5
PERIBAHASA TINGKATAN SATU HINGGA TIGA BIL PERIBAHASA MAKNA 1 Air beriak tanda tak dalam Banyak bercakap tanda tiada berilmu. 2 Alang-alang berminyak biar licin Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. 3 Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya. 4 Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur. 5 Bagai air mencari jenisnya Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah. 6 Bagai ayam disambar helang Mati tanpa sakit. 7 Bagai cendawan tumbuh selepas hujan Terlalu banyak pada sesuatu masa. 8 Bagai cincin dengan permata Pasangan pengantin yang sepadan. Contoh ayat: Suami isteri itu sama cantik sama padan seperti cincin dengan permata. 9 Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu Hidup dalam kemelaratan. Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang. 10 Bagai layang-layang putus tali Tiada berpedoman. @ sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja. 11 Bagai menatang minyak yang penuh Memelihara anak dengan penuh kasih sayang. 12 Bagai minyak dengan air Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat.

Peribahasa Ting 1-3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Peribahasa Ting 1-3

PERIBAHASA TINGKATAN SATU HINGGA TIGABIL PERIBAHASA MAKNA

1 Air beriak tanda tak dalam Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

2 Alang-alang  berminyak biar licin Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.

3 Alang-alang menyeluk pekasam,

biar sampai ke pangkal lengan

Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah

diperoleh hasil daripadanya.

4 Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di

air mati kehausan

Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar

(beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau

hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

5 Bagai air mencari jenisnya Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-

henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.

6 Bagai ayam disambar helang Mati tanpa sakit.

7 Bagai cendawan tumbuh selepas

hujan

Terlalu banyak pada sesuatu masa.

8 Bagai cincin dengan permata Pasangan pengantin yang sepadan.

Contoh ayat: Suami isteri itu sama cantik sama

padan seperti cincin dengan permata.

9 Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup

segan mati tidak mahu

Hidup dalam kemelaratan.

Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.

10 Bagai layang-layang putus tali Tiada berpedoman. @ sudah putus

harapan,bergantung pada nasib sahaja.

11 Bagai menatang minyak yang penuh Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.

12 Bagai minyak dengan air Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak

akan menjadi jahat.

13 Bagai murai dicabut ekor Orang yang suka  bercakap.

Perempuan yang suka bercakap banyak.

Contoh ayat: Suasana di dalam kelas 3P2 riuh oleh

suara Nadiah yang becok bagai murai di-

cabut ekor.

Page 2: Peribahasa Ting 1-3

PERIBAHASA TINGKATAN SATU HINGGA TIGA14 Bagai pucuk dilancarkan Amat cepat.

15 Bagaimana acuan begitulah

kuihnya; bagaimana contoh

begitulah gubahannya

Perangai anak biasanya mengikut orang yang

mengasuhnya.

16 Baik membawa resmi padi daripada

resmi lalang

Tidak sombong; rendah diri.

17 Belayar sambil memapan, merapat

sambil belayar

Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud

tercapai.

18 Belum duduk sudah berlunjur Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah

bergirang hati atau gembira lebih dulu.

19 Berat mata memandang berat lagi

bahu memikul

Betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami

oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang

yang menanggungnya.

20 Berjagung-jagung dahulu sementara

padi masak

Sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga

perkara-perkara yang berfaedah.

21 Biar jatuh terletak, jangan jatuh

terhempas

Lebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum

diberhentikan dengan tidak terhormat.

22 Biar mati anak jangan mati adat Adat yang tidak boleh dilanggar.

23 Biar putih tulang jangan putih mata Lebih baik mati daripada menanggung malu.

24 Carik-carik bulu ayam , lama-

kelamaan bercantum juga

Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-

beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik

semula.

25 Diam-diam ubi berisi; diam-diam

besi berkarat

Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada

orang diam tetapi tidak berilmu.

26 Diibaratkan sebagai condong

ditumpil, lemah dianduh

Memberi pertolongan kepada orang-orang di dalam

kesusahan.

27 Dimana ada kemahuan, disitu ada

jalan

Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha

untuk mencapainya.

28 Genggam bara api biar sampai jadi

arang

Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah

sabar sehingga mencapai kejayaannya.

Page 3: Peribahasa Ting 1-3

PERIBAHASA TINGKATAN SATU HINGGA TIGA

29 Harimau mati meninggalkan belang;

manusia mati meninggalkan nama

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat

meninggalkan nama jahat.

Setiap manusia akan dikenang kerana jasa dan budi

yang telah dilakukan semasa hidupnya.

30 Hendak belajar berenang dapatkan

itik, hendak belajar memanjat

dapatkan tupai

Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah

kepada orang yang mahir tentang sesuatu perkara

itu.

31 Hendak seribu daya tak hendak

seribu dalih

Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.

32 Ibarat burung, mata terlepas badan

terkurung

Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan.

Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan komunis itu

ibarat burung,mata terlepas badan terkurung.

33 Jika ada kemenyan sebesar lutut

pun, jika tidak dibakar tidak akan

berbau

Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain,

kerana kalau disimpan akan hilang begitu sahaja.

34 Kalau tak berada-ada tak akan

tempua bersarang rendah

Tentu ada sebab yang tersembunyi menyebabkan

sesuatu hal terjadi @ Setiap kejadian meninggalkan

kesan.

35 Kalau tiada rotan akar pun berguna Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak

dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.

36 Kalau tidak dipecahkan ruyung

manakan dapat sagunya

Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha.

37 Kalau tidak kerana angin tidak akan

pokok bergoyang

Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.

38 Perempuan serasan, lelaki pemalu Pegangan hidup yang tidak serupa.

39 Sebagai gembala diberi keris Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna.

40 Sekali membuka pura, dua tiga

hilang berbayar

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud

tercapai.

41 Semacam besar pacak daripada

tiang

Belanja lebih besar daripada pendapatan.

42 Seperti air dalam dulang Negeri yang aman sentosa.

43 Seperti api di dalam sekam Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam atau

Page 4: Peribahasa Ting 1-3

PERIBAHASA TINGKATAN SATU HINGGA TIGAtanpa disedari

44 Seperti aur dengan tebing Dua orang yang berkawan rapat dan saling

membantu

Contoh ayat : Kita tidak boleh hidup menyendiri

sebaliknya hiduplah seperti aur dengan tebing.

45 Seperti aur ditarik songsang Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan

kerana sudah tersalah jalan.

46 Seperti embun dihujung rumput Tidak kekal

47 Seperti harimau menyembunyikan

kukunya

Orang yang menyembunyikan kelebihannya.

48 Seperti hujan jatuh ke pasir Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan

yang sia-sia.

Contoh ayat: Nasihat kaunselor kepada pelajar itu

tidak ubah seperti hujan jatuh ke pasir kerana

kedegilannya.

49 Seperti lintah menghisap darah Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara

lemah lembut.

50 Seperti lipas kudung Selalu bergerak dengan cepat.

51 Ular menyusur akar tidak akan

hilang bisanya

Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh

martabatnya.

Contoh ayat : Sekalipun beliau bergaul dengan orang

kebanyakan,namun hal itu bagai ular menyusur akal

takkan hilang bisanya.

52 Yang dikejar tak dapat yang

dikendong berciciran

Terlalu tamak untuk mencari keuntungan hingga

menyebabkan kehilangan sesuatu yang sudah

dimiliki.