Upload
cikgu-nafi
View
331
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
1/36
1
PENGENALAN
Pada awalnya Perancis tidak berminat untuk mendapatkan Indo-China. Namun begitu sifat
berlumba-lumba orang Eropah untuk mendapatkan tanah jajahan untuk menjadi masyhur di
mata negara Eropah lain seperti British dan Sepanyol yang berjaya meluaskan empayarnya di
pelusuk dunia mendorong Perancis melakukan hal yang sama. Pada pertengahan abad ke-19,
Perancis telah meluaskan kuasa imperialisme mereka di kawasan Indo-China iaitu Kemboja,
Vietnam dan Laos. Dasar penjajahan Perancis ke atas negara-negara Indo-China adalah satu
dasar yang paling imperialis sekali di mana mereka didorongkan oleh perasaan keagungan
kebudayaan mereka. Keangkuhan pegawai pentadbiran Perancis dan kelemahan penduduk-
penduduk di Indo-China adalah faktor penting yang memudahkan perkembangan penguasaan
Perancis di sini.
Penaklukan Perancis di Vietnam yang bermula pada 1958 di Kochinchina disebabkan
oleh sikap angkuh pemerintah Vietnam terhadap orang-orang Perancis yang telah
menyebarkan agama Katolik di situ.1 Maharaja-maharaja Vietnam berusaha mengekalkan
sistem tempatan dan nilai kebangsaan mereka dan menentang pengaruh Katolik Perancis. Hal
ini adalah kerana untuk mengelak dasar-dasar Confucius yang diamalkan dimusnahkan oleh
prinsip-prinsip Katolik. Tindakan maharaja Vietnam Gia Long melemparkan kata-kata nista
dan ancaman kepda paderi-paderi Perancis seolah-olah berlaku penindasan dan dianggap
salah satu cara untuk mengusir orang Barat dari Vietnam. Tindakan ini telah menyebabkan
mubaligh Perancis mencadangkan kerajaan Perancis mengambil alih seluruh negara tersebut.
Cadangan ini disokong sepenuhnya oleh Perancis dan saudagar-saudagar Barat lain. 2
Penaklukan telah dilakukan ke atas Vietnam dengan melancarkan serangan di Tourene yang
merupakan pelabuhan penting di Vietnam sebagai alasan supaya Vietnam mengakhiri
penyeksaan ke atas mubaligh Perancis. Penaklukan ke atas Vietnam telah melalui beberapa
tahap dan mengambil masa selama 30 tahun.3
Di Kemboja/Kampuchea, Perancis tidak menghadapi begitu banyak masalah dalam
meluaskan penguasaannya ke atas negeri itu apabila Raja Norodom telah menerima
perlindungan yang ditawarkan Perancis. Perlindungan yang diberikan adalah untuk
1Sikap sombong pemerintah Vietnam adalah berasaskan kepada corak kebudayaan dan politik Chinan di mana
Vietnam menganggap dirinya sebagai Negara yamg paling bertamadun selepas negeri China. Gilbert Khoo dan
Dorothy Lo. 1978. Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia. Kuala Lumpur:
Heinemann Educational Books (Asia) Ltd. Hlm. 316-317.2Ibid.
3Devillers. P. 1988. Sejarah Indo-China Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 207.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
2/36
2
menghalang kuasa Siam ke atas Kemboja. Penerimaan Raja Norodom terhadap perlindungan
yang diberikan oleh Perancis bukanlah kerana beliau seorang anti-Siam akan tetapi mahu
negaranya bebas dari ancaman Siam dan Vietnam.4 Raja Norodom juga tidak pernah berniat
untuk meletakkan negaranya di bawah naungan Perancis namun begitu, kedudukannya
sebagai pemerintah hanyalah boneka sahaja memandangkan Perancis telah menjalankan
pentadbiran Kemboja terletak di bawah penguasaan mereka bermula pada tahun 1863.5 Raja
Norodom menerima segala pembaharuan yang dijalankan Perancis adalah kerana ingin
memodenkan Kemboja seperti mana yang dijalankan oleh Siam semasa pemerintah Mongkut
dan Chulalongkorn yang dianggap berjaya. Pemodenan yang dilakukan Perancis di Kemboja
memang berlaku namun, segala pentadbiran adalah di bawah kuasa Perancis.
Sebelum penguasaan Perancis, Siam telah menaungi Laos, namun Siam terpaksa
melepaskan kuasanya ke atas Laos memandangkan negeri-negeri yang berhampiran seperti
Burma dan Kemboja telah dikuasai oleh Barat. Oleh itu, bagi menjaga kedaulatan Siam, Raja
Siam telah menggunakan sifat tolak ansur dengan Barat. Hal ini bagi mengelak tercetusnya
kemarahan Barat yang boleh menggugat kedaulatan Siam yang dikelilingi oleh negara-negara
yang dikuasai oleh Barat. Perancis telah berjaya menguasai Laos pada tahun 1895.
1.0 PENDAHULUAN
Perancis mula menempatkan pentadbirannya di Asia Tenggara pada lewat abad ke-19 dan
berjaya menjajah tiga kerajaan Indo-China. Indo-China merupakan gabungan tiga negeri iaitu
Vietnam, Kampuchea dan Laos meletakkan negeri-negeri ini di bawah pentadbiran kolonial
Perancis. Kekayaan sumber pertanian di kawasan ini menarik perhatian Perancis untuk
menaungi Indo-China bagi memenuhi keperluan sumber bahan makanan dan sumber bahan
mentah lain untuk dieksport mahupun untuk kegunaan di Eropah itu sendiri. Kesuburan tanah
di Indo-China disebabkan oleh faktor-faktor geografi di mana negeri-negeri ini berhampiran
dengan sumber air utama iaitu Sungai Mekong dan Sungai Merah.6
4Raja Norodom bukanlah seorang anti-Siam kerana beliau gemar bertutur dalam bahasa Siam dan sangat
terhutang budi dengan Bangkok kerana sering kali memberi pertolongan apabila diperlukan. Ibid. Hlm. 23-27.5Ibid.
6Gilbert Khoo. 1978. Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia. Hlm. 451-462.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
3/36
3
Pentadbiran Perancis di Indo-China mempunyai persamaan dan juga perbezaan
disebabkan oleh faktor bentuk muka bumi, politik pemerintahan zaman sebelumnya dan corak
pentadbiran Perancis dan keadaan sosial di Indo-China. Di dalam penulisan ini kita akan
membandingkan pentadbiran Perancis di Indo-China. Dari segi politik Perancis terpaksa
mengharungi halangan sebelum mendapatkan Vietnam. Berbeza di Kampuchea di mana Raja
Norodom menerima tawaran taraf naungan dengan rela hati apabila Perancis menawarkannya
disebakan oleh perebutan kuasa Siam dan Vietnam untuk mendapatkan Kampuchea. 7
Manakala di Laos kehadiran Perancis juga disambut baik masyarakatnya. Hal ini demikian
kerana masyarakat Laos berpendapat kehadiran Perancis di situ memberi kesejahteraan
memandangkan Laos dikatakan terpisah jauh dengan negara luar dan tidak mempunyai
kerajaan memerintah yang jelas disebabkan oleh kurangnya kajian sarjana Barat zaman
kolonial mengkaji perihal ini.8
Dalam sektor ekonomi pula, pada tahun 1887, Persekutuan Indochina telah ditubuhkan
bagi menyelaras segala kegiatan Gabenor Residen tempatan. Gabenor Jeneral Paul Doumier
(1887-1902)9 telah memperkenalkan sistem cukai-cukai baru ke atas garam, alkohol dan
candu seta meningkatkan cukai kastam. Langkah kenaikan cukai ini adalah bertujuan
membiayai pentadbiran dan rancangan Perancis di wilayah-wilayah jajahannya terutama
Indochina. Di Vietnam pelbagai cukai dikenakan dan penindasan berlaku di antara golonganpertengahan dengan golongan bawahan disebabkan oleh keuntungan yang dikecapi oleh
golongan pertengahan semasa menguruskan pentadbiran tanah untuk pertanian di mana
berlaku penindasan dalam kalangan petani sehingga mewujudkan kadar penghutang yang
tinggi dalam kalangan petani di Vietnam. Berbeza di Kampuchea, Perancis menyifatkan
negara ini tidak akan memberi keuntungan yang tinggi. Oleh itu, Perancis tidak begitu fokus
dalam membangunkan ekonomi Kampuchea di mana petaninya masih lagi menggunakan
alatan tradisional dalam pengeluaran pertanian. Manakala, Laos menerima kehadiran
Perancis dengan seadanya kerana pelbagai perubahan dilakukan Perancis di Laos.
Seiring dengan kemajuan penghasilan sumber ekonomi di sini yang semakin
meningkat maka terdapat juga perubahan dalam sosial di Indo-China terutama dalam sistem
perhubungan di mana pihak Perancis telah membinan jalan raya bagi memudahkan
pengeluaran sumber ekonomi untuk tujuan eksport di mana seperti di Laos dan Kampuchea
7Ibid. Hlm 444.
8
Ibid.9Gabenor Jeneral Paul Doumier ini merupakan ketua bagi kawasan jajahan Perancis di Indochina. Ibid. Hlm.
79-80.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
4/36
4
umpamanya negeri ini mempunyai darjah ketersampaian yang rendah. Selain itu, perubahan
juga berlau dalam struktur sosial masyarakat Indo-China yang mula mengadaptasikan budaya
orang Perancis disebabkan oleh prinsip Perancis untuk mengasimilasikan masyarakat Indo-
China yang mendakwa Perancis perlu mentamadunkan melalui pendedahan sistem pendidikan
dan pentadbiran Perancis yang dilaksanakan secara berbeza di Indo-China.10
2.0 PENAKLUKAN PERANCIS DI INDOCHINA
Disediakan Oleh
Mohamad Hanafi Bin Husin (D20111048280)
Di Vietnam, penaklukan dan kejatuhan empayar lama Vietnam mengambil masa selama tiga
puluh tahun dan melalui beberapa tahap. Penaklukan ini bermula di selatan, iaitu di Cochin
China. Dalam tahun 1858, Perancis dan Sepanyol melancarkan serangan ke atas Da Nang,
iaitu pelabuhan penting bagi ibu negeri Vietnam. Dari Da Nang, tentera Perancis mara ke
selatan dan menawan Saigon pada 18 Februari 1859, iaitu pusat wilayah Namky (Vietnam
Selatan). Melalui perjanjian 5 Jun 1862, kerajaan Hue terpaksa menyerahkan semua wilayah
timur Nam Ky yang dijadikan jajahan Perancis dua tahun selepas itu. Dalam tahun 1867,tentera Perancis berjaya pula mengambil wilayah barat Nam Ky. Wilayah-wilayah ini
kemudiannya digabungkan dengan bahagian Timur Nam Ky yang telah dijadikan jajahan
Perancis. Mulai tahun 1872, Perancis memulakan gerakan penaklukan di bahagian utara
Vietnam. Pada 15 Mac 1874 Vietnam terpaksa menerima Perjanjian Philastre yang
memberikan kepada Perancis beberapa kemudahan dari segi ekonomi, hak penentuan dasar
luar Vietnam dan pengiktirafan oleh Vietnam terhadap pengambilan Cochin China oleh
Perancis. Perancis masih tidak berpuas hati dengan perjanjian ini, pada tahun 1882, mereka
menyerang Tonkin namun Perancis tidak mendapat sokongan daripada rakyat Vietnam, tetapi
pada 25 April 1882 Perancis berjaya menawan Hanoi. Perancis meneruskan kegiatannya
sehinggalah satu perjanjian baru yang lebih lengkap iaitu Perjanjian Patenotre ditandatangani
oleh Pengganti Raja Tu Duc iaitu Raja Hiep Hoa pada 6 Jun 1884. Perjanjian ini menjadikan
Vietnam sebagai negeri naungan Perancis.11
10
Ibid. Hlm. 468.11Ruhanas Harun. 1988. Sejarah Indo-china Moden: Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad ke-20.Kuala
Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Hlm. 208.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
5/36
5
Berbeza penaklukan berlaku di Kemboja di mana pihak Perancis dialu-alukan oleh
pemerintah tempatan. Bermula dengan Raja Ang-Duong (1845-1860) yang bimbang Kemboja
akan dipecah-perintahkan di antara dua kuasa iaitu Siam dan Vietnam dengan Sungai Mekong
sebagai sempadan bersama selepas kematiannya. Atas nasihat Mgr. Miche, paderi Katolik di
Kemboja, Ang Duong merancang untuk meminta supaya Perancis campur tangan. Dalam
bulan November 1853, beliau menghantar perutusan kepada Napoleon III melalui konsul
Perancis di Singapura. Dalam tahun 1855 , Napoleon III telah mengarahkan seorang diplomat,
M. de Montigny untuk pergi ke Siam dan China dan mengadakan satu perjanjian pakatan
bersama namun gagal. Kedatangan Perancis ke Cochin China telah menimbulkan keadaan
baru. Tidak lama menaiki takhta Norodom (Voddey) iaitu pengganti Ang Duong telah
menerima perutusan Laksamana Charnier dari Perancis (yang baru menawan Saigon) yang
berhasrat untuk mengadakan hubungan baik dengan Kemboja. 12 Melalui perjanjian yang
ditandatangani oleh Vietnam pada 5 Jun 1862 telah terpaksa menyerahkan wilayah Saigon,
Bien Hoa, Mytho, Vinh Long serta Ulan Condore kepada Perancis. Perjanjian ini juga telah
memberikan hak naungan ke atas Kemboja kepada Perancis yang selama ini diberikan kepada
Raja Annam. Namun perkembangan pengaruh Perancis ini tidak disenangi oleh Raja
Mongkut di Siam yang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Norodom iaitu Raja Kemboja
ini. Doudart de Lagree telah mengarahkan Laksamana de La Grandiere, gabenor Cochin
China untuk menemui Norodom dalam bulan julai 1863. Melalui Mgr. Miche beliau
menerangkan kepada Norodom mampu mengelak daripada ancaman Siam dengan menerima
perlindungan daripada Perancis, dan pada 11 Ogos 1863 termeterai perjanjian antara Perancis
dan Norodom. 13 Selepas itu pada 15 Julai 1867 Siam juga membuat perjanjian dengan
Perancis dalam persetujuan Siam menggugurkan tuntutannya ke atas Kemboja dan
mengiktiraf naungan Perancis di Kemboja.14
Perbezaan yang ketara turut berlaku di Laos semasa penaklukan Perancis, Laos pada
asalnya merupakan sebuah kuasa yang kecil dan bernaung di dibawah kerajaan Siam. Oleh itu
untuk mendapatkan Laos Perancis perlu mendapatkan persetujuan daripada Siam untuk
mendapatkan kerajaan kecil ini. Untuk mendapatkan persetujuan ini bukanlah sesuatu yang
mudah, pada julai 1893 Perancis terpaksa menunjukkan kekuatan tentera lautnya untuk
memaksa Siam supaya melepaskan cengkamannya ke atas Laos. Perjanjian pada 7 Oktober
1902 dan 13 Februari 1904 yang dipersetujui oleh Perancis dan Siam telah menyebabkan
12
Ibid. Hlm. 20.13Ibid. Hlm. 21.
14Ibid. Hlm. 23.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
6/36
6
Siam mendapat semula kebebasan bertindak di kawasan tebing kanan Sungai Mekong, tetapi
terpaksa menyerahkan wilayah Bassac dan Paklay kepada Perancis dan menggugurkan semua
kuasanya ke atas dua wilayah ini. Dengan ini Laos diselamatkan daripada pencerobohan Siam
selama empat puluh tahun. Penentuan sempadan dengan China juga dikenal melalui
konvensyen Perancis-China mengenai sempadan yang ditandatangani di Peking pada 20 Jun
1895 yang memberikan Muong Sing dan seluruh wilayah Lai Chau kepada Perancis. Satu
perjanjian-Inggeris 15 Januari 1895 telah menentukan sempadan Laos-Burma di Sungai
Mekong. Raja Oun Kham mangkat pada 15 Disember 1895 ketika berumur 84 tahun.
Puteranya Zakarine yang telah menjalankan pemerintahan sejak 1894 mengambil sepupunya
BounKhong anak kepada Souvanna Phouma sebagai Oupahat.Pada 19 April 1895, Zakarine
menerima pengesahan kuasa dari Perancis melalui wakil-wakil Pavie dan menandatangani
satu perjanjian dengan Perancis pada 3 Disember 1895. Dengan ini bermulalah zaman
naungan Perancis.15
3.0 PENTADBIRAN SISTEM POLITIK
Perancis juga telah melaksanakan perubahan dari segi politik dengan membahagikan wilayah
yang di takluk di Indochina iaitu Vietnam, Kemboja dan Laos16. Pentadbiran di wilayah
naungan seperti Annam, Tongking, Kemboja dan Laos tidak merosakkan pemerintahan
kerajaan tempatan. Namun selepas tahun 1897, dasar Perancis berubah, pegawai yang paling
tinggi pangkatnya di dalam tiap-tiap negeri naungan itu ialah Residen Kanan yang
bertanggungjawab kepada Gabenor-Jeneral di Saigon. Namun begitu, raja dan istana serta
mandarin-mandarinnya dikekalkan jawatan mereka. Pembahagian pentadbiran di wilayah-
wilayah Perancis begitu berbeza dengan memperkenalkan sistem pentadbiran yang berbeza di
setiap tanah jajahan yang mereka takluki di Indochina.17
Selain itu, perubahan yang berlaku dalam pentadbiran juga tidak menyeluruh dan lebih
kepada pembahagian di wilayah Vietnam. Misalnya wilayah Binh-thuan yang telah disatukan
dengan Kochin-China, dikembalikan kepada Annam. Annam sendiri tetap menjadi negeri
naungan, tetapi Perancis sendiri diberi hak menempatkan tenteranya pada sebarang tempat di
dalam negeri itu. Semua wilayah-wilayah taklukan Perancis diletakkan di bawah sistem
15Ibid. Hlm. 139.
16
St. Munadjat Danusaputro. 1983. Vietnam Dalam Perkembangan Astra-jaya.Bandung: Binacipta. Hlm. 71.17Edward W. Said. 2008.Budaya dan Imperialisme. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad. Hlm. 260.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
7/36
7
Residen yang melaksanakan segala urusan berkenaan dengan wilayah yang diberikan.
Perkhidmatan Kastam diletakkan di bawah pentadbiran Perancis dan semua kubu-kubu di
Sungai Hue akan dikendalikan oleh Perancis.18
Perubahan yang berlaku di Indochina juga telah dibuat oleh Perancis di bahagian
wilayah utara Indochina. Kemboja dibahagikan dengan memasukkan wilayah Cochin-China
dan Saigon manakala Laos lebih kepada wilayah Annam.19Tetapi wilayah-wilayah Annam
Utara yang telah disatukan dengan Tongking di bawah Perjanjian Harmand, dikembalikan
kepada Annam. Perancis menempatkan Annam dan Tongking yang dilindungi itu ke dalam
tangan Menteri Angkatan Laut dan tanah jajahan di Paris serta menggabungkan Kemboja,
Kochin-China, 20 Annam dan Tongking sebagai Kesatuan Indo-China. Jadi secara
keseluruhannya walaupun pembahagian tidak jelas tapi pembahagian wilayah di Indochina
iaitu Vietnam dibahagikan kepada wilayah Saigon dan Tourane manakala Kemboja
dimasukkan dalam wilayah Kochin-China serta Laos ke dalam wilayah Luang Prabang.21
Sistem Pentadbir an
Di Asia Tenggara sekitar abad ke-19, raja dianggap sebagai penaung kehidupan rakyat.22
Begitulah yang berlaku di dalam kerajaan Vietnam, segala urusan kehidupan golongan
bawahan bergantung pada pemerintah. Demi menjaga sensitiviti dan kesetiaan rakyat kepada
raja, pihak Perancis cuba mengekalkan sistem ini dalam memastikan hubungan pemerintah
feudal dan pihak penjajah berada dalam keadaan baik. Pengekalan hubungan baik tersebut
dilakukan bertujuan mengelakkan penentangan dan ancaman dalam kalangan masyarakat
tempatan. Justeru, kolonial Perancis turut menggunakan pendekatan ini dalam memastikan
masyarakat di Indochina tidak bangkit menentang kolonial. Perancis telah menguasai
Indochina yang meliputi Vietnam, Laos dan Kampuchea. Kemaraan Perancis telah merubah
corak pentadbiran Indochina. Perancis telah memberi kesan terhadap kuasa maharaja di
Indochina. Keadaan ini dapat dilihat dari segi perbandingan antara negara Vietnam dengan
Laos dan Kampuchea.
18Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hlm. 81.19Ibid. Hlm. 83.
20Ibid.Hlm. 84.
21
Ibid.Hlm. 85.22David P.Chandler & David Joel Steinberg. 1987.In Search of Southeast Asia. A Modern: History. Amerika
Syarikat: University of Hawaii Press. Hlm. 79-80.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
8/36
8
Vietnam
Jika dilihat di Vietnam,Perancis mula meresap masuk ke Vietnam dan sedikit demi
sedikit mengurangkan kuasa maharaja yang telah wujud sejak dua abad sebelum itu. 23
Bermula dari tahun 1817 hingga tahun 1831, Perancis telah menggunakan pelbagai cara
diplomatik bagi mendapatkan kemudahan-kemudahan perdagangan dari Vietnam. Sebelum
kehadiran Perancis, kekuasaan maharaja Vietnam meliputi hampir keseluruhan aspek politik,
sosial dan ekonomi. Agama Buddha turut meletakkan maharaja Vietnam sebagai suci. Unsur
agama ini telah memperkuatkan lagi kuasa pemerintahannya. Namun begitu, selepas
penjajahan Perancis ke atas Vietnam, sistem feudal yang diamalkan sebelum itu dihapuskan
secara berperingkat-peringkat.
Kolonialisme Perancis turut memberi kesan terhadap pentadbiran tradisional Vietnam
yang dahulunya dikuasai oleh golongan mandarin. Hal ini dilihat apabila sistem tradisional ini
digantikan dengan sistem residen. Perubahan sistem tersebut menyebabkan pihak Perancis
membahagikan Vietnam kepada tiga bahagian iaitu Cochin China, Annam dan Tonkin.24
Pembahagian tersebut memberi kelebihan kepada Perancis dalam mengawal hal pentadbiran
dan ekonomi setiap bahagian. Setiap bahagian akan diwakili oleh seorang residen. Sekali gus,
ia dapat mengurangkan kos perbelanjaan pengurusan. Berdasarkan kepada pembahagian
tersebut, Annam dan Tonkin diletakkan di bawah sistem residen dengan menjadikan Gabenor
Jeneral yang berpusat di Hanoi sebagai kuasa tertinggi di Vietnam. Walau bagaimanapun,
Perancis masih mengekalkan raja dan golongan mandarin di Tonkin dan Annam berasaskan
sistem dualisme. Melalui sistem ini, raja dan golongan mandarin akan melaksanakan segala
urusan pentadbiran berdasarkan nasihat residen. Impaknya, kuasa raja dan golongan mandarin
dihapuskan secara berperingkat-peringkat. Hal ini terbukti apabila kuasa pentadbiran wakil
raja di Tonkin iaitu Kuai Luoc (Wizurai) dan Majlis Co-mat Vien di Annam telah diambil alih
oleh kuasa residen.25 Hal ini menyebabkan, segala keputusan yang dibuat oleh raja dan
golongan mandarin perlu mendapat keizinan daripada residen. Pengenalan sistem residen ini
berjaya mengurangkan kuasa sistem tradisional. Buktinya, wujud perpecahan dalam kalangan
golongan mandarin kepada dua. Dua golongan ini adalah mereka yang menyokong kepada
Perancis dan anti-Perancis.
23Peter N. Steams. 2006. Gender in World History. London: Routledge Tylor & Francis Group. Hlm 1.
24M.C Ricklefs, Bruce Lockhart, Albert Lau, Portia Reyes, Maitrii Aung-Thwin. 2010.A New History of
Southeast Asia. New York: Palgrave Macmillan. Hlm. 184.25Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hlm. 80
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
9/36
9
Walaupun begitu Perancis mempunyai masalah dari segi pertuturan, hal ini kerana
tidak seorang pun Residen Perancis yang mampu bertutur dalam bahasa Vietnam. Perancis
terpaksa menggunakan penterjemah yang kebanyakannya datang dari sekolah-sekolah
Kristian. Pentadbir Perancis berusaha membentuk sekumpulan pentadbir berkulit putih yang
dipilih daripada kalangan pegawai tentera. Mereka perlulah mampu bertutur dalam bahasa
Vietnam dan mengetahui dengan mendalam adat resam orang Vietnam. Walau bagaimanapun
syarat pertama telah digugurkan pada tahun 1880 menyebabkan Perancis terpaksa bergantung
pada penterjemah-penterjemah dan pembesar tempatan. Dalam tahun ini juga Perancis telah
memperkenalkan satu Majlis Kolonial (Conseil Colonial). Kebanyakan ahlinya terdiri
daripada orang Perancis yang dipilih oleh pegawai dan orang Perancis.
Perancis telah memperkenalkan dasar asimilasi di Cochin China. Masyarakat Vietnam
tradisional di Cochin China telah hancur dan golongan cendekiawannya juga telah hilang,
kampung dan daerah tidak lagi mempunyai kuasa politik, maka Perancis memikirkan untuk
memperkenalkan sistem politik dan kebudayaan seperti yang dipraktikkan di tanah jajahannya
di Afrika dan di Antilles. Di kawasan tengah dan di utara (di Annam dan Tonkin) keadaannya
berbeza. Walaupun kawasan ini dikuasai oleh Perancis, pemerintahan Vietnam masih
mengekalkan jentera pentadbiran dan politiknya. Tetapi Vietnam mesti disatukan ke dalam
Empayar Jajahan Perancis, dan untuk menubuhkan pentadbiran yang cekap sertamembangun di tanah jajahan yang baru ini, Perancis memperkenalkan beberapa langkah
yang penting dari segi politik.26
Raja Vietnam diletakkan di bawah kuasa Perancis dan kuasanya dihapuskan. Dong
Khanh yang lemah, terasing dan tidak mempunyai pengalaman politik dijadikan alat oleh
penasihat Perancis serta beberapa orang cendekiawan yang bekerjasama dengan Perancis.
Beliau dipaksa bersetuju memberikan konsesi-konsesi yang penting sebagai balasan kepada
bantuan tentera dan pentadbiran Perancis yang diterimanya. Pada 30 Julai 1885, satu
perjanjian ditandatangani, di mana Perancis dibenarkan menempatkan Residennya di semua
wilayah di Annam. Seperti juga di Cochin China, Perancis menubuhkan sebuah pentadbiran
peribumi yang dibantu sebahagian besarnya oleh penterjemah daripada misi Katolik serta
individu yang dilatih mengikut keperluan. Orang mandarin dan penterjemah ini merupakan
orang perantaraan antara Perancis dengan penduduk Vietnam dan mereka juga turut
membantu dalam urusan pentadbiran Perancis. Pentadbiran Tonkin diletak secara rasminya
26Ruhanas Harun. 1988. Sejarah Indo-china Moden: Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad ke-20. Hlm. 210.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
10/36
10
dibawah kawalan Perancis melalui perjanjian 1884. Di Annam pula, Menteri Dalam Negeri
Vietnam masih memegang jawatannya, tetapi beliau begitu kecewa apabila didapati tugas
ketua wilayah diambil alih oleh pentadbir Perancis.
Dalam tahun 1887, Paris mengambil keputusan untuk membentuk Persekutuan Indo-
China (Union Indochinoise). Keputusan ini menjadi kenyataan dalam tahun 1887, dengan
terbentuknya Pejabat gabenor-gabenor Indo-china. Pada mulanya ia merupakan satu badan
yang menyelaraskan kegiatan gabenor-gabenor atau residen-residen tempatan, tetapi
kemudiannya ia meningkat menjadi kuasa yang tertinggi di Indo-China. Satu Akta
dikeluarkan pada 27 Januari 1886 meletakkan Annam dan Tonkin dibawah Kementerian Luar
Negeri Perancis. Dalam tahun 1887, satu lagi akta dikeluarkan yang meletakkan semua
wilayah Indo-China dibawah kuasa Jeneral yang merupakan wakil tertinggi Perancis di
seluruh kawasan yang ditakluk atau dinaunginya dan beliau hanya bertanggungjawab kepada
Menteri Tanah Jajahan.27
Selepas kematian Dong Khanh, dalam bulan Januari 1889, Perancis meletakkan
seorang putera yang berusaha 10 tahun, Thanh Thai sebagai pengganti. Dibawah
pemerintahan baginda Perancis menguatkan lagi cengkaman mereka ke atas Vietnam. Atas
sebab penentangan oleh Cendekiawan, Perancis telah mengenakan kawalan yang ketat dan
mengambil alih semua tugas penting dalam negeri. Sebelum tahun 1897, Tonkin masih
mempunyai hubungan politik secara langsung dengan raja melalui kinh luoc.Tetapi selepas
tahun 1897 ini, tugas-tugas kinh luoc ini telah diambil alih oleh Ketua Residen Perancis
yang menggelarkan dirinya sebagai wakil Raja Annam.28Di Annam juga Ketua Residen di
Hue mengambil alih tugas sebagai Pengerusi Menteri-Menteri (Co-Mat) dan semua keputusan
yang dibuat perlu dipersetujui daripada pihak Perancis. Pemerintahan naungan telah telah
ditukarkan menjadi pemerintahan secara langsung. Kerajaan Hue bukan sahaja tidak
mempunyai kuasa terhadap hal-hal diplomasi dan ketenteraan, malah kuasa pentadbiran yang
ada padanya juga terhad.29
Laos
Namun begitu, kesan yang berbeza dapat dilihat antara Vietnam dengan Laos dan
Kampuchea. Laos dan Kampuchea mempunyai kisah yang berbeza berbanding dengan
27
Ibid.Hlm. 211.28Ibid.Hlm. 212.
29Ibid.Hlm.213.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
11/36
11
Vietnam. Jika di lihat di Laos, penguasaan Perancis berlaku melalui peperangan dan terlibat
dengan kuasa Siam. Peperangan ini telah mengurangkan kekuasaan pemerintah Laos. Namun
begitu, peperangan yang berlaku bukanlah antara Laos dengan Perancis tetapi antara Siam
dengan Perancis. Hal ini kerana Loas merupakan negara naungan Siam yang perlu
menghantar ufti kepada Siam tetapi Perancis tidak senang hati dengan tindakan Loas itu
kerana perancis mahukan ufti daripada Loas. Laos terdiri daripada negeri Vientiana, Luang
Prabang, Chien Kuang, Champassah, Sip Song Panna. Laos mengakui pertuanan Thai dan
menghantar ufti ke Siam. Ini jelas bahawa, pentadbiran di Loas telah diketuai oleh pegawai
Perancis, pegawai Vietnam dan golongan elit Loas. Golongan bangsawan dan raja dikekalkan
taraf mereka iaitu sebagai simbol keagamaan.30 Perancis mengekalkan keadaan yang sedia
wujud di Laos, khususnya kuasa dan struktur pentadbiran keluarga pemerintah di Luang
Prabang. Corak penguasaan yang lebih bersifat tidak langsung itu berpunca daripada
kemiskinan Laos. Laos mempunyai jumlah penduduk yang sedikit, tiada sumber ekonomi dan
tidak ada kemudahan infrastruktur. Bagi Perancis, Laos hanya menjadi benteng keselamatan
penduduknya di Vietnam serta Kemboja dan sebagai kebanggaan imperialistik. Oleh itu,
Perancis mendakwa bahawa penguasaannya di Laos adalah bertujuan mewujudkan kelompok
elit yang memadai jumlah dan kesedarannya bagi membentuk kesedaran kebangsaan Laos.31
Dalam tahun 1893, Laos bukanlah merupakan satu entiti politik. Hanya kerajaanLuang Prabang yang merupakan warisan terakhir Empayar Lan Xang, yang masih
mempunyai beberapa ciri sebuah negara. Kerajaan-kerajaan lain semua luput dan kawasan-
kawasan yang diperintah oleh kerajaan-kerajaan ini sudah pun dibebaskan daripada Siam dan
Vietnam. Gabenor-gabenor atau Chaomuong, masih lagi mempunyai kuasa tertentu. Kawasan
pentadbiran mereka (Muong) yang asalnya sebahagian daripada fief (tanah Feudal)
dibahagikan kepada kanton (tasseng) dan kampung (ban). Oleh itu kerana kekurangan
pengetahuan tentang negara baru yang ditemui ini, Kementerian Luar Perancis menganggap
kawasan-kawasan ini sebagai daerah biasa yang menjadi rebutan antara Siam dan Vietnam
dan Perancis bertanggungjawab mengembalikan keamanan, peraturan dan undang-undang.
Dalam tahun 1887, Pavie memberitahu Raja Oun Kham yang Perancis mengakui
kuasanya, hak serta keistimewaan yang diwarisinya. Seperti sebelumnya, raja tetap sebagai
ketua agung bagi segala kehidupan(Somdet Phra Chao), sementara raja muda merupakan
30
D.G.E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 813.31Wan Abdul Rahman Latif et al.2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlm. 380.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
12/36
12
ketua agung yang menjaga semua kehidupan (Chao Maha Oupahat). Mereka dibantu oleh
Dewan Negara (Hosanam Luong), menteri-menteri yang berketurunan raja,Ratsavong (Putera
Sulung), Ratsabout (Putera Kedua), dan Komakhoune (Putera ketiga dan keempat).
Seterusnya terdapat tiga orang mandarin yang bergelar Phaya yang mengetuai hierarki
mandarin (pentadbir peringkat atasan dan menengah). Akhir sekali terdapat seorang mandarin
besar dan empat penasihat yang menganggotai Badan Penasihat Negara(Senam).
Pavie telah menempatkan seorang pesuruhjaya Perancis untuk menasihati Raja
Zakarine pada 5 Jun 1894. Seterusnya Pavie menyusun wilayah-wilayah baru, ke mana sahaja
beliau pergi, dari utara ke selatan, beliau mengesahkan kuasa orang-orang tempatan dalam
kedudukan mereka dan mendapat kepercayaan daripada mereka. Dalam bulan Julai 1894,
beliau menubuhkan wilayah baru bagi Vientiane yang terdiri daripada beberapa Muongdan
Pavie juga telah melantik Chao Kham Ngon, iaitu waris terakhir Chao Noi sebagai Chau
muongbagi kawasan-kawasan Xieng Khouang. Beliau juga menyusun semula bagi kawasan-
kawasan Cammon, Savannakhet dan Khong.32
Pada ketika itu, semua muong di Laos merupakan satu organisasi yang banyak
persamaan, disusun seperti kerajaan Luang Prabang, tetapi susunan ini lebih mudah. Seperti
raja juga, gabenor dibantu oleh Oupahat, Ratsavong dan Ratsabout yang menyampaikan
segala peraturan kepada ketua-ketua kanton yang mempunyai ketua-ketua kampung di bawah
pentadbiran mereka. Selepas peninggalan Pavie dalam tahun 1895, susunan pentadbiran di
Laos telah dijalankan semula. Laos dibahagikan kepada dua kawasan:
1. Hulu Laos, pusatnya di Luang Prabang, mengandungi semua Muong dibahagiankiri di sebelah utara Cammon, kanton-kanton Sungai Hitam dan sebahagian dari
Houa Phans, kedua-duanya dicantumkan kepada Tonkin dan wilayah ThanhHoa.
Kwasan ini yang daripada segi Logistik dicantumkan kepada Tonkin,
dibahagikan kepada enam wilayah (khoueng) yang terdiri daripada beberapa
Muong seperti yang terdapat di Vientiane.
2. Kawasan Lembah Laos, pusatnya di Khong. Kawasan ini terdiri daripada semuanegeri yang sebelumnya adalah sebahagian daripada kerajaan lama Vientiane
ataupun wilayah Bassac, iaitu kawasan di antara Mekong dan banjaran Annam,
bermula dari Cammon sehinggalah ke sempadan Kemboja. Bahagian ini terdiri
32RuhanasHarun. 1988. Sejarah Indo-china Moden: Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad ke-20. Hlm. 141.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
13/36
13
daripada tujuh wilayah. Ia bergantung pada Cochin China untuk bekalan dan
perhubungan.33
Kedua-dua kawasan ini telah di satukan oleh gabenor jeneral Paul Doumer dan
diletakkan di bawah kuasa seorang Residen Superieur di Savannakhet atas arahan kerajaan
pada 6 Februari 1899 dan 19 April 1899. Dengan ini negara Laos disatukan dengan
Persekutuan Indo-China (Federation Indochinoise). Dalam tahun 1899, Paul Doumer telah
memilih bandar Vientiane sebagai ibu kota Laos kerana ibu negeri sebelum ini di Sungai
Mekong merupakan bandar yang kecil.
Pada 3 Disember 1895 Dewan Negara (Hosanam Luong) disusun semula di mana
dewan dianggotai oleh 3 orang pembesar yang mempunyai tugas tertentu, termasuklah
berbagai-bagai perkhidmatan pentadbiran negara tersebut. Pentadbiran di peringkat wilayah
dijalankan melalui kuasa raja secara langsung. Walaupun masih diawasi oleh Pesuruhjaya
Perancis di Luang Prabang yang mewakili Ketua Residen di Vientiane. Pada keseluruhannya
Laos dibahagikan kepada wilayah. Salah satu daripadanya dijadikan Kerajaan Luang Prabang
yang dijadikan sebuah negeri Naungan. Di sembilan kawasan lain, wakil Perancis menjadi
pemerintahan yang sebenar, ini menunjukkan pada tahun 1895 ini kuasa ketua-ketua Laos
(chaomuong) mula diambil alih sedikit demi sedikit.34
Kemboja
Berbeza pula yang berlaku di Kembojakerana pada masa itu serentak dengan campur
tangan di Vietnam, Kampuchea pernah membayar ufti kepada Siam dan Vietnam. Pada tahun
1860, Putera Norodom menggantikan ayahnya, Ang-Duong sebagai Raja Kemboja. Raja
Norodom juga terpaksa serahkan ufti kepada Perancis sebenarnya perlu diserahkan kepada
Vietnam dan Siam. Hal ini kerana Vietnam telah dijajah oleh Perancis maka ufti perlu
diserahkan kepada penjajah.35
Namun begitu setelah Perancis berjaya menguasai Kemboja
iaitu semasa Perancis memaksa raja Kemboja dan Raja Norodom menerima naungannya pada
tahun 1864. Penaung Kemboja sebelum itu iaitu Thailand tidak dapat menghalang
perkembangan Perancis itu. Malah melalui Persetiaan antara Thailand dan Perancis pada
tahun 1867, Thailand memansuhkan semua tuntutannya ke atas Kemboja. Sejak itu, Perancis
secara beransur-ansur memperkukuhkan dan memperluaskan penguasaannya di Kemboja.
33
Ibid. Hlm.142.34Ibid.Hlm. 143.
35YusoffIskandar dan Khalil Yusoff. 1997.Diskusi Sejarah. Hlm. 260
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
14/36
14
Pada tahun 1884, Perancis memaksa Raja Norodom menandatangani satu persetiaan yang
menyebabkan kuasa baginda dalam hal ehwal hasil awam, cukai kastam dan kerja raya
diambil alih oleh Perancis. Kemboja diletakkan di bawah pentadbiran seorang Ketua Residen
Perancis dan beberapa orang Residen. Setiap Residen mentadbir sebuah wilayah bagi pihak
Ketua Residen. Raja Norodom menjadi pemerintah boneka Perancis kerana kuasa baginda
hanyalah dalam hal ehwal agama Buddha.36
Kemboja menjadi sebuah negeri naungan Perancis dengan sistem pemerintahan beraja
yang masih mutlak. Penguasaan Perancis ke atas Kemboja ini bererti negara itu kembali
kepada sistem yang pernah dialami olehnya semasa pendudukan Vietnam dan Siam. Namun
kuasa-kuasa yang dipegang oleh Raja ini hanya tinggal sebagai nama sahaja kerana Raja telah
berjanji akan menerima segala pembaharuan yang difikirkan sesuai bagi Kemboja oleh pihak
Perancis. Oleh sebab itu Residen Perancis yang ditempatkan melalui perjanjian 1863
mempunyai beberapa orang residen di bawah perintahnya yang dilantik sendiri oleh kerajaan
Perancis dan di tempatkan di tiap-tiap pusat wilayah. Segala pentadbiran tempatan dijalankan
oleh Kemboja di bawah pengawasan mereka. Tetapi hal-hal ketenteraman awam dan
perkhidmatan bercorak teknikal dan kewangan semuanya diletak dibawah pentadbiran
pegawai Perancis. Segala perbelanjaan bagi pentadbiran Kemboja dan hal-hal yang berkaitan
dengan naungan dibiayai oleh Kemboja. Perhambaan dihapuskan, pemilikan hartapersendirian dan pindah milik tanah dibenarkan. Ibu negeri iaitu Phnom Penh akan
ditadbirkan oleh satu majlis tempatan campuran yang mempunyai sebahagian besar ahli-
ahlinya yang terdiri daripada orang Perancis. Raja tidak lagi berkuasa untuk membuat
undang-undang ataupun keputusan tanpa persetujuan rasmi daripada residen Perancis.37
Dalam bulan Januari 1887, setelah pemberontakan yang berlaku selama 26 bulan
kesan daripada ketidakpuasan pemerintah dan rakyatnya, kerajaan Perancis sedar
kesalahannya dan mengambil langkah-langkah baru bagi mengatasi masalah ini. Perancis
telah memberitahu raja Norodom yang kerajaan Perancis akan melaksanakan sebahagian
sahaja konvensyen tahun 1884 dan dengan cara yang lebih sesuai jika sekiranya beliau dapat
menghapuskan pemberontakan ini dengan cara yang difikirkan sesuai olehnya. Perancis telah
berjanji tidak akan menakluk Kemboja. Kuasa raja akan dipulihkan dan Ketua Residen akan
36Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Hlm.382.
37RuhanasHarun. 1988. Sejarah Indo-china Moden: Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad ke-20. Hlm. 27.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
15/36
15
hanya ditempatkan sebagai penasihat sahaja dan menteri-menteri Kemboja akan kembali
kepada jawatan masing-masing.38
Seperti yang diketahui kini Raja bukanlah sebagai boneka lagi kerana kuasa raja
secara rasminya dikembalikan dan semua perubahan yang dilakukan oleh Ketua Residen perlu
dipersetujui oleh raja dan semua ordinan mesti ditandatangani sendiri oleh raja bersama
dengan cap mohornya. Selain daripada Phnom Penh, Perancis hanya menempatkan empat
orang Residen di kawasan tertentu (Kampot, Kratie, Pursat dan Kompong Thom). Mereka
menerima arahan supaya tidak mencampuri urusan hal-hal anak negeri dan mesti
menghormati adat resam dan agama penduduknya.
Hubungan di antara Norodom dan pegawai Perancis masih tidak memuaskan.
Norodom masih berkuasa mutlak kerana tiada sebarang dean perwakilan atau badan-badan
yang dilantik yang boleh mengehadkan kuasanya atau mengawasi serta mengkritik sebarang
keputusan atau tindakannya. Sudah tentu ini tidak menyenangkan Perancis yang radikal itu.
Istana dan raja sendiri memperuntukkan sebahagian besar daripada kewangan negara untuk
pembaziran. Mengikut konvensyen 1884 Perancis bertanggungjawab ke atas perjalanan
kewangan negara Kemboja, tetapi terpulang kepada raja mengendalikan perbelanjaan bagi
pentadbiran dan untuk raja dan istana.39
Kehidupan di istana Kemboja berterusan dalam keadaan ini. Seorang Ketua Residen
percaya bahawa masalah ini mampu diubah melalui dalam. Sejak tahun 1889 (peraturan 3
Oktober 1889 yang dikeluarkan oleh kerajaan Gabenor Jeneral Indo-China) pengerusi majlis
menteri-menteri Kemboja diserahkan kepada Ketua Residen yang mewakili Perancis. Dengan
bijaknya Ketua Residen berjaya mempengaruhi menteri-menteri Kemboja, termasuk Perdana
Menteri Kemboja. Beliau campur tangan dalam pertikaian di istana sehingga menyebabkan
orang Kemboja pecah belah. Pada awal tahun 1897, melalui persetujuan menteri-menteri,
Residen berjaya mengambil semua kuasa dan Hak kehakiman daripada Raja Norodom atas
sebab-sebab raja itu tidak mempunyai keupayaan untuk menjalankan tugasnya. Dengan ini
Residenlah yang menjadi raja yang sebenar akhirnya di Laos.40
38
Ibid. Hlm. 28.39Ibid. Hlm. 29.
40Ibid. Hlm. 30.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
16/36
16
4.0 PENTADBIRAN SISTEM EKONOMI
Disediakan Oleh
Nor Azira Binti Awang (D20111048619)
Pentadbiran Perancis begitu kecewa di Kochinchina semasa perjalanan di Mekong
pada tahun 1866-1868. Di Saigon, La Grandire berharap kawasan tersebut dapat menjadi
sebuah perlabuhan entreport di bahagian barat China. Ohier pula enggan memberi
perlindungan kepada syarikat perdagangan Perancis yang kecil dan hanya menyokong
perniagaan yang menguntungkan sahaja serta tidak mengizinkan perniagaan yang
memberikan subsidi yang sedikit kepada masyarakat. Pentadbiran kolonial Perancis telah
banyak membina saliran atau terusan bagi mempergiatkan lagi aktiviti pertanian di Indo-
China di mana dapat memberi pulangan yang menguntungkan hasil daripada eksport beras
yang mendapat permintaan tinggi di China dan negara Asia lain. Di Vietnam misalnya
Perancis telah mendapat keuntungan yang besar hasil daripada eksport beras iaitu sebanyak 4
juta picul untuk 600 000 hektar kawasan padi. Pada tahun 1894, 9 juta picul telah dieksport
hasil daripada berjuta hektar tanah pertanian.
Manakala di Laos pula, pembinaan sistem perhubungan ini adalah bertujuan untuk
memudahkan darjah ketersampaian hasil perlombongan dan pertanian untuk didagangkan
dipelabuhan berdekatan. Pembinaan yang menelan belanja yang tinggi ini menyebabkan
Perancis telah menaikkan cukai yang amat tinggi bertujuan membayar balik perbelanjaan
yang ditanggung Perancis untuk pembinaan di Laos. Namun begitu, bajet di Laos masih lagi
memerlukan subsidi daripada bajet kawasan Indo-China yang lain di mana Kampuchea
penyumbang kepada keuntungan ini. Kesatuan Indo-China 1887 telah melaksanakan langkah-
langkah yang efektif dalam memberi pulangan yang menguntungkan kepada Perancis iaitu
menggabungkan Laos dengan Kampuchea dan Vietnam tidak digabungkan. Penstrukturan
semula kewangan Doumer pada tahun 1898, Perancis telah menentukan pembayaran cukai
langsung kepada pekerja tempatan dan cukai tidak langsung kepada Pertubuhan.41 Penubuhan
Kesatuan berada di bawah pemerintahan seorang Gabenor Jeneral Perancis yang bertempat di
41Nicholas Tarling. 2004. Imperialism in Southeast Asia: A Fleeting, Passing Phase. London:
RoutledgeCurzon. Hlm. 220-223.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
17/36
17
Hanoi. Kesatuan ini pada dasarnya tidak membangun mengikut aliran yang sama di mana
pembangunan pentadbiran Perancis tidak sama.42
Dasar yang diperkenalkan
Vietnam
Perancis telah berjaya mengubah corak ekonomi Vietnam daripada siatem ekonomi terpencil
kepada perdagangan antarabangsa. Perancis telah membahagikan kawasan Vietnam kepada
dua bahagian iaitu Annam dan Tonkin di mana pentadbirannya berbeza. Dibahagian utaraiaitu Tonkin dijadikan sebagai tempat untuk mengahsilkan produk manakala bahagian selatan
iaitu Annam dijadikan tempat pengeluaran. Namun begitu matlamatnya adalah sama iaitu
mengeksploitasi ekonomi Vietnam sekaligus dapat memberi jaminan kepada kedudukan
pengusaha, ahli perniagaan dan ahli kewangan Perancis dengan menyatakan peluang dan
keuntungan mereka dianggap sebagai hak mereka apabila Perancis mengawal ekonomi
Vietnam. Penentangan oleh Can Voung yang dipelopori oleh mandarin selepas tahun 1884
memberi peluang kepada Perancis untuk menghapuskan sistem mandarin secara berperingkat-
peringkat. 43 Pada tahun 1887, Persekutuan Indochina telah ditubuhkan bagi menyelaras
segala kegiatan Gabenor Residen tempatan.
Vietnam juga telah mengalami kemasukan orang-orang Cina yang dianggap penting
kepada pertumbuhan ekonomi kapitalis terutamanya dibahagian selatan Vietnam. Kemasukan
imigran Cina ini membolehkan mereka menguasai perniagaan padi, ikan, kulit haiwan dan
hasil hutan. Di Saigon kedudukan mereka sangat kukuh di mana indsutri perusahaan tangan,
penanaman sayuran serta peminjaman modal kecil telah dimonopoli oleh orang Cina.
Kerajaan Perancis sendiri mengakui kepentingan kemasukan orang Cina dalam menyumbang
kepada sektor perlombongan dan perdagangan.
Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Perancis seperti memberi pinjaman kepada
petani sebenarnya tidak menggalakkan petani Vietnam mempertingkatkan produktiviti
pertanian sebaliknya mereka membebankan petani dengan hutang yang tidak putus-putus.
42
D. J. M. Tate. 1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara. Jilid Kedua: Perubahan Ekonomi dan Sosial.Hlm. 361.43
Ibid. Hlm 78.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
18/36
18
Hal ini demikian kerana, petani terpaksa menanggung pelbagai perbelanjaan seperti beban
cukai, sewa binatang ternakan untuk tujuan membajak dan pinjaman untuk bertani. Hal ini
jelas menunjukkan dasar Perancis dalam mentadbir urusan penghasilan dan kebajikan petani
membebankan golongan petani itu sendiri sekaligus menyebabkan meraka malas untuk
mengerjakan sektor pertanian bukannya mereka bersikap dingin dan mundur tidak menerima
pembaharuan teknologi yang diperkenalkan oleh Perancis dalam sektor pertanian. Tambahan
lagi, petani menghadapi masalah kekurangan tanah awam ekoran tanah tersebut dibolot oleh
pemimpin-pemimpin desa sehingga bilangan petani yang menyewa tanah semakin meningkat.
Perancis juga cuba menggalakkan perusahaan di rumah seperti pertukangan,
menganyam tikat, menenun dan pembuatan kain sutera. Bengkel-bengkel pertukangan telah
didirikan dan peralatan disewakan kepada pengusaha meskipun usaha menggalakn perusahaan
pertukangan tangan tidak berjaya bagi membasmi kemiskinan di luar negara.44
Kampuchea
Kampucheapula merupakan negara yang sangat gah pada zaman klasik di mana menjadi
sebuah kerajaan yang gemilang seperti Angkor. Kerajaan-kerajaan Kampuchea pada zaman
klasik juga menjadikan sumber pertanian iaitu padi sebagai sumber ekonomi utama mereka
dalam membangunkan kerajaan. Kesuburan tanaman padi di Kampuchea adalah disebabkan
oleh sistem pengairan yang berhampiran dengan sungai Mekong.
Namun kesan pemerintahan Perancis terhadap perkembangan ekonomi Kampuchea
memberi kesan yang berbeza sekali dibandingkan dengan Vietnam. Setelah mengetahui
Sungai Mekong tidak akan menjadi sebuah laluan perdagangan yang baru ke China, secara
nyata pemerintah Perancis menganggap Kampuchea sebagai sebuah negeri yang tidak
mempunyai peluang ekonomi yang besar. Hal ini jelas berbeza dengan Vietnam di mana
Perancis menganggap Vietnam sumber ekonomi utama mereka. Rakyat Kampuchea masih
lagi kekal sebagai pekebun-pekebun kecil dan kaum tani serta sebarang pembangunan yang
berlaku di bawah pemerintahan Perancis adalah disebabkan lanjutan dari perkembangan
perubahan ekonomi baru Perancis yang tertumpu di Saigon. Oleh hal yang demikian,
Kampuchea cuma memberikan sumbangan yang sederhana sahaja kepada pasaran dunia
44Ibid.Hlm. 414.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
19/36
19
sebagai pengeluar beras, getah, jagung dan lada hitam di mana barangan ini hampir semua
dikuasai oleh orang asing.45
Perancis mengabaikan pembangunan ekonomi Kampuchea di mana masyarakat
Kampuchea semakin mundur. Hal ini demikian kerana, petani Kampuchea telah
meninggalkan amalan pertanian pindah untuk penanaman padi yang tidak cekap. Menurut C.
A. Fisher, orang Kemboja (Kampuchea) yang kebanyakan hidupnya sangat sederhana dan
kurang insiatif adalah jauh ketinggalan dari kemajuan kehidupan nenek moyang mereka. 46
Namun pemerintah Perancis, Paul Doumer telah merancang pembinaan infrastruktur sebagai
langkah pembangunan dengan membina laluan kereta api pada tahun 1898 untuk
memudahkan hasil-hasil pertanian diangkut ke pelabuhan untuk dieksport.47 Manakala sistem
perhubungan kereta api telah menghubungkan Phnom Penh dengan Saigon bagi melicinkan
urusan pentadbiran kewangan. Manakala, Battambang yang merupakan kawasan pertanian
terpenting di Kampuchea dihubungkan dengan Kampot kawasan pelabuhan di Kampuchea.
Sistem perhubungan yang dibina Perancis jelas menunjukkan memberi kemudahan kepada
pihak kolonial memasarkan hasil ekonomi Kampuchea.48
Walaupun Perancis tidak terlalu giat menjalankan aktiviti ekonomi di Kampuchea
namun pentadbiran pusat yang dikuasai oleh Ketua Residen turut membuat pembaharuan
dalam pentadbiran kewangan di sini walaupun mendapat tentangan hebat daripada raja dan
kalangan istana. Perhambaan kerana hutang piutang secara rasminya telah dihapuskan
berbeza dengan pentadbiran di Vietnam di mana pentadbiran Perancis di sana meningkatkan
jumlah pehutang walaupun sistem kerah dihapuskan. Eksploitasi bahan-bahan asli diawasi
dan dijalankan mengikut peraturan. Sebelumnya, aktiviti perikanan di Tasik Besar disewakan
oleh raja kepada mereka yang kaya, terutama orang Cina yang kemudiannya menyewakannya
kepada orang lain. Kemunculan orang tengah ini menimbulkan pelbagai masalah spekulasi
dan penindasan.
Pertanian masih lagi menjadi sumber ekomomi utama Kampuchea. Pusat-pusat
penyelidikan ditubuhkan di Takeo pada Jun 1914, Val d Emeraude berhampiran dengan
Bokor bagi tujuan pembiakan ternakan dalam bulan Julai 1918, di Battambang untuk
45D. J. M. Tate. 1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara, Jilid Kedua: Perubahan Ekonomi dan Sosial.
Hlm. 433.46
Gilbert Khoo. 1978. Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia. Hlm. 445.47
Philippe Devillers. 1988. Sejarah Indo-China Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 32-33.48
Abu Talib. 1989. Sejarah Tanah Besar asia Tenggara. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.Hlm 108.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
20/36
20
penanaman padi dalam tahun 1919. Penanaman padi sangat maju terutama di wilayah
Battambang kerana terdapat konsesi besar yang diberikan kepada orang Eropah. Dalam tahun
1927, kawasan tanaman padi di Kemboja meliputi seluas 900 000 hektar jika dibandingkan
dengan 300 000 hektar pada tahun 1904. Kesuburan tanah dibahagian timur Kemboja sesuai
untuk tanaman getah seperti terdapat di Kochinchina. Kemboja di bawah naungan Perancis
juga juga kaya dengan hasil ternakan lembu sehingga mampu mengeksport daging dan kulit.
Orang Eropah pula menunjukkan minat terhadap Kampuchea dalam tahun 1926 dan
permintaan untuk konsesi semakin bertambah.
Namun begitu, kadar pertumbuhan dan kemajuan di Kampuchea dapat dilihat pada
tahun 1934. Perkara jelas berbeza dengan Vietnam yang mana memperolehi peningkatan
dalam ekonomi yang lebih awal. Getah mula menjadi barang eksport utama Kemboja yang
menyumbang sebanyak 12 000 tan dan padi pula menyumbang eksport lebih banyak iaitu 00
00 tan padi disusuli jagung dan lada hitam yang dimiliki oleh kabanyakan ladang orang
Eropah dan Cina. Berbeza dengan negeri Indochina lain Kemboja memiliki penanaman lada
hitam sebelum kedatangan Perancis lagi namun perusahaan lada hitam ini tidak begitu maju.
Setelah penguasaan Perancis ke atas Kemboja, perusahaan lada hitan semakin maju sehingga
menjadi pengeluar lada hitam terbesar dunia pada akhir abad ke-19. Peningkatan perusahaan
lada hitam ini adalah kerana dasar Perancis yang telah memberi perangsang kepadaperusahaan ini dengan menurunkan kadar tarif import Perancis dalam tahun 1891-1892
seterusnya membuka pasaran baru bagi lada hitam selain China.49 Masalah perhubungan pula
telah menjejaskan aktiviti perlombongan seperti bijih timah, kuartza dan fosfat.
Selain itu, Perancis juga memperkenalkan tanaman getah dan menjadi sumber
ekonomi utama selepas beras. Namungebitu, orang-orang Khmer tidak menjalankan
perusahaan ini. Keadaan ini mungkin disengajakan oelh Perancis atau sebaliknya di mana
ladang-ladang getah diletakkan di kawasan pendalaman terpencil dan kurang penduduk.
Tambahan pula pentadbir Perancis lebih suka mengambil buruh dari Vietnam.50
Laos
Di Laos pula, asas ekonomi bagi kerajaan klasik Laos juga pertanian sama seperti
kerajaan awal Indochina yang lain. Faktor utama bagi kegiatan pertanian dilakukan di
49
D. J. M. Tate.1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara, Jilid Kedua: Perubahan Ekonomi dan Sosial.Hlm. 436.50
Ibid.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
21/36
21
Indochina adalah kerana sistem pengairan yang baik di mana berdekatan dengan sumber air
utama. Namun begitu, Laos tidak dipentingkan dalam rangka ekonomi dan politik Perancis
berbanding dengan Vietnam dan Kampuchea. Hal ini dapat dilihat melalui gambaran kajian
yang kurang dilakukan oleh para sarjana pentadbir semasa pemerintahan zaman kolonia.
Walau bagaimanapun, berbeza dengan Vietnam dan Kampuchea pemerintahan oleh Perancis
dikatakan zaman aman sentosa Laos jika dibandingkan dengan zaman klasik atau
selepasnya.51
Paul Doumer mempunyai matlamat membuka Laos yang berada pada kedudukan
asing kepada dunia luar.52 Sungai Mekong tetap menjadi sumber utama bagi masyarakat
Laos, maka usaha mendalamkan dan penyaluran anak-anak sungai dijalankan untuk pertanian
dan sumber protein. Berbeza di Vietnam dan Kampuchea, Laos mempunyai hasil galian yang
mula dikesan di Cammon dan menimbulkan banyak birokrasi dan ketidakadilan. Pada tahun
1896, satu sindiket galian Laos (Syndicat minier du Laos) telah diberikan konsesi bijih di
Lembah Nan Patene di mana peralatan perlombongan perlu dibawa sendiri seterusnya
dieksport. Hal berkaitan dengan pemberian konsesi berbeza di Kampuchea dan Vietnam di
mana kebanyakan konsesi diberikan kepada orang Cina.
Selain perusahaan untuk perlombongan terdapat juga perusahaan kecil bagi tenunan
disebabkan hampir seluruh Laos menjalankan penanaman kapas, sutera dan kekabu.
Manakala pada awal abad ke-20, tahun 1914 pendapatan keseluruhan dari Douaner et Rgies
adalah daripada jualan candu. Hanya satu langkah yang jelas telah diambil bagi dasar
ekonomi yang positif iaitu mengukuhkan pertalian negara itu dengan negara-negara lain di
Indo-China. Langkah ini juga diambil sebagai langkah menyekat pengaliran keluar
perkembangan perdagangan dan ekonomi ke negara Siam.53
Pertumbuhan ekonomi begitu hebat di Laos selepas perang dunia Pertama (1914-1948)
dalam sektor perlombongan. Sebanyak 4000 permit melombong dikeluarkan dan banyak
syarikat melombong muncul. Namun begitu industri ini menimbulkan banyak masalah
ekoran daipada kekurangan tenaga buruh untuk untuk mengerjakan sektor perlombongan. Hal
ini demikian kerana kawasan ini mengalami masalah kekurangan penduduk disebabkan oleh
dasar Siam yang pernah menghalau penduduk di kawasan ini. Tambahan pula, penduduk
51Abu Talib. 1989. Sejarah Tanah Besar asia Tenggara. Hlm. 111
52Kawasan selatan Laos perlulah melalui Sungai Mekong. Kawasan tengah Laos hanya boleh dihubungi dengan
laluan sahaja iaitu melalui Khone, jalan dari Vinh ke Mekong berhampiran Outhene. Manakala untuk sampai keutara Laos pula, perlu melalui Hanoi menaiki sampan menyusuri Sungai Hitam. Ibid. Hlm.3.53
Ibid. Hlm.465.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
22/36
22
Laos tidak berminat untuk menjalankan aktiviti perlombongan. Pekerja-pekerja terpaksa di
bawa masuk dari Annam dari wilayah miskin dan ramai penduduk seperti Nghe An dan
Thanh Hoa yang berhampiran dengan Cammon. Keadaan ini menyebabkan munculnya
kawasan penumpuan orang-orang Vietnam yang bercorak proletariat dan perindustrian di
Lembah Nam Patene dan Tahkhek yang juga mewujudkan peniaga Cina dan Vietnam. Pada
keseluruhannya, perkembangan ekonomi di Laos adalah lembap walaupun mempunyai bahan
makanan yang mencukupi untuk keperluan negara. Manakala aktiviti mengeksport barangan
tidak dijalankan jika dibandingkan dengan Vietnam di mana hasil pertanian di eksport.
Dalam sektor perhutanan pula, pihak Perancis tidak begitu bersungguh-sungguh untuk
mengeksploitasi sumber alam yang banyak di Laos untuk kegunaan bahan binaan.
Sistem cukai
Vietnam
Perancis yang memberi kuasa kepada pemimpin desa dan golongan mandarin dalam
mengawal masyarakat desa di Vietnam hanya menimbulkan masalah rasuah dan
penyalahgunaan kuasa sahaja sehingga menindas golongan petani dan memberi kekayaan
kepada mereka. Cukai-cukai yang dikenakan oleh kerajaan Perancis seperti arak, candu,
cukai kepala dan sistem kerah terus membebankan lagi kehidupan petani di Vietnam.
Tambahan lagi, beban-beban ini turut dirasai oleh ketua-ketua desa yang terpaksa menggadai
atau menjual harta-harta mereka semata-mata untuk memenuhi kuota jualan arak kepada
rakyat biasa.
Menurut Abu Talib Ahmad, 1989 sebelum campur tangan Perancis, Vietnam yang
menerima pengaruh dari Cina di mana sistem pentadbiran Cina diadaptasikan ke dalam sistem
pentadbiran Vietnam. Hal ini secara tidak langsung telah mempengaruhi sistem pentadbiran
ekonomi Vietnam. Peranan pembesar begitu penting dalam sistem ekonomi Vietnam.
Ekonomi Vietnam yang berasaskan pertanian di mana sektor-sektor pertanian ini banyak
terdapat di kawasan desa. Pembesar desa yang diwakili oleh Iy Xuan 54 yang
bertangungjawab memungut hasil cukai di peringkat desa. Selain itu Iy Xuan juga berperanan
54
Iy Xuan merupakan pembesar tertinggi diperingkat desa akan tetapi pembesar ini seringkali mengutamakankepentingan peribadi. Abu Talib Ahmad. 1989. Sejarah Tanah Besar asia Tenggara. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia. Hlm. 39.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
23/36
23
dalam membahagikan tanah dan air kepada petani di mana sumber ini merupakan sumber
ekonomi utama Vietnam sebelum campur tangan Perancis.55
Setelah kedatangan Perancis, semasa pemberontakan berlaku di kawasan desa,
pembesar Iy Xuan ini sering kali menjadi sasaran utama petani di mana pembesar ini akan
dibunuh disebabkan oleh golongan petani yang sering kali ditindas dan mereka bertindak
membalas dendam. Hal ini jelas menunjukkan pembesar Iy Xuan menjadi simbol utama
pemerasan pusat ke atas rakyat sama ada pentadbiran sebelum atau semasa kedatangan
Perancis yang menjadikan pembesar ini sasaran utama rakyat melepaskan kemarahan mereka
kepada kerajaan.56
Sejak tahun 1884 pentadbiran Perancis mengenakan kawalan aktiviti ke atas
pemajakan. Sistem bayaran pendahuluan bagi kegunaan bersama diperkenalkan dan
perkhidmatan perhutanan diperkenalkan pada tahun 1890. Sebelumnya sesiapa sahaja boleh
mengambil hasil hutan, membakar dan memusnahkan hutan tanpa dikenakan sebarang
tindakan dengan syarat membayar wang pendahuluan. Terdapat banyak konsesi untuk
pertanian, perhutanan dan perlombongan namun ianya tidak disusuli dengan pelaburan di
mana tidak membawa keuntungan kepada Perancis.57
Kampuchea
Manakala di Laos dan Kampuchea pula, sistem cukai mula diperkenalkan pada abad ke-20.
Di Kampuchea masalah cukai merupakan masalah utama kepada rakyat sehingga
menimbulkan kebencian rakyat terhadap Perancis. Berbeza dengan Vietnam cukai dikenakan
pada tahun 1920-an petani Khmer telah membayar cukai bagi membiayai pembinaan sebuah
hotel mewah di Teluk Siam bagi kegunaan pegawai Perancis yang bercuti. Pada tahun 1925
cukai ke atas hasil padi pula diperkenalkan dan bantahan daripada petani langsung tidak
dihiraukan oleh Perancis.58
Laos
Di Laos pula, misalnya cukai meningkat tinggi apabila Perancis memerlukan sumber
kewangan bagi menampung perbelanjaan pembangunan di Laos. Beberapa dekad Perancis di
Laos selepas tahun 1894 dalam membuat pembaharuan dari segi pembangunan perhubungan,
55Ibid.
56
Ibid.57Philippe Devillers, Hlm. 34
58Abdul Talib Ahmad. 1989. Sejarah Tanah Besar asia Tenggara. Hlm 110.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
24/36
24
matlamat pentadbir Perancis adalah menginginkan Laos membayar semula kos tanggung
Perancis dalam membuat pembaharuan tersebut. Cukai meningkat begitu tinggi pada awal
abad ke-20, tahun 1901. Tiada sebarang usaha yang dibuat Perancis untuk menjadikan Laos
sebagai sebuah negeri yang teguh ekonominya. Pentadbiran Perancis berpuas hati
membenarkan kurangan hasil dibiayai oleh hasil dari negara-negara lain dalam Kesatuan.
Teknologi baru dalam sumber ekonomi
Vietnam
Perancis juga telah memperkenalkan teknik baru dalam kegiatan pertanian bagi
mempercepatkan hasil pengeluaran sekaligus dapat menampung permintaan yang tinggi
terhadap hasil tanaman padi Vietnam. Perancis telah menubuhkan agensi-agensi awam dan
swasta bagi mengkaji teknik-teknik penanaman yang lebih saintifik. Teknik-teknik yang
diperkenalkan jauh lebih baik berbanding semasa pemerinthan raja-raja Nguyen. Di
Konchichina tanah bendang telah bertambah dari 1300 hektar pada tahun kepada 2 juta hektar
pada tahun 1930. Di Tonkin pula, empangan telah diperkukuhkan dan kawasan-kawasan
yang tidak produktif seperti Than Hoa dan Thua Thien kini bertukar menjadi pengeluar beras
terpenting di Vietnam. Perancis juga telah memperkenalkan penanaman padi dua kali
setahun. Selain itu, penanaman secara tradisonal juga berkesan seperti penanaman padi
terapung.
Bagaimanapun, Perancis juga telah memperkenalkan peralatan moden dan penggunaan
jentera yang lebih cepat mengeluarkan hasil. Namun begitu, disebalik peningkatan
pengeluaran sektor pertanian golongan petani masih lagi ditindas. Hal ini demikian kerana,
dasar kolonial ini banyak memberi manfaat kepada tuan tanah di mana petani hanya mendapat
upah yang sedikit daripada tuan tanah. Walaupun wujud pelbagai agensi seperti Institut
Penyelidikan Agronomi dan Bank Indochina yang ditubuhkan awal abad 20. Penubuhan ini
juga masih lagi menindas golongan petani apabila pinjaman kredit yang diberikan mempunyai
bunga yang terlalu tinggi dengan kadar 8 peratus. 59 Selain itu, Perancis juga telah
memperkembangkan sektor perlombongan iaitu arang batu di mana sektor ini hanya
menguntungkan pihak Perancis sahaja.59
Ibid.Hlm. 88.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
25/36
25
Selain itu, pihak Perancis secara rasminya telah mengambil alih kerja-kerja
penyulingan arak pada awal tahun 1902. Syarikat Perancis Societe francaise des Distilleris de
IIndichinemembolot pasaran ark dari beras ini dengan menggunakan teknologi penyulingan
yang moden. Hal ini menyebabkan ramai penyuling tempatan menjalankan perusahaan
mereka secara haram menyebabkan pihak berkuasa telah merampas serta memusnahkan
perusahaan mereka.60 Akibat daripada kepincangan-kepincangan yang dialami oleh golongan
petani dan buruh yang menjadi mangsa eksploitasi yang keterlaluan, timbul kegelisahan yang
membimbangkan dalam kalangan pemerintah kolonial terutamanya ketua desa yang banyak
menindas petani. Kegelisahan ini mula timbul apabila para buruh dan petani mula
memberontak dan merusuh.
Kampuchea
Berbeza di Kampuchea orang-orang Perancis yang melombong bijih timah
menggunakan kaedah lombong dedah kerana longgokan timah adalah dalam bentuk lanar dan
tidak jauh dari permukaan tanah. Alat-alat perlombongan yang mahal diimport dan dipasang
untuk mengasingkan bijih timah ini. Walaubagaimanapun, kurangnya bahan api di
Kampuchea usaha untuk melebur bijih timah tidak dapat dilakukan dan terpaksa di hantar ke
Singapura untuk dilebur.61 Disamping itu, teknologi jentera digunakan dalam penanaman
padi.
Laos
Berbeza diLaos, pihak Perancis telah memperkenalkan teknologi dalam sektor perlombongan
memandangkan Laos kaya dengan hasil sumber galian bijih timah. Cara melombong moden
telah dimulakan oleh syarikat Societe dEtudes et dExploitation Miniers de IIndochina
dalam tahun 1923. Kegiatan mencari gali ini bertambah rancak pada tahun 1926 dan 1929
yang menyebabkan penubuhan beberapa buah syarikat Perancis yang lain. Perlombongan
bijih timah ini memberi keuntungan besar kepada Perancis melalui syarat-syarat Perjanjian
Timah Antarabangsa. Perjanjian ini memberi kuota yang minimum iaitu melebihi
pengeluaran maksimum mereka dan jumlah ini dilipatgandakan apabila perjanjian ini
diperbaharui pada tahun 1937.62 Berbeza dengan Vietnam, Laos masih lagi menjalankan
kegiatan penanaman padi secara tradisional iaitu penanaman padi huma secara berpindah-
60
D. J. M. Tate. 1980. Sejarah Perkembangan Asia Tenggara. Hlm. 373.61Ibid.
62Ibid.Hlm. 469.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
26/36
26
randah.63 Pihak Perancis tidak memperbaiki teknik atau cara penanaman seperti dilakukan di
Vietnam.
5.0 SISTEM PENTADBIRAN SOSIAL
Disediakan Oleh
Sumarni Binti Madening (D20111048297)
Menurut kamus dewan pelajar edisi yang kedua, sosial adalah segala yang berkaitan dengan
masyarakat; kemasyarakatan ataupun perkara yang di sukai untuk mengambil berat tentang
hal-hal yang bercampur dengan masyarakat.64 Pendudukan Perancis ke atas negara-negara
Indo-China telah memberikan sedikit sebanyak kesan di dalam sistem pentadbiran yang mana
termasuklah kesan ke dalam bentuk sistem sosial. Perubahan yang di lakukan oleh Perancis
terhadap kerajaan Indo-China telah bermula sejak awal kedatangannya ke negara tersebut
pada abad yang ke 19 yang terdiri daripada kerajaan Vietnam, Kemboja dan Laos . Jika
dilihat di dalam sudut sosial, perubahan yang di bawah terhadap ketiga-tiga kerajaan ini
dapat di lihat daripada aspek pendidikan, keagamaan, dan infrastukur serta masyarakat.
Pendidikan
Menurut kamus dewan bahasa melayu pendidikan dapat diberi maksud dengan perihal
mendidik. Ketika kedatangan Perancis ke negara Indo- China, pendidikan menjadi salah satu
aspek perubahan yang di bawah di dalam ketiga tiga negara tersebut. Dalam pemerintahankerajaan Vietnam, sebelum kedatangan Perancis ke Vietnam, pendidikan di kalangan
masyarakat setempat telah wujud. Pendidikan yang di amalkan adalah pendidikan yang
berteraskan kebebasan untuk berkarya. Pendidikan yang di amalkan juga adalah pendidikan
yang berasaskan kepada pendidikan tidak formal. Kewujudan pelbagai jenis bahasa di dalam
kerajaan Vietnam menyebabkan berlakunya perbezaanya bahasa di dalam kalangan
63Ibid.Hlm.472.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
27/36
27
masyarakatnya di tambah dengan kekurangan tenaga pengajar dan kewangan menyebabkan
kurangnya pendidikan di kalangan masyarakat Vietnam itu sendiri.
Kedatangan Perancis ke Vietnam telah mengubah sedikit sistem pendidikan di negara
tersebut. Perancis telah memperkenalkan sistem pendidikan barat yang mana sistem ini telah
diperkenalkan oleh pemerintah kolonial Perancis. Penggunaan bahasa Perancis di dalam
sistem pendidikan Vietnam telah mengurangkan sedikit sebanyak perbezaan bahasa pada
masa itu. Teras pendidikan yang berlandaskan kepada penggunaan bahasa Perancis ini dapat
dilihat apabila pusat pembelajaran Perancis telah didirikan di daerah-daerah kerajaan
Vietnam. Pada tahun 1869 terdapat 126 sekolah dasar Vietnam telah didirikan dengan
jumlah pelajar seramai 4,700 orang. Pada tahun 1874, terdapat juga pendidikan persendirian
didirikan di bawah pentadbiran pemerintah.65
. Sistem pendidikan yang di lakukan dapat di
lihat memberikan keuntungan kepada pihak perancis kerana melalui hal ini, sistem
pentadbiran yang dijalankan akan dapat dilakukan dengan mudah. Namun demikian, keadaan
ini juga telah melahirkan golongan cendekiawan yang mana terdiri daripada golongan
perempuan di Vietnam.
Keadaaan sistem pendidikan berbeza bagi kerajaan Kemboja. Sistem pendidikan yang
di gubal oleh pihak Perancis tidak terlalu ketara jika di lihat daripada sudut sejarahnya dalam
aspek pendidikan. Dalam bidang pendidikan Kemboja, pendidikan yang di sediakan hanyalah
kepada pendidikan yang memberikan kepentingan kepada pihak Perancis sahaja yang mana
terdapat sebuah College du Protectorat ditubuhkan pada bulan April 1893 bagi memberikan
asas pendidikan kepada pentadbiran tempatan. 66 Kolej ini merupakan sebuah kolej
penterjemahan yang mana telah di tubuhkan oleh Pavie pada tahun 1885. Namun demikian,
sebuah sekolah Perancis telah diwujudkan sejak tahun 1973 di Phnom Penh bagi pelajar di
kalangan kanak-kanak yang mana golongan ini terdiri daripada elit Khmer.
Laos merupakan sebuah kerajaan yang kecil. Sistem pendidikan di Laos masih di
dalam pekembangan yang lembap. Hal ini kerana, kesukaran yang di hadapi yang mana
sememangnya dapat di lihat daripada sudut struktur negaranya dan bangsa yang mendiami
kerajaan ini mendapat tentangan yang hebat. Pada tahun 1937. Terdapat hanya 440 buah
sekolah di Laos yang mana penuntutnya adalah seramai 12 351 orang. Daripada jumlah ini
hanya terdapat 49 orang Perancis dan selebihnya dengan jumlah seramai 12 302 adalah
65Virgina Thompson. 1937. French Indo-China. Landon : George Allen & Unwin LTD. Hlm 284-285.
66Ruhanas harun .1998. Sejarah Indo-China Moden: Perkembangan Sosiopolitik hingga abad 20. Hlm. 31.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
28/36
28
daripada (golongan Ind0-China). Sistem pendidikan di Laos tidak hanya menempatkan
masyarakat tempatan sahaja malahan melibatkan negara Indo-China yang lain iaitu Kemboja
dan Vietnam. Dariapada jumlah 347 sekolah kuil yang mempunyai seramai 6 000 penuntut
dan 93 buah sekolah moden yang terdiri penuntut yang seramai 6300 (sebahagian besar terdiri
daripada penuntut Vietnam). Terdapat satu sahaja sekolah menengah di negara tersebut iaitu
Kolej Pavie di Vientiane yang mempunyai 110 penuntut dalam tahun 1937 (44 penuntut Laos
dan 61 Vietnam)67. Ini dapat menunjukkan di dalam sistem pendidikan di Laos, bukan sahaja
penuntut dalam kalangan masyarkat tempatan malahan melibatkan masyarakat luar.
Di Laos, golongan minoriti yang terpisah dan kepelbagaian kaum menyebakan sukar
bagi membina sekolah untuk mereka. Latihan-latihan untuk juru teknik adalah sangat
berkurangan yang mana sekolah latihan perusahan hanyalah mengeluarkan pemandu-
pemandu dan pengawal sahaja. Ini dapat di lihat bahawa sistem pendidikan di Laos ketika
kedatangan Perancis masih lagi tidak maju meskipun setelah kedatangannya ke Laos.
Keseluruhannya dapat di lihat bahawa, dalam aspek pendidikan, pihak Perancis hanya
membangunkan sistem pendidikan di negara Indo-China adalah atas kepentingan yang
tertentu yang mana memastikan bahawa pentadbiran yang di lakukan ke atas kerajaan
taklukannya berjalan dengan lancar. Hanya 8.5% sahaja yang di peruntukkan dalam
perbelanjaan negara Indo- China dalam aspek pendidikan.
Keagamaan (Penyebaran Agama Kr istian)
Asia tenggara pada awalnya merupakan kawasan yang mengamalkan kepercayaan pengaruh
agama Hindu-Budhha. Kedatangan Perancis ke dalam kerajaan Indo- china salah satunya
adalah untuk menyebarkan pengaruh agama kristian. Sebelum kedatangan Perancis ke
Vietnam penduduk negara Vietnam majoritinya adalah beragama Buddha yang mana terdiri
beberapa aliran yang berbeza seperti Mahayana, agama Taoisme, Konfusianisme. Hal ini di
sebabkan oleh penduduknya yang sebahagian besarnya menerima pengaruh daripada kerajaan
China. Buddhisme datangnya daripada Tibet manakala bagi kepercayaan Taoisme adalah
kurang dikalangan masyarakat tempatan. Hal ini mungkin di sebabkan oleh kepercayaan ini
datang daripda prinsip kerajaan China sahaja. Kepercayaan Konfusinisme tidak di gemari
67Ibid. Hlm. 148.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
29/36
29
oleh masyarakat tempatan di sebabkan terlalu banyak prinsip yang harus di pegang. Pada
awal Konfusianisme tidak disukai oleh masyarakat kerana terlalu banyak doktrin yang di
kemukan oleh pengamalnya namun perubahan telah berlaku sedikit semi sedkit mengikut arus
perubahan masa.68
Kedatangan Perancis membawa pengaruh agama kristian. Di Vietnam, masyarakattelah didedahkan dengan agama Katolik Roma yang mana agama ini di bawa oleh misionaris
Perancis yang mana mengamalkan hukum Katolik Roma. Gerakan misionaris tersebut telah
dipelopori oleh seorang Rmo Jesuit dari Perancis yang bernama Father Alexander de
Rhodes.69 Kedatangan agama ini tidak mendapat perhatian rakyat secara kesluruhannya,
malahan menimbulkan sifat Nasionalisme di kalangan massyarakat Vietnam.
Di kemboja, peranan mubaligh di dalam menyebarkan agama dapat dilihat apabila
ramai penduduk kemboja telah menganuti agama kristian. Penguasaan Perancis terhadap
Sungai Mekong telah memudahkan lagi aktiviti penyebaran agama kristian . Hal ini di
sebabkan Sungai Mekong merupakan jalan perhubungan yang mana secara tidak langsung
memudahkan penyebaran agama kristian di samping kawasan ini merupakan tumpuan
penduduk setempat. Kesannya telah mengancam tradisi orang Kemboja yang mana telah
meninggalkan tradisi yang lam dengan menganuti agama kristian. Contohnya bangsa Mon
yang mana telah mendiami kawasan rendah Sungai Mekong. Masyarakat ini merupakan
masayarakat yang mengamalkan kepercayaan terhadap ular dan juga kumpulan penduduk
yang mengamalkan kepercayaan animism.70. Kedatangan agama kriatian memberikan kesan
terhadap kepercayaan penduduk setempat sebelum ini.
Berlainan dengan kerajaan Laos, penyebarab agama kristian ini dapat di lihat di mana
Perancis telah melancarkan misinya melalui penyebaran merentasi gunung dan ganang dan
68Virgina Thompson.1937. French Indo-China. Landon: George Allen & Unwin LTD. Hlm. 54-55.
69Frank N.Tegar. 1966. Why Vietnam. New York: Fredrick A. Preager Publisher. Hlm 24-25.
70David Handler. 1998 .A History of Combodia. Thailand: Silkworm Books. Hlm 5.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
30/36
30
hutan yang mana dari hutan Vietnam dan bermula dari tebing timur Sungai Mekong. Pada
tahun 1998, Holy See telah membina kawasan baru di Laos yang mana kawasan ini
melinkungi seluruh kawasan di Lembah Mekong. Kedudukan ini adalah berdekatan dengan
Kemboja Utara. Pada abad yang ke 20, Katholik Protestan telah menjadi Mazhab yang utama
di bahagian utara Laos yang mana termasuk di kawasan Yunnan dan barat (kawasan Shan
Burma)
Infrastruktur
Kedatangan kuasa-kuasa barat ke Asia Tenggara adalah untuk memenuhi kepentingan diri
sendiri. Kemudahan-kemudahan seperti pembinaan infrastuktur di kawasan tanah jajahanya
akan memudahkan lagi sistem pentadbirannya untuk mendapatkan hasil-hasil di kawasan
tanah jajahannya yang di taklukinya. Di Kemboja, Perancis telah membuat satu kajian yang
untuk memperbaiki jalan-jalan dan perjalanan ke Sungai Mekong. Hal ini kerana, kajian
menunjukkan bahawa perladangan dapat di jalankan di kemboja dan wujudnya bahan galian
yang kaya.71 Meskipun kajian ini di jalankan, tetapi kajian yang dijalankan gagal menarik
ramai orang Eropah untuk datang ke Kemboja. Satu dasar telah di perkenalkan oleh Paul
Doumer yang mana merasakan bahawa ketegangan di Phnom Penh. KatannyaKita tidak
boleh mewujudkan satu organisasi yang membolehkan kita dapat menjalankan dasar yang
berkesan tanpa membuat satu perjanjian yang baru dengan Raja.72 Kesan dasar ini, satu
pembinaan infrastuktur telah di lakukan kearah pembangunan Kemboja. Terdapat
perkhidmatan kerja raya telah di wujudkan yang mana aktiviti ini tertumpu di dalam
memajukan pelayaran di Sungai Mekong, ,membaiki pelabuhan Phnom Penh, membina
bangunan awam, dan jalan kereta api. Kesan dasar ini telah menunujukkan hasil yang cepat
yang mana menyebabkan sebuah perkampungan dasar pada sekitar tahun 1897 telah bertukar
menjadi sebuah bandar yang memiliki pelabuhan, bangunan awam moden, kawasan
perniagaan dan jalan raya . Penggunaan lampu elektrik juga telah di perkenalkan buat
pertama kalinya dalam tahun 1902.73
Seperti Kemboja, pembinaan kemudahan infraastuktur turut dijalankan di Laos. Pada
pemulaan pembukaan Laos ini, tujuan utamannya kerana kedudukan Laos yang terasing
kedudukannya. Pembinaan infrasruktur di Loas di lakukan setelah di kenalpasti terdapat hasil
galian yang di kenalpasti di Cammon dan menimbulkan spekulasi. Kesan daripada spekulasi
71
Ruhanas harun. 1998. Sejarah Indo-China Moden: Permebangan Sosiopolitik hingga abad 20. Hlm. 31.72Ibid. hlm. 32.
73Ibid. Hlm. 34.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
31/36
31
ini Poul doumer telah menjalankan kajian untuk membina jalan kereta api Quangtri-
Savannaket dan seterusnya melalui Prabang dan Vientiane.
Namun demikian, projek ini gagal di laksanakan kerana peruntukan kewangan yang
banyak. Pihak Perancis telah menumpukan hanya untuk membina jalan raya serta jalan jalan
yang kecil. Tambahan pula, pihak Perancis turut mewujudkan sebuah syarikat pengangkutan
air yang bernama Compagnie Saigonaise de navigation yang memberikan perkhimatan
sepanjang 1600 km. Dua batang jalan raya turut di bina yang mana bermula pada selatan
Saigon ke Thakhek. Jalan ini di sifatkan jalan yang dapat di lalui ketika musim kemarau.
Jalan yanh kedua merupakan jalan yang perhubungan Laos dengan dunia luar yang paling
cepat dan maksimum. Jalan ini adalah jalan Dougha- Savanna-khet dengan kepanjanganjalan
sejauh 330 km. Bagi kawasan utara pula, jalan raya di mulakan dengan pembinaan jalan raya
di Vinh ke Vinh Xieng Khoung dan di panjangkan ke Luang Prabang yang malalui satu jalan.
Jalan ini telah diberikan nama sebagai Jalan raya ratu Astrid. Hal ini kerana, jalan ini
pernah di lalui oleh ratu Belgium. Kesemua usaha pembinaan infrastruktur ini hanyalah di
sebabkan kekayaan hasil galian yang telah di kenalpasti di Laos.
Berlainan dengan kerajaan di Vietnam, perkembangan mengenai pembinaan
infrastuktur tidak banyak di lakukan seperti yang di laksanakan di Laos dan Kemboja. Hal ini
kerana dalam kerajaan Vietnam, aspek pemberontakan dan penentangan rakyat Vietnam
terhadap Perancis lebih banyak di dedahkan berbanding pembangunan yang di jalankan.
Masyarakat
Masyarakat merupakan golongan yang penting di dalam sistem sosial. Dalam aspek ini,
Kemboja telah menerima satu perlembagaan yang baru yang mana dibuat melalui Ordian di
raja 11 Julai 1897 sebagai pampasan pengembalian hak hak istimewa raja dan bidang
kehakiam. Ini menunjukkan bahawa raja dikembalikan haknya namun perlembagaan ini
dilhamkan atas dasar Raja Boneka. Melalui perlembagaan ini juga, sistem perhambaan
kerana hutang pemiutang telah di hapuskan melalui Ordianan II Julai 1895. Ordinan ini telah
berkuatkuasa di seluruh kawasan di Kemboja namun keadaan ini terpulang kepada raja untuk
menentukan masa di dalam membebaskan hamba-hambanya. Ini menunjukkan rakyat mampu
untuk hidup tanpa bergantung kepada sesiapa termasuklah raja. Selain daripada itu, pada
tahun 1899 kerajaan turut mengharamkan perjudian.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
32/36
32
Berlainan bagi kerajaan Laos. Aspek sosial masyarakat dapat di lihat dalam sudut
megurangkan masalah pengurangan penduduk di dalam kalangan masyarakatnya. Pada awal
penguasaan Perancis di Laos terdapat masalah di dalam pentadbiran kerajaan Laos. Keadaan
ini berlaku pada tahun 1893 di mana terdapat kadar kematian yang tinggi di kawasan tengah
Laos. Mereka di halau keluar oleh siam dan menjadi mangsa kebakaran. Mereka ini hidup
berkelompok di sana sini dalam teratak sementara, sentiasa bersiapa sedia untuk lari mencari
perlindungan sebaik sahaja mendapat amaran. Melalui kenyataan ini dapat di lihat, penyebab
kepada pengurangan rakyat Laos adalah di sebabkan oleh ancaman daripada luar. Apabila
kedatangan Perancis ke Laos, keadaan menjadi aman. Kesan kedatangan Perancis adalah
mengurangkan masalah kekurangan penduduk di Laos. Pemberiaan perubatan membantu di
dalam mengurangkan wabak penyakit. Pada tahun 1936, bancian penduduk Laos
menunjukkan peningkatann jumlah penduduk dengan mencapai angka sehingga 1 012 000
berbanding 944 000 pada 1931. Kemudahan hospital dan nasihat pakar juga di berikan
kepada masyarakat Loas.
Penaklukan dan kejatuhan empayar Vietnam mengambil masa tiga puluh lima tahun
dan melalui beberapa tahap. Permulaan penaklukan ini telah berlaku pada tahun 1858 di
mana penyerangan terhadap sebuah pelabuhan yang penting bagi ibu negeri Vietnam iaitu Da
Naang (Tourane). Penaklukan yang di lakukan oleh Perancis ke atas Vietnam menyebabkanlebih banyak penentangan di lakukan oleh masyarakat Vietnam ke atas Perancis. Pada tahun
1884 satu perjanjian telah di lakukan pada bulan jun 1884 yang menyebabkan Vietnam
menjadi negera naungan Perancis dan telah menyebabkan pentadbiran terbahagi kepada dua
kumpulan. Kumpulan pertama berpendapat bahawa mereka perlu bekerjasama dengan
Perancis untuk menjaga kepentingan mereka dalam keadaaan yang seperti ini sementara
golongan kedua pula berpendapat mereka mesti menunggu masa yang sesuai untuk
mengangkat senjata bagi menghalau Perancis keluar dari Vietnam. 74 Ini menunujukkan
terdapat sesetengah masyarakat Vietnam yang ingin keluar daripada penjajahan luar. Bagi
golongan penentangan telah diketuai oleh Pemangku Raja, Ton That Thuyet.
Sifat istana Hue yang meneruskan penentangan terhadap pihak Perancis telah
menyebakan mereka menghadapi tekanan daripada Perancis, Sebuah serangan telah di
lakukan pada 5 julai 1885 namun serangan ini ternyata gagal. Pihak perancis telah
mengambil tindakan dengan menduduki seluruh Bandar Hue. Raja Ham Nghi dan Ton That
74Ibid. Hlm. 209.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
33/36
33
Thuyet telah melarikan. Peristiwa ini telah menimbulkan kemarahan orang Vietnam dan telah
meyebabkan pemberontakan berlaku di Vietnam. Pemberontakan ini di kenali dengan
Pemberontakan Cendikiawan. Golongan ini telahbangkit menentng dan membunug orang
kristian dan golongan yang di katakana bersubahat dengan Perancis. Raja Ham Nghi telah di
buang negeri ke Algeria dan Thuyet melarikan diri ke China. Perancis hanya Berjaya
menghapuskan pemberontakan pada tahun 1896.
Kedatangan dan penentangan terhadap Perancis juga telah menyebabkan penentangan
corak baru wujud di Vietnam. Golongan ini menyebarkan semangat banggakan tradisi di
kalangan masyarakat Vietnam dan perjuangan untuk menentang penjajah. Kebanyakan
cendekiawan yang menyertai perjuangan gerila dan bersenjata menentang penjajah telah mati
di dalam medan pertempuran ataupun telah dibunuh semasa di dalam tahanan, hilah daripada
penjara dan mati akibat daripada penyakit. Walaupun terdapat golongan yang kalah di dalam
peperangan, namun terdapat segelintir lagi yang terselamat yang mana golongan ini telah
melarikan diri ke Siam dan China.
Kesimpulan yang dapat di lihat daripada aspek sosial kesan daripada pentadbiran
Perancis adalah berbeza dari satu negeri dan negara yang lain yang mana keadaan pentadbiran
ini adalah bergantung dengan keadaan dan suasana sesuatu kerajaan itu. Kedatangan Perancis
ini sememangnya membawa kepada pemberontakan pada awal pentadbirannya kerana rakyat
tidak merasa selesa dengan corak pentadbiran yang di lakukan oleh pihak Perancis. Namun
demikian, kedatangan Perancis ke negara-negara Indo china ini juga membawa kepada sedikit
sudut yang positif yang mana mengubah beberapa perkara dalam aspek termasuklah di dalam
bidang sosial sendiri.
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
34/36
34
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, Perancis telah mengubah banyak sistem-sistem pentadbiran di tiga buah
negara di Indo-China iaitu Vietnam, Laos dan Kemboja. Walaupun jika dilihat Perancis masih
mengekalkan beberapa ciri-ciri sistem politik, sistem ekonomi dan sistem sosial di Indo-
China, namun pastinya terdapat beberapa aspek yang ditambah mahupun di buang untuk
kemudahan dan kepentingan pihak Perancis sebagai contohnya di dalam sistem politik diVietnam, Perancis mengekalkan Majlis Menteri-Menteri iaitu Co-Mat, namun majlis ini
dipenuhi oleh pihak Perancis sendiri, selain Perancis juga telah mewujudkan Majlis Kolonial
dan Persekutuan Indo-China. Perubahan-perubahan inilah yang menjadikan sistem di ketiga-
tiga buah negara ini kelihatan unik dan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-
masing. Sistem-sistem yang digunakan oleh Perancis juga berbeza-beza di setiap negara yang
dijajah dan dinaunginya. Hal ini kerana sistem yang diguna pakai oleh Perancis bergantung
pada kesesuaian kawasan dan sistem pentadbiran tradisional sedia ada. Jika dilihat di
Kemboja, Perancis telah mewujudkan jabatan kerja raya bagi menguruskan infrastruktur
seperti jalan raya berada dalam keadaan baik, ini kerana jalan raya menjadi penghubung untuk
ke pelabuhan seperti di Sungai Mekong, perjalanan dari kawasan pedalaman menyukarkan
penghantaran barang-barang ke pelabuhan. Berbeza infrastruktur di Vietnam adalah lebih
sedikit walaupun pemerintah kedua-dua buah negara ini adalah Perancis, ini disebabkan
pemberontakan yang sering berlaku di Vietnam. Jelaslah bahawa walau apa pun sistem yang
diwujudkan oleh pihak Perancis ia pasti adalah untuk kepentingan pihak mereka sendiri,
8/13/2019 Perbezaan Sistem Pemerintahan Perancis Di Indochina
35/36
35
walaupun tidak dapat dinafikan terdapat banyak perubahan dan kemudahan yang dilakukan
dinikmati oleh semua rakyat di Indo-China.
BIBLIOGRAFI
Abu Talib Ahmad. 1989. Sejarah Tanah Besar asia Tenggara. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia.
Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
D. J. M. Tate. 1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara, Jilid Kedua: Perubahan Ekonomi
dan Sosial. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
D.G.E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
David Handler. 1998. A History of Combodia. Thailand: Silkworm Books Westviews Presspublisher .
David P.Chandler