54
PENTAKSIRAN (ASSESSMENT) Definisi Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000). Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Tujuan Pentaksiran Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran· Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran· Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran- pembelajaran.· Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.· Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.· Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.· Memperbaiki

penilaian 4

  • Upload
    adang30

  • View
    72

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

penilaian 4

Citation preview

PENTAKSIRAN (ASSESSMENT)

Definisi

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000). Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Tujuan Pentaksiran

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaranMenilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaranMendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaikipengajaran-pembelajaran.Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.Memperbaiki

pengajaran dan pembelajaran

Aspek-aspek utama dalam pentaksiran:

1. instrumen

2. kumpulan yang ditaksir

3. respon

4. kumpulan pentaksir

5. skor

PENGUJIAN(TESTING)

DefinisiPengujian merupakan satu proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.Menurut Cronbach (1970)Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau

satu sistem yang berkategori.

Menurut Robert Mills Gagne, pengujian ialah satu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku individu. Pengukuran ini merupakan suatu proses bagi guru untuk menentukan perubahan dan membuat pertimbangan nilai. Melalui pengujian, seseorang guru akan mudah untuk mengetahui tentang pencapaian objek, kaedah mengajar dan keberkesanan

sesebuah kurikulum.

Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah ekstrovert atau introvertbagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.(Raminah 1991:2).Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar

yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

PENILAIAN (EVALUATION)

Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

DiagnosisPenilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan

keperluan pelajar.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. Sekiranya pelajar menghadapi masalah dalam pembelajaran, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan oleh guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.

Pencapaian Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar.Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.Pemilihan dan PenempatanPenilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.

Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga adalah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.

Bimbingan dan kaunselingPenilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.

Tujuan lain Penilaian Ujian

1. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.

2. Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.

3. Membuat perbandingan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.

4. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya

5. Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan.

6. Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.

7. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.

8. Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.

9. Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.

PENGUKURAN (MEASUREMENT)

Definisi Pengukuran

Kita sering melihat bahawa ahli-ahli atlit sukan yang ingin mewakili negara akan diberi syarat-syarat tertentu untuk membolehkan mereka diterima secara automatik untuk mewakili negara. Apakah sebenarnya yang diukur, pencapaian peribadi mereka atau jumlah penyertaan yang mereka sertai. Apakah maksud dantujuan pengukuran?Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian.Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik(melalui angka) tentang sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Dalam erti kata lain pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.

Pengukuran juga boleh didefinisikan sebagai suatu proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan. Dengan kata lain, pengukuran ialah tindakan atau proses untuk menentukan sejauh mana sesuatu perkara itu wujud, khususnya apabila perkara itu dibandingkan dengan satu standard.

Tujuan Pengukuran

1. Menentukan tahap pencapaian dan kedudukan diantara murid.

2. Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan diantara murid dalam matapelajaran tertentu ataupun keseluruhan pencapaian akademiknya.

3. Untuk pengelasan dan menempatan murid dalam jurusan kurikulum yang sesuai.

4. Untuk membuat analisis, pentafsiran dan rumusan dalam sesuatu penyelidikan daripada keputusan pengukuran.

5. Untuk pensijilan sebagai tahap pencapaian akademik dalam sesuatu peringkat persekolahan.

6. Sebagai rujukan kriteria bagi pihak yang berkenaan untuk tujuan tertentu.

Tujuan pengukuran juga boleh dilihat dari segi pengajaran dan pentadbiran. Dari segi pengajaran, Ee Ah Meng (1991) menyenaraikan fungsi-fungsi pengukuran seperti berikut:

1)Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang diperoleh

2)Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperoleh

3)Mengesan kemajuan yang dicapai dalm aspek-aspek pembelajaran yang lain

4)Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.

Sementara dari segi pentadbiran, fungsi-fungsi pengukuran adalah seperti berikut:

1)Mendapatkan maklumat untuk pengaliran atau pengumpulan.

2)Mendapatkan maklumat untuk bimbingan

3)Mendapatkan maklumat tentang kecekapan guru

4)Mendapatkan maklumat untuk rekod prestasi dan rekod profil dan kemudiannya dibekalkan sebagai maklum balas kepada murid dan ibu bapa.

Pengukuran sebagai disiplin boleh wujud dalam berbagai-bagai tahap dan peringkat. Namun dalam bidang pendidikan, pengukuran biasanya dilaksanakan dalam dua tahap sahaja. Tahap-tahap ini adalah seperti berikut (Sharifah Alwiyah Alsagoff, 1986):

Menempatkan pangkatan murid mengikut pencapaian mereka seperti memilih 10 orang murid yang terbaik daripada satu darjah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Untuk ini, guru memerlukan alat pengukuran yang dapat membeza dan menempatkan kedudukan murid dari segi kebolehan Pendidikan Islam. Untuk pengukuran tahap di tahap ini, guru tidak perlu mengetahui sebanyak mana pengetahuan Pendidikan Islam bagi setiap 10 orang murid terbaik itu atau perbezaan kebolehan Pendidikan Islam bagi 10 orang murid yang terpilih berbanding dengan murid-murid lain. Skel yang digunakan ditahap ini ialah skel urutan sahaja

( skel ordinal).

Ditahap kedua, khususnya untuk kegunaan analisa perangkaan, pengukuran jenis ini menggunakan skel selang. Guru harus menyediakan ujian yang member unit markah yang sama besarnya seperti ( 100% dan tahap 1% adalah sama berat nilainya). Dari maklumat seperti ini, kesemua murid bukan sahaja dapat diberi pangkatan, malahan perbezaan antara murid dapat dikira.

Ciri- ciri :

Pengukuran tidak melibatkan proses menilai ( seperti sesuatu itu dihargai, dianggap baik, buruk, memadai dan sebagainya). Apabila guru mengukur kebolehan murid contohnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, yang dinyatakan ialah sebanyak mana atau setinggi mana pengetahuan Pendidikan Islam yang telah dicapai oleh murid tersebut. Kebolehan atau pengetahuan murid tidak dikaitkan dengan nilai baik, lemah dan sebagainya. Pertimbangan tentang nilai seperti ini dibuat dalam proses penilaian.

Pengukuran membandingkan markah seseorang murid dengan satu skel atau dengan satu standard. Dalam hamper semua pengukuran di bidang Pendidikan atau psikologi, skel atau standard yang digunakan ialah pencapaian murid lain. Dengan kata lain, pengukuran dalam pendidikan adalah untuk membandingkan pencapaian semua murid atau tentang perbezaan antara murid. Skel atau standard yang mutlak dan sentiasa tetap tidak dapt digunakan kerana pengukuran dalam pendidikan membandingkan seseorang murid dengan rakan sebayanya dan member interprestasi pencapaian urid tersebut berdasarkan pencapaian semua rakan sebayanya ( Sharifah Alwiah Al-Sagoff, 1986)

Biasanya, kita mewakilkan sesuatu pengukuran berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu untuk menggambarkan keupayaan individu tersebut. Contohnya, Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur pencapaian matematik tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap prestasi atau ciri tertentu seseorang individu/pelajar mengikut alat yang digunakan.

Pengukuran boleh juga dibuat tanpa menggunakanpengujian.Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian atau pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. Justeru, kita boleh menganggapkan pengukuran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakalapengujianpula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut. Pengukuran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris.

Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menghasilkan ukuran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

KESAHAN (VALIDITY)

Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diukur.

Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur (Youngman & Eggleston, 1982; Sax & Newton, 1997). Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markat ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut.Kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti kesahan isi (content validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan gagasan (construct validity) (Fraenkel & Wallen, 1996).

Kesahan sesuatu ujian tidak dapat ditentukan secara langsung seperti mengukur ketinggian seseorang. Keputusan ujian, atau skor markah memberi gambaran sebenar atai tidak sebenar tentang apa yang hendak diukur. Oleh itu ia tidak dengan sendirinya sah. Kesahannya bergantung kepada beberapa jenis kesahan.

a) Kesahan isi (content validity)

Ini ialah kesahan yang terpenting bagi seseorang guru yang hendak menyediakan ujian.Isi ujian ditentukan dengan menilai apakah tujuan ujian itu diadakan, kandungan sukatan pelajaran, penekanan yang diberi kepada tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran peringkat atau kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk.Bagi sebarang ujian bertulis maka sangat penting bagi guru supaya sentiasa menyedari tujuan utama ujian itu. Kemudian ia hendaklah memilih atau menyediakan item ujian-ujian yang sesuai. Jenis-jenis item pula bergantung kepada jenis pencapaian murid-murid, aras kesukaran, dan peringkat objektif pelajaran yang hendak diuji. Contohnya, item ujian akhir tahun (ujian sumatif) misalnya tertumpu kepada tajuk-tajuk tertentu, sedangkan tajuk-tajuk lain diabaikan, maka ujian itu dikatakan tidak sah dari segi isi kerana tidak meliputi sukatan pelajaran.

b) Kesahan telahan/ ramalan

Kesahan ramalan adalah berkait rapat dengan ujian meramal kebolehan atau kelayakan seseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas pada masa depan. Contohnya guru biasa mengadakan peperiksaan percubaan diperingkat sekolah sebelum murid-murid mengambil peperiksaan PMR, SPM, atau sebagainya.Berdasarkan pencapaian murid-murid ini maka kita dapat meramal kejayaan murid-murid dalam peperiksaan sebenar tersebut.Demikian juga bagi Ujian Kelayakan Latihan Perguruan (UKELP). Sekiranya calon-calon yang lulus dalam UKELP dan dipilih mengikuti kursus perguruan juga berjaya dan mendapat sijil atau diploma perguruan serta menjadi guru yang berkesan maka UKELP itu mempunyai kesahan ramalan yang tinggi.

c) Kesahan Semasa/Serentak

Kesahan semasa penting bagi guru merujuk pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian itu selaras dengan pencapaian kemudian dalam suatu ujian yang serupanya. Sekiranya ujian kedua yang sama taraf dengan ujian yang pertama ditakbirkan tidak lama kemudian, pencapaian calon biasanya lebih baik daripada ujian pertama, kerana calon yang berkenaan telah memperolehi sedikit sebanyak pengalaman daripada ujian yang pertama.

d) Kesahan Gagasan

Kesahan gagasan amat penting diadakan untuk mengukur sejauh mana seseorang itu menunjukkan trait personaliti, tingkah laku, atau trait mental, seperti sifat peramah, bertanggung jawab, adil, introvert, bermotivasi, kreatif, cergas otak dan sebagainya. Semua ini merupakan idea atau gagasan psikologi perlu dianalisa untuk mengenal pasti proses-proses atau ciri-ciri yang dikaitkan dengan sesuatu trait agar item-item ujian yang khusus dan tepat dapat disediakan. Berdasarkan teori atau kajian ini, kita boleh membuat berbagai-bagai ramalan yang ada hubungannya dengan gagasan tersebut.Misalnya kita boleh menelah bahawa seseorang murid yang kreatif juga merupakan seorang yang imaginatif.

Meningkatkan Kesahan Dalam Ujian

a) Cara yang baik untuk meningkatkan dan memastikan kesahan sesuatu ujian ialah dengan menyediakan blue print, atau rancangan persediaan yang dinamakan Jadual Penentuan Ujian (JPU). JPU ini dapat memastikan kesahan isi ujian yang akan disediakan. Di mana dalam JPU guru hendaklah menetapkan tajuk-tajuk yang hendak diuji, peringkat objektif mengikut Taksonomi Bloom atau Taksonomi yang seumpamanya, bilangan soalan bagi tiap-tiap satu objektif dan tajuk. Penentuan objektif pelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung kepada matapelajaran, tajuk-tajuk yang diuji serta peringkat kebolehan murid-murid yang menduduki ujian itu.Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami isi kandungan tiap-tiap tajuk dalam sukatan pelajaran.

b) Bagi meningkatkan kesahan gagasan ialah dengan mencari korelasi diantara markah pada ujian yang dibentuk dengan markah ujian tentang trait yang diperkatakan itu. Hal ini bermakna bahawa jikalau kita mahu menentukan kesahan gagasan untuk satu ujian yang dikatakan mengukur semangat berdikari, maka kita terpaksa mencari korelasi markahnya dengan satu markah bagi ujian lain yang mengukur trait yang sama.

c) Kesahan gagasan boleh ditingkatkan dengan mencubakan ujian ini kepada satu kumpulan yang diketahui mempunyai trait itu. Sifat hormat menghormati boleh dikatakan sangat tinggi dikalanganm ahli-ahli agama.Ataupun sifat mencari keuntungan yang maksimum terdapat dikalangan peniaga-peniaga.Oleh itu sesuatu ujian itu bolehlah ditadbirkan kepada golongan-golongan yang dikatakan mempunyai sifat ataupun trait yang dikehendaki itu.Jika markah kumpulan itu tinggi maka dapatlah dikatakan yang ujian itu mempunyai kesahan gagasan yang tinggi.

d) Dengan menjalankan satu ekperimen dan membuat ujian detik-detik startegik di dalam ekperimen itu. Ini bermakna kesahan berasaskan pendirian yang keadaan mengubah sesuatu trait itu dapat diwujudkan.Keadaan yang berlainan itu memberi kesan kepada trait seseorang itu. Umpamanya sifat putus asa akan bertambah serius jikalau seseorang itu menghadapi kegagalan demi kegagalan. Oleh itu untuk mendapatkan kesahan bagi satu ujian yang mengukur trait putus asa ini, maka ujian ini bolehlah diberi kepada satu kumpulan yang dimasukkan ke dalam satu ekperimen apabila keadaan dikelolakan supaya mereka yang dieksperimenkan itu mengalami kegagalan berturut-turut.Jikalau markah pada ujian itu menunjukkan pertambahan dari satu masa ke satu masa yang berikutnya maka dapatlah dikatakan yang ujian itu mempunyai kesahan.

e) Langkah utama bagi mendapatkan kesahan ini ialah menentukan kriteria tentang apa yang dikatakan kemampuan atau kejayaan di dalam sesuatu perkara yang diramalkan itu. Umpamanya perlu diketahui apakah ciri-ciri yang ada pada jurutaip yang dikatakan baik itu ataupun apakah ciri-ciri kejayaan di dalam pelajaran di sekolah menengah. Jurutaip yang baik mungkin dapat menaip sebanyak 80 perkataan dalam satu mionit, mengetahui semua format surat menyurat, dapat mengeja dengan tidak membuat salah lebih daripada 2% daripada perkataan yang terdapat pada sesuatu kerja yang dikendalikan, dapat menaip terus menerus dalam jangkamasa 1 jam, dan berbagai- bagai lagi. Bagi kejayaan dalam pelajaran sekolah menengah pula, mungkin perkara- perkara yang penting ialah mendapat markah tidak kurang daripada 60% di dalam tiap-tiap ujian yang diambil, menolong rakan sebaya di dalam hal-hal pelajaran di sekolah dan mengambil peranan aktif semasa di bilik darjah.

f) Cara yang ideal bagi meningkatkan kesahan ialah mencari korelasi diantara ujian ayang diberi sebelum calon-calon itu melalui pengalaman yang berkenaan dengan perlakuan yang di dalam konteks kriatiria pada akhir pengalaman itu. Kesahan ujian itu boleh diterima jikalau didapati calon yang tinggi markah dalam ujian itu mencapai prestasi yang dikehendaki di dalam kretiria itu, dan calon yang rendah markahnya tidak menunjukkan prestasi di dalam kretiria itu.

KEBOLEHPERCAYAAN (REALIABILITY)

Salah satu daripada kriteria tersebut di atas ialah reliabiliti (kebolehpercayaan). Menurut Mokhtar (1995), reliabiliti ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara dua pengukuran terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri, atau sifat seseorang.

Reliabiliti adalah istilah yang keliru di sini dan setengah penulis cuba menggantikannya dengan consistency. Walau bagaimana pun, persoalan asas reliabiliti adalah: Adalah penilai lain setuju dengan interpretasi tingkah laku pelajar? Tetapi variasi yang mengganggu pula adalah: Adakah saya menterjemah tingkah lakunya dalam keadaan yang sama jika saya melihatnya lagi? (Rowntree, 1977).

Secara umum, kesilapan angkubah pengukuran adalah banyak terdapat dalam skor ujian dalam pendidikan (atau, dengan kata lain, ujian pendidikan cenderung kepada tidak reliabel) melainkan kerja yang lebih berhati-hati dilakukan bagi menentukan aras reliabiliti yang diterima (Martuza, 1977). Ini menunjukkan bahawa reliabiliti bukan sahaja skor yang sama didapati walau pun orang lain yang menilainya, tetapi jika kita harus memberikan skor yang sama juga walau pun kita menilai pada masa yang berbeza.

Fakta mengenai reliabiliti rendah memeriksa kertas peperiksaan secara individu telah ditunjukkan oleh Dicker (1973), yang menemukan bahawa pekali korelasi hanya 0.46 apabila 24 guru memeriksa sekali dan kemudian diperiksa semula selepas tiga bulan. Aschersleben (1971) menganalisis pemeriksaan oleh 24 guru ke atas 623 pelajar dalam empat ujian matematik yang bersiri dan empat ujian dictation. Beliau mendapati kebanyakan korelasi adalah di bawah 0.60, dengan kertas matematik menunjukkan, secara purata, nilai lebih kecil (Ingenkamp, 1977). Ini menunjukkan bahawa pemeriksaan seseorang pemeriksa bukan sahaja tidak tekal tetapi amat berbeza di antara seorang pemeriksa dengan pemeriksa lain. Dengan kata lain pemeriksaan mereka mempunyai reliabiliti yang rendah.

Soalan yang dibina jika tidak mempunyai reliabilti atau mempunyai reliabiliti rendah tidak akan dapat menggambarkan pencapaian pelajar dan seterusnya akan menjadikan sistem penilaian yang sia-sia. Oleh itu para pendidik perlu berhati-hati dalam membina alat penilaian.

Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada ketekalan, ketepatan, dan kebolehbergantungan ujian berkenaan. Ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh dipercayai akan menghasilkan maklumat yang tekal (merujuk kepada beberapa pentadbiran ujian yang telah dijalankan), tepat seperti yang sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa keraguan.

Pada kebiasaannya , sesuatu ukuran itu tidak lepas daripada ralat (error). Ini amat ketara dalam prestasi fizikal. Jauh lompatan seseorang misalnya, tidak sentiasa sama kerana pengaruh halaju angin kedaan fizikalnya, kedaan atau jenis kasut yang dipakai, latihan, larian atau sebagainya. Sedangkan berat seseorang pun boleh berubah dalam satu hari disebabkan oleh pakaiannya, kenyang laparnya dan lain-lain.

Kepentingan Kebolehpercayaan

Apabila kita menilai ataupun menguji murid-murid, kita akan menyoal diri kita sendiri adakah jawapan yang diberikan itu tidak berubah-ubah dan dapat mencerminkan kemahiran, kebolehan dan nilai pada murid itu. Jika benar maka ujian yang kita berikan itu bolehlah kita anggapkan sebagai stabil. Ujian yang stabil ialah ujian yang dapat memberikan market yang sama apabila murid itu mengambil ujian itu beberapa kali di dalam satu jangka masa yang pendek. Katakan kita menyediakan satu ujian penggal matematik. Untuk menentukan samada ujian itu stabil atau tidak , kita boleh memberikan dua kali ujian kepada murid kelas kita. Biarkan jarak di antara ujian pertama dengan yang kedua itu lebih kurang satu ataupun dua minggu. Jikalau markah bagi tiap-tiap murid di dalam ujian pertama itu lebih kurang sama dengan markah yang diperolehi untuk ujian kedua , maka ujian itu bolehlah dianggap stabil ataupun boleh dipercayai.

Kebolehpercayaan ujian sangat penting oleh kerana kita tidak mahu markah yang diperolehi itu dalah disebabkan oleh nasib.Kita mahukan markah itu datangnya daripada kemampuan murid itu sendiri.Kebolehpercayaan adalah satu perkara yang senang dilihat didalam ukuran seperti berat, panjang, tinggi dan lain-lain yang berbentuk maujud. Sesuatu ukuran panjang itu sudah tentu memberi bacaan yang sama jikalau barang yang sama diukur berulang kali. Begitu juaga dengan sesuatu penimbang berat itu sudah tentu memberi bacaan yang sama jikalau kita menimbang benda yang sama berulangkali. Bacaan yang berlainan akan menimbulkan syak wasangka kepada kita oleh kerana alat-alat sukatan itu tidak lagi stabil.

Bagi ujian ataupun penilaian yang kita sediakan , kebolehpercayaan adalah satu ciri yang patut kita pastikan sebagai dapat diterima. Jika tidak, penilaian yang kita lakukan itu tidak akan memberi peluang yang cukup kepada murid-murid membuktikan yang mereka mempunyai kemahiran, pengetahuan dan sikap yang dinilaikan itu. Satu peluang sahaja sudah tentu tidak mengcukupi.Umpamanya kita mahu menguji samada murid itu dapat menolak nombor-nombor tidak lebih dariapada 20 dan dengan bertangan. Kita tidak hanya memberikan satu soalan sahaja..Kita akan mengemukakan beberapa soalan yang dapat menguji kemahiran yang sama. Jika murid itu dapat peluang menjawab sebilangan besar soalan-soalan itu , maka baharulah kita berpuas hati dan menerima hasilnya sebagai mencerminkan keupayaan murid itu . Dengan kata lain, kebolehpercayaan pada ujian ini ialah untuk kita memastikan yang ujian atupun alat penilaian itu memberi peluang kepada murid mengemukakan jawapan yang mencerminkan keupayaannya dan bukanlah disebab kan oleh nasib.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan

Panjang pendek ujian itu boleh mempengaruhi keutuhan.Biasanya, semakinpanjang ujianmaka semakin tepat skornya kerana semakin kurang pergantungan kepada tekaan atau kebetulan.Demikian juga ujian yang bersifatobjektifyang mempunyai keutuhan yang lebih tinggi kerana tidak terdedah kepada berbagai-bagai interpretasi.Ujian yang sah biasanya utuh, tetapi ujian yang utuh tidak semestinya sah. Skor yang konsisten tidak semestinya mengukur apa yang hendak diukur. Item-item ujian hanya merupakan sampel bagi bidang yang diuji .variasi dalam sampel mungkin terdapat dalam dua ujian yang setara bentuknya. Hal ini merupakan satu lagi punca ralat.Oleh kerana guru yang membina dan mentadbir ujian kepada murid-murid, maka perhubungan guru murid yang baik biasanya akan menambah keutuhan keputusannya. Keadaan fizikal dan mental yang positif, azam dan motivasi, galakan guru, kebiasaan dengan format ujian juaga akan memberi kesan yang positif terhadap kebolehpercayaan.

Perbezaan skor mungkin timbul lantaran perbezaan cara ujian itu ditadbirkan. Untuk meningkatkan kebolehpercayaan , arahan-arahan mestilah tepat dan jelas. Murid-murid haruslah diberi masa yang cukup, terutama dalam ujian daya (power test).Mereka mestilah diawasi dengan teliti semasa ujian.

Kadang-kadang kebolehpercayaan ditentukan dengan cara uji-ulang (retest) . Sebarang manfaat yang didapati oleh murid-murid daripada ujian pertama akan mengurangkan kebolehpercayaan. Contohnya dalam ulang uji murid-murid mungkin lebih biasa dengan format , atau lebih faham dengan item-item ujian. Oleh itu, mereka mendapat skor yang lebih tinggi.Hal ini menunjukkan betapa perlunya penjelasan yang sempurna sebelum ujian pertama dimulakan.

Keadaan persekitaran boleh mempengaruhi murid-murid dan skor mereka. Persekitaran yang sesuai, seperti kerusi meja yang selesa , ruang dan cahaya yang cukup , ventilasi yang baik, akan menambahkan kebolehpercayaan, manakala keadaan hangar bingar, misalnya akan menganggu konsentrasi murid-murid dan menjejaskan kebolehpercayaan ujian.Apabila sesuatu ujian itu bersifat subjektif , biasanya markah yang diberi untuk jawapan yang sama adalah berbeza mengikut pemeriksa, walaupun skim permarkahan ada disediakan. Malahan, penilaian seseorang pemeriksa mungkin berubah mengikut masa dan keadaan.Perkara ini tidak berlaku dalam ujian objektif, kerana semua responnya adalah tepat. Mana-mana pemeriksa akan memberi markah yang sama untuk respon yang sama. Oleh itu, keobjektifan merupakan satu syarat bagi keutuhan.

Meningkatkan Kebolehpercayaan Dalam Ujian

Pada lazimnya , adalah sangat sukar bagi guru untuk membentuk satu ujian yang mempunyai ciri kebolehpercayaan yang tinggi. Ini adalah kerana pencapaian murid dalam situasi yang berlainan akan dipengaruhi oleh factor-faktor berlainan seperti bilangan soalan, emosi dan kesihatan calon, keadaan persekitaran dan cara memeriksa. Oleh itu untuk meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian , guru harus mengurangkan segala punca perubahan faktor-faktor tersebut.

Faktor pertamaialah keadaan tempat murid-murid itu mengambil ujian.Keadaan yang tidak selesa menyebabkan murid-muird tidak dapat menjawab seperti yang selalu ditunjukkan. Jika bilik itu bising dan panas umpamanya , muird tidak akan dapat menjawab soalan dengan sebaik-sebaiknya. Jika murid itu tidak sihat ketika mengambil ujian , maka jawapannyapun tidak sebaik yang dapat ditunjukkannya jikalau dia di dalam keadaan sihat. Oleh itu , guru haruslah memastikan yang keadaan tempat murid itu semasa mengambil ujian adalah baik

Faktor keduaialah kejelasan yang terdapat pada arahan dan item-item ujian itu. Arahan dan item-item yang kurang jelas boleh menimbulkan interpretasi yang berlainan dariapada muri-murid. Oleh itu semasa menyediakan ujian ataupun penilaian , guru seharusnya memastikan yang arahan dan item-item, sama ada dalam bentuk kenyataan, gambar dan lain-lain lagi itu jelas.

Faktor ketigaberkait dengan panjangnya ujian ataupun penilaian itu.Ujian yang banyak itemnya itu selalunya lebih stabil oleh kerana guru berpeluang menyoalnya beberapa kali.Sebaliknya, ujian yang banyak item itu memakan masa yang panjang.Murid yang rendah umurnya sudah tentu tidak dapat memberi tumpuan yang dikehendaki.Kita tahu lama masa yang dapat ditumpukan oleh murid terhadap sesuatu itu berbeza.Walau bagaimanapun, murid di peringkat sekolah rendah mempunyai tumpuan yang terhad. Mereka cepat jemu dan dengan itu tidak akan dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, guru seharusnya menyediakan ujian yang tidak terlalu memakan masa yang panjang.Guru juga boleh memenggalkan ujian guru untuk diberikan beberpa kali.

Faktor keempatialah, pemeriksaan dan pemarkahan.Ujian objektif tidak menimbulkan masalah.Tetapi ujian ataupun penilaian yang berkaitan dengan sikap, nilai dan juga amali sukar diperiksa dan diberikan markah secara objektif.Masalah ini sering berlaku di dalam ujian-ujian terbuka yang guru lakukan.Di dalam pemerhatian juga, guru dapati yang pemarkahan sukar diberi dengan tepat. Bagi mengelakkan perkara-perkara

ini, guru harus menyediakan satu skim pemeriksaan dan pemarkahan yang jelas dan kita patuhi pada skimini apabila membuat pemeriksaan dan pemarkahan.

Faktor kelimadalam meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian ataupun penilaian ilah dengan memberikan bilangan soalan yang berpatutan. Biasanya semakin bilangan solan bertambah, maka semakin tepat pencapaian murid itu., kerana bilangan soalan ditambah akan dapat mengurangkan peluang untuk murid meneka.

UJIAN FORMATIF (FORMATIVE ASSESMENT):

Menurut Lee Shok Mee, Mok Soon Sang(1989), ujian formatif adalah suatu pentaksiran semasa yang dilakukan ke atas satu unit pembelajaran. Lantas, ujian formatif ini dapat difahami sebagai suatu ujian yang dilakukan ke atas suatu kemahiran atau topik yang kecil selepas atau semasa pembelajaran.

Ujian formatif merupakan ujian yang dilaksanakan secara tidak formal dan formal bergantung kepada keperluan guru dan murid. Ianya dilaksanakan secara berterusan sepanjang atau selepas proses pengajaran dan pembelajaran atau sesi persekolahan murid bagi menilai penguasaan murid terhadap sesuatu atau beberapa kemahiran yang diajar. Secara tidak langsung, ujian formatif membantu guru mengenalpasti tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran atau unit yang diajar sebelum meneruskan proses pembelajaran seterusnya. Kelemahan yang dikenalpasti awal ini akan boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dengan serta merta dan lebih mudah. Murid dapat dipastikan memahami dan menguasai kemahiran atau unit pembelajaran dengan baik sebelum meneruskan pembelajaran.

Secara mudahnya, tujuan perlaksanaan ujian formatif ini menurut Mok Soon Sang (2009), Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008), dan Lee Shok Mee, Mok Soon Sang(1989) adalah :

1.Ujian formatif bertujuan memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran dari sudut guru dan murid :

Guru : dapat memperbaiki dan menambahbaik kelemahan dalam sesuatu kaedah dan pendekatan yang digunakan sekaligus dapatmenilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

Murid : dapat memperbaiki kelemahan dalam sesuatu kemahiran dan unit pembelajaran.

2.Membolehkan murid mendapat keputusan yang terbaik pada peperiksaan sumatif pada akhir penggal persekolahan.

3.Memperbaiki kualiti dan meramal kemampuan pencapaian murid dari semasa ke semasa.

4.Membantu guru mengenalpasti matapelajaran yang murid masih lemah dan yang telah dikuasai.

5.Ujian formatif membantu murid untuk terus terbimbing dan dibimbing untuk meningkatkan penguasaan mereka secara perbincangan atau soal jawab dengan guru secara bersendirian atau berkumpulan terhadap sesuatu kemahiran atau unit pembelajaran yang dikenalpasti masih lemah melalui ujian yang dilaksanakan.

Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989) telah dipetik berkata

cara formal dalam penilaian formatif memerlukan penyediaan ujian yang melibatkan beberapa langkah seperti berikut :

1. Menentukan unit atau topik pembelajaran yang dinilai

2. Menetapkan peringkat pencapaian yang dikehendaki.

3. Menyenaraikan perkara-perkara yang akan diuji dalam unit itu.

4. Membetulkan item ujian.

Berdasarkan pernyataan tersebut :

1. Menentukan unit atau topik pembelajaran yang dinilai.

2. Pada peringkat ini, guru perlu mengenalpasti dan menyusun tajuk-tajuk pembelajaran yang akan diajar. Tajuk-tajuk pembelajaran ini pula hendaklah disusun mengikut tahap kesukaran dari mudah kepada sukar dan dipecahkan kepada tajuk-tajuk kecil yang mudah sekiranya ia mencakupi tajuk yang luas.

3. Menetapkan peringkat pencapaian yang dikehendaki.

4. Setelah tajuk-tajuk yang akan diajar disusun, guru perlu menetapkan peringkat pencapaian yang dikehendaki berdasarkan objektif pembelajaran dan isi pelajaran yang terdapat dalam tajuk tersebut. Sebagai contoh, guru menetapkan murid-murid perlu dapat membezakan najis mukhaffafah dan najis mutawasittah pada tajuk ibadah tahun 4.

5. Menyenaraikan perkara-perkara yang akan diuji dalam unit itu.

6. Pada peringkat ini, penyediaan ujian formatif merangkumi pencapaian yang dikehendaki sebelum ini. Ianya tertakluk hanya pada unit atau tajuk-tajuk pembelajaran yang tertentu secara khusus. Guru mempersiapkan perkara-perkara yang akan diuji dalam unit atau tajuk pembelajaran tertentu yang telah diajar sahaja.

7. Membetulkan item ujian

8. Selepas perlaksanaan ujian dilakukan, guru perlu membuat refleksi pembelajaran dan pengajaran berdasarkan keputusan ujian formatif tersebut. Kelemahan dan penguasaan murid secara optimum dalam seseuatu topik atau unit pembelajaran dapat dikenalpasti selepas itu. Tindakan susulan perlu dilakukan yang mana melibatkan pemulihan bagi mengatasi kelemahan murid dan pengayaan bagi memastikan murid terus menguasai sesuatu kemahiran di dalam sesebuah tajuk pembelajaran yang telah diajar.

Perlaksanaan ujian formatif secara tidak formal adalah seperti mengadakan sesi soal jawab secara lisan, latihan congak, kuiz dan memeriksa hasil lembaran kerja murid. Manakala perlaksanaan ujian formatif secara formal adalah seperti mengadakan ujian kertas-pensel selepas beberapa unit kemahiran atau sesuatu unit pembelajaran telah diajar. Perlaksanaan ujian ini seterusnya boleh dilaksanakan secara individu, kumpulan atau kelas. Ianya tidak membabitkan tingkatan atau keseluruhan jumlah murid yang ramai dalam sesuatu tahun pada sesuatu masa.

Secara amnya, ujian formatif yang dilaksanakan secara tidak formal tidak direkodkan. Bagi ujian formatif yang dilaksanakan secara formal pula, ianya direkodkan menggunakan senarai semak atau rekod prestasi murid. Melalui perlaksanaan ujian formatif ini, tindakan seterusnya adalah membetulkan kesilpan murid dan menyediakan program pemulihan atau pengayaan sesuai dengan tahap pencapaian murid.

Melalui ujian ini, murid-murid bermotivasi dan yakin untuk terus berusaha memperbaiki kelamahan dan berusaha ke arah kecemerlangan kelak.

UJIAN SUMATIF (SUMATIVE ASSESMENT):

Menurut Lee Shok Mee, Mok Soon Sang(1989), ujian sumatif adalah suatu pengukuran yang dilakukan secara menyeluruh pada satu peringkat pembelajaran. Secara mudahnya, ujian sumatif adalah suatu ujian yang dilaksanakan secara berpusat pada peringkat sekolah ataupun kebangsaan. Ianya dilaksanakan selepas tamat suatu penggal atau satu peringkat pembelajaran merangkumi beberapa topik pembelajaran. Antara contoh ujian sumatif adalah peperiksaan akhir penggal atau pertengahan penggal, UPSR, SPM, dan PMR.

Ujian ini dilaksanakan secara formal dengan cara bertulis ataupun melalui kemahiran amali seperti yang diperuntukkan untuk kerja projek bagi sesetengah matapelajaran. Ianya dilaksanakan pada suatu tempoh masa yang telah ditetapkan atau diselaraskan pada peringkat sekolah, daerah atau kebangsaan.

Perlaksanaan ujian formatif membolehkan murid-murid digredkan mengikut pencapaian masing-masing dan seterusnya guru mudah membuat pengasingan kelas mengikut pencapaian murid. Hal ini adalah kerana pencapaian murid berdasarkan ujian sumatif ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.

Secara mudahnya, tujuan perlaksanaan ujian formatif ini menurut Mok Soon Sang (2009), Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008), dan Lee Shok Mee, Mok Soon Sang(1989) adalah :

1. Memberi gred kepada murid-murid berdasrkan pencapaian mereka dalam peperiksaan yang dijalankan sekaligus mengesan pemeringkatan gred mereka dari satu ujian kepada satu ujian yang seterusnya seperti ujian percubaan UPSR dan peperiksaan UPSR yang sebenar.

2. Mengenalpasti kesesuaian dan keberkesanan sesuatu perlaksanaan kurikulum secara menyeluruh seperti program KBSR, PPSMI dan sebagainya.

3. Membolehkan guru membuat ramalan terhadap pencapaian murid dalam peperiksaan seterusnya.

4. Merekod keputusan murid dalam rekod profil.

5. Menempatkan semula murid mengikut kedudukan berdasarkan pencapaian mereka dalam kumpulan yang sesuai.

6. Ujian sumatif yang dilaksanakan secara berpusat seperti PMR dan SPM dapat memberi maklumat berkaitan pencapaian murid seluruh negara.

7. Perlaksanaan ujian sumatif ini seterusnya dilaksanakan ke atas sekumpulan murid secara berkelompok seperti semua murid tahun 6 SK Kuala Medang menduduki peperiksaan akhir penggal dan semua murid tingkatan 3 di seluruh Malaysia menduduki PMR pada bulan 9 ini.Tidak seperti ujian formatif, ujian sumatif hanya boleh dilaksanakan secara formal sahaja seperti ujian kertas-pensel.

Bagi memastikan keberkesanan perlaksanaan ujian sumatif, beberapa langkah di bawah perlu diberi penekanan:

1.Membentuk Jadual Penentuan Ujian (JPU)

Penyediaan jadual penentuan ujian atau jadual spesifikasi ujian ini merangkumi semua tajuk dan topik pembelajaran, masa pengajaran dan pembelajaran dan jumlah dan aras soalan. Jpu yang lengkap ini membantu memudahkan guru membina soalan yang lengkap dan mudah untuk memastikan tiada topik pembelajaran yang tertinggal untuk diuji.

2.Membina soalan

Pembinaan soalan ujian ini hendaklah berdasarkan Jadual Penentuan Ujian yang telah dibina. Soalan hendaklah menguji hasil dan objektif pembelajaran sesuai dengan kehendak asal perlaksanaan ujian ini dibuat. Pembinaan soalan hendaklah mengandungi aras dari mudah kepada sukar berdasarkan nisbah yang tepat. Ini bagi memberi peluang kepada murid yang lemah untuk turut mendapat markah dan membantu merangsang pemikiran murid yang bijak untuk menjawab soalan yang sukar. Arahan dan kehendak soalan juga hendaklah dinyatakan dengan jelas pada kertas soalan.

3.Mengumpul soalan secara sistematik

Soalan-soalan yang dibina biasanya terdiri daripada soalan berbentuk objektif dan subjektif. Oleh itu, kepelbagaian bentuk soalan ini juga hendaklah disusun dengan teratur dan sistematik dan diasingkan mengikut bentuknya. Soalan hendaklah disusun mengikut topik awal kepada seterusnya mengikut JPU.

4.Menguji soalan melalui kajian rintis

Soalan yang telah siap dibina kemudiannya diuji kepada beberapa orang sampel murid bagi melihat kesesuain dan memperbaiki kelemahan soalan yang didapati ada bagi memastikan kesahan ujian adalah tinggi.

5.Menyiapkan skema pemarkahan

Penyediaan skema jawapan ini adalah bagi memastikan skrip jawapan adalah selaras bagi ujian berpusat yang akan diperiksa oleh bukan hanya seorang guru. Ini bagi memastikan tidak berlaku diskriminasi dan menjadi panduan kepada pemeriksa dalam memeriksa jawapan murid.

Selepas perlaksanaan dan keputusan ujian dikeluarkan, tindakan yang perlu dan boleh diambil adalah menempatkan murid mengikut kumpulan yang sesuai, memberi sijil dan gred mengikut tahap pencapaian mereka. Sekaligus, para guru dapat membuat refleksi terhadap keberkesanan sesebuah kurikulum yang telah dilaksanakan itu.

Kekuatan dan kelemahan formatif dan sumatif.

Formatif :

Kekuatan

Kelemahan

Boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal dalam sesuatu masa yang tidak khusus atau khusus.

Perlaksanaan ujian formatif adalah tidak selaras dalam sesebuah kelas, sekolah, daerah dan negara.

Tidak mendatangkan tekanan yang berat kepada murid-murid, ibu bapa dan guru.

Menyukarkan guru untuk membuat penilaian dan refleksi penilaian terhadap individidu murid sekiranya jumlah murid adalah terlalu ramai bagi sesebuah kelas.

Melahirkan murid yang benar-benar memahami isi pelajaran yang dipelajari dan menguasainya dengan baik.

Tidak berjaya mewujudkan semangat persaingan antara murid untuk berusaha mendapatkan keputusan yang terbaik kerana pencapaian murid hanya bertujuan menguji kefahaman mereka dan tidak berlaku perbandingan dengan kelompok atau individu murid lain.

Sasaran boleh tertumpu kepada kumpulan, individu atau secara kelas.

Menyukarkan tindakan guru untuk membetulkan kelemahan murid serta merta semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana dikhuatiri mengambil masa yang lama jika gagal diurus dengan baik.

Membantu guru mengesan murid yang lemah secara khusus dan terperinci berserta topik dan sub-topik yang gagal dikuasai dengan baik.

Kelemahan murid adalah pelbagai dan tidak sama antara satu sama lain. Sukar untuk guru memberi perhatian kepada sesuatu kelemahan dengan tidak mengabaikan mereka yang lain.

Murid-murid dapat membuat refleksi kendiri dan memperbaiki kelemahan dalam sesuatu unit atau kemahiran yang telah dipelajari sebelum meneruskan pembelajaran kepada unit yang seterusnya dalam keadaan bersedia.

perlaksanaan ujian adalah tidak selaras antara suatu kelas dengan kelas yang lain atau sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain lantas kemampuan murid tidak diuji secara sama rata terhadap sesebuah unit pelajaran atau kemahiran.

Murid-murid meneruskan pembelajaran dalam keadaan telah menguasai pembelajaran yang lepas atau pun kemahiran yang asas sebelum mempelajari perkara yang lebih kompleks pada tajuk yang seterusnya.

Murid-murid tidak dapat dibahagikan kepada kelas, kumpulan atau kelompok yang khusus berdasarkan keputusan ujian formatif kerana keputusannya didapati melalui ujian yang tidak formal dan tidak direkodkan. Seterusnya, ujian yang formal pula hanya dilaksanakan pada masa yang singkat dan menguji sebahagian kecil unit atau sesuatu kemahiran yang diajar pada ketika itu.

Guru dapat memperbaiki dan melakukan penambah baikan terhadap kaedah dan pendekatan yang digunakan semasa mengajar untuk sesi yang seterusnya.

: Sumatif

Kekuatan

Kelemahan

Membantu para guru dan pemikir kurikulum terhadap keberkesanan perlaksanaan sesuatu kurikulum seperti KBSR dan KBSM kepada murid-murid di seluruh negara.

Memberi tekanan kepada murid, ibu bapa dan guru untuk memastikan murid-murid mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan untuk meningkatkan gred pencapaian sekolah.

Tindakan pensijilan murid-murid yang dilaksanakan selepas peperiksaan memberi motivasi dan semangat untuk murid-murid yang mendapat gred yang baik untuk meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

Melahirkan murid-murid yang berorientasikan peperiksaan dengan menghafaz isi pelajaran tertentu dan bukan memahaminya secara mutlak.

Memberi motivasi kepada murid-murid untuk belajar dan mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan.

Menimbulkan rasa rendah diri dalam kalangan murid yang mendapat gred pencapaian yang rendah kerana keputusannya kelak akan dibandingkan dengan pencapaian murid-murid lain.

Mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan murid dan sekolah untuk meningkatkan pencapaian individu murid dan sekolah masing-masing melalui keputusan yang cemerlang.

Gred pencapaian yang diperoleh kadangkala berasaskan nasib dan tuah, bukannya usaha murid tersebut. Murid yang cemerlang tetapi kebetulan menghadapi masalah lain seperti kesihatan pda ketika menduduki peperiksaan tidak dapat menunjukkan prestasi yang terbaik dan tidak dapat menduduki peperiksaan seperti asal.

Pembahagian murid-murid kepada kelas dan kumpulan mengikut gred pencapaian ujian atau peperiksaan memudahkan guru mengenalpasti murid yang lemah dan murid yang bijak sekaligus melakukan kepelbagaian dalam kaedah mengajar secara khusus sesuai dengan tahap murid.

Penyediaan soalan yang meliputi kesemua topik pembelajaran yang telah diajar sukar untuk diseimbangkan dengan baik kerana topik yang banyak dan jumlah soalan yang terhad.

Penggredan yang dilakukan melalui ujian sumatif ini membantu mereka mendapatkan biasiswa untuk meneruskan pengajian secara adil berdasarkan kecemerlangan dan keupayaan mereka dalam peperiksaan.

Masa perlaksanaan ujian adalah singkat tidak bertepatan untuk menguji pemahaman dan pengetahuan murid terhadap pembelajaran yang berlaku untuk pada suatu penggal atau beberapa tahun.

Membuat penilaian yang selaras untuk semua murid dalam sesebuah sekolah, daerah atau negara dengan tahap kesukaran dan jumlah soalan yang sama untuk semua murid walau di mana mereka berada.

Hanya boleh dilaksanakan secara formal.

PENILAIAN BERTERUSAN (CONTINOUS ASSESSMENT)

Penilaian berterusan adalah satu sistem untuk menyokong dan menilai semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Kaedah ini menjurus ke arah :

Memastikan semua kanak-kanak belajar dengan menggunakan pelbagai pengajaran dan penilaian memaklumkan kepada pelajar-pelajar bersedia untuk peringkat seterusnya.

Pembelajaran dan pengajaran dapat mengenalpasti cabaran dalam pembelajaran dan menyediakan sokongan pelajar untuk campur tangan yang sesuai atau pemulihan.

Pendidik dan perniagaan bersetuju bahawa individu perlu dapat:

berfikir secara kritis

menyelesaikan masalah

bekerja dalam kedua-dua kumpulan dan bebas

menggabungkan pengetahuan dan kemahiran daripada mata pelajaran yang berbeza

berkomunikasi secara lisan dan dengan itu secara bertulis

Semua kanak-kanak perlu mempelajari asas-asas dan kemahiran peringkat tinggi, kerana dalam masa depan, kurang peluang kepada individu tidak mahir akan disediakan.

Bagaimanakah pengajaran, pembelajaran dan penilaian dijalankan?

Pendekatan berpusatkan pelajar kepada arahan akan digunakan dengan pembelajaran yang berasaskan aktiviti. Pelajar peserta aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar akan dinilai secara berterusan dalam semua bidang subjek sepanjang tempoh melalui Ujian Bulanan, Projek dan Ujian Term.

Penyertaan pelajar juga dinilai pada masa ini.

Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran

Guru menekankan dan menilai kemahiran dan tidak mengabaikan pengetahuan

Pelajar belajar untuk bekerja kedua-dua bersendirian dan dalam kumpulan

Pelajar yang terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka sendiri - mereka diajar untukmempelajari sesuatu dengan usaha mereka sendiri, serta bagaimana untuk belajar.

Pelajar-pelajar belajar untuk menggunakan banyak kemahiran pada masa yang sama untuk menyelesaikan tugas-tugas yang kompleks.

Pelajar akan diajar bagaimana untuk menggunakan kemahiran yang telah dipelajari dalam mata pelajaran yang berbeza untuk menyelesaikan sesuatu aktiviti.

Pelajar-pelajar belajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah, yang memerlukan pemikiran kritikal dan mempunyai lebih daripada satu jawapan yang betul.

Bagaimana ibubapa atau penjaga dapat membantu?

Beberapa idea yang dapat member gambaran;

Menjadi rakan aktif dalam pembelajaran anak-anak. Menyertai kominiti aktif dalam membuat keputusan tentang masalah dan isu-isu di sekolah seperti Persatuan IbuBapa dan Guru.

Berjumpa dengan guru yang mengajar anak dan berbincang tentang pencapaian anak dan hubungan dengan rakan-rakan serta guru.

Menyokong penglibatan anak di dalam penyertaannya di sekolah dengan menghadiri dan membantu mengikut keperluan.

Kerja rumah

Kebanyakan guru memberi kerja rumah secara tetap kerana amalan diperlukan sebelum kanak-kanak benar-benar memahami kemahiran dan konsep baru. Kerja rumah juga meningkatkan jumlah pembelajaran masa yang ada dan membolehkan pelajar untuk melakukan lebih mendalam pembelajaran.

1. Membatu anak jadual untuk menyelesaikan kerja rumah yang diberi.

a. Membantu anak menguruskan bebanan tugas yang diberi

b. Berbincang dengan anak setiap hari mengenai kerja rumah atau tugasan yang diberi dan memastikan tugasan yang diberi dapat dilaksanakan dengan baik. Tetapi ibubapa tidak boleh melaksanan tugasan anak mereka.

2. Jangan mendenda anak dengan tambahan kerja rumah.

3. Menitikberatkan usaha dan pencapaian.

4. Menawarkan ganjaran terhadap perkembangan positif anak dan mempamerkan hasil kerja anak yang baik.

5. Mempunyai harapan yang tinggi di dalam proses pembelajaran anak di rumah atau di sekolah.

6. Memuji dan menggalakkan anak anda.

7. Galakkan anak anda untuk berkongsi maklumat tentang sekolah atau pengetahuan yang dipelajari dan bertindakbalas dengan empati.

8. Jika anda tidak dapat melakukan seperti atas, cukup dengan membacakan anak kecil anda sesuatu atau memberi peluang anak membacakan untuk anda.

9. Berikan galakan bagi anak yang remaja untuk membaca bahan-bahan yang lebih menarik dan sesuai pada peringkat umur mereka.

ASSESSMENT FOR LEARNING

Dalam bilik darjah di mana penilaian untuk pembelajaran diamalkan, pelajar digalakkan untuk menjadi lebih aktif dalam pembelajaran mereka dan penilaian yang berkaitan. Tujuan utama penilaian untuk pembelajaran adalah untuk mewujudkan pelajar sendiri terkawal yang boleh meninggalkan sekolah mampu dan yakin untuk terus belajar sepanjang hayat mereka. Guru perlu tahu pada permulaan satu unit pengajian di mana pelajar-pelajar mereka adalah dari segi pembelajaran mereka dan kemudian terus memeriksa bagaimana mereka maju melalui pengukuhan maklum balas yang mereka perolehi daripada pelajar mereka. Pelajar dibimbing apa yang sepatutnya mereka untuk belajar dan apa kerja yang berkualiti kelihatan seperti. Guru akan bekerjasama dengan pelajar untuk memahami dan mengenal pasti sebarang jurang atau salah faham (taksiran awal / diagnostik). Sebagai unit berlangsung, guru dan pelajar bekerjasama untuk menilai pengetahuan pelajar, apa yang dia atau dia perlu belajar untuk memperbaiki dan memperluaskan pengetahuan ini, dan bagaimana pelajar boleh mendapatkan yang terbaik untuk ketika itu (penilaian formatif). Penilaian untuk pembelajaran berlaku pada semua peringkat proses pembelajaran.

Penilaian untuk pembelajaran terdiri daripada dua fasa penilaian :

1. Awal atau diagnostik dan penilaian penilaian formatif boleh berdasarkan pelbagai sumber maklumat (contohnya, portfolio, kerja-kerja yang sedang berlangsung, pemerhatian guru, perbualan) maklum balas secara lisan atau bertulis kepada pelajar terutamanya deskriptif dan menekankan kekuatan, mengenal pasti cabaran, dan mata kepada langkah seterusnya sebagai guru memeriksa memahami mereka menyesuaikan arahan mereka untuk memastikan pelajar-pelajar di landasan tiada gred atau markah diberikan

2. Penyimpanan rekod terutamanya anekdot dan deskriptif berlaku sepanjang proses pembelajaran, dari awal lagi daripada kursus pengajian untuk masa penilaian sumatif

Assessment of learning

Penilaian pembelajaran merujuk kepada strategi yang direka untuk mengesahkan apa yang pelajar tahu, menunjukkan sama ada atau tidak mereka telah memenuhi hasil kurikulum atau matlamat program individu mereka, atau untuk mengesahkan kemahiran dan membuat keputusan mengenai masa depan atau program penempatan pelajar. Ia bertujuan untuk memberikan bukti pencapaian kepada ibu bapa, pendidik lain, pelajar-pelajar itu sendiri, dan kadang-kadang kepada kumpulan-kumpulan di luar (contohnya, majikan, institusi pendidikan yang lain). Penilaian pembelajaran adalah penilaian yang menjadi awam dan keputusan dalam kenyataan atau simbol tentang bagaimana pelajar yang sedang belajar. Ia sering menyumbang kepada keputusan penting yang akan menjejaskan hadapan pelajar. Ia adalah penting, maka, bahawa logik asas dan ukuran penilaian pembelajaran boleh dipercayai dan dipertahankan.

Peranan Guru Dalam Penilaian Pembelajaran

Akibat penilaian pembelajaran sering meluas dan menjejaskan pelajar serius, guru mempunyai tanggungjawab untuk melaporkan pembelajaran pelajar dengan tepat dan adil, berdasarkan keterangan yang diperolehi daripada pelbagai konteks dan aplikasi. Penilaian yang berkesan pembelajaran memerlukan guru menyediakan

rasional untuk melaksanakan taksiran tertentu pembelajaran pada satu titik tertentu dalam masa

huraian yang jelas pengajian yang dicadangkan

proses yang membolehkan pelajar untuk menunjukkan kecekapan dan kemahiran

pelbagai mekanisme alternatif mereka untuk menilai hasil sama

awam dan titik rujukan dipertahankan untuk membuat pertimbangan

pendekatan telus kepada tafsiran

perihal proses penilaian

strategi untuk bantuan sekiranya berlaku perselisihan pendapat mengenai keputusan

Dengan bantuan guru-guru mereka, pelajar boleh melihat ke hadapan untuk penilaian tugasan pembelajaran sebagai kesempatan untuk menunjukkan kecekapan mereka, serta kedalaman dan keluasan pembelajaran mereka.

KEASLIAN PENILAIAN (AUTHENTIC ASSESMENT)

Dalam kaedah ujian tradisional dalam pendidikan, pelajar biasanya melengkapkan aneka pilihan, penilaian jawapan isi tempat kosong atau lengkapkan ayat untuk menunjukkan pengetahuan mereka mengenai subjek. Ujian ini biasanya mempunyai penggunaan sah di luar bilik darjah. Penilaian autentik, di sisi lain, adalah jenis penilaian di mana pelajar menggunakan pemahaman mereka tentang subjek untuk menyelesaikan situasi dunia sebenar dan masalah. Jenis penilaian ini boleh memberi manfaat kepada pelajar kerana ia membolehkan mereka untuk menunjukkan pengetahuan mereka dalam pelbagai cara.

Kelemahan untuk Ujian Tradisional

Ramai kanak-kanak dengan keperluan khas menghadapi kesukaran apabila ia menyatakan pengetahuan mereka semasa penilaian. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak kurang upaya pembelajaran berasaskan membaca mungkin mempunyai kefahaman yang mendalam fotosintesis tetapi mungkin gagal ujian kerana dia tidak memahami cara ujian ini dilakukan atau kerana dia mempunyai masalah membaca soalan. Ujian tradisional pada kebiasaannya bergantung kepada keupayaan pelajar untuk mengingati fakta terpencil yang telah diambil di luar konteks asal mereka. Skor A yang rendah boleh menyebabkan guru-guru untuk membuat andaian yang salah tentang pengetahuan kanak-kanak dan untuk merancang pembelajaran yang tidak betul atau aktiviti pemulihan.

Penilaian Yang Sahih

Penilaian sahih, juga dikenali sebagai, penilaian alternatif atau berasaskan prestasi langsung, memberikan pelajar peluang-peluang lain untuk menunjukkan apa yang mereka tahu. Tugas-tugas penilaian kelas sahih termasuk mewujudkan poster atau karya seni lain, menyimpan log pembelajaran atau jurnal, menjalankan eksperimen, bekerja secara individu atau dalam kumpulan untuk menyiapkan projek-projek, memberi persembahan atau persembahan, membina portfolio, menulis surat kepada pihak berkuasa untuk menangani isu, atau menganjurkan penyelesaian kepada masalah berasaskan komuniti.

Reference:

Assessing Learners with Special Needs: 6TH ED.By Terry Overton

http://www.moe.gov.tt/media_pdfs/publications/The%20Continuous%20Assessment%20Process.pdf

Pusat Perkembangan Kurikulum (1999). Penerapan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains. Kementerian Pelajaran Malaysia

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2006). Manual Pemantauan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

1.0 Dasap PBS. Diambil pada September 2, 2008 daripada

http://www.moe.gov.my/lpm/files/ManualPemantauan.pdf

Francis Casey (1985). How To Study: A Practical Guide. London: Macmillan