24
PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI PENGAJARAN: SATU KAJIAN DI SEBUAH MAKTAB PERGURUAN OLEH SIT1 ZOHARA BT YASSIN Kertas Tesis Untuk Memenuhi Sebahagian Keperluan Pengijazahan Sarjana Sains Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia UNnTERSITY MALAYSIA SARAWAK July 1997

PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI PENGAJARAN:

SATU KAJIAN DI SEBUAH MAKTAB PERGURUAN

OLEH SIT1 ZOHARA BT YASSIN

Kertas Tesis Untuk Memenuhi Sebahagian Keperluan Pengijazahan Sarjana Sains

Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia

UNnTERSITY MALAYSIA SARAWAK July 1997

Page 2: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

PENGESAHAN LEMBAGA PEMERIKSA

Lembaga Pemeriksa yang telah bersidang pada 18 J u l a i 1997

bagi melaksanakan pemeriksaan lisan (viva) bagi calon S i t i Zohara B t . Yassin

untuk ijazah MSc (HRD) yang tesisnya bertajuk:

Perse P si Terhada 13 Kometensi Pe- -1 inn P P ~ =ran Ka: . .

Di Sebuah Maktab Perquruan

dengan ini telah bersetuju mengesahkan bahawa tesis tersebut adalah sempurna bagi memenuhi sebahagmn daripada syarat memperolehi ijazah

MSc (HRD).

Pemeriksa Luar:

Prof. Madya Dr . Arif fin Hj . Zainal

Pemeriksa Dalam:

D r . Pe te r Soncia Tanda tangan

Page 3: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

PENGESAHAN

Dengan ini diperakui penerimaan tesis bertajuk 'Persepsi Terhadap Kompetensi Pensyarah Dalam Pengajaran:

Satu Kajian Di Sebuah Maktab Perguruan' yang disedia dan diserahkan oleh

Siti Zohara bt Yassin sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan

penganugerahan Ijazah Swana Sains (Pembangunan Sumber Manusia)

Disahkan oleh:

Prof Madya Dr Napsiah Mahfoz (Penyelia)

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan, Sarawak

Haribulan:

Page 4: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

Adalah diperakukan bahawa tesis ini adalah hasil karya penyelidik

sendiri dan tiada bahagian telah dikemukakan untuk menyokong

sesuatu pennohonan untuk mendapatkan sesuatu kelayakan ijazah di

universiti ini atau mana-mana institusi pendidikan tinggi yang lain.

Page 5: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

Syukur Alhadulillah, dengan limpah kurnia dan keizinanNya

dapatlah saya menyiapkan tesis ini sebagai memenuhi keperluan kursus

ini. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga khas ditujukan kepada

Prof. Madya Dr. Napsiah Mahfoz kerana dengan bantuan, bimbingan,

tunjukajar, pendapat dan masa yang beliau luangkan telah membolehkan

terhasilnya tesis ini. Ribuan terima kasih juga kepada Dr. Abg. Ahmad

Ridzuan Abg. Awet yang telah memberi bantuan dan sokongan sepanjang

tempoh kursus ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada Pn. Hjh. Normilah Nordin,

Dr. Adi Badiozarnan Tuah, Pn. Noor Zaliha Pandak, Dr. Razali Abon, En.

Bujang Hadi Sulaiman dan En. Loong Sun Seng kerana telah sudi

berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dalam menyediakan

tesis ini.

Terima kasih kepada Pengetua Maktab Perguruan Batu Lintang,

Dr.Rabiah Ghani kerana telah memberi kelulusan untuk menjalankan

kajian ini dan juga semua pensyarah kerana dengan kerjasama dan

sokongan mereka telah dapat melaksanakan tesis ini.

Terima kasih kepada En. Hong Kian Sam pensyarah dari Fakulti

Sain Kognitif dan rakan seperjuangan Haminah dan Khadijah dalam

memberi bantuan dan sokongan untuk menyiapkan tesis ini.

Untuk ibu, ayah dan ad&-adik yang telah memahami dan memberi

dorongan sepanjang kursus ini

Tidak dilupai semua rakan yang telah memberi bantuan sepanjang

kursus ini.

Jasa mu tetap dikenang.

Page 6: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kompetensi yang diperlukan

oleh pensyarah dalam pengajaran di maktab perguruan. Soalselidik

diguna untuk mendapat data berikut : (i) maklumat demografi tentang

pensyarah; (ii) persepsi terhadap tahap kompetensi yang dimiliki; (iii)

persepsi terhadap tahap kompetensi yang diperlukan; (iv) perbezaan

tahap kompetensi berdasarkan ciri-ciri demografi; (v) hubungan

kompetensi yang ada dengan kompetensi yang diperlukan; dan (vi)

keutamaan kompetensi dari persepsi pensyarah. Responden kajian terdiri

dari pensyarah salah sebuah maktab perguruan di Sarawak. Daripada 96

responden, 61 (64.9 %) responden mengembalikan soalselidik. Statistik

diskriptif (frekuensi, peratusan dan min) dan statistik inferential (ujian-t,

Anova Sehala serta Scheffe dan korelasi Pearson) telah digunakan untuk

mengalisis data. Hasil kajian menunjukkan: (i) ramai responden memiliki

tahap kompetensi tinggi dalam aspek berkaitan penguasaan isi

kandungan bidang, mengenalpasti objektif pengajaran dan menyampai

pengajaran dan pembelajaran; (ii) kompetensi yang dianggap sangat perlu

dalam pengajaran ialah menguasai isi kandungan bidang, mengguna alat

dan bahan, mengenalpasti objektif pengajaran, menyampai pengajaran

dan pembelajaran, merancang isi kandungan secara sistematik dan

mempertingkatkan profesionalisme guru pelatih; (iii) terdapat hubungan

yang signifikan di antara tahap kompetensi perancangan, penilaian dan

hubungan interpersonal dengan responden yang menghadiri seminar,

umur dan pengalaman di maktab; (iv) tidak ada hubungan yang

Page 7: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

signifikan di antara kompetensi yang ada dan kompetensi yang

diperlukan; dan (v) kompetensi pelaksanaan dipersepsikan paling utama

dalam pengajaran. Kajian mencadangkan agar perkembangan staf

memberi penekanan terhadap latihan mengikut keperluan pensyarah dan

keperluan pendidikan masa kini untuk meningkatkan kemahiran dan

pengetahuan pensyarah supaya sealiran dengan perubahan dalam

pendidikan.

iii

Page 8: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

ABSTRACT

The objective of this study is to identify the competencies needed by

lecturers of a teacher training college in their teaching. Questionnaire was

used to collect data on: (i) the demographic characteristics of the lecturers;

(ii) the perception on their level of competencies; (iii) their perception

regarding the level of competencies needed in teaching, (iv) differences in

their level of competencies based on demographic characteristics, (v)

relationship between levels of competencies and the competencies needed,

and (iv) the respondents perception on the ranking of these competencies in

teaching. The respondents of this study comprised of lecturers a teacher

training college in Sarawak. Of the 96 respondents, 61 (64.9 %) returned

the questionnaires. Descriptive statistics (frequency, percentage and mean)

and inferential statistics (t Test, One Way Anova and Scheffee's test and

correlation Pearson) were used to analyze data. Findings of the study

showed that: (i) most of the respondents perceived their competency levels in

content area, objectives and presentation as high; (ii) the competencies

perceived as very necessary in teaching are content area, use of teaching

and learning resources, indentibing objectives, presentation, planning

course content systematically and upgrading the professionalism of trainee

teachers; (iii) there are significance differences between the level of

competencies for planning, evaluation and interpersonal relationship and

attendance at seminars, age and their teaching experience in college; (iv)

there is no significant relationship between their level of competencies and

Page 9: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

the competencies needed; and (v) presentation phase was perceived as top

priority in teaching instruction. The study recommended that staff

development should emphasise identification of needs o f the lecturers as

well as the needs of the education system in a n effort to upgrade the

lecturers skills and knowledge in order to meet the changing needs in our

education system.

Page 10: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

lSI KANDUNGAN

lSI KANDUNGAN Penghargaan ........................................................... . Abstrak ................................................................... . Abstract .................................................................. . lsi Kandungan ......................................................... . Senarai J adual ........................................................ . Senarai Rajah ......................................................... .

BAB 1 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6

1?~1'rtJt~1'r~ ••••••••••••••••••••••••••••••.•• Pengenalan .................................................... . Latarbelakang ............................................... .. Pemyataan Masalah ....................................... . Objektif Kajian .............................................. . Kepentingan Kajian ........................................ . Batasan Kajian ............................................. .. Definisi Operasional. ...................................... .

Muka Surat I

11

IV

VI

IX

Xl

1 1 1 3 4 4 6 6

BAB 2 2.0 2.1

KAJIAN SEMULA PENULISAN......... 8

2.2

2.3

BAB 3 3.0 3.1 3.2 3.3

3.4 3.5

Pengenalan ................................................... .. Kompetensi .......................................... '" ....... . 2.1.1 Definisi Kompetensi.. .......................... . 2.1.2 Kepentingan Kompetensi ..................... . 2.1.3 Penclidikan Berasaskan Kompetensi .... . Peranan Pensyarah Dalam Pengajaran ........... . 2.2.1 Perancangan Pengajaran .................... .. 2.2.2 Pelaksanaan Pengajaran .................... .. 2.2.3 Penilaian Pengajaran .......................... . 2.2.4 Hubungan InterpersonaL .................... . Rumusan Dan Kerangka Kajian ..................... .

METODOLOGI KAJIAN •••••••••••••••.••• Pengenalan ................................................... .. Rekabentuk Kajian ......................................... . Populasi Dan Sampel. ..................................... .. Instrumentasi. ............................................... .. 3.3.1 Pembentukan Instrumen ..................... . 3.3.2 Soalseliclik .......................................... . 3.3.3 Kajian Rintis ...................................... . 3.3.4 Ujian Kebolehpercayaan Pengumpulan Data ........................................ . Penganalisisan Data ....................................... .

VI

8 8 8 9 12 14 17 20 23 25 26

30 30 30 31 31 31 34 36 37 37 38

Page 11: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

BAB 4 4.0 4.1

.......................... DAPATAN KAJIAN ..................................................... Pengenalan

Latarbelakang Responden ............................... 4.11 Gender. Umur Dan Kelulusan

............................................ Akademik 4.1.2 Pengalaman Mengajar Di Sekolah Dan

............................................... Maktab 4.1.3 Latihan Yang Diterima ........................ Kompetensi Yang Diperlukan .......................... 4.2.1 Perancangan Pengajaran ..................... 4.2.2 Pelaksanaan Pengajaran ...................... 4.2.3 Penilaian Pengajaran .......................... 4.2.4 Hubungan Interpersonal ...................... Tahap Kompetensi Yang Ada .......................... 4.3.1 Perancangan Pengajaran ...................... 4.3.2 Pelaksanaan Pengajaran ...................... 4.3.3 Penilaian Pengaj aran ........................... 4.3.4 Hubungan Interpersonal ...................... Perbezaan Tahap Kompetensi Berdasarkan Ciri-Ciri Latarbelakang Terpilih ........................ 4.4.1 Perbezaan Tahap Kompetensi

Berdasarkan Gender Dan Sumber ......... 4.4.2 Perbezaan Tahap Kompetensi

Berdasarkan Umur, Kelulusan Akademik .................................. Dan Pengalaman

Hubungan Kompetensi Yang Ada Dengan Yang Diperlukan ..................................................... Keutamaan Kompetensi Mengikut Persepsi

...................................................... Responden ........................... Rumusan Dan Perbincangan

BAB 5 RUMUSAN. KESIMPULAN DAN ....................................... CADANGAN 5.0 Pengenalan ....................................................

.............................................. 5.1 Objektif Kajian ..................................................... 5.2 Metodologi

................................... 5.3 Rumusan Hasil Kaji an 5.3.1 Keperluan Dan Tahap Kompetensi

Pensyarah Dalam Pengajaran ............... 5.3.2 Perbezaan Tahap Kompetensi

Berdasarkan Ciri-Ciri Demografi ........... 5.3.3 Hubungan Tahap Kompetensi Yang Ada

Dengan Keperluan .............................. 5.3.4 Keutamaan Mengikut Persepsi

............................................ Pensyarah ................................. 5.4 Implikasi Dan Cadangan

5.4.1 Cadangan Untuk Arnalan .....................

Page 12: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

5.4.2 Cadangan Untuk Kajian Selanjutnya ......................................... 83

Lampiran A Soalselidik 87

Lampiran B Swa t Kebenaran Daripada Bahagian 88 Perancangan Dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Lampiran C Surat Kebenaran Daripada Bahagian 89 Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 13: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

SENARAI JADUAL Muka Surat 37 Jadual 1 Nilai Ketekalan Instrumen

Jadual 2

Jadual 3

Taburan Responden Mengdcut Umur Dan Gender

Taburan Responden Mengikut Gender Dan Kelulusan Akademik

Jadual 4 Taburan Responden Mendut Umur Dan Kelulusan Akademik

Jadual 5

Jadual 6

Jadual 7

Kategori Pengalaman Di Sekolah Dan Di Maktab Latihan Yang Diterima

Taburan Frekuensi Kompetensi Perancangan Pengajaran Yang Diperlukan

Jadual 8 Taburan Frekuensi Kompetensi Pelaksanaan Pengajaran Yang Diperlukan

Jadual 9 Taburan Frekuensi Kompetensi Penilaian Pengajaran Yang Diperlukan

Jadual 10 Taburan Frekuensi Kompetensi Hubungan Interpersonal Yang Diperlukan

Taburan Frekuensi Perancangan Pengajaran Yang Ada

Jadual 11

Jadual 12 Taburan Frekuensi Pelaksanaan Pengaranan Yang Ada

Jadual 13

Jadual 14

Taburan Frekuensi Penilaian Pengajaran Yang Ada Taburan Frekuensi Hubungan Interpersonal Yang Ada

Nilai T Antara Tahap Kompetensi Pengajaran Dengan Gender Dan Sumber Pengetahuan

Jadual 15

Nilai F Antara Ciri-Ciri Latarbelakan Jadual 16

Jadual 17 Ujian Scheffee Bagi Tahap Kompetensi Penilaian Pengajaran Berdasarkan Umur

Page 14: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

Jadual 18 Ujian Scheffe Bagi Tahap Kompetensi Perancangan 63 Pengajaran Berdasarkan Umur

Jadual 19 Ujian Scheffe Bagi Tahap Kompetensi Hubungan 63 Interpersonal Berdasarkan Pengalaman Di Maktab

Jadual 20 Ujian Scheffe Bagi Tahap Kompetensi Penilaian 64 Pengajaran Berdasarkan Pengalaman Di Maktab

Jadual 21 Indeks Davis (1971) 66

Jadual 22 Pekali Korelasi 'r' Antara Tahap Kompetensi Yang 67 Diperlukan Dan Yang Ada

Jadual 23 Keutamaan Kompetensi Mengikut Persepsi 68 Responden

Page 15: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

Jadual 18 Ujian Scheffe Bagi Tahap Kompetensi Perancangan 63 Pengajaran Berdasarkan Umur

Jadual 19 Ujian Scheffe Bagi Tahap Kompetensi Hubungan 63 Interpersonal Berdasarkan Pengalaman Di Maktab

Jadual 20 Ujian Scheffe Bagi Tahap Kompetensi Penilaian 64 Pengajaran Berdasarkan Pengalaman Di Maktab

Jadual 21 Indeks Davis (197 1) 66

Jadual 22 Pekali Korelasi 'r' Antara Tahap Kompetensi Yang 67 Diperlukan Dan Yang Ada

Jadual 23 Keutamaan Kompetensi Mengrkut Persepsi 68 Responden

Page 16: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

SENARAI RAJAH Muka Surat

Rajah 1 Kerangka kajian kompetensi pengajaran 29

Rajah 2 Model proses kompetensi

Page 17: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Tenaga ke j a yang berkualiti ditentukan oleh kualiti

pendidikannya. Masyarakat meletakkan pendidikan sebagai penentu

kualiti pendidikan. Oleh itu pendidik guru yang dipertanggungjawabkan

melatih bakal-bakal guru secara tidak langsung mempengaruhi kualiti

guru yang akan dilahirkan oleh maktab perguruan. Peranan dan

tanggungjawab pensyarah sebagai pendidik guru adalah kritikal dan ini

bermakna pensyarah perlu memiliki keupayaan bagi memastikan proses

pengajaran dan pembelajaran be jalan dengan berkesan.

1.1 Latarbelakang

Sistem pendidikan di Malaysia yang berteraskan Falsafah

Pendidikan Negara, bertujuan memperkembangkan potensi individu

secara bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dari segi

intelek, emosi, rohani dan jasmani. Matlamat Falsafah Pendidikan

Negara adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berakhlak

1

Page 18: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

mulia, bertanggungjawab serta berkeupayaan memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (Abu

Hassan Adam, 1992).

Untuk mencapai matlamat in kita harus mengharungi beberapa

perubahan yang berlaku di negara kita dan juga di dunia. Masyarakat

dunia pada kurun ke 21 sudah mula memperkatakan "computer literacy".

Pembangunan sesebuah negara diukur dengan kualiti guna tenaganya

(Abu Hassan Adam, 1992). Ini bermakna sistem pendidikan sesebuah

negara perlu berupaya meningkatkan kualiti, menambahkan kuantiti dan

memenuhi keperluan tenaga kerja di pasaran semasa dan akan datang

(Arby Ahmady, 1996). Untuk memenuhi keperluan semasa, pengurus

pendidikan perlu menyesuaikan diri dengan sistem pengurusan dan

penggunaan teknologi yang terkini (Symth,1987). Penekanan juga harus

diberikan ke atas usaha mewujudkan guru yang berkualiti dan berdaya

maju. Kenyataan yang dibuat oleh Holmes Group (satu badan yang

membuat pembaharuan dalam pendidikan guru) dipetik oleh Symth

(1987: 22), yang mengatakan "We cannot improve the quality of education

in our schools without improving the quality of teachers in them ....."

menunjukkan betapa pentingnya peranan guru dalam meningkatkan

kualiti dan prestasi sesebuah sekolah.

Ini bermakna sebagai pendidik guru, pensyarah perlu

berkeupayaan dalam usaha menghasilkan guru yang berkemampuan dan

berkualiti tinggi.

Page 19: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

1.2 Pernyataan Masalah

Dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000), pembangunan

sumber manusia diletakkan sebagai teras utama untuk menghadapi

pertumbuhan ekonomi jangka panjang. Ini adalah selaras dengan

penekanan yang diberikan oleh negara-negara perindustrian yang

menekankan pentingnya pembangunan sumber manusia dalam

pembangunan negara dan penggunaan sumber manusia secara optima

(Arby Ahmady, 1996). . Guru yang berkualiti adalah penting dalam menghasilkan sumber

manusia yang mampu menyumbang ke arah mencapai matlamat negara

menjadi sebuah negara maju. Pensyarah sebagai pendidik guru harus

mampu melahirkan guru yang berkeupayaan dan berkualiti tinggi.

Mereka perlu meneliti kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada

pada diri mereka. Mereka juga harus membuat refleksi kendiri untuk

memastikan mereka memiliki keupayaan dalam mempertingkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Salah satu strategi untuk mempastikan pendidik guru

berkeupayaan melahirkan guru yang berkualiti ialah dengan

meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini

bermakna guru perlu memiliki kompetensi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dalam usaha melahirkan sumber manusia yang memiliki

pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk pembangunan

negara. Apakah kompetensi- kompetensi yang diperlukan oleh

Page 20: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

pensyarah? Setakat mana mereka memiliki kompetensi tersebut?

Kajian diperlukan bagi meninjau kompetensi pensyarah dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha meningkatkan prestasi

pensyarah dan meningkatkan keupayaan mereka menangani cabaran

serta perubahan yang pesat berlaku dalam dunia pendidikan negara.

1.3 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi

pensyarah berhubung kompetensi pensyarah dalarn pengajaran di maktab

perguruan. Khususnya kajian ini bertujuan:

1. mengenalpasti tahap kompetensi pengajaran yang ada pada

pensyarah;

2. menentukan kompetensi yang diperlukan oleh pensyarah dalam

pengaj arm;

3. melihat perbezaan tahap kompetensi yang ada berdasarkan ciri-

ciri latarbelakang yang terpilih;

4. melihat hubungan tahap kompetensi yang ada dan yang

diperlukan dalarn melaksanakan pengajaran; dan

5. melihat keutamaan kompetensi pensyarah dalam pengajaran.

1.4 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kompetensi

4

Page 21: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

yang ada dan yang perlu ada pada seorang pensyarah di maktab

perguruan. Hasil kajian ini akan membantu memantapkan lagi

kompetensi pensyarah dalam profesyen perguruan dari segi teknikal,

interaksi dengan manusia dan konseptual.

Dapatan dari kajian ini juga boleh memberi gambaran tentang

kelemahanlkekurangan dan kebolehan yang ada di kalangan pensyarah

maktab perguruan. Dapatan ini sekali gus memberi kesedaran di

kalangan pensyarah tentang kompetensi yang mereka perlukan,

kelemahan dan yang ada pada diri mereka dan seterusnya meningkatkan

iltizam untuk meningkatkan kompetensi dan prestasi kerja.

Dengan mengenalpasti kompetensi yang perlu ada pada setiap

pensyarah, ia diharapkan akan membantu bahagian perkembangan staf

dalam merancang program latihan dalaman untuk meningkatkan

kompetensi pensyarah. Jenis latihan yang berkaitan dengan kompetensi

juga boleh diberikan kepada pensyarah baru sebagai persediaan diri

dalam profesyen keguruan.

Selain daripada itu, ia juga boleh digunakan sebagai panduan

kepada bahagian perjawatan dalam pengambilan pensyarah baru ke

maktab perguruan. Individu juga boleh menjangkakan kemahiran,

pengetahuan, persekitaran dan keperluan tugas sebagai seorang

pensyarah di maktab perguruan.

Page 22: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

1.5 Batasan Kajian

Dalam kajian ini terdapat 2 batasan. Batasannya adalah seperti

berikut :

1. Kajian ini hanya dijalankan di sebuah maktab perguruan. Oleh

itu dapatan kajian hanya menggambarkan keadaan

persekitaran dan keperluan pensyarah di maktab tersebut.

Hasil kajian tidak boleh diperluaskan kepada maktab

perguruan lain di Malaysia.

2. Kajian ini adalah berdasarkan persepsi responden tentang

keperluan dan tahap kompetensi.

1.6 Definisi Operasional

1. Kompetensi:

Kepakaran yang perlu untuk membolehkan seseorang

menjalankan saesuatu tugas dengan lebih efektif dan

efisyen.

2. Pakar:

Pensyarah yang telah menjalankan tugas sebagai pensyarah

di maktab perguruan lebih daripada lima tahun dan sering

dirujuk oleh pensyarah lain.

Page 23: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

3. Ketua jabatan:

Pensyarah yang menjadi ketua dalam sesebuah jabatan dan

beliau bertanggungjawab ke atas semua pensyarah dalam

jabatan tersebut.

4. Ketua unit:

Pensyarah yang dilantik menjadi ketua dalam bidang

tertentu di dalam sebuah jabatan, dan beliau

bertanggungjawab ke atas pensyarah yang mengajar bidang

tersebut.

5. Pensyarah:

Tenaga pengajar yang mengajar guru pelatih di maktab

perguruan.

6. Guru pelatih:

Pelajar yang mengikuti bidang keguruan di maktab

perguruan sebelurn dilantik menjadi guru bertauliah.

Page 24: PERSEPSI TERHADAP KOllMPETENSI PENSYARAH DALANI SATU ... terhadap kompetensi pensyarah...Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan,

BAB 2

KAJIAN SEMULA PENULISAN

2.0 Pengenalan

Bab ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian

pertama membincangkan kompetensi dan diikuti perbincangan mengenai

peranan pensyarah. Akhirnya bab ini membentang kerangka konsep

kajian ini.

2.1 Kompetensi

Bahagian ini akan membincangkan maksud kompetensi,

kepentingan kompetensi, dan pendidikan berasaskan kompetensi.

2.1.1 Definisi Kompetensi

Istilah "competence" berasal daripada katakerja Latin "competere"

yang bermaksud "to be suitable," ia itu sesuatu yang sesuai (Nordhaugh

dan Grouhaug, 1994). Pelbagai definisi diberikan oleh pengkaji seperti

Boyatzis (1982), Binstead (1988), Hornby & Thomas (1989) dan