24
PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN, UTM. MATNI SUWANTRI BT ARSHAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

  • Upload
    others

  • View
    28

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN

AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN

FAKULTI PENDIDIKAN, UTM.

MATNI SUWANTRI BT ARSHAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan
Page 3: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

ii

Page 4: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

iii

PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN

AKHIR JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN

FAKULTI PENDIDIKAN, UTM.

MATNI SUWANTRI BT ARSHAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

iv iv

Page 6: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

v

Teristimewa buat

suami tercinta ....

Mohd Rahim Mhd Isa

ayahanda dan bonda yang disayangi ....

Arshad Ismail & Ambun Hj Ahmad

kekanda dan adinda yang dikasihi ....

Zulkarnin Arshad & Zurita Shamsudin

Anita Kesuma Arshad & Mohd Nazmi serta keluarga

AdiTajaya Arshad & Norjee Shamsudin serta keluarga

Rezal Aezakamas Arshad

Ija Shahrizal Arshad

&

Anakandaku yang bakal dilahirkan tidak lama lagi ....

Kasih sayang, sokongan dan pengorbanan kalian tidak akan kulupakan

Buat sahabatku Mariatul Salmah Mohammad Ismail, tunjuk ajarmu dan bantuanmu

teramat kuhargai

Semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran .... Insyaallah

Terima Kasih

Page 7: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

vi

PENGHARGAAN

Penyelidik ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada

beberapa pihak yang telah membantu pengkaji untuk menyiap dan menyempurnakan

projek sarjana muda ini.

Terlebih dahulu, penyelidik ingin merakamkan penghargaan kepada pihak

Universiti Teknologi Malaysia yang telah menerima saya sebagai salah seorang

pelajar diantara ribuan yang ada.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada

Dr. Yayha bin Buntat di atas bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan perbincangan yang

telah diberikan sepanjang penyelidikan projek ini.

Tidak ketinggalan juga penyelidik mengucapkan terima kasih kepada semua

pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan samaada secara langsung atau

tidak langsung dalam proses menyiapkan kertas projek sarjana muda ini.

Akhir sekali penghargaan ini ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan di

Universiti Teknologi Malaysia di atas sokongan dan teguran yang bernas dalam

usaha untuk membantu memperbaiki dan menyempurnakan projek sarjana muda ini

dengan jayanya. Semoga apa yang dihasilkan akan memberi manfaat kepada semua

kerana usaha ini adalah kerana tuhan untuk manusia.

Page 8: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenal pasti sama ada Pelajar PerdanaTahun Akhir

mengamalkan pengurusan masa belajar dan aktiviti kokurikulum dengan baik. Di

samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada

Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan mematuhi pengurusan masa yang

dibuat. Seramai 86 orang responden yang terdiri daripada Pelajar Perdana Tahun

Akhir di Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM

telah diambil sebagai sampel. Satu set 30 soalan soal selidik digunakan untuk

mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk kajian ini. Sebelum

digunakan, soal selidik telah diuji kebolehpercayaan melalui kajian rintis. Nilai

kebolehpercayaan soal selidik ini adalah alpha = 0.93. Data maklumat yang

diperoleh telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical

Packages For The Social Science’ versi 14.0 dan penghuraian berdasarkan frekuensi,

peratus dan min. Hasil kajian mendapati bahawa pengurusan masa belajar, aktiviti

kokurikulum dan disiplin mereka di tahap sederhana. Manakala terdapat faktor

persekitaran yang mempengaruhi pengurusan masa Pelajar Perdana Tahun Akhir.

Page 9: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

viii

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify whether senior prime student

practicing a good learning and co-curriculum activities time management. Besides,

this study is also looks upon surrounding and focus whether these students

disciplining themselves with time management they had prepared. 86 respondents

consisted of senior year students of Engineering and Technical Education

Department, Education Faculty, UTM are being selected for samples of this study. A

set of questionnaire (30 questions) is used to collect data needed for this study. The

reliability of this questionnaire was tested by pilot test. The reliability was alpha =

0.93. Those data had been analyzed by using the ‘Statistical Packages For The

Social Science’ version 14.0 software and then interpreted into frequencies,

percentages and means. The result of this study shows that the learning and co-

curriculum time management of prime students and their discipline are in average

state. There are some surrounding factors which affected their time management.

Page 10: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

ix

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI GRAF xiii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan. 1

1.2 Latar Belakang Masalah. 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Persoalan Kajian. 5

1.5 Objektif Kajian 5

Page 11: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

x

1.6 Rasional/Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop Kajian. 7

1.8 Batasan Kajian. 8

1.9 Definisi Terminologi 8

BAB 2 SOROTAN PENULIS

2.1 Pengenalan. 12

2.2 Kepentingan Pengurusan Masa. 12

2.3 Kajian Berkaitan 1 13

2.4 Pengurusan Masa Belajar 15

2.5 Kajian Berkaitan 2 17

2.6 Kepentingan Jadual Waktu 19

2.7 Kesimpulan 22

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 24

3.2 Rekabentuk Kajian 24

3.3 Populasi dan Persampelan Kajian 25

3.4 Instrumen Kajian 25

3.4.1 Kajian Rintis 27

3.5 Prosedur Kajian 28

3.6 Analisis Data 28

3.7 Kesimpulan 29

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 30

4.2 Analisis Data 31

4.3 Analisis Bahagian A : Maklumat dan Profil

Page 12: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

xi

Peribadi Responden 31

4.4 Analisis Bahagian B 36

4.4.1 Analisis Persoalan Kajian 1 : Adakah

Pelajar Perdana Tahun Akhir menguruskan

masa belajar mereka dengan baik? 36

4.4.2 Analisis Setiap Item Persoalan Kajian 2 :

Adakah Pelajar Perdana Tahun Akhir dapat

menguruskan masa mereka untuk aktiviti

kokurikulum (persatuan/kelab) dengan baik? 39

4.4.3 Analisis Setiap Item Persoalan Kajian 3 :

Adakah faktor-faktor persekitaran mempengaruhi

pengurusan masa Pelajar Perdana Tahun Akhir? 41

4.4.4 Analisis Setiap Item Persolan Kajian 4 : Adakah

Pelajar Perdana Tahun Akhir mendisiplinkan diri

mereka dengan mematuhi pengurusan masa yang

dibuat? 43

4.5 Purata Min 46

4.6 Kesimpulan 47

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 48

5.2 Rumusan 49

5.3 Perbincangan 49

5.3.1 Bahagian A : Maklumat dan Profil Peribadi

Pelajar Perdana Tahun Akhir 50

5.3.2 Pengurusan Masa Belajar Pelajar Perdana

Tahun Akhir 50

5.3.3 Pengurusan Masa Pelajar Perdana Tahun

Akhir Bagi Aktiviti Kokurikulum 52

5.3.4 Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi

Pengurusan Masa Pelajar Perdana Tahun Akhir 53

5.3.5 Disiplin Pelajar Perdana Tahun Akhir Dengan

Mematuhi Pengurusan Masa Yang Dibuat 54

Page 13: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

xii

5.4 Cadangan 55

5.5 Penutup 57

RUJUKAN 58

LAMPIRAN A 62

LAMPIRAN B 68

LAMPIRAN C 69

Page 14: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

xiii

SENARAI GRAF

NO. GRAF TAJUK MUKA SURAT

Graf 2.1 : Tahap kecergasan bagi peribadi jenis pagi 15

Graf 2.2 : Tahap kecergasan bagi peribadi jenis malam 15

Page 15: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 : Jumlah Responden Berdasarkan Kursus 25

3.2 : Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian 26

3.3 : Skala Likert 5 Aras 26

3.4 : Tahap Bagi Setiap Nilai Min 29

3.5 Penggabungan Skala Likert 29

4.1 : Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

Jantina 32

4.2 : Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

Bangsa 32

4.3 : Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

Kursus Yang Diikuti 33

4.4 : Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

Tempat Tinggal Responden 33

4.5 : Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

Penglibatan Diri Dengan Aktiviti Kokurikulum

(Persatuan/Kelab). 34

4.6 : Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan

Keputusan Pelajar (GPA) 34

4.7 : Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan

keputusan pelajar (CPA) 35

4.8 : Taburan Responden Mengikut Kekerapan,

Peratusan dan Min Bagi Persoalan Kajian 1 :

Pengurusan Belajar Pelajar Perdana Tahun Akhir. 36

Page 16: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

xv

4.9 : Taburan Responden Mengikut Kekerapan,

Peratusan dan Min Bagi Persoalan Kajian 2 :

Pengurusan Masa Responden Bagi Aktiviti

Kokurikulum Seperti Menyertai Persatuan atau Kelab. 39

4.11 : Taburan Responden Mengikut Kekerapan,

Peratusan dan Min Bagi Persoalan Kajian 3 :

Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Pengurusan

Masa Pelajar Perdana Tahun Akhir. 41

4.12 : Taburan Responden Mengikut Kekerapan,

Peratusan dan Min Bagi Persoalan Kajian 4 :

Disiplin Pelajar Perdana Tahun Akhir Terhadap

Pengurusan Masa Yang Dibuat. 44

4.13 : Purata Min Bagi Setiap Persoalan Kajian 46

Page 17: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

xvi

SENARAI SINGKATAN

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Memohon Maklumat Untuk Projek Sarjana Muda 62

B Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian 68

C Soal Selidik Projek Sarjana Muda 69

Page 19: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Masa itu emas (Omardin, 1998). Ungkapan ini sering kali diucapkan oleh

semua golongan masyarakat. Ini kerana masa itu amat penting dan berharga.

Kitaran masa yang sentiasa berdetik setiap saat, minit dan jam tidak akan dapat

ditambah atau ditolak. Dalam erti kata lain masa yang berlalu tidak mampu lagi

dikembalikan walaupun ditawarkan dengan harta berjuta sekalipun. Seorang saintis

terkenal dari Barat, Thomas Edison (1978) juga mengatakan bahawa time is the most

valuable thing in the world. Begitulah dengan kehidupan setiap individu, pasti akan

melalui masa 24 jam sehari. Tetapi bagaimana kita dapat menguruskan masa dengan

baik tanpa mensia-siakan walaupun sesaat.

Pengurusan masa yang sistematik dapat membantu kehidupan seseorang

dengan lebih terancang, teratur seterusnya menjadikannya berjaya. Pengurusan masa

bukanlah perkara yang asing bagi masyarakat kini. Untuk menguruskan masa

dengan berkesan, seseorang itu perlulah mempunyai disiplin diri yang teguh. Selaras

dengan Wawasan 2020 yang mengharapkan generasi pada masa akan datang akan

cemerlang dan gemilang untuk memimpin negara ke era yang moden.

Page 20: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

2

Generasi muda terutamanya pelajar perlu mempunyai tahap kesedaran yang

tinggi dalam menguruskan masa untuk memastikan kejayaan milik mereka. Tidak

dinafikan rutin seseorang pelajar amat padat dipenuhi dengan belajar, mengulang

kaji, menyiapkan tugasan serta melakukan aktiviti rekreasi. Walau bagaimanapun

jika seseorang tersebut bijak menguruskan masa, tempoh 24 jam tersebut akan

mencukupi untuk melakukan segala rutin seorang pelajar. Salihan Sias (1991)

menekankan bahawa, seseorang yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan

dalam akademik dengan cemerlang haruslah bijak menggunakan masa yang mereka

ada.

Sementara itu, Islam juga amat mementingkan masa dalam kehidupan harian.

Allah S.W.T juga telah berfirman dalam surah Al-Ashr ayat 103 yang bermaksud :

‘Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam

kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal

saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan

nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran’

1.2 Latarbelakang Masalah

Ramai pelajar yang mengeluh disebabkan mereka kekurangan masa untuk

belajar termasuk pelajar-pelajar daripada UTM. Teh Liang Gie (1979) dalam Azmi

(2002) juga mengatakan bahawa, satu masalah yang paling utama dihadapi oleh

sebahagian mahasiswa ialah kesukaran dalam mengatur waktu belajar. Paul Treuer

(2002) dari Universiti Minnesota Duluth juga telah menulis bahawa kebanyakan

pelajar mempunyai masalah besar yang selalu dihadapi iaitu gagal menguruskan

masa . Seseorang yang gagal merancang masa dengan sistematik boleh

menyebabkan kegagalan dalam bidang akademik seperti belajar pada saat-saat akhir

Page 21: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

3

ketika menjelang peperiksaan dan juga menumpukan lebih banyak masa pada aktiviti

sukan serta rekreasi.

Kajian Mohd Najib dan rakan-rakan (1997) dalam Kajian Prestasi Pelajar di

Universiti Teknologi Malaysia menunjukkan terdapat pelajar yang tidak mempunyai

masa untuk mengulangkaji pelajaran kerana terlalu banyak tugasan lain. Tambahan

pula jadual waktu yang terlalu padat menyebabkan bebanan mereka semakin

meningkat.

Remaja kini terutamanya pelajar sering membuang masa dengan melakukan

perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak, membeli belah, berhibur dan

berbagai-bagai lagi. Ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai pengurusan masa

yang bijak. Saifuddin (1999) juga menyatakan;

i) Pelajar sering keluar membeli belah di pasar raya terutamanya pada

waktu mereka mendapat biasiswa mahupun pinjaman. Ini adalah satu

tabiat pelajar yang tidak boleh diamalkan kerana ianya membazir dan

membuang masa;

ii) Pelajar juga sering bersembang kosong digerai-gerai makan dan

menonton televisyen. Mereka juga pergi ke pusat-pusat hiburan

seperti berkaraoke yang sepatutnya tidak wajar dilakukan.

Kenyataan Omardin (1998) juga mengukuhkan kata-kata Saifuddin (1999)

iaitu manusia banyak membazirkan masa mereka. Mereka menganggap masa itu

adalah masa lapang. Ada yang melepak dan berlagak senang untuk menghabiskan

masa yang terluang itu. Setengah orang suka merayau-rayau membuat kerja yang

kurang berfaedah. Mereka akan merayau-rayau di pusart-pusat membeli belah dan

taman hiburan.

Page 22: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

4

Di samping itu juga pelajar yang bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum

perlu mempunyai jadual untuk mengelakkan pelajaran mereka terabai (Azmi Jaafar,

2002) .

Manusia sentiasa melakukan berbagai-bagai kegiatan sepanjang hayat

mereka. Masyarakat Barat juga telah banyak melakukan penyelidikan mengenai

masa di sepanjang hayat mereka. Persoalannya, adakah pelajar menguruskan masa

dengan menggunakan kaedah yang terbaik sekali. Bagaimapun, pelajar sering

diingatkan untuk menguruskan masa secara teratur dalam hal hidup mereka. Dengan

pengurusan masa yang teratur akan menjadikan manusia itu berjaya mencapai

kejayaan dan kesenangan dalam hidup mereka.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan kajian Omardin (1998) dan Mohd Ghani (1992) dalam Aik

(1999) juga mendapati bahawa terdapat berbagai-bagai masalah dan kelemahan dari

segi pengurusan masa pelajar. Ini menunjukkan masa adalah sangat penting dan

mempunyai pengaruh yang besar terhadap prestasi pelajar. Oleh itu penyelidik ingin

meninjau pengurusan masa di kalangan Pelajar Perdana Tahun Akhir Jabatan

Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK), Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Awam, Elektrik, Kemahiran Hidup dan

Jentera. Aspek yang ingin dikaji adalah melibatkan pengurusan masa belajar dan

aktiviti kokurikulum seperti menyertai persatuan. Di samping itu juga pengkaji ingin

mengkaji faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi pengurusan masa pelajar

serta melihat aspek disiplin diri terhadap pengurusan masa yang dibuat.

Page 23: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

5

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini dilakukan adalah berpandukan kepada beberapa aspek tertentu

seperti berikut :

1.4.1 Adakah Pelajar Perdana Tahun Akhir menguruskan masa belajar

mereka dengan baik?

1.4.2 Adakah Pelajar Perdana Tahun Akhir dapat menguruskan masa

mereka untuk aktiviti kokurikulum (persatuan/kelab) dengan baik?

1.4.3 Adakah faktor-faktor persekitaran mempengaruhi pengurusan masa

Pelajar Perdana Tahun Akhir?

1.4.4 Adakah Pelajar Perdana Tahun Akhir mendisiplinkan diri mereka

dengan mematuhi pengurusan masa yang dibuat?

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut;

1.5.1 Mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana Tahun Akhir dapat

menguruskan masa belajar mereka dengan baik.

Page 24: PENGURUSAN MASA DIKALANGAN PELAJAR PERDANA TAHUN … · samping ingin melihat pengaruh faktor persekitaran dan mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana dapat mendisiplinkan diri dengan

6

1.5.2 Mengenal pasti sama ada Pelajar Perdana Tahun Akhir dapat

menguruskan masa mereka untuk aktiviti kokurikulum

(persatuan/kelab) dengan baik.

1.5.3 Mengenal pasti sama ada faktor-faktor persekitaran mempengaruhi

pengurusan masa Pelajar Perdana Tahun Akhir.

1.5.4 Mengenal pasti disiplin diri Pelajar Perdana Tahun Akhir dengan

mematuhi pengurusan masa yang mereka dibuat.