16
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KEBUAW KERTAS CADANGAN AKTIVITI KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR (PALS) 2015

Kertas Cadangan Aktitivi Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) - Kertas Kerja

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kelab Pencinta Alam Sekitar PALS - Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw, D/A Pejabat Pendidikan Daerah Dalat, 96300 Dalat, Sarawak.

Citation preview

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KEBUAWKERTAS CADANGAN AKTIVITI KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR (PALS)2015

Guru Pembimbing Kelab PALS : Puan Nur Rehan Binti JaaniNo. Telefon Guru Pembimbing : 013 - 817 25491.0Pengenalan kepada Kelab Persatuan Alam Sekitar (PALS)Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) merupakan salah satu program pendidikan alam sekitar yang dijalankan secara berterusan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Ia dilancarkan pada tahun 1999 oleh Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Sarawak pada masa itu, iaitu YB Datuk Amar James Wong Kim Min, yang juga merupakan pencetus idea penubuhan kelab ini. Bermula dengan hanya 74 buah kelab PALS sebagai ahli perintis pada tahun 1999 (44 buah sekolah rendah dan 30 sekolah menengah), kini kehliannya telah mencecah 322 buah sekolah di seluruh Sarawak.Sekolah-sekolah yang menyertai Kelab PALS diberi kelonggaran untuk mengadakan aktiviti-aktiviti dan projek kelab masing-masing dengan memfokuskan kepada usaha menjaga dan memulihara alam sekitar. Kelab ini berakar umbi sebagai penggerak bagi membantu para murid menjadi masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan alam sekitar.

2.0Matlamat Kelab PALSKelab PALS menekankan kesedaran, kecintaan, dan amalan yang baik (Aware, Love, and Practice) terhadap alam sekitar. Oleh itu, matlamat penubuhan Kelab PALS ini adalah untuk menyemai kesedaran atau rasa perihatin dan cinta alam sekitar dalam kalangan para murid dan seterusnya menggalakkan tindakan positif mereka bagi melindungi dan meningkatkan kualiti alam sekitar.

3.0Objektif Penubuhan Kelab PALSi. Menyediakan struktur organisasi bagi para murid mendalami minat mereka dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar;ii. Menggalak dan menunjuk arah kepada para murid tentang jenis aktiviti yang boleh dilakukan oleh mereka dalam menanam semangat cintakan alam sekitar;iii. Menyatukan pendidikan alam sekitar ke dalam sistem pendidikan negeri melalui aktiviti ko-kurikulum; daniv. Meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab para murid serta warga sekolah terhadap perlindungan alam sekitar.4.0Sasaran Ahli Kelab PALSBerikut merupakan jadual senarai bilangan ahli Kelab PALS Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw :Bil.TahunJantina

LelakiPerempuan

1.Tahun 17 orang4 orang

2.Tahun 23 orang3 orang

3Tahun35 orang3 orang

4.Tahun 42 orang4 orang

5.Tahun 56 orang7 orang

6.Tahun 61 orang7 orang

7Jumlah24 orang28 orang

8.Jumlah keseluruhan52 orang

5.0 Pemilihan Aktiviti atau Projek yang Sesuai.Mengambil keputusan dalam memilih aktiviti-aktiviti atau projek adalah merupakan langkah pertama dalam pelaksanaan aktiviti Kelab PALS. Hasil perbincangan dan perkongsian idea dalam mesyuarat yang telah dijalankan, beberapa aktiviti dan projek telah dipilih mengikut kesesuaian dan praktikal dengan persekitaran sekolah. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti atau projek-projek yang dicadangkan sepanjang tahun 2015 :

5.1 Projek Taman Botani;5.1.1 Projek Semaian Pokok Berbunga5.1.2 Projek Tanaman Pokok Bunga Berpasu5.2 Projek Tanaman Hidroponik;5.3 Projek Kitar Semula;5.4 Projek Hiasan Pagar Sekolah5.5 Program Gotong Royong Cintai Alam Sekitar; dan6.0Pelaksanaan Projek dan AktivitiBerikut merupakan butiran-butiran tentang pelaksanaan projek dan aktiviti Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) :

BilAktiviti / ProjekBulan Pelaksanaan

1234567891011

1.Projek Taman Botani/////

2.Projek Tanaman Hidroponik

///

3.Projek Kitar Semula//

4.Projek Hiasan Pagar Sekolah/

5.Program Gotong Royong Cintai Alam Sekitar/////

7.0Lokasi Projek dan AktivitiPeta di bawah merupakan pandangan atas Sekolah Kebangsaan Kampung Kampung Kebuaw, Dalat, Sarawak.4243

Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan lokasi projek (ditandakan dengan nombor).BilAktiviti / ProjekLokasi (Nombor)

1.Projek Taman BotaniSeluruh kawasan sekolah

2.HidroponikNombor 2

3.Projek Kitar SemulaNombor 3

4.Projek Hiasan Pagar SekolahNombor 4

5.Program Gotong Royong Cintai Alam SekitarSeluruh kawasan sekolah

8.0Carta Organisasi Jawatan Kuasa Peringkat Sekolah

PengerusiEncik Mohd Fauzi Bin AbdullahGuru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw

Naib PengerusiEncik Muhd Helmi Bin YasoPenolong Kanan Ko-kurikulum Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw

PenasihatEncik Sumen YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw

SetiausahaEncik Ahmad Amir Najmi Bin Mohd Razali

BendahariCik Norlihasyikin Binti Ramli

Penyelia ProjekPuan Nur Rehan Binti Jaani

Ketua Projek Kitar SemulaCik Juliza Binti Yusuf Tambi

Ketua Projek Tanaman HidroponikEncik Zackwan Hazeq Bin Sekaria

Ketua Projek Lanskap TamanPuan Monalisna Binti Kana

Ketua Projek Hiasan Pagar SekolahCik Maryam Binti Nordin

Jawatan Kuasa PengerakEncik Maxwell Bin DenisEncik Abdul Hafiz Bin MohamadCik Suhaila Binti SitingCik Ili Nur Nadiah Binti Abdul Razak

9.0PemantauanPemantauan akan dijalankan oleh guru penyelia projek, ketua-ketua projek, dan guru-guru bertugas mingguan. Aktiviti dan projek yang dilaksanakan akan dipantau dari masa ke semasa bagi mengenal pasti kelemahan seterusnya melakukan penambahbaikan pada masa yang akan datang.

10.0AnalisisTerdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keberkesanan di dalam Kelab PALS. Antaranya ialah :i. Guruii. Muridiii. Ibu bapaTerdapat beberapa aspek yang boleh dikaji dan diteliti dalam keempat-empat faktor di atas iaitu kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Huraian terperinci setiap faktor adalah seperti berikut :10.1 Guru10.1.1 KekuatanDari apek kekuatan, guru-guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw merupakan guru-guru yang sangat komited dalam melaksanakan dan menjayakan sesuatu amanah yang diperanggungjawabkan kepada mereka. Semangat kerja berpasukan, kreatif dalam memberi idea-idea baru untuk memajukan dan menaikkan reputasi sekolah menjadikan setiap program yang dirancang berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.10.1.2 KelemahanDari aspek kelemahan pula, kebanyakan guru di Sekolah Kebangsaaan Kampung Kebuaw tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan. Hal yang demikian boleh disandarkan kepada tempoh perkhidmatan rata-rata guru ialah dalam lingkungan 4 hingga 5 tahun sahaja. Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw juga tidak memiliki guru yang mempunyai pengkhususan dalam bidang Sains. Mata Pelajaran Sains diajar oleh guru yang bukan berasal dari latar belakang Sains dan ini sedikit sebanyak mungkin akan menghadkan pengetahuan guru itu sendiri untuk mempraktikkan apa yang seharusnya dipraktikkan semasa Klab PALS.10.1.3 PeluangDari aspek peluang, guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw boleh dikatakan terdiri daripada golongan professional yang mempunyai sifat inkuiri, semangat bersaing yang tinggi dan tidak mudah putus asa dalam melahirkan murid-murid yang cemerlangan seterusnya mengangkat nama Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw ke peringkat yang lebih tinggi. Ini dapat dibuktikan apabila Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw telah dinobatkan sekolah terbaik daerah Dalat dan Sekolah Kategori C terbaik seluruh Malaysia.10.1.4 AncamanDari aspek ancaman, kebanyakan guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw adalah bukan penduduk tempatan. Berada berjauhan dengan keluarga dan keadaaan persekitaran sekolah yang serba daif dan terpencil turut mempengaruhi emosi dan semangat mereka. Pertukaran guru yang agak kerap juga mungkin akan menjadi penyebab pelaksanaaan sesuatu program tidak dapat dijalankan dengan lancar seperti yang telah dirancang.

10.2 Murid10.2.1 KekuatanDari aspek kekuatan, murid-murid di Sekolah Kebangsaan Kebuaw mempunyai disiplin kendiri pada tahap yang membanggakan. Sikap menghormati guru dan mematuhi arahan memudahkan pihak sekolah untuk menjalankan sesuatu aktiviti dan projek yang dirancang.10.2.2 KelemahanWalaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan pada murid-murid yang dapat dikenalpasti. Antaranya ialah sikap murid yang pasif, kurang aktif dan pemalu yang wujud dalam diri murid itu sendiri. Sikap ini sedikit sebanyak mempengaruhi penglibatan dan pencapaian murid dalam sesuatu program dan aktiviti yang dijalankan.10.2.3 PeluangDalam aspek peluang, rata-rata murid mempunyai keinginan yang kuat dan azam yang tinggi untuk berjaya. Sikap ini mendorong mereka untuk terus berusaha dengan gigih tanpa mengenal erti penat dan putus asa. Hal yang demikian dapat dilihat apabila murid akan menghadirkan diri dalam setiap program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan jayanya.10.2.4 AncamanPerahu menjadi pengangkutan utama murid-murid untuk datang ke sekolah. Murid-murid bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa untuk menghantar dan mengambil mereka untuk setiap program dan aktiviti sekolah. Sekiranya ibu bapa murid menghadapi sesuatu kesulitan, maka murid tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah. Faktor cuaca juga mempengaruhi kehadiran mereka ke sekolah kerana sekiranya hari hujan maka murid akan kebasahan dan memungkinkan mereka untuk menghidapi masalah kesihatan seperti demam dan selsema. Tambahan lagi, angin yang kuat dan tidak menentu akan menyebabkan gelombang sungai akan menjadi deras dan besar seterusnya akan membahayakan keselamatan mereka.10.3 Ibu bapa10.3.1 KekuatanDari aspek kekuatan, ibu bapa di sekolah ini memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada pihak sekolah. Segala program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan daripada mereka. Ibu bapa juga juga mempunyai kesedaran yang tinggi tentang betapa pentingnya pelajaran kepada anak-anak mereka. Mereka sanggup untuk berkorban tenaga dan wang ringgit demi masa depan anak-anak mereka.10.3.2 KelemahanKebanyakan murid-murid di Sekolah Kebangsaaan Kampung Kebuaw datang daripada keluarga yang serba kekurangan. Terdapat ibu bapa yang buta huruf dan tidak kurang juga yang lansung tidak pernah mendapat pendidikan secara formal. Ini menyebabkan sifat kebergantungan sepenuhnya kepada guru adalah tinggi.10.3.4 PeluangPihak ibu bapa sentiasa memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam setiap program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ibu bapa akan turut serta dalam memberi sumbangan wang ringgit mahupun tenaga untuk menjayakan apa jua program mahupun aktiviti yang melibatkan pihak sekolah. Ibu bapa juga telah diberi gambaran tentang hala tuju sekolah dan ini sedikit sebanyak dapat memberi pemahaman kepada mereka seterusnya bergerak seiringan bagi merealisasikan apa yang telah dirancangkan oleh pihak sekolah.

10.3.4 AncamanWalau bagaimanapun, faktor ibu bapa yang tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi menjadi ancaman dalam menjayakan sesuatu program dan aktiviti di sekolah. Agak sukar untuk mereka untuk memantau dan memberi tunjuk ajar kepada murid semasa murid berada di rumah. Selain itu, kedua-dua ibu bapa bekerja menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan anak-anak mereka dan hanya bergantung sepenuhnya kepada guru-guru di sekolah.

11.0PenutupDengan adanya penubuhan Kelab PALS, adalah diharapkan projek dan aktiviti yang telah dirancang sentiasa dilaksanakan secara berterusan untuk memberi faedah yang optima terhadap warga sekolah bagi melahirkan generasi yang mesra alam yang seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam mengurus alam sekitar dan konservasi sumber asli ke arah pembangunan mapan di negeri Sarawak.Walaubagaimanapun, pelaksanaan program dan aktiviti ini memerlukan komitmen serta sokongan yang padu oleh semua warga Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw. Oleh itu, diharap semua warga Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw dapat memberi komitmen yang sepenuhnya dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh :

.....................................................................(AHMAD AMIR NAJMI BIN MOHD RAZALI)Setiausaha,Kelab Pencinta Alam Sekitar,Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw.

Disemak oleh :

.....................................................................(ENCIK MUHD HELMI BIN YASO)Penolong Kanan Ko-Kurikulum,Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw.

Diluluskan oleh :

.....................................................................(MOHD FAUZI BIN ABDULLAH)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw.