4
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MEDAN ***AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN*** Assalamualaikum adik-adik. Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana dapat kita bertemu lagi dengan bulan yang penuh rahmat dan amat mulia iaitu bulan Ramadan. Bila sebut sahaja tentang Ramadan ianya mesti buat adik-adik ingat puasa ingat duit raya, betul tak, hehe… Jadi sebelum Ramadan datang lagi beberapa hari, ustaz nak ajar adik-adik niat berpuasa. Niat dalam Islam penting tau, mungkin ada yang sudah pandai dan tahu. Tapi ustaz nak kongsi bersama cara niat berpuasa di bulan Ramadan. Jom kita baca sama- sama. َ الىَ عَ تِ ِ ةَ ن السِ هِ ذَ هَ انَ ضَ مَ رِ رْ هَ شِ ضْ رَ فِ اءَ دَ اْ نَ عٍ دَ غَ مْ وَ صُ تْ ايَ وَ نSahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardu Ramadan pada tahun Ini kerana Allah Taala. EDISI 1/15 JUN 2015 AJK BULETIN PENGERUSI: TN.HJ. ABD. RAHIM B. MAJID UNIT LAPORAN/GRAFIK: EN. MOHD HELMI NOORDIN PN. NOR AMALINA EN. ALAUDDIN YAHAYA FOTOGRAFI/PERCETAKAN: EN.HAKIMI SAIDIN EN.ZULKIFLI AWANG PN.NORAZIAH KATIMIN SKTM JOHAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA SOUTUL MADANI MENYERTAI PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT DAERAH PPDPU TARIKH AKTIVITI TEMPAT 17 RAMADHAN NUZUL QURAN DEWAN BESTARI 15 RAMADHAN IFTAR PERDANA SKTM SKTM 15 RAMADHAN SEMBAHYANG TERAWIH SURAU SKTM 25 RAMADHAN MAJLIS KHATAM QURAN DEWAN BESTARI 26 RAMADHAN MAJLIS PEMBERIAN DUIT ZAKAT DEWAN BESTARI DOA MEMOHON KEBAIKAN DAN KEMENANGAN SEPANJANG HARI: kami memasuki pagi hari dan jadilah semua kerajaan hanya milik Allah, Tuhan Semesta Alam. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu semua kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, berkatnya dan petunjuknya. Dan aku berlindung kepadaMu dari segala keburukan yang ada pada hari ini dan pada hari sesudahnya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dari Abi Mali Al -Asy’ari) SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN MUBARAK RAMADHAN KAREEM SEMUA AKTIVITI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG RAMADHAN

buletin surau

Embed Size (px)

DESCRIPTION

buletin surau

Citation preview

Page 1: buletin surau

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MEDAN

***AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN***

Assalamualaikum adik-adik. Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t

kerana dapat kita bertemu lagi dengan bulan yang penuh rahmat

dan amat mulia iaitu bulan Ramadan. Bila sebut sahaja tentang

Ramadan ianya mesti buat adik-adik ingat puasa ingat duit raya,

betul tak, hehe… Jadi sebelum Ramadan datang lagi beberapa hari,

ustaz nak ajar adik-adik niat berpuasa. Niat dalam Islam penting tau,

mungkin ada yang sudah pandai dan tahu. Tapi ustaz nak kongsi

bersama cara niat berpuasa di bulan Ramadan. Jom kita baca sama-

sama.

عالى ة هلل ت

ن هذه الس

ان

هر رمض

رض ش

داء ف

د عن ا

صوم غ

وايت

ن

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardu Ramadan pada

tahun Ini kerana Allah Taala.

EDISI 1/15 JUN 2015

AJK BULETIN PENGERUSI: TN.HJ. ABD. RAHIM B. MAJID UNIT LAPORAN/GRAFIK: EN. MOHD HELMI NOORDIN PN. NOR AMALINA EN. ALAUDDIN YAHAYA FOTOGRAFI/PERCETAKAN: EN.HAKIMI SAIDIN EN.ZULKIFLI AWANG PN.NORAZIAH KATIMIN

SKTM JOHAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR

RASUL PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA

SOUTUL MADANI MENYERTAI PERTANDINGAN

NASYID PERINGKAT DAERAH PPDPU

TARIKH AKTIVITI TEMPAT

17 RAMADHAN NUZUL QURAN DEWAN BESTARI

15 RAMADHAN IFTAR PERDANA SKTM SKTM

15 RAMADHAN SEMBAHYANG TERAWIH SURAU SKTM

25 RAMADHAN MAJLIS KHATAM QURAN DEWAN BESTARI

26 RAMADHAN MAJLIS PEMBERIAN DUIT ZAKAT DEWAN BESTARI

DOA MEMOHON KEBAIKAN DAN KEMENANGAN SEPANJANG HARI:

kami memasuki pagi hari dan jadilah semua kerajaan hanya milik Allah, Tuhan Semesta Alam. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu semua kebaikan hari ini,

kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, berkatnya dan petunjuknya. Dan aku berlindung kepadaMu dari segala keburukan yang ada pada hari ini dan pada hari

sesudahnya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dari Abi Mali Al-Asy’ari)

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN MUBARAK

RAMADHAN KAREEM SEMUA

AKTIVITI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG RAMADHAN

Page 2: buletin surau

ولة كبغساءن تامن سوراو نور الدين سك

ميدن

..::SURAU NUR AD-DIN::..

Surau Nur Ad-Din mula di rancang pembinaannya pada Tahun 1994, oleh Guru Besar Encik Haji Ismail bin Haji Ismail, tetapi

menghadapi beberapa masalah yang membuat perancangan pembinaan tersebut tertangguh sehingga Tahun 1993.

Pembinaan Surau Nur Ad-Din telah dijalankan dengan jayanya pada Tahun 1997 atas usaha Guru Besar Encik Jamlus b A.

Bakar dan usaha menaik taraf diteruskan sehingga sekarang oleh Guru Besar Tuan Haji Abdul Rahim Bin Majid.

Surau Nur Ad-Din, telah dibuat penambahbaikkan dan perubahan dari masa ke semasa.

Pengertian Masjid atau Surau diambil daripada kosa kata Bahasa Al-Qur’an (iaitu Bahasa Arab). Kata ini merupakan salah

satu kata daripada perkataan sajada سجد (ertinya sujud), yang juga bererti patuh, taat serta tunduk dengan hormat. .

Melalui pengertian ini menurut daripada pandangan syara', sujud adalah bererti meletakkan dahi, kedua tangan, lutut dan

kaki ke bumi. Dari sini dapat pula diketahui bahawa secara semantik masjid bererti tempat sujud atau tempat solat.

Firman Allah S.W.T didalam Surah An-Nur Ayat 36 :

36. (Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar Dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah Ibadat Yang diperintahkan

oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan Ibadat

mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.

Membina masjid atau surau tujuannya adalah untuk mengagungkan Allah di dalamnya dengan mengerjakan ketaatan

seperti solat, bertasbih, bertahmid dan bertakbir sama ada siang atau malam. Jadi, kedudukan masjid sangat mulia dalam

Islam, kita perlu menjaga dan menghormatinya. Dilarang sama sekali membuat kotoran, membuat bising dan segala yang

mencemarkan kemuliaan masjid. Sehubungan dengan itu program di bawah Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

banyak dijalankan di Surau Nur Ad-Din Sekolah Kebangsaan Taman Medan iaitu dengan tujuan untuk mengimarahkan surau

dan memberi didikan kepada pelajar sebagaimana pada zaman pemerintahan Rasulullah S.A.W dimana sahabat dan kaum

muslimin mendapat ilmu dan belajar di masjid.

Masjid merupakan binaan atau bangunan yang mulia di dalam Islam. Di dalamnya umat Islam berhimpun untuk solat,

membaca al-Qur’an, berzikir, berselawat, berdoa dan beriktikaf. Ia juga menjadi pusat pengajian ilmu, pertemuan dan

perbincangan lelaki dan wanita, muslim mahupun belum muslim.

..::SURAU NUR AD-DIN::..

Page 3: buletin surau

سوراو نور الدين سكولة كبغساءن تامن

ميدن

MAJLIS IFTAR, SOLAT HAJAT DAN TERAWIH 2015

Saudara, dalam bulan Ramadhan itu, bagi mereka yg inginkan pahala tambahan yg banyak selain beristiqamah berpuasa dgn

penuh keimanan dan penuh harapan mencari pahala maksimum dari Allah (a.w), adalah memberi makan dan minum orang

yg berpuasa atau menjamu orang-orang yg berpuasa makan minum ketika berbuka dan bersahur. Inilah mesej hadith berikut.

Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahim hadith daripada Abdul Malik Ibni Abu Sulaiman, hadith daripada ‘Ata’. Daripada

Zaid bin Khalid Al-Juhani (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menjamu (makan minum) orang-orang yang

berpuasa, ada baginya (pahala dan kebaikan) seumpama pahala (dan kebaikan) orang-orang yang berpuasa (yang

dijamunya itu) tiada mengurangi dari pahala (dan kebaikan) orang-orang yang berpuasa sesuatupun (yakni, pahala orang-

orang berpuasa yang dijamunya itu didapati juga olehnya tanpa megurangkan pahala orang yang dijamunya).’ [Hadith at-

Termidzi, Kitab Saum].

Pada 15 Ramadhan Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama KKGK dan PIBG telah mengadakan iftar dan majlis solat hajat

serta terawih yang diahadiri oleh murid tahun 6 serta murid asnaf. Pada sebelah petang turut diadakan zikir terapi dan tazkirah

sempena bulan puasa. Program ini merupakan acara tahunan setiap tahun bila tiba Ramadhan yang mana ianya disambut

dengan meriah yang turut dihadiri oleh guru-guru, ibu bapa pelajar dan kakitangan sekolah. Harapan saya agar program ini

terus berjalan dengan lancar untuk Ramadhan seterusnya.

..::SURAU NUR AD-DIN::..

Page 4: buletin surau

سوراو نور الدين سكولة كبغساءن تامن

ميدن

..::SURAU NUR AD-DIN::..

TEMPAT KETIGA TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH PETALING

UTAMA 2015

(Kategori Perempuan Sekolah Rendah) Tahniah! kepada adik Aina

Hannani bt Zalmanizam dari Kelas 4 Bijak dan Unit Pendidikan Islam atas

kejayaan ini. Majlis telah berlangsung pada 11 April 2015.

Adik Hannani Zalmanizam sekali lagi telah mengharumkan nama

sekolah setelah memperolehi tempat ketiga bagi pertandingan Tilawah

Al-Quran Peringkat Daerah Petaling Utama. Kejayaan adik Hannani turut

dibantu oleh Ustaz Hakimi Saidin selaku jurulatih tilawah bagi Sekolah

Kebangsaan Taman Medan. Hasil usaha dan titik peluh beliau akhirnya

anak didiknya telah membuahkan hasil dengan kejayaan ini. Tahniah

lagi sekali kepada adik Hannani moga terus berjaya di masa depan.

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 TAHUN 2015

Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF telah mengadakan Kem Bestari Solat Siri 1 pada hari Sabtu 4 April

2015. Kem Bestari Solat Siri 1 ini melibatkan murid tahun 1, 2 dan 3. Pelbagai aktiviti dijalankan, teori dan

praktikal, cara mengambil air sembahyang yang betul, bacaan2 dalam sembahyang dan pelbagai

lagi. "Solat Itu Tiang Agama". Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam dan terima kasih kepada ibu

bapa serta penjaga yang menghantar anak-anak mereka mengikuti Kem Bestari Solat ini. Kita

berjumpa lagi untuk siri seterusnya dan moga ia berjalan dengan lebih lancar dan teratur.