Perbezaan Kbsr Dengan Klsr

Embed Size (px)

Citation preview

PERBEZAAN KBSR DENGAN KLSR

NURUL SYAZWANI NOR AZMAL SITI BADRIAN MOHD YUSOFF FARHANA MOHAMAD FUZI IZZATI HAZIRAH MOHD

KLSR KLSR mula dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan. KBSR Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet initerhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapatibahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi.

KELEMAHAN KLSRMengikut kajian terhadap KLSR yang telah dilaksanakan sejak merdeka, jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti beberapa kelemahan seperti : 1. 2. Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara matapelajaran atau antara darjah.

Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalubanyak. Ini membebankan dan membosankan murid. 3. Guru dan murid selalu terdesak menghabiskan sukatanpelajaran terutama apabila ada peperiksaan. 4. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan bukuteks. Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahanpengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

KEKUATAN KBSR Kajian oleh Kementerian Pendidikan denga Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982 melalui Laporan Fasa I ( 1988) : Pembelajaran Taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan murid-murid yang mengikutikurikulum lama. Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang efektif seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkanpendapat.

Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea utama danmembuat rumusan. Melalui temuramah dengan guru-guru KBSR, didapati bahawa golongan murid-murid yang tahu membaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR dan mereka membaca lebih pantas daripada murid-murid dalam KLSR.

Sahsiah Murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan yakinserta menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka. Budaya membaca juga semakin meningkat. Murid-murid boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasamadan bertolak ansur

Pengajaran pengajaran yang berpusatkan murid, kepelbagaian aktiviti penglibatan semua murid dalam aktiviti

Menghasilkan murid-murid yang lebih berminat dalampembelajaran.

Kaedah kelas Kumpuan Rakansebayadanindividu Penggunaan pelbagai jenis bahan telah dapat memberi kepelbagaian dalam teknik pengajaran &pembelajaran Gerak kerja kumpulan

Menanamkan sifat-sifat kepimpinan dan bekerjasama di kalangan murid-murid.

KELEMAHAN KBSR Beberapa prinsi p K BSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam prosesP&P mengakibatkan : Kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Jadi kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan.

Tidak lagi bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum matapelajaran. Mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berdaya saing,berkemahiran dan mempunyai jati diri- ciri modal insan cemerlang yang dihasratkan

BANDING BEZARancangan KBSR menekankan penguasaan terhadapkemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Memberi tumpuan terhadap perkembangan individusecara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial (JERIS). Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraanjuga turut ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran,bukannya terletak pada guru agama sahaja

Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain,mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan-rakan yang berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional.