15
Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional Suhaimi Umar, Rizal Yusof & Supyan Hussin 1.0 Pengenalan Pengajian Alam Melayu merupakan salah satu daripada pengajian wilayah yang telah diasaskan sejak kurun ke-18 lagi oleh para sarjana, intelektual, penjajah Eropah, pelayar, dan sebagainya. Luas kawasan geografi Alam Melayu ditentukan menerusi Bahasa Melayu sebagai lingua franca (Collins 1996) dalam pertuturan kehidupan seharian. Alam Melayu yang dikenali sebagai Asia Tenggara, dikelilingi oleh pulau-pulau kecil dan besar merangkumi 250 juta populasi manusia di negara-negara seperti Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan bahagian selatan Filipina, Kemboja dan Thailand. Ia merupakan benua terbesar dikelilingi oleh ribuan pulau-pulau kecil dan besar, dihuni oleh pelbagai komuniti peribumi yang kaya dengan adat, budaya dan identiti. Sejak tahun 1999, Pengajian Alam Melayu yang diasaskan di Institut Alam dan Tamadun Melayu(ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengalami suatu perubahan konseptual dan didefinisikan menerusi tiga aspek utama dalam falsafah iaitu epistemologi, ontologi dan metodologi. Pengajian Alam Melayu dari aspek epistemologinya adalah merujuk kepada pembinaan ilmu yang berlandaskan kepada sains dan bukan sains, yang berteraskan kepada tradisi Eropah dan bukan Eropah tanpa memenuhi agenda ekonomi politik kuasa besar dan kecil, dahulu atau sekarang. Pernyataan ini dengan mudahnya membuka suatu ikatan ataupun memecahkan ruang yang sempit kepada suatu keadaan yang lebih bebas dan fleksibel. Ini akan memudahkan lagi perluasan kepada kajian dan juga penyelidikan dalam Pengajian Alam Melayu. Kesannya Pengajian Alam Melayu akan lebih mudah dijelaskan melalui asas sains dan bukan sains, Eropah dan bukan Eropah. Ini terbukti menerusi kajian-kajian yang dijalankan oleh Hairudin dalam usaha membentuk pemikiran dan kosmologi Melayu dalam perkembangan dan kemajuan bidang sains dan teknologi. Masalah dan kritikan dalam kajian manuskrip Melayu yang dihuraikan dengan terperinci oleh Ding juga (2004) sebenarnya dapat diselesaikan dengan mudah jika ruang pemikiran dibuka seluas-luasnya tanpa dikuasai oleh ilmu kolonial (Shamsul, 2000) dan juga fahaman sempit barat terhadap orientalis (Said, 1979). Dalam aspek ontologi pula, Pengajian Alam Melayu merujuk kepada kajian mengenai suatu wilayah geo-politik dan bukannya wilayah etnik yang dikenali sebagai Alam Melayu, Dunia Melayu atau nusantara. Menerusi kehadiran orang bukan Melayu dan bukan bumiputera dengan Alam Melayu yang secara khususnya merujuk kepada orang Melayu, suatu persefahaman telah berjaya mewujudkan hubungan yang harmoni dengan kehidupan yang aman dan damai. Ini telah berlaku sejak dari zaman pra-kolonial sehinggalah sekarang. Konsep pluralism (Shamsul, 1983) yang berlaku di Alam Melayu

Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu ... filePengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional . Suhaimi

  • Upload
    hacong

  • View
    265

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu ... filePengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional . Suhaimi

Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional

Suhaimi Umar, Rizal Yusof & Supyan Hussin 1.0 Pengenalan Pengajian Alam Melayu merupakan salah satu daripada pengajian wilayah yang telah diasaskan sejak kurun ke-18 lagi oleh para sarjana, intelektual, penjajah Eropah, pelayar, dan sebagainya. Luas kawasan geografi Alam Melayu ditentukan menerusi Bahasa Melayu sebagai lingua franca (Collins 1996) dalam pertuturan kehidupan seharian. Alam Melayu yang dikenali sebagai Asia Tenggara, dikelilingi oleh pulau-pulau kecil dan besar merangkumi 250 juta populasi manusia di negara-negara seperti Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan bahagian selatan Filipina, Kemboja dan Thailand. Ia merupakan benua terbesar dikelilingi oleh ribuan pulau-pulau kecil dan besar, dihuni oleh pelbagai komuniti peribumi yang kaya dengan adat, budaya dan identiti. Sejak tahun 1999, Pengajian Alam Melayu yang diasaskan di Institut Alam dan Tamadun Melayu(ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengalami suatu perubahan konseptual dan didefinisikan menerusi tiga aspek utama dalam falsafah iaitu epistemologi, ontologi dan metodologi.

Pengajian Alam Melayu dari aspek epistemologinya adalah merujuk kepada pembinaan ilmu yang berlandaskan kepada sains dan bukan sains, yang berteraskan kepada tradisi Eropah dan bukan Eropah tanpa memenuhi agenda ekonomi politik kuasa besar dan kecil, dahulu atau sekarang. Pernyataan ini dengan mudahnya membuka suatu ikatan ataupun memecahkan ruang yang sempit kepada suatu keadaan yang lebih bebas dan fleksibel. Ini akan memudahkan lagi perluasan kepada kajian dan juga penyelidikan dalam Pengajian Alam Melayu. Kesannya Pengajian Alam Melayu akan lebih mudah dijelaskan melalui asas sains dan bukan sains, Eropah dan bukan Eropah. Ini terbukti menerusi kajian-kajian yang dijalankan oleh Hairudin dalam usaha membentuk pemikiran dan kosmologi Melayu dalam perkembangan dan kemajuan bidang sains dan teknologi. Masalah dan kritikan dalam kajian manuskrip Melayu yang dihuraikan dengan terperinci oleh Ding juga (2004) sebenarnya dapat diselesaikan dengan mudah jika ruang pemikiran dibuka seluas-luasnya tanpa dikuasai oleh ilmu kolonial (Shamsul, 2000) dan juga fahaman sempit barat terhadap orientalis (Said, 1979).

Dalam aspek ontologi pula, Pengajian Alam Melayu merujuk kepada kajian mengenai suatu wilayah geo-politik dan bukannya wilayah etnik yang dikenali sebagai Alam Melayu, Dunia Melayu atau nusantara. Menerusi kehadiran orang bukan Melayu dan bukan bumiputera dengan Alam Melayu yang secara khususnya merujuk kepada orang Melayu, suatu persefahaman telah berjaya mewujudkan hubungan yang harmoni dengan kehidupan yang aman dan damai. Ini telah berlaku sejak dari zaman pra-kolonial sehinggalah sekarang. Konsep pluralism (Shamsul, 1983) yang berlaku di Alam Melayu

Page 2: Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu ... filePengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional . Suhaimi

2

sebenarnya merupakan contoh yang terbaik untuk diketengahkan sebagai suatu isu yang perlu diselidik dengan lebih mendalam. Begitu juga dengan konsep plural-society yang menjadi agenda utama Inggeris menyatupadukan orang-orang Melayu dan bukan Melayu dibawah suatu pentadbiran. Kajian juga turut tertarik dengan pandangan Shamsul (2004) yang menyatakan ;

Persis Alam Melayu wujud bak sebuah Mediterranean, sebuah wilayah yang cukup majmuk sifatnya.

Shamsul (2004) cuba membuka ruang pemikiran dengan menekankan kepada pluralisme yang wujud di Alam Melayu sejak dari dahulu lagi. Maka Pengajian Alam Melayu dalam suatu orientasi konseptual yang lebih terbuka sifatnya bertanggungjawab menghuraikan kemajmukan ini untuk melihat dengan lebih jelas hubungan yang telah terjalin sekian lama di antara etnik Melayu dan etnik-etnik yang lain. Kesannya Pengajian Alam Melayu dalam konteks ontologi ini telah berjaya menghasilkan Modul Hubungan Etnik untuk digunakan oleh generasi baru dalam usaha memberi pemahaman yang lebih luas dan mendalam kepada mereka bagi mengekalkan hubungan yang lebih akrab di antara Melayu dan bukan Melayu.

Dari segi metodologi pula, Pengajian Alam Melayu menekan kepada persoalan ilmiah sejagat samada yang bersifat sains atau bukan sains, ilmiah atau bukan ilmiah yang secara umumnya telah memberi kesan kepada kehidupan sosial orang Melayu dan juga bukan Melayu di Alam Melayu. Contohnya masalah kemiskinan dan penindasan dapat dilihat dalam suatu konteks yang lebih luas dan tidak hanya terikat kepada etnik Melayu sahaja. Dalam masa yang sama, perbandingan dan persamaan dapat dinyatakan dengan lebih jelas seterusnya membuka ruang pemikiran yang lebih luas dan mendalam. Shamsul (2004) juga menekankan, perbandingan yang perlu dilakukan bukan sahaja di antara negara-negara dalam Alam Melayu, malah perbandingan di antara wilayah ilmu dalam Alam Melayu juga perlu diambil kira sebagai suatu langkah melebarluaskan lagi Pengajian Alam Melayu. 2.0 Pengajian Alam Melayu di Pentas Global Perubahan orientasi konseptual dari Pengajian Melayu ke Pengajian Alam Melayu ini membawa kepada perubahan yang besar serta meninggalkan kesan yang mendalam untuk pelajar, sarjana dan penyelidik, memperbaiki dan mengatasi kelemahan yang ada dalam usaha membangkitkan suatu revolusi baru dalam Pengajian Melayu. Selain itu Pengajian Alam Melayu juga dilihat dapat menarik minat lebih ramai pelajar, sarjana, intelektual dan orang ramai, menggunakan pelbagai alat analisis untuk melihat Alam Melayu dalam suatu konteks yang lebih jelas berasaskan kepada pemikiran yang lebih luas dan mendalam. Ini kerana Pengajian Alam Melayu dapat membuka ruang epistemologi yang suatu ketika dahulu dipengaruhi oleh budaya fikir British. Kesannya jika pengajian Melayu terikat kuat kepada bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan Melayu, maka Pengajian Alam Melayu bukan sahaja menyentuh ketiga-tiga perkara tersebut, malah ia turut diperkayakan dengan pelbagai bidang penyelidikan yang bersifat sains sosial dan kemasyarakatan ataupun sains tabii. Malah Pengajian Alam Melayu turut disulami

Page 3: Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu ... filePengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional . Suhaimi

3

dengan pendekatan kepada pembinaan teori dan ilmu sains sejagat. Buktinya kejayaan dan kecemerlangan yang telah dicapai oleh ATMA sejak dari tahun 1999 sehingga sekarang telah berjaya membuka ruang pemikiran yang seluas-luasnya kepada para penyelidik dan peneliti dari pelbagai disiplin, melihat Alam Melayu dalam suatu konteks pemikiran yang lebih luas dan mendalam, serta mempunyai pandangan yang jauh terhadap pelbagai isu, samada bersifat nasional ataupun sejagat.

Perubahan konseptual yang telah membawa kejayaan dan kegemilangan ATMA sebenarnya berberasaskan kepada strategi mantap para penyelidik untuk membawa suatu anjakan paradigma di dalam Pengajian Alam Melayu. Berdasarkan kepada perubahan konsepsual ini juga, korpus ilmu dalam Pengajian Alam Melayu yang cukup banyak, dengan pelbagai bahan yang bersifat tekstual atau paper-based (ditulis dalam bahasa Melayu, Belanda, Inggeris dan sebagainya), visual dan oral, menuntut kepada suatu keperluan untuk menguruskan ilmu Pengajian Alam Melayu agar ia dapat dicapai dan diakses bagi pelabagai tujuan samada yang berbentuk akademik atau bukan akademik, oleh sarjana, intelektual, pentadbir mahupun orang ramai yang berminat terhadap Pengajian Alam Melayu. Gabungan konsep globalisasi, teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan telah banyak mambantu dalam penggunaan untuk mengangkat lagi ilmu Pengajian Alam Melayu ke pentas global ilmu pengetahuan. Penyelidik-penyelidik dari ATMA yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Dr. Ding Choo Ming dan Prof Madya Dr Supyan Hussin telah mengerah seluruh tenaga, keringat, idea, kemahiran dan kepakaran masing-masing untuk membangunkan Portal Pengajian Alam Melayu di www.malaycivilization.com. Portal ini menjadi kebanggaan setelah hampir 30 bulan menyiapkannya dengan dibantu oleh beberapa orang pembantu penyelidik yang mempunyai kepakaran dalam ICT. Ini bermakna pergantungan ilmu dan maklumat mengenai Alam Melayu ke atas barat yang sebelum ini memonopoli sebahagian dari ilmu dan maklumat pribumi Alam Melayu mulai dapat diimbangkan dengan adanya usaha pembangunan portal ini yang dilakukan oleh ATMA (Supyan dan Ding 2006). Tujuan utama pembangunan portal ini adalah untuk memenuhi keperluan ATMA sebagai sebuah labuhan idaman dalam Pengajian Alam Melayu dan memenuhi permintaan corak proses penyelidikan masa kini yang menekankan pentingnya bahan penyelidikan yang mudah diakses dengan segera dan menjimatkan masa serta meminimumkan pergerakan fizikal. Sehingga kini terdapat 13pangkalan data yang telah dibangunkan dan diletakkan di dalam portal ini. Pelbagai sumber dan bahan-bahan penerbitan berbentuk tekstual, visual, audio, video dan grafik didigitasikan dan diintegrasikan ke dalam portal ini berdasarkan kepada pangkalan data yang telah ditentukan.

Oleh kerana pengalaman dalam pembangunan portal ini telah memberi kesan

besar terhadap pengurusan pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu di ATMA, usaha-usaha yang diteruskan di masa hadapan sekurang-kurangnya memudahkan lagi pelbagai pangkalan data baru diintegrasikan ke dalam portal pengajian Melayu. Maka, seni ukir kayu Melayu tradisional telah wujud sejak berzaman lagi, dapat dilihat sebagai suatu bentuk ilmu pengetahuan secara visual, yang mengandungi kehalusan dan ketelitian ukiran-ukiran Melayu, serta memberikan suatu kesan yang amat mendalam dan memikat hati pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya pencinta seni, sarjana, intelektual dan

Page 4: Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu ... filePengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional . Suhaimi

4

sebagainya untuk mengetahui maksud yang tersurat dan tersirat seni ukiran kayu Melayu tradisional. Untuk memenuhi permintaan daripada para pencinta seni, sarjana, intelektual, pelajar mahupun orang awam, Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional dibangunkan. 3.0 Proses Pembangunan Pangkalan Dara Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional Pangkalan data yang dibangunkan ini bertujuan menyimpan sejumlah besar koleksi-koleksi seni ukir kayu masyarakat Melayu tradisional. Proses pembangunan pangkalan data ini tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan pangkalan data-pangkalan data yang telah dibangunkan sebelum ini terutamanya Koleksi Khas N.A Halim. Ini kerana Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional akan merangkumi pembangunan yang melibatkan pengurusan sejumlah besar maklumat dan imej seni ukir kayu untuk didigitasi serta dimuat naik ke dalam pangkalan data. Aspek-aspek yang merangkumi pengurusan maklumat menjadi suatu penekanan utama untuk kajian memastikan maklumat yang relevan, yang berkait dengan keris ini dapat diakses dan dicapai oleh sebilangan besar pengguna. Ini penting untuk memastikan pangkalan data yang dibangunkan ini dapat memenuhi bukan sahaja tuntutan akademik, malah ia mampu menjadi suatu nilai utama dalam memelihara dan memulihara khazanah warisan tamadun Melayu untuk tatapan generasi akan datang. Maka proses pembangunan terbahagi kepada dua kategori iaitu pengurusan maklumat serta teknikal. 3.1 Pengurusan Maklumat Di dalam pengurusan maklumat, kajian mengenal pasti beberapa perkara asas terutamanya maklumat-maklumat yang berkait dengan seni ukir kayu Melayu. Ini kerana terdapat sejumlah besar bahan-bahan telah dikumpulkan dan perlu dikategorikan mengikut kesesuaiannya. Beberapa pertimbangan terhadap aspek-aspek seperti kehalusan ukiran, kesenian, nilai kreativiti dan estetika ukiran diperolehi daripada orang paling dekat dengan Allahyarham Nik Rashiddin Nik Hussin iaitu Pn. Rosnawati Othman dan Nik Rashidee Nik Hussin. Hasilnya temu bual dan perbincangan, terhadap dua kategori iaitu artifak dan koleksi keris diletakkan sebagai dua kumpulan utama yang membahagikan bahan-bahan yang dikumpulkan serta maklumat ringkas yang berjaya dikumpul. Kajian menggariskan beberapa maklumat penting, yang digunakan bagi menguruskan imej-imej yang telah diimbas dan diselenggara bagi memudahkan penyusunan maklumat ringkas mengenainya. Jadual 3.1 dan 3.2 menunjukkan kriteria-kriteria yang diletakkan sebagai maklumat asas sebuah keris dan artifak.

Page 5: Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu ... filePengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional . Suhaimi

5

Jadual 3.1 Maklumat asas sebuah keris

Maklumat Umum

Keris

1 No. Inventori Pengenalan 2 Rujukan Terdahulu Hulu 3 Nama Mata 4 Tajuk Pendokok 5 Jenis Sarung 6 Tarikh dihasilkan Keris Lengkap 7 Tempat Asal Maklumat Semasa 8 Hak milik Imej Lengkap 9 Tahun milik 10 Tajuk imej 11 Jurugambar

Merujuk kepada Jadual 3.1, Maklumat umum menjelaskan tentang data-data

ringkas mengenai keris. Ia diwakili oleh 11 unsur iaitu No. Inventori, Rujukan Terdahulu, Nama, Tajuk, Jenis, Tarikh dihasilkan, Tempat Asal, Hak milik, Tahun milik, Tajuk imej, Jurugambar. Kesemua unsur ini merupakan maklumat umum yang diletakkan sebagai asas untuk memudahkan kajian mengenal pasti dan menguruskan maklumat yang berkait dengan keris. Selain itu, maklumat-maklumat ini juga dijangka dapat memudahkan pengguna mengetahui dan mempelajari secara ringkas keris-keris yang akan dipaparkan di dalam pangkalan data. Seterusnya Keris yang mewakili sebagai kumpuan kedua dalam pengurusan maklumat Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional ini memperincikan setiap elemen-elemen asas keris yang menjadi nilai tinggi terhadap usaha yang dijalankan ini. Terdapat lapan unsur kesemuanya yang diwakili oleh Pengenalan, Hulu, Mata, Pendokok, Sarung, Keris Lengkap, Maklumat Semasa dan Imej Lengkap. Dalam hal ini, kajian lebih sensitif terhadap nilai-nilai estetik yang dapat menunjukkan kehalusan dan kesenian seni ukir kayu yang terdapat dalam keris-keris yang diperhatikan. Kemudian, setelah proses pengurusan maklumat terhadap keris-keris ini selesai dijalankan, kajian akan meneruskan perbincangan terhadap proses pembangunan teknikal yang melibatkan penggunaan teknologi serta pertimbangan terhadap teknik-teknik yang diaplikasikan dalam merealisasikan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional. Jadual 3.2 Maklumat asas Artifak

Maklumat Umum

1 No. Inventori 2 Jenis 3 Nama Artifak 4 Ringkasan 5 Nama 6 Tarikh

Page 6: Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu ... filePengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional . Suhaimi

6

Untuk artifak pula, konsep paparan maklumat ringkasan digunakan iaitu hanya enam entiti sahaja yang dipertimbangkan untuk menunjukkan maklumat umum terhadap sebuah artifak iaitu No. Inventori, Jenis, Nama Artifak, Ringkasan, Nama dan Tarikh. Keenam-enam unsur ini dijangkakan dapat memenuhi keperluan dalam memperincikan sesuatu artifak yang dikaji dan diteliti kehalusan dan nilai-nilai keseniannya. 3.2 Proses Pembangunan Sebelum kajian membicarakan dengan lebih lanjut proses pembangunan teknikal yang dijalankan, elok juga ditinjau dahulu reka bentuk konseptual proses pembangunan pangkalan data ini. Ia sekurang-kurangnya dapat membantu kajian menjelaskan dengan mudah perjalanan umum pangkalan data yang dibangunkan. Rajah 3.1 menunjukkan rekabentuk konsepsual sistem Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional.

Pangkalan Data

Rajah 3.1 Rekabentuk Konsepsual Sistem Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional Reka bentuk konseptual sistem pangkalan data ini terbahagi kepada dua proses utama yang perlu dilalui oleh pengguna iaitu, pemilihan untuk artifak dan keris diletakkan sebagai halaman utama dalam sistem pangkalan data ini. Ia memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan tepat berdasarkan kepada keperluan masing-masing. Aras keselamatan pula berfungsi untuk mengawal pengguna serta membezakan pengguna dan pentadbir sistem. Aras keselamatan juga dibangunkan untuk memudahkan pentadbir sistem dan juga penyelidik melakukan memuat-naik, melakukan perubahan dan pembetulan, serta pengemaskinian terhadap koleksi-koleksi yang disimpan di dalam pangkalan data. Pangkalan data pula akan berperanan besar dalam memastikan koleksi keris serta artifak

Pengguna Halaman utama

Aras Keselamatan

(security level)

Page 7: Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu ... filePengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional . Suhaimi

7

sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk diakses oleh pengguna. Selain itu, pangkalan data turut menyimpan maklumat peribadi pengguna untuk memudahkan pemantauan dilakukan ke atas sistem serta koleksi yang disimpan. Ringkasnya, sistem ini memudahkan pengguna melakukan beberapa langkah mudah sebelum dapat mengakses secara penuh koleksi.

Rekabentuk konsepsual ini sekurang-kurangnya dapat memudahkan kajian meneruskan proses pembangunan yang melibatkan aspek-aspek teknikal. Dalam hal ini, maklumat-maklumat yang telah disusun dan diselenggarakan, memudahkan penentuan terhadap pemilihan teknologi yang perlu diimplementasikan dalam proses pembangunan seterusnya. Sebelum ini, pengalaman kajian dalam pembangunan Pangkalan Data Koleksi Khas N.A.Halim dijadikan panduan dalam memilih perisian sesuai, terutamanya sistem pengurusan pangkalan data (DBMS), perisian pembangunan seperti MySQL, Dreamweaver, Microsoft Access dan juga rangkaian yang sesuai (Ahmad Rizal & Supyan, 2005). Hal ini penting untuk dipertimbangkan memandangkan perkembangan pantas dalam teknologi maklumat sedikit sebanyak memberi kesan kepada proses pembangunan sistem dan aplikasi. Kajian juga perlu lebih peka dalam memastikan pembangunan system pangkalan data ini dapat dijalankan dengan lancar di samping meminimumkan kesilapan untuk suatu hasil yang lebih memberangsangkan. Oleh itu kajian memutuskan untuk menggunakan perisian Filemaker PRO 9 sebagai perisian utama dalam pembangunan system pangkalan data. Pemilihan perisian ini adalah berdasarkan kepada perbincangan dengan penyelidik di ATMA di samping beberapa seminar yang telah dihadiri serta yang paling utama, pengalaman yang telah dilalui sepanjang pembangunan Portal Malaycivilization.com. Kajian juga turut melakukan beberapa pemantauan terhadap perisian yang telah digunakan sebelum ini.dan mendapati Filemaker PRO 9 mampu memenuhi keperluan dalam pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional. Pernyataan ini juga membuka peluang untuk kajian menjelaskan kelebihan yang ada pada Filemaker PRO 9.

Filemaker PRO 9 dibangunkan oleh Jonathan Stars pada tahun 1986. beliau telah mereka bentuk sistem dengan perisian ini menerusi projek pangkalan data untuk pentadbiran kerajaan Michigan, Syarikat Regional Telephone Directories dan ICT Cable. Perisian ini telah mengalami pelbagai pembaikan dan ditransformasikan dengan pelbagai teknologi semata-mata untuk membantu para pembangun sistem ataupun mana-mana institusi dan organisasi dalam pengurusan maklumat dan pengetahuan. Terdapat pelbagai kelebihan yang telah dijelaskan oleh Stars (1986) terhadap Filemaker PRO 9. Pertama perisian ini lebih bersifat mesra pengguna, iaitu memudahkan pembangun sistem untuk melakukan tugas-tugas seperti reka bentuk pangkalan data, pengekodan, dan sebagainya. Filemaker PRO 9 menyediakan mod dan menu-menu mudah untuk pembangun sistem mereka bentuk antara muka sistem berasaskan web, pangkalan data serta menu-menu serta table yang dapat memudahkan dan mempercepatkan proses pembangunan pangkalan data dilakukan. Dengan hanya melakukan proses ”click and drag”, pembangun sistem dapat menjimatkan masa seterusnya menjadikan proses pembangunan lebih pantas dan memenuhi spesifikasi keperluan. Kedua, Filemaker PRO 9 menyediakan kemudahan pangkalan data yang telah terintegrasi ke dalam mana-mana pembangunan sistem atau aplikasi, sama ada yang bersifat on-line atau pun off-line. Dengan kemudahan seperti ini,

Page 8: Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu ... filePengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional . Suhaimi

8

pembangun sistem dapat melancarkan lagi reka bentuk pangkalan data serta menyediakan pembolehubah yang terdapat dalam sistem yang akan dibangunkan. Selain itu, pangkalan data ini turut melancarkan lagi proses penyediaan layout utama kepada pentadbir sistem ataupun pengguna untuk menjelajah ke dalam sistem yang dibangunkan.

Filemaker PRO 9 juga menyediakan kemudahan perkongsian pangkalan data

menerusi web tanpa melibatkan baca langkah-langkah teknikal dan proses pengatucaraan. Ini dapat memudahkan integrasi sistem yang telah dibangunkan ke dalam internet, seterusnya membuka peluang mudah kepada pembangun sistem untuk suatu pangkalan data atas talian kerana ia boleh dilayari dengan menggunakan apa sahaja browser sama ada Internet Explore, Monzilla dan juga Opera. Di samping itu, Filemaker PRO 9 juga dapat memberikan peluang kepada pembangun sistem melindungi data-data serta maklumat yang disimpan di dalam pangkalan data. Ini dibuktikan menerusi kemudahan-kemudahan yang disediakan di bahagian keselamatan perisian tersebut. Oleh kerana kajian amat mementingkan penggunaan masa, demi memastikan proses pembangunan dapat dijalankan berdasarkan kepada perancangan yang telah ditetapkan, perisian Filemaker PRO 9 amat relevan digunakan dan memenuhi spesifikasi keperluan pengguna.

Seterusnya bagi melaksanakan pembangunan sistem, kajian menggunakan teknik

pembangunan sistem maklumat yang berpandukan kepada model SDLC (system development lifecycle). Model SDLC terdiri daripada 6 fasa iaitu fasa keperluan, fasa analisis, fasa reka bentuk (logikal dan fizikal), fasa pembangunan, fasa implementasi dan fasa penyelenggaraan. Setiap fasa ini terdiri daripada beberapa langkah yang diperlukan untuk pembangunan sistem maklumat. Fasa keperluan melibatkan kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) untuk mengenalpasti samada pembangunan sistem dapat dijalankan dengan jayanya dan memenuhi kehendak pengguna. Fasa ini juga dapat mengenalpasti keperluan sumber, kos, faedah yg akan diperolehi dan faktor-faktor kejayaan dalam pembangunan sistem. Fasa analisis pula akan mengkaji & memahami masalah organisasi secara lebih mendalam untuk diselesaikan dengan pembangunan sistem baru. Fasa rekabentuk pula menerangkan bagaimana sistem dapat memenuhi keperluan pengguna. Biasanya ia terdiri daripada rekabentuk logikal dan fizikal. Rekabentuk logikal menerangkan perkara yang akan dilakukan oleh sistem manakala rekabentuk fizikal menerangkan fungsi sesuatu sistem. Dalam fasa ini, alatan seperti rajah hubungan entiti (ERD), rajah aliran data (DFD) akan digunakan. Seterusnya fasa pembangunan melibatkan pengaturcaraan dan pengujian sistem. Fasa implementasi pula memfokus kepada proses penukaran sistem lama kepada sistem baru. Melalui empat strategi iaitu penukaran serentak (parallel conversion), penukaran terus (direct conversion), penukaran rintis (pilot conversion) dan penukaran berperingkat (phased conversion), sistem yang dibangunkan akan dilaksanakan mengikut modul-modul tertentu secara berperingkat (iaitu diperkenalkan satu fungsi secara beransur-ansur). Akhir sekali fasa penyelenggaraaan merangkumi aktiviti pemantauan terhadap kebolehan sistem yang dibangunkan. Sistem akan dikaji dan disemak semula dalam satu tempoh tertentu. Ini untuk memastikan objektif penggunaannya sentiasa dicapai.

Keenam-enam fasa yang dijelaskan ini menjadi pemangkin dalam proses pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional. Ini kerana setiap

Page 9: Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu ... filePengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional . Suhaimi

9

langkah di dalam SDLC mempunyai persamaan di dalam langkah-langkah proses pembangunan pangkalan data. Perbezaannya hanyalah proses pembangunan pangkalan data menggabungkan fasa analisis dan fasa reka bentuk di dalam SDLC menjadi satu iaitu fasa pemodelan konsepsi data. Kemudian untuk memudahkan lagi kajian menunjukkan reka bentuk pangkalan data, Rajah 3.2 berikut menunjukkan suatu screen shot pangkalan data yang terdiri daripada beberapa pembolehubah yang telah ditransformasikan ke dalam Filemaker PRO 9.

Rajah 3.2 Pembolehubah dalam Pangkalan Data Seterusnya untuk rekabentuk antaramuka, kajian menggunakan kepakaran serta

pengetahuan yang dimiliki sebelum ini dalam menyediakan antara muka pengguna yang menarik dan dapat memikat pengunjung untuk terus melayari pangkalan data yang dibangunkan. Rajah 3.3 berikut menunjukkan antara muka halaman utama Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional.

Page 10: Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu ... filePengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional . Suhaimi

10

Rajah 3.3 Antara muka halaman utama Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional

Dalam halaman utama, kajian menyediakan suatu antara muka ringkas untuk memudahkan pengguna membuat pilihan berdasarkan keperluan mereka. Jika pengguna menekan menu Koleksi Keris, Rajah 3.4 merupakan paparan yang akan ditunjukkan oleh sistem.

Page 11: Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu ... filePengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional . Suhaimi

11

Seperti yang telah dijelaskan di dalam reka bentuk konseptual sistem, antara muka dalam Rajah 3.4 menunjukkan suatu Aras Keselamatan yang diintegrasikan ke dalam sistem untuk memudahkan pentadbir sistem, memantau dan melakukan sebarang pengubahsuaian terhadap data-data di dalam pangkalan data. Selain itu, aras keselamatan juga amat penting bagi pentadbir sistem merekodkan setiap maklumat pengguna yang menggunakan sistem. Seterusnya paparan dalam Rajah 3.5 berikut menunjukkan antaramuka dalam Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional, menggambarkan koleksi keris yang telah dibangunakan.

Rajah 3.5 Antaramuka Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional Rajah 3.5 berikut merupakan suatu contoh antaramuka Pangkalan Data Seni Ukir

Kayu Melayu Tradisional yang telah dipilih oleh pengguna menerusi kategori Koleksi Kris. Maklumat Umum yang telah dibincangkan dalam proses pembangunan menerusi pengurusan maklumat diletakkan sebagai maklumat asas dan disediakan kemudahan tab kepada pengguna untuk menekan menu-menu yang terdapat di dalam antarakamuka berikut. Manakala maklumat yang memperincikan keris pula dipaparkan di bahagian kanan sistem. Bahagian kiri pula menunjukkan kemudahan yang disediakan oleh perisian Filemaker PRO 9 dan dijana secara automatik oleh perisian bagi memudahkan lagi pencarian dan paparan penting terhadap imej yang disimpan di dalam pangkalan data. Selain itu terdapat juga kemudahan untuk pembesaran dan pengecilan imej bagi memudahkan pengguna melakukan pelbagai aktiviti yang dibenarkan oleh sistem. Jika pengguna menekan menu Detail of Images di dalam sistem, Rajah 3.6 berikut akan dipaparkan.

Page 12: Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu ... filePengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional . Suhaimi

12

Rajah 3.6 Paparan Detail of Images Detail of Images sebenarnya mewakili Perincian Imej yang telah dinyatakan

sebelum ini di dalam proses pembangunan menerusi pengurusan maklumat. Dalam Rajah 3.6, perincian terhadap imej yang ditunjukkan sebelum ini menunjukkan dengan jelas ukiran yang terdapat pada keris tersebut. Ia dapat memudahkan pengguna memahami kehalusan dan kesenian yang terdapat pada keris yang diperhatikan. Seterusnya dalam Rajah 3.7, paparan untuk imej artifak ditunjukkan.

Page 13: Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu ... filePengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional . Suhaimi

13

Rajah 3.7 Paparan Imej Artifak Dalam paparan imej artifak, kajian menggunakan maklumat asas yang telah

dijelaskan dalam bahagian pengurusan maklumat untuk artifak. Ringkasan kepada artifak dinyatakan dibawah sebagai keterangan bagi setiap imej. Ini bertujuan memudahkan pengguna melihat dengan jelas artifak tersebut disamping memahami sifat-sisaft sesuatu artidak ini. Selain itu, imej-imej ini juga diintegrasi dengan menggunakan teknik thumbnail, iaitu suatu teknik paparan imej bersaiz kecil agar dapat dicapai dengan pantas tanpa menggangu sistem pengoperasian komputer pengguna.

4.0 Kesimpulan Pengurusan pengetahuan amat diperlukan bagi menguruskan sejumlah besar korpus ilmu yang terdapat dalam Pengajian Alam Melayu. Perubahan orientasi konsepsual dari Pengajian Melayu ke Pengajian Alam Melayu menjadi satu landasan yang amat kukuh bagi melakukan pelbagai transformasi terutamanya dalam memastikan Pengajian Alam Melayu sentiasa segar mekar di arus globalisasi ilmu. Konsep globalisasi, teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan amat membantu dalam mengangkat dan memartabatkan Pengajian Alam Melayu di pentas global. Dengan adanya pembangunan Portal Pengajian Alam Melayu di www.malaycivilization.com, ia menjadi suatu motivasi dan panduan dalam melebarluaskan lagi penggunaan ICT untuk memelihata khazanah dan warisan tamadun Melayu, iaitu seni ukir kayu Melayu tradisional, dipelihara dan digenap sumber oleh pelbagai lapisan masyarakat, lokal dan global. Pembangunan Pangkalan Data Seni ukir kayu Melayu Tradisional merupakan suatu bukti yang jelas usaha ATMA dalam mengungguli Pengajian Alam Melayu di alam siber.

Page 14: Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu ... filePengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional . Suhaimi

14

Rujukan Ahmad Rizal Yusof & `Supyan Hussin. 2005. “Pemodelan Pangkalan Data Alam Melayu

(PADAT) Dengan Spesifikasi Formal Z.” Prosiding ATUR’05 Persidangan Kebangsaan Pengaturcaraan Dalam Domain Aplikasi. FTSM-UKM.

Collins, J.T. 2004. Contesting straits-malayness: the fact of Borneo. Dlm. Barnard, T.P.

(pnyt.). Contesting Malayness, hlm. 168-180. Singapore. Singapore University Press.

Ding Choo Ming. 2004. Access to Materials in and on Malay Studies From Leiden to

Bangi: A Model of Information Repackaging on Information Superhighway. Jurnal Alam dan Tamadun Melayu 22(1): 3-7.

Ding Choo Ming. 2004. Indexing databases on Malay world studies: the critical role of

knowledge workers. Jurnal Alam dan Tamadun Melayu 22(4): 63-76. Ding Choo Ming & Supyan Hussin. 2000. Development, documentation and

preservation of special collection of individual articles on malay studies at ukm: new trend in scholarship along the information highway. Paper for Seminar on Technology and Development, 25 January, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Ding Choo Ming. 2003. Kajian Manuskrip Melayu: masalah kritikan dan cadangan.

Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributor. Said, E. 1979. Orientalism. New York. Vintage Books. Shamsul Amri Baharuddin. 2000 Ilmu Kolonial dan Pembinaan ‘Fakta’ Mengenai

Malaysia’ Dlm. Rahimah Abd. Aziz dan Mohamed Yusoff Ismail (pnyt.). Masyarakat, Budaya dan Perubahan, hlm.189-201. Bangi: Penerbit UKM.

Shamsul Amri Baharuddin. 2001. A History of an Identity, and Identity of a History: The

idea and Practice of ‘Malayness’ in Malaysia Reconsidered. Journal of Southeast Asian Studies 32(2): 355-366.

Shamsul Amri Baharuddin. 2004. Pengajian alam Melayu di pentas global : teknologi

makumat dan penstrukturan ilmu di ATMA, UKM.. Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 22(2): 29-47.

Shamsul Amri Baharuddin, Haslindawati Hamzah & Rumaizah Mohamed. 2004. The role

of ict in a globalized knowledge production. Jurnal Alam dan tamadun Melayu, 22(7): 97-107.

Page 15: Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu ... filePengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional . Suhaimi

15

Shamsul Amri Baharuddin. 2004. Globalisasi, teknologi maklumat dan ilmu: menyuluh pengalaman Malaysia. Jurnal Alam dan tamadun Melayu 22(5): 77-96.

Shamsul Amri Baharuddin. 2000. Ilmu colonial tunjang pembinaan ilmu sains social di

Malaysia: satu perbincangan kritis. Jurnal Pengajian Umum 1(1): 1-16. Shamsul Amri Baharuddin. 1990. Masyarakat Malaysia yang membangun. Kuala

Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka. Shamsul Amri Baharudin. 2004. A history of identity, an identity of a history: the idea

and practice of Malayness in Malaysia reconsidered. Dlm. Barnard, T.P. (pnyt.). Contesting Malayness, hlm. 135-148. Singapore. Singapore University Press.

Stars, J. 2008. Learn Filemaker PRO 9. Texas. Wordware Publishing, Inc.