12
PUASA DALAM AGAMA KRISTIAN

Puasa Dalam Agama Kristian

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KRISTIAN

Citation preview

Page 1: Puasa Dalam Agama Kristian

PUASA DALAM AGAMA

KRISTIAN

Page 2: Puasa Dalam Agama Kristian

Puasa dalam agama Kristian

• Memandangkan amalan berpuasa juga telah diamalkan oleh agama-agama sebelum zaman kedatangan Jesus, amalan berpuasa juga dilakukan oleh Jesus dan Nabi-nabi terdahulu. Hal ini banyak direkodkan dalam Bible (Perjanjian Lama),

Page 3: Puasa Dalam Agama Kristian

Mathew 6:16

• Dan apabila kamu berpuasa, janganlah muram mukamu seperti orang munafik. Mereka mengubah air mukanya, supaya orang melihat bahawa mereka sedang berpuasa. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya mereka sudah mendapat upahnya.Tetapi kalau kalian berpuasa, cucilah mukamu dan sisirlah rambutmu, supaya tak ada yang tahu bahwa kalian berpuasa, kecuali Bapamu yang tidak kelihatan itu saja. Dia melihat perbuatanmu yang tersembunyi itu dan akan memberi upah kepadamu."(Mathew 6:16)

Page 4: Puasa Dalam Agama Kristian

Bilakah penganut Kristian berpuasa??

• Dalam agama Kristian waktu berpuasa tidak ditetapkan secara spesifik oleh agama,

• contohnya mazhab Kristen Protestan tidak mewajibkan untuk berpuasa,

• sedangkan Kristen Katolik mewajibkan untuk berpuasa pada waktu-waktu tertentu.

Page 5: Puasa Dalam Agama Kristian

• Amalan berpuasa dalam agama Kristian pada masa ini telah mengalami perubahan apabila tidak ada pengkhususan terhadap amalan berpuasa apabila ia dianggap perbuatan sukarela.

• Ada mazhab Kristian yang menganggap Bible hanya memperkenalkan puasa sebagai sesuatu yang baik, berguna dan digalakkan

Page 6: Puasa Dalam Agama Kristian

• Namun tradisi pernah membuktikan penganut Kristian (Katolik) berpuasa selama 40 hari bermula dari “Ash Wednesday” sehingga hari “Easter”.

• Mereka juga berpuasa pada hari “Good Friday”, “Rogetion Days”, “Ember Day” dan hari-hari lain secara sukarela.

Page 7: Puasa Dalam Agama Kristian

Bagaimana orang Kristian berpuasa

• Justeru amalan berpuasa dalam agama Kristian boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk mengikut mazhab Kristian yang ada, baik dengan menahan diri dari makan dan minum,

hanya memakan daging, hanya memakan sayur dan air putih, berpuasa dengan tidak bersuara dan juga berpuasa sehingga 40 hari 40 malam lamanya.

Page 8: Puasa Dalam Agama Kristian

Berikut disertakan contoh-contoh berpuasa seperti mana yang dilaporkan di dalam Bible :

a) Puasa hanya dengan tidak memakan yang lain seperti hanya makan sayur dan minum air putih (Daniel 10:3)

b) Puasa dalan rangka berkabung selama 21 hari atau 3 minggu (Daniel 10:2)

c) Puasa untuk mendengar suara Tuhan (Acts 13:2-3)d) Puasa tanpa makan dan minum (Matthew 11:18)e) Puasa 3 hari 3 malam tidak makan dan tidak minum (Est 4:16)f) Puasa tidak makan dan semalaman berbaring di tanah (2 Sam 12:16)g) Puasa selama 3 hari 3 malam tidak makan, tidak minum dan tidak

melihat ( Acts 9:9, Yunus 1:17)h) Puasa 7 hari 7 malam tidak bersuara (2:13)i) Puasa selama 40 hari 40 malam (Exodus 24:16, Exodus 34:28, 1 Kings

19:8, Jonah 3:4-5, Matthew 4:2)

Page 9: Puasa Dalam Agama Kristian

Tujuan / kebaikan :

• Firman Tuhan tidak memberi perintah supaya orang Kristian berpuasa.

• Tuhan tidak meminta atau menuntutnya daripada orang-orang Kristian.

• Pada masa yang sama Alkitab menyatakan bahawa puasa itu baik dan menguntungkan.

Page 10: Puasa Dalam Agama Kristian

• Sebenarnya puasa bertujuan mengalihkan pandangan kita daripada perkara-perkara dunia untuk fokus sepenuhnya kepada Tuhan.

• Puasa merupakan cara untuk menyatakan kepada Tuhan dan diri sendiri bahawa kita bersungguh-sungguh dalam perhubungan dengan Dia.

• Berpuasa membantu kita untuk mendapatkan sudut pandangan baru dan memperbaharui kebergantungan kita kepada Tuhan.

Page 11: Puasa Dalam Agama Kristian

• Berpuasa bukan bertujuan menyiksa tubuh, tetapi untuk mengarahkan semula perhatian kita kepada Tuhan.

• Berpuasa juga tidak boleh dijadikan salah satu kaedah untuk menurunkan berat badan.

• Tujuan berpuasa bukan untuk mengurangkan berat badan melainkan untuk mendapatkan perhubungan lebih dalam dengan Tuhan.

Page 12: Puasa Dalam Agama Kristian

• Kita berpuasa juga bukan untuk kelihatan lebih rohani daripada orang lain.

• Berpuasa perlu dilakukan dalam roh yang rendah hati dan sikap hati yang penuh sukacita