Upload
dangcong
View
252
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
i
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU KIMIA DALAM MELAKSANAKAN
TEKNIK MENGESAN KERANGKA ALTERNATIF
GUNASUNDARY A/P SINNASAMY
Tesis ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
Fakulti Pendididkan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2006
ii
iii
iv
DEDIKASI
Istimewa buat
Ibuku yang disayangi
yang sentiasa mendoakan kejayaanku
Bapaku yang disanjungi
yang sentiasa tidak jemu memberi semangat baru
Dengan berkat restu kedua-dua orang tuaku
Dengan erti sebenar sebuah pengorbanan
yang tidak terhingga nilainya
Kini aku menjadi insan yang berjaya
dan berguna
Suamiku yang tercinta
Sokongan, dorongan dan
keperihatinanmu,
tidak terkata
kejayaanku adalah kejayaanmu jua
tidak akan ku lupakanmu sehingga hujung nyawa
Rakan-rakan seperjuanganku
yang dikasihi
Aina Fariza binti Md. Zin
yang menjadi penyumbang utama hasil penulisanku
Aina kau erti sebenar kawan baik ku
Shalom a/l Nagaratnam dan Lee Hong Huat
tunjuk ajar dan pertolonganmu
Akan sentiasa ku hargai selama-lamanya
v
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu ingin saya berterima kasih dan bersyukur terhadap tuhan yang
telah melimpahkan kurnia dan rahmatnya bagi memudahkan segala proses yang terlibat
dalam kajian ini.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khasnya kepada pensyarah
pembimbing saya, Profesor Madya Dr. Abu Hassan bin Kassim yang saya hormati dan
kagumi, yang telah banyak memberi motivasi serta telah berusaha bersungguh-sungguh
memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak ternilai pada diri saya dalam menyiapkan
kajian yang lengkap dan sempurna ini.
Seterusnya rakaman setinggi-tinggi terima kasih kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia, pengetua-pengetua dan guru-guru yang terlibat di atas kerjasama yang
diberikan dalam menjayakan kajian ini.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan dan semua yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung sepanjang kajian ini dijalankan.
Semoga tuhan memberkati hasil usaha kita.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan guru kimia terhadap
teknik-teknik mengesan kerangka alternatif pelajar. Fokus kajian adalah beberapa teknik
mengesan kerangka alternatif pelajar iaitu melibatkan aspek pemetaan konsep, ramalan-
pemerhatian-penjelasan, melukis dan penghasilan soalan. Seramai 120 orang pelajar dari
dua buah sekolah menengah dalam daerah Kulai, Johor dipilih secara rawak kelompok,
telah dilibatkan dalam kajian. Satu set soal selidik yang terbahagi pada dua digunakan
sebagai instrumen kajian. Bahagian A (maklumat latar belakang responden) dan
Bahagian B mengandungi 30 item berkaitan persepsi pelajar terhadap guru kimia dalam
melaksanakan teknik mengesan kerangka alternatif. Data-data yang diperolehi dianalisis
secara manual dengan mengira kekerapan dan peratusan. Tahap pelaksanaan guru kimia
terhadap teknik mengesan kerangka alternatif ditentukan berasaskan nilai mod. Hasil
kajian menunjukkan tahap pelaksanaan guru terhadap teknik mengesan kerangka
alternatif adalah lemah. Dapatan kajian juga menunjukkan guru gagal menguji
pengetahuan sedia ada pelajar sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Beberapa
implikasi dapatan kajian dibincangkan, batas kajian serta cadangan untuk kajian lanjutan
dikemukakan.
vii
ABSTRACT
The purpose of this research was to investigate the level of implementation of
several techniques to detect students ‘alternative framework’ by chemistry teachers. The
research focused on appropriate techniques that can be implant to detect students
‘alternative framework’ such as concept mapping, prediction-observation-explanation,
drawing and questions production. 120 students, randomly selected from 2 secondary
schools in the district of Kulai, were involved in this research. One set of questionnaire
consists of two parts which is used as a research instrument. Part A (respondents
personal details) and Part B contains 30 items students perception towards chemistry
teachers in implement several techniques to detect students ‘alternative framework’, was
gave to respondents. The data was analysis manually by calculating the frequency and
percentage. The level of implementation of several techniques to detect students
‘alternative framework’ are determined based on mod. The results showed that the
teachers were failed in appraised students ‘alternative framework’ Teachers gave less
concentration in student former knowledge before stat the lesson. Some implications of
the findings are suggested, limitations are cited and some suggestion for further research
were put forward.
viii
KANDUNGAN
muka surat
Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar belakang masalah 3
1.3 Pernyataan masalah 5
1.4 Objektif kajian 7
1.5 Rasional dan kepentingan kajian 7
1.6 Skop kajian 8
1.7 Batasan kajian 9
1.8 Definisi istilah 9
1.8.1 Konsep 10
1.8.2 Kerangka alternatif 10
1.8.3 Kimia 11
ix
BAB II SOROTAN PENULISAN muka surat
2.1 Pengenalan 12
2.2 Faktor yang menyebabkan pemahamn konsep tidak selari 12
2.2.1 Bahasa harian dan pengalaman harian 13
2.2.2 Strategi pengajaran yang tidak berkesan 13
2.3 Kerangka alternatif 15
2.4 Kajian berkaitan dengan masalah kerangka alternatif pelajar 16
2.5 Teknik mengenal pasti kerangka alternatif pelajar 17
2.5.1 Kaedah pemetaan konsep 18
2.5.2 Kaedah ramalan, pemerhatian dan penerangan (POE) 19
2.5.3 Kaedah melukis 20
2.5.4 Kaedah penghasilan soalan 21
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 22
3.2 Rekabentuk kajian 22
3.3 Populasi dan sampel kajian 23
3.4 Instrumen kajian 23
3.5 Prosedur kajian 24
3.6 Kajian rintis 25
3.7 Analisis data 26
x
BAB IV ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN HASIL muka surat
4.1 Pendahuluan 28
4.2 Analisis data 28
4.2.1 Latar belakang responden 29
4.2.2 Persepsi pelajar terhadap guru kimia dalam melaksankan 29
teknik mengesan kerangka alernatif
4.2.2.1 Menguji pengetahuan sedia ada 31
4.2.2.2 Teknik pemetaan konsep 32
4.2.2.3 Teknik ramalan-pemerhatian dan penjelasan (POE) 33
4.2.2.4 Teknik melukis 34
4.2.2.5 Teknik penghasilan soalan 35
4.3 Perbincangan hasil 36
4.3.1 Latar belakang responden 36
4.3.2 Maklum balas terhadap teknik mengesan kerangka alternatif 37
4.3.3 Teknik mengesan pengetahuan sedia ada 37
4.3.3.1 Teknik pemetaan konsep 38
4.3.3.2 Teknik ramalan-pemerhatian dan penjelasan (POE) 39
4.3.3.3 Teknik melukis 40
4.3.3.4 Teknik penghasilan soalan 41
4.4 Ringkasan perbincangan 41
BAB V RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN
5.1 Pendahuluan 42
5.2 Rumusan 42
5.3 Implikasi kajian 43
5.4 Cadangan kajian lanjutan 43
Rujukan 45
Lampiran A 47
Lampiran B 52
Lampiran C 53
xi
SENARAI JADUAL
muka surat
1.1 Lukisan pelajar mengenai zarah-zarah air dalam 6
keadaan cecair dan gas
3.1 Taburan soalan soal selidik berdasarkan jenis-jenis 24
kaedah mengesan kerangka alternatif pelajar
3.2 Penilaian rujukan kriteria gred 27
4.1 Maklumat latar belakang responden 29
4.2 Taburan kekerapan (dan peratusan) responden terhadap tahap 31
pelaksanaan aspek berkaitan menguji pengetahuan sedia ada pelajar
4.3 Taburan kekerapan (dan peratusan) responden terhadap tahap 32
pelaksanaan aspek berkaitan teknik pemetaan konsep
4.4 Taburan kekerapan (dan peratusan) responden terhadap tahap 33
pelaksanaan aspek berkaitan ramalan-pemerhatian dan penjelasan (POE)
4.5 Taburan kekerapan (dan peratusan) responden terhadap tahap 34
pelaksanaan aspek berkaitan melukis
4.6 Taburan kekerapan (dan peratusan) responden terhadap tahap 35
pelaksanaan aspek berkaitan penghasilan soalan
4.7 Mod skor (peratusan) bagi setiap aspek kajian 36
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kurikulum kimia yang baru mencadangkan beberapa pendekatan pengajaran
yang dapat membantu pemahaman pelajar, selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Sains Negara. Proses terkini bertujuan bagi
menyahut cabaran perkembangan sains dan teknologi. Pendekatan yang terlibat adalah
proses pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran, secara bersepadu dengan
mengambil kira serta memanfaatkan kecerdasan pelajar yang pelbagai (Abu Hassan,
1998).
Cadangan yang dikemukakan bagi aktiviti pembelajaran mengutamakan
pembelajaran yang mampu mendorong pelajar berfikir dan perkembangan minda.
Pembelajaran berfikrah boleh berlaku melalui pendekatan seperti inkuiri, sains teknologi
dan masyarakat, pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri dan
pembelajaran bermakna (Abu Hassan, 1998).
Pendekatan konstruktivisme menekankan pembelajaran bermakna terhasil jika
pelajar terlibat secara aktif untuk mengadaptasikan konsep yang sedia wujud dalam
minda bagi menghadapi suatu situasi yang baru. Proses ini menyebabkan pelajar akan
2
menstruktur balik konsep asal yang dipegang, sama ada dengan cara mengubahsuai atau
membuang konsep (asal) tersebut. Kemungkinan persepsi seseorang pelajar mengenai
sesuatu konsep adalah selaras (sama). Pengetahuan yang diperolehi seseorang pelajar
tentang fenomena alam melalui pengalaman harian dikenali sebagai kerangka alternatif
(Abu Hassan, 1998). Kerangka alternatif yang diperolehi oleh pelajar tentang alam
semulajadi berdasarkan pengalaman sendiri, di mana mungkin tidak selaras dengan idea
sains adalah sangat kukuh dalam minda pelajar (Poh, 1997). Fahaman kebanyakan
pelajar mengenai sesuatu konsep kimia hanyalah di peringkat luaran sahaja, tidak
melibatkan pengertian yang sebenar. Pelajar mungkin berkebolehan menggunakan istilah
yang abstrak (misalnya, mol dan atom) dengan mudah, tetapi malangnya fahaman
sebenar mengenai istilah tersebut sangat kabur atau tidak jelas (Abu Hassan, 1998).
Ramai di kalangan pelajar boleh menggunakan istilah-istilah tenaga, haba,
dibebaskan, tindak balas, eksotermik dengan baik sama ada secara lisan atau tulisan,
tetapi kemungkinan mereka tidak memahami maksud setiap perkataan secara
konsepsual. Pernyataan seperti, “Apabila tenaga haba dibebaskan, tindak balas tersebut
dikenali sebagai tindak balas “eksotermik” adalah sukar difahami secara konsepsual oleh
ramai pelajar. Bermakna, pembelajaran yang dilakukan oleh pelajar adalah secara
hafalan, bukannya pemahaman konsep sebenar. Justeru, guru perlu sensitif terhadap
masalah kerangka alternatif pelajar. Kerangka alternatif boleh diperbaiki kea rah konsep
kimia (sains) yang formal dengan strategi dan teknik yang betul. Sebenarnya apa yang
berlaku adalah bukannya salah konsep tetapi pelajar mempunyai idea yang berlainan
atau bercanggah daripada apa yang difahami oleh ahli sains (Abu Hassan, 1998).
3
1.2 Latar belakang masalah
Pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik digunakan oleh guru dalam
proses pengajaran supaya suatu hasil pembelajaran yang bermakna diperolehi. Namun
segala usaha-usaha yang disalurkan didapati tidak mencukupi dalam mempengaruhi
aktiviti mental seseorang pelajar dalam memahami konsep kimia yang sebenar. Masih
terdapat golongan pelajar yang kental dengan kerangka alternatif yang dimiliki (Abu
Hassan, 1998). Tugas untuk mengubahkan konsep awal yang dipegang oleh seseorang
adalah sangat sukar dan hanya dapat dilakukan oleh guru yang berpengetahuan dan
berpengalaman dalam mengenal pasti kewujudan kerangka alternatif pelajar.
Sebelum memulakan sesuatu pengajaran, apakah persediaan guru dalam menguji
pengetahuan sedia ada pelajar?, Apakah teknik-teknik yang digunakan? Melalui menguji
pengetahuan sedia ada pelajar, sebarang bentuk kerangka alternatif yang bercanggah
mahupun tidak bercanggah dapat dikenal pasti (Abu Hassan, 1998). Jika terdapat
sebarang percanggahan konsep di kalangan pelajar sewaktu meguji pengetahuan sedia
ada, guru perlu mengambil tindakan segera untuk mengubahsuaikan fahaman tersebut ke
arah kerangka kimia (sains).
Sebelum mengambil sebarang tindakan, guru harus guru harus mengetahui
dahulu apakah sebenarnya dalam minda pelajar mengenai sesuatu konsep.
Bagaimanakah cara memperkenalkan konsep baru dan mempastikan konsep lama tidak
dilupai? Masalah ini bukan sahaja bergantung kepada pelajar tetapi guru juga
memainkan peranan penting bagi memperkenalkan konsep baru agar ia mudah difahami.
Guru perlu melibatkan pelajar dengan aktiviti yang dirancangkan secara aktif supaya
pembelajaran menjadi lebih berkesan.
Guru selalu menghadapi masalah berkaitan dengan pelajar yang tidak memahami
atau kurang jelas tentang sesuatu konsep kimia yang diajar. Masalah ini sekiranya tidak
diatasi dengan segera akan menyebabkan pelajar kurang meminati subjek kimia.
Akibatnya, mereka akan gagal memperolehi pencapaian yang baik dalam peperiksaan
4
kerana mereka cenderung belajar secara hafalan (Abu Hassan, 1998). Sehubungan ini,
guru perlu memilih isi pelajaran yang sesuai, memahami operasi mental pelajar dan
perlu menyedari bagaimanakah pengetahuan terdahulu yang sedia wujud dalam minda
pelajar dapat membantu proses pembelajaran.
Sesuatu konsep yang salah itu terbentuk melalui pengalaman dan penggunaan
harian. Walaupun pelajar telah diajar teori dan konsep yang betul, namun kerangka
alternatif pelajar sukar diubah oleh guru kimia. Kerangka alternatif mungkin terbentuk
dan kekal dalam minda pelajar akibat daripada bahasa harian yang kurang tepat
digunakan bagi menerangkan konsep sebenar sains (Solomon, 1983) Guru perlu
mengesan pengetahuan sedia ada pelajar sebelum melaksanakan teknik-teknik yang
sesuai bagi mengatasi masalah kerangka alternatif jika wujud (Abu Hassan, 1998). Guru
boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran selepas mengenal pasti
kerangka alternatif pelajar . Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru
bagi mengenal pasti kewujudan kerangka alternatif pelajar, antaranya:
i) Pemetaan konsep,
ii) Ramalan, pemerhatian dan penjelasan,
iii) Temubual mengenai contoh dan kejadian,
iv) Temubual mengenai konsep,
v) Melukis,
vi) Perkaitan perkataan dan
vii) Penghasilan soalan
(Abu Hassan, 2000)
5
1.3 Pernyataan masalah
Sejauh manakah perlaksanaan Kurikulum Kimia KBSM yang disemak semula
memberi kesan terhadap proses pembelajaran pelajar?. Meskipun guru kimia begitu
prihatin terhadap pemahaman ‘idea asas’ kimia, banyak hasil kajian menunjukkan
konsep asas yang dimiliki pelajar adalah terlalu ‘kabur dan samar’ dan mereka tidak
cekap menguasai beberapa kemahiran asas yang diperlukan (Abu Hassan, 2003). Pelajar
menghadapi kesukaran untuk menggunakan idea asas yang dipelajari di bilik darjah
dalam kehidupan seharian.
Hasil tinjauan yang telah dilakukan oleh bahagian kurikulum, Jabatan Pelajaran
Negeri Johor Darul Takzim pada tahun 2000 yang lalu mendapati guru-guru kimia perlu
memikirkan apa yang menyebabkan begitu ramai di kalangan pelajar lemah dalam
memahami konsep kimia yang dipelajari. Kelemahan memahami konsep kimia
menyebabkan sebahagian pelajar gagal dalam mata pelajaran kimia. Justeru, guru kimia
harus mula bertindak dengan menggunakan teknik-teknik tertentu yang membataskan
pembelajaran yang berkesan.
Hasil kajian ke atas pelajar sekolah menengah di negeri Johor Darul Takzim oleh
Zainudin (1999) mendapati kebanyakkan pelajar menggunakan idea alternatif untuk
menjawab soalan-soalan berkenaan dengan konsep teori kinetik jirim sebagiamana yang
ditunjukkan dalam Jadual 1.1.
6
Jadual 1.1: Bilangan (peratus) pelajar yang melukis mengenai zarah-zarah dalam keadaan cecair dan gas
Tingkatan Idea
Tingkatan 4 n = 50
Tingkatan 5 n = 50
Lukisan menggunakan idea sains 15 (30) 14 (28) Lukisan menggunakan idea makro 2 (4) 3 (6) Lukisan menggunakan idea alternatif
saiz zarah bertambah bilangan zarah bertambah
bilangan zarah berkurang
zarah tertumpu di bahagian
atas kedudukan zarah seperti
kismis dalam kek
25 (50)
4 (8)
2 (4)
38 (76)
3 (6)
38 (76)
37 (74)
3 (6)
3 (6)
33 (66)
2 (4)
3 (66)
Dapatan kajian jelas menunjukkan ramai di kalangan pelajar menggunakan idea-
idea alternatif bagi menjawab soalan-soalan yang berkaitan. Antara idea alternatif yang
diberikan ialah:
a) Saiz zarah bertambah besar kerana zarah air akan mengembang apabila
dikenakan tenaga haba ke atasnya.
b) Bilangan zarah bertambah dengan banyaknya kerana apabila suhu
meningkat zarah air mengembang dan akhirnya terpecah.
c) Zarah tertumpu di bahagian tertentu bekas kerana apabila jirim berubah
bentuk dari fasa cecair ke fasa gas, zarah-zarahnya menjadi kurang
tumpat dan berkumpul di bahagian atas bekas.
d) Zarah seperti kismis dalam kek.
Satu kajian harus dijalankan ke atas corak pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan oleh guru kimia. Kajian ini perlu bagi mengetahui sejauh mana guru
memahami aktiviti mental pelajar terhadap konsep awal yang di bawa ke dalam bilik
darjah. Sehubungan ini, guru harus menilai pengetahuan sedia ada sebelum
7
melaksanakan kaedah mengesan kerangka alternatif yang sesuai. Kajian ini perlu kerana
mengikut teori konstruktivisme, pembelajaran bermakna hanya akan berlaku jika pelajar
mempunyai pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang berkaitan dengan apa yang
hendak dipelajari. Pengunaan kaedah-kaedah tertentu dapat mengubah idea sedia ada
pelajar yang bercanggah dengan idea saintifik. Hanya guru kimia sahaja dapat membetul
dan membantu pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep sainsyang sebenar
1.4 Objektif kajian
Secara umum, kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap
guru kimia dalam melaksanakan teknik mengesan kerangka alternatif pelajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran kimia di dalam bilik darjah.
Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti semasa proses
pengajaran dan pembelajaran guru:
i) Menguji pengetahuan sedia ada pelajar sebelum memulakan pengajaran
ii) Melaksanakan teknik pemetaan konsep
iii) Melaksanakan teknik ramalan, pemerhatian dan penjelasan (POE)
iv) Melaksanakan teknik melukis
v) Melaksanakan teknik penghasilan soalan