51
PENYELIAAN PENGAJARAN KLINIKAL DI MRSM ZON UTARA MOHD RADZI BIN TAIB KERTAS KAJIAN MASTER KEPENGETUAAN INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN (IKP) UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR OLEH:

PENYELIAAN PENGAJARAN KLINIKALDI MRSM ZON UTARA

Embed Size (px)

DESCRIPTION

OLEHMOHD RADZI BIN TAIBINSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN (IKP) UNIVERSITI MALAYAKUALA LUMPUR

Citation preview

PowerPoint Presentation

PENYELIAAN PENGAJARAN KLINIKALDI MRSM ZON UTARAMOHD RADZI BIN TAIB

KERTAS KAJIAN MASTER KEPENGETUAAN INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN (IKP) UNIVERSITI MALAYAKUALA LUMPUROLEH:PENGENALANPenyeliaan klinikal adalah komponen tipikal dan tertua dalam kaedah penyeliaan pengajaran. Fokusnya lebih terhad di dalam kelas dan waktu pengajaran pembelajaran berlangsung.

(Goldhammer, et al. 1993 dalam Abdul Rahman Abdul Majid Khan, 2011:53)Kajian ini adalah kajian tinjauan, iaitu meninjau aspek-aspek pelaksanaan, proses dan tahap penyeliaan pengajaran klinikal yang diamalkan oleh penyelia pengajaran yang terdiri daripada Pengetua,Timbalan-timbalan Pengetua dan Ketua-ketua Jabatan di lima buah MRSM Zon Utara. Terdapat lima langkah dalam penyeliaan pengajaran klinikal iaitu: 1.konferensi pra penyeliaan atau pra pemerhatian, 2.pemerhatian pengajaran di dalam bilik darjah, 3.analisis pemerhatian pengajaran ataupun strategi maklumbalas, 4.konferensi penyeliaan dan 5.analisis pasca konferensi penyeliaan.Istilah klinikal diguna pakai kerana pendekatannya merangkumi konsep dianogsis dan pemulihan yang mengambil contoh dari sudut perubatan apabila pesakit mendapat pemerhatian pakar perubatan sebelum rawatan dimulakan. Dalam pendekatan ini, dari segi instruksional guru menganggap penyelia/pengetua sebagai ahli professional/doktor pakar yang dapat membantu menambahbaik proses pengajaran (Abdul Rahman Abdul Majid Khan, 2011 :52).PERNYATAAN MASALAHPenyeliaan pengajaran klinikal perlu dijalankan di MRSM untuk memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran.Penyeliaan pengajaran yang bersifat memulih dan membimbing perlu diperhebatkan, bukan penyeliaan yang sekadar mencari kesalahan dan kekurangan guru semata-mata. Kolaborasi antara guru dan pentadbir adalah penting untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran secara lebih terancang.KERANGKA KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti proses pelaksanaan dan tahap perlaksanaan penyeliaan pengajaran yang dilakukan oleh penyelia pengajaran yang terdiri dari Pengetua, Timbalan-timbalan Pengetua dan Ketua-ketua Jabatan di lima buah Maktab Rendah Sains MARA Zon Utara berdasarkan persepsi guru dalam Lima Peringkat Penyeliaan Klinikal Goldhammer.TUJUAN KAJIANBerdasarkan tujuan kajian, objektif kajian yang telah dijalankan ini ialah untuk:i)Mengenal pasti proses penyeliaan pengajaran oleh penyelia pengajaran berdasarkan Lima Peringkat Penyeliaan Klinikal; OBJEKTIF KAJIANii)Menentukan tahap pelaksanaan penyeliaan pengajaran berdasarkan Lima Peringkat Penyeliaan Klinikal dalam kalangan Pengetua, Timbalan-timbalan pengetua dan ketua jabatan MRSM Zon Utara mengikut persepsi guru-guru di MRSM Zon Utara.iii)Mengenalpasti pada peringkat manakah penambahbaikan perlu dilakukan bagi meningkatkan keberkesanan penyeliaan klinikal dan keberkesanan pengajaran guru dalam bilik darjah.iv) Menentukan apakah tahap pelaksanaan penyeliaan pengajaran oleh penyelia pengajaran berdasarkan Lima Peringkat Penyeliaan Klinikal; iaitu; konferensi sebelum pemerhatian, pemerhatian, analisis dan strategi, konferensi penyeliaan dan analisis selepas konferensi?Kajian ini dilihat sebagai berupaya memenuhi Misi dan Objektif penubuhan MARA serta menjadi input kepada Unit Naziran dan Kualiti Pendidikan MARA (UNQ) dan Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah MARA (BPLM) dalam meningkatkan kreadibiliti pengetua dan potensi guru-guru MRSM sebagai pemimpin dan penyampai pengajaran.KEPENTINGAN KAJIANKajian ini terbatas kepada persepsi guru-guru di lima buah MRSM Zon Utara sahaja dan kajian ini juga mengambil kira batasan masa, iaitu kesesuaian masa persekolahan semasa soal selidik diedarkan dan kewangan penyelidik. BATASAN KAJIANAcheson dan Gall (2003) telah mengemukakan model penyeliaan klinikal dalam tiga peringkat atau fasa, iaitu fasa konferensi sebelum penyeliaan pengajaran, fasa penyeliaan pengajaran di dalam bilik darjah dan fasa sesi konferensi selepas penyeliaan.TINJAUAN LITERATURModel penyeliaan klinikal (lima fasa) telah dikemukakan oleh Goldhammer dan Cogan (1973) yang telah diubahsuai mengikut konteks dan keperluan sesebuah sekolah dan organisasi (Pajak,2008) dalam (Shamsudin Mohammad dan Kamarul Azmi Jasmi,2011:46).

Peringkat 1:Konferensi sebelum penyeliaan Konferensi sebelum penyeliaan juga dikenali dengan istilah perbincangan sebelum pemerhatian. Ia adalah satu proses awal komunikasi dan interaksi antara guru dengan penyelia. Peringkat 2: Pemerhatian-Penyeliaan di dalam bilik darjah.Pemerhatian dalam bilik darjah adalah proses mengumpul data berkenaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dirancang bagi melihat kekuatan dan kelemahan dan seterusnya sama-sama membantu ke arah pencapaian piawai pengajaran.Peringkat 3: Analisis dan strategi (Analisis pasca penyeliaan)Selepas penyeliaan selesai, akan dilihat semula nota yang diperbincangkan pada peringkat pra pemerhatian dan catatan ketika pemerhatian. Analisis nota itu berasaskan pencapaian dan persetujuan bersama. Peringkat 4 :Konferensi selepas penyeliaan (Konferensi pasca pemerhatian/penyeliaan)

Peringkat ini juga dikenali dengan istilah perbincangan maklum balas ataupun perbincangan selepas pemerhatian. Sesi pasca pemerhatian adalah sesi yang perlu dilaksanakan penyelia bersama guru selepas sesi penyeliaan di dalam kelas. Peringkat 5:Analisis selepas konferensi (pasca konferensi)Peringkat ini adalah bahagian terakhir kitaran yang juga dikenali sebagai analisis post mortem. Selepas tamat perbincangan pasca pemerhatian, penyelia perlu fikirkan refleksi perlakuan profesional berkenaan keseluruhan proses penyeliaan yang dilaksanakan.METODOLOGI Reka Bentuk KajianKajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan kaedah kuantitatif bagi memberi maklumat kepada penyelidik untuk menjawab persoalan kajian. Kaedah ini dipilih kerana ia sesuai untuk memperolehi maklumat yang diperlukan secara objektif.Reka bentuk kajian tinjauan adalah bertujuan untuk mengenalpasti pendapat individu berkaitan sesuatu isu dan melibatkan polisi. Selain itu kajian tinjauan juga dapat menghuraikan aliran atau fenomena yang melibatkan komuniti, negeri dan peringkat kebangsaan (Creswell , 2005). Populasi kajian adalah terdiri daripada guru-guru di lima buah MRSM Zon Utara, iaitu seramai 285 orang terdiri daripada guru biasa, guru kanan, ketua jabatan dan guru cemerlang. POPULASI KAJIANSAMPEL KAJIANDalam kajian ini lima (5) buah MRSM di Zon Utara telah dipilih secara sampelan bertujuan dari enam belas (16) buah MRSM di Zon Utara. Sampel MRSM dipilih secara purposive (bertujuan) sama ada MRSM biasa dan MRSM program khas. Kaedah sampelan ini digunakan untuk memilih sampel kajian kerana penyelidik dengan sengaja memilih sampel yang mewakili populasi iaitu sampel kajian melibatkan tiga puluh (30) orang guru bagi setiap MRSM Zon Utara tersebut. Bil.MRSM Zon Utara yang terpilihBil.Guru1.MRSM Kepala Batas(Ulul-Albab)-program khas302.MRSM Baling(MRSM program IGCSE-program khas)303.MRSM Balik Pulau304.MRSM PDRM Kulim305.MRSM Pendang30JUMLAH150Pemilihan Sampel Mengikut MRSM di Zon Utara (5 buah)

Soal selidik yang telah digunakan dalam kajian ini mempunyai soalan berbentuk skala likert (5 skala). INSTRUMEN KAJIAN1= Tidak Pernah(TP)2= Kadang-kadang(KK)3= Agak Kerap (AK)4=Kerap (K)5=Sangat Kerap (K) TATACARA PENGANALISAAN DATA

Data dianalisis dengan menggunakan perisian aplikasi SPSS 17.0 (Statistical Package for Social Sciences, MS Window Release 17.0). Dua jenis statistik telah digunakan, iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi untuk menjawab semua soalan kajian seperti yang dinyatakan dalam Bab 1. Jadual Pemeringkatan Skor Min

Skor MinTahap

Min 2.33 Kurang kerap diamalkan (Rendah)2.34 - 3.67 Agak kerap diamalkan (Sederhana)3.68 - 5.00 Kerap diamalkan (Tinggi) Responden Kajian dari Segi jantina________________________________________________________________________________________________ JantinaFrekuensi Peratus (%)________________________________________________Lelaki6241.3Perempuan8858.7________________________________________________Jumlah150100________________________________________________DAPATAN KAJIANResponden Kajian Dari Segi umur___________________________________________________ Umur Frekuensi Peratus(%)___________________________________________________kurang dan 30 tahun 70 46.7 31 - 35 tahun 4832.0 36 - 40 tahun1912.7 41 - 45 tahun 9 6.046 tahun ke atas 4 2.7________________________________________________ Jumlah150 100________________________________________________Responden Kajian Dari Segi Pengalaman Mengajar di MRSM ______________________________________________ Pengalaman Mengajar FrekuensiPeratus (%) ______________________________________________ 5 tahun ke bawah7449.3 6 15 tahun4832.0 16 tahun ke atas2818.7______________________________________________ Jumlah150100______________________________________________Bil.Peringkat Penyeliaan KlinikalPurata Min mengikut tahapSisihan Piawai1.Peringkat pertama:konferensi sebelum penyeliaan3.450.9622.Peringkat ke dua:Pemerhatian penyeliaan dalam bilik darjah4.210.5773.Peringkat ke tiga:Analisis dan strategi3.980.7044.Peringkat ke empat:konferensi selepas penyeliaan4.030.7555.Peringkat ke lima:Analisis selepas konferensi3.620.878Purata min keseluruhan lima peringkat penyeliaan klinikal3.860.775Jadual purata min keseluruhan Lima Peringkat penyeliaan klinikal di MRSM Zon Utara. Berdasarkan jadual purata min keseluruhan Lima Peringkat penyeliaan klinikal di MRSM Zon Utara, purata min keseluruhan lima peringkat penyeliaan klinikal ialah 3.86 dalam julat antara min 3.68 5.00. Ini menunjukkan tahap pelaksanaan penyeliaan klinikal di MRSM Zon Utara pada keseluruhannya berada pada tahap tinggi atau kerap diamalkan. Oleh yang demikian Interprestasi Bagi Skor Min Amalan Penyeliaan Klinikal, amalan penyeliaan penyelia terhadap penyeliaan pengajaran klinikal adalah efektif dan tercapai.

JantinaBil.Min SkorSisihan PiawaiNilai-tPLelakiPerempuan62883.913.410.680.953.510.001Analisis ujian-t berdasarkan persepsi guru terhadap peringkat ke lima penyeliaan klinikal mengikut jantinaNota:p = Aras signifikanJawatanBil.Min SkorSisihan PiawaiNilai-tPGuru biasaGuru Kanan96543.603.180.8191.1332.6050.010Analisis ujian-t berdasarkan persepsi responden terhadap peringkat pertama penyeliaan klinikal mengikut jawatan.Nota:p = Aras signifikanJawatanBil.Min SkorSisihan PiawaiNilai-tPGuru biasaGuru Kanan96544.103.770.680.702.8220.005Analisis ujian-t berdasarkan persepsi responden terhadap peringkat ke tiga penyeliaan klinikal mengikut jawatan.Nota:p = Aras signifikan

Jumlah Kuasa DuaDarjah KebebasanMin Kuasa DuaNilai FSignifikanAntara Kumpulan Dalam Kumpulan6.808

108.0292

1473.404

0.7354.63

20.011Jumlah114.837149Analisis ANOVA persepsi responden mengikut pengalaman mengajar terhadap terhadap peringkat ke lima penyeliaan klinikal

Berdasarkan Jadual, didapati terdapat perbezaan yang signifikan persepsi responden mengikut pengalaman mengajar terhadap peringkat ke lima penyeliaan klinikal (F(2, 147)= 4.632; p