Upload
hoangcong
View
233
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA JULAI 2018
TEKS UCAPAN
YANG BERBAHAGIA
DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA
2 JULAI 2018 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI
DISEDIAKAN OLEH
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
2
(Salutasi)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Puan Hajah Rosnah
binti Awang
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Jabatan Kimia Malaysia
Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed
Zaini bin Abdul Rahman
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Kimia Malaysia
3
Pengarah-Pengarah Kanan
Pengarah-Pengarah Bahagian
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan berkat limpah
kurniaNya, dapat kita bersama-sama
dalam Majlis Perhimpunan Bulanan
4
Jabatan Kimia Malaysia, Ibu Pejabat
bagi bulan Julai 2018 pada pagi di
bulan Syawal yang berbahagia ini.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
Pengarah dan warga kerja Bahagian
Pembangunan & Teknologi
Maklumat (PTM) serta Pusat Latihan
Kimia Malaysia (PLKM) kerana telah
mengatur dan menganjurkan Majlis
Perhimpunan Bulanan kita pada pagi
ini dengan begitu baik sekali.
5
3. Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan
kepada semua warga KIMIA. Hari
Raya Aidilfitri disambut sebagai
kemenangan bagi mereka
mengerjakan ibadat puasa Ramadan
dengan sempurna. Kemenangan ini
bukan saja menang kerana berjaya
mengawal nafsu makan dan minum
selama sebulan pada siang hari di
bulan Ramadan, tetapi kemenangan
menghalang diri daripada melakukan
apa jua perkara yang dilarang.
6
4. Saya rasa sebahagian daripada kita
masih dalam mood Hari Raya. Setelah
bercuti panjang bersama keluarga
tercinta, semoga kita bersemangat
untuk kembali menjalankan tugas
demi KIMIA Malaysia. Apa pun saya
harapkan sinar Aidilfitri membawa
seribu sinar dan keceriaan kepada kita
semua.
7
Hadirin sekalian,
[PERSARAAN BULAN JULAI 2018]
5. Untuk makluman, seramai 8 orang
warga KIMIA termasuk diri saya
sendiri akan bersara pada bulan Julai
ini.
YBhg. Datuk Haji Ismail bin Talib
– 3 Julai
Puan Rozainah Binti Othman,
Pembantu Makmal C28(M),
Forensik – 3 Julai
8
Puan Rapidah Binti Sharif,
Pembantu Makmal C26, Kualiti
– 5 Julai
Puan Siti Mariah Binti Shafee,
Pembantu Tadbir (Kewangan)
W26, HQ – 7 Julai
Encik Hell @ Hill A/K Kija,
Pengawal Keselamatan KP11,
JKM Negeri Sarawak– 9 Julai
Encik Sundarajoo A/L K.
Nallappan, Pembantu Operasi
N14, JKM Negeri Perak – 28
Julai
9
Dr. Seah Lay Hong, Pengarah
JKM Negeri Sarawak – 31 Julai
6. Setinggi penghargaan dan ucapan
ribuan terima kasih diucapkan. Jasa
anda semua pada Jabatan Kimia
Malaysia tidak akan dilupakan.
10
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[UCAPAN PERSARAAN]
7. Hari ini merupakan hari yang penuh
sentimental buat saya. Ini merupakan
kali terakhir saya berdiri di sini untuk
berucap di Perhimpunan Bulanan
KIMIA Malaysia sebagai seorang
Ketua Pengarah.
8. Sedar tak sedar….sudah 37 tahun
saya telah memberikan khidmat bakti
sebagai seorang penjawat
awam…dan sudah 3 tahun 7 bulan
11
saya bertanggungjawab sebagai
Ketua Pengarah KIMIA Malaysia.
Ironinya…tarikh lahir saya juga jatuh
pada 3 Julai. Detik ini merupakan saat
yang tidak mungkin saya lupakan
sepanjang hidup saya.
9. Sepanjang 37 tahun berkhidmat,
pelbagai suka duka dan kenangan
pahit manis saya tempuhi. Selama 37
tahun ini juga, tiada saat yang saya
kesali di Kimia Malaysia. Yang buruk...
Yang baik...semuanya mempunyai
12
hikmah yang cukup bermakna dalam
hidup saya.
10. Saya merasa bangga atas pencapaian
KIMIA Malaysia selama ini. Jabatan
kita telah melalui pelbagai
penstrukturan semula bagi
memastikan prestasi jabatan kekal di
tahap yang cemerlang dan mampu
bersaing di pentas yang lebih
mencabar.
13
Jawatan Ketua Pengarah Kimia
dinaikkan dari Gred Utama B ke Gred
Utama A
Jawatan TKP Dasar dinaikkan dari
Gred Utama C ke Gred Utama B
Jawatan Pengarah JKMN Pulau
Pinang dan Sabah dinaikkan dari Gred
C54 ke Gred Utama C
Jawatan Pengarah Pusat Forensik,
Sekitaran, Kualiti, Industri dan
Pengarah JKMN Johor dinaik taraf
dari Gred Khas C ke Gred Utama C
14
11. Sepanjang saya menjadi Ketua
Pengarah, seramai 863 warga KIMIA
yang telah berjaya dinaikkan pangkat.
Saya secara peribadi merasa gembira
bertanggungjawab dalam proses
kenaikan pangkat ini. Ianya
merupakan suatu penghargaan
daripada jabatan untuk anda semua
dan supaya dapat meningkatkan
produktiviti dan keberhasilan Jabatan.
Teruskan kecemerlangan semua.
12. Penjenamaan semula nama Pusat /
Bahagian serta penjenamaan nama
15
jawatan pegawai kanan juga telah
dijalankan sepanjang tempoh saya
menjadi Ketua Pengarah. Walau
nampak remeh bagi sesetengah
pihak, namun penjenamaan semula ini
amat penting bagi imej jabatan serta
pegawai kita.
13. Sebenarnya banyak lagi pencapaian
Jabatan Kimia Malaysia sepanjang
saya menjadi Ketua Pengarah tetapi
terlalu panjang dan mengambil masa
yang lama untuk disenaraikan. Cuma
cukup saya nyatakan, saya amat
16
berpuas hati dengan segala yang saya
dan KIMIA capai selama ini.
14. Saya juga merasa berbangga apabila
berdiri di sini, saya dapat melihat
semua warga KIMIA bersatu semasa
perhimpunan bulanan ini. Warga lelaki
memakai tali leher merah KIMIA dan
warga wanita dengan tudung /
selendang merah.
17
Warga KIMIA yang dikasihi sekalian,
[PENUTUP]
15. Sebelum saya mengundur diri sebagai
Ketua Pengarah, saya ingin
menyatakan kepada semua bahawa,
perasaan cinta saya pada Kimia
Malaysia dan semua warganya tidak
akan pernah padam. Kimia Malaysia
akan sentiasa tersemat di sudut
istimewa di hati saya...
16. Saya juga amat berharap agar semua
Warga KIMIA Malaysia untuk terus
18
mengekalkan momentum
kecemerlangan Kimia Malaysia.
Teruskan usaha bagi mengangkat
tinggi nama Jabatan Kimia Malaysia
yang kita sayangi ini.
17. Di kesempatan ini juga, bertepatan
dengan bulan Syawal dan hari terakhir
saya di KIMIA ini, dengan kerendahan
hati, saya ingin memohon maaf di atas
segala kekhilafan dan keterlanjuran
kata serta perbuatan sekiranya ada.
Kita sebagai manusia biasa tidak
mampu lari dari melakukan kesilapan.
19
Segala yang baik datang dari
Allah...yang buruk datang dari diri
saya sendiri.
18. Di Aidilfitri inilah kesempatan terbaik
sekali untuk saling melupakan semua
perselisihan dan persengketaan
seterusnya mengukuhkan kerjasama
di antara individu dan semua warga
KIMIA. Ambillah peluang ini untuk kita
saling bermaaf-maafan dan
mengukuhkan lagi persahabatan dan
kerjasama yang sedia terjalin.
20
19. Saya juga ingin mengucapkan setinggi
penghargaan dan ucapan ribuan
terima kasih kepada semua atas
sokongan anda semua kepada saya
selama ini. Budi baik dan jasa anda
semua tidak akan saya lupakan.
20. Sebelum saya mengakhiri ucapan,
saya ingin mengucapkan ‘Selamat
Hari Lahir’ kepada warga Kimia yang
menyambut ulang tahun kelahiran
pada bulan Julai ini. Semoga panjang
umur, murah rezeki & diberkati
sentiasa.
21
Saya akhiri ucapan saya dengan dua rangkap pantun: Andai kata padam pelita, Gelap gelita di malam hari; Andai ada terlanjur kata, Maaf dipinta setulus hati. Pohon mempelam lebat berbuah, Gugur sebiji di tepi tangga, Kita bertemu akhirnya berpisah, Diizin Allah berjumpa juga… Wabillahittaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh