Upload
guru-pemulihan-khas-skba
View
268
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
lembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerja
Citation preview
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
1.0 DEFINISI KURIKULUM
Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan
tinda-kan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai
matlamat yang dihajati. Manakala menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu
budaya atau il-mu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid
tertentu. Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi
kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di
sekolah.
1.1 STANDARD
Standard pula ditakrifkan oleh Kamus Dewan edisi keempat sebagai sesuatu
yang dapat diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur sesuatu yang lain.
1.2 PENGENALAN
Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan.
Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan
nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. KBSR disemak semula pada tahun 2003
kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI). KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP).
Dasar teras kedua PIPP adalah membangunkan modal insan yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Matlamat PIPP adalah
untuk memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat, menguasai ilmu
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta menerapkan nilai murni.
Gagasan ke-3 ucapan dasar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam
Perhimpunan Agung UMNO 2006 telah menuntut supaya sistem pendidikan negara
memberi penekanan kepada teras kedua PIPP. Justeru, KSSR diperkenalkan bagi
tujuan itu.
KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu
bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang
melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa,
kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
KSSR mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Menurut Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan
tetapi seiringan dengan KBSR.
Bermula pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, sebanyak 500 buah sekolah
telah dijadikan sekolah rintis untuk menguji keberkesanan KSSR. Daripada 500 buah
sekolah itu, 50 buah sekolah telah diuji rintis dengan semua mata pelajaran, manakala
bakinya hanya diuji dengan mata pelajaran terpilih sahaja.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras,
Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Modul Asas Teras merangkumi mata
pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,
Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Modul Asas Tema pula terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi, Malaysia
Negaraku serta Seni Visual dan Muzik. Modul Asas Elektif pula pilihan bahasa seperti
Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa Arab.
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
2.0 DEFINISI TRANSFORMASI KURIKULUM
Dalam konteks transformasi kurikulum, transformasi membawa maksud proses
melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan
sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas
kurikulum: struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran,
bahan kurikulum dan pengurusan sekolah.
2.1 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
Matlamat KBSR
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan
potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini
meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang
seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
Objektif KBSR
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan
untuk membolehkan untuk membolehkan murid:
i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai
Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;
ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan
menulis dalam bahasa pengantar sekolah;
iii. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan
menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;
iv. menguasai kemahiran belajar;
v. menguasai kemahiran berfikir;
vi. bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras
dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
vii. memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;
viii. membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;
ix. mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap
manusia dan alam sekitar;
x. menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;
xi. memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal,
kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;
xii. menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
xiii. menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif
terhadap keusahawanan dan produktiviti;
xiv. menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian
ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;
xv. menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan
mengamalkan akhlak mulia;
xvi. membina semangat patriotisme;
xvii. mengembangkan bakat dan kreativiti; dan
xviii. mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang
menjadikannya asas bagi amalan hidup.
Prinsip KBSR
KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan:-
i. Pendekatan Bersepadu;
ii. Perkembangan individu secara menyeluruh;
iii. Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan
iv. Pendidikan seumur hidup.
v. murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran
melalukukan aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan
penglaman hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus
dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat
vi. suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan
interaksi sosial , bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan murid
vii. aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan
pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam
proses menguasai kemahiran asas
viii. aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel
ix. penekanan kepada nilai (merentas kurikulum)
x. penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)
xi. penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam
bilik darjah
Fokus Tahap I
i. Penguasaan kemahiran asas berbahasa
(mendengar, bertutur, membaca dan menulis)
ii. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira
iii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-
Quran;
iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.
Fokus Tahap II
i. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;
ii. Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian
masalah;
iii. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain
iv. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;
v. Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran;
vi. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
Struktur KBSR
Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-
i. Komunikasi;
ii. Manusia dan Alam Kelilingnya; dan
iii. Perkembangan Diri Individu.
Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang
menjadi teras kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-
i. Kemahiran Asas;
ii. Manusia dengan Persekitaran;
iii. Kesenian dan Kesihatan;
iv. Kerohanian, nilai dan sikap
v. Kemahiran Hidup; dan
vi. Kokurikulum
Bidang Pelajaran
Bidang Komponen
Matapelajaran
Fasa 1 Fasa 2
Komunikasi
Kemahiran Asas
Bahasa Melayu
Bahasa
Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Matematik Matematik
Manusia dan
Persekitaran
Sikap , Nilai
dan Spiritual
Pendidikan
Islam
Pendidikan
Moral
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
-
Sains
Kajian Tempatan
Perkembangan
Diri Individu
Kemahiran Hidup
Seni dan Riadah
Kokurikulum
- Kemahiran Hidup
Pendidikan
Muzik
Pendidikan Muzik
Pendidikan
Seni
Pendidikan Seni
Pendidikan
Jasmani dan
Pendidikan
Kesihatan
Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan
Dalam struktur KBSR terdapat tiga bidang iaitu:-
i. Bidang Komunikasi
1. Bahasa Melayu;
2. Bahasa Inggeris;
3. Bahasa Cina;
4. Bahasa Tamil; dan
5. Matematik.
ii. Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya
1. Pendidikan Islam;
2. Pendidikan Moral;
3. Sains; dan
4. Kajian Tempatan.
iii. Bidang Perkembangan Diri Individu
1. Kemahiran Hidup;
2. Pendidikan Muzik;
3. Pendidikan Seni;
4. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN & PERUBAHAN
KURIKULUM
Faktor yang mempengaruhi
perkembangan&perubahan kurikulum
Faktor yang mempengaruhi
perkembangan&perubahan kurikulum
KERAJAAN
Memilih polisi untuk
melaksanakan kuriku-
lum
KERAJAAN
Memilih polisi untuk
melaksanakan kuriku-
lum
KEPERLUAN INDIVIDU
-Minat, kemahiran asas 3M
-Untuk membolehkan murid memperoleh
kemahiran sosial, berupaya memahami
diri sendiri, mengembangkan minat dan
poten-si pembentukan perwatakan
KEPERLUAN INDIVIDU
-Minat, kemahiran asas 3M
-Untuk membolehkan murid memperoleh
kemahiran sosial, berupaya memahami
diri sendiri, mengembangkan minat dan
poten-si pembentukan perwatakan
KANDUNGAN KURIKULUM
Pemilihan kandungan
KANDUNGAN KURIKULUM
Pemilihan kandungan
KEPERLUAN UNIVERSAL
-Untuk menyebarkan ilmu & latihan
kepada murid untuk membolehkan
murid menerapkan pemahaman &
kerjasama secara universal
-Penambahbaikan cara hidup
masya-rakat
-Menekankan nilai sentiment, ilmu &
kemahiran untuk memastikan kesta-
bilan masyarakat, motivasi individu &
kawalan tingkah laku
KEPERLUAN UNIVERSAL
-Untuk menyebarkan ilmu & latihan
kepada murid untuk membolehkan
murid menerapkan pemahaman &
kerjasama secara universal
-Penambahbaikan cara hidup
masya-rakat
-Menekankan nilai sentiment, ilmu &
kemahiran untuk memastikan kesta-
bilan masyarakat, motivasi individu &
kawalan tingkah laku
KEPERLUAN NEGARA & MASYARAKAT
-Memperoleh kemahiran konsep &
teknik dalam kehidupan dari sudut
politik, sosial & ekonomi
-Untuk memenuhi aspirasi masya-
rakat, cita-cita & ideology negara
KEPERLUAN NEGARA & MASYARAKAT
-Memperoleh kemahiran konsep &
teknik dalam kehidupan dari sudut
politik, sosial & ekonomi
-Untuk memenuhi aspirasi masya-
rakat, cita-cita & ideology negara
KEPERLUAN INDIVIDU
-Minat, kemahiran asas 3M
-Untuk membolehkan murid mempe-
roleh kemahiran sosial, berupaya
memahami diri sendiri, mengem-
bangkan minat & potensi pemben-
tukan perwatakan
KEPERLUAN INDIVIDU
-Minat, kemahiran asas 3M
-Untuk membolehkan murid mempe-
roleh kemahiran sosial, berupaya
memahami diri sendiri, mengem-
bangkan minat & potensi pemben-
tukan perwatakan
Kerangka kandungan baru pendidikan yang dihasilkan oleh setiap negara haruslah mencerminkan
ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk pertumbuhan peribadi individu, keupayaan dan
kebolehan mereka. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka menyertai tenaga kerja serta
menghadapi cabaran baharu lebih-lebih lagi dengan kemajuan pesat dalam bidang Sains dan
Teknologi.
Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal insan
pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baru akan dapat
membangun-kan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan
melengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang pembukaan sekolah sesi pertama penggal
persekolahan 2011, Kemente-rian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai
perancangan baru bertujuan untuk membangunkan modal insan. Hanya melalui pendidikan di
sekolah semua perancangan ini dapat direalisasikan. Perancangan yang dimaksudkan ialah
tranformasi pendidikan. Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan
yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk,
organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan
kurikulum di sekolah.
“ Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik
dan berterusan. Kurikulum kebangsaan telah dikaji semula untuk
memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan
membebankan selaras dengan pemantapan kurikulum sebagai
fokus utama bagi teras kedua PIPP 2006-2010.”
- Ucapan Dasar Y.A.B Perdana Menteri dalam
Perhimpunan Agung Umno 2006 -
“ Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik
dan berterusan. Kurikulum kebangsaan telah dikaji semula untuk
memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan
membebankan selaras dengan pemantapan kurikulum sebagai
fokus utama bagi teras kedua PIPP 2006-2010.”
- Ucapan Dasar Y.A.B Perdana Menteri dalam
Perhimpunan Agung Umno 2006 -
KBSRKBSRtransformasi KSSR
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
ASPEK KBSR KSSR
Reka Bentuk
Kurikulum
*Komunikasi
*Manusia dengan alam sekelillingnya
*Perkembangan diri individu
*Komunikasi
*Kerohanian, Sikap dan Nilai
*Kemanusiaan
*Keterampilan Diri
*Perkembangan Fizikal dan Estetika
*Sains dan Teknologi
Organisasi *Berasaskan mata pelajaran Tahap 1
*Modul Teras Asas
*Modul Teras Tema
*Modul Elektif
Tahap 2
*Modul Komunikasi
*Modul Komunikasi Elektif
*Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai
*Modul Fizikal dan Estetika
*Modul Sains dan Teknologi
*Modul Kemanusiaan
Kandungan *Berlaku perubahan kandungan kepada semua mata pelajaran
Pedagogi *Kemahiran Berfikir dalam PDP
*Aplikasi Kecerdasan Pelbagai dalam
PDP
*Penggunaan TMK
*Pengajaran Berasaskan Kajian Masa
Depan
*Pembelajaran secara Konstruktivisme
* Pembelajaran secara Kontekstual
* Pembelajaran Akses Kendiri
* Pembelajaran Masteri
*Belajar cara Belajar
Penegasan dan Penekanan
kepada pendekatan berikut:
*Kemahiran Berfikir dalam PDP
*Aplikasi Kecerdasan Pelbagai
dalam PDP
*Penggunaan TMK
* Pengajaran Berasaskan Kajian
Masa Depan
* Pembelajaran secara
Kontekstual
* Pembelajaran Akses Kendiri
* Pembelajaran Masteri
*Belajar cara Belajar
Peruntukkan
Masa
*Berlaku perubahan pada peruntukkan masa kepada beberapa mata
pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Kaedah
Pentaksiran
*Penekanan yang ketara kepada
pentaksiran sumatif
*Dijalankan secara berterusan
untuk mengesan perkembangan
dan pencapaian murid dalam
pembelajaran
* Menggunakan kaedah
pentaksiran pelbagai
*Bersifat autentik dan holistik
Bahan
Kurikulum
*Sukatan Pelajaran
*Huraian Sukatan Pelajaran
-Kandungan
-Hasil Pembelajaran
-Cadangan aktiviti PDP
*Dokumen Kurikulum
-Standard Kandungan
-Standard Pembelajaran
*Buku Teks
*Buku Teks
Fokus 3M *Membaca
*Menulis
*Mengira
4M *Membaca
*Menulis
*Mengira
*Menaakul
Elemen *Kemahiran berfikir secara kreatif dan
kreatis
*Kreativiti, Inovasi,
Keusahawanan, serta Teknologi
Maklumat & Komunikasi (ICT)
secara explicit
Pengurusan
Kurikulum
*Semua perubahan dalam aspek-aspek di atas menyebabkan berlaku
perubahan ke-pada pengurusan kurikulum di pelbagai peringkat
Kur iku lum Standard Seko lah Rendah (KSSR) yang bermu la pa-
da tahun 2010 ada lah t rans fo rmas i yang d i lakukan o leh Kementer ian
Pe la ja ran bag i memast i kan s is tem pe la ja ran negara se tand ing de-
ngan p iawa ian global.
KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
yang dilaksanakan se jak 1993 mempunya i beberapa penambahba ikan
dengan men jad ikan kur i ku lum negara ma ju sebagai rujukan. Antara pemba-
haruan yang dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusa-
hawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembe-
lajaran (PDP).
Memfokuskan kepada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis & me-
ngira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu me-
naakul menjadikannya 4M.
Walaupun terdapat banyak perubahan atau transformasi telah dilaku-
kan, kurikulum KSSR masih mengekalkan beberapa prinsip KBSR dengan
mempunyai beberapa penambahbaikan. Salah satu persamaan di antara ku-
rikulum KBSR dan KSSR berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
Hal ini ada lah un tuk me lah i rkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi rohani, jasmani, emosi, dan intelek. Di samping berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal
dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.
PERSAMAAN KBSR & KSSR
Prinsip kurikulum yang sama iaitu
Menggunakan pendekatan bersepadu
Perkembangan individu secara menyeluruh
Pendidikansama rata untuk semua murid
Pendidikan seumur hidup (Long
Life Learning).
PERSAMAAN KBSR & KSSR
Prinsip kurikulum yang sama iaitu
Menggunakan pendekatan bersepadu
Perkembangan individu secara menyeluruh
Pendidikansama rata untuk semua murid
Pendidikan seumur hidup (Long
Life Learning).
KSSR ini juga mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE)
dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga berlandaskan empat tonggak pendidikan
UNESCO.
Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:
UNESCO
Belajar untuk Mengetahui
(Learning to Know)
Belajar untuk Bersama
(Learning to Live Together)
Belajar untuk Membentuk Peribadi
(Learning to Be)
Belajar untuk Bertindak
(Learning to Do)
- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
- Warganegara yang bertanggungjawab
- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)
-Pekerja berilmu
Sungguhpun begitu, dalam pemerhatian yang telah saya buat, didapati terdapat
beberapa isu yang timbul semasa pelaksanaan kedua-dua kurikulum tersebut Secara
amnya, KSSR diwujudkan adalah untuk mengurangkan tekanan peperiksaan awam di
samping memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki mutu
pembelajaran murid, membuat pentaksiran secara holistik dan berterusan serta mem-
bina modal insan dengan lebih berkesan. Hakikatnya, segala pentaksiran yang dila-
kukan adalah tidak mengikut tahap pemikiran murid. Ini kerana, instrument pentaksiran
yang digunakan oleh guru akan diguna pakai ke atas semua pelajar samada pelajar bi-
jak mahupun lemah. Ini akan mengakibatkan pelajar yang lemah tidak akan dapat me-
nguasai sepenuhnya instrument tersebut dengan baik. Kesannya, murid yang lemah
su-kar untuk menjawab soalan yang diajukan di dalam instrument. Lebih sukar lagi,
apabila soalan instrument yang digunakan untuk murid-murid arus perdana digunakan
juga un-tuk mentaksir murid-murid pemulihan. Berbanding dengan KBSR yang mana
penilaian dibuat dengan menggunakan pelbagai tanda aras iaitu aras rendah,
sederhan dan ting-gi. Melalui penilaian seperti ini, guru dapat mengenalpasti aras
murid tersebut dan da-pat memfokuskan aras yang lemah bagi membantu
meningkatkan pencapaian mereka.
Di samping itu juga, murid-murid tidak dapat di nilai dengan baik walaupun peni-
laian itu dibuat secara berterusan melalui kurikulum KSSR. Ini disebabkan oleh faktor
band yang digunakan dalam pentaksiran tidak begitu sesuai. Seperti yang kita sedia
maklum, pentaksiran bagi murid-murid KSSR di ukur melalui band yang bermula dari
band 1-6. Masalah berlaku apabila terdapat segelintir murid yang tidak dapat melepasi
pentaksiran ujian bagi band 2 tetapi mereka dapat melepasi ujian bagi band 3. Ini lebih
menyulitkan lagi cara penilaian terhadap murid tersebut kerana mereka wajib melepasi
band 2 terlebih dahulu sebelum mengikuti penilaian untuk band 3 walaupun mereka
berjaya melepasi band 3. Bagi setiap band, murid-murid akan dinilai dari segi kemahi-
ran menulis, membaca dan bertutur. Mereka wajib melepasi setiap kemahiran ini untuk
melayakkan mereka melepasi band tersebut. Akan tetapi, terdapat juga segelintir murid
yang hanya menguasai kemahiran membaca dan bertutur bagi band 2 tetapi tidak me-
nguasai kemahiran menulis. Keputusannya, murid ini tidak menguasai band 2. Inilah
yang menjadikan penilaian ke atas murid tidak dapat dinilai dengan baik kerana para
guru tidak dapat mengesan tahap penguasaan murid tersebut terhadap matapelajaran
yang di nilai dan tidak boleh menilai murid mengikut gred seperti yang digunakan
dalam kurikulum KBSR sebelum ini.
Selain itu, pengawalan kelas kurang memuaskan. Hal ini disebabkan oleh tem-
poh atau masa tidak ditetapkan untuk menilai murid seperti yang dijalankan dalam kuri-
kulum KBSR seperti ujian bulanan, ujian pertengahan tahun, ujian akhir tahun dan se-
bagainya tanpa mengganggu waktu pembelajaran dan pengajaran harian dijalankan.
Oleh yang demikian, guru-guru akan mentaksir murid ketika dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Bagi pentaksiran murid KSSR, ia berlaku di dalam
kelas secara langsung yang mana guru akan memanggil seorang demi seorang murid
ke hadapan kelas untuk ditaksir secara individu. Manakala murid-murid yang lain dibe-
kalkan tugasan seperti latih tubi bagi membantu melancarkan proses pentaksiran serta
pembelajaran dan pengajaran dijalankan dalam satu masa. Hakikatnya, kaedah ini
akan menjadikan mutu pembelajaran murid kurang berkesan kerana guru terpaksa
menggunakan sebahagian dari waktu PDP untuk menilai murid dan kurang tumpuan
terhadap pembelajaran murid.
Dari sudut yang lain pula, terdapat sabahagian guru yang mengajar kedua-dua
kurikulum tersebut di sekolah ini. Ini kerana faktor sekolah yang kecil hanya
memuatkan bilangan murid dan guru yang sedikit untuk matapelajaran tersebut. Guru
yang terlibat dengan kedua-dua kurikulum akan rasa terbeban dengan tugasan
kurikulum KSSR dan KBSR yang memerlukan penyediaan instrument yang banyak
kepada murid manakala bagi kurikulum KBSR, guru tersebut perlu menyediakan
soalan ujian mengikut waktu yang ditetapkan.
RUJUKAN
http://panitiapjksktdh2.blogspot.com/2011/01/perbezaan-antara-kbsr-dan-kssr.html
http://mantanguru.blogspot.com/2010/12/perbezaan-kbsr-dengan-kssr.html
KERJA KURSUS MATA PELAJARAN: KEMAHIRAN
BAHASA ARABKOD: BAB 2103
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
Nama : Syahirah Binti Mohd Sahar
Angka Giliran : 13535
No Kad Pengenalan : 890203-14-6294
Program : Bahasa Arab (KPLI-SR-j-QAF)
Ambilan : 2013
Kumpulan/Unit : 103
Nama Pensyarah Kursus: En. Kunaraja
Tarikh Hantar : 6 Mei 2013