16
PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA SURAU AN NUR PUTRA NILAI Fasal 1 NAMA 1.1 Surau ini dikenali dengan nama: SURAU AN NUR (kariah Kasturi Heights, Desa Casuarina dan Desa Melati dan taman-taman berdekatan) Selepas ini disebut “Surau” Fasal 2 TEMPAT URUSAN 2.1 Alamat dan tempat urusan Surau ialah: Surau An Nur Jalan Kasturi 6, Kasturi Heights Putra Nilai 71800 Nilai Negeri Sembilan Darul Khusus Atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa. Fasal 3 TUJUAN / MATLAMAT 3.1 Mengadakan kelas-kelas, ceramah, program kerohanian dan sebagainya yang berkaitan dengan agama Islam untuk ahli-ahli kariah. 1

Peraturan Surau An Nur Kasturi Height

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Peraturan Surau An Nur Kasturi Height, Putra Nilai, Nilai, Negeri Sembilan.

Citation preview

Page 1: Peraturan Surau An Nur Kasturi Height

PERATURAN-PERATURAN

JAWATANKUASA SURAU AN NURPUTRA NILAI

Fasal 1 NAMA

1.1 Surau ini dikenali dengan nama:

SURAU AN NUR (kariah Kasturi Heights, Desa Casuarina dan Desa Melati dan taman-taman berdekatan)

Selepas ini disebut “Surau”

Fasal 2 TEMPAT URUSAN

2.1 Alamat dan tempat urusan Surau ialah:

Surau An NurJalan Kasturi 6, Kasturi Heights Putra Nilai 71800 NilaiNegeri Sembilan Darul Khusus

Atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa.

Fasal 3 TUJUAN / MATLAMAT

3.1 Mengadakan kelas-kelas, ceramah, program kerohanian dan sebagainya yang berkaitan dengan agama Islam untuk ahli-ahli kariah.

3.2 Menjalankan aktiviti sosial dan kemasyarakatan demi untuk kebajikan dan kesejahteraan ahli kariah.

3.3. Mengeratkan tali silatulrahim dan memupuk semangat kejiranan sesama ahli kariah serta ahli kariah lain di bawah naungan Masjid Putra Nilai.

1

Page 2: Peraturan Surau An Nur Kasturi Height

Fasal 4 KEAHLIAN

4.1 Semua Muslimin dan Muslimat yang tinggal di Kasturi Heights, Desa Casuarina, Desa Melati serta taman-taman berhampiran secara otomatik adalah ahli Surau. Ahli selepas ini dirujuk sebagai warga kariah.

4.2 Ketua keluarga/wakil dikehendaki mengisi borang pendaftaran yang disediakan dan dihantar kepada Setiausaha atau mana-mana Ahli Jawatankuasa untuk tujuan pendaftaran dan rekod.

4.3 Ahli-ahli disarankan agar dapat mengadakan atau mempunyai alamat e-mail sendiri bagi tujuan menerima maklumat-maklumat daripada ahli jawatankuasa surau.

Fasal 5 SUMBANGAN

5.1 Bayaran masuk dan sumbangan yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

Pendaftaran Keahlian – PERCUMA

Sumbangan Bulanan - RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) untuk satu keluarga.

5.2 Sumbangan daripada warga kariah adalah amat digalakkan untuk menampung kos penganjuran program/aktiviti yang telah dirancang dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Surau.

5.3 Sumbangan bulanan harus dijelaskan kepada Bendahari dalam tempoh 14 hari dari awal bulan atau secara lump sum.

Fasal 6 MESYUARAT AGUNG

6.1 Pengelolaan dan pentadbiran Surau ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Surau yang dilantik melalui Mesyuarat Agung warga kariah. Sekurang-kurangnya satu perempat (¼) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda bilangan ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

2

Page 3: Peraturan Surau An Nur Kasturi Height

6.2 Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang

telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguh itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat dan boleh membuat keputusan yang melibatkan semua ahli tetapi tidaklah berkuasa meminda Peraturan Surau.

6.3 Mesyuarat Agung Tahunan bagi Surau hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhir tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 Mac tiap-tiap tahun pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda utama Mesyuarat Agung ialah:

6.3.1 Menerima laporan Pengerusi Jawatankuasa berkenaan perjalanan Surau di dalam tahun lalu.

6.3.2 Menerima laporan Bendahari dan Penyata Kewangan yang telah diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira bagi tahun yang lalu.

6.3.3 Memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-Kira untuk 2 tahun yang akan datang.

6.3.4 Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

6.4 Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu Agenda Mesyuarat termasuk salinan Peringatan Mesyuarat dan Laporan serta Penyata Kira-Kira bagi tahun lalu yang telah diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dipamerkan untuk dirujuk oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Surau.

6.5 Mesyuarat Agung Khas bagi Surau ini boleh diadakan:

6.5.1 bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau6.5.2 atas permintaan beramai-ramai secara bertulis oleh tidak kurang

dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Surau.

6.6 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

6.7 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat.

6.8 Jika selepas setengah jam Mesyuarat Agung Khas dipanggil pada tarikh yang ditetapkan, korum tidak mencukupi maka Mesyuarat

3

Page 4: Peraturan Surau An Nur Kasturi Height

tersebut dengan sendirinya terbatal. Dan Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan dalam masa 3 bulan dari tarikh tersebut.

6.9 Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan sebeberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

Fasal 7 PEMILIHAN DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Surau An Nur yang ahli-ahlinya seperti berikut hendaklah dipilih dua (2) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:

7.1.1 seorang Pengerusi7.1.2 seorang Setiausaha7.1.3 seorang Bendahari7.1.4 9 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) Biasa. Sekurang-kurangnya 1

(satu) orang ahli hendaklah dipilih untuk mewalili setiap taman iaitu masing-masing Kasturi Heights, Desa Casuarina, Desa Melati dan taman-taman berhampiran.

7.1.5 AJK Biasa yang dilantik oleh Pengerusi yang bilangannya bergantung kepada kesesuaian dan keperluan.

7.1.6 Dua orang Pemeriksa Kira-Kira (Bukan AJK Surau)

Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari adalah ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco).

7.2 Ahli-ahli Jawatankuasa Surau hendaklah terdiri daripada warga kariah.

7.3 Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua AJK boleh dilantik semula.

7.4 Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Surau dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Surau mengikut dasar am yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidak boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa mestilah senantiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatan dan program dalam tahun lalu kepada Mesyuarat Agung Tahunan.

7.5 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 2 bulan. Panggilan mesyuarat biasa hendaklah disampaikan

4

Page 5: Peraturan Surau An Nur Kasturi Height

kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu oleh Setiausaha bagi pihak Pengerusi secara bersurat atau dengan SMS. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Khas Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum Mesyuarat Biasa atau Mesyuarat Khas.

7.6 Jika timbul perkara-perkara yang mustahak berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:

7.6.1 Masalah yang dibangkitkan dan cadangan penyelesaian hendaklah dibutirkan dengan terang didalam surat pekeliling yang diedarkan kepada setiap ahli Jawatankuasa.

7.6.2 Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan untuk kelulusan.

7.6.3 Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak tertakluk kepada Perenggan 7.6.2.

Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Jawatankuasa dalam mesyuarat berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan didalam minit mesyuarat.

7.7 Ahli Jawatankuasa yang tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa sebanyak 3 (tiga) kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah akan gugur keahliannya sebagai AJK.

7.8 Jika seseorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletak jawatan secara bertulis kepada Setiausaha dan diterima oleh Jawatankuasa, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang diadakan.

7.9 Perlantikan imam-imam tetap Surau serta penentuan kadar dan pembayaran sagu hati bulanan adalah di bawah bidangkuasa Jawatankuasa. Imam-imam dianggap sebagai pegawai Surau yang bukan AJK. Imam-imam hendaklah dijemput untuk turut hadir dalam Mesyuarat Biasa atau Mesyuarat Khas Jawatankuasa. Imam I hendaklah menyediakan jadual penggiliran tugas imam-imam.

5

Page 6: Peraturan Surau An Nur Kasturi Height

7.10 Program Majlis Ilmu khususnya majlis ceramah dan penceramah

yang akan dijemput hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Jawatankuasa. Peraturan ini terpakai juga kepada usaha/cadangan untuk membawa jemaah dari luar kariah yang hendak mengadakan program di Surau An Nur.

7.11 Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil atau Biro jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada seorang ahli Jawatankuasa untuk menerajuinya. Di antara biro yang boleh ditibuhkan oleh Jawatankuasa adalah Biro Sosial Dan Kebajikan, Biro Pendidikan, Biro Penyelenggaraan Dan Logistik, Biro Ekonomi dan Biro Hal Ehwal Wanita. Jawatankuasa Kecil atau Biro hendaklah menjalankan tugas seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.

Fasal 8 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

8.1 Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat berkenaan. Pengerusi tidak mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Pengerusi diberi kuasa untuk melantik AJK Biasa seperti pada Klausa 7.1.5. Pengerusi atau Setiausaha dan Bendahari hendaklah menandatangani semua cek Surau. Pengerusi boleh mewakilkan kepada mana-mana AJK untuk mempengerusikan sesuatu mesyuarat jika ia tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

8.2 Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Surau mengikutundang-undang dan hendaklah ia menjalankan keputusan Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli atau pangkalan data yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat lahir, alamat rumah, nombor telefon, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan serta nama waris. Ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat peringatan/minit mesyuarat. Bendahari dan Pengerusi atau Setiausaha hendaklah menandatangani semua cek Surau. Setiausaha hendaklah dalam masa 14 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan notis panggilan mesyuarat dan penyata tahunan Surau kepada semua ahli-ahli.

8.3 Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua pentadbiran dan hal kewangan Surau. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab mempastikan pembayaran yang telah diluluskan Jawatankuasa

6

Page 7: Peraturan Surau An Nur Kasturi Height

dilunaskan dalam tempoh yang munasabah. Bendahari dan Pengerusi atau Setiausaha hendaklah menandatangani semua cek Surau.

8.4 Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa Eksekutif (Exco) dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

Fasal 9 KEWANGAN

9.1 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam Peraturan-Peraturan ini, wang Surau ini hanya boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Surau, termasuk belanja pentadbiran dan perbelanjaan pegawai-pegawai, kakitangan yang bergaji.

9.2 Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih dari RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) pada satu-satu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan kedalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa ialah Bank Islam Malaysia Berhad, Cawangan Nilai. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Surau An Nur, Kasturi Heights.

9.3 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Surau hendaklah ditandatangani bersama oleh Bendahari dan Pengerusi atau Setiausaha (2 penanda tangan)

9.4 Tiap-tiap pengeluaran, penggunaan dan pembayaran dengan wang atau cek mesti dituruti dengan baucer.

9.5 Perbelanjaan:

9.5.1 Perbelanjaan kurang daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) bagi satu-satu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama-sama Bendahari/ atau Setiausaha.

9.5.2 Perbelanjaan sebanyak RM500.00 atau lebih bagi satu-satu masa tidak boleh dibayar tanpa diluluskan terlebih dahulu oleh Mesyuarat Jawatankuasa.

9.5 Penyata darihal wang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik di bawah Fasal 10 Peraturan ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata Kira-kira yang telah diperiksa itu hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Biasa Jawatankuasa sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya untuk kelulusan. Satu salinannya hendaklah dibekalkan untuk rujukan/semakan ahli di tempat urusan Surau.

7

Page 8: Peraturan Surau An Nur Kasturi Height

9.6 Tahun Kewangan Surau ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.

Fasal 10 PEMERIKSA KIRA-KIRA

10.1 Dua orang yang bukannya AJK Surau boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.

10.2 Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Surau bagi satu tahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi memeriksa kira-kira Surau bagi mana-mana masa didalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

Fasal 11 PERNIAGAAN

11.1 Surau boleh menjalankan aktiviti perniagaan yang halal dari segi hukum syarak untuk menjana pendapatan bagi menampung kos penyelenggaraan atau menganjurkan aktiviti-aktiviti yang bermanafaat untuk umat Islam di kariah ini.

Fasal 12 HARTA WAKAF

12.1 Jika ahli atau sesiapa ingin mewakafkan harta mereka kepada Surau semasa hidup atau selepas mati mesti membuat surat wasiat semasa dalam keadaan sihat dan waras pemikiran mereka semasa hidup.

12.2 Surat wasiat mestilah diserahkan semasa hidup ke Jawatankuasa Surau untuk disimpan.

Fasal 13 TABUNG AMANAH

13.1 Tabung Amanah seperti Tabung Badan Khairat Kematian, Tabung Pelajaran atau Tabung Bencana dan lain-lain boleh diwujudkan mengikut keadaan semasa.

13.2 Satu akaun bank yang berasingan wajib diadakan bagi mengelakkan kekeliruan.

13.3 Ahli Jawatankuasa dari kalangan ahli boleh dilantik untuk menerajui Tabung-Tabung tersebut.

8

Page 9: Peraturan Surau An Nur Kasturi Height

13.4 Dari perihal kewangan dalam Tabung-Tabung tersebut perkara-

perkara dalam Fasal 9 boleh diguna pakai.

Fasal 14 DERMA DAN SUMBANGAN

14.1 Semua jenis wang derma dan sumbangan daripada warga kariah boleh dipungut bagi tujuan dalam Fasal 3, Fasal 5 dan Fasal 13.

14.2 Derma-derma dan sumbangan tersebut daripada warga kariah mesti disusuli dengan resit kecuali derma atau sumbangan yang dibuat melalui tabung yang disediakan dalam surau. Resit-resit tersebut mesti dinyatakan dengan jelas tujuannya.

14.3 Bayaran derma atau sumbangan kepada Badan-Badan Amal, Badan-Badan Kebajikan Islam, Pertubuhan Islam, Pembinaan surau dan masjid atau fakir miskin atau orang perseorangan yang menghadapai musibah boleh dibuat dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Surau.

14.4 Untuk bayaran derma kepada Badan-Badan Amal, Badan-Badan Kebajikan Islam, Pertubuhan Islam, surau dan masjid dan sebagainya mesti disusuli dengan baucer pengeluaran dan resit penerimaan rasmi.

14.5 Bagi ahli-ahli yang ingin menderma atau menyumbang dalam bentuk barangan seperti sejadah, lampu atau apa-apa jua jenis keperluan Surau boleh berbuat demikian dengan menghubungi mana-mana ahli jawatankuasa surau.

Fasal 15 HARTA TIDAK KEKAL SURAU DAN PENGGUNAANNYA

15.1 Jawatankuasa hendaklah melantik seorang daripada AJK untuk memantau harta-harta tidak kekal Surau.

15.2 AJK yang dilantik hendaklah menyimpan buku rekod atau pangkalan data mengenai maklumat harta tidak kekal tersebut. Beliau juga akan bertanggungjawab ke atas peminjaman serta pemulangan semua harta-harta tersebut daripada ahli-ahli Surau. Dan laporan tahunan mesti disediakan dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira sebelum dibawa keMesyuarat Agung.

15.3 Setiap warga kariah yang berdaftar boleh meminjam harta tidak kekal Surau bagi tujuan kenduri kendara dengan membayar sewa yang kadarnya ditetapkan oleh Jawatankuasa.

15.4 Pinjaman harta tidak kekal surau boleh dibuat dengan menggunakan borang yang telah disediakan serta disahkan oleh seorang Ahli Jawatankuasa yang ditugaskan. Pinjaman adalah atas dasar ‘first

9

Page 10: Peraturan Surau An Nur Kasturi Height

come first served’ dan dikemukakan kepada AJK yang telah dilantik oleh Jawatankuasa sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh barang-barang itu diperlukan/digunakan. Barang-barang itu perlu dipulangkan kepada Surau dalam keadaan yang baik dalam tempoh tiga (3) hari selepas ia digunakan.

15.5 Ahli atau orang perseorangan yang meminjam harta Surau bagi tujuan kenduri kendara mesti bertanggungjawab menggantikan barang-barang yang pecah, rosak atau kurang bilangannya.

15.6 Seorang Ahli Jawatankuasa yang ditugaskan mesti memastikan bahawa barang-barang yang dipinjamkan dan dipulangkan mesti dalam keadaan baik dan sempurna.

15.7 Harta tidak kekal yang dimaksudkan di atas ialah peralatan seperti tungku, periuk belanga, kawah, pinggan mangkuk, dulang, tikar, sejadah, khemah, kerusi dan meja.

Fasal 16 CUKAI PENDAPATAN

16.1 Segala cukai pendapatan daripada hasil aktiviti perniagaan yang dijalankan mestilah dijelaskan selepas audited report di keluarkan.

Fasal 17 PEMBAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN DAN WANG SIMPANAN

17.1 Jawatankuasa Surau bertanggungjawab mempastikan zakat perniagaan dan zakat wang simpanan dibayar/dikeluarkan kepada pihak yang berwajib mengikut ketetapan syariat.

17.2 Pembayaran Zakat Wang Simpanan sebanyak 2.5% atas baki yang terendah yang telah disimpan selama satu tahun (haul) dan melebihi nisab..

Fasal 18 TAFSIRAN PERATURAN-PERATURAN

18.1 Diantara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberi tafsiran kepada Peraturan-Peraturan ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung didalam Peraturan-Peraturan.

18.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

10

Page 11: Peraturan Surau An Nur Kasturi Height

Fasal 19 PENASIHAT / PENAUNG

19.1 Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat / Penaung bagi Surau ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.

19.2 Penasihat / Penaung hanya boleh memberi pandangan atau nasihat mengenai satu-satu perkara atau isu tetapi tidak boleh mencampuri segala urusan hal-ehwal perjalanan pentadbiran, perancangan, aktiviti-aktiviti Surau yang diaturkan oleh Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli.

19.3 Penasihat / Penaung tidak mempunyai kata pemutus tetapi ada hak mengundi jika sekira beliau adalah daripada kalangan penduduk atau mempunyai rumah kediaman dalam kawasan kariah Surau An Nur seperti dinyatakan dalam Fasal 1.

Fasal 20 LARANGAN

20.1 Semua permainan yang bergantung kepada semata-mata kepada nasib tidak boleh dimainkan di dalam kawasan Surau.

20.2 Semua jenis permainan judi tidak boleh dimainkan di dalam kawasan Surau.

20.3 Surau ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Surau atau Pegawai-Pegawai atau Jawatankuasa atau ahli.

20.4 “Faedah” atau “Keuntungan” daripada apa-apa hasil pendapatan, tidaklah boleh diberikan oleh Surau kepada mana-mana ahlinya.

20.5 Surau atau ahli-ahlinya tidak dibenarkan untuk menganjurkan sebarang perbincangan, perjumpaan atau pemilihan berunsur politik di dalam kawasan Surau ini.

Fasal 21 PINDAAN PERATURAN-PERATURAN

21.1 Peraturan-Peraturan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada Peraturan-Peraturan ini hendaklah dibuat kepada Ahli Jawatankuasa dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu. Ia hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diterima oleh Jawatankuasa.

11

Page 12: Peraturan Surau An Nur Kasturi Height

Disemak dan diperakukan tertakluk kepada beberapa pindaan oleh Jawatankuasa Surau dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 1/2009 yang telah diadakan pada 18 Januari 2009. Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 2/2009 pada 15 Februari 2009 mengesahkan pindaan-pindaan telah dibuat.

Diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan pada 29 Mac 2009.

12