Upload
others
View
11
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PENILAIAN SYARIAH DEALER
ONEXOX SDN BHD
September 2016
2
Indeks
1) Produk Runcit
a) Kad SIM…………………………………………………………………… 3
b) Kad Gantian SIM (SRP)…………………………………………………… 3
c) Tambah nilai……………………………………………………………….. 4
2) Pelan Perniagaan Pengedar
a) Pelantikan SD oleh D menggunakan sistem PIN/Pakej SD……………….. 5
b) Sub-Pengedar (SD)………………………………………………………… 8
c) Pengedar (D)………………………………………………………………. 10
d) Syarat Kelayakan Penerimaan Insentif yang Berterusan (Hibah Bersyarat). 11
e) Black……………………………………………………………………….. 12
f) E-recaj Pengedar yang Telah Ditamatkan Kontrak……………………….. 14
g) Pengedar yang telah meninggal dunia……………………………………... 15
h) Akaun Perbankan Islam……………………………………………………. 16
i) Caj Kesalahan Mendaftar Nombor Pengguna………………………………16
j) Caj Pertukaran Nombor DREG……………………………………………. 17
k) Caj Pertukaran ‘Dealership’………………………………………………... 17
l) Penyalahgunaan Nama Proksi………………………………………………18
m) Penglibatan Dealer dalam Skim Ponzi……………………………………... 19
n) Projek X-Force……………………………………………………………... 21
o) Program ‘Online Affiliate’…………………………………………………. 22
3
1) PRODUK RUNCIT
a) Kad SIM
i) Harga kos satu kad SIM keatas Dealer (D) ialah RM7.80.
ii) Harga jualan satu kad SIM daripada D kepada Pengguna (U) ialah RM10.
iii) Maka, D mendapat untung runcit jualan kad SIM sebanyak RM2.20.
b) Kad Gantian SIM (SRP)
i) Harga kos satu SRP keatas D adalah RM8.
ii) Harga jualan satu SRP daripada D kepada U adalah RM10.
iii) Maka, D mendapat untung runcit jualan SRP sebanyak RM2.
❖ PENILAIAN SYARIAH
i) Akad ini adalah jual beli musawamah/mutlak diantara ONE XOX (Syarikat)
selaku penjual dan D selaku pembeli dan diantara D selaku penjual dan U
selaku pembeli.
ii) Ianya merupakan akad dimana penjual tidak menyebut harga pokok dan
keuntungan yang diperolehinya.
iii) Unsur redha meredhai ( تََراِضْي ) telah dicapai.
iv) Akad ini dan juga keuntungan runcit jualan yang diperolehi adalah sah disisi syara’.
4
c) Tambah Nilai
i) Harga kos tambah nilai keatas D adalah berdasarkan kepada jumlah stok yang dibeli
mengikut kelayakan diskaun/rebat di antara 2% hingga 5% seperti berikut:
(1) Pembelian terus daripada Syarikat: RM500 dan ke atas sahaja layak mendapat
diskaun/rebat 5%
(2) Walau bagaimanapun, D boleh membeli stok pada jumlah yang lebih kecil
daripada Area Distributor (AD):
(a) RM100 hingga RM199 layak mendapat diskaun/rebat 2%
(b) RM200 hingga RM399 layak mendapat diskaun/rebat 4%
(c) RM400 dan ke atas layak mendapat diskaun/rebat 5%
ii) Harga jualan tambah nilai kepada U adalah berdasarkan pada nilai muka.
iii) Maka, D mendapat untung runcit jualan tambah nilai di antara 2% hingga 5%
❖ PENILAIAN SHARIAH
i) Diskaun jualan tambah nilai adalah berdasarkan rebat ( إِبَْراء ) daripada pihak
penjual iaitu Syarikat.
ii) Pemberian rebat tersebut menjadi hak pihak penjual iaitu Syarikat.
iii) Akad ini adalah jual beli musawamah/mutlak diantara Syarikat selaku penjual
dan D selaku pembeli dan diantara D selaku penjual dan U selaku pembeli.
iv) Ianya merupakan akad dimana penjual tidak menyebut harga pokok dan
keuntungan yang diperolehinya.
v) Unsur redha meredhai ( .telah dicapai ( تََراِضيْ
vi) Akad ini adalah sah disisi syara’.
5
2) PELAN PERNIAGAAN PENGEDAR
a) Pelantikan SD oleh D Menggunakan Sistem PIN/Pakej SD.
i) PIN mesti digunakan oleh D untuk mendaftar U yang ingin menjadi SD.
ii) PIN sebagai Pakej SD didatangi dengan 5 keping kad SIM dimana mempunyai nilai
masa berbual RM5 serta 150 SMS setiap bulan selama 12 bulan yang bernilai RM10
setiap satu.
iii) Harga kos D untuk membeli PIN daripada Main Distributor (MD) atau Area
Distributor (AD) ialah RM85
iv) Harga jualan Pakej SD daripada D kepada U ialah RM90
v) Maka, D mendapat untung runcit keatas jualan Pakej SD sebanyak RM5
❖ PENILAIAN SYARIAH
i) Pembelian PIN oleh D daripada MD atau AD dan penjualan Pakej SD
daripada D kepada U adalah berdasarkan akad jual beli mutlak ataupun
musawamah. PIN/Pakej SD adalah barang pembelian ( المعقود عليه ) dalam
transaksi ini.
ii) Akad ini adalah sah dari sudut Shariah.
6
vi) Selain 5 keping kad SIM yang telah dinyatakan, Pakej SD bernilai RM90 ini
juga merangkumi:
(1) Caj sewaan sistem ‘Onesys’ seumur hidup sebanyak RM15 oleh Syarikat.
Kemudahan Onesys:
(a) Membuat pendaftaran pengguna baru
(b) Membuat tambah nilai kepada pengguna
(c) Membuatkan pendaftaran mengekalkan nombor lama pengguna (MNP)
(d) Membeli stok tambah nilai
(e) Memindahkan stok tambah nilai kepada pengedar-pengedar lain
(f) Menjual tambah nilai kepada pengguna
(g) Mempamerkan rekod-rekod jualan tambah nilai
(h) Mempamerkan bilangan dan maklumat pengguna
(i) Mempamerkan maklumat insentif pengedar
(j) Mempamerkan jaringan perniagaan yang terbina
(k) Menyediakan panduan-panduan sebagai pengedar
(l) Menyediakan reka bentuk risalah, banner untuk dicetak sendiri
(m) Menyediakan ruang maklumat pewaris
(n) Berfungsi sebagai alat pemasaran
(o) Jualan E-recaj kepada pengedar
(2) Insentif sebanyak RM20 akan diberikan kepada D yang telah membuat
pendaftaran SD baharu. Insentif ini diberi atas usaha yang dilakukan dan
sebagai penghargaan Syarikat kepada D yang telah mempromosi dan memberi
penjelasan berkaitan produk serta pelan perniagaan. Selain itu, rasional
pemberian insentif ini juga adalah kerana D turut mengeluarkan kos dalam
usaha mereka dalam menyampaikan penerangan kepada bakal SD.
7
❖ PENILAIAN SYARIAH
i) Bagi item pertama (1):
(1) RM15 daripada jumlah RM90 yang dibayar oleh SD baharu merupakan bayaran
sewaan seumur hidup terhadap sistem Onesys melalui akad sewa ( إَِجاَرة )
(2) Akad ini adalah sah di sisi syara’.
ii) Bagi item kedua (2):
(1) Insentif sebanyak RM20 yang diberi kepada D adalah upah ( ْاُْجَرة ) keatas usaha
promosi yang telah dilakukan selain bertindak mewakili syarikat untuk
mendaftarkan SD baharu.
(2) Akad pengedar dengan syarikat adalah ejen ( َْوَكالَة ), pengedar berhak mendapat
upah sebagai ejen ( أُْجَرةُ اْلَوَكالَة ).
(3) Akad wakalah ini ialah akad di mana pengedar sebenarnya membawa jenama,
ataupun “brand” onexox. Bukannya wakalah untuk menjual barang seperti ajen
dropship yang tidak memerlukan modal, kerana barang itu (simkad dan e recaj)
sebenarnya dibeli daripada onexox.
(4) Maka, sesiapa yang menjadi wakil untuk membawa jenama atau brand onexox,
mereka adalah layak untuk menerima hibah bersyarat.
(5) Ini bermaksud, bukan semua orang Malaysia sewenang-wenangnya boleh
menjadi wakil onexox, kecuali mereka yang dilantik untuk membawa jenama
atau “brand” onexox ataupun dengan kata lain, mereka yang layak sahaja boleh
membawa jenama onexox.
(6) Dalam Shariah ianya dinamakan مالية حقوق (hak harta tidak ketara, atau
intangible seperti nama buku, nama syarikat, nama logo, moto, semua ini
diiktiraf dalam Islam), Iaitu anda mempunyai hak untuk membawa *jenama*
onexox setelah syarikat menerima permohonan anda ntuk menjadi dealer,
dengan membayar sebanyak RM90 serta mengisi borang.
(7) Akad ini adalah sah di sisi syara’.
8
b) Manfaat D
• Keterangan gambarajah:
i) D menjual & mendaftarkan kad SIM pengguna (U). D mendapat untung jualan
RM2.20. Keuntungan ini dipanggil sebagai untung runcit.
ii) Apabila U membeli tambah nilai secara langsung daripada D sebanyak RM10, D
secara langsung mendapat untung dari jualan tambah nilai sebanyak diantara 2%
hingga 5% daripada jumlah yang dibeli oleh U. Keuntungan ini dipanggil sebagai
untung runcit.
iii) D juga layak direkodkan bakal mendapat pembayaran daripada Syarikat sebanyak
1% sehingga 10% daripada tambah nilai yang dibuat oleh U. Pembayaran ini
dipanggil sebagai Hibah.
iv) Sekiranya U tidak membeli tambah nilai daripada D, sebaliknya membeli tambah
nilai daripada mana-mana pengedar ONEXOX yang lain atau pihak ketiga seperti
7-Eleven, terminal-terminal E-pay atau lain-lain pusat jualan yang diiktiraf oleh
syarikat, maka D tidak mendapat untung runcit kerana tidak membuat jualan secara
langsung.
v) Walau bagaimanapun, D tetap layak direkodkan bakal mendapat pembayaran
Hibah daripada Syarikat sebanyak 1% sehingga 10% daripada tambah nilai yang
dibuat oleh U.
U Pengedar-pengedar ONEXOX yang lain, 7-Eleven, terminal
e-pay & lain-lain pusat jualan
yang diiktiraf
b
c
SD
a
15 haribulan (hari bekerja) d
Didalam bulan semasa Bulan yang berikutnya
9
vi) Pada 15 haribulan didalam bulan yang berikutnya (hari bekerja), Syarikat akan
membayar Hibah kepada D yang telah menepati syarat keatas jumlah keseluruhan
tambah nilai yang telah dibuat oleh kesemua U (yang berada dalam rangkaian D)
didalam tempoh bulan semasa.
❖ PENILAIAN SHARIAH
i) Untung runcit sebanyak RM2.20 keatas jualan kad SIM dan 2% hingga 5% keatas
jualan tambah nilai adalah untung atas jual beli secara Musawamah.
ii) Insentif (Hibah) sebanyak 1-10% yang diperolehi SD pada setiap 15 haribulan,
bulan-bulan berikutnya keatas U yang telah didaftarkan adalah berdasarkan konsep
Hibah Bersyarat ( ِهبَة بَِشْرٍط) iaitu hadiah daripada Syarikat kepada pengedarnya
setiap kali berjaya menepati syarat yang ditetapkan.
10
c) Pengedar (D)
i) Merupakan peribadi atau entiti syarikat yang telah bersetuju menjadi wakil kepada
syarikat ONE XOX Sdn Bhd bagi tujuan memasarkan produk ONE XOX dengan
bayaran pendaftaran sebanyak RM 478.
ii) Manfaat Hibah sebagai D:
iii) Keterangan gambarajah:
(1) D beroleh insentif 10% daripada jumlah tambah nilai U yang telah didaftarkan
oleh D pada lapis 1.
(2) D beroleh insentif 2% daripada jumlah tambah nilai U yang telah didaftarkan
oleh D1 pada lapis 2.
(3) D beroleh insentif 2% daripada jumlah tambah nilai U yang telah didaftarkan
oleh D2 pada lapis 3.
(4) D beroleh insentif 1% daripada jumlah tambah nilai U yang telah didaftarkan
oleh D3 pada lapis 4.
D
U D1 U
D2 U U
U U D3
U U U
U U U
U U U U
U U
10%
2%
2%
1%
11
❖ PENILAIAN SYARIAH
i) Pelan insentif pengedar ini adalah berdasarkan konsep Hibah Bersyarat ( ٍِهبَة بَِشْرط)
iaitu hadiah dari syarikat kepada pengedarnya setiap kali berjaya menepati syarat
yang ditetapkan.
ii) Hibah ini berdasarkan pencapaian dan peranan D kerana berjaya melantik D baharu
serta U didalam rangkaian perniagaannya.
iii) Akad ini adalah sah disisi syara’.
d) Syarat Kelayakan Penerimaan Hibah Yang Berterusan (Hibah Bersyarat)
i) Semua D mesti membuat:
(1) pendaftaran kad SIM minima 100 orang pengguna berserta tambah nilai
minima RM5 setiap seorang dalam setiap tempoh 6 bulan; ATAU
(2) jualan e-recharge minima RM500 dalam setiap tempoh 6 bulan.
ii) Memastikan nombor telefon yang didaftarkan sebagai D tidak ditamatkan
perkhidmatan.
❖ PENILAIAN SYARIAH
i) Akad ini adalah berdasarkan konsep Hibah Bersyarat ( ٍِهبَة بَِشْرط) iaitu hadiah
daripada syarikat kepada pengedar-pengedarnya setiap kali berjaya menepati syarat
yang telah ditetapkan.
ii) D harus memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Syarikat untuk menerima
‘Hibah’.
iii) Situasi Hibah Bersyarat ini akan mewujudkan suasana dimana D boleh
mendahului pendapatan D yang telah mendaftarkan mereka.
iv) Semua ini bergantung kepada usaha, kerajinan, kesungguhan serta pencapaian
pengedar-pengedar. Justeru, tiada elemen pihak atas sentiasa meraih hasil kerja
pihak lapisan bawahnya tanpa sebarang kerja. Juga tiada elemen skim piramid
dimana pihak atas akan sentiasa memperolehi jumlah pendapatan yang lebih
banyak daripada pihak di bawahnya.
v) Akad ini adalah sah disisi syara’
12
e) BLACK
Black merupakan satu produk yang berbeza daripada prabayar (prepaid) dan bukannya
pasca-bayar (postpaid). Terdapat 3 pelan yang ditawarkan seperti berikut:
D yang berjaya membuat pengaktifan pengguna BLACK baharu akan mendapat dua
jenis insentif; ‘Activation Incentive’ (AI) dan ‘Royal Incentive’ (RI).
AI akan dibayar mengikut peringkat dibawah (selepas pengaktifan):
i) Bulan 1 : 40%
ii) Bulan 2 : 30%
iii) Bulan 3 : 30%
CAT #
Pengaktifan
B10 B39 B59 B89 B149 %
A 1-9 6 24 36 54 90 60
B 10-29 7 28 42 63 105 70
C 30-59 8 32 48 72 120 80
D 60-99 10 40 60 90 150 100
E =>100 12 48 72 108 180 120
PELAN DATA (GB) MINIT SMS
B10 1 20 -
B39 6 50 50
B59 12 100 100
13
RI pula akan dibayar mengikut hierarki:
Tier Peratusan %
1 10
2 2
3 2
4 1
User Get User (UGU)
Peratusan %
Pengenal 6
Pengedar 5
❖ PENILAIAN SYARIAH
i) Pembayaran AI menggunapakai konsep ‘Ju’alah’ iaitu satu akad yag mana satu
pihak beriltizam memberikan satu imbal balas (baca: insentif) yang maklum (baca:
sebagaimana dalam jadual), kepada sesiapa yang mencapai satu hasil (baca:
pengaktifan) yang ditetapkan/disyaratkan, dalam satu tempoh yang dinyatakan
ataupun tidak.
ii) Pembayaran RI pula sama seperti Hibah prabayar, menggunapakai konsep ‘Hibah
Masyrutah’ atau Hibah bersyarat.
14
f) E-Recaj D yang Telah Ditamatkan Kontrak:
i) Situasi ini adalah khusus kepada pengedar-pengedar yang telah ditamatkan kontrak
dan tidak lagi boleh membuat kerja-kerja sebagai D; didalam masa yang sama juga
stok E-recaj yang telah dibeli D masih lagi berbaki dan wujud dalam sistem.
ii) E-recaj tersebut akan lupus sekiranya bekas D tidak membuat sebarang rundingan
atau usaha dengan pihak Syarikat untuk mencairkannya mengikut tempoh waktu
yang diberikan. ‘Mencairkan’ bukan bermaksud syarikat akan membuat
pemulangan wang atau membayar sebarang ganti rugi, tetapi syarikat akan
membantu pengedar memudahkan urusan pemindahan E-recaj kepada pihak yang
lain.
❖ PENILAIAN SHARIAH
i) Pengedar sebenarnya mempunyai hak dan segala kemudahan serta ruang untuk
mencairkan E-recaj tersebut sebelum tamat tempohnya dan hal ini telah
dimaklumkan kepada D melalui notis pada bahagian E-recaj didalam Onesys.
ii) Oleh kerana itu, jika D tidak mencairkan E-recaj tersebut, maka syarikat tidak lagi
akan bertanggungjawab untuk menguruskannya.
iii) Walau bagaimanapun, pihak syarikat bersedia untuk berunding dalam kes
kematian. Bagi kes kematian, waris perlu membawa isu ini kepada pihak syarikat
untuk rundingan. Sekiranya waris gagal, maka syarikat juga tidak lagi akan
bertanggungjawab untuk menguruskannya.
iv) Jika waris tidak mengambil tindakan yang sedemikian, E-recaj tersebut akan
dilupuskan kerana tiada wujud jaminan pulangan wang.
v) Dalam Islam, ini adalah berdasarkan konsep tolong-menolong (ta’awun) dan
bertoleransi (tasamuh) di antara pihak syarikat dan pengedar.
15
g) D yang Telah Meninggal Dunia:
i) Maklumat perbankan didalam Onesys adalah nama dan butiran D.
ii) D perlu memasukkan nama dan butiran salah seorang waris sebagai pemegang
amanah (beneficiary) untuk meneruskan perniagaan D atau sebagai penama sah
yang akan membuat sebarang rundingan dengan pihak syarikat sekiranya pengedar
meninggal dunia.
iii) Pilihan pertama: Jika waris ingin meneruskan perniagaan, maka perniagaan ini
telah menjadi hak milik waris secara bersama dengan pewaris yang lain. Namun
begitu, syarikat hanya akan berurusan dengan seorang penama sahaja.
iv) Pilihan kedua: Jika waris tidak berhasrat untuk meneruskan perniagaan, waris
berhak menuntut insentif yang menepati syarat daripada syarikat. Apabila
rundingan telah berjaya, urusan diantara syarikat dan waris dikira telah selesai.
Sebagai pemegang amanah, adalah menjadi tanggungjawab waris untuk
membahagikan wang Hibah yang diterima secara faraid kepada pewaris-pewaris
lain yang berhak menerima bahagiannya.
16
h) Akaun Perbankan Islam:
Syarikat mewajibkan semua D (Muslim dan bukan-Muslim) menggunakan akaun
perbankan Islam daripada mana-mana institusi perbankan yang wujud didalam
Malaysia untuk urusan pembayaran Hibah dan sebarang urusniaga lain.
❖ PENILAIAN SYARIAH
Kewajipan ini bertujuan agar sebarang pembayaran Hibah serta urusan jual beli lain
diantara syarikat dan pengedar-pengedar tidak menyokong secara langsung atau tidak
langsung dengan sebarang aktiviti perbankan konvensional yang melibatkan urusan
riba. Ini adalah kerana sebarang duit yang masuk ke dalam akaun perbankan
konvensional akan/boleh digunakan oleh pihak institusi perbankan untuk memberi
pinjaman secara riba kepada pihak yang lain. Atas dasar tersebut, sebagai sebuah
syarikat telekomunikasi yang patuh Syariah, syarikat tidak akan sama sekali terlibat
sebarang transaksi yang melibatkan urusan riba.
i) Caj Kesalahan Mendaftar Nombor Pengguna
i) Jika sekiranya kesalahan itu adalah disengajakan, D akan ditamatkan status
pengedar secara mandatori.
ii) Jika D “terdaftar”, caj RM20 akan dimansuhkan, dan digantikan dengan RM300.
iii) Jika pengedar tidak membayarnya, Hibah akan dipotong secara beransur-ansur
sehingga selesai pembayaran tersebut.
iv) Jika syarikat tersilap memberi dua nombor ketika pembelian, syarikat akan
merundingkan hal ini secara “case by case”.
17
❖ PENILAIAN SYARIAH
Ini adalah sebagai denda (gharamah), kerana kecuaian menjalankan kerja-kerja
sebagai D.
j) Caj Pertukaran Nombor DREG
Caj sebanyak RM100 akan dikenakan jika D ingin menukar nombor untuk
mendaftarkan pengguna.
❖ PENILAIAN SYARIAH
Ini adalah kos perkhidmatan ataupun ujrah.
k) Caj Pertukaran ‘Dealership’
Jika D tidak lagi ingin menjalankan bisnes ONE XOX dan ingin menyerahkan bisnes
ONE XOX kepada orang lain, caj sebanyak RM150 akan dikenakan oleh pihak
syarikat.
❖ PENILAIAN SYARIAH
Ini adalah servis perkhidmatan ataupun ujrah
18
l) Penyalahgunaan Nama Proksi
Syarikat menerima aduan tentang penyalahgunaan nama proksi untuk mendapatkan
Hibah UGU atau Hibah D melalui D proksi. Syarikat memberi peringatan bahawa
seorang individu hanya boleh menggunapakai satu Dealership. Sebarang manipulasi
nama proksi adalah dilarang sama sekali.
❖ PENILAIAN SYARIAH
i) Hasil daripada Mesyuarat Panel Syariah ke-10, panel Syariah menilai manipulasi
ini adalah salah satu bentuk GHISY (penipuan) yang tidak dibenarkan di sisi
Syariah sebagaimana hadith Nabi SAW berbunyi:
150َغشَّ ، فَلَْيَس ِمن ِي( رواه مسلم رقم َمْن )...
rangsiapa yang khianat bukan dari kalangan aku.)(…ba
ii) Sekiranya individu yang disalahgunakan namanya tidak mengetahui tentang
manipulasi ini, pemanipulasi adalah berdosa atas penipuan terhadap syarikat dan
perlu bertaubat.
iii) Harta haram yang diperolehi perlulah dikembalikan semula kepada syarikat
mengikut jumlah yang diterima kerana ianya merupakan harta Ghasb (rampasan).
19
m) Penglibatan D dalam Skim Ponzi
Terdapat D yang terlibat secara aktif dalam skim ponzi dalam masa yang sama
menjalankan bisnes ONE XOX. Kebanyakan skim adalah tidak patuh Syariah dan
menjalankan modul ‘head-hunting’. D yang terlibat telah mencapai tahap mempertikai
dan mencabar syarikat.
❖ PENILAIAN SYARIAH
i) Allah swt berfirman:
ثِْم َواْلعُدَْوانِ ۖ َوتَعَاَونُوا َعلَى اْلبِِر َوالتَّْقَوى ...} هَ ۖ َوََل تَعَاَونُوا َعلَى اْْلِ هَ َشِديدُ اْلِعقَابِ ۖ َواتَّقُوا اللَـّ 2﴾ { المائئد: ٢﴿ إِنَّ اللَـّ
Mafhumnya: [… Dan hendaklah kamu (orang-orang beriman) saling tolong-
menolong untuk perkara kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu saling
tolong-menolong untuk perkara dosa (maksiat) dan permusuhan. Dan bertaqwalah
kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa
yang melanggar perintahNya]
ii) Ayat di atas menerangkan bahawa orang-orang yang beriman hendaklah tolong-
menolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan dan tidak boleh bantu-
membantu dalam perkara yang berdosa dan permusuhan.
iii) Skim yang telah dikenalpasti adalah bercanggah dengan Syariah, maka syarikat
mengambil keputusan untuk tidak membenarkan D menyertai skim-skim tersebut.
iv) Selaku syarikat yang membayar Hibah dan upah perwakilan, maka ONE XOX
adalah majikan kepada Sub-dealer, Dealer, Area Distributor dan Main Distributor.
http://tanzil.net/#5:2
20
v) Hadith Nabi SAW berbunyi:
ِ َصلَّى َّللاَّ َعلَْيِه َوَسلََّم يَقُولُ ِ ْبِن عَُمَر يَقُوُل: َسِمعُْت َرسُوَل َّللاَّ :َعْن َعْبِد َّللاَّ
...(كُلُّكُْم َراعٍ َوكُلُّكُْم َمْسؤول عَْن َرِعيَّتِهِ )
] أخرجهما البخاري ومسلم في صحيحهما عن ابن عمر [
“Diriwayatkan daripada Abdullah ibn Umar berkata: Bahawa aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
(Setiap daripada kalian pemimpin, dan setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap
orang jagaannya…)
vi) Dapat difahami daripada hadith ini bahawa majikan adalah penjaga yang
bertanggungjawab kepada orang jagaannya termasuklah Sub-Dealer, Dealer,
Area Distributor dan Main Distributor.
vii) Sekalipun penilaian Syariah dikeluarkan oleh institusi dan bukan badan autoriti
agama, syarikat mengambil kira untuk tetap menegah atas dasar Saddu Az-
Zari’ah (menghalang sesuatu yang membawa kemudaratan), iatu menghalang
rosaknya imej ONE XOX sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi
berteraskan Syariah.
21
n) Projek X-Force
Projek X-Force merupakan inisiatif syarikat untuk bertapak di kawasan tumpuan ramai
seperti pasaraya, pejabat pos mengikut kawasan dan permohonan. Syarikat akan
membayar sewa tapak bagi pihak D yang terlibat dalam masa yang sama pihak D perlu
membayar ‘sublease’ kepada HQ.
❖ PENILAIAN SYARIAH
i) D yang terlibat perlu membayar kos ‘Sublease’ (sewa di atas sewa).
ii) D yang menyertai X-Forces adalah menyewa dengan XOX Bhd selama 3 bulan
(renewable) untuk menggunakan tapak yang telah disediakan oleh syarikat.
Bayaran sewa adalah RM 3500.
iii) Sewaan ini adalah terikat dengan KPI yang telah ditetapkan oleh syarikat kepada
setiap tapak yang disediakan.
iv) Setelah tamat 3 bulan, dealer akan memperbaharui kontrak sewaan dengan bayaran
sewa yang akan direbat (waive/ibra’) oleh syarikat.
22
o) Program ‘Online Affiliate’
i) Program ini bertujuan memudahkan urusan jual beli secara atas talian dan
merupakan satu-satunya kaedah yang diiktiraf syarikat dan SKMM.
ii) D tidak perlu memiliki simkad secara fizikal dan hanya perlu berkongsi pautan yang
disertakan dengan no. ID Dealer, untuk tujuan promosi di mana-mana medium
secara atas talian.
iii) D layak menerima hibah sebanyak 5% pada tier pertama dan hibah mengikut
kebiasaan pada tier-tier berikutnya.
iv) Simkad akan dihantar terus kepada pelanggan oleh syarikat.
❖ PENILAIAN SYARIAH
i) Proses jual beli yang sah sudah berlaku di sini, yang mana ‘offer’ (paparan laman
web) adalah ‘ijab’ daripada syarikat dan apabila pembeli memilih pelan sudah
berlaku ‘qabul’.
ii) Hibah diperoleh merupakan Hibah bersyarat seperti biasa.
23
Disediakan oleh:
Mohd Bukhari Mansin
(Bekas Eksekutif Syariah/ Setiausaha Jawatankuasa Penasihat Shariah ONEXOX SDN BHD)
Dikemaskini oleh:
Muhammad Nabil Fikri Bin Mhd Zain
(Eksekutif Syariah/ Setiausaha Jawatankuasa Penasihat Syariah ONEXOX SDN BHD)
Disemak oleh:
Dr. Zaharuddin bin Abdul Rahman
(Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah ONEXOX SDN BHD)