Penyembelihan Sabra Dan Shatila

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/9/2019 Penyembelihan Sabra Dan Shatila

    1/5

    Penyembelihan Sabra dan Shatila

    Penyembelihan Sabra dan (Shatila/Chatila) berlaku pada September 1982, di Beirut, Lubnan,

    dalam kawasan di bawah kawalan Israeli, oleh Nasarani Lubnan. Bangsa-Bangsa Bersatu telah

    menyifatkannya sebagai "penghapusan kaum (genocide)" -- satu istilah yang mempunyai kesanperhakiman antarabangsa. Kebanyakan perdebatan bertumpu kepada tanggungjawab Israel.

    Isi kandungan

    1 Latarbelakang 2 Kejadian 3 Tuduhan terhadap Israel 4 Pautan luar 5 Rujukan

    Latarbelakang

    Pada ketika itu, Lubnan berada dalam keadaan perang saudara membabitkan siri pakatan yangrumit. Antaranya adalah pakatan antara Israel dan Nasarani Lubnan, diketuai oleh parti

    Phalangist dan kumpulan bersenjata. Mereka sedang bertikaian dengan pihakMuslim, termasukPalestin yang diwakili oleh Organisasi Pembebasan Palestine "Palestine Liberation Organization

    (PLO). Penyembelihan antara kaum etnik berbeza adalah perkara biasa ketika perang saudaratersebut, yang menyaksikan hampir seramai 100,000 mangsa antara 1975 dan 1990, tetapi Israel

    mendakwa bahawa pengalamannya bekerjasama dengan Phalangist sebelum penyembelihan

    tersebut tidak menunjukkan sebarang kecenderungan di kalangan mereka mengenai keganasanterhadap orang awam. Pemimpin Phalangist pada masa itu, Bachir Gemayel, amat popular dikalangan Maronites, sebenarnya terkenal kerana kejam dan telah pernah membunuh bakal

    saingannya. Dia dilantik sebagai Presiden Lubnan pada 23 Ogos. Pihak Israel telah melatih,membekalkan senjata, bekalan, dan juga pakaian seragam kepada pasukan Phalangist semenjak

    1976.

    Pihak PLO telah menggunakan Lubnan sebagai tapak melancarkan serangan terhadap sempadan

    utara Israel, dan berasaskan alasan tersebut, Israel telah menceroboh selatan Lubnan]] pada 6 Jun1982. Di bawah perjanjian perletakan senjata ditaja oleh Amerika Syarikat yang ditandatangani

    pada akhir Ogos, pihak PLO bersetuju untuk meninggalkan Lubnan dibawah pengawasan

    antarabangsa dan Israel bersetuju untuk tidak mara ke dalam Beirut dan menjamin keselamatanorang awam Palestin yang tinggal di khemah-khemah. Pada 1 September, pengunduran pejuangPLO telah lengkap dan pada 10 September pasukan antarabangsa (Amerika Syarikat, Perancis,

    dan Itali) menyelia pengunduran tersebut telah berundur. Bagaimanapun pada 14 September1982, Bachir Gemayel telah dibunuh, menyebabkan pasukan Phalangist bersumpah untuk

    membalas dendam. Pembunuh tersebut kemudiannya dipercayai sebagai agen Syria, tetapiMenteri Pertahanan Israeli Ariel Sharon meletakkan tanggungjawab pembunuhan tersebut ke

    atas penduduk Palestin, yang menambah kemarahan Phalangists yang telah diketahui membenci

    http://ms.wikipedia.org/wiki/1982http://ms.wikipedia.org/wiki/Beiruthttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lubnanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penghapusan_kaum&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penghapusan_kaum&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penghapusan_kaum&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Undang-undang_antara_bangsa&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyembelihan_Sabra_dan_Shatila#Latarbelakanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Penyembelihan_Sabra_dan_Shatila#Kejadianhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Penyembelihan_Sabra_dan_Shatila#Tuduhan_terhadap_Israelhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Penyembelihan_Sabra_dan_Shatila#Pautan_luarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Penyembelihan_Sabra_dan_Shatila#Rujukanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Israelhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Nasaranihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Phalangist&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Muslimhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Palestinhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Organisasi_Pembebasan_Palestine&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/1975http://ms.wikipedia.org/wiki/1990http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bachir_Gemayel&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Israelhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Israelhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Israelhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perancishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Italihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Italihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bachir_Gemayel&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Syriahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ariel_Sharonhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ariel_Sharonhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syriahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bachir_Gemayel&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Italihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perancishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Israelhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Israelhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Israelhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bachir_Gemayel&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/1990http://ms.wikipedia.org/wiki/1975http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Organisasi_Pembebasan_Palestine&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Palestinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Muslimhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Phalangist&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasaranihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Israelhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Penyembelihan_Sabra_dan_Shatila#Rujukanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Penyembelihan_Sabra_dan_Shatila#Pautan_luarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Penyembelihan_Sabra_dan_Shatila#Tuduhan_terhadap_Israelhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Penyembelihan_Sabra_dan_Shatila#Kejadianhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Penyembelihan_Sabra_dan_Shatila#Latarbelakanghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Undang-undang_antara_bangsa&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penghapusan_kaum&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Lubnanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Beiruthttp://ms.wikipedia.org/wiki/1982
  • 8/9/2019 Penyembelihan Sabra Dan Shatila

    2/5

    penduduk Palestin. Kematian Gemayel juga menyebabkan keadaan huru-hara, yangmenyebabkan pemimpin Israeli ingin memperkukuhkan kedudukan mereka dengan menceroboh

    Beirut Barat. Pihak pengintipan Israeli mendakwa bahawa khemah Sabra dan Shatila untukpelarian Palestin di Beirut masih mempunyai sehingga 2,000 anggota PLO (yang didakwa tidak

    berundur, walaupun syarat perjanjian awal di mana PLO perlu meninggalkan Lubnan) dan

    bersama senjata, dakwaan yang tidak berasas dan dipertikaikan (lihat di bawah).

    Kejadian

    Pihak bersenjata Phalangist dan Pasukan Pertahanan Israel "Israel Defense Forces" (IDF)mencapai persetujuan bahawa IDF akan mengawal sempadan kem dan Phalangists akan

    mengusir keluar ahli PLO dan menyerahkan mereka kepada pasukan Israeli. Arahan Sharonkepada Phalangist menegaskan bahawa IDF akan mengawal semua pasukan di dalam kawasan

    tersebut. Pada petang 16 September 1982, IDF mengelilingi kem dan pasukan Phalangistsmenceroboh masuk, di bawah pemerintahan Elie Hobeika. Untuk 36 jam berikutnya, pasukan

    Phalangists menyembelih kesemua penduduk kem, sementara pasukan IDF memasuki Beirut

    Barat.

    Menjelang tengah hari Rabu, 15 September, pihak IDF telah mengelilingi dan menutup kawasan

    kem dan meletakkan pos pemerhati pada bumbung di bangunan tinggi berhampiran. Menjelangtengah hari Khamis, pihak Israel mengumumkan bahawa ia mengawal semua kawasan penting di

    Beirut. Pihak IDF bermesyuarat sepanjang hari dengan pemimpin Phalangist, termasukElieHobeika, untuk membincangkan kemasukan mereka ke dalam kem. Pada pukul 4 petang, 1500

    orang bersenjata berkumpul dan mula bergerak ke arah kawasan kem, dan unit pertama 150orang memasuki kawasan kem pada waktu maghrib, bersenjatakan senapang, pisau dan perang

    "hatchet". Dari awal malam sehingga lewat tengah malam, pada kedua-dua malam, pihak IDFmenembak flare penerang di atas kawasan kem. Seawal pukul 8 malam hari Khamis, seorang

    pegawai Phalangist melaporkan pembunuhan seramai 300 orang awam kepada pusat kawalanIsraeli. Pembunuhan ini berterusan sepanjang malam. Sebahagian daripada laporan telah dihantar

    ke Tel Aviv dan telah dilihat oleh beberapa pegawai kanan IDF.

    Sungguhpun begitu, pasukan bantuan Phalangist tiba di kem pada pagi Jumaat. Sepanjang masa

    tersebut, tentera Israeli secara perseorangan menyaksikan sebahagian daripada penyembelihantersebut. Pada satu masa soalan melalui radio ditujukan kepada Elie Hobeika menanyakan apa

    yang hendak dilakukan terhadap wanita dan kanak-kanak telah dipintas oleh pegawaiperhubungan Israeli (dia menjawap "Ini merupakan kali terakhir awak tanya saya soalan seperti

    itu, awak sudah tahu apa yang perlu dilakukan", tentera Phalange di situ ketawamendengarkannya). Pada waktu lain anggota pasukan kereta kebal melihat beberapa orang,

    wanita, dan kanak-kanak dibawa ke stadium (kelihatannya untuk ditembak). Sesetengah tenteraIDF diletakkan di sekeliling kem mematuhi arahan mereka dan mengusir kembali pelarian yang

    cuba melarikan diri. Yang lain melaporkan apa yang mereka lihat kepada orang atasan mereka.Anggota Phalangist sering datang meminta makanan, air, dan peluru sepanjang penyembelihan

    tersebut. Pada pukul 11:30 pagi, Jeneral IDF Yaron memerintahkan Phalanges untuk berhentimara. Perintah tersebut kelihatannya tidak dipatuhi langsung. Selepas itu pada waktu petang,

    perbincangan Majlis Pegawai Israeli memutuskan untuk memberikan lanjutan masa kepadapasukan Phalanges sehingga 5 pagi keesokan harinya. Tekanan Amerika yang dicetuskan oleh

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Pertahanan_Israelhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=16_September_1982&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Elie_Hobeikahttp://ms.wikipedia.org/wiki/15_Septemberhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Elie_Hobeikahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Elie_Hobeikahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Elie_Hobeikahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Elie_Hobeikahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Elie_Hobeikahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Elie_Hobeikahttp://ms.wikipedia.org/wiki/15_Septemberhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Elie_Hobeikahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=16_September_1982&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Pertahanan_Israel
  • 8/9/2019 Penyembelihan Sabra Dan Shatila

    3/5

    khabar angin mengenai penyembelihan itu merupakan sebab mendorong kepada keputusan untukmenghentikan pasukan Phalanges. Pasukan IDF juga membekalkan pasukan bersenjata dengan

    jentolak tambahan.

    Orang bersenjata tidak keluar dari kem pada pukul 5 pagi Sabtu seperti diperintahkan;

    sebaliknya, mereka keluar pada pukul 10 pagi, selepas memaksa mereka yang masih hidup untukberatur keluar dari kem, membunuh mangsa secara rawak, dan menghantar kebanyakan yang lainke stadium untuk soal-siasat, yang berlarutan sepanjang hari. Pasukan IDF tidak memasuki kem

    ketika itu, untuk mengelak pembabitan. Pemberita asing pertama dibenarkan memasuki kempada 9 pagi dan apabila menjumpai beratus-ratus mayat bergelimpangan merata-rata,

    kebanyakannya dikelar, memancarkan berita rasmi mengenai penyembelihan tersebut sekitarwaktu tengah hari.

    Jumlah sebenar mangsa tidak diketahui. International Committee of the Red Cross (ICRC)

    menganggarkan sejumlah 2,750 mangsa. Jumlah Israeli, berasaskan perisikan IDF, meletakkanjumlah sehingga 700-800, jumlah yang sama dipetik oleh pihak berkuasa Lubnan dan

    kebanyakan sumber Barat, dan laporan lain menyebut antara 300 sehingga 3,000.

    Tuduhan terhadap Israel

    Berita penyembelihan tersebut tersebar melalui media seluruh dunia. Berikutan kontroversi itu,pihak Israel membentuk Suruhanjaya Penyiasatan yang diketuai oleh bekas Hakim Agung

    Kahan. Laporan tersebut termasuk bukti daripada kakitangan tentera Israeli, termasuk juga tokohpolitik, dan pegawai Phalange. Dalam laporan ini, diterbitkan pada musim bunga 1983,

    Suruhanjaya menyatakan bahawa tidak terdapat bukti unit Israeli terbabit dalam penyembelihansecara langsung, tetapi ia adalah sepenuhnya dilakukan oleh Elie Hobeika dan orang-orangnya.

    Bagaimanapun, Suruhanjaya Kahan merakamkan bahawa kakitangan tentera Israeli telah

    menyedari mengenai penyembelihan yang berlaku beberapa kali tanpa melakukan sebarangtindakan serius untuk menghentikannya, dan juga laporan mengenai penyembelihan sedangberlaku dilaporkan kepada menteri kabinet Israeli. Ia mencadangkan bahawa Menteri Pertahanan

    Israel, Ariel Sharon berhenti atau dipecat dan juga mengutuk serta mencela beberapa pegawaiperisikan dan tentera.

    Yang lain tidak bersetuju dengan laporan tersebut:

    "Pembunuhan beramai-ramai itu bukan merupakan tindakan membalas dendam

    terhadap pembunuhan Bachir Gemayel yang dilakukan secara spontan tetapi merupakan

    satu operasi yang telah dirancang terlebih dahulu bertujuan memberi kesan terhadap

    perpindahan beramai-ramai rakyat Palestin daripada Beirut serta bahagian-bahagianlain di Lubnan. Penglibatan Israel dalam pembunuhan terhadap rakyat Palestin telah

    mewujudkan satu corak perjuangan politik yang mengusutkan melalui tindakan

    keganasan massa terhadap orang awam, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang-

    orang tua."

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Ariel_Sharonhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ariel_Sharon
  • 8/9/2019 Penyembelihan Sabra Dan Shatila

    4/5

    Beberapa pihak seperti Noam Chomsky dan Robert Fisktelah mendakwa bahawa pihak Israelimemang menyedari akan kejadian pembunuhan beramai-ramai itu. Selain itu, mereka

    mempertikaikan bahawa terdapatnya anggota PLO di dalam kem-kem berkenaan, sepertidakwaan (1) laporan Suruhanjaya Kahan bahawa IDF telah menghantar 150 Phalangist untuk

    menentang 2,000 anggota PLO (satu ciri taktik ketenteraan yang lemah) dan (2) pihak Phalangist

    cuma kehilangan dua nyawa, sesuatu yang mustahil dalam pertempuran yang berlanjutan selama36 jam yang melibatkan 2,000 pejuang yang cukup berpengalaman [FT]. Beberapa pihakmembantah analisis yang dilakukan oleh Chomsky dan menganggapnya sebagai sesuatu yang

    subjektif berdasarkan pandangan politik beliau yang dianggap sebagai radikal.

    Bagaimana pun, para pengkritik mempunyai pelbagai bantahan terhadap pandangan berkenaan.Menurut mereka, Israel tidak pernah mendakwa kesemua anggota PLO (berbanding pejuang

    Fatah) bersenjata atau cuba mengatur pertahanan; dalam kejadian-kejadian sebelumnya, pihakPhalangist telah dipanggil untuk menyaring anggota PLO daripada kumpulan Lubnan yang lain.

    Phalangist menunjukkan sikap yang baik dalam kes-kes seumpama ini. Tambahan pula, Israelmenyatakan bahawa Panglima Medan Phalangist, Elie Hobeika, pada ketika itu telah mempunyai

    hubungan dengan Syria (beliau secara terbuka berpaling tadah seketika kemudian). Inimenunjukkan bahawa beliau mungkin telah merencanakan penyembelihan itu sebagai provokasi

    politik terhadap sekutu Israeli beliau (satu tindakan yang tidak asing bagi dirinya). Akhirnya,Israel menekankan bahawa tentera Israeli tidak pernah menerima sebarang perintah (dalam

    kejadian ini atau yang lainnya) yang boleh menyebabkan kematian di pihak orang awam yangtidak bersenjata.

    Namun begitu, Israel telah memberikan perakuan secara bertulis bahawa ia akan melindungi

    orang awam Palestine, kerana itu telah menjadi tanggungjawabnya di bawah undang-undangantarabangsa sebagai kuasa penakluk.

    Berikutan dengan pilihan raya Sharon 2001 untuk jawatan Perdana Menteri Israel, satu samantelah dikemukakan di Belgium berkenaan peranannya dalam peristiwa penyembelihan Sabra dan

    Shatila. Mahkamah Agung Belgium memutuskan pada 12 February, 2003, bahawa Sharon (danyang lain, antaranya adalah Yaron) boleh disabitkan di bawah tuduhan ini. Pengkritik saman ini

    menuduh bahawa ia di lakukan untuk tujuan politik. Israel bertindak balas dengan bising "furor"terhadap keputusan ini dan mempersoalkan hak mahkamah Belgium untum membicarakan kes

    ini, walaupun rakyat Israel yang membawa kes (tidak berkenaan) pada mahkamahyang samaterhadapPalestin. Ramai yang mendapati mamlumat dalam saman itu memeranjatkan

    "disturbing". Sebahagiannya berasaskan pada maklumat Suruhanjaya Kahan (Kahancommission) yang tidak pernah dibebaskan kepada umum (bahagian lapuran yang disita) tetapi

    diberikan kepada pendakwa Belgian oleh sumber Israel.

    Perincian kes Belgian boleh di dapati di http://www.indictsharon.net

    (laman web tidak rasmi aktivist).

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Noam_Chomskyhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Robert_Fisk&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Phalangist&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Elie_Hobeikahttp://ms.wikipedia.org/wiki/2001http://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Israelhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=12_February&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/2003http://www.indictsharon.net/http://www.indictsharon.net/http://ms.wikipedia.org/wiki/2003http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=12_February&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Israelhttp://ms.wikipedia.org/wiki/2001http://ms.wikipedia.org/wiki/Elie_Hobeikahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Phalangist&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Robert_Fisk&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Noam_Chomsky
  • 8/9/2019 Penyembelihan Sabra Dan Shatila

    5/5

    Pautan luar

    Kahan Commission of Inquiry

    Israel's official investigation into the massacre.

    From Israel to Damascus

    a book written by Elie Hobeika's bodyguard that includes the description of howHobeika carried out the massacre.

    A Palestinian view on the massacre

    Statement by Guardians of the Ceder

    , a Lebanese-Christian nationalist group, expressing its regret over the unilaterality of the

    investigation in Belgium.

    Rujukan [FT] Fateful Triangle, Noam Chomsky (ISBN 1-57731-152-3) "The Sabra and Shatila massacres: eye-witness reports" Leila Shahid, with an

    introduction by Linda Butler, in Journal of Palestine Studies XXXII, no. 1 (Autumn

    2002) "Pity the nation: The Abduction of Lebanon", Robert Fisk(ISBN 1-57731-195-7)

    http://www.us-israel.org/jsource/History/kahan.htmlhttp://www.israeltodamascus.com/index.htmhttp://www.jerusalemites.org/sabra.htmlhttp://www.gotc.org/st16.7.1.htmhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Khas:Sumber_buku/1577311523http://ms.wikipedia.org/wiki/Khas:Sumber_buku/1577311523http://ms.wikipedia.org/wiki/Khas:Sumber_buku/1577311957http://ms.wikipedia.org/wiki/Khas:Sumber_buku/1577311957http://ms.wikipedia.org/wiki/Khas:Sumber_buku/1577311523http://www.gotc.org/st16.7.1.htmhttp://www.jerusalemites.org/sabra.htmlhttp://www.israeltodamascus.com/index.htmhttp://www.us-israel.org/jsource/History/kahan.html