Upload
ambika-rajan
View
104
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
karangan
Citation preview
Persediaan menghadapi UPSR
Tiga minggu lagi saya akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR). Oleh itu,saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi
peperiksaan tersebut.
Antara persediaan yang saya buat adalah dengan mengulang kaji pelajaran
pada waktu malam. Saya belajar dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam
setiap hari. Contohnya , membuat latih tubi soalan tahun-tahun lepas.
Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang
sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Jika saya tidak faham akan sesuatu
pelajaran semasa belajar di kelas, saya akan segera bertanya guru supaya saya
dapat mengikuti pelajaran itu sebaik mungkin.
Ibu bapa saya pula telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan
sebanyak dua kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran.
Saya amat berterima kasih atas usaha mereka itu. Saya berazam akan belajar
bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa
saya.
Di samping itu, saya juga pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan
Awam untuk meminjam buku-buku rujukan. Di situ juga saya boleh berbincang
dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar untuk difahami
dan bertukar-tukar nota.
Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR.
Saya berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan
tersebut dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah
menengah yang terpilih.
http://gunabmsjkt.blogspot.com/