20
Program Matrikulasi Satu Tahun Perakaunan Bab 1: Pengenalan Kepada Perakaunan

Perakaunan Kewangan Bab 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Perakaunan Kewangan Bab 1

Citation preview

Page 1: Perakaunan Kewangan Bab 1

Program Matrikulasi Satu Tahun Perakaunan

Bab 1:Pengenalan Kepada Perakaunan

Page 2: Perakaunan Kewangan Bab 1

Isi Kandungan

Jenis-jenis Pemilikan Perniagaan

Cabang Perakaunan

Perbezaan antara Perakaunan dan Simpankira

Pengguna Maklumat Perakaunan

Definisi Perakaunan

Jenis-jenis Penyata Kewangan

Badan-badan Perakaunan di Malaysia

Page 3: Perakaunan Kewangan Bab 1

Definisi Perakaunan

Bahasa Perniagaan.Perakaunan merupakan satuproses Mengenalpasti Merekod dan mengkelas Meringkas Melapor Mentafsir Mengkomunikasi maklumat kewangan kepada pengguna-pengguna

luaran dan dalaman.

Page 4: Perakaunan Kewangan Bab 1

Pengguna Maklumat Perakaunan

Pengguna Dalaman- Pengguna yang berada dalam organisasi dan terlibat dalam proses membuat keputusan bagi organisasi tersebut.

Pengguna Luaran- Pengguna di luar organisasi yang menggunakan maklumat bagi kepentingan individu dan organisasi lain.

Page 5: Perakaunan Kewangan Bab 1

Contoh Pengguna Maklumat Perakaunan. Pengguna Dalaman

Pihak Pengurusan - menilai keputusan pengurusan yang lepas. - membuat keputusan untuk masa depan.

Audit Dalaman- pengesahan sistem pengurusan dan sistem kewangan sesebuah syarikat adalah mematuhi piawaian perakaunan.

Pekerja

Pemilik

Page 6: Perakaunan Kewangan Bab 1

Pengguna Luaran Pelabur Sedia Ada

- ketahui nilai modal yang dilaburkan.- jumlah dividen yang diterima- ketahui sumber kewangan perniagaan. Pihak Bank / Pemiutang

- nilai kebolehan perniagaan untuk bayar balik hutang serta faedah atas pinjaman. Lembaga Hasil Dalam Negeri

- untuk tentukan jumlah cukai yang perlu dibayar ikut keuntungan perniagaan. Bakal Pelabur

- untuk lihat prestasi perniagaan sebelum membuat keputusan. Pekerja / Kesatuan Sekerja

- untuk mengetahui keupayaan sesebuah organisasi bagi kenaikan gaji atau bonus dan sebagainya. Pelanggan

- untuk mengetahui keupayaan sesebuah organisasi dalam tuntutan pelanggan seperti jaminan / waranti.

Page 7: Perakaunan Kewangan Bab 1

Perbezaan antara Perakaunan dan Simpankira

PerakaunanAdalah proses merekod, meringkas, mengelas, menganalisis dan mengkomunikasi maklumat-maklumat dari peristiwa ekonomi.

SimpankiraSebahagian daripada perakaunan, dimana ia merupakan proses merekod, mengelas dan meringkas urusniaga dalam nilai wang. (sehingga Imbangan Duga).

Page 8: Perakaunan Kewangan Bab 1

Cabang Perakaunan Perakaunan Kewangan

Cabang perakaunan yang menyediakan maklumat kepada pengguna luaran dengan mematuhi prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum (GAAP).

Perakaunan Pengurusan

Cabang perakaunan yang menumpukan kepada penyediaan maklumat kepada pengguna dalaman bagi membantu mereka melaksanakan fungsi pengurusan.

Page 9: Perakaunan Kewangan Bab 1

Jenis-jenis Milikan Perniagaan• Pemilikan Tunggal

Dimiliki oleh seorang individu Bersaiz kecil dari segi modal dan operasinya Liabiliti tidak terhad kerana pemilik menanggung semua hutang

• Perkongsian Dimiliki oleh 2 hingga 20 individu. Mengikut Akta Perkongsian 1966 Mempunyai potensi untuk berkembang dengan mudah Liabiliti tidak terhad dimana pekongsi secara peribadi menanggung

semua hutang perkongsian• Syarikat

Pendaftaran dibuat dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)/ CCM (Companies Commission of Malaysia) mengikut Akta Syarikat 1965.

Terbahagi kepada Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam Berhad.

Liabiliti Terhad dimana pemegang saham tidak menanggung beban hutang syarikat.

Berpotensi untuk berkembang kerana saham diterbitkan untuk mendapatkan dana tambahan.

Page 10: Perakaunan Kewangan Bab 1

Jenis-jenis Penyata Kewangan

- Penyata Pendapatan- Penyata Ekuiti Pemilik- Kunci Kira-kira- Penyata Aliran Tunai

Page 11: Perakaunan Kewangan Bab 1

Penyata Pendapatan

Item-item yang dimasukkan ialah hasil atau pendapatan kepada perniagaan dan perbelanjaan yang terlibat untuk mendapatkan hasil berkenaan.

Tujuan: Untuk melaporkan kejayaan atau keberuntungan dalam operasi perniagaan dalam satu-satu tempoh perakaunan.

Page 12: Perakaunan Kewangan Bab 1

Contoh:Perniagaan UsahamajuPenyata Pendapatan

Bagi Tahun Berakhir 30 Jun 2010

Hasil 140,000(-) Belanja (103,240)Untung Bersih 36,760

Page 13: Perakaunan Kewangan Bab 1

Penyata Ekuiti Pemilik

Untuk mengetahui jumlah ekuiti yang dimiliki oleh sesuatu perniagaan.

Contoh:Perniagaan UsahamajuPenyata Ekuiti Pemilik

Bagi Tahun Berakhir 30 Jun 2010Ekuiti Pemilik:Modal 40,000Untung Bersih 36,760(-) Ambilan (10,000)Jumlah ekuiti pemilik 66,760

Page 14: Perakaunan Kewangan Bab 1

Kunci Kira-kira

Disediakan untuk melihat kedudukan kewangan sesuatu perniagaan pada satu-satu tarikh.

Didalamnya disenaraikan baki-baki aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.

ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

Page 15: Perakaunan Kewangan Bab 1

Penyata Aliran Tunai

Berapa banyakkah tunai yang diterima dan digunakan oleh perniagaan dalam tahun yang dinilai?

Melaporkan penerimaan tunai, pembayaran tunai dan perubahan dalam tunai hasil daripada aktiviti-aktiviti operasi, pelaburan dan pembiayaan sesuatu organisasi untuk suatu tempoh mengikut format tertentu yang boleh menyelaraskan baki awal dan akhir tunai.

Page 16: Perakaunan Kewangan Bab 1

- Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)

- Institut Akauntan Malaysia (MIA)- Institut Akauntan Awam Bertauliah

Malaysia (MICPA)

Badan-badan Perakaunan Malaysia

Page 17: Perakaunan Kewangan Bab 1

Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)Dibentuk sebagai sebuah badan autoriti

untuk membangunkan dan menerbitkan standard perakaunan bagi Malaysia.

Tujuannya untuk memastikan kualiti dan penguatkuasaan standard-standard perakaunan.

Mempunyai satu badan penasihat yang dikenali sebagai ‘Financial Reporting Foundation’ (FRF) yang berperanan sebagai penasihat perkara pelaporan kewangan, mengawasi operasi MASB, menyediakan dan meluluskan dana untuk pembiayaan operasi.

Page 18: Perakaunan Kewangan Bab 1

Institut Akauntan Malaysia (MIA)

Ditubuhkan pada 1967, sebaik sahaja Akta Akauntan 1967 dikuatkuasakan.

Diberikan kuasa mutlak dalam pengiktirafan kelulusan untuk 10 buah badan perakaunan luar negara dan satu badan perakaunan tempatan (MICPA) serta kesemua ijazah perakaunan dari IPTA terpilih.

Menjadi badan untuk mengawal selia para akauntan supaya mematuhi peraturan dan etika profesion perakaunan.

Mengendalikan peperiksaan kelayakkan bagi mereka yang berkelulusan perakaunan yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakkan MIA.

Page 19: Perakaunan Kewangan Bab 1

INSTITUT AKAUNTAN BERTAULIAH MALAYSIA (MICPA) Ditubuhkan pada 1958.Bertanggungjawab melatih akauntan-

akauntan bertauliah.Terlibat secara aktif dalam penyelidikan,

pembangunan dan pengumuman berkaitan dengan perakaunan, pengauditan dan standard-standard pelaporan sejak tahun 2002.

Page 20: Perakaunan Kewangan Bab 1

Program Matrikulasi Satu Tahun Perakaunan