29
PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP MAKANAN BERLOGO HALAL SAHILAH BINTI MOHD RODZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP MAKANAN

BERLOGO HALAL

SAHILAH BINTI MOHD RODZI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya
Page 3: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya
Page 4: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP MAKANAN

BERLOGO HALAL

SAHILAH BINTI MOHD RODZI

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

( Pengajian Islam )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 5: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya
Page 6: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

iii

DEDIKASI

Maha Suci Allah dan segala pujian hanya untukNya, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih,

Dengan RedhaNya Atas Segala ketentuanku, Selawat dan Salam Buat Junjungan Mulia,

Nabi Muhammad s.a.w, Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia,

Dari Kegelapan Kepada Cahaya.

Kajian ini didedikasikan khas buat insan-insan yang banyak membantu, memberi semangat dan dorongan yang tidak terhingga…

Ayahanda & Bonda...

Mohd Rodzi Hj Abdullah & Rosnani Hj Saad Terima kasih yang tidak terhingga dari anakmu,

Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu Tidak akan kulupakan

Menjadi kekuatan dan semangatku... Untuk menuju puncak kejayaan

Buat adik-beradikku yang dikasihi.. Perjalanan kita masih jauh…..Berjuanglah hingga ke akhir hayat

Agar kebahagiaan di akhir noktahnya Semoga keakraban kita kekal selamanya

Buat Pensyarah-pensyarah PPIPS dan Fakulti Pendidikan yang disanjungi Terima kasih atas bimbingan dan didikan

Nasihat dan teguran kalian akan aku jadikan pedoman buat bekalan di masa hadapan..

Buat Sahabat-sahabat seperjuangan

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga... Atas jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar kalian

Segala suka duka kita bersama Pahit manis kita lalui

Tak mungkin kulupakan Dan moga Rahmat Ilahi

Sentiasa mengiringi kehidupan kita

Page 7: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w.,

ahli keluarga Baginda, para sahabat, tabi’in, tabi’-tabi’in serta seluruh umat Islam

sekalian. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

kurnia dan izin-Nya, laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan dengan

sempurna.

Setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Abdul

Basit selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing, mendorong dan

memberi tunjuk ajar serta nasihat sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana

Muda ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian

Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dan Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia dan ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan

sokongan. Tidak lupa buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu

menyumbangkan idea dan bahan sampingan.

Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala usaha yang dilakukan akan

mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Mudah-mudahan hasil kajian ini

memberi manfaat kepada semua pembaca.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

v

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bagi mengetahui persepsi pelajar tahun tiga Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terhadap makanan berlogo halal. Selain

itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti pandangan pelajar berkaitan faktor-

faktor yang diberi penekanan dalam pemilihan makanan serta kepentingan pemilihan

makanan berlogo halal. Seramai 112 orang responden dalam kalangan pelajar tahun

tiga Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor telah terlibat dalam kajian ini. Set soal

selidik mengandungi 30 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara

deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan

perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 15.0. Nilai

kebolehpercayaan instrumen kajian ialah α = 0.817. Analisis data dinyatakan dalam

bentuk jadual. Secara keseluruhannya hasil kajian menunjukkan responden memberi

persepsi yang positif terhadap aspek yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan

persepsi pelajar terhadap makanan berlogo halal adalah tinggi dengan nilai min 4.41.

Manakala min bagi faktor-faktor yang diberi penekanan dalam pemilihan makanan

adalah 4.10 dan min bagi kepentingan pemilihan makanan berlogo halal ialah 4.69.

Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu

untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut

dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to investigate the perceptions of third year

students’ in educational faculty, University Technology of Malaysia on “halal”

labeled food. Besides that, the aims of this research are also to identify students’

perceptions on the factors of foods selection and the importance of choosing halal

labeled food. 112 Muslim students from third year, Faculty of Education, UTM were

used as the respondents. A set of questionnaire which contained 30 items was

distributed to the respondents and was analyzed descriptively to obtain the

frequency, percentage and mean using by Statistical Package for Social Science

(SPSS) version 15.0 software. The validity value of the research instrument was α=

0.817. The data analysis is shown in tables. Overall, findings from the study showed

that the respondents provided positive perception towards the aspects of the study.

Research shows that result of the students’ perception towards halal labeled food is

high with mean 4.41. While, mean of the students’ perception towards the factors of

food selection is 4.10 and the mean of the importance of halal’s food label selection

is 4.69. At the end of the study, the researcher had proposed several suggestions to

the related parties to ensure full attention was paid towards the studied problems.

Suggestions for further research were also being proposed for further research in the

future.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI GAMBAR xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI SIMBOL xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

Page 11: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

viii

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Persepsi 10

1.8.2 Pelajar 10

1.8.3 Makanan 10

1.8.4 Logo 10

1.8.5 Halal 11

1.9 Penutup 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Latar Belakang Logo Halal 13

2.3 Peranan Sijil Dan Logo Halal 20

2.4 Prosedur Permohonan Sijil dan Logo Halal

JAKIM

21

2.4.1 Pemohon Yang Layak 21

2.4.2 Syarat-Syarat Pemohon 22

2.4.2.1 Syarikat Pengeluar/Rumah

Sembelihan/Premis Makanan

22

2.4.2.2 Yuran Pensijilan 22

2.4.3 Syarat Penggunaan Sijil

Pengesahan Halal Dan Logo Halal

24

2.5 Isu-Isu Berkaitan Dengan Logo Halal 25

2.6 Faktor-Faktor Yang Diberi Penekanan Dalam

Pemilihan Makanan

28

2.6.1 Logo Halal 28

2.6.2 Kandungan Makanan 29

2.6.3 Harga 32

2.6.4 Jenama 32

2.6.5 Minat 32

2.6.6 Suci Dan Bersih 33

Page 12: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

ix

2.6.7 Sistem Piawaian 33

2.6.8 Panduan Dalam Pemilihan

Makanan Halal

34

2.7 Kepentingan Pemilihan Makanan Halal 35

2.7.1 Mengembangkan Nilai-Nilai

Kerohanian

35

2.7.2 Dapat Beribadah Dengan Sempurna 36

2.7.3 Dimakbulkan Doa Oleh Allah 37

2.7.4 Menghindarkan Diri Dari Penyakit 38

2.7.5 Mudah Untuk Melakukan Amalan-

Amalan Kebaikan

39

2.7.6 Terhindar Dari Melakukan Maksiat 41

2.8 Kajian Lepas 41

2.9 Penutup 44

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 45

3.2 Rekabentuk Kajian 45

3.3 Tempat Kajian 46

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 46

3.5 Instrumen Kajian 47

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 47

3.5.1.1 Soal Selidik 47

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 49

3.6 Analisis Data 50

3.7 Prosedur Kajian 52

3.8 Kajian Rintis 52

3.9 Kajian Sebenar 53

3.10 Jangka Masa Kajian 54

3.11 Penutup 54

Page 13: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

x

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 55

4.2 Analisis Data Bahagian A 55

4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut

Umur

56

4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut

Jantina

56

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut

Kursus

57

4.2.4 Latar Belakang Responden

Mengikut Sekolah

58

4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut

Kelayakan

59

4.3 Analisis Data Bahagian B 59

4.4 Analisis Data Bahagian C 65

4.5 Analisis Data Bahagian D 71

4.6 Analisis Keseluruhan 75

4.7 Penutup 83

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 84

5.2 Perbincangan 84

5.2.1 Perbincangan Latar Belakang

Responden

85

5.2.2 Mengenalpasti Persepsi Pelajar

Terhadap Makanan Berlogo Halal

86

5.2.3 Mengenalpasti Persepsi Pelajar

Terhadap Faktor-Faktor Yang Diberi

Penekanan Dalam Pemilihan Makanan

89

Page 14: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

xi

5.2.4 Mengenalpasti Kepentingan Pemilihan

Makanan Berlogo Halal

92

5.3 Rumusan 94

5.3.1 Rumusan Mengenalpasti Persepsi

Pelajar Terhadap Makanan Berlogo

Halal

94

5.3.2 Rumusan Mengenalpasti Persepsi

Pelajar Terhadap Faktor-Faktor Yang

Diberi Penekanan Dalam Pemilihan

Makanan

94

5.3.3 Rumusan Mengenalpasti Kepentingan

Pemilihan Makanan Berlogo Halal

95

5.4 Cadangan 95

5.4.1 Universiti Teknologi Malaysia 95

5.4.2 Pusat Pengajian Islam dan

Pembangunan Sosial (PPIPS)

96

5.4.3 Jabatan Agama Islam Malaysia

(JAKIM)

96

5.4.4 Kementerian Penerangan Dan Penyiaran 97

5.4.5 Kementerian Pelajaran Malaysia 97

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 97

5.6 Penutup 98

BIBLIOGRAFI 99

LAMPIRAN

Page 15: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Yuran Industri bagi tempoh 2 tahun 23

2.2 Ciri-ciri Industri 23

2.3 Kadar yuran rumah sembelihan mengikut saiz

premis bagi tempoh 2 tahun

23

2.4 Saiz premis rumah sembelihan 24

3.1 Jumlah Populasi mengikut Kursus 46

3.2 Pengkelasan nombor dalam skala Likert 49

3.3 Klasifikasi item berdasarkan objektif kajian 49

3.4 Skala pemeringkatan likert untuk min 51

3.5 Nilai skor min 51

4.1 Taburan responden mengikut umur 56

4.2 Taburan responden mengikut jantina 56

4.3 Taburan responden mengikut kursus 57

4.4 Taburan responden mengikut sekolah 58

4.5 Taburan responden mengikut kelayakan 59

4.6 Taburan skor min bagi item satu 60

4.7 Taburan skor min bagi item dua 60

4.8 Taburan skor min bagi item tiga 61

4.9 Taburan skor min bagi item empat 61

4.10 Taburan skor min bagi item lima 62

Page 16: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

xiii

4.11 Taburan skor min bagi item enam 62

4.12 Taburan skor min bagi item tujuh 63

4.13 Taburan skor min bagi item lapan 63

4.14 Taburan skor min bagi item sembilan 64

4.15 Taburan skor min bagi item sepuluh 64

4.16 Taburan skor min bagi item sebelas 65

4.17 Taburan skor min bagi item dua belas 65

4.18 Taburan skor min bagi item tiga belas 66

4.19 Taburan skor min bagi item empat belas 66

4.20 Taburan skor min bagi item lima belas 67

4.21 Taburan skor min bagi item enam belas 67

4.22 Taburan skor min bagi item tujuh belas 68

4.23 Taburan skor min bagi item lapan belas 68

4.24 Taburan skor min bagi item sembilan belas 69

4.25 Taburan skor min bagi item dua puluh 69

4.26 Taburan skor min bagi item dua puluh satu 70

4.27 Taburan skor min bagi item dua puluh dua 70

4.28 Taburan skor min bagi item dua puluh tiga 71

4.29 Taburan skor min bagi item dua puluh empat 72

4.30 Taburan skor min bagi item dua puluh lima 72

4.31 Taburan skor min bagi item dua puluh enam 73

4.32 Taburan skor min bagi item dua puluh tujuh 73

4.33 Taburan skor min bagi item dua puluh lapan 74

4.34 Taburan skor min bagi item dua puluh sembilan 74

4.35 Taburan skor min bagi item tiga puluh 75

4.36 Rumusan dapatan kajian untuk mengenalpasti

persepsi pelajar terhadap makanan berlogo halal

75

4.37 Rumusan dapatan kajian untuk mengenalpasti

persepsi pelajar terhadap faktor-faktor yang

diberi penekanan dalam pemilihan makanan

78

4.38 Rumusan dapatan kajian untuk mengenalpasti

kepentingan pemilihan makanan berlogo halal

81

Page 17: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

xiv

SENARAI GAMBAR

NO. GAMBAR TAJUK HALAMAN

2.1 Logo Halal JAKIM 17

2.2 Logo Halal JAIN/MAIN 18

Page 18: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

xv

SENARAI SINGKATAN

Bil Bilangan

FP Fakulti Pendidikan

FPPSM Fakulti Pembangunan Dan Pengurusan Sumber Manusia

HDC Halal Industry Development Corporation

JAIP Jabatan Agama Islam Negeri

JAKIM Jabatan Agama Islam Malaysia

KPDNHEP Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

KS Kurang Setuju

MAIP Majlis Agama Islam Negeri

MS Malaysian Standard

PBB Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

PPIM Persatuan Pengguna Islam Malaysia

S Setuju

s.a.w sallallahu alaihi wasallam

S.W.T Subhanahu Wa Taala

SPA Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Awam

SPC Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kimia

SPE Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kejuruteraan Elektrik

SPF Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik

SPH Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kemahiran Hidup

SPI Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Pengajian Islam

SPJ Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kejuruteraan Jentera

SPK Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Kimia

SPL Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Bahasa Inggeris

SPM Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Matematik

Page 19: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

xvi

SPN Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains

SPP Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik

SPS Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains Sukan

SPT Sarjana Muda Sains dan Komputer serta PendidikanMatematik

SPSS Statistical Package of Social Science

SS Sangat Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

SWT Subhanahu Wa Ta’ala

TS Tidak Setuju

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UM Universiti Malaya

UTM Universiti Teknologi Malaysia

YAB Yang Amat Berhormat

Page 20: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

xvii

SENARAI SIMBOL

a = Alpha

% = Peratus

r = Regresi

Page 21: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Memohon Senarai Bilangan Pelajar Bumiputra Tahun Tiga

(Fakulti Pendidikan)

Page 22: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dunia kini semakin pesat dengan pelbagai kemudahan dan kemajuan

teknologi. Seiring dengan itu, pelbagai barangan telah diperkenalkan untuk

kemudahan dan kesenangan setiap manusia dalam menjalani kehidupan harian.

Walau bagaimanapun tidak semua barangan yang diperkenalkan dapat digunapakai

oleh setiap manusia.

Isu kesucian sesuatu produk atau perkhidmatan adalah sensitif kepada

masyarakat Islam. Bagi umat Islam, sebarang isu berkaitan dengan persoalan halal

dan haram adalah perlu diberi perhatian secara serius. Oleh kerana kepercayaan

Islam dibentuk oleh ajaran Islam itu sendiri, maka tiada apa pun yang boleh

dipandang remeh (Persatuan Pengguna Pulau Pinang, 2006 : 5).

Islam telah menetapkan supaya setiap umatnya memakan makanan halal

sahaja. Ini dijelaskan dari firman Allah iaitu:

Page 23: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

2

ÏN≡ uθäÜ äz (#θãèÎ6 ®K s? $Y7 Íh‹ sÛ Wξ≈ n=ym ÇÚ ö‘ F{ $# ’ Îû $£ϑÏΒ (#θè=ä. â¨$ ¨Ζ9 $# $yγ •ƒ r'̄≈ tƒŸωuρ

î⎦⎫ Î7 •Β Aρ߉tã öΝ ä3 s9 … çμ ¯ΡÎ) 4 Ç⎯≈ sÜ ø‹ ¤±9 $#∩⊇∉∇∪

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada

di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah

syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang

nyata bagi kamu”.

( Surah al-Baqarah 2:168 )

Sehubungan itu, pemilihan makanan halal dan baik perlu diambil berat oleh

setiap umat Islam. Ini bertujuan memastikan makanan yang digunakan itu tidak

memudaratkan manusia itu sendiri. Selain itu, setiap makanan yang dipilih juga

perlu dijamin bersih dan suci mengikut hukum syarak (Utusan Malaysia, 5 Mei

2008).

1.2 Latar Belakang Masalah Isu tentang produk dan makanan halal sering kali didengar pada masa kini

dan menimbulkan pelbagai masalah kerana Islam hanya membenarkan umatnya

untuk memilih, memakan dan melakukan perkara yang baik dan dibenarkan sahaja.

Firman Allah:

(#θè=ä. uρΟçFΡ r& ü“Ï% ©!$# (#θà) ¨?$# uρ 4 $Y7 Íh‹ sÛ Wξ≈ n=ym ãΝ ä3 x%y—u‘ $£ϑÏΒ©!$# ª!$#

šχθãΖÏΒ÷σ ãΒ ⎯ Ïμ Î/ ∩∇∇∪

Maksudnya: “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan

Allah kepada kamu, Iaitu yang halal lagi baik, dan

bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu

beriman”.

( Surah al-Maidah 5 : 88 )

Page 24: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

3

Dalam ayat di atas jelas menunjukkan Islam hanya membenarkan umatnya

memilih dan memakan makanan yang halal dan baik sahaja.

Umat Islam dituntut mengikut syariah Islam yang telah mengatur kehidupan

manusia ini dengan lengkap dan sempurna. Melengkapi segala aspek kehidupan

manusia sehinggalah kepada pemilihan makanan untuk manusia itu sendiri juga perlu

berlandaskan syariat al-Quran dan al-Sunnah.

Prinsip halal adalah salah satu perkara yang sangat dititikberatkan dalam

pemilihan makanan mengikut syariah Islam. Prinsip halal ini secara umumnya

melibatkan dua perkara. Pertamanya, bagaimana sesuatu benda itu diperolehi dan

kedua adakah zat atau barangan itu sendiri halal atau sebaliknya dari segi syariat

Islam (Utusan Malaysia, 5 Mei 2008).

Keprihatinan pengguna Islam memilih barangan yang halal, bersih dan suci

kini semakin terserlah. Oleh kerana itu, perkataan 'Halal', tidak kira bagaimana

bentuknya samada dalam jawi atau rumi, mempunyai tarikan terutama kepada

pengguna-pengguna beragama Islam. Bagaimanapun, peniaga-peniaga bukan Islam

nampaknya mendapat formula mudah untuk menarik pelanggan Islam, iaitu hanya

dengan meletakkan tanda tersebut di premis mereka. Taktik tersebut ternyata

berkesan. Kedai makan yang mempunyai tanda 'Ditanggung Halal', dikunjungi

ramai oleh pembeli dan pengguna Islam. Tidak menghairankan sekiranya logo halal

tersebut ditampal dan dipamerkan di merata tempat, baik di restoran eksklusif,

mahupun di warung di tepi jalan (http://www.mymasjid.net.my/koleksi-artikel)

Logo halal sebenarnya adalah ‘lesen’ besar kepada pengusaha makanan.

Pernah dilaporkan seorang pengusaha kuih bulan yang menggunakan logo halal pada

makanan itu membuat keuntungan RM16 juta setahun, bagaimanapun selepas status

logo berkenaan dipertikaikan, perniagaannya merosot 75 peratus. Dalam

keghairahan pengusaha makanan berlumba-lumba mempromosikan produk halal,

pasti wujud kepincangan (http://produkhalal.wordpress.com/).

Page 25: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

4

Utusan Malaysia, 6 Februari 2009 menyatakan bahawa kopitiam atau kedai

kopi yang diusahakan oleh masyarakat cina semakin mendapat tempat di kalangan

sesetengah penduduk Islam di negara ini. Persoalannya sebagai seoarang muslim,

adakah diteliti terlebih dahulu status halal makanan dan minuman yang dimasukkan

ke mulut? Kelihatannya dewasa ini tidak ramai yang mengambil berat tentang

persoalan tersebut. Mungkin yang penting bagi mereka ialah apa yang dimakan

mengenyangkan dan menyelerakan. Tindakan sesetengah pengusaha kopitiam

menggaji pekerja Islam di premis mereka adalah suatu usaha yang patut dipuji tetapi

ia belum menjamin aspek halal yang dituntut dalam Islam. Mereka seharusnya

prihatin dengan keperluan umat Islam untuk mendapatkan makanan halal lagi suci.

Bermula daripada kopi yang disajikan sehinggalah kepada aspek kebersihan pinggan

mangkuk perlu selari dengan kehendak syarak. Begitu juga dengan barangan seperti

mee, daging salai, rempah-ratus dan lain-lain yang diimport daripada luar Negara

seperti Taiwan, Hong Kong dan China turut diragui kehalalannya (Utusan Malaysia,

6 Februari 2009).

Lebih membimbangkan lagi apabila logo halal Jabatan Agama Islam

Malaysia (JAKIM) ‘tiruan’ digunakan dengan meluas semata-mata untuk melariskan

barangan dan mengaburi mata pengguna Islam yang tidak prihatin. Pengusaha

kopitiam seharusnya mendapatkan pengikhtirafan sijil halal daripada JAKIM

mahupun Majlis Agama Islam Negeri sebagai usaha untuk menarik lebih ramai

pelanggan Islam ke permis mereka. Langkah ini perlu dipertimbangkan dengan

serius memandangkan di sesetengah kopitiam, 70 peratus pengunjung adalah

penganut Islam (Utusan Malaysia, 6 Februari 2009).

Selain daripada itu, perkara lain berkaitan dengan hal ehwal Islam ialah

dikaitkan dengan ketidakseragaman, penganugerahan logo halal. Ini kerana selain

logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis

Agama Islam Negeri-Negeri juga berkuasa untuk mengeluarkan label halal untuk

digunakan pada produk atau sesebuah premis (Abdul Malek Hussin, 1998:14). Ini

menimbulkan kekeliruan kepada pengguna Islam dan terdapat juga pihak-pihak

tertentu yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan singkat dengan meniru logo

halal dan meletakkan pada premis atau produk mereka (Siti Rosni Mad Hashim,

Page 26: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

5

2007:15). Selain kedua-dua logo itu, terdapat juga pengeluar produk makanan yang

mengeluarkan logo halal mereka sendiri, tidak kurang juga restoran-restoran yang

mempamerkan perkataan seperti Bismillah menandakan makanan yang mereka jual

adalah halal (Utusan Malaysia, 14 Februari 2003).

Penggunaan tanda `Halal' atau `Ditanggung Halal' merupakan petunjuk

keseluruhan hasil keluaran premis pembuatan, penyediaan dan penjualan adalah halal

untuk orang Islam. Penggunaan petunjuk yang menandakan sesuatu hasil itu halal

tertakluk di bawah Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasan Halal) 1975

dan Perintah Dagangan (Penanda Makanan), 1975. Penandaan makanan dengan logo

halal dapat meyakinkan pengguna Islam terhadap produk makanan yang ingin dibeli.

Sungguhpun begitu, penyelewengan sesetengah pengusaha makanan terhadap

penggunaan logo halal bertujuan menarik perhatian pengguna dan melariskan jualan

mereka kepada pengguna Islam semakin berleluasa. Akibatnya kepercayaan umat

Islam terhadap pihak yang berkuasa semakin berkurangan dengan tindakan-tindakan

yang tidak diambil dengan sewajarnya. Di samping itu juga, lambakan makanan

import daripada luar negara banyak terdapat di pasaran sama ada dari segi produk

makanan yang telah diproses atau belum. Ia termasuklah daging yang diimport,

makanan dalam tin atau makanan yang telah diproses seperti daging burger, sosej

dan sebagainya (Siti Rosni, 2007:3).

Pada tahun 2004, terdapat satu kes yang melibatkan isu logo halal yang mana

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengesan lemak dan daging babi dalam

produk keluaran beberapa syarikat pengeluar kuih bulan, walaupun tertera logo

‘Halal’ dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada bungkusannya.

Penyelaras Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata pihaknya mendapati

perkara itu selepas menjalankan siasatan berdasarkan aduan pengguna Islam yang

meragui kesahihan logo berkenaan. Katanya, hasil pemeriksaan di beberapa pasar

raya terkemuka di ibu kota mendapati kuih bulan yang mempunyai tanda halal turut

dijual bersama kuih bulan berinti daging babi. Siasatan juga mendapati, syarikat

pengeluar mulanya memohon sijil dan logo halal daripada JAKIM untuk

mengeluarkan dua atau tiga produk kuih bulan halal, tetapi mencampuradukkan

pelbagai bahan tidak halal seperti minyak, daging dan lemak babi untuk

Page 27: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

6

menghasilkan beberapa kuih bulan perisa lain sebelum memasarkannya

menggunakan logo halal (Berita Harian, 30 September, 2004).

Selain daripada itu, masyarakat Islam di negara ini juga gempar apabila

media mendedahkan dua kilang pengeluar sosej menggunakan sarung kulit sosej

daripada usus babi diserbu dan diarah tutup selama dua minggu berkuat kuasa serta

merta. Kedua-dua tindakan itu diambil mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983

kerana tidak menjaga kebersihan dan Seksyen 15 Akta Perihal Dagangan 1952

membabitkan penggunaan sijil halal yang tamat tempoh (Berita Harian, 15 Mac

2005). Sebelum ini, media pernah memaparkan pelbagai taktik digunakan

pengusaha makanan bukan Islam cuba menarik pelanggan Islam mengunjungi premis

mereka termasuk meletakkan ayat suci al-Quran di dalam premis dan mengupah

pekerja asing memakai pakaian berimej Muslim seperti wanita bertudung dan

sebagainya (http://produkhalal.wordpress.com/).

Daripada fakta di atas jelas menunjukkan keadaan ini sangat

membimbangkan terutamanya bagi umat Islam untuk menggunakan produk-produk

yang berada di pasaran. Jadi penggunaan logo halal yang diyakini perlu

dikuatkuasakan untuk menjamin kesucian sesuatu barang terutamanya dari segi

makanan.

1.3 Penyataan Masalah

Di Malaysia, terdapat pelbagai produk yang berada di pasaran seperti produk

makanan, minuman, alat solek dan sebagainya mempunyai tanda atau logo halal baik

dalam tulisan jawi atau rumi dan mempunyai pelbagai rupa dan bentuk yang berbeza.

Isu yang ingin diperkatakan di sini ialah adakah umat Islam peka dengan dengan

setiap logo halal yang dipaparkan sewaktu memilih dan membeli barangan makanan

yang mereka kehendaki ataupun umat Islam tidak ambil peduli dengan isu tersebut.

Selain itu, umat Islam kini juga terdedah dengan pelbagai barangan terutamanya

makanan yang dicampur dengan benda-benda haram yang dilarang oleh syarak.

Page 28: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

7

Melihat kepada permasalahan ini, penyelidik merasakan satu kajian perlu

dilakukan kepada pengguna-pengguna Islam untuk mengetahui sejauhmana tahap

pengetahuan mereka terhadap isu yang berlaku pada umat Islam kini. Adakah isu

yang melanda umat Islam kini dianggap penting atau sebaliknya. Jadi di sini,

penyelidik menjalankan kajian kepada pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan (FP),

Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi

pelajar terhadap makanan berlogo halal dan faktor-faktor yang diambil kira dalam

memilih produk makanan yang ingin dibeli di samping kepentingan yang dapat

diperolehi apabila memilih makanan halal. Adakah dengan isu yang melanda umat

Islam kini dijadikan sebagai panduan dan pengajaran kepada mereka dalam memilih

sesuatu produk barangan yang mereka kehendaki.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah:

1.4.1 Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap makanan berlogo halal .

1.4.2 Mengenalpasti persepsi pelajar tentang faktor-faktor yang diberi

penekanan dalam pemilihan makanan.

1.4.3 Mengenalpasti kepentingan pemilihan makanan berlogo halal.

Page 29: PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP … · Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia, Dari Kegelapan Kepada Cahaya. ... Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya

8

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan bagi kajian ini ialah:

1.5.1 Apakah persepsi pelajar terhadap makanan berlogo halal?

1.5.2 Apakah persepsi pelajar tentang faktor-faktor yang diberi penekanan

dalam pemilihan makanan?

1.5.3 Apakah kepentingan pemilihan makanan berlogo halal?

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu dan memberi manfaat serta

faedah kepada semua pihak terutamanya:

1.6.1 Kepekaan pelajar yang beragama Islam dalam mengamalkan hukum

halal dan haram.

1.6.2 Memberi kesedaran kepada masyarakat Islam untuk memilih

makanan berlogo halal dalam kehidupan seharian.

1.6.3 Membantu individu dan masyarakat dalam mengatasi ketidakpastian

pengambilan makanan berlogo halal dalam kehidupan seharian.