3
Perbandingan Antara Kamus Dewan Dengan Kamus Pelajar Kamus Pelajar Terkini telah diterbitkan oleh Ahmad Mahmood Musanif (1996) bertujuan untuk membantu para pelajar dan pengajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa. Kamus ini juga banyak membantu dalam masalah ejaan, sebutan, tatabahasa dan untuk membantu para pelajar menguasai perbendaharaan kata. Kamus Dewan merupakan kamus umum bahasa Melayu yang menjadi rujukan utama pengguna bahasa Melayu di Malaysia, Indonesia dan Brunie Darulsalam. Selain itu, kamus ini juga menjadi rujukan para pengkaji bahasa Melayu di seluruh dunia, terutama universiti yang mempunyai bidang yang mengkaji bahasa Melayu seperti China, Korea, England da n beberapa buah Neg ara eropah yang lain. Penerbitan Kamus Dewan ini pada tahun 1970. Manakala edisi kedua pada tahun 1989 dan ketiga 1994. Kini, Kamus Dewan edisi keempat 2005 yang memenuhi tuntutan perkembangan kosa kata bahasa Melayu. Oleh itu, dalam penerbitan kamus bahasa terdapat beberapa aspek yang dikekalkan dan ada juga aspek yang diubah mengikut perkembangan dan pengkajian tentang bahasa Melayu antara persamaan dan perbezaan antara Kamus Pelajar Terkini dengan Kamus Dewan edisi keempat ialah penggunaan lambang fonetik dalam Kamus Pelajar Terkini. Contohnya /ŋ/ dalam perkataan [waŋ]. Dengan kata lain, penggunaan lambang-lambang fonetik ini sedikit sebanyak dapat membantu pengguna kamus menuturkan perkataan tersebut dengan betul, jelas dan tepat. Selain itu, penggunaan tanda kurung siku ([….]) digunakan sebagai penanda lambang fonetik. Tanda kurung siku bertujuan untuk menanda bagaimana perkataan itu dituturkan dalam bahasa Melayu baku. Berbanding dengan Kamus Dewan yang lebih menumpukan asal-usul perkataan tersebut dan istilah dalam sesuatu bidang contohnya perkataan abadi yang berasal daripada bahasa arab danabdomen digunakan dalam istilah biologi Selain itu, dalam Kamus Pelajar Terkini juga turut menerapkan penggolongan kata bagi setiap perkataan. Hal ini demikian kerana, untuk memudahkan para pelajar dan pengguna mengetahui perkataan tersebut t ergolong dalam golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif mahupun kata sendi nama. Hal ini kerana, setiap golongan kata mempunyai peranan dan makna yang berlainan antara satu sama lain. Namun dalam Kamus Dewan tidak membuat penggolongan kata bagi setiap perkataan.

Perbandingan Antara Kamus Dewan Dengan Kamus Pelajar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

untuk rujukan

Citation preview

Perbandingan Antara Kamus Dewan Dengan Kamus Pelajar

Kamus Pelajar Terkini telah diterbitkan oleh Ahmad Mahmood Musanif (1996) bertujuan untuk membantu para pelajar dan pengajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa. Kamus ini juga banyak membantu dalam masalah ejaan, sebutan, tatabahasa dan untuk membantu para pelajar menguasai perbendaharaan kata. Kamus Dewan merupakan kamus umum bahasa Melayu yang menjadi rujukan utama pengguna bahasa Melayu di Malaysia, Indonesia dan Brunie Darulsalam. Selain itu, kamus ini juga menjadi rujukan para pengkaji bahasa Melayu di seluruh dunia, terutama universiti yang mempunyai bidang yang mengkaji bahasa Melayuseperti China, Korea, England dan beberapa buah Negara eropah yang lain. Penerbitan Kamus Dewan ini pada tahun 1970. Manakala edisi kedua pada tahun 1989 dan ketiga 1994. Kini, Kamus Dewan edisi keempat 2005 yang memenuhi tuntutan perkembangan kosa kata bahasa Melayu.Oleh itu, dalam penerbitan kamus bahasa terdapat beberapa aspek yang dikekalkan dan ada juga aspek yang diubah mengikut perkembangan dan pengkajian tentang bahasa Melayu antarapersamaan dan perbezaan antara Kamus Pelajar Terkini dengan Kamus Dewan edisi keempat ialah penggunaan lambang fonetik dalam Kamus Pelajar Terkini. Contohnya // dalam perkataan [wa]. Dengan kata lain, penggunaan lambang-lambang fonetik ini sedikit sebanyak dapat membantu pengguna kamus menuturkan perkataan tersebut dengan betul, jelas dan tepat. Selain itu, penggunaan tanda kurung siku ([.]) digunakan sebagai penanda lambang fonetik. Tanda kurung siku bertujuan untuk menanda bagaimana perkataan itu dituturkan dalam bahasa Melayu baku. Berbanding dengan Kamus Dewan yang lebih menumpukan asal-usul perkataan tersebut dan istilah dalam sesuatu bidang contohnya perkataanabadiyang berasal daripada bahasa arab danabdomendigunakan dalam istilah biologiSelain itu, dalam Kamus Pelajar Terkini juga turut menerapkan penggolongan kata bagi setiap perkataan. Hal ini demikian kerana, untuk memudahkan para pelajar dan pengguna mengetahui perkataan tersebut tergolong dalam golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif mahupun kata sendi nama. Hal ini kerana, setiap golongan kata mempunyai peranan dan makna yang berlainan antara satu sama lain. Namun dalam Kamus Dewan tidak membuat penggolongan kata bagi setiap perkataan. Akan tetapi, kamus ini lebih mementingkan makna perkataan tersebut contohnya perkataanabah.Menurut kamus iniabahmembawa dua maksud iaituarah dan ayah.Kamus Pelajar Terkini juga mengetengahkan cara perkataan itu diucapkan mengikut suku kata dan menggunakan tanda (+) bagi memisahkan suku kata. Perkara ini penting bagi pelajar yang ingin mengetahui bagaimana perkataan itu disebut dan dieja mengikut suku kata yang betul contohnya perkataanwataniahdieja seperti berikutwa+ta+ni+ah. Selain itu, penggunaan suku kata bagi mengeja perkataan yang terdapat dalam kamus ini juga memberi manfaat kepada pengguna dan pelajar untuk mengetahui kata dasar bagi setiap perkataan itu. Hal ini kerana, dalam kamus ini hanya menunjukkan cara untuk mengeja kata dasar sahaja manakala perkataan yang mengalami imbuhan tidak dieja menggunakan suku kata. Namun begitu, terdapat beberapa perkataan yang terdapat dalam dialek turut dihuraikan dalam Kamus Dewan contohnya perkataanagahyang digunakan dalam dialek Melayu Kelantan dan Terengganu yang membawa maksud bersifat sombongAntara persamaan yang terdapat dalam Kamus Pelajar Terkini dan Kamus Dewan ialah kedua-dua kamus ini turut menjelaskan makna perkataan tersebut apabila mengalami imbuhan tidak kira ianya imbuhan awalan, akhiran mahupun apitan. Hal ini kerana, apabila kata dasar mengalami imbuhan berkemungkinan peranan dan makna tersebut telah berubah dengan makna asal kata dasar. Contohnyawarisdanmewarisi. Selain itu, kedua-dua kamus ini juga menghasilkan ayat untuk memudahkan para pengguna memahami makna perkataan tersebut, contohnya bunga itu sangatwangi.Selain itu, kamus pelajar dan Kamus Dewan menggunakan nombor untuk menjelaskan makna perkataan tersebut. Hal ini kerana, setiap perkataan boleh didefinisikan dengan pelbagai makna dan peranan, Contohnya, perkataanmengabaikanboleh membawa maksud 1. tidak mengambil berat, 2. tidak penting, 3. tidak menggunakan kemudahan yang disediakan dan sebagianya. Selain itu, persamaan kedua-dua kamus ini dapat dilihat apabila kamus ini menghitamkan perkataan dengan makna yang diberikan. Hal ini kerana, bagi memudahkan pengguna untuk melihat yang mana kata dasar dan perkataan yang telah mengalami imbuhan dengan makna bagi perkataan itu. Selain itu, perkataan dalam kedua-dua kamus ini disusun mengikut abjad bagi memudahkan pelajar serta pengguna mencari perkataan yang diinginkan. Tambahan lagi, ayat bagi menerangkan makna perkataan itu menggunakan huruf condong. Penggunaan huruf condong ini untuk membezakan makna perkataan serta ayat yang dihasilkan. Oleh itu, penerbitan kamus pelajar terkini dan kamus dewan sedikit sebanyak telah memantapkan lagi pemahaman bahasa Melayu oleh kalangan masyarakat di Negara kita