6
Persatuan Pencinta Haiwan di tubuhkan untuk menjaga kebajikan haiwan-haiwan terbiar. Ia adalah persatuan bukan kerajaan yang tidak mengaut keuntungan, di kendalikan oleh sukarelawan yang matlamatnya adalah untuk membela nasib haiwan-haiwan jalanan ini. Polisi persatuan adalah untuk tidak membunuh haiwan-haiwan tersebut sebaliknya akan cuba memberi penjagaan yang sepatutnya. Haiwan yang mengalami kecacatan atau sakit serta dimakan usia biasanya sukar mendapat tempat tinggal. Haiwan- haiwan ini akan di berikan peluang untuk meneruskan kehidupan mereka dengan lebih sempurna. Kucing jalanan/terbiar, akan di tangkap, di kembiri dan di tempatkan semula ke habitat asal mereka serta pemantauan akan dibuat oleh sukarelawan. Dengan cara ini persatuan berharap dapat mengawal populasi haiwan-haiwan jalanan ini. Pusat anak-angkat (adoption centre) akan di wujudkan. Haiwan yang di letak untuk di anak-angkatkan akan di kembiri,di vaksin dan di nyah-cacingkan. Hidupan liar lain yang di bawa kepada persatuan akan di rawat dan bila sembuh, akan di lepaskan balik ke habitat asal mereka. Salah satu lagi objektif persatuan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat (dewasa dan kanak-kanak) tentang betapa pentingnya kita mewujudkan kehidupan yang harmoni dengan haiwan-haiwan peliharaan dan juga haiwan terbiar. Persatuan bergantung kepada sokongan dan sumbangan dari orang ramai untuk membantu haiwan-haiwan ini. Kami juga mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk makanan kucing/anjing dan juga sangkar. 11.0 YURAN KEAHLIAN PERSATUAN Bagi menjalankan program serta membantu pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga (MTQD) Pihak persatuan berbesar hati memohon dan menetapkan agar setiap keahlian dikenakan bayaran pendaftaran dan tahunan bagi membolehkan segala perjalanan program persatuan akan berjalan dengan lancar. Yuran pendaftaran yang telah disepakati dalam mesyuarat penyelarasan penubuhan persatuan yang lalu telah menetapkan seperti berikut:

Persatuan Pencinta Haiwan di tubuhkan untuk menjaga kebajikan haiwan.docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

haiwan

Citation preview

Page 1: Persatuan Pencinta Haiwan di tubuhkan untuk menjaga kebajikan haiwan.docx

Persatuan Pencinta Haiwan di tubuhkan untuk menjaga kebajikan haiwan-haiwan terbiar. Ia

adalah persatuan bukan kerajaan yang tidak mengaut keuntungan, di kendalikan oleh

sukarelawan yang matlamatnya adalah untuk membela nasib haiwan-haiwan jalanan ini.

Polisi persatuan adalah untuk tidak membunuh haiwan-haiwan tersebut sebaliknya akan

cuba memberi penjagaan yang sepatutnya. Haiwan yang mengalami kecacatan atau sakit

serta dimakan usia biasanya sukar mendapat tempat tinggal. Haiwan-haiwan ini akan di

berikan peluang untuk meneruskan kehidupan mereka dengan lebih sempurna.

Kucing jalanan/terbiar, akan di tangkap, di kembiri dan di tempatkan semula ke habitat asal

mereka serta pemantauan akan dibuat oleh sukarelawan. Dengan cara ini persatuan

berharap dapat mengawal populasi haiwan-haiwan jalanan ini.

Pusat anak-angkat (adoption centre) akan di wujudkan. Haiwan yang di letak untuk di anak-

angkatkan akan di kembiri,di vaksin dan di nyah-cacingkan. Hidupan liar lain yang di bawa

kepada persatuan akan di rawat dan bila sembuh, akan di lepaskan balik ke habitat asal

mereka.

Salah satu lagi objektif persatuan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat

(dewasa dan kanak-kanak) tentang betapa pentingnya kita mewujudkan kehidupan yang

harmoni dengan haiwan-haiwan peliharaan dan juga haiwan terbiar.

Persatuan bergantung kepada sokongan dan sumbangan dari orang ramai untuk membantu

haiwan-haiwan ini. Kami juga mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk makanan

kucing/anjing dan juga sangkar.

11.0    YURAN KEAHLIAN PERSATUAN

Bagi menjalankan program serta membantu pengurusan Maahad Tahfiz Al-

Quran Derga (MTQD) Pihak persatuan berbesar hati memohon dan menetapkan agar

setiap keahlian dikenakan bayaran pendaftaran dan tahunan bagi membolehkan segala

perjalanan program persatuan akan berjalan dengan lancar. Yuran pendaftaran yang

telah disepakati dalam mesyuarat penyelarasan penubuhan persatuan yang lalu telah

menetapkan seperti berikut:

10.0.1              YURAN PENDAFTRAN     RM 20.00

           Bayaran pada kali pertama mendaftar sebagai  keahlian persatuan

           Sekali seumur hidup kecuali dilucutkan jawatan dengan sebab.

Page 2: Persatuan Pencinta Haiwan di tubuhkan untuk menjaga kebajikan haiwan.docx

10.0.1.1             YURAN TAHUNAN             RM 20.00

         Yuran ini akan dipungut setiap kali awal tahun.Latarbelakang

---------------------------

Di Malaysia, kaedah yang digunakan untuk mengurus haiwan jalanan ialah dengan

menangkap dan membunuh haiwan-haiwan tersebut. Namun, terdapat bukti yang

menunjukkan bahawa menangkap dan membunuh tidak menyelesaikan masalah.

Menangkap haiwan menyebabkan terjadinya ruang kosong pada eko-sistem kita dan dengan

itu, haiwan jalanan lain akan memenuhi ruang kosong tersebut, dan masalah yang sama

akan berterusan.

Persatuan Pencinta Haiwan Perlis (PPHP) berpendapat kaedah yang digunakan olehAnimal Care Society Petaling, Selangor (myanimalcare.org) adalah amat baik.  Kaedahnya ialah  'JKPU' (atau

dalam Bahasa Inggerisnya CNRM), iaitu:

 J = JAGA (care)

K = KEMBIRI (neuter)

P = Berikan PENEMPATAN (rehome, return to colony)

U = URUS (manage)

JAGA

---------

PPHP berhasrat menjaga dan membela haiwan-haiwan jalanan yang bernasib malang.

KEMBIRI

---------------

Seeloknya, haiwan betina dikembiri supaya mereka tidak akan membiak. Melakukan kembiri

adalah cara kita menunjukkan belas kasihan kepada haiwan, dan menurut fatwa yang

dikeluarkan, perbuatan ini adalah dibenarkan dalam Islam.

Berikan PENEMPATAN

---------------------------------------

PPHP akan menghebahkan tentang haiwan yang di jaga dalam Facebook atau dalam media

massa lain, agar sesiapa yang ingin membela haiwan-haiwan ini boleh mengambilnya

daripada PPHP. Sila kunjungi Facebook, di bawah 'perlisanimaloverssociety'.

Sekiranya haiwan itu tidak dapat diberi penempatan di rumah anda, PPHP akan mengembiri

dan memulangkannya ke tempat di mana ia dijumpai. Kehadiran mereka di tempat asal

Page 3: Persatuan Pencinta Haiwan di tubuhkan untuk menjaga kebajikan haiwan.docx

akan membantu mengekalkan eko-sistem di tempat itu di samping menghalang haiwan

yang belum dikembiri dari memasuki tempat tersebut. Bilangan haiwan ini tidak akan

bertambah kerana mereka sudah pun dikembiri.

URUS

----------

PPHP akan terus memantau keadaan haiwan-haiwan ini di tempat asal mereka. Sekiranya

mereka sakit dan memerlukan ubat, PPHP akan membekalkan ubat-ubatan tersebut.

Apa berlaku terhadap haiwan-haiwan

--------------------------------------------------------------------

Komuniti haiwan-haiwan yang telah dikembiri akan mempunyai tanda di telinga mereka

sebagai identifikasi supaya mereka tidak ditangkap semula. Tanda itu berbentuk huruf V

yang kecil di buat di telinga kanan mereka. Adalah sukar untuk doktor mengenali haiwan

betina yang sudah dikembiri kerana parut pembedahan akan pudar. Pernah terjadi di mana

haiwan yang telah dikembiri ditangkap dan dibedah semula. Kejadian sebegini akan dapat 

dielakkan sekiranya semua haiwan betina yang telah dikembiri mempunyai tanda di telinga

mereka.

Kami dengan tegas mencadangkan bahawa haiwan yang didapati sudah mengandung TIDAK

dikembiri.

Mengapa dikembalikan ke penempatan asal

----------------------------------------------------------------------------------

a.  Agak sukar untuk mencari tempat tinggal baru kepada haiwan-haiwan jalanan yang

begitu banyak.

b.  Dengan mengembalikan ke penempatan asal, kita akan mengekalkan eko-sistem dengan

menghalang kemasukan semula koloni haiwan-haiwan yang tidak dikembiri. Dengan itu,

haiwan yang telah dikembiri dapat meneruskan kehidupan mereka di tempat asal (dengan

tidak membiak).

Matlamat kami adalah untuk bekerjasama dan membantu pencinta-pencinta haiwan yang

menyelamat dan memberi makanan kepada haiwan-haiwan di jalanan dan juga di kawasan

kejiranan mereka.

PPHP bergantung kepada sokongan penderma-penderma dan juga sahabat-sahabat yang

prihatin. Kami tidak ada penaja dari badan-badan koprat. Adalah tidak sukar untuk

memulakan program seumpama ini. Apa yang diperlukan adalah rasa cinta dan semangat

untuk memelihara.

Page 4: Persatuan Pencinta Haiwan di tubuhkan untuk menjaga kebajikan haiwan.docx

Dengan berbesar hati, kami menjemput anda semua untuk membantu menambahbaikkan

nasib haiwan jalanan dengan cara menerangkan tentang kaedah JKPU kepada jiran dan

rakan-rakan anda. Jelaskan mengapa kaedah ini adalah yang terbaik demi nasib haiwan

jalanan.

Kami amat menggalakkan anda untuk memulakan program yang sama di kawasan kejiranan

anda. Mulakan dengan sedikit. Untuk setiap haiwan yang dikembiri, RATUSAN kelahiran

haiwan yang tidak diingini dan juga penderitaan yang tidak berkesudahan akan dapat

dicegah.

Haiwan-haiwan jalanan memerlukan pertolongan kita.

Tolonglah kami untuk menolong mereka.

Haiwan jalanan terutamanya anjing akan di bunuh bila ada aduan tentang mereka. Hentikan

aduan, dan pembunuhan juga akan berhenti. Kami akan melakukan tugas kami untuk

mengawal populasi haiwan jalanan ini dengan JKPU.

Hidup dan teruskan kehidupan.

Haiwan juga ada hak ke atas dunia ini.

Kami mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk wang ringgit untuk meneruskan program

ini. Sekiranya anda ingin membuat sumbangan, sila hubungi:

En Zulkarnain Abd Aziz pada talian 0174979960 atau emel

[email protected]

Harapan kami

-----------------------------

Kami berharap lebih ramai masyarakat menyedari kepentingan JKPU sebagai penyelesaian

jangka panjang kepada masalah haiwan jalanan ini. Untuk sesiapa yang mampu, tindakan

segera amatlah dihargai. Kepada yang tidak, kami mengharapkan sokongan anda dengan

cara yang lain.

Kepada anda yang menganggap haiwan jalanan adalah satu gangguan di kejiranan anda,

kami memohon supaya anda memahami bahawa haiwan tidak tahu itu, dengan itu kita tidak

boleh mengharapkan mereka bersikap seperti yang kita kehendaki. Kami memohon jasa

baik anda dengan tidak membuat aduan tentang mereka kerana ini akan mengancam

Page 5: Persatuan Pencinta Haiwan di tubuhkan untuk menjaga kebajikan haiwan.docx

nyawa mereka. Masih ada cara lain lagi untuk menghalang mereka dari memasuki kawasan

rumah (seperti memagar, dengan semburan bau limau dll.) Jangan buat aduan kepada

Jabatan Veterinar atau Majlis Perbandaran. Haiwan akan dibunuh kerana aduan anda itu.

Rayuan kami kepada Majlis Perbandaran dan Pihak berkenaan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---

Kami merayu kepada Majlis Perbandaran supaya bekerjasama dengan kami dengan TIDAK

menangkap haiwan yang ada tanda di telinga mereka.

Kami merayu kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya menggunakan media untuk

mempromosikan kehidupan yang lebih harmoni diantara manusia dan haiwan, di mana

manusia tidak mencederakan haiwan.

Kesimpulan

-----------------------

JKPU (atau lebih dikenali sebagai TNR iaitu Trap, Neuter, Return) telah dijayakan dengan

berkesan di banyak negara barat dan juga di negara Sri Lanka, India, Thailand, Singapura,

Dubai, Qatar, Kuwait dan Bali. Pastinya, ia adalah cara yang bertimbang rasa dan

berperikemanusiaan untuk menguruskan haiwan-haiwan jalanan.

Haiwan jalanan akan menjadi haiwan komuniti apabila dijaga oleh masyarakat.

Membunuh bukanlah cara penyelesaian untuk sebarang masalah. Apa yang kita lakukan

akan kembali kepada kita suatu hari nanti.

Berilah sokongan kepada usaha kami dengan menolong menjayakan program ini. Sebarkan

tentangnya sebanyak mungkin.

Dunia ini kepunyaan haiwan juga. Marilah kita menolong mereka dan hidup dengan harmoni

bersama mereka.

Page 6: Persatuan Pencinta Haiwan di tubuhkan untuk menjaga kebajikan haiwan.docx