RM50.00

7. Pemandu Kenderaan Bermotor Tidak

Dibekalkan RM30.00