32
PKG KALUMPANG Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semua sekolah rendah di Malaysia akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bagi murid Tahun Satu 2011. Ia selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan mampu bersaing di peringkat global. Proses P&P akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks. Guru-guru yang berkenaan sedang/telah dilatih untuk melaksanakan KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kurikulum berbentuk modular itu akan memberi peluang kepada semua pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri. Ia juga memupuk sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh menyerlahkan potensi mereka. Kurikulum itu akan menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran. Sebagai usaha membentuk pelajar seimbang dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baharu akan menjadikan sukan sebagai subjek mata pelajaran. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Edaran Terhad PKG Kalumpang Terkini 2010

PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 1

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Semua sekolah rendah di Malaysia akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bagi murid Tahun Satu 2011. Ia selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan mampu bersaing di peringkat global. Proses P&P akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks. Guru-guru yang berkenaan sedang/telah dilatih untuk melaksanakan KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kurikulum berbentuk modular itu akan memberi peluang kepada semua pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri. Ia juga memupuk sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh menyerlahkan potensi mereka. Kurikulum itu akan menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran. Sebagai usaha membentuk pelajar seimbang dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baharu akan menjadikan sukan sebagai subjek mata pelajaran. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Edaran Terhad PKG Kalumpang Terkini 2010

Page 2: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 2

Ketua Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

Saya mula berkhidmat di PKG ini pada 2 Februari 2010 setelah

berpindah dari PKG Kuala Selangor. Sebagai tenaga baru di PKG ini

sudah pasti saya mendapati ada beberapa perbezaan dari beberapa

aspek jika dibandingkan dengan tempat kerja saya yang lama

walaupun dari segi fizikalnya ia tidak banyak berbeza. Ini termasuklah

iklim dan persekitaran kerja, bilangan sekolah ahli, perhubungan,

keistimewaan dan kekuatan tersendiri.

Sungguhpun demikian dengan pengalaman yang saya miliki saya akan

cuba menterjemah segala amanah yang dipertanggungjawabkan khususnya dalam usaha

untuk memperkasakan PKG sehingga ia akan menjadi satu tempat yang sangat popular

dalam kalangan warga pendidik setempat. Dengan semangat sepasukan yang telah sedia

ada di sini, saya optimis yang saya tidak akan menghadapi masalah untuk meneruskan

obligasi organisasi khususnya untuk melihat warga sekolah terbimbing dalam melaksanakan

segala hasrat KPM dan kerajaan untuk menghasilkan satu generasi masa depan selaras

dengan inti pati Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga untuk menjayakan keberhasilan KPI

KPM, PKG dan sekolah.

Iklim pendidikan di negara kita sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa dan juga

tuntutan zaman. Ia memerlukan ketahanan mental serta semangat juang yang tinggi dalam

kalangan warga sekolah untuk membantu kerajaan menjelmakan transformasi pendidikan.

Kita dituntut untuk responsif secara positif pada perubahan dasar dan sistem yang

diperkenalkan. Ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana kita perlu melalui beberapa

proses trnasformasi, migrasi dan integrasi. Selagi kita bernama guru, mahu atau tidak, kita

terpaksa melaluinya kerana ia akan menjadi tanggungjawab kita untuk melaksanakannya.

PKG sebagai centre for professional learning organization, juga sebagai sebuah production

house akan membantu warga guru untuk perkongsian idea, percambahan minda dan

memperkayakan kreativiti dalam menjayakan pelaksanaan transformasi pendidikan. Warga

guru setempat perlu aktif menggunakan PKG yang dilengkapi dengan pelbagai prasarana

ICT sebagai one stop center atau wadah kepada pelaksanaan aktivti-aktivti berkenaan.

Membaca boleh dibuat di mana-mana. Kita pernah dengar dan lihat, seorang ibu atau bapa

mebacakan buku cerita pada anak-anak mereka yang hendak tidur. Kita juga biasa melihat orang

membaca sambil menunggu ketibaan rakan, kenderaan atau tibanya sesuatu waktu. Membacalah di

mana-mana dan pada bila-bila masa. Ingatlah, membaca itu jambatan ilmu. Kita mesti mengharapkan

mendapat pelajaran yang positif dari bahan yang kita baca. Kita akan dihormati jika kita tinggi ilmu.

Dengan membaca kta dapat menceritakan semula sesuatu kejadian, yakin bercakap tentang apa

sahaja yang kita dengar, lihat atau baca dengan lebih efektif lagi. Tambahan lagi, membaca membina

imaginasi kita dengan membolehkan kita menggunakan aspek alam, manusia, pengalaman dan idea

yang telah kita baca, dengan cara baharu yang lebih kreatif. Kita patut bangga apabila ada orang

menggelarkan kita sebagai ulat buku. Teruskan usaha membudayakan amalan membaca dalam

hidup kita.

Page 3: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 3

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

TAKWIM AKTIVITI PKG 2010

BIL Tarikh Aktiviti Bil Peserta

1 19-20.1.2010 Bengkel Pengurusan PSS & NILAM 11

2 20.1.2010 Kursus Penggunaan Kampus ASTRO 11

3 10-11.2.2010 Bengkel Pengurusan LAN 11

4 22.2.2010 Mesyuarat Pengurusan PKG 1/2010 3

5 9-10.3.2010 Bengkel Pengurusan Fail 7

6 16.3.2010 Mesyuarat Pengurusan PKG 2/2010 3

7 23.3.2010 Mesyuarat JKPA 1/2010 11

8 25.3.2010 Mesyuarat JK GPM & GPB 1/2010 22

9 23.4.2010 Karnival NILAM Pra Sekolah 650

10 4.5.2010 Mesyuarat Pengurusan PKG 3/2010 4

11 7.5.2010 Mesyuarat Penyelarasan PKG Daerah 12

12 11.5.2010 Bengkel Pengurusan iQ PSS 11

13 18.5.2010 Bengkel Khidmatbantu PKG 11

14 25-26.5.2010 Kursus Pengurusan Makmal Komputer 10

15 27.5.2010 Bengkel Pengurusan i-NILAM 11

16 3-4.6.2010 Khidmatbantu PSS SK Hulu Bernam 10

17 8.6.2010 Mesyuarat Penyelarasan PKG Daerah 13

18 10.6.2010 Mesyuarat Pengurusan PKG 4/2010 4

19 29-30.6.2010 26-29.7.2010 25-28.10.2010

Bengkel Penghasilan Bahan P&P LINUS 48

20 13-14.7.2010 Khidmatbantu ICT & PSS SK Lembah Beringin

18

21 9 – 10.8.2010 Kem NILAM 65

22 29.8.2010 Mesyuarat JK GPM - GPB 25

23 30.8.2010 Mesyuarat JK Pengurusan Aktiviti 13

24 10-11.11.2010 Taklimat Penggunaan Bahan MBMMBI 50

Page 4: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 4

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT

Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan

teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang

dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi

dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat

kepada masyarakat.

KPM telah membekalkan pelbagai prasarana ICT bagi memudahkan aktiviti ICT berlaku di

peringkat sekolah. Ini termasuk makmal komputer sekolah, pusat akses sekolah dan

beberpa program inisaitif ICT sekolah. Penyediaan prasarana ICT berkenaan telah menelan

belanja yang bukan sedikit. Adalah diharapkan masyarakat sekolah mampu untuk

menggunakan segala kemudahan yang disediakan dalam usaha kerajaan merapatkan

jurang digital antara bandar dan luar bandar di samping untuk melihat pelajar yang

dilahirkan lebih kritis, kreatif dan inovatif.

PKG Kalumpang telah mengadakan Bengkel Khidmat Bantu ICT pada 13 – 14 Julai 2010 di

Makmal Komputer SK Lembah Beringin, Kerling, Hulu Selangor. Seramai 6 orang Juruteknik

Komputer dan 2 orang Fasilitator SchoolNet dari sekolah ahli beserta dengan Pegawai

Teknologi Pendidikan PKG Kalumpang terlibat dalam bengkel ini. Dalam program ini

beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya yang berkaitan dengan susun atur fizikal,

pengurusan dan pengelolaan aset, pentadbiran, konfigurasi rangkaian, keceriaan dan

sebagainya.

Adalah diharapkan pengurusan dan perkhidmatan makmal komputer serta penggunaan ICT

di sekolah ini akan terus meningkat. Ia juga bagi menggembeling tenaga pakar dalam usaha

membantu pihak sekolah memastikan kemudahan yang disediakan dapat membantu

sekolah mencapai matlamat pendidikan yang ingin dicapai.

Page 5: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 5

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

BENGKEL PENERBITAN BAHAN LINUS

NKRA dalam bidang pendidikan disenaraikan dalam

keutamaan yang ketiga. Salah satu programnya adalah

LINUS. Program LINUS adalah salah satu perkara yang

dipandang serius kerana didapati ramai murid di Tahun 1

yang masih tidak menguasai asas membaca, menulis dan

mengira. Atas dasar itulah program LINUS telah dibentuk

bagi tujuan mengatasi masalah ini. Program LINUS ini

terbahagi kepada dua aspek utama iaitu LITERASI

dan NUMERASI. LITERASI: Bahagian ini memberi

penekanan dalam aspek bahasa yang perlu dikuasai oleh

murid tahun. Keutamaan adalah dalam aspek membaca

dan menulis.

Objektif pengajaran: Keupayaan untuk membaca, menulis

dan memahami perkataan dalam bahasa Malaysia, ayat

tunggal dan ayat majmuk yang mudah serta

mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam

pembelajaran dan komunikasi harian.

NUMERASI: Bahagian ini memberi penekanan kepada

Matematik yang perlu dikuasai oleh murid tahun.

Keutamaan adalah dalam aspek mengira.

Menyedari akan kepentingan program ini, maka dalam

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG ini

yang diadakan pada 21 Mac 2010, telah memutuskan

bahawa PKG perlu mengadakan bengkel bagi

menghasilkan bahan bantu mengajar khusus untuk P&P

LINUS di sekolah-sekolah ahli. Sehubungan dengan itu

PKG ini telah menganjurkan bengkel berkenaan untuk

fasa 1 pada 28.6.2010 untuk LINUS Bahasa Malaysia dan 30.6.2010 untuk LINUS

Matematik. Seramai 10 orang guru setiap kumpulan hadir dalam bengkel berkenaan.

Kumpulan LINUS Bahasa Malaysia menghasilkan bahan powerpoint P&P untuk Kemahiran

6,7 dan 8. Sementara Kumpulan LINUS Matematik pula menghasilkan bahan powerpoint

untuk tajuk, Mengenali Nombor, Wang, Waktu dan Addition.

Perbincangan telah dibuat dengan pihak PPD Hulu Selangor supaya bahan-bahan

berkenaan dapat diedarkan juga ke semua sekolah di daerah ini. Bahan digital ini juga boleh

dimuat-turun dari portal PKG ini: http://pkgkalumpang2.wordpress.com

Page 6: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 6

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

BENGKEL PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER

Sesebuah organisasi tanpa mengira saiz

perlu melalui proses urus tadbir yang

sistimatik dan sempurna dari semasa ke

semasa bagi memastikan ia dapat

berfungsi serta memenuhi keperluan

pelanggan. Ia meliputi aspek

pengurusan fizikal, sumber manusia,

teknikal dan sebagainya. Ia juga perlu

melalui proses penilaian prestasi dan

juga penambahbaikan agar dapat

memenuhi kehendak atau keperluan semasa.

Makmal komputer dan pusat akses sekolah

merupakan pusat ICT bagi komuniti sekolah

mengases maklumat secara digital dan atas

talian. Ia merupakan wadah penting bagi

warga sekolah menempatkan diri mereka

sebaris dengan pengguna teknologi

maklumat yang aktif. Mereka tidak mampu

lagi untuk ketinggalan dalam mendapatkan

ilmu melalui ruang siber tanpa sempadan

tatkala ini.

Justeru makmal komputer dan pusat akses sekolah perlu diurus dengan sempurna agar ia

akan menjadi tempat yang amat selesa untuk pengguna mendapatkan maklumat secara

digital tanpa banyak rintangan. Kakitangan yang mengurus perkhidmatan berkenaan perlu

kompeten bukan saja dari aspek teknikal malahan mengurus segala sumber yang ada di

dalamnya.

Bagi menyediakan keperluan berkenaan

PKG Kalumpang telah melaksanakan

aktiviti Bengkel Pengurusan Makmal

Komputer sekolah yang telah diadakan

pada 25-26 Mei 2010 bertempat di PKG

tersebut. Ia dihadiri oleh 6 orang

juruteknik komputer dan 2 orang

fasilitator schoolnet sekolah-sekolah ahli

PKG Kalumpang. Pencermah jemputan

pula terdiri dari En. Azman Mohd. Aris

dari PKG Kampung Soeharto dan En Sujang Ahmad Zaini dari PKG Kalumpang.

Page 7: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 7

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

BENGKEL PENGURUSAN PSS DAN NILAM PSS merupakan nadi utama pengajaran dan

pembelajaran ke arah realiti pendidikan bestari

abad 21 ini. PSS mempunyai potensi bagi

memperkasa dan memperkayakan pengalaman,

kemahiran dan kompetensi warga sekolah dan

memberi impak yang positif dalam semua aspek

kejayaan pelajar. PSS perlu diurus dengan baik

dan teratur. Ini termasuklah pengurusan aktviti

PSS, pengurusan peralatan, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dan kemudahan

yang sentiasa dikemaskinikan. PSS juga perlu menyediakan ruang bagi mempromosikan

pembelajaran, pengajaran dan penghidupan sepanjang hayat.

Selaku seorang pengurus berwibawa, GPM

perlu meningkatkan kemahiran pengurusan

PSS yang lebih berkesan, di samping

berkemampuan menerapkan serta budaya

membaca dan amalan teknologi pendidikan

demi memartabatkan profesionalisme

perguruan. Realitinya tidak ada jalan pintas ke

arah mencapai kemajuan dan kejayaan

melainkan dengan bekerja keras dan mahu

mencuba sesuatu yang baru.

Oleh yang demikian PKG ini saban tahun telah menganjurkan pelbagai aktiviti bagi

meningkatkan kompetensi GPM agar dapat memenuhi kehendak semasa khususnya dari

aspek pengurusan PSS dan NILAM. PKG ini telah menganjurkan beberapa aktiviti ke arah

ini seperti Bengkel Pengurusan PSS dan NILAM (19-20.1.2010), Bengkel Pengurusan IQ

PSS (11.5.2010) dan Bengkel Pengurusan I-NILAM (27.5.2010).

Adalah diharapkan juga agar melalui aktiviti-

aktiviti berkenaan, akan muncul lebih banyak

PSS cemerlang dan juga peningkatan tahap

pembacaan dalam kalangan warga sekolah.

Semua ini menuntut komitmen yang tinggi

bukan sahaja GPM malah seluruh warga

sekolah berkenaan supaya visi dan misi untuk

menjadikan sesebuah sekolah sebagai sekolah

berprestasi tinggi, akan dapat direalisasikan untuk jangkamasa tertentu. Ini juga bagi

memastikan sekolah dapat melahirkan generasi pelajar yang mampu bersaing di peringkat

global dan memenuhi tuntutan semasa.

Page 8: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 8

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

PERKHIDMATAN SOKONGAN INISIATIF ICT SEKOLAH

Di kala ini, ramai orang membicarakan tentang

perkembangan pesat dan penggunaan meluas ICT di

semua situasi kehidupan. Penggunaan gajet-gajet

elektronik bukan lagi sesuatu yang janggal, malah

dilihat lebih kepada keperluan dalam senario

kehidupan moden ketika ini. Dalam dunia pendidikan

misalnya, penggunaan peralatan ICT seperti

komputer, notebook, LCD, CDRI dan sebagainya

merupakan satu kemestian dalam proses P&P guru-

pelajar. Manakala akses kepada internet pula merupkan satu pilihan istimewa para guru dan

pelajar dalam menambah alternatif kepada bahan-bahan bercetak yang mungkin terbatas

dari aspek kandungan dan terkiniannya.

Di lapangan sekolah sendiri, KPM telah membelanjakan

berbilion ringgit bagi membekalkan prasarana ICT

sekolah. Ini termasuklah bekalan peralatan ICT,

membangunkan makmal komputer dan pusat akses

sekolah serta membekalkan bahan-bahan P&P digital

untuk kegunaan P&P guru serta pelajar. Bagi menyokong

kepada perbekalan tersebut, KPM menganjurkan sama

beberapa program khas melibatkan kolaborasi pelajar di

pelbagai peringkat.

Di setiap sekolah, KPM telah melantik Guru

Perpustakaan dan Media serta Guru Penyelaras Bestari

bagi menguruskan aktiviti-aktiviti ICT sekolah. Sekolah-

sekolah yang mempunyai pusat akses sekolah pula

telah dibekalkan dengan seorang Juruteknik Komputer

bagi membantu membuat kerja-serja selenggaran

peralatan ICT sekolah.

Dalam pada itu, di pihak PKG sendiri, sentiasa

bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan aktiviti ICT sekolah berjalan dengan

lancar. Bagi tujuan ini, pegawai-pegawai PKG akan datang ke sekolah bagi tujuan membuat

khidmat bantu dan nasihat semua jenis inisiatif ICT sekolah. Ini termasuklah membuat kerja-

kerja selenggaraan dan baik pulih peralatan, pemantauan dan galakguna penggunaan

bahan dan peralatan, tunjukcara, bimbingan dan sebagainya. Perkhidmatan juga dilakukan

melalui telefon, atas talian dan on-site.

Adalah diharapkan dengan adanya program ini, semua peralatan dan bahan ICT sekolah

dapat digunakan dengan sebaiknya.

Page 9: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 9

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

KHIDMAT BANTU PENGURUSAN DAN AKTIVITI PSS

Pusat Sumber Sekolah mempunyai

hubungan langsung dengan pelaksaan

program kurikulum dan kokurikulum di

peringkat sekolah. Untuk memastikan

PSS dapat digunakan dengan

berkesan, bahan cetak dan bahan

bukan cetak seharusnya urus dan

diproses dengan baik PSS juga perlu

diuruskan dengan baik agar

penggunaan media cetak dan bukan

cetak tersebut akan dimanfaat oleh

semua guru dan murid sekolah.

Bagi meningkatkan penggunaan, PSS perlu mempunyai perancangan dan pelaksanaan

aktiviti yang bersepadu agar persekitaran pembelajaran berasaskan sumber dapat

dijelmakan. Ia meliputi penganjuran pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat guru dan

pelajar untuk menjadikan PSS sebagai wadah kepada perolehan maklumat terkini dari

pelbagai sumber.

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang telah mengadakan Bengkel Khidmat Bantu PSS pada 13-

14 julai 2010 bertempat di SK Lembah Beringin, Kerling, Hulu Selangor. Bengkel ini

diadakan untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru mengenai tatacara

menguruskan program khidmat bantu. Seramai 11 orang Guru Perpustakaan dan Media dari

sekolah ahli dan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kalumpang terlibat dalam bengkel ini.

Beberapa orang AJK PSS dan Pengawas PSS juga telah melibatkan diri dalam program ini.

Aktiviti bengkel ini meliputi pengurusan susun

atur kemudahan fizikal, pengurusan dan

pengelolaan data, maklumat, dokumentasi dan

program, pengurusan koleksi bahan serta aktivit-

aktiviti promosi. Adalah diharapkan PSS sekolah

ini akan meningkat pencapaiannya dalam iQ-

PSS dan i-NILAM. Lawatan bimbingan susulan

akan terus dijalankan bagi memastikan

pencapaian yang baik selepas program akan

berterusan.

Page 10: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 10

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

MENGUMPUL DATA ASAS TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Aktiviti pengumpulan data dan maklumat merupakan satu komponen penting dalam sistem

pengurusan berkualiti. Ia bagi mendapatkan maklum balas mengenai sesuatu program yang

dijalankan di samping bagi menambah baik mana-mana kelamahan yang mungkin

menjejaskan kejayaan program. Pengumpulan data ini pula boleh dijalankan melalui

beberapa kaedah seperti dapatan secara bertulis mahupun yang terkini adalah secara atas

talian. Kaedah pengumpulan data secara atas talian merupakan amalan yang sudah mula

diamalkan secara meluas oleh banyak organisasi ketika ini.

Bagi memenuhi keperluan pihak-pihak yang berkepentingan di KPM, PKG ini telah

melaksanakan beberapa kutipan data atas talian sepanjang tahun 2010. Ini termasuklah

kutipan data Sistem Penarafan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS), Smart School

Qualification Standards (SSQS), School Ticketing System (STS), i-NILAM dan IQ-PSS.

SPPICTS ini adalah untuk menilai penggunaan Pusat Akses Sekolah, Makmal Komputer

Sekolah, Rangkaian SchoolNet, penggunaan bahan CDRI dan PPSMI. Bagi mendapatkan

penarafan Sekolah Bestari pula, penilaian menggunakan instrumen atas talian, Smart

School Qualification Standards (SSQS) telah digunakan yang mana seramai 32 orang guru

dan 30 orang pelajar menjadi responden dalam kajian keberkesanan penggunaan ICT di

sekolah. STS pula digunakan untuk pihak sekolah membuat aduan pada peralatan ICT.

Untuk pengumpulan data PSS pula, sekolah perlu respon kepada 2 jenis penilaian atas

talian iaitu IQ-PSS untuk memberi penarafan kepada pengurusan PSS serta i-NILAM untuk

merekodkan data aktiviti NILAM dan gerakan membaca peringkat sekolah.

Page 11: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 11

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

PEMANTAUAN PSS DAN ICT

Pemantauan PSS dan ICT oleh pihak PKG kepada

sekolah-sekolah dalam kelompoknya, merupakan

salah satu kerja rutin PKG. Melalui pemantauan ini,

akan merekodkan segala aktiviti, data, maklumat,

analisa item-item tertentu dalam bidang-bidang

berkenaan. Ia akan dijadikan kayu pengukur di

manakan atau apakah status PSS dan pelaksanaan

inisiatif ICT sekolah-sekolah terbabit. Pemantauan

akan menggunakan instrumen-instrumen tertentu

sebgai garis panduan penilaian yang dibuat.

Proses pemantauan ini adalah mengikut tatacara

dan modul yang telah disediakan untuk diikuti agar

matlamat sesuatu jenis pemantauan itu dapat

dicapai demi membantu pihak sekolah berkenaan

memperbaiki kelemahan yang dikesan atau

menambah baik lagi pencapaian baik yang

ditunjukkan. Tatacara ini meliputi perkara-perkara

yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan

selepas satu-satu pemantauan dibuat. Selepas

pemantauan dibuat, satu laporan akan dikeluarkan untuk pihak berkenaan mengambil

tindakan sebagaimana yang dicadangkan. Pemantauan susulan kali kedua dan seterusnya

akan dibuat selapas itu bagi memastikan cadangan-cadangan untuk penambahbaikan telah

diambil oleh piha sekolah.

Data Pencapaian Pemantauan ICT & PSS 2010:

Bil Nama Sekolah Kekerapan

ICT PSS

1 SMK KALUMPANG 05.04.2010 06.07.2010 19.05.2010 07.10.2010

2 SK HULU BERNAM 06.04.2010 13.07.2010 19.04.2010 04.06.2010

3 SK KERLING 29.03.2010 07.07.2010 10.05.2010 18.05.2010

4 SK KALUMPANG 17.02.2010 22.06.2010 12.05.2010 04.10.2010

5 SK LEMBAH BERINGIN 07.04.2010 14.07.2010 14.05.2010 11.10.2010

6 SJKC KALUMPANG 05.04.2010 06.07.2010 30.03.2010 07.10.2010

7 SJKC KERLING 29.03.2010 07.07.2010 29.04.2010 10.05.2010

8 SJKT L CHANGKAT ASA 06.04.2010 03.06.2010 01.04.2010 12.10.2010

9 SJKT L ESCOT 30.03.2010 22.06.2010 30.03.2010 12.10.2010

10 SJKT L KERLING 08.04.2010 14.07.2010 17.05.2010 11.10.2010

11 SJKT L KALUMPANG 07.04.2010 13.07.2010 22.02.2010 01.03.2010

Page 12: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 12

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

PENGURUSAN MESYUARAT-MESYUARAT

Mesyuarat merupakan satu bentuk komunikasi formal yang dilakukan dalam sesebuah

organisasi, bahagian, unit, dan kumpulan kecil yang bertujuan untuk membuat sesuatu

keputusan atau menyelesaikan sebarang masalah berbangkit. Mesyuarat merupakan salah

satu dari elemen tadbir urus yang wajar diberi perhatian kerana ianya merupakan kaedah

yang paling berkesan bagi sesebuah organisasi dalam proses membuatan keputusan.

Melalui mesyuarat yang berkesan, sesuatu keputusan akan dapat dicapai secara

musyawarrah, mengurus tindakan secara bersepadu, menjimatkan kos dan masa,

menambah idea, mengurangkan konflik, meningkatkan produktiviti selain menjadi platform

untuk memberi dan meningkatkan motivasi.

Setiausaha mesyuarat yang bertanggungjawab akan mencatat minit mesyuarat agar proses

pengurusan mesyuarat dapat dijalankan secara efektif, cekap dan sistematik dalam tempoh

masa yang standard. Beliau juga bertanggungjawab untuk menyediakan minit dan

maklumbalas mesyuarat mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Jadual mesyuarat yang telah dijalankan sepanjang 2010

Bil Tarikh Mesyuarat Bilangan Peserta

1 22.2.2010 Mesyuarat Pengurusan PKG 1/2010 4

2 16.3.2010 Mesyuarat Pengurusan PKG 2/2010 4

3 22.3.2010 Mesyuarat JK Pengurusan Aktiviti PKG 1/2010 13

4 23.3.2010 Mesyuarat JK GPM-GPB 1/2010 25

5 10.6.2010 Mesyuarat Pengurusan PKG 3/2010 4

6 7.5.2010 Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah 1/2010 14

7 29.7.2010 Mesyuarat JK ICT 18

8 29.9.2010 Mesyuarat JK GPM-GPB 2/2010 25

9 30.9.2010 Mesyuarat JK Pengurusan Aktiviti PKG 2/2010 13

Page 13: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 13

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

KEM NILAM

Program NILAM merupakan satu program

galakan membaca secara terancang dengan

melibatkan semua pelajar sekolah rendah dan

menengah bagi membentuk tabiat suka

membaca di kalangan pelajar. Ia bermatlamat

untuk membudayakan amalan membaca dalam

kalangan murid sepanjang hayat. Ia merupakan

penggabungan atau adunan semua aktiviti

galakan membaca yang pernah dijalankan di

sekolah dengan memberi pengiktirafan yang

sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang

menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah

Pelajar Tingkatan 1 hingga 5 diwajibkan membaca sekurang-kurangnya sebuah buku dalam

masa satu minggu. Bahan bacaan boleh didapati dari sumber fiksyen, bukan fiksyen

termasuk keratan akhbar. Bahan-bahan bacaan yang telah di baca hendaklah dicatat ke

dalam Buku Catatan Bacaan. Murid-murid digalakkan meminjam buku-buku di Pusat

Sumber. Tiga elemen Program NILAM: Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam

Buku Rekod Membaca NILAM, guru mengesahkan rekod bacaan pelajar dan memberi

pengiktirafan kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

Di peringkat negeri akan diadakan program

Anugerah Tokoh NILAM. Ia diurus-setiakan oleh

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dengan

kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri masing-

masing. Di peringkat ini, murid-murid yang

melibatkan diri dengan aktif dalam Program

NILAM akan dinilai bukan sahaja dari segi

bilangan buku yang dibaca tetapi juga

kemahiran mereka menjawab soalan-soalan

penilaian yang dijalankan oleh hakim-hakim

yang dilantik. Pemenang di peringkat negeri akan dinobatkan sebagai Tokoh NILAM

Peringkat Negeri dan dicalonkan untuk Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan.

Bagi memilih calon yang berkelayakan ke peringkat negeri, PKG Kalumpang telah

mengadakan Program pemilihan calon melalui Kem NILAM PKG yang diadakan pada 9-10

Ogos 2010 bertempat di PKG ini. Setiap sekolah ahli menghantar 5 orang calon untuk dipilih

melalui pelbagai ujian kemahiran yang telah ditetapkan. Ia telah dilaksanakan dengan

bantuan dari beberapa orang GPM sekolah ahli PKG ini.

Page 14: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 14

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

TAKLIMAT PENGGUNAAN BAHAN MBMMBI

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah

memansuhkan pelaksanaan Dasar Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

(PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan Dasar

Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa

Inggeris (MBMMBI).

Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

diperkukuh menerusi pendekatan yang lebih berkesan.

Dengan pemansuhan dasar PPSMI, sekolah kebangsaan

dan sekolah menengah hendaklah menggunakan Bahasa

Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan

pembelajaran Sains dan Matematik, manakala di SJK(C) dan

SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing.

Pengukuhan asas berbahasa dilakukan

secara berstruktur dan sistematik. Asas

berbahasa pradengar, prabunyi,

prabaca dan pratulis diperkukuhkan

melalui modul P&P yang menerapkan

elemen menyeronokkan dalam seni

bahasa. P&P tatabahasa adalah

berasaskan sestem bahasa yang betul

dan dilakukan secara bersepadu dalam

konteks.

Pendekatan P&P akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik

melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa

dan seni bahasa akan disulam dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan

dan penghasilan produk.

Bagi membantu pihak guru melaksanakan program ini,

BTP telah mengedarkan bahan P&P berkenaan melalui

PKG. Satu taklimat khas pengedaran dan penggunaan

bahan telah diadakan di PKG ini pada 10 – 11

November 2010 melibatkan guru-guru yang akan

mengajar matapelajaran berkenaan bermula pada sesi

persekolahan Januari 2011.

Page 15: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 15

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

KARNIVAL NILAM PRA SEKOLAH

Sempena dengan Sambutan Hari Buku

Sedunia 2010, PKG ini dengan kerjasama SK

Hulu Bernam telah menganjurkan Karnival

NILAM Pra Sekolah yang di adakan di

perkarangan SK Hulu Bernam pada 23 April

2010. Ia bertujuan bagi menyemarakkan lagi

budaya membaca di peringkat awal kanak-

kanak. YB Datuk Mohamed Idris b. Abu Bakar,

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hulu

Bernam telah hadir bagi menyempurnakan

perasmian program dan menyampaikan hadiah pertandingan yang diadakan. Beliau juga

telah bermurah hati untuk menaja langganan Utusan Malaysia edisi hari Isnin kepada

beberapa sekolah terpilih dalam kawasan ADUN beliau.

Sebanyak 5 sekolah ahli telah menghantar

kontigen masing-masing bagi menyertai

program. Antara acara yang dilangsungkan

ialah senamrobik, pameran, pertandingan

melukis, membuat padanan, bercerita dan

sebagainya. Guru pengiring pra sekolah telah

sudi memberikan kerjasama bagi melancarkan

lagi pelaksanaan program. Melalui program ini

juga telah memperlihatkan bakat kanak-kanak

seusia 5 tahun dalam aspek seni dan

pembacaan. Adalah diharapkan melalui

program ini, minat dan amalan membaca dapat dipupuk di peringkat awal lagi agar ia

menjadi amalan berterusan dalam kalangan masyarakat kita.

Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

Kemahiran berfikir secara kritis adalah kemahiran yang diperlukan untuk membuat penilaian terhadap

data dan maklumat. Membuat analisis bermakna mencerakinkan data dan maklumat kepada

bahagian-bahagian dan mengkaji setip bahagian dengan lebih terperinci. Kemahiran menganalisis

termasuk membanding dan membeza, menyusun atur, mengenal pasti fakta dan pendapat dan

pernyataan berat sebelah, memberi sebab, meramal, membuat kesimpulan awal dan generalisasi,

mentafsir dan membuat rumusan.

Page 16: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 16

SK Kalumpang

PROGRAM JUALAN AMAL PUSAT SUMBER

SK Kalumpang telah mengadakan Program Hari Terbuka bagi memberi peluang kepada ibu

bapa membincangkan prestasi pelajaran anak masing-masing. Pada hari tersebut, ibu

bapa berpeluang untuk bertanyakan masalah pembelajaran anak-anak mereka dan guru

juga berpeluang untuk sama-sama membantu mengatasi segala masalah yang dihadapi

oleh para pelajar.

Pada kesempatan ini, PSS telah mengadakan satu Program Jualan Amal bagi menanamkan

minat suka membaca khususnya dalam kalangan warga sekolah. Guru Penyelaras PSS

telah melantik Jawatankuasa yang terdiri dari kalangan pustakawan bagi merealisasikan

program ini disamping melatih mereka agar lebih berdikari.

Program ini dapat melatih AJK PSS dalam menguruskan jual beli dan memberi pendedahan

kepada mereka dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Pustakawan diminta

mencari bahan-bahan bacaan seperti majalah-majalah lama dan buku-buku terpakai, sama

ada daripada ibu bapa, rakan-rakan dan juga guru-guru. Bahan bacaan yang disumbangkan

akan dijual dengan harga yang murah iaitu antara RM 1.00 – RM 2.00 sahaja. Hasil yang

diperolehi akan digunakan bagi tujuan keceriaan PSS.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak. Program ini

akan terus dilaksanakan pada masa-masa akan datang.

Adakah Anda Tahu?

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK. YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha

iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang kita pakai

sekarang.

2. Bunyi kuek yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu

mengapa.

3. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dapat jawapan 12345678987654321.

Page 17: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 17

SK Kalumpang

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2010 Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat SK Kalumpang telah diadakan selama sebulan

bermula 16 Ogos – 16 September 2010. Matlamat Sambutan Bulan Kemerdekaan ini adalah

bagi memberi kesedaran kepada murid dan menanamkan semangat patriotik serta cintakan

negara. Berbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan tersebut antaranya

mendeklamasikan sajak, kuiz, mewarna bagi tahap 1 dan nyanyian lagu-lagu patriotik.

Murid-murid pra-sekolah juga berpeluang mempersembahan nyanyian lagu-lagu patiotik.

Kemuncak aktiviti adalah pertandingan basikal berhias yang telah diadakan pada 12

September 2010.

Sambutan yang diberi amat menggalakkan. Murid-murid telah menunjukkan kreativiti

menghias basikal mereka. Sebanyak 10 basikal yang menarik telah dipilih sebagai

pemenang. Pertandingan basikal berhias akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan

datang.

Adakah Anda Tahu?

1. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'. 2. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

3. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

4. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam

pasir jerlus.

5. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

6. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

Page 18: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 18

SK Kerling

PROGRAM BULAN MEMBACA

Pada 4 hingga 30 Julai 2010, Pusat Sumber Sekolah SK Kerling di bawah anjuran Unit

Kurikulum telah melaksanakan Program Bulan Membaca Bulan Julai bagi tahun 2010.

Objektif program ini adalah untuk menerapkan amalan membaca sebagai satu budaya hidup

murid-murid SK Kerling.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang sebulan berkenaan. Antaranya ialah Program

10 Minit Bersama Buku, Jejak Maklumat, Penghasilan Indeks Akhbar, Permainan

Tradisional, Bengkel ICT, Pertandingan Bacaan dan Tulisan Jawi, Hafalan Ayat Lazim,

Pertandingan Origami, Mewarna Kulit Buku, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Puisi dan

Pertandingan Pembaca Terbanyak.

Acara kemuncak program ini adalah Majlis Penutupan Program Bulan Membaca pada 30

Julai 2010 yang berlangsung di Dewan SK Kerling. Puan Hajah Maimunah bt Ibrahim, Guru

Besar SK Kerling telah sudi merasmikan majlis tersebut dan menyampaikan hadiah kepada

para pemenang aktiviti yang telah dijalankan selama sebulan itu.

Syabas dan tahniah kepada semua AJK Pelaksana yang telah bekerjasama memastikan

program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada Perpustakaan

Negara Malaysia yang telah sudi menghulurkan sumbangan hadiah untuk aktiviti

pertandingan.

Page 19: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 19

SK Kerling

PROGRAM PERKHEMAHAN 1 MALAYSIA UNIT BERUNIFORM Program Perkhemahan Unit Beruniform peringkat SK Kerling bagi tahun 2010 telah

diadakan pada 8 hingga 9 Oktober 2010. Perkhemahan 1Malaysia telah dipilih sebagai

tema program.

Seramai 94 orang murid terdiri daripada murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6

telah menyertai program perkhemahan ini. Program ini dijalankan untuk membentuk

generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing,

bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

Beberapa acara menarik telah dijalankan sepanjang dua hari. Antaranya ialah, Acara Pecah

Bandungan, Permainan Koperatif dan Acara Malam Kebudayaan. Para peserta juga telah

didedahkan dengan Aktiviti Berpangkalan, yang mengandungi ilmu perkhemahan seperti

Pandu Arah, Masakan Rimba, Gajet dan Rekacipta atau Inovasi.

Keputusan pertandingan aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut :

PERTANDINGAN PEMENANG

Aktiviti Berpangkalan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

Terbaik Keseluruhan Pengakap

Khemah Terbaik Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

Persembahan Terbaik Persatuan Bulan Sabit Merat (PBSM)

Kadet Terbaik (Lelaki) Amir Farhat b Mohd Fauzi (Pengakap)

Kadet Terbaik (Perempuan) Nor Adila bt Razak (PPIM)

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Puan Sabariah bt Salleh, GPK Kokurikulum SK

Kerling. Adalah diharapkan peserta murid dapat menggunakan ilmu perkhemahan yang

telah dipelajari dalam menghadapi cabaran hidup di masa hadapan.

Page 20: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 20

SK Lembah Beringin

PERASMIAN PROGRAM BULAN MEMBACA Pada 5 Julai 2010 bersamaan hari Isnin, Pusat Sumber SK Lembah Beringin telah

melancarkan Program Bulan Membaca. Program ini berlangsung sehingga 28 Julai 2010.

Pelbagai acara telah dijalankan bagi memeriahkan suasana sambutan. Antara program

yang dijalankan adalah anugerah membaca paling banyak, tokoh ulat buku, pertandingan

buku skrap, pertandingan silang kata, pertandingan bercerita buku cerita, pertandingan

tulisan cantik, pertandingan melukis dan mewarna poster serta program bacalah sayang.

Program Gerakan Membaca merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian Pelajaran

Malaysia yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidkan. Program ini bertujuan

membina tabiat membaca dalam kalangan guru dan murid sekolah. Melalui program ini,

diharapkan semua pihak berperanan menjadikan murid dan guru sebagai insan yang

berilmu pengetahuan dengan membudayakan tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang

hayat.

Manusia dapat menghitung berapa umurnya yang sudah terpakai, tetapi berapa yang tinggal tetap

menjadi rahsia.

Sebesar-besar urusan dan seberat-berat urusan, jangan hadapi dengan muka berkerut. Kerut muka

itu sendiri menambah kerut pekerjaan.

Page 21: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 21

SK Lembah Beringin

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-53 Tanggal 21 Ogos 2010, SK Lembah Beringin telah

mengadakan Program Sambutan Hari

Kemerdekaan Malaysia kali ke-53. Pelbagai acara

telah dijalankan bagi memeriahkan suasana

sambutan. Walaupun program ini disambut dalam

bulan Ramadhan, namun program ini dapat

berjalan dengan lancar.

Acara yang pertama adalah perhimpunan pagi

sempena Hari Kemerdekaan. Ucapan En.Abdul

Rahman B. Mat selaku Guru Penolong Kanan Hal

Ehwal Murid yang padat dan jitu telah menambah semangat kemerdekaan di kalangan

murid-murid. Selesai perhimpunan, murid-murid bergerak masuk ke Dewan Beringin Indah

untuk acara yang seterusnya iaitu menonton filem patriotik “ Bukit Kepong “.

Filem yang menyentuh hati ini telah memberi

kesan kepada murid-murid kerana ada

segelintir murid yang menitiskan air mata ketika

menontonnya. Filem ini ditayangkan bertujuan

mengimbau kembali detik-detik sejarah negara

disamping menanam semangat cintakan tanah

air. Sebaik sahaja filem “ Bukit Kepong “ tamat,

pertandingan kuiz berkaitan filem tersebut dan

sejarah kemerdekaan diadakan bagi menguji

tahap kefahaman murid mengenai

kemerdekaan. Murid-murid SK Lembah

Beringin juga telah menunjukkan bakat masing-

masing dengan membuat beberapa persembahan seperti persembahan deklamasi sajak,

persembahan pakaian tradisional dan persembahan nyanyian lagu patriotik.

Sebelum penutup, pertandingan mewarna bagi

murid-murid prasekolah, tahap 1 dan 2 telah

dijalankan. Para hakim pening kepala untuk

memilih hasil lukisan yang terbaik. Sebagai

penutup, semua warga SK Lembah Beringin

melaungkan perkataan keramat “MERDEKA”

sebanyak 7 kali sebagai simbolik kemerdekaan

negara ke-53 serta nyanyian lagu-lagu patriotik.

Page 22: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 22

SMK Kalumpang

ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR

DAERAH HULU SELANGOR

Anugerah Kecemerlangan Akademik UPSR, PMR, SPM

dan STPM bagi peringkat daerah Hulu Selangor telah

diadakan di Dewan Sungai Tengi, Kampung Soeharto dan

disampaikan oleh YAB Dato‟ Seri Najib Bin Tun Abdul

Razak, Perdana Menteri Malaysia. Majlis dimulakan

dengan ucapan daripada YAB Perdana Menteri dan

seterusnya penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar

cemerlang serta sumbangan basikal kepada pelajar miskin.

Wakil penerima hadiah dari SMK Kalumpang ialah pelajar-

pelajar yang telah mendapat 8A dalam PMR tahun 2009

iaitu Nur Ain bt Ahmad Fawzi, Muhammad Afifuddin

Ismail, Nursarah bt Saifuddin, Lee Chee Leong, manakala

pelajar yang mendapat 10A dalam SPM ialah Mooi Kar

Yen dan Tan Beng Keit. Tahniah dan terima kasih kepada

pelajar-pelajar yang berjaya dan semoga menjadi inspirasi

kepada pelajar-pelajar lain.

MAJLIS PERMUAFAKATAN SEKOLAH DAN PIBG BERSAMA

Y.B. DR. MOHD PUAD BIN ZARKASHI, TIMBALAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Majlis permuafakatan ini disertai oleh guru-guru dari seluruh sekolah daerah Hulu Selangor, wakil PIBG SMK Kalumpang bersama YB Dr. Mohd Puad Bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia yang telah menyampaikan Mock Cheque sebanyak RM 100,00.00 kepada wakil–wakil sekolah daerah Hulu Selangor bagi tujuan pembangunan fizikal sekolah. Majlis yang bermula pada pukul 2 petang ini dimulakan dengan bacaan doa, ucapan daripada YB Dr. Mohd Puad Bin Zarkashi, sesi dialog bersama guru-guru dan wakil PIBG serta diakhiri dengan acara kemuncak iaitu penyampaian Mock Cheque kepada Pengetua dan Guru-Guru Penolong Kanan 1 dan sesi bergambar oleh pihak media. Diharapkan majlis permuafakatan antara sekolah dan pihak KPM ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Page 23: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 23

SMK Kalumpang

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN, HARI KAD PENYATA, HARI KOPERASI, DAN KEMPEN DERMA BUKU PUSAT SUMBER

Sempena sambutan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan

pada 14 Julai 2010, pihak sekolah telah mengambil

kesempatan untuk mengadakan Hari Kad Penyata, Hari

Koperasi dan Kempen Derma Buku secara serentak

memandangkan penglibatan ibu bapa dan AJK PIBG SMK

Kalumpang yang dijangka meluas pada hari itu. Majlis

dimulakan dengan pelancaran Hari Koperasi di Dataran Ilmu

pada pukul 7.30 pagi dengan ucapan daripada Setiausaha

Koperasi dan nyanyian lagu Koperasi.

Majlis diteruskan lagi dengan upacara Anugerah Kecemerlangan di Dewan Semarak yang

dirasmikan oleh wakil dari Pusat Latihan Pertanian Kalumpang yang turut menyampaikan

sijil dan hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik dari Tingkatan

Peralihan hingga ke peringkat SPM. Aktiviti hari Koperasi pula bermula pada pukul 9.00

pagi yang mana lebih kurang 15 gerai dibuka untuk jualan pelbagai barangan dan makanan.

Pihak Bank Islam juga turut dijemput untuk membuka kiosk serta memberi penerangan

berkenaan insurans. Pada pukul 10.00 pagi guru-guru bergerak ke kelas masing-masing

untuk memberi laporan prestasi kepada ibu bapa yang datang bersama murid.

Bagi aktiviti Kempen Derma Buku pula acara pelancaran telah dirasmikan terlebih dahulu

oleh YDP Majlis Daerah Hulu Selangor Tn Hj Tukiman b Nair iaitu pada 23 Jun 2010.

Kempen ini mendapat kerjasama daripada pihak PIBG yang telah mengambil inisiatif

mengedarkan flyer kepada orang ramai dan mengadakan kempen 1 Keluarga 1 Buku. Unit

Pusat Sumber pula menyediakan kotak derma buku bagi memudahkan ibu bapa menderma

pada hari tersebut. Sambutan didapati amat menggalakkan dan pembugaran kempen ini

akan diadakan pada setiap tahun.

Page 24: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 24

SMK Kalumpang

KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR (MSSD)KALI KE 38 TAHUN 2010

SMK Kalumpang telah dipilih menjadi pengerusi pengelola bagi kejohanan MSSD peringkat Daerah

Hulu Selangor pada kali ini. Kejohanan yang berlangsung selama 4 hari (23 -26 Mac 2010) di

Stadium Proton City telah menyaksikan atlit-atlit sekolah peringkat daerah Hulu Selangor mencipta

rekod baru kejohanan pada tahun 2010. Tahniah kepada atlit SMK Kalumpang yang terlibat dan

berjaya menduduki tempat ke 7 dari 16 buah sekolah menengah di seluruh daerah Hulu Selangor.

KEM REMAJA RABBANI

Kem Remaja Rabbani merupakan program tahunan yang diadakan

pada setiap tahun dan melibatkan pelajar Tingkatan 3 dan 5.

Program dua hari satu malam ini bermula dari 9 – 10 Julai 2010,

telah memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan dengan

ibadah solat, qiamullail, muhasabah diri, pengurusan jenazah dan

motivasi kecemerlangan diri. Program ini dianjurkan oleh Panitia

Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Ko Kurikulum. Matlamat

program ini ialah mengharapkan pelajar-pelajar dapat meningkatkan

sahsiah diri, menerapkan nilai-nilai dan ajaran Islam yang murni

dan mengeratkan silatul rahim sesama insan. Belanjawan program dianggarkan lebih kurang RM

3500.00 dan mendapat kerjasama daripada Imam Masjid al Taqwa Kalumpang yang memberikan

ceramah tentang solat dan Ustaz Mohd Hazri b Hashim dari SK Kerling yang menjalankan aktiviti

pengurusan jenazah. Kem ini dirasmikan oleh Pengetua SMK Kalumpang dan ditutup oleh YDP PIBG

SMK Kalumpang.

Page 25: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 25

SJKC Kalumpang

SAMBUTAN HARI GURU 2010 SJKC Kalumpang telah meraikan sambutan Hari Guru

pada 17 Mei 2010 di tapak perhimpunan. Pada pukul

7.40 pagi, murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan.

Majlis di mulai dengan menyanyikan lagu „Negaraku‟,

lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Kemudian Guru

Besar memberikan ucapannya sambil menyatakankan

perasaan gembiranya selama bertugas di SJKC

Kalumpang. Selepas itu, setiap guru naik ke pentas

untuk membacakan kad-kad Hari Guru yang diberikan

oleh murid.

Pada pukul 9.00 pagi pula, guru-guru serta murid-murid berkumpul di gelanggang bola

keranjang untuk menjalankan beberapa aktvitivi. Salah satu aktviti yang menyumbang

kepada suasana meriah di gelanggang itu ialah pertandiangan bola keranjang di antara

guru-guru dengan murid-murid. Murid–murid yang menonton sebagai penyokong bersorak

dan bertepuk tangan dengan gembira. Suasan ketika itu sungguh meriah.

Pada pukul 10.30 pagi guru-guru menjamu selera di makmal sains manakala murid-murid

pula menikmati makanan di kantin. Selepas itu, guru-guru sibuk membuat persiapkan untuk

menjalankan aktivit seterusnya iaitu persembahan murid-murid Tahun 5 dan 6. Murid–murid

menyanyikan lagu yang berkaitan dengan guru. Sebahagian murid pula memainkan alat-alat

muzik.

Sambutan Hari Guru diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada guru-guru sebagai

kenangan. Hari Guru tahun ini telah dapat disambut dengan meriah dan lancar.

Page 26: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 26

SJKC Kerling

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2010

SJKC Kerling telah mengadakan perhimpunan khas sempena Hari Kemerdekaan Malaysia

pada 30 Ogos 2010 ( Isnin ) bertempat di tapak perhimpunan sekolah. Mula-mula, murid-

murid berdiri tegak untuk menyanyikan lagu “Negaraku”. Seterusnya, Guru Besar En Lim

Kum Pheng memberikan ucapan dan membaca perutusan Hari Kemerdekaan daripada

Pengarah Pelajaran Negeri dan Menteri Pelajaran Malaysia. Murid-murid mendengar

ucapan Guru Besar dengan penuh teliti.

Selepas bacaan perutusan, Guru Besar

memimpin seluruh warga sekolah

melaungkan perkataan “Merdeka” sebanyak

3 kali. Murid-murid melaungkan perkataan

“Merdeka” sambil mengibarkan Jalur

Gemilang kecil yang diedarkan oleh guru

kelas sebelumnya. Laungan perkataan

“Merdeka” yang penuh semangat oleh murid-

murid merupakan acara kemuncak pada

majlis berkenaan. Majlis Sambutan Hari

Kebangsaan pada hari itu dijalankan dengan lancar sekali. Pihak sekolah berjaya memupuk

semangat patriotik dalam kalangan murid-murid. Murid-murid berasa gembira kerana

mendapat Jalur Gemilang kecil yang diedarkan oleh pihak sekolah.

Apabila kita terfikir kita tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang kita ingini,

mungkin kita tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya kita percaya pada diri sendiri lambat-laun

kita akan memperolehinya.

Kenangilah segala pujian yang kita terima. Lupakan segala maki hamun, caci dan cela.

Page 27: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 27

SJKT Ladang Kerling

SJKT Ladang Kerling telah menjalankan Program Bulan Kemerdekaan yang dilaksanakan

sepanjang bulan Ogos dan September 2010. Pelancaran Bulan Kemerdekaan ini telah

dirasmikan oleh Guru Besar sekolah Pn.Thanavali A/P Palaniappa Pillai.

Menerusi program bulan kemerdekaan ini telah meningkatkan semangat patriotik dalam

kalangan murid-murid. Program ini membuatkan pelajar merasa lebih cintakan negara dan

sentiasa taat serta patuh kepada negara. Pelajar juga dapat mengenang budi dan berterima

kasih kepada pemimpin-pemimpin yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan. Selain

dari itu program-program seperti ini akan meningkatkan bakat pelajar dan menyakinkan diri

pelajar untuk menyertai pertandingan. Program ini juga dapat mewujudkan semangat

bekerjasama di antara guru-guru dan para pelajar.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan di sepanjang bulan kemerdekaan ini. Antaranya ialah

Pertandingan mewarna logo, Pertandingan melukis dan mewarna, Pertandingan menulis

esei, Pertandingan menulis „kavithai‟ dan Pertandingan kuiz kemerdekaan.

Pertandingan ini telah dijalankan semasa waktu belajar dan selepas waktu persekolahan.

Guru yang bertanggungjawab telah mendapatkan senarai nama pemenang setelah

tamatnya setiap pertandingan. Penyampaian hadiah telah diadakan pada 27 September

2010 di tapak perhimpunan. Guru besar, Pn. P.Thanavalli telah memberi hadiah kepada

para pemenang.

Senyuman daripada kita boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak

menyukai kita.

Kita amat bermakna dalam hidup seseorang.

Kalau bukan kerana kita, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

Apabila kita membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

Sekiranya kita merasakan kita dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin kita yang meminggirkan

mereka.

Page 28: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 28

SJKT Ldg Changkat Asa

PROGRAM PAMERAN BERTOPIK PSS

Pada 1 Ogos 2010 Pusat Sumber SJKT Ladang

Changkat Asa telah menjalankan Program

Pameran Bertopik yang bertemakan pakaian

tradisional. Aktiviti ini dianjurkan bersama

Panitia Kajian Temapatan dan Pendidikan Sivik.

Pameran Bertopik ini bertujuan untuk murid-

murid mengenali lebih lanjut mengenai pakaian

tradisional penduduk-penduduk berbilang kaum

yang ada di Malaysia. Pameran ini telah

dirasmikan oleh Puan Saroja, Guru Besar SJKT

Ladang Changkat Asa.

Pameran ini berlangsung selama seminggu. Dalam pameran ini, semua jenis pakaian

tradisional dipamerkan seperti sari, doti, baju kurung, cheongsam, baju kebaya, dan lain-lain

lagi telah dipamerkan. Pakaian ini dipamerkan dalam bentuk maujud, gambar, carta, dan

rakaman. Maklumat dari internet mengenai tajuk ini telah juga dimuat turun. Semua murid

menunjukkan minat yang mendalam semasa melawat pameran ini.

Makanan antikolestrol:

MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain: belimbing, kedodong, betik, rambutan,

strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.

KISMIS

Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan

400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

OAT

Lebih daripada kajian saintifik yang dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap

pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan

risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.

JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya

setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh.

Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka

yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang

sesuai.

Page 29: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 29

SJKT Ladang Escot

PROGRAM SUKANEKA TAHUNAN

Pada 30 Mac 2010 SJKT Ladang Escot

telah mengadakan Hari Sukaneka di

padang sekolah. Majlis ini dirasmikan oleh

Dato Rama seorang usahawan tempatan

yang juga YDP PIBG sekolah ini.

Acara sukaneka dimulakan dengan

perbarisan murid yang terdiri daripada

Rumah Merah diikuti Rumah Hijau dan

Rumah Kuning. Setiap khemah pasukan

telah dihiasi oleh ahlinya dengan kreativiti

masing-masing untuk menarik perhatian

para hadirin. Tarian Gimrama yang

menawan juga diadakan sebagai selingan.

Selepas Lagu Negaraku dan bacaan ikrar

sukan, acara diteruskan dengan ucapan

Guru Besar dan Dato Rama. Murid-murid

mengambil bahagian dalam Sukaneka ini

dengan penuh rasa semangat kesukanan.

Semua acara sukaneka dijalankan dengan

lancar sekali. Penyampain hadiah kepada

semua pemenang dan peserta

merupakan acara kemuncak pada majlis

Hari Sukaneka ini. Semangat kesukanan

perlu dipupuk dalam kalangan murid sejak

kecil lagi. Semoga satu hari nanti akan lahir jaguh sukan negara dari para peserta yang

mengambil bahagian dalam program kali ini.

Lupaan dan ingatan adalah dua perkara yang sering dikaitkan dengan proses pembelajaran. Kedua-

duanya menjadi suatu masalah rumit kepada kebanyakan pelajar. Mereka belajar tetapi tidak dapat

mengeluarkan kembali secara lisan atau tulisan kerana tidak dapat mengingatinya. Sebenarnya apa

yang telah dipelajari itu tidaklah dapat diingat kesemuanya. Kadang-kadang tidak sampaipun

separuh daripada isi bacaannya yang dapat diingati. Kadang-kadang belum pun habis tajuk yang

dibaca, isi bacaan pada bahagian permulaan tadi sudah dilupai.

Proses ingatan juga hampir sama. Anda hendaklah membaca dan membaca beberapa kali,

mengulang dan mengulangi lagi sehingga perkara tersebut benar-benar terlekat dalam ingatan anda.

Ini suatu cara mengekalkan dalam ingatan dengan lebih lama.

Page 30: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 30

SJKT Ldg Kalumpang

PROGRAM HARI MERDEKA KE 53

SJKT Ladang Kalumpang telah menyambut Hari Kemerdekaan pada bulan Ogos dengan meriah. Beberapa aktiviti telah diadakan pada hari tersebut. Antaranya ialah Pertandingan Mewarna Gambar. Peserta terbuka kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Dua kategori telah dibahagikan iaitu tahap 1 tahap tahap 2. Gambar yang diwarnakan adalah berlainan bagi tahap 1 dan 2. Selain itu pertandingan menyanyi lagu juga telah diadakan. Pertandingan ini merangkumi lagu kebangsaan, lagu patriotik dan lagu yang bertemakan kemerdekaan. Beberapa kumpulan telah memenangi dalam pertandingan ini. Di samping itu semua guru juga telah turut sama menyanyikan Lagu Kebangsaan bersama–sama dengan murid.

Pn. Mahadevi A/P Tendayoudabam, Guru Besar SJKT Kalumpang telah sudi

menyampaikan hadiah kepada peserta yang telah memenangi semua jenis dan kategori

pertandingan yang dianjurkan. Adalah diharapkan program yang telah diatur sempena Hari

Kemerdekaan Malaysia ke 53 kali ini akan memberi makna kepada semua warga sekolah

khususnya dalam menerap semangat 1Malaysia.

Jangan Malas Mandi

Kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri

daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan

tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita

diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat

menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan

jantung terutamanya untuk lelaki.

Page 31: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 31

SK Hulu Bernam

SAMBUTAN BULAN MEMBACA

Sepanjang Bulan Julai 2010 SK Hulu Bernam

telah menjalankan berbagai aktiviti seperti

Minggu Sains dan Matematik, Minggu Bahasa

Melayu, Minggu Bahasa Inggeris, Program

Perpustakaan Mini Pendidikan Khas dan

Program Kecemerlangan Bahasa Bersama

ADap(Utusan Malaysia).

Diantara objektif sambutan Bulan Membaca ini

adalah :

Menanam dan menggalakkan membaca dalam kalangan individu khasnya murid SK

Hulu Bernam.

Memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa membaca adalah penjana kepada

usaha memperoleh ilmu yang menjadikan kita mencapai kecemerlangan dalam

kehidupan akan datang.

Guru Besar SK Hulu Bernam, Encik Hamzah bin

Salleh yang merasmikan Minggu Bahasa Melayu pada

12hb Julai 2010 berkata Minggu Bahasa Melayu akan

dapat melahirkan anak didik SK Hulu Bernam berbudi

luhur dan menyuburkan sikap tanggung jawab

terhadap bahasa ibunda.

Menurut Puan Hajjah Maziah, GPM PSS SK Hulu

Bernam, setiap tahun PSS akan menyambut Bulan

Membaca seiring dengan program NILAM (Nadi ILmu

Amalan Membaca) yang mensasarkan penglibatan semua murid di sekolah ini dari peringkat

Pra-Sekolah, murid Tahap Satu dan murid Tahap Dua dalam program membaca berkenaan.

Majlis penutupan Program Bulan Membaca telah disempurnakan oleh Puan Kamariah bt

Ibrahim, GPK Pentadbiran pada 31 hb Julai 2010 bertempat di Anjung Budi, serentak

dengan pelancaran Program AdaP (Akbar Dalam Pembelajaran).

E-Guru merupakan satu alat seperti komputer riba yang membantu pelajar untuk memahami sebutan

bahasa. Ia direka untuk menghasilkan bunyi dan suara seperti yang terkandung dalam sesuatu teks,

bahan bercetak atau gambar melalui proses imbasan.

Page 32: PKG Kalumpang Terkini Kurikulum Standard Sekolah · PDF filebertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh ... yang masih tidak menguasai asas

PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 32

SK Hulu Bernam

SAMBUTAN HARI BUKU SEDUNIA

Majlis Sambutan Hari Buku Sedunia

peringkat SK Hulu Bernam adalah anjuran

PIBG dan Utusan Malaysia. Sambutan telah

diadakan pada 23hb April 2010 di Anjung

Budi SK Hulu Bernam, pada pukul 8.30 pagi

hingga 12.30 tgh hari. Kehadiran wakil

utusan, wakil PKG dan PIBG turut

memeriahkan sambutan. Perasmian Hari

Buku telah disempurnakan oleh ADUN Hulu

Bernam Dato‟ Mohamed Idris bin Abu Bakar.

Kemuncak sambutan adalah program JOM

BACA JAWI tajaan PIBG SK Hulu Bernam

yang mana murid-murid sekolah ini

memperolehi 1000 naskhah akhbar jawi

sepanjang tahun 2010. Akhbar jawi ditaja

oleh Utusan Malaysia.

Program Karnival PRA Sekolah juga turut memeriahkan lagi sambutan Hari Buku yang

mana PKG Kalumpang telah mengendalikan bersama sekolah-sekolah ahli menjalankan

aktiviti Explorace. Murid-murid Pra Sekolah telah mengharungi pelbagai aktiviti mencabar di

lima stesen yang disediakan.

Sempena sambutan tersebut PSS mengadakan program yang sama anjuran Perpustakaan

Negara Malaysia iaitu membaca dan mengulas dalam sesi ulasan buku “Menakhoda

Zaman” hasil tulisan YAB Datuk Sri Najib Tun Razak bertempat di Terminal NILAM.

Sambutan Hari Buku berakhir dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang

pertandingan JOM BACA JAWI dan pemenang Explorace termasuk tadika jemputan

KEMAS dan Tadika PERPADUAN. Sambutan ini juga mendapat sambutan meriah oleh

pihak PKG Kalumpang dan sekolah ahli kelompok PKG Kalumpang.

DRINK WATER ON EMPTY STOMACH

For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the following diseases: Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throat diseases.