Peringkat Awal Perang Salib

Embed Size (px)

Citation preview

PERINGKAT AWAL PERANG SALIB Perang Salib I Perang Salib I bermula apabila Alexius I, pemerintah Byzantine meminta pertolongan untuk mempertahankan empayarnya daripada kerajaan Seljuk. Keadaan ini menjadi alasan bagi Pope Urban II pada sekitar tahun 1095 M untuk menyeru semua masyarakat Kristian untuk berperang dengan Turki, dan peperangan ini dikatakan sebagai penebusan dosa bagi orang Kristian. Peperangan ini tamat tiga tahun kemudiannya. Peperangan ini diketui oleh orang Perancis, Itali, dan Jerman . Keberangkatan tentera Salib ini menuju ke Timur Tengah adalah kerana sudah tidak sabar menunggu lebih lama untuk kebebasan, kemewahan dan habuan yang dijanjikan. Oleh itu, Paderi Patriach Ermite telah memimpin 280,000 tentera lelaki dan perempuan. Sepanjang perjalanan tentera Salib ini telah melakukan pelbagai kegiatan yang tidak senonoh seperti merompak, memperkosa dan mabuk-mabuk. Sesampai di Hungary dan Bulgaria, sambutannya sangat dingin dan pada masa yang sama tentera Salib yang sudah kekurangan makanan telah marah dan bertindak merampas harta benda penduduk tempatan, keadaan ini menyebabkan pertempuran berlaku dan seramai 7000 sahaja tentera salib yang selamat sampai di Semenanjung Thracia (Albania) di bawah pimpinan seorang Rahib Ortodok. Tentera Salib menghadapi pelbagai halangan dalam usahanya untuk memasuki Asia Kecil antaranya tentera salib terpaksa berlawan dengan orang Islam apabila mendarat di Pantai Asia Kecil dengan kekalahan yang teruk tentera Salib. Walau bagaimanapun, Perang Salib yang sebenarnya hanya berlaku dengan terbentuknya tiga angkatan besar perang yang berjumlah 150,000 orang askar yang berkumpul di Constantinople yang dipimpin oleh para bangsawan Eropah iaitu Godfrey dan saudaranya Baldwin, Bohemund dan Count Raymond. Kemudiannya menyeberang Selat Bhospuros dan melanggar wilayah islam seperti air bah. Dengan angkatan tentera yang beratus ribu itu menyebabkan dengan mudah mereka menumpaskan tentera Islam yang hanya mempunyai kekuatan 50,000 tentera yang bertahan mati-matian di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan. Oleh itu, satu persatu kota dan benteng tentera Islam jatuh ke tangan tentera Salib. Tentera Salib seterusnya mara ke arah Selatan Turki. Pertempuran di Darylaeum meluas ke Tenggara Nicaea sehingga akhir 1097 M. Ketika ini tentera Salib meraih kemenangan ekoran Kerajaan Seljuk yang berada dalam keadaan yang lemah. Antara kejayaan tentera salib ialah mereka berjaya memasuki Selatan Anatolia dan Torres, Edessa pula berjaya ditawan di bawah pimpinan Baldwin. Setelah bersusah payah selama sembilan bulan, Bohemund akhirnya dapat menakluk Antioch iaitu ibu kota lama Byzantium pada 3 Jun 1098. Antioch merupakan ibu kota yang mempunyai benteng yang sangat kuat kerana kedudukannya sangat strategik dengan gununggunungnya yang mengelilingi sebelah utara dan timur dan sungai yang membatasinya. Kejatuhan Antiaoch juga adalah disebabkan oleh pengkhianatan bangsa Armenia yang memihak kepada tentera salib dan juga kelengkapan perang tentera salib. Setelah penaklukan Antioch, Bohemund dapat menguasai daerah-daerah sekitarnya manakala Raymond pula menguasai sebelah barat daya.Antioch dan tidak mahu menyerahkannya kepada Bohemund kerana dia sendiri mempunyai cita-cita menguasai seluruh Antioch. Krisis ini akhirnya selesai apabila Raymond ditugaskan untuk menyerang Jerusalem dan dalam tempoh satu bulan, Jerusalem dapat direbut pada 15 Julai 1099. Kekalahan tentera Islam ketika Pemerintahan Fatimiyyah yang menguasai Jerusalem sudah dapat dijangka kerana kota-kota penting telah jatuh satu persatu. Selain itu juga, jumlah tentera Salib ini diwarnai dengan pembantaian yang tidak

mengenal erti peri kemanusiaan. Berlaku keganasan yang luar biasa yang belum pernah terjadi dalam sejarah umat manusia. Tentera Salib telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempun dan kanak-kanak dengan sangat ganas dan juga membantai orang-orang Yahudi dan juga orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan tentera Salib. Keganasan tentera Salib ini sangat melampau diperkatakan oleh semua agama dan bangsa. Secara amnya, faktor agama merupakan pendorong yang penting dan ini berbeza dengan Perang Salib yang seterusnya. Perang Salib II Perang ini adalah rentetan Perang Salib I, apabila tentera-tentera Salib menakluki kawasan-kawasan disebelah timur dan juga ladang-ladang besar untuk diri sendiri dan menjadi raja-raja kecil feudal. Kawasan-kawasan ini bergelar Kerajaan Latin dan ia kekal lebih kurang 100 tahun. Kawasan ini dikelilingi di ketiga-tiga bahagian oleh orang Turki. Tidak berapa lama selepas itu, Turki menyerang kawasan-kawasan Kristian tersebut dan pada 1144 M, mereka berjaya menakluki kerajaan kecil yang bernama Edessa. Edessa dianggap oleh penganut Kristian sebagai salah sebuah kota suci dan berita kejatuhan Edessa begitu mengejutkan Eropah kerana Edessa merupakan kawasan penting yakni untuk mengawal jalan darat dari Mesopotamia ke utara Syria. Keadaan ini telah memaksa perang salib diteruskan. Perang Salib II (1147-1149 M) ini telah diseru oleh St. Bernard, beliaulah yang membakar semangat orang-orang Eropah untuk mengangkat pedang membantu tentera-tentera Salib di Timur. Bernard dibantu oleh Conrad III dan Louis VII. Ramai tentera Salib yang terkorban dalam pertempuran ini. Tentera Jerman bergerak dahulu menyeberangi Sungai Danube (selatan Jerman) menuju Contatinople dan di sana mereka disambut Maharaja Manual (Byzantium) yang hanya memiliki semangat tetapi tidak pandai berperang dan sesampainya ke Asia Kecil, dengan mudah tentera Jerman ini dibunuh oleh tentera Islam. Begitu juga dengan nasib tentera Perancis yang tiba di Constantinople, kebanyakannya mati selain mati kerana wabak penyakit. Pemerintahan dan kekuatan tentera Nurudin Zangi berjaya memerangi saki baki tentera dalam pertempuran yang hebat, menyebabkan mereka pulang ke Eropah dengan kekalahan. Oleh itu, Perang Salib II selesai. Namun begitu Jerusalem masih lagi dikuasai oleh penguasa-penguasa Kristian yang telah dilantik oleh pimpinan gereja. Punca kegagalan tentera Salib dalam Perang Salib II ialah tiada kerjasama antara tentera salib dan saling tidak mempercayai kerana khuaitir kekuasaan akan dirampas, ditambah lagi wabak penyakit terutamanya yang menimpa tentera Salib dan juga serangan yang dilakukan secara serentak seperti Perang Salib I. Kegagalan ini juga disebabkan oleh kepintaran ketua askar Islam iaitu Saladin. Saladin berjaya mengalahkan askar-askar Kristian dekat Laut Galilee, mara ke selatan dan menakluk Jerusalem. Pada masa yang sama satu demi satu kerajaan kecil Kristian jatuh ke tangannya. Orang Kristian hanya berkuasa di sebuah Bandar kecil bernama Tyre. Berita kemenangan Saladin ini memeranjatkan Eropah dan Paderi Agung menyeru mengadakan satu lagi Perang Salib. Perang Salib III Perang Salib III berlaku apabila kejatuhan Baitul Maqdis telah mengemparkan dunia Kristian, dan ia adalah reaksi orang Kristian terhadap malapetaka ini, lalu dibentuk satu angkatan tentera yang besar dibawah pimpinan tiga orang raja Eropah iaitu Frederick Barbarossa dari England, Philip Augustus dari Perancis dan Richard the Lionheart dari England. Di antara ketiga-tiga raja ini, Raja Frederick yang paling cergas dan bersemangat. Malangnya beliau telah tenggelam ketika menyeberangi Sungai

Cilicia di Armenia. Sehubungan itu, tentera-tenteranya berpecah belah dan pulang ke negeri masingmasing. Oleh itu, hanya tinggal tentera-tentera pimpinan Richard dan Philip yang bersama-sama Guy dari Jerusalem telah menawan Acre pada 12 Julai 1191. Walau bagaimanapun, akhirnya Philip pulang ke negerinya disebabkan masalah kesihatan atau mungkin kerana konflik peribadinya dengan Richard . Walaupun, hanya Richard yang tinggal, namun semangat singanya terus menyala untuk menentang Saladin yang telah menawan Jerusalem, namun kekuatan Saladin tidak sedikit pun tergugat. Jadi Richard telah menghadapi pemberontakan daripada kaum Saxon (ketuanya Robin Hood), jadi keadaan ini memerlukan Richard untuk segera kembali mententeramkan kestabilan negaranya. Sehubungan itu, perjanjian damai al-Ramlah telah diadakan pada November 1192. Perjanjian ini mengakui Saladin adalah penguasa Palestin seluruhnya kecuali Bandar Acre diletakkan di bawah pemerinhatan Kristian. Perjanjian ini juga menyetujui para haji Kristian menziarahi kotakota sucinya tanpa membawa sebarang senjata serta dalam kumpulan-kumpulan kecil. Maka berakhirlah Perang Salib III. Perjanjian Ramallah ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlanjutan selama lima tahun, sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai 1187 M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas perjanjian Ramallah inilah, keseluruhannya menjadi milik mereka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Saladin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orangorang Kristian dan keadaan ini telah menyebabkan seluruh Kristian kembali mengangkat senjata, namun tanah suci masih di dalam tangan Saladin. Melalui perang ini Saladin telah berjaya menyatukan mereka yang berlainan bangsa dan kaum di atas jalan tuhan bermula 1187 hingga 1192 dan perang ini merupakan perang Ssalib terakhir yang telah melibatkan bilangan pejuang yang besar, iaitu seramai 300,000 orang .