Perbandingan Agama - Kristian

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 Perbandingan Agama - Kristian

    1/11

    U S 0 2 0 8 P E N G E N A L A N P E R B A N D I N G A N A G A M A | 1

    APAKAH DIA AGAMA?

    Berbagai jawapan dan definisi yang telah diberikan oleh orang tergantung dari

    sudut mana mereka melihat agama itu. Secara sederhana ada yang menyebutkan bahawa

    agama itu adalah: kepercayaan akan mahluk-mahluk halus, namun yang lainnya

    mencuba memberikan definisi yang lebih komprehensif atau deskripsi mengenai praktik-

    praktiknya.

    Ahli Antropologi menggambarkan keyakinan dan praktik agama seperti yang dapat

    diamati dalam komunitas yang hidup. Agama dalam komunitas ini membantu

    menyatukan orang-orang melalui pengalaman yang dilakukan bersama dan pemberian

    makna pada kehidupan mereka. Agama menyediakan pola perilaku manusia, sering

    sebagai tanggapan atas kesukaran hidup.

    Ahli Sosiologi menekankan dimensi sosial dari idea-idea keagamaan. Agama

    menyediakan jalan yang disepakati dalam melihat dunia ini. Ia memberikan kepada setiap

    individu manusia rasa tentang makna dan tujuan hidup sosialnya.

    Ahli Jiwa menjelaskan agama sebagai pemenuhan akan kebutuhan kejiwaan dalam

    mengatasi konflik-konflik batin, dan bagaimana agama itu berperan dalam kesejahteraan

    jiwa manusia itu.

    Ahli Sejarah menjelaskan agama dalam hubungan kejadian-kejadian yang dihasilkan

    kepercayaan dari dulu sampai sekarang.

    Ahli Teologi berkenaan dengan agama dalam lingkungannya sendiri, mengenai

    pertanyaan apakah hal itu benar atau salah, dan bagaimana manusia menanggapi agamaitu.

    Ahli-ahli lain berusaha melihat perilaku beragama dan agama itu sendiri dalam hubungan

    dengan disiplin ilmu pengetahuan masing-masing.

  • 8/2/2019 Perbandingan Agama - Kristian

    2/11

    U S 0 2 0 8 P E N G E N A L A N P E R B A N D I N G A N A G A M A | 2

    Dalam penyelidikan agama-agama yang menyeluruh, kita mengenal setidaknya dua

    macam studi agama, yaitu:

    1. Sejarah Agama (History of Religions) berusaha untuk mengerti agama dari sejarahnya

    di masa lalu sampai sekarang dan hal-hal apa yang berkembang dalam agama itu, jadi

    sifatnya penyelidikan yang mendalam dan vertikal atas agama tertentu

    2. Perbandingan Agama (comparative religions) mencoba melakukan pendekatan atas

    agama melalui perbandingkan antara satu agama dengan agama lainnya.

    MENGAPA WUJUD PELBAGAI AGAMA?

    Dunia menyaksikan pelbagai agama lahir dan dianuti oleh manusia. Agama-

    agama ini berbeza daripada segi nama, kepercayaan, ajaran, kitab suci, asal-usul, amalan

    ibadat, tujuan dan sebagainya. Ada agama yang berkonsepkan Monoteisme, Politeisme,

    Henoteisme, Panteisme dan sebagainya. Setiap agama mempunyai para penganut yang

    sentiasa mendokong ajaran dan kepercayaan agama itu.

    Daripada segi tujuan, agama-agama itu membawa tujuan yang tersendiri. Ada yang sama

    dengan yang lain dan ada yang berbeza-beza malah bertentangan dengan yang lain.

    Namun secara umumnya, semua agama bertujuan mengabdikan diri kepada Tuhan dan

    memohon kebahagiaan, kejayaan, dan kebebasan hidup di dunia. Ini bermakna, agama

    adalah penyebab yang membolehkan manusia Berjaya dan bahagia.

    Walau bagaimanapun, beberapa masalah timbul dalam konteks agama yang banyak ini.

    Antaranya adalah mengapa perlu ada banyak agama sedangkan tujuannya sama? Adakah

    semua agama di dunia ini benar belaka? Adakah kesemuanya dapat menolong manusia

    mencapai tujuan utama dalam beragama? Itu adalah antara persoalan yang timbul apabila

    kita mula mengkaji isu agama yang berbeza ini.

    Jelasnya, tidak mungkin semua agama adalah agama yang benar. Ini kerana, masing-

    masing membawa ajaran yang berbeza seperti konsep ketuhanan yang tidak sama,

  • 8/2/2019 Perbandingan Agama - Kristian

    3/11

    U S 0 2 0 8 P E N G E N A L A N P E R B A N D I N G A N A G A M A | 3

    kepercayaan dan amalan yang bertentangan dan sebagainya. Yang pasti, antara

    kebanyakan agama itu, pasti ada satu agama yang benar. Iaitu agama Islam yang benar-

    benar diturunkan oleh Tuhan supaya diikuti dan diamalkan oleh semua manusia.

    KRISTIAN

    Agama Kristian adalah agama besar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut,

    atau sepertiga jumlah penduduk dunia. Kristian adalah sebuah agama monotheis yang

    berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan

    dalam karya-karya para pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Agama Kristian berkongsi

    semua kitab-kitab dalam Alkitab Ibrani dengan agama Yahudi dan sebab itu agama inijuga digelar sebuah agama usulan Abraham. Penganut Kristian atau Nasrani mengikuti

    ajaran Jesus Christ. Jesus dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih'.

    Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan dan cara sembahyang yang memegang pada adat

    resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan

    sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:

    1. Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan anggaran 1.2 bilion penganutyang telah dibaptis),

    2. Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),3. Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Anglikanisme, Reformasi,

    Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme)

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bumihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Agamahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Baruhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Alkitab_Ibranihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Yahudihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abrahamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jesus_Christhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=%27Al-Masih%27&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Katolikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_Kristian_Orthodoks_Timurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Protestanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Anglikanismehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Anglikanismehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Protestanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_Kristian_Orthodoks_Timurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Katolikhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=%27Al-Masih%27&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Jesus_Christhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abrahamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Yahudihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Alkitab_Ibranihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Baruhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Agamahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bumi
  • 8/2/2019 Perbandingan Agama - Kristian

    4/11

    U S 0 2 0 8 P E N G E N A L A N P E R B A N D I N G A N A G A M A | 4

    AGAMA KRISTIAN MENURUT AL-QURAN

    Agama Islam menolak dakwaan kepercayaan orang-orang mengenai Al-Masih

    anak maryam telah mati disalib. Hal ini disanggah islam kerana yang mati disalib itu

    bukan Nabi Isa tetapi ialah seseorang pembelot bernama Judas Ascariot yang Allah telah

    tukar paras mukanya dan suara seperti nabi Isa. Firman Allah ta`alaa dalam Surah An-

    Nisa, ayat 157

    157. dan juga (disebabkan) dakwaan mereka Dengan mengatakan: "Sesungguhnya Kami

    telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". padahal mereka tidak

    membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi

    mereka (orang Yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). dan Sesungguhnya orang-orang

    Yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada Dalam

    keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). tiada sesuatu

    pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-

    mata; dan mereka tidak membunuhnya Dengan yakin.

    Menurut ajaran agama islam, Nabi Isa disebut sebagai Al-Masih dan disebut juga Ibnu

    maryam, Nabi Isa juga adalah seorang hamba Allah iaitu makhluk yang dijadikan tuhan

    dan Nabi Isa juga adalah manusia biasa yang dilahirkan tanpa berbapa. Firman Allah

    Ta`ala:

  • 8/2/2019 Perbandingan Agama - Kristian

    5/11

    U S 0 2 0 8 P E N G E N A L A N P E R B A N D I N G A N A G A M A | 5

    45. (ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! bahawasanya Allah memberikan

    khabar Yang mengembirakanmu, Dengan (mengurniakan seorang anak Yang Engkau

    akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-

    Masih, Isa Ibni Maryam, seorang Yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga

    dari orang-orang Yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).

    ( surah Ali Imran,45)

    Dalam Al-quran juga ada menerangkan bahawa nabi Isa bukan tuhan dan bukan juga

    anak tuhan seperti firman Allah Ta`alaa:

    17. Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang Yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah

    Al-Masih Ibni Maryam) Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Dakwaan itu tidak benar)

    kerana siapakah Yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau ia mahu

    membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang Yang ada di

    muka bumi semuanya?" dan (ingatlah) bagi Allah jualah Kuasa pemerintahan langit dan

    bumi dan Segala Yang ada di antara keduanya. ia menciptakan apa jua Yang

    dikehendakiNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

    ( surah Almaidah 17)

    dan firman Allah lagi:

  • 8/2/2019 Perbandingan Agama - Kristian

    6/11

    U S 0 2 0 8 P E N G E N A L A N P E R B A N D I N G A N A G A M A | 6

    91. Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang Tuhan

    bersamaNya; (Kalaulah ada banyak Tuhan) tentulah tiap-tiap Tuhan itu akan Menguasai

    dan menguruskan Segala Yang diciptakannya Dengan bersendirian, dan tentulah

    setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya Yang lain. Maha suci Allah dari

    apa Yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.

    Ayat diatas menerangkan bahawa Allah tidak beranak dan tidak ada tuhan lain selain

    daripadanya. Ucapan orang nasrani yang mengatakan Al-masih anak Allah adalh meniru

    dan meyerupai ucapan orang-orang kafir yang dahulu yang mengatakan allah tidak

    beranak.

    Mengenai Kitab-kitab suci, di dalam al-Quran banyak menyatakan tentang Kitab Taurat

    yang telah dianugerahkan kepada Nabi Musa sebagaimana firman Allah Ta`ala:

    Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, Yang mengandungi petunjuk dan

    cahaya Yang menerangi; Dengan Kitab itu Nabi-nabi Yang menyerah diri (kepada Allah)

    menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan

    pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara

    dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah

    menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan

    Menurut Al-Quran Bani Israil telah melupakan sebahagian kitab-kitab yang telah

  • 8/2/2019 Perbandingan Agama - Kristian

    7/11

    U S 0 2 0 8 P E N G E N A L A N P E R B A N D I N G A N A G A M A | 7

    diturunkan, hal ini ada dinyatakan dalam surah ali imran ayat 23

    23. tidakkah Engkau pelik memikirkan (Wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang

    (Yahudi) Yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab

    Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara Yang timbul) di

    antara mereka. Ahli-ahli satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan

    dan hukum Kitab Allah itu).

    PERBEZAAN KRISTIAN DENGAN ISLAM

    Perbezaan antara kedua-dua agama ini luas untuk kita diskusikan, banyak sudut-

    sudutperbezaan yang ada. Oleh kerana anda tidak spesifikkan perbezaan tersebut, saya

    sentuh secara agak luas tetapi ringkas.

    PERBEZAAN DARI SUDUT MASA

    Agama Kristian sudah berusia lebih 2000 tahun manakala Islam jauh lebih lama,

    iaitu semenjak turunnya Nabi Adam ke dunia..

    PERBEZAAN DARI SUDUT PEMBAWANYA

    Kristian dibawa oleh Nabi Isa a.s, yang dikenali juga sebagai Jesus. Dia

    dinamakan Jesus kerana dialah penyelamat kaum Bani Israil. Islam dibawa oleh Nabi

  • 8/2/2019 Perbandingan Agama - Kristian

    8/11

    U S 0 2 0 8 P E N G E N A L A N P E R B A N D I N G A N A G A M A | 8

    Muhammad SAW, yang juga dikenali sebagai Ahmad. Di dalam Bible, Nabi Muhammad

    juga dikenali sebagai Seumpama Musa, Nabi Itu, Pahlawan, Yang Tidak Dapat

    Membaca, Paracletos, Penghibur, Roh Kebenaran, Himada, Dia Yang Datang

    Kemudian Daripadaku, Dia Yang Digerakkan Dari Timur dan lain-lain.

    PERBEZAANDARI SEGI PENERIMAAN

    Agama Kristian menolak pembawa agama Islam iaitu Nabi Muhammad dan

    melabelnya sebagai syaitan. Agama Islam pula menerima dan mengimani Isa (Jesus)

    sebagai salah seorang Rasul. Mana-mana orang Islam yang tidak mengimani Isa sebagai

    Rasul, maka imannya dikira rosak.

    Bahkan ibu kepada Isa iaitu Maryam sangat dimuliakan dalam al-Quran hinggakan salah

    satu daripada surah dalam al-Quran dinamakan surah Maryam. Tidak ada surah bernama

    Aminah- ibu Nabi Muhammad tetapi ada surah sempena nama ibu kepada Isa. Tidak ada

    nama surah sempena nama isteri-isteri Muhammad seperti Khadijah, Aisyah, Zainab dan

    tidak ada juga surah sempena nama Fatimah, anaknya. Hal ini menunjukkan Nabi

    Muhammad memang tidak ada pilihan untuk berbuat sesuka hati dengan isi kandungan

    al-Quran. Kerana apa? Kerana isi kandungan al-Quran itu sepenuhnya datang daripada

    Allah.

    PERBEZAAN DARI SEGI SUMBER

    Ajaran Kristian bersumberkan kitab Bible yang terdiri daripada The Old

    Testament (Perjanjian Lama) dan The New Testament (Perjanjian Baru) manakala agama

    Islam bersumberkan kitab suci al-Quran, yang juga dikenali sebagai The Last Testament

    (Perjanjian Terakhir).

  • 8/2/2019 Perbandingan Agama - Kristian

    9/11

    U S 0 2 0 8 P E N G E N A L A N P E R B A N D I N G A N A G A M A | 9

    PERBEZAAN DARI SEGI ISI KANDUNGAN SUMBER

    Isi kandungan Bible bercampur-aduk antara firman Tuhan, sabda Jesus dengan

    tulisan para sejarahwan. Perjanjian Akhir pula berisi firman Tuhan semata-mata. Sabda

    Nabi Muhammad dinamakan hadis dan tidak bercampur dengan al-Quran. Nukilan para

    sejarahwan Islam pula dinamakan tarikh dan tidak bercampur dengan al -Quran ataupun

    hadis. Dengan itu, al-Quran solid 100% firman Tuhan.

    PERBEZAAN DARI SEGI MATLAMAT

    Agama Kristian bermatlamat untuk menyelamatkan kaum Bani Israil sahajamanakala agama Islam bermatlamat untuk menyelamatkan seluruh umat manusia.

    PERBEZAAN DARI SEGI AKIDAH

    Umumnya Kristian menyembah tiga Tuhan dalam satu yang dikenali sebagai

    triniti ataupun trinitas. Triniti ini ada beberapa versi dan yang paling popular ialah

    kesatuan antara Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ketiga-tiganya dianggap setara dan satu

    peribadi. Islam pula menyembah Tuhan Yang Esa iaitu Bapa sahaja. Umat Islam

    menyembah Bapa seorang. Bagi Islam, Anak, Roh Kudus, Mariam ataupun yang lain-lain

    bukanlah Tuhan tetapi makhluk. Namun begitu, ada sebilangan kecil umat Kristian yang

    berfahaman Unitari- yang menyembah Bapa sebagai satu-satunya Tuhan sebenar.

    PERBANDINGAN ANTARA KRISTIAN DAN ISLAM

    1. Agama Kristian hanya diperuntukkan bagi Bani Israel saja, sedangkan Islamdiperuntukkan bagi seluruh umat manusia.

    2. Agama Kristian hanya berlaku sejak zaman Nabi Isa sampai diutusnya Nabi

  • 8/2/2019 Perbandingan Agama - Kristian

    10/11

    U S 0 2 0 8 P E N G E N A L A N P E R B A N D I N G A N A G A M A | 10

    Muhammad, sedangkan Islam berlaku semenjak diutusnya Muhammad saw

    sampai akhir zaman.

    3. Kitab suci agama Kristiian sudah tidak sebagaimana aslinya, sedangkan kitab suciumat Islam (Al-Quran) akan senantiasa dijaga keasliannya oleh Allah.

    4. Syariat agama Kristen merupakan syariat yang terlalu lembut dan lebihmengedepankan aspek kasih sayang (karenanya sering disebut sebagaisyariat al-

    fadhl, sedangkan syariat agama Islam merupakan syariat pertengahan antara

    ketegasan / keadilan dan kasih sayang.

    KESIMPULAN

    Sebenarnya perbezaan antara Islam dan Kristian lain sangat jauh bezanya. Hanya

    Islam yang dapat mengemukakan penyelesaian kepada semua masalah hidup manusia,

    sejak dulu hingga Kiamat . Akidah tauhid yang jelas, fikrah yang meliputi seluruh bidang

    hidup manusia, ajarannya yang bersifat ilmiah dan saintifik adalah bukti yang nyata

    bahawa Islam agama yang hak. Dibandingkan dgn agama-agama lain, kedudukan Islam

    begitu tinggi sekali. Hanya manusia yang tidak sihat akalnya boleh menerima ajaran

    selain Islam.

    Kristian adalah agama yang tidak sempurna. Bukan saja ajarannya sekadar menekankan

    ritual semata-mata, bahkan kepercayaan 'trinity' itu sukar bagi akal yang rasional

    menerimanya. Kristian tidak memberi jaminan apa-apa kepada kezaliman dan

    kemungkaran yang berlaku berleluasa dalam masyarakat. Sebab itulah Kristian ditolak di

    negara-negara yang majoritinya penganut Kristian. Mereka sekadar Kristian pada nama

    dan upacara saja.

    Yang menjadi masalah kepada kita ialah dakyah Kristian yang begitu berleluasa di dunia

    ketiga (negara yang ramai muslimin). Ini mungkin ada udang disebalik batu. Dakyah ini

  • 8/2/2019 Perbandingan Agama - Kristian

    11/11

    U S 0 2 0 8 P E N G E N A L A N P E R B A N D I N G A N A G A M A | 11

    ditaja oleh dunia Kritian antarabangsa. Majoriti umat Islam pula tidak memahami fikrah

    Islam yang asli. Mereka (muslimin), seperti Kristian, hanyalah Islam pada nama dan

    keturunan. Mereka tidak kenal akidah Islam seperti pendakyah Krisitan mengenali Islam.

    Keadaan ini amat membimbangkan. Oleh itu kita selaku muslim perlu harus lebih peka

    dengan keadaan agar tidak mudah terjerumus ke dalam dakyah kristian ini dan semoga

    kita semua terselamat dari pembohongan ini.

    2,158 PERKATAAN