PENUBUHAN TABIKA

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/7/2019 PENUBUHAN TABIKA

    1/3

    Pengenalan

    Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA), untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6

    tahun. Tujuannya ialah untuk menggalakkan perkembangan sosial, emosi, intelek dan fizikal disamping menyediakan asas yang kukuh kepada kanak-kanak sebelum pendidikan formal di

    sekolah rendah.

    Konsep

    Pelaksanaan TABIKA adalah berasaskan konsep memberi pendidikan non-formal secara belajar

    melalui bermain. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 3M(Membaca, Mengira dan Menulis)

    Objektif1. Menggalakkan perkembangan sosial, emosi, rohani, fizikal dan intelek kanak-kanak

    melalui pelbagai pendedahan dan interaksi.

    2. Menyediakan dan mengembangkan kemahiran asas membaca, menulis dan mengirasebelum memasuki alam persekolahan

    3. Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan peringkat

    umur, kemampuan, kebolehan dan minat kanak-kanak.4. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, kreatif dan

    mengembangkan sifat ingin tahu5. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan

    keselamatan yang baik melalui makanan tambahan yang seimbang, aktiviti fizikal dnrutin harian.

  • 8/7/2019 PENUBUHAN TABIKA

    2/3

    PERKARA PERUNTUKAN MASA

    1Bahasa Inggeris - bagi bahasa pengantar Bahasa Kebangsaan Sekurang-kurangnya 2 jamseminggu

    2 Pendidikan Islam untuk kanak-kanak Islam sahaja dan

    Pendidikan Moral untuk kanak-kanak bukan Islam

    Sekurang-kurangnya 2 jam

    seminggu

    Pengurusan

    PendekatanPendekatan Pengajaran Dan Pemelajaran

    Pelbagai pendekatan digunakan supaya pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna, berkesanserta menggebirakan berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah iaitu :

    1. Belajar Melalui Bermain-Penekanan kepada belajar melalui bermain dalam proses pengajarandan pembelajaran.

    2. Pendekatan Bertema-Satu topik dipilih bersesuaian dengan kehidupan, masa, tempat dan minatkanak-kanak.

    3. Pendekatan Bersepadu-Aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak memahami hakikatkehidupan sebenar yang saling berkaitan.

    4. Teknologi Maklumat dan Komunikasi-Membantu kanak-kanak memperolehi maklumat,berinteraksi dengan bahan dan rakan serta memperkayakan pengalaman pembelajaran.

    Pengelolaan Pengajaran Dan Pembelajaran

    Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara terancang :

    1.

    Aktiviti Kelas - Seluruh kelas menjalankan aktiviti secara serentak contohnya bercerita,menyanyi, bersoal jawab.

    2. Aktiviti Kumpulan-Kanak-kanak melaksanakan aktiviti yang sama atau berbeza-beza dalamkumpulan kecil. Contohnya ialah projek, aktviti memasak dan membuat percubaan.

    3. Aktiviti Individu-Kanak-kanak berpeluang menjalankan aktiviti pembelajaran secarabersendirian. Contohnya bermain di Pusat Pembelajaran.

    Penubuhan Dan Pengurusan

    Penubuhan dan pengurusan TABIKA ialah melalui tanggungjawab dan kerjasama erat antaraKEMAS dan masyarakat.

    Penubuhan TABIKA

    Penubuhan TABIKA berasaskan 3K iaitu Kehendak, Keperluan dan Keupayaan masyarakat.

    1. Masyarakat melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kapung (JKK), persatuanatau pertubuhan, memohon penubuhan TABIKA daripada Pejabat PERPADUAN

    Kawasan melalui pengisian borang khas.

  • 8/7/2019 PENUBUHAN TABIKA

    3/3

    2. Pihak PERPADUAN Kawasan akan melawat atau membuat tinjauan ke tempat tersebutbagi memastikan permohonan memenuhi kriteria berikut :

    Lokasi bersesuaian.

    Bangunan selamat, mempunyai ruang dalam untuk kelas dan ruang luar untuk bermain, dapur,

    tandas, stor dan kemudahan air dan elektrik. Senarai bancian kanak-kanak 4 hingga 6 tahun tidak kurang daripada 25 orang. Mempunyai peralatan dan perabot bersesuaian.

    Telah mempunyai Jawatankuasa Penaja.atau

    PERPADUAN akan memulakan inisiatif PERPADUAN mengenal pasti tanah tapak bersesuaian dan strategik milik Kerajaan Negeri

    atau Kerajaan Pusat atau untuk dibeli dengan bantuan daripada masyarakat. Mendapat kelulusan dan membina bangunan TABIKA

    Membekalkan peralatan dan perabot

    Setelah mendapat kelulusan penubuhan TABIKA daripada PERPADUAN, Jawatankuasa Penajaakan:

    1. Mengadakan majlis penerangan2. Menubuhkan Jawatankuasa TABIKA

    Pengurusan TABIKA

    Ahli Jawatankuasa (AJK) TABIKA

    TABIKA PERPADUAN adalah di bawah pengurusan ahli JPTP yang dilantik oleh masyrakat.Tugas dan tanggungjawabnya ialah:

    1

    .

    Menguruskan TABIKA dari aspek pelaksanaan dan kewangan2. Membuat pemantauan ke atas pelaksanaan TABIKA3. Keindahan, kebersihan dan keselamatan TABIKA4. Aktiviti Kokurikulum5. Aktiviti penglibatan masyarakat.