8
PERATURAN SEKOLAH KEBANGSAAN SARIKEI [YBA6111] Tujuan : 1. Untuk melahirkan insan yang berdisiplin, berketrampilan dan bertanggungjawab kepada sekolah. 2. Untuk melahirkan insan yang berdisiplin, bertanggungjawab kepada rakan, masyarakat, bangsa, agama dan negara. 3. Merupakan latihan kepada murid agar dapat melahirkan insan yang bekerjasama, bertoleransi dan bersemangat kekitaan. 4. Menanam sikap cintakan sekolah. 5. Membantu melicinkan pentadbiran sekolah agar pelajar mendapat input yang maximum untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah iaitu : “Kearah membentuk pelajar yang berilmu demi untuk meningkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran guru-guru dan murid-murid” Amalan AM : Sikap Hormat : 1. Semua pelajar hendaklah menunjukkan sikap dan budi pekerti yang baik, menghormati orang tua, ibu bapa dan guru serta rakan yang lain.

Peraturan SK Sarikei

Embed Size (px)

DESCRIPTION

lolol

Citation preview

Page 1: Peraturan SK Sarikei

PERATURAN SEKOLAH KEBANGSAAN SARIKEI [YBA6111]

Tujuan :

1. Untuk melahirkan insan yang berdisiplin, berketrampilan dan bertanggungjawab kepada sekolah.

2. Untuk melahirkan insan yang berdisiplin, bertanggungjawab kepada rakan, masyarakat, bangsa, agama dan negara.

3. Merupakan latihan kepada murid agar dapat melahirkan insan yang bekerjasama, bertoleransi dan bersemangat kekitaan.

4. Menanam sikap cintakan sekolah.

5. Membantu melicinkan pentadbiran sekolah agar pelajar mendapat input yang maximum untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah iaitu :

“Kearah membentuk pelajar yang berilmu demi untuk meningkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran guru-guru dan murid-murid”

Amalan AM :

Sikap Hormat :

1. Semua pelajar hendaklah menunjukkan sikap dan budi pekerti yang baik, menghormati orang tua, ibu bapa dan guru serta rakan yang lain.

2. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah, arahan-arahan pengawas, ketua kelas, pengerusi kelab dan persatuan.

3. Murid hendaklah menghormati diri sendiri, serta faham akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan ahli dalam masyarakat.

Kehadiran:1. Waktu persekolahan ditetapkan seperti berikut:

i- Pagi mulai jam 7.10 pagi hingga 01.30 tengahari.ii- Petang mulai jam 2.00 petang hingga 5.10 petang. ( kelas KAFA )iii- Petang mulai 3.15 – 5.15 kegiatan ko-kurikulum. ( Rabu )

2. Kehadiran pada waktu sekolah adalah wajib dan akan diambil pada waktupertama persekolahan. Begitu juga dengan kehadiran bagi kelas KAFA,kegiatan ko-kurikulum dan kelas bimbingan.

Page 2: Peraturan SK Sarikei

3. Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu hendaklah memaklumkan pihak sekolah melalui telefon, surat atau surat akuan doktor.

Perhimpunan Pagi:Perhimpunan sekolah diadakan pada setiap hari Isnin ( 7.00 – 7.40 pagi ). Wajib dihadiri. Perhimpunan khas boleh diadakan bila-bila masa atas arahan Guru Besar.

Pakaian Seragam ( Ruj. Pekeliling BIL : 12/78 dan 3/83 )

a) Pakaian seragam sekolah adalah mengikut ciri-ciri berikut :

Pelajar Lelaki :

a) Seluar panjang biru tua atau seluar pendek.b) Kemeja putih lengan panjang atau lengan pendek.c) Tali pinggang hitam.d) Kasut kanvas dan stokin putih.e) Tag nama.f) Tali leher ( biru tua ) untuk pengawas.g) Bersongkok ( digalakkan ), menggunakan kopiah tidak dibenarkan.

Pelajar Perempuan :

a) Kain labuh biru tua.b) Baju kurung putih.c) Penifor putih dan biru.d) Mini telekung putih ( digalakkan ).e) Mini telekung pink untuk pengawas.f) Kasut kanvas dan stokin putih.g) Tag nama.

Pemakaian lencana dan tanda nama diwajibkan kepada semua murid. Dipakai di sudut kiri bahagian dada @ saku baju.

Pakaian seragam hendaklah dipakai waktu persekolahan, waktu menghadiri aktiviti sekolah atau rombongan kecuali kebenaran GB.

Murid-murid dilarang sama sekali menggunakan alat solek atau barang-barang kemas.

Pemakaian mini telekung hendaklah selaras.

Page 3: Peraturan SK Sarikei

Pakaian semasa mengikuti PJ dan sebarang kegiatan sukan dan permainan ialah:Seluar panjag biru tua atau hitamKemeja T berwarna putih

Potongan Rambut / Kuku : Murid Lelaki : Rambut hendaklah sentiasa kemas bersih dan pendek. Murid Perempuan : Kemas, terurus @ rambut diikat, ditocang. Mewarna rambut dianggap kesalahan besar. Kuku hendaklah sentiasa kemas dan dipotong. Pemeriksaan rambut dan kuku akan diadakan dari masa ke semasa.

Skim Pinjaman Buku Teks : Murid-murid yang layak mendapat pinjaman buku akan mendapat kemudahan ini. Buku-buku teks hendaklah dibalut, dijaga dengan baik dan tidak diconteng. Buku teks yang hilang wajib diganti. ( Pihak sekolah berhak untuk menarik balik skim pinjaman buku teks, sekiranya tidak menjaga buku dengan cermat. Buku hilang yang tidak berganti juga dikenakan tindakan yang serupa )

Ujian / Peperiksaan :

Diadakan bertujuan untuk menguji / menilai kemajuan murid. Kehadiran adalah wajib. Hendaklah jujur dalam menjawab soalan peperiksaan. Segala arahan lembaga peperiksaan / majlis peperiksaan Malaysia bagi peperiksaan

berkaitan hendaklah dipatuhi. Memalsukan tandatangan atau markah dalam buku kemajuan sekolah adalah

kesalahan berat.

Peraturan Khusus : Semua murid mestilah mematuhi peraturan bilik khas seperti :

Bilik guru Bilik kelas Kantin Surau / tempat berwuduk Bilik sumber / perpustakaan Bilik komputer Makmal sains

Keselamatan : Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa sesi

persekolahan tanpa kebenaran.

Page 4: Peraturan SK Sarikei

Murid-murid dilarang berebut-rebut menaiki kenderaan. Murid-murid yang menggunakan kenderaan hendaklah menunggu di tempat yang

dikhaskan. Murid-murid adalah ditegah merayau-rayau di jalan raya dalam perjalanan atau balik

dari sekolah. Murid-murid tidak dibenarkan berlari semasa menaiki atau menuruni tangga dan

semasa berada di kawasan sekolah. Sekiranya berlaku kecemasan, sila menggunakan pintu yang terdekat.

Kebersihan dan Keceriaan : Setiap warga SK Sarikei hendaklah peka kepada kebersihan dan keceriaan sekolah. Pakaian dan perwatakan hendaklah sentiasa bersih. Semua murid adalah bertanggungjawab ke atas bilik darjah / bilik khas dan kawasan

sekolah. Sebarang bentuk sampah yang ditemui hendaklah dikutip dan dibuang kedalam tong

sampah. Melaporkan kepada guru, sekiranya didapati ada murid yang mengabai kebersihan

dan sengaja membuang sampah merata-rata. Segala kerosakkan dalam bilik darjah dan kawasan sekolah, murid-murid yang

merosakkan bertanggungjawab untuk mengganti atau murid-murid bekerja bagi pihak sekolah.

Lawatan / Pelawat : Pelawat / orang luar boleh berjumpa dengan murid selepas mendapat kebenaran

GB, PK @ Guru Bertugas Harian. Pelawat / ibu bapa tidak dibenarkan untuk memanggil murid ketika P&P sedang

dijalankan & boleh meninggalkan pesan kepada guru @ pekerja AM. Sekiranya ada pelawat atau ibu bapa / penjaga hendak membawa keluar @ balik

murid berkenaan atas sebab demam, sakit @ darurat, kebenaran Guru Besar hendaklah diperolehi terlebih dahulu. Nama murid yang keluar hendaklah direkod / dicatat dalam buku pergerakan murid.

Larangan-larangan : Terlibat dalam perarakan atau perhimpunan haram. Ragging/ Buli Terlibat dalam menyebar risalah politik atau perkataan-perkataan berunsur fitnah. Berdusta dan mereka-mereka cerita sehingga menimbulkan kekeliruan dan salah

faham antara guru atau antara guru dan ibu bapa.

Kesalahan-kesalahan Berat : Menjadi ahli kumpulan haram @ budak nakal. Membawa senjata merbahaya untuk tujuan atau niat jahat. Memukul guru, sesama murid, harta benda atau kenderaan guru.

Page 5: Peraturan SK Sarikei

Mengancam pelajar, guru atau GB. Melanggar peraturan sekolah atau Jabatan Pelajaran. Mencuri, menceroboh, menghasut murid-murid lain. Menghina guru, GB dan kakitangan sekolah. Memaki, mencaci dan menggunakan perkataan kurang sopan. Sengaja merosakkan, mengotor bangunan dan harta benda sekolah. Melanggar peraturan-peraturan sekolah meskipun telah diberi amaran. Merokok dan sebarang bentuk “inhalant ”.

Lembaga Disiplin SK Sarikei berhak untuk meminda mana peraturan padabila-bila masa.