30
PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG MALAYSIA OLEH: Zuraidah Abdullah (Ph.D) (Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya) Zulkifli A Manaf (Ph.D) (Pusat Penyelidikan Kajian Melayu, Universiti Malaya) Nurul ’Ayuni Binti Ahmad Suandi (Pusat Penyelidikan Kajian Melayu, Universiti Malaya) Dana Kajian: Peningkatan Prestasi Pelajar Melayu melalui Pemerkasaan Sekolah Kebangsaan Abstrak: Kajian ini membincangkan status pemerkasaan Sekolah Kebangsaan (SK) melalui keberhasilan pendidikan di sekolah-sekolah rendah dan menengah di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia. Bagi fasa pertama, kajian mengukur tahap pemerkasaan guru dan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di SK daripada perspektif enam (6) dimensi. Dimensi tersebut merujuk kepada i) Perancangan, ii) Keberkesanan Pengajaran di Bilik Darjah, iii) Pengurusan Bilik Darjah dan Organisasi Sekolah, iv) Perhubungan Interpersonal, v) Etika Profesional dan vi) Kepakaran Guru. Kaedah soal selidik dan soalan terbuka telah dilaksanakan terhadap 948 responden kajian dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for Social Sciences (SPSS) versi 22.0 dalam bentuk analisis deskriptif dan inferensi seperti min, frekuensi dan peratusan bagi mendapatkan jawapan untuk setiap soalan kajian yang berkaitan dengan tahap pemerkasaan guru dan PdP, mengenal pasti pengaruh hubungan saiz kelas dengan keberkesanan proses PdP di bilik darjah terhadap pencapaian pelajar dan model yang boleh dicadangkan guru-guru SK. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat tiga dimensi yang mempunyai tahap skor min sederhana iaitu dimensi (a) Perancangan, (b) Keberkesanan Pengajaran dan (c) Pengurusan Bilik Darjah/Organisasi. Manakala dimensi (d) Perhubungan Interpersonal, (e) Etika Profesional dan (f) Kepakaran mencatatkan tahap skor min pada aras yang tinggi. Berikutan itu, pengkaji lebih memberikan tumpuan untuk meneliti punca perbezaan skor min dimensi Perancangan, Keberkesanan Pengajaran dan Pengurusan Bilik Darjah/Organisasi. Dapatan kajian ini telah dapat menunjukkan pelaksanaan PdP guru-guru dalam memperkasakan pendidikan pelajar-pelajar Melayu dan juga telah membentuk sebuah model pemerkasaan Guru dan PdP sebagai penambahbaikan untuk rujukan guru-guru dan pelbagai pihak kepimpinan pendidikan dalam menterjemahkan dan memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dapat direalisasikan dengan lebih berkesan. Kata kunci: Pemerkasaan Guru, Pembelajaran Dan Pengajaran, Saiz Kelas Dan Sarana.

PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN,

SEMENANJUNG MALAYSIA

OLEH:

Zuraidah Abdullah (Ph.D) (Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya)

Zulkifli A Manaf (Ph.D) (Pusat Penyelidikan Kajian Melayu, Universiti Malaya)

Nurul ’Ayuni Binti Ahmad Suandi (Pusat Penyelidikan Kajian Melayu, Universiti Malaya)

Dana Kajian: Peningkatan Prestasi Pelajar Melayu melalui Pemerkasaan Sekolah Kebangsaan

Abstrak:

Kajian ini membincangkan status pemerkasaan Sekolah Kebangsaan (SK) melalui keberhasilan pendidikan di sekolah-sekolah rendah dan menengah di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia. Bagi fasa pertama, kajian mengukur tahap pemerkasaan guru dan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di SK daripada perspektif enam (6) dimensi. Dimensi tersebut merujuk kepada i) Perancangan, ii) Keberkesanan Pengajaran di Bilik Darjah, iii) Pengurusan Bilik Darjah dan Organisasi Sekolah, iv) Perhubungan Interpersonal, v) Etika Profesional dan vi) Kepakaran Guru. Kaedah soal selidik dan soalan terbuka telah dilaksanakan terhadap 948 responden kajian dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for Social Sciences (SPSS) versi 22.0 dalam bentuk analisis deskriptif dan inferensi seperti min, frekuensi dan peratusan bagi mendapatkan jawapan untuk setiap soalan kajian yang berkaitan dengan tahap pemerkasaan guru dan PdP, mengenal pasti pengaruh hubungan saiz kelas dengan keberkesanan proses PdP di bilik darjah terhadap pencapaian pelajar dan model yang boleh dicadangkan guru-guru SK. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat tiga dimensi yang mempunyai tahap skor min sederhana iaitu dimensi (a) Perancangan, (b) Keberkesanan Pengajaran dan (c) Pengurusan Bilik Darjah/Organisasi. Manakala dimensi (d) Perhubungan Interpersonal, (e) Etika Profesional dan (f) Kepakaran mencatatkan tahap skor min pada aras yang tinggi. Berikutan itu, pengkaji lebih memberikan tumpuan untuk meneliti punca perbezaan skor min dimensi Perancangan, Keberkesanan Pengajaran dan Pengurusan Bilik Darjah/Organisasi. Dapatan kajian ini telah dapat menunjukkan pelaksanaan PdP guru-guru dalam memperkasakan pendidikan pelajar-pelajar Melayu dan juga telah membentuk sebuah model pemerkasaan Guru dan PdP sebagai penambahbaikan untuk rujukan guru-guru dan pelbagai pihak kepimpinan pendidikan dalam menterjemahkan dan memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dapat direalisasikan dengan lebih berkesan.

Kata kunci: Pemerkasaan Guru, Pembelajaran Dan Pengajaran, Saiz Kelas Dan Sarana.

Page 2: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

Pengenalan

Pendidikan merupakan aspek terpenting untuk mengukur kemajuan sesebuah negara. Jika dilihat

secara kronologi sejarah pendidikan di Malaysia, kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha yang

berterusan untuk menambah baik mutu sistem pendidikan kebangsaan. Bermula dengan Laporan

Barnes pada tahun 1951 sehinggalah kewujudan Akta Pendidikan 1996. Pelbagai transformasi dalam

sistem pendidikan telah dilakukan demi memastikan kualiti terbaik dalam pendidikan dapat

disampaikan kepada semua pelajar di Malaysia (Madinah Mohamad, 2014). Sehubungan itu, hasrat

negara untuk membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk telah diterjemahkan

dalam penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK).

Sebagaimana yang telah yang telah dimurnikan dalam Penyata Razak 1956, SK telah

didefinisikan sebagai salah satu alat atau mekanisme untuk mencapai perpaduan melalui sektor

pendidikan. Begitu juga dengan perkara yang telah diterjemahkan dalam Ordinan Pelajaran 1952

sebelumnya, SK turut didefinasikan sebagai tempat bagi golongan muda khususnya untuk hidup

bermasyarakat dan saling bekerjasama seterusnya melahirkan rakyat yang taat setia dan

menyumbang kepada kesejahteraan (Amir Hasan Dawi, 2009). Dengan itu, dapat dirumuskan

bahawa sememangnya penubuhan SK tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mencapai matlamat

negara dalam memupuk perpaduan melalui pendidikan.

Melihat fungsi SK sebagai imej penyatuan seluruh bangsa di Malaysia dalam pendidikan,

pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan beberapa gagasan baru seperti

yang termaktub dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, iaitu sebagai

langkah dan usaha untuk memartabatkan SK sebagai sekolah aliran perdana pilihan utama rakyat

Malaysia. Dengan fokus dan matlamat yang lebih jelas, KPM telah meletakkan teras 3 dalam PIPP

2006-2010 sebagai Dasar Memperkasakan SK. Justeru, beberapa ciri perkasa telah digariskan sebagai

panduan berserta dengan fokus dan strategi pelaksanaan iaitu:

i. Peluasan Program Prasekolah ii. Pemantapan Kepimpinan Pengetua/Guru Besar dan Kualiti Guru iii. Pengukuhan Budaya Sekolah iv. Pemantapan Kurikulum v. Pemantapan Aktiviti Kokurikulum dan Sukan

vi. Penambahbaikan Sistem Sokongan vii. Peningkatan Prestasi Akademik SK- penghasilan model viii. Meningkatkan kualiti prasarana dan prestasi SK

Page 3: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

Oleh itu, untuk fasa pertama kajian ini, pasukan kami telah memberikan fokus kepada tiga

ciri perkasa sahaja iaitu (i) Pemantapan Kepimpinan Pengetua/Guru Besar dan Kualiti Guru; (ii)

Pemantapan Kurikulum; dan (iii) Peningkatan Prestasi Akademik SK. Justeru, kajian ini akan

memperlihat keberkesanan kepimpinan pengurusan yang mempunyai autoriti terhadap sekolah iaitu

Pengetua dan juga Guru Besar dalam mempertingkatkan kualiti guru dan pembelajaran dan

pengajaran (PdP) dalam bilik darjah dapat dihasilkan secara berkesan. Selain itu, hasil kajian ini juga

boleh membantu untuk mengenal pasti permasalahan kurikulum melalui proses PdP yang dijalankan

oleh guru-guru. Seterusnya, fokus terhadap peningkatan prestasi akademik SK dapat membantu

kajian ini untuk mereka bentuk satu model pemerkasaan SK bagi menambah baik kualiti SK dari

segenap sudut dimensi kajian.

Sehubungan itu, berdasarkan dasar dan matlamat yang digarapkan dalam pemerkasaan SK,

kajian ini telah memberikan definisi pemerkasaan dalam skop yang lebih kecil supaya lebih berfokus.

Seperti yang dinyatakan oleh Rowland (1995), pemerkasaan ialah proses untuk memberi peluang

kepada individu untuk mempercayai diri mereka mempunyai kemampuan dan boleh terlibat di

dalam membuat keputusan. Justeru, kajian ini ingin melihat pemerkasaan sebagai satu proses untuk

memberi peluang kepada pihak sekolah khususnya guru-guru untuk mempercayai bahawa diri

mereka mempunyai keupayaan dan kemampuan serta terlibat secara langsung dalam membuat

perubahan bagi penambahbaikan PdP di sekolah. Oleh itu juga, penyelidikan ini lebih berfokus

kepada peranan guru-guru dan pengurusan kepimpinan sekolah dalam usaha untuk memperkasakan

SK yang menjadi sasaran utama matlamat KPM.

Penyataan Masalah

SK dibangunkan untuk menyatupadukan semua kaum di bawah satu bumbung pendidikan. Namun

sehingga kini masyarakat Malaysia masih terpisah melalui sistem persekolahan yang terasing iaitu

reka bentuk sekolah yang dikenaldi sebagai SK dan sekolah vernakular iaitu Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Kewujudan sekolah-sekolah ini

adalah berasaskan dasar pendidikan Malaysia yang mempunyai ciri-ciri i) Dasar demokrasi

pendidikan—akses pendidikan kepada semua kanak-kanak, ii) Dasar perpaduan—satu kurikulum

kebangsaan, satu bahasa pengantar di sekolah Malaysia, iii) Dasar ekuiti—antara kaum sudah

semakin memuaskan tetapi masih ada jurang antara Bandar dengan Luar Bandar dari segi kualiti

prasarana, iv) Dasar progresif - DEB, industrialisasi, globalisasi, K-ekonomi dan Dasar Liberalisasi

pendidikan - pelbagai aliran: SK, SRJK C, SRJK T, SRA, SAR, SK, SMA, KV, SMT, Sekolah Antarabangsa

Page 4: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

dan Swasta (KPM, 2006). Oleh itu, pihak KPM telah mengambil perhatian serius dalam memastikan

isu-isu pendidikan dipantau dan dikawal pelaksanaannya dengan baik dan telus.

Seperti yang telah dinyatakan, SK merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah

menengah harian yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah-sekolah ini

ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Walau

bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi supaya SK menjadi sekolah pilihan

utama masyarakat (Amir Hasan Dawi, Ikhsan Othman, Ridzuan Jaafar & Kwang Eng Hock, 2009).

Sehingga kini, masih terdapat SK yang mempunyai prasarana yang kurang memuaskan, terutama di

kawasan pedalaman. Selain itu, terdapat anggapan masyarakat bahawa pencapaian akademik di SK

adalah lebih rendah berbanding sekolah rendah aliran Cina. Masyarakat bukan Bumiputera

mempunyai tanggapan bahawa SK juga terlalu bercirikan Islam manakala masyarakat Islam pula

menyatakan sebaliknya (KPM, 2006). Seterusnya, pendidikan sebagai wahana untuk

menyatupadukan masyarakat berbilang kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan

menjadi cabaran negara dalam usaha untuk mencapai matlamat Wawasan 2020.

Di samping itu, keberkesanan proses PdP turut diberikan perhatian dalam kajian ini. Justeru,

untuk melihat keberkesanan sesebuah sistem pendidikan, tidak dinafikan bahawa tahap pencapaian

pelajar sekolah adalah merupakan salah satu daripada kayu ukur yang boleh diambil kira (Hamzah,

2002). Pencapaian pelajar pula boleh melibatkan faktor-faktor yang mempengaruhi proses PdP di

dalam bilik darjah. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Chia & Abdul Rahim (2013), faktor luar

kawalan guru sekolah menengah yang dikenal pasti mempengaruhi proses PdP mereka ialah

bebanan guru yang tinggi, saiz kelas yang besar, kekurangan sikap belajar dalam kalangan pelajar,

sosioekonomi keluarga pelajar, peranan pentadbir, masalah ponteng serta kekurangan kemudahan

infrastruktur dalam sekolah. Oleh itu, kajian lanjut diperlukan untuk mengatasi masalah setiap

daripada faktor-faktor tersebut.

Kajian Literatur

Kesinambungan PIPP 2006-2010 dalam PPPM 2013-2025

Hasrat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri adalah termaktub dalam

Wawasan 2020. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membangunkan satu sistem

pendidikan bertaraf dunia dengan membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif,

bermoral dan beretika tinggi selain melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran

Page 5: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

(KPM, 2006). Selaras dengan Misi Nasional yang memberikan penekanan tinggi ke atas

pembangunan modal insan “Minda Kelas Pertama, kerajaan telah melancarkan Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9).

Sehubungan itu, PIPP yang telah dilancarkan oleh Y.A.B Tun Abdullah Ahmad Badawi pada

2007 merupakan salah satu daripada usaha kerajaan ke arah penambahbaikan pelaksanaan dasar

pendidikan kebangsaan ke arah pembentukan Negara Bangsa. Justeru, PIPP telah menggariskan

enam teras strategik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif ke arah

membantu misi nasional dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju (Jamil Ahmad & Norlia

Goolamally, 2008). Enam teras strategik yang dikenal pasti dalam PIPP untuk memperkukuhkan

sistem pendidikan negara adalah membina negara bangsa, membangunkan modal insan,

memperkasakan SK, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan serta

melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

Kesinambungan itu, KPM telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM) 2013-2025 sebagai usaha untuk menambah baik sistem pendidikan negara. Dasar ini adalah

selari dengan pelaksanaan PIPP dan inisiatif untuk memperkasakan SK kian diberi perhatian. Usaha

ini dapat dilihat dengan pelancaran sebelas anjakan strategik dan operasi yang melibatkan

penglibatan semua pihak iaitu pemimpin sekolah, guru-guru, ibu bapa, orang ramai, pihak

berkepentingan dan pelajar-pelajar sendiri. Salah satu daripada sebelas anjakan tersebut

termasuklah menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

yang jelas menunjukkan usaha giat KPM untuk memperkasakan pendidikan di SK.

Memperkasakan SK

Penubuhan SK adalah salah satu usaha yang dijalankan untuk memupuk perpaduan di negara ini

seperti yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak 1956. Berdasarkan penyata laporan tersebut,

Bahasa Melayu diguna pakai sebagai bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa pengantar di sekolah.

Harapan untuk menjadikan SK sebagai sekolah arus perdana pilihan ibu bapa adalah antara

matlamat utama penubuhannya (KPM, 2006). Oleh sebab itu, isi kandungan dalam Laporan Razak

adalah sangat penting untuk dijadikan rujukan utama dalam memperbaharui sistem pendidikan

serta menjadi asas dalam pembentukan sistem pendidikan kebangsaan. Rentetan itu, KPM telah

menggariskan dasar yang lebih berfokus untuk memperkasakan SK seperti yang termaktub dalam

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

Usaha untuk memperkasakan SK dalam PIPP lebih tertumpu kepada sekolah rendah

disebabkan SK merupakan peringkat awal alam persekolahan bagi pelajar. Oleh sebab itu, SK dilihat

Page 6: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

berperanan menjadi tapak penyampaian untuk memupuk perpaduan dalam kalangan kaum di

negara ini (Shahril et al., 2010). Justeru, PIPP telah menjadikan SK sebagai institusi pendidikan pilihan

kepada semua masyarakat tanpa mengganggu pembangunan sekolah vernakular. Menurut analisis

yang dilakukan oleh Shahril, Norhafizah dan Muhammad Faizal berkenaan pelaksanaan PIPP ini,

dasar pemerkasaan SK dilakukan menerusi proses pemantauan terhadap kepimpinan SK,

membangunkan infrastruktur sekolah dan menambah program pra-sekolah. Pada tahun 2005,

sebanyak 92,303 orang kanak-kanak berumur melebihi 5 tahun telah diserap dalam program

pendidikan pra-sekolah dengan penyediaan bilik darjah sebanyak 3,868 buah di seluruh Malaysia

(KPM, 2006). Oleh sebab pendidikan dilihat perlu bermula dari peringkat awal alam persekolahan,

maka penekanan terhadap pendidikan pra-sekolah turut ditekankan dalam Pelan Pendidikan

Malaysia, Rancangan Malaysia ke-9 dan juga dalam Wawasan 2020.

Selain itu, dalam RMK9 juga turut memberi pendekatan terhadap aspek kualiti pendidikan

melalui teras yang kelima iaitu mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan. RMK9 telah

mencadangkan agar SK menjadi pilihan utama kepada semua masyarakat di negara ini. Perkara ini

dapat dilihat dengan pelaksanaan tiga strategi utama dalam RMK9 untuk memperkasakan SK.

Strategi yang pertama ialah meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan agar

sejajar dengan matlamat pendidikan. Kedua, kerajaan turut mensasarkan perancangan norma

penempatan guru pada kadar 100% guru di sekolah menengah dan 25% guru di sekolah rendah

memiliki ijazah menjelang tahun 2010 dan akhir sekali ialah dengan merangka agar semua SK

dibestarikan atau pembestarian (KPM, 2006). Tuntasnya, kesemua perancangan tersebut

menunjukkan bahawa kerajaan amat bersungguh untuk memperkasakan SK bagi meningkatkan

kualiti sistem pendidikan sedia ada menjadi lebih baik dan bertaraf global.

Peranan Guru dalam PdP

Seiring dengan haluan sekolah dalam matlamat pendidikan, tunjang utama fungsi sekolah sebagai

tempat PdP semakin dititikberatkan. Pengajaran menurut Mohd Azuan (2006) merupakan aktiviti

atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu.

Proses ini melibatkan aktiviti seperti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan

penilaian dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar dengan

efektif. Manakala proses pembelajaran menurut Azman (2004), merupakan suatu perubahan tingkah

laku yang lebih maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada tingkah laku sedia ada sebelum aktiviti

pembelajaran. Oleh itu, ini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua proses ini adalah saling berkait

dan pihak yang paling berperanan untuk menjayakan proses PdP (PdP) ini adalah guru.

Page 7: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

Begitu juga dengan konteks pendidikan di Malaysia, seorang guru dilihat sangat berperanan

dalam memastikan keberkesanan proses PdP di bilik darjah. Faktor guru dilihat sebagai signifikan

dalam mempengaruhi minat dan komitmen pelajar terhadap pelajaran serta berpotensi mengubah

sikap dan status pelajar terhadap sesuatu kurikulum (Salleh, 2003; Hattie 2003). Kajian Rodiah (2008)

juga mendapati bahawa wujudnya hubungan yang signifikan antara komitmen pelajar dalam

pembelajaran Bahasa Melayu dengan amalan pengajaran guru dalam mata pelajaran tersebut.

Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa wujudnya korelasi antara sikap dan motivasi pelajar

terhadap bahasa Inggeris yang terpengaruh daripada gaya amalan pengajaran guru dan pencapaian

mereka dalam mata pelajaran tersebut seperti yang dinyatakan oleh Haniza (2003).

Selain itu, kajian luar negara seperti Vallance (2000) turut menghuraikan empat ciri guru

berkualiti iaitu pengurusan bilik darjah yang baik, komitmen guru untuk terus memperbaiki diri

mereka, guru yang menyayangi pelajar serta komitmen guru terhadap pelajar mereka. New Zealand

Education Institute (NZEI 2004) juga pernah menggariskan profil bagi seorang guru yang berkualiti

iaitu mempunyai kelayakan akademik, mempunyai asas pedagogi yang kuat dan kefahaman

terhadap cara seseorang pelajar itu belajar, mengenal pasti dan mengoptima kekuatan pelajar,

berkeupayaan untuk menggalakkan pembelajaran mendalam dan pemikiran berkonsepsi serta

berpengetahuan dan berkemahiran dalam kokurikulum. Seseorang guru itu juga dianggap sebagai

seorang yang berfikiran kritikal, mengamalkan refleksi dan komited terhadap pembelajaran diri

sendiri, mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan beretika, bekerja secara kolaboratif

dengan guru lain dalam komuniti pembelajaran profesional dan juga mengambil berat tentang para

pelajarnya.

Maka dengan itu, salah satu elemen penting yang perlu digariskan oleh seorang guru dalam

bilik darjah ialah objektif PdP itu sendiri. Perkara ini dilihat sebagai faktor paling asas dalam

menentukan kualiti proses tersebut. Menurut Mohamad Johdi (2007), antara ciri utama guru

berkesan atau efektif ialah menentukan objektif PdP dengan jelas dan saksama berasaskan tahap

pencapaian pelajar. Pelajar-pelajar juga perlu dimaklumkan tentang objektif tersebut sebelum

pembelajaran dimulakan agar mereka lebih bersedia terhadap pengajaran guru. Bukan itu sahaja,

makluman ini juga membolehkan pelajar mengubah perspektif mereka terhadap pengetahuan,

kemahiran dan perlakuan yang perlu dicapai pada akhir pembelajaran. Seterusnya, guru boleh

mengukur dan menilai tahap penguasaan pelajar berpandukan hasil pembelajaran yang telah

ditetapkan tersebut. Oleh sebab itu, guru-guru sangat berperanan dalam keberkesanan proses PdP

ini selari dengan tahap pelajar-pelajarnya.

Kerangka Teoretikal

Page 8: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

Hasil penelitian daripada tinjauan literatur, penyelidik telah menterjemahkan kerangka

teoretikal kajian ini berdasarkan enam dimensi utama seperti yang berikut:

Rajah 1: Kerangka Teoretikal Kajian

Berdasarkan kerangka konseptual ini, pengkaji telah memperincikan pemboleh ubah bebas

kajian kepada enam dimensi iaitu perancangan sekolah, keberkesanan pengajaran, pengurusan bilik

darjah/organisasi, perhubungan interpersonal, etika profesional dan kepakaran guru. Kesemua

dimensi ini merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi pemboleh ubah bersandar kajian iaitu

pemerkasaan PdP SK.

Perancangan PdP

Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang serius. Oleh itu, sesebuah proses

PdP tidak boleh dijalankan secara sambil lewa. Aktiviti PdP di bilik darjah mesti dirancang

dengan teliti dengan mengambil kira faktor-faktor luaran dan dalaman bagi memastikan

objektif PdP tersebut tercapai. Dengan itu, aktiviti PdP yang dilakukan di bilik darjah dapat

dikawal dengab baik oleh guru-guru kerana setiap aktiviti sebelum dan selepas pengajaran

adalah di bawah penyeliaan mereka.

Maizatul Akmal (2008) menghuraikan beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam

perancangan PdP. Antaranya ialah persiapan alat atau bahan bantu mengajar, persediaan

tempat, kesesuaian keadaan persekitaran, peruntukan masa dan persiapan guru serta pelajar.

Beliau turut menerangkan bahawa persiapan guru dan pelajar bermaksud aspek-aspek dalam

diri mereka yang boleh membantu untuk meningkatkan pencapaian pengajaran. Contohnya

ialah corak pendidikan guru, corak pengurusan bilik darjah, kemampuan fizikal, mental.

Pemboleh Ubah Bebas Pemboleh Ubah Bersandar

Perancangan PdP

Keberkesanan Pengajaran

Pengurusan Bilik Darjah/Organisasi Perhubungan Interpersonal Etika Profesional Kepakaran Guru

Pemerkasaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Sekolah Kebangsaan (SK)

Page 9: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

Psikologi, sosial, kesihatan dan teknik mengajar-belajar yang diamalkan oleh kedua-dua belah

pihak.

Keberkesanan Pengajaran

Sesebuah proses pengajaran dikatakan berkesan apabila objektif yang ingin disampaikan

dapat dicapai. Dengan kata lain, pengajaran berkesan berlaku apabila pembelajaran berlaku.

Harris (2002) telah memperincikan ciri-ciri pengajaran berkesan kepada beberapa aspek

anataranya ialah (1) mengutamakan objektif pembelajaran; (2) menggariskan tujuan

pembelajaran dan hasil pembelajaran yang berpotensi; dan (3) mengurus dan mengatur

pengalaman kurikulum dengan cermat.

Hattie (2009) turut menghuraikan pengajaran berkesan sebagai aktiviti yang melibatkan

intervensi bagi memastikan perubahan kognitif wujud dalam diri pelajar. Kunci kepada

pengajaran yang berkesan termasuklah kesedaran terhadap tujuan pembelajaran, mengetahui

masa pelajar boleh mencapai tujuan pembelajaran, mempunyai kefahaman yang mendalam

mengenai kefahaman pelajar dalam tugasan mereka, dan juga menguasai kandungan

pembelajaran untuk menyediakan proses PdP yang bermakna dan mencabar.

Pengurusan Bilik Darjah/Organisasi

Perancangan PdP yang baik tidak akan lari daripada aspek pengurusan bilik darjah dan

organisasi. Selaku orang yang bertanggungjawab mengawal segala aktiviti PdP, guru-guru juga

harus bijak untuk merancang pengurusan bilik darjah sebagai satu proses pembentukan

suasana pembelajaran. Iklim bilik darjah yang kondusif terhadap pelaksanaan PdP boleh

mempengaruhi proses tersebut dalam mencapai objektif (Mok Soon Sang, 2011). Proses ini

juga melibatkan pembinaan suasana pembelajaran terbaik dengan tujuan meningkatkan

motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk

membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009).

Menurut Bosch (2006), pengurusan bilik darjah adalah mengenai cara guru dan pelajar bekerja

dan bekerjasama serta pendekatan yang digunakan ketika PdP berlangsung. Hal ini

menunjukkan wujud pakatan antara guru dan pelajar dalam menguruskan aspek-aspek yang

terdapat dalam bilik darjah yang melibatkan pengurusan pelajar, kemudahan fizikal serta

aktiviti yang boleh dilaksanakan. Proses ini melibatkan tujuan yang sama iaitu untuk

melaksanakan PdP dalam iklim dan suasana yang kondusif. Justeru, pengajaran yang berkesan

dapat dicapai oleh guru sekaligus meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Page 10: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

Perhubungan Interpersonal

Kesediaan pelajar untuk menghadapi pembelajaran di bilik darjah adalah sangat penting

terutamanya daripada aspek emosi. Seperti yang dibincangkan dalam kajian literatur, guru-

guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi emosi pelajar di bilik darjah. Bagi

memastikan pembelajaran yang berkesan, guru-guru perlu mewujudkan hubungan yang baik

dan mesra terhadap pelajar.

Menurut Hattie (2009), guru yang berkesan ialah guru yang menjangkakan pencapaian yang

tinggi daripada pelajar. Mereka mempercayai kebolehan pelajar untuk belajar dan

menggalakkan pelajar berusaha mencapai kemajuan. Oleh itu, guru-guru seperti ini akan

membina iklim sosio-emosi yang baik di bilik darjah yang melibatkan semua pelajar.

Kesalahan mereka bukan sahaja mendapat toleransi guru-guru malah dialu-alukan. Justeru,

pelajar-pelajar bukan sahaja dapat mengekspresikan diri mereka terhadap pembelajaran

malah mereka dapat mengenal pasti kualiti pengajaran guru yang mereka terima.

Etika Profesional

Etika merupakan sebahagian daripada undang-undang yang mesti dipatuhi oleh seseorang

pekerja atau kakitangan (Lokman & Hamidon, 2002). Secara amnya, etika menyebabkan

seseorang pekerja itu mementingkan perlakuan dan tindakan yang baik serta membuatkan

mereka menjauhkan diri daripada perlakuan yang menyalahi undang-undang. Sektor

pendidikan pula dilihat sebagai bidang yang sangat penting dalam membentuk etika dalam

kalangan pegawainya kerana mereka berperanan untuk melahirkan generasi dan pewaris

negara yang akan datang. Justeru, guru-guru dilihat sebagai model peranan ataupun contoh

kepada golongan tersebut.

Starrat (1994, dalam Lokman & Hamidon, 2002) telah menggariskan tiga dimensi utama untuk

membentuk model “Sekolah Etika” iaitu (i) etika mengambil berat; (ii) etika keadilan; dan (iii)

etika kritikan. Kesemua dimensi ini berperanan untuk membetuk hubungan yang baik dalam

organisasi, keadilan yang telus oleh pengurusan dan mengurangkan konflik untuk kepentingan

hubungan kemanusiaan. Justeru, hakikat makna etika dalam konteks ini adalah merujuk

kepada dasar pertimbangan dalam pembuatan keputusan tentang moral manusia dalam

interaksi sesama mereka.

Page 11: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

Kepakaran Guru

Setiap orang guru memainkan peranan besar dalam membentuk para pelajar menjadi model

insan yang berjaya. Oleh itu, banyak kajian lepas telah membincangkan dan menekankan

aspek-aspek yang perlu diberi perhatian oleh guru terutamanya perkara-perkara yang

melibatkan aktiviti di dalam bilik darjah. Menurut Robiah (1998, dalam Yahya Buntat &

Zainuddin Masrom, 2003) guru-guru perlu menekankan tiga aspek penting iaitu kepakaran,

pengetahuan dan pembentukan sahsiah. Mereka perlu mahir untuk mengajar dan

mengembangkan ilmu serta membentuk sikap, tingkah laku dan disiplin diri ke arah

profesional. Untuk itu, guru-guru secara amnya harus pakar atau profesional dalam semua

bidang.

Rumusan

Hasil sumber dan rujukan kajian lepas oleh pengkaji dari dalam dan luar negara jelas menunjukkan

bahawa peranan guru, proses PdP dan kepimpinan pengurusan sekolah merupakan faktor signifikan

dalam usaha untuk membantu pelajar Melayu di SK untuk meningkatkan prestasi mereka dalam

akademik. Oleh itu, guru-guru dan pihak pentadbir di sekolah perlu memberi ruang dan peluang

kepada pelajar untuk memperbaiki kelemahan mereka dengan menambah baik kualiti sekolah itu

sendiri. Justeru, guru-guru perlu mengetahui strategi-strategi dan teknik-teknik untuk menghasilkan

proses PdP yang berkesan di dalam bilik darjah. Di samping itu, pihak pentadbir dan pengurusan

sekolah juga perlu terlibat secara langsung dalam menjayakan misi penambahbaikan sekolah ini

dengan menyediakan sistem sokongan yang sesuai dengan keperluan pelajar. Selain itu, komuniti

setempat dan pihak berkepentingan lain tidak boleh melepas tangan malah harus turut bersama

menyokong usaha baik ini dengan memberikan sokongan penuh dan menyalurkan sumbangan.

Usaha ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada pelajar, malah mampu merealisasikan falsafah

pendidikan negara ke arah melahirkan rakyat berkualiti untuk pembangunan negara.

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meninjau status pemerkasaan pendidikan melalui keberhasilan

pendidikan di sekolah-sekolah rendah dan menengah. Kerangka konseptual kajian ini telah melihat

tiga ciri perkasa iaitu: (i) Pemantapan profesionalisme guru; (ii) Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

(PdP); dan (iii) Kepimpinan dan pengurusan sekolah yang merujuk kepada enam (6) dimensi iaitu

Perancangan Sekolah, Keberkesanan Pengajaran di Bilik Darjah, Pengurusan Bilik Darjah dan

Organisasi Sekolah, Perhubungan Interpersonal, Etika Profesional dan Kepakaran Guru. Kajian ini

turut mengaitkan tahap pencapaian Gelombang 1 (2013 hingga 2015) yang disasarkan oleh KPM

Page 12: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

iaitu meningkatkan kecekapan sistem dengan menyokong guru dan memberikan tumpuan kepada

kemahiran teras (2013).

Soalan Kajian

Bertitik tolak daripada permasalahan dan objektif di atas, kajian ini telah menimbulkan beberapa

persoalan untuk dikaji semasa kajian berlangsung iaitu:

1. Apakah tahap pemerkasaan SK berdasarkan;

a. Perancangan, b. Keberkesanan Pengajaran di Bilik Darjah, c. Pengurusan Bilik Darjah dan Organisasi Sekolah, d. Perhubungan Interpersonal, e. Etika Profesional dan f. Kepakaran Guru.

2. Apakah model Pemerkasaan Guru Dan PdP Prestasi Pelajar Melayu Di Sekolah Kebangsaan?

Kepentingan Kajian

Hasil penyelidikan ini, pasukan penyelidik kajian dapat mengenal pasti faktor utama yang menjadi

tunjang dalam aspek pemerkasaan SK mengikut hala tuju pendidikan dan garis panduan seperti yang

termaktub dalam dasar-dasar pendidikan kebangsaan. Model pemerkasaan baharu yang terhasil

daripada penyelidikan juga boleh diutarakan kepada pihak KPM untuk kajian lanjut dan dijadikan

rujukan oleh para pengkaji, pembuat dasar dan juga pihak berkepentingan lain. Di samping itu,

kajian ini dapat membantu pihak sekolah khususnya guru-guru dalam usaha untuk menambahbaik

pencapaian sekolah menerusi dimensi-dimesi seperti digariskan dalam kajian.

Skop Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas guru-guru untuk mengenal pasti tahap pemerkasaan SK menerusi enam

dimensi yang dicadangkan. Pasukan penyelidik telah membataskan sampel responden soal selidik

pemerkasaan kepada guru-guru sahaja untuk mengetahui masalah yang berlaku dalam proses PdP

daripada perspektif guru-guru sendiri selaku tenaga pengajar. Para pelajar pula hanya terlibat

sebagai responden dalam pengkajian faktor saiz kelas untuk mengetahui suasana pembelajaran yang

ideal untuk mereka. Selain itu, perspektif guru-guru terhadap saiz kelas turut diambil kira untuk

mengetahui korelasi antara pelajar dan guru sendiri mengenai saiz kelas. Dengan cara ini, pengkaji

dapat menilai aspek-aspek yang diberi perhatian oleh responden kajian mengikut peranan mereka

untuk menambah baik pencapaian mereka di sekolah.

Page 13: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

Metodologi Kajian

Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan atau kuantitatif. Prosedur

pengumpulan data melalui kaedah penyelidikan survey telah digunakan untuk melihat tahap kualiti

pemerkasaan SK kelas di seluruh Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga telah menggunakan soalan

“open-ended” bagi memberi peluang kepada responden untuk memberikan pendapat tentang

penambahbaikan setiap dimensi yang dikaji.

Di samping itu, kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan inferensi (Chua, 2006) dan telah dijalankan

untuk mengkaji tahap dimensi-dimensi kajian. Selain itu, kaedah ini bertujuan untuk mengenal pasti

persepsi pelajar sekolah dan guru-guru terhadap faktor saiz kelas dalam proses PdP serta

pengaruhnya terhadap pencapaian pelajar. Oleh itu, kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal

selidik telah diedarkan. Data telah dikumpulkan daripada responden kajian untuk mendapatkan min

dan frekuensi responden terhadap soalan-soalan kajian.

Sampel Kajian

Borang soal selidik telah digunakan sebagai alat kajian. Justeru, sebanyak 1800 set borang soal

selidik Kajian Pemerkasaan SK telah diedarkan kepada guru-guru di enam buah negeri seluruh

negara iaitu negeri Selangor, Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu dan Pulau Pinang.

Pengkaji telah menerima sebanyak 948 set soal selidik dan menggunakan semua borang tersebut

untuk menganalisis data menggunakan perisian statistic package for social sciences (SPSS) dalam

bentuk analisis deskriptif dan inferensi seperti frekuensi dan peratusan bagi mendapatkan jawapan

untuk setiap soalan kajian tersebut.

Bagi soal selidik khusus penyelidikan saiz kelas pula, seramai 822 orang responden yang

terdiri daripada pelajar daripada sekolah rendah dan sekolah menengah dipilih secara rawak untuk

terlibat dalam kajian ini. Hasil perbincangan daripada pasukan kajian memutuskan untuk

menjalankan kajian terhadap lima buah negeri yang terpilih sahaja iaitu Kedah, Selangor, Johor,

Kuala Lumpur dan Terengganu. Selain itu, guru-guru juga melibatkan diri dalam kajian bagi

mendapatkan satu sampel kajian yang lebih baik untuk menjawab soalan-soalan kajian.

Instrumen Kajian

Seperti yang telah digariskan dalam soalan kajian, dapatan kajian ini dianalisa untuk mengukur tahap

pemerkasaan SK dengan menggunakan borang soal selidik khusus yang berfokuskan kepada enam

dimensi kajian iaitu:

Page 14: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

a) Perancangan Sekolah b) Keberkesanan Pengajaran c) Pengurusan Bilik Darjah/Organisasi d) Perhubungan Interpersonal e) Etika Profesional f) Kepakaran Guru

Kesemua dimensi tersebut telah dianalisa menggunakan perisian SPSS versi 22.0 untuk

mendapatkan frekuensi dan peratus responden serta bagi mendapatkan min dan sisihan piawai (SD)

bagi setiap perincian item kajian. Skala yang digunakan telah dirujuk melalui kajian Anne Arundel

County Public Schools (AACPS), berdasarkan Teacher Rating Instrument (2011) dan disesuaikan

untuk kajian ini seperti dalam jadual yang berikut:

Jadual 1: Skala Item 5 Poin (i)

Bacaan pada skala 1 adalah tahap yang paling rendah iaitu Tidak Memuaskan dan diikuti pada tahap

2 yang menunjukkan Perlu Penambahbaikan. Skala sederhana diletakkan pada aras 3 iaitu tahap

Memuaskan dan skala 4 adalah aras kedua tinggi menunjukkan item Amat Berkesan. Manakala skala

paling tinggi pada aras 5 ialah item yang Cemerlang.

Selanjutnya, bacaan min pula telah dianalisa mengikut kajian Zuraidah Abdullah (2010), seperti

dalam jadual di bawah:

Jadual 2: Interpretasi Skor Min

Bagi soal selidik khusus penyelidikan saiz kelas pula, soal selidik ini telah menggunakan instrumen

yang menggunakan skala yang telah dirujuk melalui Hamzah (2002) dengan menggunakan kod

seperti yang berikut:

1 2 3 4 5

TM Tidak

Memuaskan

PP Memuaskan tetapi Perlu

Penambahbaikan di beberapa bahagian

M Memuaskan

AB Amat Berkesan

C Cemerlang

Skor Min Interpretasi Nilai Data

1.00 hingga 2.33 Rendah 1

2.34 hingga 3.66 Sederhana 2

3.67 hingga 5.00 Tinggi 3

Page 15: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

Jadual 3: Skala Item 5 Poin (ii)

Data dalam kajian soal selidik saiz kelas ini telah dikaji dengan menggunakan perisian

Statistical Package of Social Science (SPSS) versi 22.0. Kaedah deskriptif dan inferensi telah

digunakan untuk mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Oleh itu, interpretasi

skor min daripada kajian Zuraidah (2010) juga telah dirujuk dan diadaptasikan sesuai dengan reka

bentuk kajian ini.

Proses Pengutipan Data

Pasukan penyelidik telah mengedarkan borang-borang soal selidik bermula daripada November 2014

sehingga Februari 2015. Sejumlah 1800 set soal selidik Kajian Pemerkasaan SK telah diedarkan.

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah terdiri daripada sekolah-sekolah rendah dan menengah

kebangsaan di Kedah, Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Terengganu, Melaka, Kedah, Negeri Sembilan

dan Pulau Pinang. Proses pengutipan semula data ini mengambil masa sehingga bulan April 2015

untuk mendapatkan semula borang-borang daripada responden. Namun begitu, tidak semua

responden menjawab borang soal selidik yang diberi. Pasukan pengkaji pula hanya berjaya mengutip

sebahagian sahaja daripada soal selidik yang diedarkan.

Analisis Data

Bahagian ini membincangkan hasil dapatan kajian berdasarkan analisis data yang telah ditetapkan.

Data-data yang dikumpulkan telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Berikut

merupakan analisis kajian berdasarkan statistik deskriptif.

Latar belakang responden

Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 948 orang guru dari pelbagai negeri di

seluruh Malaysia. Berikut merupakan taburan profil responden:

1 2 3 4 5

Tidak Setuju (TS) Kurang Setuju (KS)

Tidak Pasti (TP) Setuju (S)

Sangat Setuju (SS)

Page 16: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

Jadual 4: Profil Responden Berdasarkan Jantina, Jenis Sekolah Dan Negeri

Jantina Jumlah Peratus

Lelaki 285 30.1

Perempuan 663 69.9

JUMLAH 948 100

Sekolah Jumlah Peratus

SRK 444 46.8

SRJKC 85 9.0

SRJKT 21 2.2

KLUSTER SRK 13 1.4

SBP 4 0.4

SMK 360 38.0

SMKA 4 0.4

KV 14 1.5

KV/SMT/SMV 1 0.1

Pegawai SIP+ 2 0.2

JUMLAH 948 100

Negeri Jumlah Peratus

Selangor 219 23.1

Melaka 52 5.5

Kedah 174 18.4

Negeri Sembilan 4 0.4

Terengganu 475 50.1

Pulau Pinang 24 2.5

JUMLAH 948 100

Jadual 1 menunjukkan latar belakang responden melibatkan jantina, jenis sekolah dan negeri kajian

dijalankan. Taburan menunjukkan responden paling tinggi daripada SRK sebanyak 444 orang (46.8%)

dan kedua tertinggi daripada SMK sebanyak 360 orang (38.0%). Manakala KV/SMT/SMV

mencatatkan jumlah responden terendah iaitu 1 orang sahaja (0.1%). Seterusnya, jumlah negeri

yang dicatatkan paling tinggi terlibat dengan kajian soal selidik ini ialah negeri Terengganu iaitu

sebanyak 475 orang responden (50.1%). berbanding 4 orang sahaja (0.4%) responden dari Negeri

Sembilan.

Tahap Pemerkasaan Sekolah Terhadap PdP

Seperti yang telah dinyatakan, kajian ini telah menggunakan borang soal selidik untuk mengenal

pasti tahap pemerkasaan SK melalui enam dimensi kajian. Hasil dapatan adalah seperti yang berikut:

Page 17: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

Dimensi Tahap Pemerkasaan Perancangan

Soal selidik berkaitan dimensi (a) Perancangan Sekolah telah diedarkan kepada guru-guru untuk

tinjauan kajian bagi memastikan peranan guru sebagai penterjemah di dalam bilik darjah seperti

yang terdapat dalam perancangan sekolah. Jadual di bawah menunjukkan hasil dapatan bagi dimensi

tersebut.

Jadual 5: Taburan Min Dan Peratus Item Perancangan

Bil. Pernyataan TM PP M AB C MIN SD

1. Mewujudkan matlamat yang jelas dan objektif yang berkaitan dengan Pelan Penambahbaikan Sekolah Establishes clear goals and objectives related to the School Improvement Plan

5 0.5%

64 6.8%

381 40.2%

450 47.5%

48 5.1%

3.50 0.72

2. Menyesuaikan pengajaran kepada keperluan minat dan kebolehan pelajar. Adapts lesson to student needs, interests, and abilities

3 0.3%

66 7.0%

373 39.3%

466 49.2%

40 4.2%

3.50 0.70

3. Menggunakan alat pengukuran yang berkesan untuk mengukur prestasi pelajar Utilizes effective measurement tools for student performance

5 0.5%

72 7.6%

338 35.7%

485 51.2%

48 5.1%

3.53 0.73

4. Menyesuaikan rancangan dan pelajaran berdasarkan pencapaian pelajar Adapts plans and lessons based on student outcomes

5 0.5%

54 5.7%

315 33.2%

480 50.6%

94 9.9%

3.64 0.76

5. Pengajaran disusun mengikut urutan untuk memudahkan pembelajaran Organizes the sequence for learning to take place

2 0.2%

120 12.7%

229 24.2%

485 51.2%

112 11.8%

3.62 0.86

6. Merancang pengajaran pada setiap hari dan untuk pengajaran jangka panjang Plans for daily and long term instruction

5 0.5%

107 11.3%

243 25.6%

451 47.6%

142 15.0%

3.65 0.89

Page 18: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

7. Mereka bentuk strategi pengajaran yang sesuai untuk menampung keperluan pelajar Designs appropriate instructional strategies to accommodate student needs

1 0.1%

43 4.5%

350 36.9%

445 46.9%

109 11.5%

3.65 0.75

KESELURUHAN

3.58 0.65

Jadual 5 memberikan gambaran min dan peratus bagi dimensi (a) iaitu Perancangan Sekolah. Setiap

item dalam dimensi ini membincangkan perancangan dan strategi PdP di sekolah. Hasil dapatan

menunjukkan min keseluruhan dimensi ini adalah pada tahap yang sederhana pada bacaan 3.58.

Dimensi Tahap Pemerkasaan Keberkesanan Pengajaran

Keberkesanan pengajaran dalam bilik darjah turut menjadi salah satu kayu ukur untuk menilai

prestasi pelajar. Hasil kajian dimensi ini adalah seperti berikut:

Jadual 6: Taburan Min Dan Peratus Item Keberkesanan Pengajaran

Bil. Pernyataan TM PP M AB C MIN SD

1. Memastikan wujudnya tumpuan/fokus terhadap pembelajaran Establishes the focus of the lesson

7 0.7%

25 2.6%

382 40.3%

472 49.8%

62 6.5%

3.59 0.69

2. Mengulas konsep dan kemahiran yang telah dipelajari, mengikut kesesuaian Reviews concepts and skills previously learned, as appropriate

3 0.3%

25 2.6%

366 38.6%

512 54.0%

42 4.4%

3.60 0.63

3. Mengambil kira tahap perbezaan pelajar Makes provisions for student differences

1 0.1%

118 12.4%

234 24.7%

490 51.7%

105 11.1%

3.61 0.85

4. Mengaitkan isi pelajaran dengan pelajar Makes subject matter relevant to students

5 0.5%

22 2.3%

324 34.2%

507 53.5%

90 9.5%

3.69 0.69

5. Menyatakan harapan yang tinggi kepada semua pelajar Communicates high expectations for all students

1 0.1%

104 11.0%

214 22.6%

498 52.5%

131 13.8%

3.69 0.85

6. Memberi maklum balas kepada pelajar mengenai prestasi dalam

1 0.1%

22 2.3%

295 31.1%

534 56.3%

96 10.1%

3.74 0.67

Page 19: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

tempoh yang sesuai Gives students timely feedback regarding performance

7. Menganalisis prestasi pelajar untuk menambahbaik pengajaran Analyzes student performance to revise instruction

3 0.3%

33 3.5%

305 32.2%

540 57.0%

67 7.1%

3.67 0.67

8. Menilai prestasi pelajar, menggunakan pelbagai teknik Evaluates student performance, using a variety of techniques

1 0.1%

36 3.8%

306 32.3%

509 53.7%

95 10.0%

3.73 1.18

9. Meningkatkan prestasi pelajar Improves student performance

4 0.4%

26 2.7%

323 34.1%

504 53.2%

91 9.6%

3.69 0.70

10. Memberi arahan dan penjelasan yang jelas dan ringkas. Gives clear and concise directions and explanations

1 0.1%

38 4.0%

322 34.0%

515 54.3%

72 7.6%

3.65 0.68

11. Menjalankan rancangan pengajaran dengan membuat pelarasan/penambahbaikan apabila perlu Carries out instructional plans with adjustments as appropriate

6 0.6%

26 2.7%

338 35.7%

472 49.8%

106 11.2%

3.68 0.73

12. Menyampaikan konsep baru dengan jelas Presents new concepts clearly

4 0.4%

113 11.9%

281 29.6%

487 51.4%

63 6.6%

3.52 0.80

KESELURUHAN 3.66 0.58

Jadual 6 menunjukkan persepsi responden terhadap keberkesanan pengajaran. Analisis item satu

sehingga dua belas merupakan soalan yang mengukur persepsi guru terhadap keberkesanan

pengajaran mereka. Hasil analisis telah menunjukkan min dimensi (b) Keberkesanan Pengajaran

berada pada tahap sederhana pada bacaan 3.66.

Dimensi Tahap Pemerkasaan Pengurusan Bilik Darjah/Organisasi

Persekitaran dan suasana dalam bilik darjah dan pengurusan sekolah turut menjadi tumpuan yang

diketengahkan dalam kajian. Oleh itu, dapatan soal selidik yang dirangka telah memberikan skop

pengurusan bilik darjah/organisasi seperti yang berikut:

Page 20: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

Jadual 7: Taburan Min Dan Peratus Item Pengurusan Bilik Darjah/Organisasi

Bil. Pernyataan TM PP M AB C MIN SD

1. Menyusun aktiviti bilik darjah untuk melibatkan pelajar secara maksimum Organizes classroom activities for maximum student involvement

8 0.8%

126 13.3%

236 24.9%

467 49.3%

110 11.6%

3.58 0.89

2. Membuat pengubahsuaian yang perlu berdasarkan prestasi pelajar Makes modifications as necessary based on student performance

5 0.5%

140 14.8%

285 30.1%

465 49.1%

53 5.6%

3.44 0.83

3. Menggunakan strategi pengurusan tingkah laku yang sesuai dengan cara yang adil dan konsisten Uses appropriate behavior management strategies in a fair and consistent manner

9 0.9%

48 5.1%

446 47.0%

401 42.3%

44 4.6%

3.45 0.70

4. Menggunakan ruang, peralatan, dan bahan-bahan untuk menyokong pengajaran Uses space, equipment, and materials to support instruction

9 0.9%

49 5.2%

338 35.7%

474 50.0%

78 8.2%

3.59 0.75

5. Mewujudkan peraturan bilik darjah dan kebiasaan/rutin yang menggalakkan pengajaran Establishes classroom rules and routines that promote instruction

4 0.4%

46 4.9%

228 24.1%

579 61.1%

90 9.5%

3.74 0.71

6. Mengekalkan suasana bilik darjah yang selamat, teratur, dan menarik Maintains a safe, well organized, attractive classroom

9 0.9%

38 4.0%

291 30.7%

486 51.3%

124 13.1%

3.72 0.78

KESELURUHAN 3.59 0.65

Jadual 7 memberikan gambaran min dan peratus bagi dimensi (c) iaitu pengurusan bilik

darjah/organisasi. Min keseluruhan bagi dimensi ini yang dicatatkan ialah 3.59 dan berada pada

tahap yang sederhana.

Dimensi Tahap Pemerkasaan Perhubungan Interpersonal

Antara yang lain yang turut diberi perhatian dalam kajian ini ialah perhubungan interpesersonal

antara guru, pelajar, ibu bapa, rakan sejawat dalam jabatan, pihak pentadbir dan juga dengan

kakitangan sokongan yang lain. Berikut merupakan analisis kajian yang telah dijalankan:

Page 21: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

Jadual 8: Taburan Min Dan Peratus Item (D) Perhubungan Interpersonal

Bil. Pernyataan TM PP M AB C MIN SD

1. Menunjukkan kepekaan dan menghormati setiap pelajar sebagai individu Demonstrates sensitivity to and respect for each student as an individual

3 0.3%

26 2.7%

277 29.2%

562 59.3%

79 8.3%

3.73 0.63

2. Menunjukkan kepekaan terhadap adat dan perasaan pelbagai kumpulan etnik, kaum, taraf sosioekonomi dan kumpulan agama yang berlainan. Demonstrates a sensitivity to the customs and feelings of varied ethnic, racial, socioeconomic, and religious groups

2 0.2%

107 11.3%

190 20.0%

542 57.2%

107 11.3%

3.68 0.83

3. Berusaha untuk membina hubungan kerjasama dengan ibu bapa Seeks to build cooperative relationships with parents

5 0.5%

17 1.8%

270 28.5%

534 56.3%

122 12.9%

3.79 0.70

4. Mengekalkan hubungan kerja yang efektif dengan: Maintains an effective working relationship with:

(a) Jabatan dan Panitia Department and Committee

5 0.5%

26 2.7%

308 32.5%

497 52.4%

112 11.8%

3.72 0.72

(b) Pentadbiran Sekolah Administration

5 0.5%

32 3.4%

232 24.5

559 59.0%

120 12.7%

3.80 0.72

(c) Kakitangan sokongan Supporting staff

10 1.1%

30 3.2%

250 26.4%

514 54.2%

144 15.2%

3.79 0.75

KESELURUHAN 3.75 0.64

Jadual 8 menunjukkan persepsi responden terhadap perhubungan interpersonal. Analisis item satu

sehingga empat merupakan soalan yang mengukur persepsi guru berkaitan dengan perhubungan

interpersonal yang dilakukan oleh pihak sekolah. Hasil analisis telah menunjukkan min dimensi ini

berada pada tahap tinggi pada bacaan 3.75.

Dimensi Tahap Pemerkasaan Etika Profesional

Dimensi lain yang turut diberi perhatian dalam kajian soal selidik ialah etika profesional yang

diamalkan oleh guru dan pihak sekolah. Analisis menunjukkan peratus dan min maklum balas oleh

responden yang terlibat.

Page 22: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

Jadual 9: Taburan Min Dan Peratus Item (E) Etika Profesional

Bil. Pernyataan TM PP M AB C MIN SD

1. Menjaga keselamatan untuk semua maklumat yang sulit

Maintains security for all confidential information

9 0.9%

18 1.9%

267 28.2%

512 54.0%

142 15.0%

3.80 0.74

2. Menyokong falsafah dan objektif kerajaan, sekolah, dan negara, apabila ianya ada perkaitan dengan dasar dan prosedur Supports the philosophies and objectives of the state, school, and county, as they relate to policies and procedures

1 0.1%

20 2.1%

264 27.8%

524 55.3%

139 14.7%

3.82 0.74

3. Menerima tanggungjawab untuk menjaga dan menggunakan dana, bahan, bekalan dan peralatan Accepts responsibility for care and use of funds, material, supplies and equipment

9 0.9%

20 2.1%

248 26.2%

551 58.1%

120 12.7%

3.79 0.72

4. Mengekalkan rekod dan laporan yang tepat, serta menghantanya pada masa yang diperlukan. Maintains and provides prompt, timely, and accurate records and reports

4 0.4%

31 3.3%

298 31.4%

448 47.3%

167 17.6%

3.78 0.78

5. Mematuhi amalan-amalan biasa/rutin di sekolah Observes school routines

6 0.6%

20 2.1%

139 14.7%

650 68.6%

133 14.0%

3.93 0.65

KESELURUHAN 3.82 0.62

Jadual 9 menunjukkan peratus dan min bagi setiap item dalam dimensi (e) Etika Profesional. Secara

keseluruhannya, dimensi ini berada tahap yang memuaskan dengan dapatan bacaan min yang tinggi

iaitu 3.82.

Dimensi Tahap Pemerkasaan Kepakaran

Penyampaian pengajaran dalam bilik darjah amat memainkan peranan untuk pembelajaran pelajar.

Untuk itu, kepakaran guru itu sendiri dalam mata pelajaran yang diajar adalah amat penting.

Dimensi (f) Kepakaran adalah untuk mengkaji pendapat guru-guru di sekolah terhadap kepakaran

mereka.

Page 23: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

Jadual 10 : Taburan Min Dan Peratus Item (F) Kepakaran

Bil. Pernyataan TM PP M AB C MIN SD

1. Mempunyai pengetahuan tentang isi pelajaran yang diajar Demonstrates knowledge of subject matter

4

0.4%

12

1.3%

220

23.2%

584

61.6%

128

13.5%

3.86 0.66

2. Menggunakan tatabahasa yang betul dalam komunikasi lisan dan bertulis. Uses correct grammar in oral and written communication

3

0.3%

17

1.8%

173

18.2%

659

69.5%

91

9.6%

3.87 0.60

3. Menyertai dalam aktiviti-aktiviti pembangunan profesional Participates in professional development activities

1

0.1%

23

2.4%

172

18.1%

621

65.5%

131

13.8%

3.91 0.65

KESELURUHAN

3.88 0.55

Secara kesuluruhan, jadual 10 memberikan gambaran maklum balas oleh reponden mengenai tahap

kepakaran guru-guru di sekolah. Hasil dapatan telah mencatatkan min yang tinggi iaitu pada bacaan

3.88.

Perbincangan

Bahagian ini membincangkan hasil dapatan kajian mengikut spesifikasi yang terdapat dalam soalan-

soalan kajian. Berikut merupakan huraian bagi setiap soalan kajian yang disenaraikan.

1. Apakah tahap pemerkasaan SK berdasarkan enam (6) dimensi kajian?

Kajian ini telah mengenal pasti keutamaan setiap dimensi kajian. Oleh itu, pengkaji telah meneliti

setiap hasil dapatan dan memberikan beberapa cadangan yang lebih baik. Berdasarkan Jadual 5, 6, 7,

8, 9 dan 10, perbandingan min antara dimensi kajian dalam soal selidik dapat diperhatikan. Berikut

adalah jadual min dan sisihan piawai seperti yang dinyatakan.

Jadual 21: Perbandingan Min Keseluruhan Dimensi Soal Selidik Pemerkasaan SK

DIMENSI MIN INTERPRETASI SKOR MIN

SISIHAN PIAWAI (SD)

A. PERANCANGAN 3.58 SEDERHANA 0.65

B. KEBERKESANAN PENGAJARAN 3.65 SEDERHANA 0.58

C. PENGURUSAN BILIK DARJAH/ORGANISASI

3.59 SEDERHANA 0.65

D. PERHUBUNGAN INTERPERSONAL 3.75 TINGGI 0.64

Page 24: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

Hasil penilitian perbandingan min tersebut, didapati bahawa terdapat tiga dimensi yang

mempunyai aras bacaan min sederhana iaitu dimensi (a) Perancangan, (b) Keberkesanan Pengajaran

dan (c) Pengurusan Bilik Darjah/Organisasi. Manakala dimensi (d) Perhubungan Interpersonal, (e)

Etika Profesional dan (f) Kepakaran mencatatkan julat skor min pada aras yang tinggi. Berikutan itu,

pengkaji lebih memberikan tumpuan untuk meneliti punca perbezaan skor min oleh dimensi (a)

Perancangan, (b) Keberkesanan Pengajaran dan (c) Pengurusan Bilik Darjah/Organisasi.

Berdasarkan jadual 5, dimensi (a) Perancangan mempunyai 7 item kesemuanya. Setelah

dikenalpasti, didapati bahawa terdapat dua item soalan yang mempunyai skor min yang terendah

iaitu pada item 1 dan item 2. Skor min yang rendah ini memberi makna bahawa kemungkinan Pelan

Penambahbaikan Sekolah yang digariskan berserta dengan matlamat dan objektifnya adalah tidak

jelas pada guru-guru. Selain itu, pada item 2 pula, skor min yang lebih rendah berbanding dengan

item lain menunjukkan bahawa guru-guru kurang atau tidak dapat menyesuaikan pengajaran

mereka kepada keperluan minat dan kebolehan pelajar di sekolah.

Seterusnya, bagi dimensi (b) Keberkesanan Pengajaran, didapati skor min yang paling

rendah dicatatkan pada item 12 yang menunjukkan bahawa guru-guru tidak mencapai tahap yang

memuaskan untuk menyampaikan konsep baru dengan jelas. Berikutan itu, guru-guru turut

memberi maklum balas terhadap dimensi ini yang mengatakan bahawa punca kelemahan berlaku

apabila terdapat guru-guru yang mengajar tidak mengikut opsyen. Selain itu, saranan juga diberikan

iaitu dengan membuat analisa untuk mengenalpasti tahap pencapaian pelajar pada penghujung PdP

serta menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian serta menarik bagi pelajar.

Analisa yang terakhir dilakukan pada dimensi (c) Pengurusan Bilik Darjah/Organisasi

mencatatkan bahawa skor paling rendah terdapat pada item 2 yang membuktikan bahawa guru-

guru kurang berkemampuan untuk membuat pengubahsuaian yang perlu berdasarkan prestasi

pelajar. Hal ini adalah kerana, guru-guru mungkin tidak mampu untuk menyesuaikan keadaan dan

suasana kelas dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai. Maklumbalas daripada guru-guru juga

manyatakan bahawa susunan serta pengurusan dalam bilik darjah perlu kepada kerjasama daripada

para pelajar sendiri namun guru-guru tidak mendapat kerjasama yang sepenuhnya. Guru-guru juga

turut perlu mengambil kira latar belakang emosi setiap pelajar untuk menyesuaikannya dengan

keadaan di bilik darjah.

E. ETIKA PROFESIONAL 3.83 TINGGI 0.62

F. KEPAKARAN 3.88 TINGGI 0.55

Page 25: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

Kesimpulannya, berdasarkan dapatan daripada kajian ini, guru-guru boleh memberikan

perhatian yang lebih serius kepada keenam-enam dimensi tersebut mengikut keutamaan seperti

yang terdapat dalam hasil kajian ini iaitu:

1) Perancangan PdP 2) Pengurusan Bilik Darjah/Organisasi 3) Keberkesanan Pengajaran 4) Perhubungan Interpersonal 5) Etika Profesional 6) Kepakaran dalam Pengajaran Subjek

Perancangan PdP

Keutamaan dimensi disenaraikan berdasarkan persepsi guru-guru dalam soal selidik yang diedarkan.

Analisis dapatan jelas menunjukkan bahawa perancangan PdP adalah yang paling utama untuk

dititikberatkan. Ini jelas menunjukkan bahawa perancangan PdP adalah yang paling utama untuk

dititikberatkan. Perancangan dalam aktiviti PdP adalah sangat signifikan kerana strategi PdP adalah

meliputi urutan, kaedah dan peringkat kegiatan yang dirancang untuk mencapai tujuan dan objektif

pengajaran tersebut. Muhammad Suhaimi (2012) juga telah menjelaskan dalam penulisannya

menyatakan bahawa perancangan dan penyampaian dalam bilik darjah adalah berkesan jika ia boleh

mencapai hasil pembelajaran atau objektif yang telah dirancang.

Pengurusan Bilik Darjah/Organisasi

Seterusnya, guru-guru juga hendaklah melihat kepada aspek pengurusan bilik darjah atau organisasi

di dalam kelas dengan tujuan untuk memberi keselesaan kepada pelajar untuk menghadapi

pembelajaran. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa dimensi ini sangat penting untuk diambil kira

dalam perancangan guru-guru kerana ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik

dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan tanggungjawab

serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009). Hujah ini diperkukuhkan

lagi dengan kajian oleh Abdullah Sani (2006) yang turut memperkatakan bahawa kecekapan

pengurusan bilik darjah seseorang guru adalah berkait rapat dengan keberkesanan aktiviti PdP.

Keberkesanan Pengajaran

Keberkesanan pengajaran pula sememangnya menjadi antara kayu ukur utama terhadap ciri-ciri

guru yang efektif. Terdapat banyak faktor yang terlibat dalam dimensi ini untuk diberikan fokus oleh

guru-guru. Gaya dan amalan pengajaran yang bersesuaian serta objektif yang jelas adalah salah satu

kunci pengajaran yang berkesan. Muhammad Suhaimi (2012) menyatakan bahawa proses

Page 26: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

pengajaran yangberkesan ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta

objektif yang tepat dan boleh dicapai.

Menurut Barber & Mourshed (2007) kualiti sesebuah sistem pendidikan tidak harus lebih

daripada kualiti guru-guru. Selaku pelaksana dasar dan kurikulum, guru-guru tidak boleh lari

daripada konteks pelajar dan bilik darjah. Oleh itu, guru-guru perlu memberikan fokus kepada bilik

darjah dengan mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi proses PdP seperti kurikulum,

pengalaman pelajar dalam bilik darjah, tingkah laku pengajaran guru serta prestasi pelajar (Velzen et

al., 1985).

Duffour & Marzano (2011) turut menyokong dan menerangkan bahawa kualiti pengajaran

yang diterima oleh pelajar merupakan faktor paling utama yang mempengaruhi pencapaian pelajar.

Justeru, guru-guru bertanggungjawab untuk berusaha memantapkan profesionalisma dan kepakaran

mereka dari aspek pedagogi secara khususnya. Selaku ibu bapa kedua bagi pelajar di sekolah, guru-

guru harus mengetahui tahap pembelajaran setiap pelajar-pelajarnya. Dengan cara ini, guru-guru

dapat mengetahui pendekatan atau kaedah yang paling sesuai untuk digunakan dalam pengajaran.

Selain itu, keberkesanan pengajaran turut dipengaruhi oleh tahap profesionalisme guru di

sekolah. Cansdale (2001) mendapati bahawa kualiti pengajaran guru meningkat apabila guru-guru

meningkatkan kepakaran dalam bidang dan strategi pengajaran mereka. Justeru, guru-guru perlu

berusaha untuk mempertingkatkan tahap profesionalisme mereka dan menguasai kemahiran

tambahan yang perlu untuk menghasilkan kualiti pengajaran yang lebih baik pada masa akan datang.

Kesemua dimensi kajian yang dibincangkan adalah sangat penting untuk diberi perhatian.

Selain tiga dimensi utama di atas, guru-guru tidak seharusnya mengenepikan aspek-aspek yang lain

iaitu dari segi hubungan interpersonal, etika professional serta kepakaran dalam pengajaran subjek

masing-masing. Setiap dimensi ini adalah berkait antara satu sama lain dan guru-guru harus bijak

untuk menguruskannya bagi menambah baik mutu pengajaran serta peribadi sebagai seorang guru.

2. Apakah model Pemerkasaan Guru Dan PdP Prestasi Pelajar Melayu Di Sekolah Kebangsaan?

Kajian ini juga telah mengenal pasti model Pemerkasaan Guru Dan PdP Prestasi Pelajar Melayu

Di Sekolah Kebangsaan berdasarkan 6 dimensi yang dikaji. Kajian ini telah mendapati bahawa

terdapat tiga faktor tertinggi yang menyumbang kepada keperkasaan sekolah kebangsaan. Ini boleh

merujuk kepada ringkasan Regression Weights bagi setiap faktor pemerkasaan sekolah kebangsaan

ditunjukkan dalam Jadual 22 dan rajah 1;

Page 27: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

Jadual 22: Regression Weights Permerkasaan Sekolah Kebangsaan

Pemerkasaan Sekolah Kebangsaan Regression Weights

Keberkesanan pengajaran .97 Hubungan Interpersonal .94

Pengurusan bilik darjah/Organisasi .93 Perancangan .88

Etika Profesional .86

Kepakaran .82

Rajah 1 : Model Pemerkasaan Sekolah Kebangsaan

Keberkesanan

PnP

B8e46.61

B7e47

.79B6e48

.78

B5e49

.77

B4e50

.80

B3e6

.82

B2e7

.77

B1e8

.75

Etika

E1

e9

.84

E2

e10

.85E3

e11

.90E4

e12

.80E5

e13

.76

Perancangan

A6e14

.85A5e15

.90A4e16

.87A3e17

.74A2e18 .79

A1e19

.72

kepakaran

F1 e21.85

F2 e22.77

F3 e23

.72

Pengurusan

bilik darjah

C1 e25

.89C2 e26

.87

C3 e27.77

C4 e28

.76

C5 e29

.62

C6 e30

.83

Hubungan

Interpersonal

D4iii

e36

.83

D4ii

e37

.86

D4i

e38

.88

D3

e39

.78

D2

e40

.85

D1

e41

.83

Pemerkasaan

SK

.88

.82

.93

.94

z1

z2

z3

z4

z6

z7

.97.86

B9e42

.84

B10e43

.83

B11e44

.80

B12e45

.81

MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN

Page 28: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

Analisis Data dan Interpretasi

Jadual 22 menunjukkan bahawa terdapat tiga faktor tertinggi yang menyumbang kepada

keperkasaan sekolah kebangsaan, Faktor pertama, keberkesanan pengajaran mencatatkan nilai

Regression Weights yang tertinggi iaitu 0.97.keberkesanan Pengajaran dan pembelajaran ini meliputi

wujudnya tumpuan atau fokus terhadap pembelajaran, mengulas konsep dan kemahiran yang telah

dipelajari mengikut kesesuaian, mengambil kira tahap perbezaan pelajar,mengaitkan isi pelajaran

dengan pelajar, menyatakan harapan yang tinggi kepada semua pelajar ,memberi maklumbalas

kepada pelajar mengenai prestasi dalam tempoh yang sesuai, Menganalisis prestasi pelajar untuk

menambah baik pengajaran, Menilai prestasi pelajar, menggunakan pelbagai teknik, Meningkatkan

prestasi pelajar, Memberi arahan dan penjelasan yang jelas dan ringkas, Menjalankan rancangan

pengajaran dengan membuat pelarasan atau penambahbaikan apabila perlu dan Menyampaikan

konsep baru dengan jelas.

Faktor Kedua, hubungan interpersonal (0.94), Menunjukkan kepekaan dan menghormati setiap

pelajar sebagai individu, Menunjukkan kepekaan terhadap adat dan perasaan pelbagai kumpulan

etnik, kaum, taraf sosioekonomi dan kumpulan agama yang berlainan, Berusaha untuk membina

hubungan kerjasama dengan ibu bapa, Mengekalkan hubungan kerja yang efektif dengan Jabatan

dan Panitia, Pentadbiran Sekolah dan Kakitangan sokongan.

Faktor Ketiga, pengurusan bilik darjah (0.93) termasuklah menyusun aktiviti bilik darjah

untuk melibatkan pelajar secara maksimum, Membuat pengubahsuaian yang perlu berdasarkan

prestasi pelajar, Menggunakan strategi pengurusan tingkah laku yang sesuai dengan cara yang adil

dan konsisten, Menggunakan ruang, peralatan, dan bahan-bahan untuk menyokong pengajaran,

Mewujudkan peraturan bilik darjah dan kebiasaan/rutin yang menggalakkan pengajaran,

Mengekalkan suasana bilik darjah yang selamat, teratur, dan menarik.

Walau bagaimanapun, hasil kajian mendapati terdapat faktor-faktor yang perlu

dipertingkatkan,antaranya, perancangan (0.88), Mewujudkan matlamat yang jelas dan objektif yang

berkaitan dengan Pelan Penambahbaikan Sekolah, Menyesuaikan pengajaran kepada keperluan

minat dan kebolehan pelajar, Menggunakan alat pengukuran yang berkesan untuk mengukur

prestasi pelajar, Menyesuaikan rancangan dan pelajaran berdasarkan pencapaian pelajar,

Pengajaran disusun mengikut urutan untuk memudahkan pembelajaran, Merancang pengajaran

pada setiap hari dan untuk pengajaran jangka panjang dan Mereka bentuk strategi pengajaran yang

sesuai untuk menampung keperluan pelajar.

Etika profesional (0.86), Menerima tanggungjawab untuk menjaga dan menggunakan

dana, bahan, bekalan dan peralatan, Mengekalkan rekod dan laporan yang tepat, serta

menghantanya pada masa yang diperlukan, Menjaga keselamatan untuk semua maklumat yang sulit,

Menyokong falsafah dan objektif kerajaan, sekolah, dan negara, apabila ianya ada perkaitan dengan

dasar dan prosedur serta Mematuhi amalan-amalan biasa/rutin di sekolah. Seterusnya faktor

kepakaran (0.82), ini termasuk Mempunyai pengetahuan tentang isi pelajaran yang diajar,

Menggunakan tatabahasa yang betul dalam komunikasi lisan dan bertulis dan Menyertai dalam

aktiviti-aktiviti pembangunan profesional

Hasil analisis SEM seperti rajah 1 menunjukkan model yang dibentuk fit dengan enam set data pembolehubah yang dikaji, ( χ² = 79.767, N= 948 P = 0.00, GFI= 0.972, TLI= 0.968, CFI= 0.987,

Page 29: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

RMSEA= 0.114, CMIN/DF= 13.3). Berasaskan kepada kriteria fit yang diperlukan didapati semua indek yang telah memenuhi syarat .

Implikasi Kajian

Kajian ini berupaya untuk memberi panduan kepada guru untuk membantu mereka dalam

usaha menambah baik mutu pengajaran mereka agar aktiviti PdP di bilik darjah menjadi lebih

berkesan. Di samping itu, guru-guru dan bakal guru juga boleh menggunakan dapatan kajian ini

sebagai persediaan untuk menghadapi beban tugas yang lebih mencabar bersama dengan pelajar-

pelajar di sekolah. Pihak sekolah dan KPM sendiri turut boleh memanfaatkan kajian ini sebagai laluan

untuk mencari pendekatan terbaik bagi melahirkan pendidikan yang berkualiti di SK khususnya. Hasil

kajian ini diharapkan dapat menyumbang kebaikan kepada masyarakat supaya semua pihak saling

memahami tugas dan peranan masing-masing dalam menjayakan misi pendidikan negara dan

menjadi faktor penyumbang kejayaan pengajaran yang lebih berkesan kelak.

Kesimpulan

Penambahbaikan sekolah bermakna penambaikan manusia (Dufour & Marzano, 2011). Oleh itu,

untuk melakukan sesuatu penambahbaikan, faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan tingkah

laku manusia juga perlu diambil kira. Seperti yang telah dihuraikan dalam kajian literatur, proses

perubahan pula memakan masa kerana proses tersebut melibatkan aspek emosi manusia.

Berdasarkan kajian ini, guru-guru memainkan peranan besar untuk melibatkan diri sepenuhnya

dalam proses perubahan demi penambahbaikan sekolah seterusnya meningkatkan akademik pelajar.

Di samping itu, model pemerkasaan SK yang dibina dalam kajian ini boleh diambil kira

sebagai satu pendekatan baharu sebagai panduan untuk guru-guru untuk meningkatkan

profesionalisme mereka. Kesatuan kerja anatara guru dan pengurusan sekolah untuk sebagai satu

pasukan yang berkolaboratif akan mengatasi banyak cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak

sekolah sebelumnya. Segala penambahbaikan yang dilakukan ini tidak lain dan tidak bukan adalah

untuk membantu meningkatkan taraf pendidikan anak bangsa di Malaysia sekaligus memartabatkan

status pendidikan kita di peringkat global selari dengan apa yang telah termaktub dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang merupakan kesinambungan daripada gagasan

dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Oleh itu, segala usaha untuk

memperkasakan SK sebagai pilihan utama rakyat Malaysia harus disokong dan didokong oleh semua

pihak.

Page 30: PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR …repository.um.edu.my/104841/1/PEMERKASAAN GURU DAN... · PEMERKASAAN GURU DAN PdP PRESTASI PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN, SEMENANJUNG

Rujukan

Ab. Aziz Yusof (2006). Perubahan dan kepimpinan, Sintok: Penerbitan Universiti Utara Malaysia. Ahmad Fauzi Mohamed. (1997). Mengurus & Merealisasikan Perubahan Di Sekolah. Universiti Utara

Malaysia: Amir Hasan Dawi, Ikhsan Othman, Ridzuan Jaafar & Kwang Eng Hock, (2009). Modal Insan Dalam

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan. (Fasa 1). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Barber, M., & Mourshed, M. (2007). How the world’s best performing school systems come out

on top. New York:McKinsey & Company. Diperoleh daripada www.mckinsey.com/App_Media/Reports/SSO/Worlds_Schools_Systems_Final.pdf

Blaustein, M. (2005). The Basics of Learning Readiness. Beyond the Journal. National Association for the Education of Young Children.

Cansdale, R.W. (2001). The effects of site-embedded professional development teachers’s perceptions of their instructional practice. United States International University.

Dufour, R., & Marzano, R. J. (2011). Leaders of learning:how district, school, and classroom leaders improve student achievement. Bloomington:Solution Tree Press.

Freedman, S. (2009). Collegiality Matters: How Do We Work With Others? Proceedings of the Charleston Library Conference. Purdue University: Purdue University Libraries.

Harrison, F. (2003). Using Learning Resources to Enhance Teaching and Learning. Imperial College London.

James, C & Connoly, U. (2000). Effective Change in Schools, London: RoutledgeFalmer Jamil Ahmad & Norlia Goolamally, (2008). Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia

Ke Arah Pendidikan Berkualiti. In: Panitia Diklat Manajemen Guru Internasional 2008, 4-5 Jun 2008.

Malaysia (2012). Akta Pendidikan 1996. Undang-Undang Malaysia. Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Mohamad Johdi Hj. Salleh. (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif

Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang. Institut Pendidikan: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mok Soon Sang (2011). Pengurusan bilik darjah dan tingkh laku (3re ed.) Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Najwa Hayatee Abdullah (2010). Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan : Konsep perubahan dalam pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noraini Idris dan Shuki Osman (2009). Pengajaran dan Pembelajaran : Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Rowlands, J. (1995). Empowerment examined: an exploration of the concept and practice of women’s empowerment in Honduras. Durham thesis, Durham University. Retrieved from http://ethesis.dur.ac.uk/1424

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 (RMK-9). (2007). Kementerian Pelajaran Malaysia.

Shahril Charil Marzuki, Norhafizah Hayati Ahmad & Muhammad Faizal A. Ghani, (2008). Analisis Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 Digubal Berdasarkan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2001-2010), Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) Dan Wawasan 2020: Isu Dan Pelaksanaannya. Masalah Pendidikan, Volume 31. Universiti Malaya.

Syed Othman Alhabshi dan Hasnan Hakim. Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan. Kongress Pendidikan Melayu. 1-2 September 2001. Universiti Tun Abdul Razak.

TED. (2013, February 21). Andreas Schleicher: use data to build better schools [Video file]. Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=7Xmr87nsl74&fb_action_ids=10205742518496019&fb_action_types=og.shares&fb_source=other_multiline&action_object_map=%5B551432851555808%5D&action_type_map=%5B%22og.shares%22%5D&action_ref_map=%5B%5D