35
Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan 1 Disediakan oleh: Cikgu Wan Norliza Baed(USM), Med Peribahasa BOOM Kelas Cikgu Wan KCW KCW

PERIBAHASA KCW

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bahasa melayu

Citation preview

Page 1: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

1

Disediakan oleh:Cikgu Wan NorlizaBaed(USM), Med

(UKM)

P e r i b a h a s aB O O M

K e l a s C i k g u W a n

KCW

KCW

Page 2: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

PERIBAHASA DAN SITUASI

PERIBAHASA SITUASI

1 Bagai retak menanti belah Keadaan yang semakin kritikal

2 Bagai duri dalam daging Sudah sebati

3 Bagai aur dengan tebing Saling membantu

4 Bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya Didikan hendaklah bermula sejak kecil

5 Biar berputih tulang jangan berputih mata Sayang akan Negara – sanggup mempertahankan Negara

6 Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang

Perlu berusah untuk berjaya

7 Seperti melepaskan batuk di tangga Belajar sambalewa

8 Tuah ayam Nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu

Tuah seseorang

9 Sudah terhantuk baru nak tengadah Telah melakukan kesalahan baru hendak menyesal

10 Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

Menyesuaikan diri

11 Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Tokoh yang telah meninggal dunia tetapi masih dikenang.

12 Alah bisa tegal biasa Sesuatu yang susah jika menjadi amalan akan menjadi mudah.

13 Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas Sentiasa terpelihara

14 Sediakan payung sebelum hujan Berhati-hati sebelum terjadi bencana15 Genggam bara api biar sampai jadi arang Berusaha bersungguh-sungguh / buat sesuatu

kerja sehingga selesai16 Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat

sagunyaBerusaha bersungguh-sungguh

17Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Membuat sesuatu kerja dengan bersungguh-

sungguh tanpa sebarang dalih

18Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke

pangkal lenganMembuat sesuatu kerja sehingga berjaya

19 Bagai menarik rambut di dalam tepung, tepung tidak berserak, rambut tidak putus

Berhati-hati dalam menyelesaikan sesuatu masalah

20 Ditelan mati emak, diluah mati bapa Sukar untuk membuat sesuatu keputusan

21Bulat air kerana pembentung, bulat manusia

kerana muafakat Rakyat yang hidup bersatu padu

2

Page 3: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

22 Sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan Sudah insaf

23 Sudah basah kehujanan Malang yang datang bertimpa-timpa

24 Sudah jatuh ditimpa tangga

25 Ke tengah boleh ke tepi pun boleh Senang menyesuaikan diri

26 Jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya

Orang yang hebat/pandai bergaul dengan orang yang lemah atau tidak pandai – tidak

akan hilang kehebatnya

27 Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga

Jangan mencuba sesuatu yang tidak mungkin tercapai

28 orang berbudi kita berbahasa, orang memberi     kita merasa.

Berbudi bahasa

29 Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

Mementingkan diri sendiri

30 Laksana pohon kayu tiada berbuah Orang yang bijaksana tetapi tidak menggunakan kepandaiannya untuk

kebaikan

31 Umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang

Orang yang tidak berguna dalam masyarakat tetapi tidak boleh diusir.

32 Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis Berjimat cermat

33 Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain Berjimat cermat

34 Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit Berjimat cermat – menabung

35 kalau baik jadikan teladan, kalau tak baik     jadikan sempadan.

Perlu mencontohi orang yang telah berjaya.

36 sekali air besar, sekali tepian beranjakPerangai orang yang berubah-ubah

37 Sekali air bah, sekali pantai berubah

38 kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. Mendapat sesuatu yang diidam-idamkan

39 Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni Bekerjasama waktu susah dan senang

3

Page 4: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

40 Seperti katak di bawah tempurung Pemikiran yang tidak berkembang

41 Bagai pahat dengan penukul Orang malas

42 Telur di hujung tanduk Berada dalam keadaan kecemasan

43 Cacing kepanasan Berada dalam keadaan kecemasan

44 gajah di depan mata tak nampak, kuman di     seberang laut pula yang nampak.

Melihat kesalahan orang lain, tidak lihat kesalahan diri sendiri

45 mendengar guruh di langit, air tempayan     dicurahkan

Mengharapkan sesuatu yang belum pasti

46 Kalah jadi abu, menang jadi arang Kerugian

47 Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

Kerugian

48 Berani kerana benar, takut kerana salah Keberanian49

Sirih pulang ke gagangIkan pulang ke lubuk

Setinggi-tinggi terbang bangau akhirnya ke tanah jua

Kembali ke tempat asal

50 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

Kembali ke tempat asal walaupun di luar negara dapat ganjaran/pendapatan yang banyak

51 Bagai bulan dipagar bintang Cantik

52 Sebatang kara Hidup seorang diri

53

Embun di hujung rumput Kasih yang sudah tiada

54 Rambut sama hitam, hati lain-lain Perangai manusia yang berbeza-besa

55 Bagaimana acuan begitulah kuihnyaKe mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

Ikut perangai ibu bapa

56 Ibarat bunga dedap sungguh merah berbau tidak Perempuan cantik tetapi perangai tidak baik

57 Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

Lihat orang menghadapi masalah hanya orang itu yang memahami keadaan sebenar

kesusahan

58 bagai Aur dengan tebing Bekerjasama

4

Page 5: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

59 Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata Masakan pokok bergoyang kalau tidak ada angin Bertiup

Ada orang yang memperkatakan tentang perkara tersebut

60Harapkan pagar, pagar makan padi Mengharapkan seseorang tetapi orang yang

diharapkan itu menindas kita

61Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang

Perangai manusia berubah

62 Bagai isi dengan kukuBagai cincin dengan permata

Pasangan yang serasi / sedondon

63 Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran Melepaskan apa yang ada kerana hendakkan sesuatu yang belum pasti

64 Hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah Sanggup susah dan senang bersama-sama

65 Bunyi bertih direndang Bunyi yang sangat bisingSuka bercakap

66 Menang jadi arang, kalah jadi abu Peperangan tidak membawa kemenangan kepada mana-mana pihak tetapi banyak

nyawa yang terkorban

67 Barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain

Tidak mendapat orang yang disukai

68 Biduk lalu kiambang bertautAir dicincang tidak akan putus

Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga

Hubungan persaudaraan yang renggang akhirnya kembali berbaik

69 Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Sama taraf

70 Bumi mana yang tidak ditimpa hujan Semua orang akan menghadapi masalah

71 Bagai lebah menghimpunkan madu Rajin

72 Seperti lembu dicucuk hidung Ikut cakap

73 Biar titik jangan tumpah Berhati hati

74 Padi setangkai bernas semuanya Anak-anak yang menjadi / semua Berjaya

75 Seperti langit dengan bumi Perbezaan yang ketara

76 Seperti cacing hendak menjadi naga Pekerja yang bertindak seperti majikan

5

Page 6: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

LIHAT GAMBAR DI BAWAH DENGAN TELITI. BERDASARKAN GAMBAR TERSEBUT, TULIS SATU PERIBAHASA YANG SESUAI DENGAN GAMBAR TERSEBUT.

1.

2

3

6

Daun Keladi

Sangkar telur

Pokok buluh – tebing sungai

Page 7: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

4

5

6

7

Page 8: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

7

8

8

Page 9: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

9.

10.

11.

9

Page 10: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

12

13

13.

14

10

langit

hujanbatu

Page 11: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

15

16.

17

11

Rusa

Jauhari

Page 12: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

18.

19.

20

12

Pahat

Kelambu

Madu

Page 13: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

21.

22.

23.

13

Bunga Dedap - Merah

Sirih

Parang

Page 14: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

24

25

14

Pokok Rumbia

Ruyung

JauhariKain

Page 15: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

26

27

28.

TAMAT

15

Pendayung

Helang

Pipit

Limau

Page 16: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

LATIHAN PENGUKUHAN PERIBAHASA

PERIBAHASA -  MAKSUD YANG HAMPIR SAMA

PERIBAHASA MAKSUD

air dicencang tak akan putus perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama

haruan pulang ke lubuk perantau yang pulang semula ke tempat asal

gunting dalam lipatan musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari

menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri

mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri

kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya

habis madu, sepah dibuang apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi

banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain

bagai aur dengan tebing persahabatan yang sangat akrab

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

susah senang dihadapi bersama

bagaimana acuan, begitulah kuihnya

seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkah laku ibu atau bapanya

mencurah air ke daun keladi pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada pendengar

alang-alang mandi biar basah

berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan

bagai cincin dengan permata padanan yang sesuai

Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan

abu di atas tunggul keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama

menahan lukah di pergentingan

mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang

16

Page 17: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

Berikan satu peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud di bawah

i. Pasangan yang sepadan

ii. Sesuatu itu menurut asalnya

iii. Hubungan yang erat

iv. Berkerjasama

v. Seseorang yang sentiasa tenang

vi. Seseorang yang menyembunyikan kepakarannya

vii. Berhati-hati membuat keputusan

viii. Mematuhi peraturan

ix. Rajin

x. Seseorang yang akan berjaya walau di mana mereka berada

xi. Bersedia

xii. Orang bijak mengajar orang lemah tidak akan jadi orang bodoh

xiii. Orang yang tidak pandai, tetapi banyak latihan akan menjadi pandai

xiv. Orang yang sering bersungut selepas berlaku sesuatu perkara atau siap sesuatu perkara

xv. Sesuatu yang tak mungkin akan tercapai

xvi. Orang yang sering bertukar pekerjaan - tidak tetap dengan satu pekerjaan sahaja

xvii. Perpaduan

xviii. Senang bergaul dengan orang lain

xix. Dua pihak bergaduh, orang lain yang jadi mangsa17

Page 18: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah ini.

1. Raju dan Kumar merupakan sahabat karib sejak kecil dan mereka sering bekerjasama dalam apa jua situasi.

2. Jauhary menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikannya itu dengan bersungguh-sungguh dan dia sanggup tidak tidur semalaman.

3. Zairul tidak menghadapi sebarang masalah ketika menetap di luar negara kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan adat resam dan budaya hidup masyarakat setempat .

4. Penduduk Kampung Jaya Setia sering berganding bahu dan menyelesaikan masalah mereka bersama-sama untuk mengekalkan keharmonian hidup yang mereka kecapi selama ini.

5. Kita tidak akan mencapai apa yang dihajati jika tidak berusaha bersungguh-sungguh.

6. Pinjaman perniagaan Anis sudah diluluskan oleh pihak bank dan dia hanya menunggu masa sahaja untuk menjalankan perniagaannya sendiri.

7. Anidah sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana dia mudah faham apa yang diajar oleh guru.

8. Pelancong itu merungut apabila mendapati hotel penginapannya tidak menyediakan segala kemudahan yang dijanjikan sebagaimana semasa dia membuat tempahan dahulu.

9. Pak Abu tidak pernah lupa untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatan bulanannya sebagai bekalan semasa dalam kesusahan.

10. Anak-anak sepatutnya dididik sejak mereka kecil lagi untuk memastikan mereka mempunyai akhlak yang cemerlang.

18

Page 19: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

Baca peribahasa di bawah dengan teliti dan kemudian bina ayat daripada setiap

daripadanya.

(i) Hanya jauhari mengenal manikam

(ii) duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

(iii) biar mati anak, jangan mati adat

(iv) Bagai sirih pulang ke gagang

(v) Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

(vi) Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan

(vii) Patah kandar

(viii) Mata petai

19

Page 20: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

1. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan petikan tersebut.

Saban hari Amin melalui denai berlopak sebagai laluan berulang-alik ke sekolah.  Sebarang kerumitan dan ketidakselesaan melalui jalan tersebut merupakan perkara biasa baginya.  Perkara yang pasti ialah dia perlu sampai ke sekolah tepat pada waktunya iaitu sebelum loceng berbunyi. Hal ini demikian kerana dia tidak mahu ketinggalan dalam setiap aktiviti sekolah.  Amin menganggap semua yang dilaluinya itu sebagai cabaran dalam mengejar cita-citanya.  Ibu bapa Amin sering menasihati adik-adiknya supaya mencontohi sikap Amin, tetapi mereka tidak mempedulikan nasihat tersebu

2. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan petikan tersebut.

 Peraturan sekolah yang menetapkan para pelajar supaya datang awal ke sekolah tepat pada masanya bertujuan untuk melatih pelajar dalam aspek pengurusan masa.  Amalan ini kemudiannya akan menjadi kebiasaan dalam kehidupannya, iaitu membahagikan masa untuk menelaah pelajaran dan menjalankan aktiviti lain.  Segala kerja sekolah yang diberikan akan diselesaikan dengan sempurna dan mereka sentiasa memotivasikan diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik

3. Nyatakan satu peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

Masyarakat Kampung Permatang terkenal dengan semangat bekerjasama dan suka tolong-menolong dalam sesuatu pekerjaan terutama dalam majlis kenduri.  Mereka suka hidup dalam keadaan___________________________________________  Masyarakat di bandar pula lebih suka hidup mementingkan diri sendiri.  Jika berlaku sesuatu masalah, mereka terasa berat untuk membantu.  Keadaan ini berpunca daripada latar belakang hidup yang berbeza kerana sikap mereka yang berkeadaan ___________________________________________________________. Namun keistimewaan tinggal di bandar, penduduknya terasa aman kerana tiada orang yang menyibuk akan hal orang lain.  Sedangkan jika di kampung, apabila berlaku sahaja sesuatu perkara, akan gemparlah seluruh kampung seperti______________________________________________________________

20

Page 21: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

4. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian tukarkan peribahasa yang diberi dalam ayat degnan peribahasa atau kata-kata hikmat yang hampir sama ertinya dengan peribahasa tersebut.

Sifat lemah lembut Mei Ling sama seperti ibunya.  Hal ini bertepatan dengan pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. ______________________________

Kembalinya Datuk Misbun Sidek ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia amat dialu-alukan demi pembangunan sukan badminton negara.  Hal ini samalah seperti pepatah sirih pulang ke gagang. _______________________________________

Semasa berlakunya krisis air di Melaka, para peniagamenangguk di air yang keruh dengan menaikkan harga tong air dan baldi. _________________________________________.

5. Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai

Datuk Ali mengharapkan para pekerjanya dapat bekerja secara proaktif tanpa perlu disuruh.  Dengan kata lain, Datuk Ali tidak mahu para pekerjanya bersikap seperti ___________________________

Sebagai seorang pelajar yang sedang menuntut di luar negara, Amin sentiasa mematuhi peraturan dan adat resam di tempat orang kerana _______________________________________________

Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan skim cepat kaya.  Hal ini kerana kebanyakan mangsa membuat laporan polis setelah terperangkap dengan skim ini.  Keadaan ini tidak berguna lagi kerana sikap sedemikian ibarat ____________________________________________

6. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut

Zahira merupakan seorang pelajar yang pendiam dan tidak banyak bercakap.  Dia kerap menghabiskan masa lapangnya di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajarannya.  Zahira juga merupakan pelajar yang amat disegani oleh rakan-rakannya kerana dia bukan sahaja bijak dalam bidang akademik malah dia juga aktif dalam bidang penulisan.  

______________________________________________________________________-

Selepas beberapa tahun merantau di negara asing, Kumaresan mengambil keputusan untuk kembali ke tanah airnya.  Baginya walaupun keadaan di luar negara begitu aman dan makmur, namun dia lebih selesa berada di negaranya sendiri

________________________________________________________________________

Semua penduduk yang tinggal di kawasan perumahan tersebut sudah lama mengamalkan prinsip bantu membantu antara satu sama lain.  Mereka juga sangat menghormati jiran tetangga bagi memastikan keadaan keharmonian dan kedamaian suasana kehidupan bermasyarakat.  

21

Page 22: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

___________________________________________________________________________

Bina satu ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap peribahasa yang berikut

1) Mencari jalan Maksudnya : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.Amin sentiasa mencari jalan untuk menambahkan pendapatan bulanannya supaya cukup untuk menyara seluruh ahli keluarganya.

2) Anak dagangMaksudnya : Orang yang berhijrah ke tempat orang lain.Anak dagang hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku mereka kerana kelakuan mereka sentiasa menjadi perhatian masyarakat setempat.

3) Memerah otak Maksudnya : Berfikir dengan bersungguh-sungguhProfessor itu saban hari bertungkus lumus memerah otak untuk memastikan penyelidikannya berjaya mendapat pengiktirafan daripada pihak universiti.

4) Batu penghalangMaksudnya : Rintangan atau halanganKemiskinan hidup tidak pernah menjadi batu penghalang bagi Amirah untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

5) Lintah daratMaksudnya : Peniaga yang mengambil untung yang terlalu tinggiPak Ali digelar lintah darat di kalangan penduduk kampung itu kerana sikapnya yang suka mengambil untung yang berlebihan dalam aktiviti perniagaannya.

6) Kacang lupakan kulitMaksudnya : Lupa akan asal usulKita janganlah menjadi seperti kacang lupakan kulit umpamanya melawan ibu bapa atau guru kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita.

7) Bak cendawan tumbuh selepas hujanMaksudnya : Terlalu banyak pada sesuatu masaSyarikat jualan langsung yang dipelopori oleh golongan bumiputera bak cendawan tumbuh selepas hujan kerana saban hari semakin ramai yang mendaftarkan perniagaan mereka.

8) Bagai kaca terhempas ke batuMaksudnya : Hati yang sangat sedihPerasaan Aina bagai kaca terhempas ke batu setelah mengetahui kecurangan suaminya.

9) Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuaMaksudnya : Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.Arsyad dimarahi oleh ibunya kerana keluarga mereka telah mendapat malu akibat perbuatan buruknya itu bak kata pepatah ‘ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua’.

22

Page 23: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.

1) Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

2) Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

3) Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

4) Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

5) Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

6) Patah kandar

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

7) Tulang belakang

_________________________________________________________________

23

Page 24: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

_________________________________________________________________

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Semangat kejiranan masih diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Hubungan ini dikukukuhkan dengan aktiviti bekerjasama dan bergotong royong sesama jiran tetangga. Mereka akan menghadapi situasi susah dan senang bersama-sama. Amalan ini sudah sebati dalam diri mereka kerana telah diwarisi sejak turun temurun.

Jawapan :

1) _____________________________________________________________________

2) _____________________________________________________________________

3) _____________________________________________________________________

Ismail menjalankan perniagaan runcit di kampungnya. Kebanyakan barangannya dijual dengan harga yang tinggi kerana dia ingin mengaut keuntungan yang lebih. Ismail juga terkenal dengan sikapnya yang suka berbangga dengan kejayaannya dalam perniagaan. Walau bagaimanapun, isterinya tidak bersikap sedemikian sebaliknya dia sering merendah diri dan tidak keberatan membantu mereka yang dalam kesusahan.

Jawapan :

1) _____________________________________________________________________

2) _____________________________________________________________________

3) _____________________________________________________________________

Saiful bekerja di sebuah syarikat pengangkutan. Dia merupakan seorang pekerja yang rajin dan akan menyiapkan tugasannya sehingga selesai walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Saiful berperanan penting di tempat kerjanya kerana dia sangat berkemahiran dan mampu mengendalikan syarikat dengan baik. Dia sentiasa meningkatkan kecekapannya supaya kebolehannya setanding dengan pegawai-pegawai yang lain.Jawapan :

1) _____________________________________________________________________

2) _____________________________________________________________________

3) _____________________________________________________________________

24

Page 25: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

Syarifah merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Semasa mengulangkaji pelajaran, dia akan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh gurunya dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat jawapan yang tepat. Syarifah sedar bahawa untuk meraih kejayaan, dia perlu berusaha sehabis baik. Walaupun letih, dia percaya bahawa keperitan yang dialaminya sekarang akan menjanjikan kesenangan pada masa hadapan.

Jawapan :

1) _____________________________________________________________________

2) _____________________________________________________________________

3) _____________________________________________________________________

Aziz masih memegang status kerakyatan Malaysia walaupun sudah dua puluh tahun menetap di England. Dia tidak menghadapi sebarang kesulitan tinggal di sana kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakat setempat. Aziz mendapati kehidupan di England tidaklah sehebat yang disangkakan sebagaimana yang sering didengarnya sebelum ini. Namun dia terpaksa meneruskan kehidupannya di sana kerana kontrak kerjanya masih belum tamat.

Jawapan :

1) _____________________________________________________________________

2) _____________________________________________________________________

3) _____________________________________________________________________

Penduduk Taman Perdana mengadakan gotong royong untuk membersihkan kawasan persekitaran. Mereka bersama-sama melakukan kerja sama ada mudah atau susah. Penduduk taman yang berbilang kaum itu dapat menikmati hidup aman dan damai. Sekiranya ada penduduk di taman itu yang menghadapi kesusahan, yang lain turut bersimpati dan cuba membantu.

Jawapan :

1) _____________________________________________________________________

2) _____________________________________________________________________

25

Page 26: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

3) _____________________________________________________________________

Kerajaan telah memilih Kampung Siantan sebagai kampung angkat. Kampung itu terpilih kerana majoriti penduduknya rajin bekerja dan mereka juga mudah memberikan pertolongan jika diperlukan. Dalam salah satu projek yang dijalankan, penduduk kampung telah bersepakat untuk mendirikan semula rumah Pak Kemat yang hampir roboh. Pemuda-pemuda kampung yang sebelum ini suka menghabiskan masa di tepi-tepi jalan pula telah diberi peluang untuk menghadiri kelas komputer anjuran persatuan belia kampung itu.

Jawapan :

1) _____________________________________________________________________

2) _____________________________________________________________________

3) _____________________________________________________________________

Gejala sosial dalam kalangan masyarakat begitu membimbangkan. Walaupun pihak kerajaan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mengadakan pelbagai aktiviti, masalah kecurian, penagihan dadah dan gangsterisme terus berlaku. Remaja terbabit telah ditangkap dan dihantar ke pusat serenti dan pusat pemulihan akhlak. Golongan ini memang menyusahkan masyarakat yang cinta akan kedamaian. Walaupun begitu, kerajaan tidak berputus asa, malahan terus berusaha untuk memastikan masalah ini dapat diatasi. L

Jawapan :

1) _____________________________________________________________________

2) _____________________________________________________________________

3) _____________________________________________________________________

Masyarakat kampung terkenal dengan semangat bekerjasama. Hal ini dapat dilihat apabila ada majlis kenduri-kendara. Masyarakat di bandar pula lebih mementingkan diri sendiri dan keadaan ini berpunca daripada latar belakang hidup yang berbeza. Jika berlaku sesuatu masalah, mereka terasa berat untuk membantu. Namun, keistimewaan tinggal di bandar, penduduknya akan terasa aman kerana tiada orang yang menyibuk akan hal orang lain. Sedangkan jika di kampung, apabila berlaku sahaja sesuatu perkara, akan gemparlah seluruh kampung.

Jawapan :

1) _____________________________________________________________________

2) _____________________________________________________________________

26

Page 27: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

3) _____________________________________________________________________

Pak Salleh yang telah lama berniaga makanan di kampung telah mengambil keputusan untuk mencuba nasib dengan membuka restoran di Kuala Lumpur. Perniagaannya sangat baik kerana sejak akhir-akhir ini dia telah mendapat banyak keuntungan hingga kehidupannya menjadi senang. Setelah beberapa tahun, sikap tamak mula bersarang di hatinya menyebabkan dia menutup restorannya dan melibatkan diri sebagai kontraktor bangunan. Namun malangnya, syarikat barunya itu telah gagal mendapat sebarang projek dan diistiharkan muflis menyebabkan dia menjadi miskin.

Jawapan :

1) _____________________________________________________________________

2) _____________________________________________________________________

3) _____________________________________________________________________

Budaya dan minat membaca hendaklah dipupuk sejak kecil lagi. Kita bersyukur kerana sudah ada pihak yang berani tampil dengan beberapa pendekatan sistematik bagi menimbulkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak yang berusia tiga hingga empat tahun agar mereka mahir membaca. Ahli keluarga terutamanya ibu bapa juga harus menampilkan teladan dalam memupuk minat membaca. Sekiranya budaya ini sudah dijadikan amalan, sudah pasti anak-anak akan mengikut jejak langkah mereka. Masyarakat perlu sedar bahawa tanpa ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada pembacaan, mereka akan terus menjadi masyarakat yang buta ilmu dan ketinggalan zaman.

Jawapan :

1) _____________________________________________________________________

2) _____________________________________________________________________

3) _____________________________________________________________________

Samad bekerja sebagai seorang nelayan kecil-kecilan. Dia tidak hanya bergantung kepada pendapatan sebagai nelayan sahaja sebaliknya turut mengambil upah menjahit jala yang terkoyak sebagai cara untuk menambahkan pendapatannya. Samad juga sering beringat dan tidak boros berbelanja dan akan menyimpan wang untuk keperluan semasa susah. Walau bagaimanapun, dia amat sedih apabila sampannya dihanyutkan ombak petang semalam kerana dia terlupa untuk menambatnya.Jawapan :

1) _____________________________________________________________________

27

Page 28: PERIBAHASA KCW

Modul Peribahasa________ Disediakan oleh Cikgu Wan

2) _____________________________________________________________________

3) _____________________________________________________________________Daud masih tidak menuntut harta pusaka peninggalan ayahnya daripada abang-abangnya walaupun pembahagian sama rata telah dibuat. Perangainya itu menimbulkan kemarahan keluarganya kerana semasa ayahnya masih hidup, Daud dengan jelas mengatakan bahawa dia tidak kisah akan harta tersebut. Sikapnya itu telah menjadikan hubungan mereka sekeluarga terjejas walaupun sebelum ini mereka sekeluarga cukup akrab.Jawapan :1) _____________________________________________________________________

2) _____________________________________________________________________

3) _____________________________________________________________________

.

Para pengunjung yang datang ke kedai lelongan itu amat sedikit walaupun iklan tentang lelongan itu telah disebarkan secara meluas menerusi media massa. Sebahagian daripada pelanggan yang datang ke kedai itu berasa kesal kerana barangan yang ada di situ tidak banyak pilihan untuk dibeli seperti yang disangka oleh mereka. Jelaslah perkara itu hanyalah omong kosong dan tidak menepati maklumat dalam iklan yang disiarkan. Nampaknya hajat pengunjung untuk mendapat apa yang mereka hajati pada hari itu tidak akan tercapai.Jawapan :1) _____________________________________________________________________

2) _____________________________________________________________________

3) _____________________________________________________________________

Setiap indinvidu yang ingin berjaya tidak boleh hanya mengharapkan bantuan dan simpati orang lain. Mereka perlulah berusaha dengan gigih kerana tiada kejayaan untuk orang yang malas. Apabila sudah berjaya, jangan pula kita melupakan jasa semua pihak yang telah menolong kita seperti ibu bapa, guru dan pihak kerajaan. Kita juga perlu bijak membuat keputusan dan jangan pula terlalu mengikut arahan orang lain tanpa usul periksa atau memikirkan kesan negatifnya kepada diri kita sendiri.Jawapan :1) _____________________________________________________________________

2) _____________________________________________________________________

3) _____________________________________________________________________

28