20
BAHA ZAIN PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN

Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SAJAK PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN

Citation preview

BAHA ZAINPERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN

i

Aku terbangun pada waktu tengah malammembuka jendela melihat seluas alampernahkah engkau terbangun seperti iniDiganggu mimpi buruk atau gelisah rindu.

Lihatlah gelap pekat di mana-mananampakkah engkau di sana ada pelita?Pada setiap jalur cahaya ada bayang-bayangtidak pekat hitam, tetapi remang-remang.

Rangkap 1:Penyajak tersedar dari tidur pada waktu tengah malam lalu membuka jendela untuk meninjau suasana alam. Penyajak menimbulkan persoalan adakah pernah mengalami peristiwa sepertinya, tiba-tiba tersedar dari tidur dikejutkan dengan mimpi buruk ataupun mungkin diselubungi perasaan resah kerana teringatkan sesuatu.

Rangkap 2:Ketika menyaksikan suasana malam yang gelap-gelita, persoalan dilontarkan kepada pembaca adakah terlihat kerdipan cahaya dari pelita yang memperlihatkan terhasilnya baying-bayang walaupun tidak terlalu hitam tetapi masih kelihatan samar-samar.

iiSepi malam melindungi engkau dari bisikan orangkecuali di kiri kanan ada syaitan-syaitanputuskanlah ke mana matamu memandangpernahkah engkau secara sedar membuat pilihan?masuk rongga-rongga hati nurani, sukma kalbu dan akal budiatau tergoda bisikan halus syaitan-syaitan itu.

Rangkap 3:Suasana larut malam yang sunyi tanpa gangguan perbualan manusia sekeliling. Apa yang ada pada waktu itu hanyalah godaan syaitan. Sekali lagi penyajak menimbulkan persoalan tentang membuat pilihan terhadap sesuatu perkara yang turut mengambilkira dari segala aspek kehidupan termasuklah perasaan hati mahupun pemikiran. Ataupun mungkin godaan syaitan turut mempengaruhi pilihan yang hendak dibuat.

Kita sering melihat cahaya benderang jauh ke depanmeskipun berdiri dalam gelap pekat atas tanah perkuburandi situ kita injak keamanan dengan mencerca keganasankita laungkan suara-suara keramat seolah-olah kita malaikatagama jadi alasan, jadi boneka permainan

Rangkap 4:Penyajak mempersoalkan tentang manusia yang hanya mengejar kesenangan dalam hidup walaupun hakikatnya kita pasti akan berdepan dengan kematian. Kita sering melaungkan suara keamanan dan sering menolak pertelingkhan yang terjadi agar masyarakat melihatianya suatu perjuangan yang mulia dengan menjadikan agama sebagai sandaran.

kita benci perang, kita cinta kedamaian jadi slogan perjuangankita yaringkan suara supaya orang tidak mendengar:mendengar bisikan hati nuraninya sendiri,syaitan lebih nyaring bersuara tentang erti keamanan‘Engkau harus kuasai mereka dengan harga setinggi mana punatas nama kemenangan, apa ertinya kedamaiansebuah kota yang telah menjadi perebutan’.

Rangkap 5:Kebencian terhadap peperangan dan memperjuangkan keamanan menjadi slogan yang sering dilaungkan. Namun tidak semua yang bersetuju dengannya. Harga kedamaian tidak ternilai jumlahnya ini kerana apa maknnya kejayaan dalam perjuangan untuk mendapat keamanan jika sekiranya terpaksa memusnahkan sesebuah penempatan manusia.

iiiPerang akan memusnahkan kubu, bangunan, muzium, galeri dan universitiperang telah mengoyakkan halaman-halaman sejarahperang akan mencipta sejarah baru di halaman-halaman yang barusejarah baru itu hanya derap kaki askar-askar yang dahulu.

Rangkap 6:Peperangan hanya akan menghancurkan segalanya termasuklah perkampungan, bangunan, muzium, galeri mahupun universiti. peperangan juga turut memusnahkan tinggalan sejarah dan bakal mencatatkan lembaran baru (sejarah) kesan dari peperangan yang dilancarkan oleh askar yang datang menyerang

Seorang pemimpin menumpaskan bekas-bekas keagungan pemimpin lamajadi tirani apabila mencium bau wangpernahkah engkau jadi haloba apabila mencium bau keuntungan?Perang akan memusnahkan bahasa dan kesenian yang merumahkan kemanusiaan.

Rangkap 7:Seringkali peperangan tercetus apabila seseorang pemimpin yang baru cuba menggulingkan sesebuah kerajaan yang lama. Pemimpin yang zalim yang hanya menggunakan kekuasaan untuk mengaut kekayaan. Persoalan dilontarkan kepada mereka yang hanya memikirkan tentang laba( keuntungan) biarpun peperangan akan memusnahkan ketamadunan bangsa. sama ada bahasa mahupun kebudayaan yang sememangnya berupaya memupuk nilai-nilai yang baik dalam kehidupan.

Orang lupa bahawa Islam itu agama kehidupanuntuk semua bangsa yang membenci persengketaan.Pernahkah engkau terfikir bahawa engkau telah dipermainkan?

Rangkap 8:Masyarakat hari ini kian lupa tentang ajaran agama Islam yang merupakan panduan hidup untuk semua bangsa yang menolak pertelingkahan. persoalan terus dilontarkan oleh penyajak adakah kita semua telah dipedaya oleh pihak-pihak yang berkepentingan?

Bertemakan tentang Keamanan dan kedamaianPenyajak mengajak pembaca menolak peperangan yang boleh mengakibatkan

kemusnahan harta benda serta menghapuskan nilai-nilai kemanusiaan dan akhirnyaakan meninggalkan kesan sejarah yang sukar untuk dilupakan

Persoalan tentang gangguan tidurTidur penyajak terganggu oleh mimpi-mimpi ngeri dan teringat seseorang hingga

menyebabkan tidurnya tersedar.

Persoalan tentang harapan dalam kehidupanBiarpun terpaksa berdepan dengan kesusahan dalam kehidupan tetapi masih

ada harapan yang diberikan tuhan.

Persoalan tentang membuat pilihan dalam hidupPilihan dalam kehidupan perlu dibuat dengan mengambilkira segala aspek dan

jangan mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan.

Persoalan tentang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi

Sering agama dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu kerana agama menolak keganasan dan menyuruh penganutnya berbuat baik

Persoalan tentang keamananKonflik yang berlaku akan mencetuskan situasi yang tidak menyenangkan lalu

suara kedamaian akan dilaungkan bagi menyedarkan tentang keamanan.

Persoalan tentang peperangan memusnahkan harta bendaPeperangan telah mengakibatkan kemusnahan harta benda yang turut

memusnahkan monumen sejarah sesebuah negara.

Persoalan tentang ketamakan pemimpin.Pemimpin yang tamak dan zalim yang hanya mementingkan kepentongan peribadi pasti akan mencetuskan kemarahan rakyat lantas mengakibatkan

perang berlaku.

Persoalan tentang Islam agama keamananIslam agama untuk semua bangsa dan menolak peperangan serta. permusuhan

.

Diganggu mimpi buruk atau gelisah rindu.

dan akal budi

kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah

Berdasarkan contoh bait-bait sajak di atas, nyatakan aspek estetika bahasanya?

Perang telah mengoyakkan halaman-halaman

KEMANUSIAAN KEAGAMAANKEMASYARAKATAN

WAKTU TENGAH MALAM

PENYAJAK TERSEDAR DARI TIDUR KERANA TERGANGGU OLEH MIMPI MENGERIKAN

SUASANA TENGAH MALAM

GELAP PEKAT NAMUN MASIH ADA CAHAYA YANG SAMAR-SAMAR

SUASANA SEPI TIDAK KEDENGARAN SUARA-SUARA ORANG BERCAKAP PADA WAKTU TENGAH MALAM.

SUASANA PERANGPERANG AKAN MENGAKIBATKAN KEMUSNAHAN

HARTA BENDA.

Masyarakat yang mementingkan keamanan dan kedamaianH/C: Keamanan dan kedamaian akan lebih bermakna jika sekiranya masyarakatMenolak keganasan.Contohnya:

di situ kita injak keamanan dengan mencerca keganasan

kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah kita malaikat

Masyarakat yang memperalatkan agama untuk kepentingan peribadiH/C: seringkali agama menjadi alat propaganda bagi memenuhi tujuan-tujuanperibadiContohnya:

kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah kita malaikat agama jadi alasan, jadi boneka permainan

Masyarakat yang menolak peperanganH/C: Keamanan sering diuar-uarkan bagi menolak peperangan yang bolehMemusnahkan ketamadunan manusia.Contohnya:

kita benci perang, kita cinta kedamaian jadi slogan perjuangan

kita yaringkan suara supaya orang tidak mendengar:

ASPEK PEMIKIRAN MASYARAKAT

KEHIDUPAN MANUSIA

MEMPERALATKAN AGAMA

MEMPERALATKAN AGAMA

KEAMANAN/KEDAMAIAN PERANGMATERIALISTIKMATERIALISTIK

HASUTAN SYAITAN

HARAPANAGAMA ISLAM

AGAMA ISLAM

FAKTA Pemikiran tentang kehidupan manusia

HURAIAN Kehidupan manusia sering berdepan dengan pelagai cubaan antaranya sering diganggu dengan mimpi-mimpi yang menakutkan sehingga menganggu kehidupan.

CONTOH pernahkah engkau terbangun seperti iniDiganggu mimpi buruk atau gelisah rindu