Upload
trinhthien
View
241
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SARAWAK (DBPCS) DALAM MEMARTABATKAN
KESUSASTERAAN MELAYU SARAWAK KEPADA MASYA. RAKAT TEMPATAN
Erine Anak Liam
PL 5138 Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian E68 (Pengurusan Seni) 2006 2006
04100 Kota Sarnarattan
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
JUDUL: PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBPCS) DALAM MEMARTABATKAN KESUSASTERAAN MELAYU SARAWAK KEPADA
MASYARAKAT TEMPATAN
SESI PENGAJIAN : 2003 - 2006
Saya ERINE ANAK LIAM
Mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
I. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarwak dibenarkan membuat salinan
tesisilaporan ini sebagai bahan pertukaran antara intitusi pengajian tinggi 5. * sila tandakan 2
SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi%badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan
P / ýc__
Tann Penuli. I . in4, h : ': .y /-(
\lamat I Clap : E36-01-06. Taman Malihah. RPR Matang Phase 2. 93050 Kuching, Sarawak.
Tandatanofin Pentieliä Tarikh
.1 g70(jl$ l
Qistina Donna Lee Abdullah Ptnsyarah
Falculti Seni Gunaan ran Kreatif UNIVERSTTI MALAYSIA SARAWAK
Catatan :* Tesis laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda ' Jika Tesisilaporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi
hcrkenaan dengan mcnyatakan sekali sebab dan tempoh tesisi/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
1
P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS
MIII IIIIIYII II II III AI 1000191074
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SARAWAK (DBPCS) DALAM MEMARTABATKAN KESUSASTERAAN MELAYU
SARAWAK KEPADA MASYARAKAT TEMPATAN
ERINE ANAK LIAM
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2006
I
Projek bertajuk " Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) Dalam Memartabatkan Kesusasteraan Melayu Sarawak Kepada Masyarakat Tempatan. " telah di sediakan oleh Erine anak Liam dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.
Diterima untuk diperiksa oleh:
Nama eny
Tarikh:
oýi d1, t ý
Qistina Donna Lee Abdallah Ptnsyarah
Fakulti Seni Guaaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Nama'Penyelia)
III
PENGHARGAAN
Pertubuhan kesusasteraan melayu di Sarawak secara jelasnya telah bermula di
negeri Sarawak sejak tahun 1876 apabila terbitnya Hikayat Panglima Nikosa hasil karya
Allayarham Ahmad Shawal Abdul Hamid di Kuching. Oleh kerana kurangnya
peyelidikan yang luas dan mendalam menyebabkan perkembangan kesusasteraan Melayu
di Sarawak kurang di ketahui oleh peminat sastera di seluruh negara umumnya dan negeri
Sarawak sendiri khasnya. Ini akhirnya menimbulkan tanggapan bahawa Sarawak
ketandusan dari segi pertumbuhan bakat dan karya sastera. Walau bagaimanapun jika
diselidiki dan dikaji ternyata anggapan tersebut tidak benar kerana dalam tempoh lebih
seabad ini, Sarawak telah melahirkan ramai penulis tempatan walaupun
perkembangannya tidak sepesat perkembangan seperti di Semenanjung Malaysia.
Jadi di dalam kajian ini pengkaji akan meyelidik peranan Dewan Bahasa dan
Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) terutamanya unit sastera di dalam memartabatkan
bidang ini kepada masyarakat tempatan di Sarawak. Secara tidak langsung juga ia
meneliti serba sedikit akan perkembangan sastera di negeri Sarawak. Dengan kajian ini di
harap agar ianya dapat mengikis tanggapan bahawa Sarawak ketandusan dari segi bakat
dan karya sastera seterusnya dapat menarik perhatian masyarakat untuk lebih mendalami
bidang ini dan akan menggalakkan perkembangan yang pesat dalam bidang kesusasteraan
Melayu Sarawak.
Di kesempatan ini juga penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada
semua mereka yang terlibat di dalam kajian ini khususnya kepada warga DBPCS di
dalam memberikan kerjasama dan memberikan maklumat kepada pengkaji di dalam
penghasilan kajian ini. Tidak lupa juga kepada para pensyarah program pengurusan seni
IV
iaitu Puan Qistina Donna Lee, Puan Noria Tugang dan juga Cik Karen Audrey yang telah
banyak memberikan tunjuk ajar di sepanjang kajian ini di jalankan. Ucapan ini juga
ditujukan kepada kedua orang tua yang banyak memberikan sokongan dari segi
kewangan dan juga sokongan moral dan tidak dilupakan kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sudi menghulurkan bantuan. Terima kasih semua.
V
rusat Knidmat MaKiumat AKaaemts UNI VERSIT I MALAYSIA SARAWAIG
04010 Kota Samarat au
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
BAB 1 PENGENALAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Definisi 11
1.2 Objektif kajian 15
1.3 Skop kajian 17
1.4 Permasalahan kajian 19
1.5 Kepentingan kajian 21
BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN
2.0 Pengenalan 23
2.1 Maklumat bibiliografi 24
2.2 Kandungan umum 28
2.3 Perkaitan dengan kajian 36
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 39
3.1 Lokasi kajian 40
3.2 Sumber data 41
3.3 Populasi 43
3.4 Persampelan 44
3.5 Instrumen kajian 45
3.6 Limitasi kajian 46
3.7 Rumusan dan kesimpulan 48
VI
BAB 4 ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan 49
4.1 Analisa data respondan
4.1.1 Bahagian A
4.2.1.1 Jantina Respondan 51
4.2.1.2 Peringkat Umur Respondan 52
4.2.1.3 Pekerjaan Respondan 53
4.2.1.4 Bangsa Respondan 54
4.2.2 Bahagian B 55
4.2.2.1 Minat Respondan 56
4.3 Analisa soalan temuramah 59
4.4 Kesimpulan 63
BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN
5.0 Pengenalan 65
5.1 Rumusan kajian 66
5.2 Cadangan dan harapan 72
5.3 Kesimpulan 79
SENARAI LAMPIRAN 80
VII
Prouam Penp-urusan Seni
tiama Pclajar : Erinc A. Liam No. Matrik : 10018 Tajuk Tesis : Peranan Unit Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) Dalam Memartbatkan Kesusasateraan Melayu Sarawak Kepada Masyarakat Tempatan.
ABSTRAK
Unit sastera Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak di tubuhkan bertujuan untuk memaju dan mengembangkan bahasa dan sastera kebangsaan di Sarawak. Unit ini bekerjasama dengan unit bahasa di dalam mencapai matlamatnya dan di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu sastera moden, sastera tradisional dan unit pengembangan sastera.
Antara usaha-usaha yang dijalankan dan di rancang oleh unit ini adalah seperti pertandingan menulis sastera kreatif; ceramah dan bengkel-bengkel penulisan. Di sini pengkaji akan mengkaji tentang peranan yang diambil oleh unit ini di dalam memartabatkan Kesusasteraan Malayu Sarawak kepada masyarakat tempatan.
ABSTRACT
Literature unit at Dewan Bahasa dan Pustaka in Sarawak is build to developing language and literature in Sarawak. This unit co-operate with language unit to archive their goal and divided again with three unit like modern literature unit, traditional literature unit and literature development unit.
This unit have organize and plan many activity to audience like writing competition, speech and campaign.
VIII
Bab 1 Pengenalan
1.0 Pengenalan
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan di Johor Bharu, pada 22 Jun 1956
di dalam suasana dan semangat untuk menyambut hari kemerdekaaan negara. Pada awal
penubuhannya, DBP ditempatkan di Bukit Timbalan, Johor Bharu. Ketika itu ia dikenali
sebagai Balai Pustaka.
DBP berpindah dari Johor Bharu ke Kuala Lumpur, pada tahun 1957 bagi
memudahkan pelaksanaan tugasnya selaras dengan pelaksanaan dan pengisytiharan
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal selepas sepuluh tahun merdeka.
Pada tahun 1959, melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, DBP
bertukar taraf menjadi sebuah badan berkanun dan dengan perubahan ini DBP telah
diberi kuasa autonomi untuk menggubal dasarnya yang khusus bagi menyusun program
pembinaan serta pengembangan bahasa dan sastera di samping menjalankan kegiatan
penerbitan dan perniagaaan buku secara kompetetif menurut prinsip dan amalan
perusahaan dan profesion penerbitan. Matlamat utama DBP ialah untuk membina dan
mengembangkan bahasa kebangsaan sesuai dengan dasar negara dan hasrat rakyat.
DBP berpindah bangunan pada 31 Januari 1962 di Jalan Dewan Bahasa ( Jalan
Lapangan Terbang Lama). Bangunan baru setinggi 33 tingkat iti memuatkan ruang
pejabat, Muzium Bahasa dan Sastera, auditorium dan galeri penulis. Bangunan ini juga
1
akan menjadi mercu tanda bahasa dengan menyediakan pelbagai kemudahan canggih
untuk melaksanakan pelbagai kegiatan kebahasaan, kesusasteraan dan kepustakaan
Bahasa Melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak ( DBPCS ) mulai dibuka sejak
Januari 1977 bersama dengan penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.
Pejabat cawangan ini telah mengambil alih tugas Biro Kesusasteraan Borneo (BLB) yang
ditubuhkan sejak dari tahun 1959 lagi. Dengan pengambilalihan BLB, ini bermakna
DBPCS telah menjadi agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam soal membina,
mengembang dan memartabatkan bahasa dan sastera di Sarawak, di samping tugas yang
amat penting iaitu untuk menyokong perkembangan bahasa dan sastera iaitu penerbitan
dan pemasaran buku terbitan DBP. Secara tidak langsung sejak penubuhan itu, DBPCS
telah menjadi pusat serta tumpuan para peminat, pengkaji dan khalayak bahasa dan
sastera di Sarawak.
DBPCS kini berada di bawah pentadbiran Encik Zaini Ojea @ Ozea selaku
Pengarah DBPCS. DBPCS dibahagikan kepada beberapa unit seperti unit pentadbiran,
unit kewangan, unit bahasa dan sastera serta unit penerbitan untuk memudahkan
perjalanan urusannya.
Pejabat cawangan ini menjalankan tugas pembinaan dan pengembangan bahasa
dan sastera, serta menjalankan tugas penerbitan dan pemasaran buku. DBPCS telah
menetapkan empat matlamat utamanya iaitu :
2
1. Memaju dan memperkayakan Bahasa Kebangsaan.
2. Memaju bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.
3. Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau
penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan
dalam Bahasa Kebangsaan dan bahasa-bahasa lain.
4. Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang
sesuai dalam Bahasa Kebangsaan.
DBPCS mengambil perhatian yang serius di dalam memupuk minat dan
penghayatan masyarakat terhadap Kesusasteraan Melayu. Oleh sebab itu DBPCS telah
merumuskan tiga matlamat untuk memaju dan mengembangkan bakat sastera di Sarawak
iaitu di bawah seliaan unit bahasa dan sastera. Tiga matlamat tersebut ialah:
1. Untuk memupuk minat dan penghayatan terhadap sastera kebangsaan di
kalangan masyarakat di Sarawak.
2. Untuk membina bakat penulisan kreatif dan bukan kreatif dan
meningkatkan mutu ciptaan karya sastera kebangsaan di Sarawak.
3. Untuk memperbanyakkan bahan penerbitan sastera kebangsaan di
Sarawak.
Demi mencapai matlamat-matlamat di atas DBPCS telah menjalankan beberapa
kegiatan dan aktiviti untuk menarik perhatian masyarakat terhadap bidang Kesusasteraan
Melayu di Sarawak. DBPCS semenjak penubuhannya telah banyak berusaha untuk
3
mencungkil dan membina bakat penulisan kreatif bagi meningkatkan mutu karya sastera
para penulis Sarawak dengan matlamat untuk memperbanyakkan bahan penerbitan
sastera kebangsaan yang berlatarbelakangkan alam dan masyarakat Sarawak.
Antara kegiatan-kegiatan yang diadakan oleh DBPCS di dalam mencapai
matlamatnya ialah seperti penganjuran Peraduan Menulis Sastera Kreatif dalam pelbagai
genre yang terbuka kepada para pelajar dan juga masyarakat luar yang berminat di dalam
bidang penulisan. DBPCS juga memberi khidmat nasihat, tenaga dan kewangan kepada
persatuan-persatuan penulis, maktab perguruan dan sekolah-sekolah yang mengadakan
kegiatan bahasa dan sastera selaras dengan matlamat dan dasar DBP. Selain itu kegiatan
seperti seminar, ceramah, bengkel penulisan, diskusi buku dan pementasan teater turut
dianjurkan. DBP juga bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menganjurkan pelbagai
kegiatan seminar dan bengkel kesusasteraan khususnya organisasi-organisasi kerajaan .
Bengkel penulisan yang dianjurkan oleh DBPCS kerap kali mendapat bimbingan
khusus daripada penulis-penulis yang terkenal seperti Ajikik, Hashim Awang, Abdullah
Tahir, Saleh Daud, Othman Puteh, Rubaidin Siwar, Dinsman, Anwar Ridwan, Sahian
Mohd. Saman, Rahman Shaari dan Anis. Penglibatan Sasterawan Negara iaitu Usman
Awang, A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Abdullah Hussain dan Muhammad Haji Salleh
banyak membantu dalam pembinaan penulis kreatif di Sarawak.
Usaha untuk memperbanyakkan bahan penerbitan sastera kebangsaan di Sarawak
menjadi satu daripada matlamat penting penubuhan DBPCS. Melalui kegiatan peraduan
4
penulisan dan bengkel-bengkel penulisan yang diadakan, ia telah menghasilkan banyak
manuskrip-manuskrip yang layak untuk diterbitkan. Menurut buku yang ditulis oleh
Hamzah Hamdani di dalam bukunya yang bertajuk "Pertumbuhan dan Perkembangan
Sastera Melayu di Sarawak", dalam tempoh suku abad penubuhan DBPCS, sejumlah 144
judul buku telah berjaya diterbitkan.
Setelah beberapa tahun DBPCS ditubuhkan, perkembangan kesusasteraan
kebangsaan di Sarawak amat menggalakkan. Kejayaan sebahagian daripada penulis
Sarawak kini secara tidak langsung juga merupakan kejayaan bersama yang dicapai oleh
DBPCS. Antara senarai penulis Sarawak yang telah mendapat bimbingan DBPCS ialah
seperti Jong Chian Lai, Jamilah Morshidi, dan Jais Sahok, dan nama-nama ini adalah
antara peserta Bengkel Penulisan Kreatif yang dianjurkan oleh DBPCS. Nama-nama
penulis yang di nyatakan ini adalah antara senarai nama penulis yang sedang meningkat
naik dalam bidang penulisan.
1.0.1 Kesusasteraan
Menurut Saiee Driss kesusasteraan ialah segala khazanah budaya yang berupa
ciptaan dan gubahan kreatif yang bermediakan bahasa dan mempunyai ciri-ciri indah dan
berseni. Bahan teresbut mungkin sudah berada dalam bentuk cetakan atau tulisan atau
masih dalam bentuk lisan. Kesusasteraan ialah bahan kesusasteraan yang telah ditulis
dalam Bahasa Malaysia serta tersebar luas di seluruh negara.
5
Kesusateraan diistilahkan sebagai hasil seni yang berbentuk prosa atau puisi.
Dalam erti kata lain, kesusasteraan ialah karya kreatif yang menggunakan bahasa yang
indah dan tepat untuk menggambarkan fikiran dan perasaan manusia. Kesusasteraan ini
dihasilkan oleh masyarakat yang tidak terlepas daripada kebudayaan masyarakatnya.
Kesusasteraan bukan sahaja hasil seni yang menggunakan keindahan bahasanya, tetapi
juga merupakan cetusan daya imaginasi yang mencerminkan pengalaman manusia, sama
ada yang digambarkan melalui alam sekitar kebudayaannya ataupun yang melampaui
batas-batas dunia kejasmanian.
A. Bakar Hamid dalam kertas kerjanya semasa mengadakan Seminar
Kesusasteraan Nusantara yang berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 1973 telah
menyifatkan kesusasteraan sebagai satu seni yang bercorak intelektual yang tidak dapat
dipisahkan daripada kegiatan intelek manusia. Di sebabkan sifat itu, kesusasteraan
dituntut untuk memberi kepuasan intelek di samping kepuasan estetika.
Di kalangan masyarakat Melayu tradisional, kesusasteraan rakyat (kesusasteraan
lisan) tersebar dengan meluas. Kesusasteraan lisan terawal ialah cerita asal usul (nama
tempat, tumbuh-tumbuhan dan binatang), cerita binatang ( berwatakkan binatang seperti
Sang Kancil), cerita-cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang, Si Luncai dan
Pak Belalang), cerita penglipurlara ( Hikayat Malim Deman, Hikayat Anggun Cik
Tunggal), dan cerita-cerita moral ( Bawang Putih Bawang Merah, Batu Belah Batu
Bertangkup, Si Tenggang).
6
Selain dari bentuk prosa, masyarakat Melayujuga mempunyai kesusasteraan lisan
yang berbentuk puisi seperti pantun, teka-teki, gurindam dan seloka. Kesusasteraan
Melayu mempunyai tujuan untuk berhibur di samping diselitkan unsur-unsur sindiran,
nasihat dan cetusan rasa sedih atau gembira.
Kesusasteraan di alam Melayu ini juga tidak dapat lari dari pengaruh asing
terutama Hindu. Dua buah epik Hindu iaitu Mahabharata dan Ramayana telah disadur
dari bahasa Sanskrit dan dijadikan hikayat Melayu. Hikayat-hikayat Melayu itu diberi
nama Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Jaya dan Hikayat Sang Boma. Pengaruh
kedua-dua epik Hindu itu juga kelihatan dalam kesusasteraan Jawa kuno seperti
Nagarakertagama, Kanjarakarma, Sutasoma dan Arjunawiwaha. Beberapa buah cerita
jenaka Melayu yang juga dipengaruhi oleh kitab-kitab Hindu ialah Jataka, Pancatantra
dan Sukasapati
Menurut Sohaimi Abd Aziz di dalam rencananya yang beitajuk Erti
Kesusasteraan Kepada Kehidupan Manusia menerangkan bahawa erti kesusasteraan
kepada kehidupan manusia boleh dilihat daripada dua pandangan iaitu pandangan lama
dan barn, sesuai dengan hakikat bahawa sastera itu yang berkembang dari segi bentuk,
jenis, dan fungsinya. Menurut beliau, sastera ialah satu bentuk seni yang menggunakan
bahasa. Melalui bahasa, sastera dikarang dan digubah menggambarkan kehidupan
manusia yang halus dan dipersembahkan dengan cara yang paling indah.
Saiee Driss pula menyatakan bahawa sebuah karya sastera dicipta untuk khalayak,
iaitu pembaca itu sendiri. la dihasilkan oleh seorang penulis yang memasukkan ke
dalamnya ilham, bakat, dan kemahirannya dalam menggubah bahasanya dan ilmu
7
pengetahuannya yang pelbagai mengenai tema atau isu yang dijadikan inti di dalam
sesebuah karya sastera. Maka di dalam sebuah karya harus ada bakat dan ilham, serta
hasil pembudayaan yang membentuk keperibadiaan penulisnya.
Kesuasteraan ialah satu khazanah yang di dalamnya terdapat pelbagai ciri-ciri
pilihan daripada pemikiran intelektual, pengolahan seni serta pengalaman hidup sesebuah
masyarakat mengikut perjalanan sejarah yang telah dilalui oleh masyarakat yang terbabit.
1.0.2 Unit sastera
Unit sastera ditubuhkan bertujuan untuk memaju dan mengembangkan bahasa dan
sastera kebangsaan di Sarawak. Unit ini bekerjasama dengan unit bahasa di dalam
mencapai matlamatnya dan dibahagikan kepada tiga unit lagi iaitu unit sastera moden dan
unit sastera tradisional serta unit pengembangan sastera. Setiap unit ini di bawah seliaan
seorang ketua unit iaitu Encik Jaraiee Sawal untuk unit sastera, Encik Jiso Rutan untuk
unit sastera tradisional dan yang paling penting ialah unit pengembangan sastera di
bawah kawal selia Encik Hazami Jahari. Mereka ini telah diberi tanggungjawab besar di
dalam mengurus dan mengawal selia pengurusan serta perkembangan sastera di bawah
unit masing-masing.
Antara usaha-usaha dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan dirancang oleh unit
ini adalah seperti pertandingan menulis sastera kreatif pelbagai genre, ceramah dan
bengkel-bengkel penulisan, dan mengumpul pelbagai cerita rakyat daripada pelbagai
kaum yang ada di Sarawak.
8
Sekitar tahun 1990-an telah muncul beberapa orang penulis muda Sarawak yang
telah membawa sedikit kelainan dalam teknik penulisan serta penggarapan tema dan
persoalan. Dalam bidang puisi telah lahir Yusuf Lotot, Arjuna Mustapha, Benjamin
Matusin, Dahiri Saini, Jaafar Hamdan, Robby Emang dan Roslan Jomel. Para penulis ini
membawa gaya penulisan yang lebih bebas, lebih berahsia dan lebih ringkas
persajakannya.
Bagi Dahiri Semang, beliau mempunyai kekuatan dari segi penggarapan tema dan
persoalan yang tepat dan padat. Beliau juga bergiat cergas dalam bidang cerpen yang
mempunyai masa depan yang cukup baik dalam penulisan kreatii Beliau telah banyak
kali memenangi peraduan penulisan kreatif sama ada di peringkat negeri mahupun
kebangsaan dalam kedua-dua genre puisi dan cerpen.
Robby Emang pula mempunyai gaya persajakan yang amat beijimat dengan kata
tetapi sarat dan bermakna. Yusuf Lotot pula mengisi sajak-sajaknya dengan falsafah
kehidupan yang rencam. Berlainan pula dengan Roslan Jomel kerana beliau mencipta
sajak yang penuh rahsia, penuh simbol dan kadang-kadang agak panjang. Jaafar Hamdan
muncul dengan sajak-sajak yang langsung namun penuh dengan semangat kecintaan
terhadap negara dan begitujuga dengan Benjamin Matusin.
Awal tahun 1990-an juga turut didatangi oleh muka-muka baru dalam bidang
penulisan cerpen yang menjanjikan penghasilan karya yang bermutu. Mereka ini ialah
Dahin Saini, Abang Madian Abang Said, Sriwati Labot dan Zaha Hassan.
9
Namun dalam bidang penulisan skrip drama pula, tidak ramai penulis muda yang
tampil dan produktif. Hanya sebilangan sahaja daripada penulis ini yang bergiat akti£
Dalam bidang drama hanya muncul nama-nama seperti Awangku Merali Pangeran
Mohamad dan Hazami Jahari. Nasib yang sama juga berlaku dalam bidang kritikan
sastera. Bidang ini masih lagi mengekalkan nama-nama Jeniri Amir dan di samping
beliau muncul Abang Patdeli Abang Muhi, Saiee Driss, Rafae Ismail, Jaafar Hamdan dan
Hazami Jahari.
Senarai di atas adalah antara senarai nama penulis yang masih lagi bergiat cergas
dalam bidang penulisan sastera di Sarawak. Nama-nama ini juga pernah mencipta nama
masing-masing di dalam bidang penulisan di peringkat kebangsaan seterusnya menambah
senarai nama penulis yang ada di Sarawak. Dengan kehadiran penulis-penulis ini, adalah
diharapkan agar bidang Kesusasteraan Melayu Sarawak akan berkembang maju dan
dikenali ramai.
10
1.1 Definisi
Cawangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBPCS) di Sarawak ditubuhkan sejak
Januari 1977 dan telah mengambil alih tugas Biro Kesusasteraan Borneo yang telah
ditubuhkan sejak tahun 1959 lagi.
Titik permulaan penulisan sastera berbahasa Malaysia di negeri ini masih lagi
sukar untuk dipastikan. Namun dengan penemuan beberapa naskhah lama karya
penduduk Sarawak sejarah kelahiran tradisi bertulis dan bercetak dalam bidang sasterx
mula terserlah. Hal ini dinyatakan oleh Mohammad bin Dris di dalam buku yang bertajuk ;
" Wajah Sastera Sarawak" di bawah selenggaraan Hamzah Hamdani. Menurut buku yang
ditulis oleh Hamzah Hamdani di dalam buku yang bertajuk "Pertumbuhan dan
Perkembangan Sastera Melayu di Sarawak" menyatakan bahawa Pertumbuhan
Kesusasateraan Melayu dalam bentuk percetakan di Sarawak telah bermula sejak tahun
1876, apabila terbitnya sebuah buku yang bertajuk "Hikayat Panglima Nikosa" di bandar
Kuching. Buku ini adalah hasil tulisan Allhyarham Ahmad Shawal bin Abdul Hamid,
yang ditulis dalam bentuk cap batu (cetakan lito) yang bertarikh 30 Jun 1876.
Berdasarkan kepada fakta ini, ini menunjukkan bahawa Kesusasteraan Melayu di
Sarawak telah bermula dan berkembang lebih daripada satu abad di Sarawak. Naskhah
ini adalah sebahagian daripada koleksi Sir Hugh Low salah seorang pegawai Inggeris
yang pernah berkhidmat di bawah pemerintahan Brooke.
11
Menurut Mohammad Bin Dris lagi, naskhah ini dikatakan menarik kerana ia
merupakan catalyst yang memberi motivasi kepada perkembangan sastera Melayu di
Sarawak. Naskhah Hikayat Panglima Nikosa didapati lebih baik sebagai pegangan untuk
meneliti sejarah perkembangan sastera di Sarawak berbanding dengan naskhah-naskhah
Melayu yang ada di Muzium Sarawak.
Namun selepas kemunculan Hikayat Panglima Nikosa, bagaikan ada sesuatu yang
kosong dalam bidang kesusasteraan di negeri ini. Juga tidak diketahui sama ada usaha-
usaha percetakan karya sastera atau non sastera di percetakan lito yang diusahakan oleh
Allayarham Ahmad Shawal di Bukit Persinggahan itu ( berdekatan dengan Kampung
Boyan, Petra Jaya Kuching ) pernah dilakukan. Malahan tujuan sebenar penerbitan
Hikayat Panglima Nikosa masih lagi samar-samar.
Tetapi disebabkan oleh tiada usaha penyelidikan yang meluas dan mendalam,
sehingga kini sejarah pertumbuhan dan perkembangan tersebut kurang mendapat
perhatian masyarakat sama ada di Sarawak khasnya ataupun di Malaysia amnya. Oleh
sebab itu, terdapat banyak anggapan bahawa Sarawak tandus daripada pertumbuhan dan
perkembangan bakat serta karya sastera.
Kemalapan sambutan penduduk negeri Sarawak pada masa itu, iaitu terhadap
usaha yang dimulakan oleh Allahyarham Ahmad Shawal ini berkemungkinan besar
berhubung kait dengan latar pendidikan masyarakat pada masa tersebut. Hal iti boleh
12
dijadikan alasan mengapa naskhah Hikayat Panglima Nikosa tidak menjadi koleksi
penduduk tempatan.
Menurut Hamzah Hamdani lagi di dalam bukunya, dalam tempoh lebih seabad
(1876-1976), perkembangan tersebut sering terputus kerana tradisi persuratannya tidak
mantap. Oleh itu para penulis sukar mencapai kematangan dalam penciptaan karya
sastera kerana setiap generasi perlu memulai era mereka tanpa bimbingan daripada
generasi penulis sebelum mereka. Kemunculan golongan literature Melayu di Sarawak
hanya berlaku selepas kedatangan Islam. Hal ini juga dinyatakan oleh Mohammad Dris.
Pengaruh kemasukan sastera luar clan kedatangan Islam disentuh kerana kedua-dua unsur
ini telah menyumbang ke arah pembentukkan kumpulan intelektual Melayu seterusnya
mengambil daya usaha melanjutkan perjuangan yang dibawa oleh Allahyarham Ahmad
Shawal dalam karya beliau iaitu Hikayat Panglima Nikosa.
Perkembangan sastera di Sarawak menjadi lebih dinamik pada dekad 1980-an
apabila kegiatan DBPCS mampu menggerakkan dan memartabatkan kehidupan sastera
kebangsaan di Sarawak. Dalam hal ini, gandingan badan-badan penulis seperti Gabungan
Persatuan Penulis Sarawak (GPPS), dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia
(GAPENA) dengan DBPCS banyak membantu di dalam melaksanakan segala kegiatan
sastera yang dijalankan.
Penubuhan ruang "Sudut Penulis" di pejabat DBPCS dalam tahun 1980 telah
membantu dalam penampungan ruang bagi kegiatan para penulis Sarawak. Dengan
13
kemudahan ini, para penulis tidak perlu lagi menumpang di balai raya kampung atau
ruang tamu rumah teman-teman untuk berkarya. Melalui sudut ini juga, ia telah memberi
peluang kepada mereka untuk bertemu dengan penulis lain contohnya dari Semenanjung
dan negarajiran yang sesekali datang ke Kuching.
Perkembangan dalam bidang penulisan ini telah mendorong para penulis untuk
menubuhkan persatuan-persatuan penulis seperti PUTERA dan ANGKAT ( Angkatan
Karyawan Kawasan Tengah ). Dengan kebangkitan persatuan-persatuan penulis ini, ia
telah menunjukkan perkembangan yang amat baik dalam dunia kesusasteraan di negeri
ini. Demi membina serta mengembangkan kesusasteraan Malaysia di Sarawak untuk
membina identiti tersendiri dan atas dasar kesedaran ini, maka dalam tahun 1982 telah
ditubuhkan sebuah badan bagi menggabungkan semua persatuan yang ada berdaftar di
Sarawak. Dengan ini AKS, PEBAS dan PUTERA telah dihimpunkan ke dalam sebuah
himpunan yang lebih besar yang digelar Gabungan Persatuan Penulis Sarawak ( GPPS )
untuk mendukung tujuan berikut:
a. Menyatupadukan penulis-penulis Sarawak yang menulis dalam bahasa
kebangsaan.
b. Mempertahankan dan memperjuangkan hal-hal dan kepentingan penulis.
c. Memberikan sumbangan moral dan meterial secara positif kepada tujuan clan cita-
cita Gabungan dan
d. Mengusahakan peluang-peluang untuk penulis-penulis memajukan bakat mereka.
14
i ;ýY . i". `, ý ý; r'\ .l
't: ýýý. 'iý Q4 Ahi i;, oi: i ; i, iiiudiatlßi¢
Sarawak sebenarnya mempunyai sejarah kesusasteraan dan tradisi penulisan yang
panjang, dan keadaan atau suasana perkembangan pada masa lalu dan had ini sahaja
tidak mampu untuk membersihkan selut yang menutupi tingkap dan pintu gedungnya
hingga dalam beberapa waktu ianya sepi dan menggerunkan.
Jadi di dalam kajian ini, pengkaji akan melihat dari sudut peranan unit sastera
DBPCS dalam memartabatkan Kesusasteraan Melayu Sarawak kepada masyarakat
tempatan. Di dalam kajian ini, tumpuan diberikan kepada pertumbuhan dan
perkembangan sastera melayu Sarawak, usaha-usaha yang dijalankan, matlamat dan
penerimaan masyarakat terhadap kegiatan-kegiatan yang dijalankan dan masalah yang
dihadapi oleh DBPCS.
1.2 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk melihat peranan-peranan yang dimainkan oleh
unit sastera DBPCS dalam memartabatkan Kesusasteraan Melayu Sarawak kepada
masyarakat tempatan. Hal ini adalah disebabkan oleh bidang kesusasteraan masih lagi di
tahap yang rendah kerana tidak ramai masyarakat yang berminat untuk mengetahui dan
mendalami bidang ini secara dekat. Jadi objektif pengkaji di sini adalah untuk
menggalakkan lebih ramai masyarakat mendalami dan menghayati Kesusasteraan Melayu
dan lebih ramai perintis penulis muda yang akan meneruskan usaha murni DBP untuk
memartabatkan bidang ini.
15