19
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014 1 PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN MATAPELAJARAN SAINS DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA SEKOLAH KEBANGSAAN DI KUDAT Fitri Shahwaliah Binti Su‟ut ABSTRAK Kajian berbentuk kuantitatif dan kualitatif ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran proses sains di kalangan murid Tahun 5 di Daerah Kudat, Sabah. Instrumen yang digunakan adalah yang terdiri daripada 36 item yang merangkumi kemahiran memerhati, mengelas, membuat inferens, meramal, mengawal pembolehubah dan membuat hipotesis yang menggunakan instrumen UPKPS iaitu Ujian Penguasaan Kemahiran Proses Sains. Seramai 275 orang murid Tahun 5 terlibat dalam kajian ini. Kebolehpercayaan alat kajian Ujian Penguasaan Kemahiran Proses Sains (UPKPS) adalah α = 0.743. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Science) Version 16.0 for Windows. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan kemahiran proses sains dengan pencapaian matapelajaran Sains di kalangan murid Tahun 5. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap penguasaan kemahiran proses sains terhadap jantina. Selain itu, punca-punca permasalahan murid untuk menguasai kemahiran proses sains turut dikenalpasti dari perspektif murid dan guru. Cadangan dan pendapat turut diperbincangkan dalam kajian ini. PENDAHULUAN Dasar Sains dan Teknologi Negara (1986) memfokuskan kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki insfrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan lain-lain dalam bidang yang berkaitan. Pelbagai usaha telah dilakukan iaitu dengan memperkenalkan semula matapelajaran Sains Tahap II pada tahun 1994. Di peringkat sekolah rendah bagi mengatasi kekurangan pada matapelajaran Alam dan Manusia (Tan, 1999). Pengubalan sukatannya pada tahun 2002 dengan pengenalan Sains di peringkat Tahap I mulai tahun 2003 di semua sekolah rendah. Sains sebagai satu bidang ilmu pengetahuan dan juga sebagai satu kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah (PPK, 2000). Suhaila (2006) berpendapat bahawa Sains bukan sahaja setakat pengetahuan sahaja, ianya juga merupakan salah satu cara untuk memahami persekitaran yang biasanya dilakukan secara sistematik. Ini menunjukkan bahawa pengajaran fakta Sains perlulah disampaikan dengan menggunakan prosedur dan proses Sains. Menurut Siti Hawa (1995), kejayaan sains sebagai matapelajaran yang bermakna dan diminati di kalangan pelajar dalam pendidikan formal khasnya di sekolah rendah akan memberi sumbangan ke arah pencapaian wawasan yang terunggul ini. Selain itu juga, bagi melahirkan rakyat yang berliterasi Sains yang

PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN

  • Upload
    others

  • View
    39

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

1

PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN MATAPELAJARAN SAINS DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA

SEKOLAH KEBANGSAAN DI KUDAT

Fitri Shahwaliah Binti Su‟ut

ABSTRAK

Kajian berbentuk kuantitatif dan kualitatif ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran proses sains di kalangan murid Tahun 5 di Daerah Kudat, Sabah. Instrumen yang digunakan adalah yang terdiri daripada 36 item yang merangkumi kemahiran memerhati, mengelas, membuat inferens, meramal, mengawal pembolehubah dan membuat hipotesis yang menggunakan instrumen UPKPS iaitu Ujian Penguasaan Kemahiran Proses Sains. Seramai 275 orang murid Tahun 5 terlibat dalam kajian ini. Kebolehpercayaan alat kajian Ujian Penguasaan Kemahiran Proses Sains (UPKPS) adalah α = 0.743. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Science) Version 16.0 for Windows. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan kemahiran proses sains dengan pencapaian matapelajaran Sains di kalangan murid Tahun 5. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap penguasaan kemahiran proses sains terhadap jantina. Selain itu, punca-punca permasalahan murid untuk menguasai kemahiran proses sains turut dikenalpasti dari perspektif murid dan guru. Cadangan dan pendapat turut diperbincangkan dalam kajian ini.

PENDAHULUAN

Dasar Sains dan Teknologi Negara (1986) memfokuskan kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki insfrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan lain-lain dalam bidang yang berkaitan.

Pelbagai usaha telah dilakukan iaitu dengan memperkenalkan semula matapelajaran Sains Tahap II pada tahun 1994. Di peringkat sekolah rendah bagi mengatasi kekurangan pada matapelajaran Alam dan Manusia (Tan, 1999). Pengubalan sukatannya pada tahun 2002 dengan pengenalan Sains di peringkat Tahap I mulai tahun 2003 di semua sekolah rendah.

Sains sebagai satu bidang ilmu pengetahuan dan juga sebagai satu kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah (PPK, 2000). Suhaila (2006) berpendapat bahawa Sains bukan sahaja setakat pengetahuan sahaja, ianya juga merupakan salah satu cara untuk memahami persekitaran yang biasanya dilakukan secara sistematik. Ini menunjukkan bahawa pengajaran fakta Sains perlulah disampaikan dengan menggunakan prosedur dan proses Sains.

Menurut Siti Hawa (1995), kejayaan sains sebagai matapelajaran yang bermakna dan diminati di kalangan pelajar dalam pendidikan formal khasnya di sekolah rendah akan memberi sumbangan ke arah pencapaian wawasan yang terunggul ini. Selain itu juga, bagi melahirkan rakyat yang berliterasi Sains yang

Page 2: PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

2

boleh membudayakan sains dan teknologi (Robiah Sidin, 2003). Oleh itu, adalah amat penting untuk mempelajari matapelajaran Sains ini.

Justeru itu, murid perlu mempelajari dan menguasai kemahiran proses sains bagi meningkatkan kemahiran berfikir secara analitik dan lebih berjaya dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan bukannya setakat mempelajari fakta sahaja (Tobin dan Capie, 1982). Kuhn (1993) turut berpendapat bahawa kemahiran proses sains bukan sahaja bertindak sebagai penyokong untuk aktiviti inkuiri-penemuan, malah ia memainkan peranan penting dalam membeza dan mengkoordinatkan teori dan bukti.

Melihat kepada betapa pentingnya matapelajaran Sains ini, maka Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan berbagai-bagai rancangan untuk meningkatkan pengajaran Sains di sekolah-sekolah menengah dan rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia mengesyorkan pihak sekolah supaya mengambil langkah-langkah untuk mengayakan pengajaran Sains di sekolah-sekolah. Cara mengajar Sains diubahkan dari cara formal iaitu kebergantungan kepada buku-buku teks sahaja kepada cara baru mengikuti aktiviti-aktiviti yang bermakna dan menarik perhatian kanak-kanak seperti, mengadakan kebun-kebun sains, kolam dan tangki ikan boleh digunakan untuk menambahkan pengetahuan kanak-kanak dalam pelajaran Sains (Surat Pekeliling Bil. 6/1971). Antara objektif utama Sains untuk sekolah rendah ialah murid dapat menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses Sains telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses asas bersepadu Science: A Process Approach atau lebih dikenali sebagai SAPA (American Association for the Advancement of Science (AAAS), 1967) dan kemahiran manipulatif melalui pendekatan inkuiri penemuan. Konsep Sains tidak diperoleh secara spontan, sebaliknya terbentuk secara beransur-ansur berdasarkan pengalaman pelajar yang sentiasa berhadapan dengan berbagai aspek di sekelilingnya (Stones, 1975). Misalnya pembinaan konsep sains memerlukan pelajar mengalami pengalaman proses sains (Collete & Chiapetta, 1994).

Untuk menyerapkan lagi elemen-elemen ini kepada murid, satu program penilaian kerja amali (PEKA) telah diperkenalkan bagi matapelajaran Sains Tahap Dua untuk membantu merealisasikan objektif tersebut. PEKA bertujuan untuk membantu guru merangka pengalaman pelajar yang melibatkan penggunaan kemahiran proses sains (KPS). Selain menyeronokkan, aktiviti Sains dalam makmal memberi pengalaman baru serta dapatan tertentu yang mampu memperkukuhkan pemahaman sesuatu konsep sains. Walau bagaimanapun, kemahiran proses sains kurang ditekankan semasa aktiviti Sains dijalankan dalam makmal disebabkan oleh masalah ketiadaan makmal, kekurangan bahan, situasi sekolah, kekurangan masa dan sebagainya.

Antara kajian luar negara yang turut melibatkan kemahiran proses sains, Beaumont-Walters dan Soyibo (2001) dalam kajiannya untuk mengenalpasti pencapaian 305 pelajar Jamaica gred sembilan dan sepuluh ke atas lima kemahiran proses sains bersepadu. Instrumen yang digunakan adalah Test Of Integrated Science Process Skills (TISPS). Dapatan kajiannya menunjukkan persembahan subjeknya berkurang mengikut urutan kemahiran proses sains menginterpretasi data, merekod data, mengeneralisasi, membina hipotesis dan mengenalpasti pembolehubah. Dapatan kajian membuktikan min skor keseluruhan bagi TISPS ialah 36.56 atau 49.40% iaitu kurang daripada

Page 3: PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

3

2.50 skor berbanding 5 unit skala. Keseluruhannya pencapaian adalah rendah dan tidak memuaskan. Manakala Burak, Mehmet dan Mustafa (2006) di Turki yang menjalankan kajian tentang pembinaan instrumen berformat aneka pilihan bagi bertujuan sebagai alat ukur bagi tahap perkembangan 12 kemahiran proses sains (kemahiran memerhati, menginterpretasi data, mengukur, penggunaan ruang dan masa, menggunakan data untuk membina model, meramal, mengelas, memanipulatif bahan, memformulakan hipotesis, mengenalpasti dan mengawal hipotesis, merekod data dan membuat inferens). Kajian yang telah dijalankan ke atas 80 orang pelajar gred 9 dari 4 buah sekolah peringkat tinggi di Ankara, Turki mendapati bahawa dapatan kajian amat kurang memuaskan di mana skor adalah paling rendah bagi semua kemahiran kecuali kemahiran manipulatif dan pengelasan bahan.

Manakala dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Chan (1984) mendapati pelajar gagal menguasai kemahiran proses sains semasa PEKA dijalankan sebagai mod pentaksiran kerja amali sains. Masalah penguasaan kemahiran proses sains juga berlaku ke atas pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah iaitu mengikut hasil kajian yang telah dilakukan oleh Ismail (2001) menunjukkan prestasi keseluruhan berada pada tahap yang kurang memuaskan.

Merujuk kepada analisa keputusan UPSR 2006 -2010 bagi matapelajaran Sains di daerah Kudat di dapati bahawa (rujuk analisa di PPD) terdapat penurunan peratusan lulus yang berlaku pada tahun 2009 berbanding tahun 2008. Penurunan ini sememangnya membimbangkan guru-guru di Kudat. Walaupun pada tahun 2010 keputusan menaik tetapi belum cukup memuaskan berbanding dengan pencapaian peratusan lulus pada tahun 2007. Penyelidik hanya mengkaji beberapa sahaja kemahiran proses sains iaitu kemahiran proses sains asas (KPSA) yang terdiri dari memerhati, mengelas, membuat inferens dan meramal serta beberapa kemahiran proses sains bersepadu (KPSB) iaitu mengawal pembolehubah dan membuat hipotesis.

Secara umum kajian ini bertujuan untuk meneliti pengaruh penguasaan kemahiran proses sains terhadap pencapaian dalam peperiksaan bagi matapelajaran Sains dalam kalangan murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan. Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk: 1. Meneliti hubungan penguasaan kemahiran proses sains (KPS) dengan

pencapaian matapelajaran Sains dalam kalangan murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan.

2. Meneliti perbezaan penguasaan kemahiran proses sains (KPS) dalam kalangan murid Tahun Lima berdasarkan faktor demografi (jantina pelajar dan pendapatan keluarga).

3. Memahami punca-punca permasalahan untuk menguasai kemahiran proses sains (KPS) di kalangan murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan.

METODOLOGI

Kaedah yang telah digunakan adalah menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif (mixed methods). Kaedah kuantitatif melibatkan keadah tinjauan dalam bentuk ujian bagi mendapatkan data tentang penguasaan kemahiran proses

Page 4: PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

4

sains asas (KPSA). Populasi kajian ini adalah terdiri daripada murid-murid Tahun 5 yang berada di Sekolah Kebangsaan dalam daerah Kudat. Seramai 275 murid Tahun Lima dari 3 buah sekolah telah dipilih secara persampelan berstrata dalam kajian ini memandangkan bilangan populasi kajian ialah 987 orang.

Manakala bagi kajian secara kualitatif adalah suatu kajian yang melibatkan pengumpulan data secara intensif dalam suatu tempat kajian dan sekitaran yang sebenar “naturalistic setting” bagi sesuatu tempoh tertentu (Gay, 1996). Maka oleh itu, bagi memahami permasalahan yang dihadapi oleh murid dalam menguasai kemahiran proses sains penyelidik turut mengedarkan borang senarai semak dan temubual secara berstruktur di kalangan murid dan telah memilih 7 orang guru Sains yang mempunyai pengalaman mengajar matapelajaran Sains (5 tahun ke atas) bagi memahami punca-punca masalah yang dihadapi. penyelidik juga memilih seorang guru Sains (Ketua Panitia Sains) yang berpengalaman. Oleh itu, persampelan yang dilakukan adalah persampelan bertujuan seperti yang disarankan oleh Patton (1990) iaitu memilih individu atau lokasi kajian yang boleh membantu dan kaya dengan maklumat yang ingin diperoleh dan arif tentang situasi yang dikaji. Instrumen Kajian Ujian Penguasaan Kemahiran Proses Sains (UPKPS) Soal selidik Bahagian A adalah Demografi iaitu jantina murid, pendapatan keluarga dan pendidikan ibubapa. Bahagian B iaitu Kemahiran Proses Sains, dibina berdasarkan konsep Basic Process Skills Test II (Michael J. Padilla et. Al, 1982) yang telah diterjemahkan oleh (Ong, Zurida dan Fong, 2006) dan dipadankan dengan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun Lima (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000). Penyelidik telah membina 36 item soal selidik yang berkaitan Kemahiran Proses Sains yang bertujuan untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran proses sains murid. Sebanyak 36 item disediakan dalam instrumen tersebut yang mewakili 5 kategori kemahiran proses sains iaitu kemahiran memerhati, mengelaskan, membuat inferens, meramal, mengawal pembolehubah dan membuat hipotesis.

Hasil pengumpulan data telah dianalisiskan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science for Windows (SPPS) versi 16.0 seperti yang digunakan dalam kajian Suhailah (2006) dengan kebolehpercayaan Alpha Cronbach (α) adalah memuaskan iaitu bernilai sebanyak 0.743 setelah kajian rintis melibatkan 40 orang murid dilakukan.

Kesahan merupakan satu konsep yang merujuk kepada sejauh mana alat kajian itu mengukur apa yang hendak diukur atau sejauh mana alat kajian itu menepati tugasnya (Creswell, 2008). Oleh itu, penyelidik telah merujuk kepada guru pakar Sains Daerah Kudat bagi menyemak instrumen tersebut bagi mengesahkan kesesuaian kedua-dua alat kajian tersebut dari segi kandungan, struktur ayat dan laras bahasa dengan peringkat murid yang terlibat. Setelah itu, item-item yang terdapat dalam kedua-dua ujian akan diubahsuai selaras dengan saranan dengan guru pakar Sains Daerah Kudat.

Page 5: PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

5

Ujian Pencapaian Sains (UPS) Ujian ini digunakan untuk mengukur pencapaian Sains merupakan soalan aneka pilihan dan mengikut format Kertas Ujian UPSR Sains. Penyelidik menggunakan kertas ujian Semestar II ujian seragam yang digubal secara berpusat oleh pihak Bahagian Peperiksaan PPD Kudat . Borang Temu Bual Murid dan Guru Borang senarai semak dan temubual murid mengandungi 2 soalan yang di mana soalan nombor 1 adalah bertanyakan sama ada murid menghadapi masalah dalam mempelajari Sains. Seandainya murid menjawab “Ya” maka mereka dibenarkan menjawab soalan nombor 2. Soalan nombor mengandungi senarai semak yang terdiri daripada 7 pilihan Punca Permasalahan Mempelajari Sains. Bagi pilihan pilihan ke-7 iaitu Lain-lain. Sila nyatakan dengan jujur, murid digalakkan menulis dan menyatakan masalah-masalah lain yang tidak tercatat dalam senarai semak tersebut. Tujuannya adalah untuk mendapatkan pandangan dari perspektif murid tentang permasalahan yang dihadapi dalam menguasai kemahiran proses sains semasa mempelajari Sains dan membenarkan mereka menjawab soalan terbuka.

Manakala borang temubual guru pula mengandungi soalan berstruktur dan terbuka. Borang tersebut mengandungi 3 soalan yang bertanyakan pandangan tentang penguasaan kemahiran proses sains di kalangan murid-murid Tahun 5, punca-punca permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid untuk menguasai kemahiran proses sains (KPS) serta secara tidak langsung meminta pandangan dan cadangan tentang cara-cara atau strategi-strategi atau kaedah pendekatan pengajaran yang sesuai untuk mengatasi permasalahan menguasai kemahiran proses sains di kalangan murid-murid temu bual akan dianalisis secara kualitatif.

Semasa menyediakan soalan temu bual, beberapa perkara akan diambil seperti yang disarankan oleh Patton (1990), Bogdan dan Biklen (1998) dan Marshal dan Rossman (1999) iaitu soalan adalah separa struktur, sesi temu bual dijalankan secara separa formal, soalan-soalan boleh disusun semula semasa sesi temu bual dijalankan, ayat soalan temu bual mestilah fleksibel dan boleh diubahsuai dan soalan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut persoalan kajian yang penyelidik hendak fahami. Pengumpulan Data dan Analisis Data Bagi data yang diperolehi hasil pelaksanaan UPKPS dan UPS, analisis deskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai min, mod, median dan peratusan. Manakala analisis inferens digunakan bagi bertujuan menganalisis hipotesis dan tujuan dalam kajian ini. penyelidik menggunakan analisis Korelasi Pearson, Ujian-t, dan ANOVA. Hasil pengumpulan data dianalisiskan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science for Windows (SPPS) versi 16.0 seperti yang digunakan dalam kajian Suhailah (2006). Hasil data senarai semak dan temubual ke atas murid dan guru akan dianalisis secara kualitatif. Selain itu, pengumpulan data seperti transkrip jawapan bagi senarai semak dan temubual murid dan guru telah dikutip, direkod dan dianalisis.

Page 6: PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

6

Profil Responden Seramai 275 orang responden telah diambil untuk kajian ini dan telah diklasifikasikan kepada jantina, pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains pada peringkat Ujian Semester II ujian seragam peringkat daerah, penguasaan kemahiran proses sains murid, pekerjaan ibubapa dan pendapatan keluarga. Jantina Murid Taburan responden mengikut jantina ditunjukkan oleh Jadual 1.1. Didapati seramai 142 (51.6%) orang murid adalah murid lelaki dan 133 (48.4%) orang adalah murid perempuan.

Jadual 1.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

Jantina Kekerapan Peratus

Lelaki 142 51.6

Perempuan 133 48.4

Jumlah 275 100.0

Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains Murid Dalam kajian ini, tahap penguasaan kemahiran proses sains murid dalam Ujian Penguasaan Kemahiran Proses Sains (UPKPS) diberi dalam kategori 0-20% (Lemah), 21-40% (Sederhana) dan 41-% dan ke atas (Tinggi). Jadual 1.2 menunjukkan 7 (2.5%) orang murid adalah dalam kategori 0-20% lemah, 71 (25.8%) orang murid dalam kategori 21-40% (Sederhana) dan 197 (71.6%) orang murid tergolong dalam kategori 41% dan ke atas (Tinggi). Jadual 1.2 Taburan Responden Mengikut Tahap Penguasaan KPS Murid

Tahap Penguasaan KPS Kekerapan Peratus

0-20% (Lemah) 7 2.5

21-40% (Sederhana) 71 25.8

41 dan ke atas (Tinggi) 197 71.6

Jumlah 275 100.0

Analisis deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai dibuat dengan menunjukkan kemahiran proses sains yang menguji mewakili 5 kategori kemahiran proses sains iaitu kemahiran memerhati, mengelaskan, membuat inferens, meramal, mengawal pembolehubah dan membuat hipotesis. Jadual 1.3 menunjukkan min dan sisihan piawai tahap penguasaan kemahiran proses sains. Pada keseluruhannya, nilai min bagi tahap penguasaan kemahiran proses sains adalah 50.57 (SP = 15.61).

Page 7: PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

7

Jadual 1.3 Min Dan Sisihan Piawai Tahap Penguasaan KPS

n

Skor min

Sisihan Piawai

Tahap Penguasaan KPS 275 50.57 15.61

Pencapaian Matapelajaran Sains Murid Dalam kajian ini, taburan pencapaian murid dalam Ujian Semestar II ujian seragam peringkat daerah Kudat tahun 2010 bagi mata pelajaran Sains dalam kajian ini diberi dalam kategori 0-20% (Lemah), 21-40% (Sederhana) dan 41-% dan ke atas (Tinggi) Jadual 1.4 menunjukkan 49 (17.8%) orang murid adalah dalam kategori 0-20% lemah, 115 (41.8%) orang murid dalam kategori 21-40% (Sederhana) dan 111 (40.4%) orang murid tergolong dalam kategori 41 dan ke atas (Tinggi). Jadual 1.4 Taburan Responden Mengikut Pencapaian Sains Murid

Pencapaian Sains Kekerapan Peratus

0-20% (Lemah) 49 17.8

21-40% (Sederhana) 115 41.8

41 dan ke atas (Tinggi) 111 40.4

Jumlah 275 100.0

DAPATAN KAJIAN

Ho1: Tidak terdapat hubungan signifikan dan positif antara penguasaan kemahiran proses sains dengan pencapaian matapelajaran Sains dalam kalangan murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan. Jadual 1.5 Analisis Korelasi Pearson antara Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains dengan Pencapaian Matapelajaran Sains

Pencapaian matapelajaran Sains

Penguasaan KPS 0.540**

Kebarangkalian 2-hujung 0.000

N 275

*Signifikan pada aras keyakinan 0.01 Berdasarkan Jadual 1.5, keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan dan nilai korelasi yang tinggi (r = 0.540, p < .01) antara penguasaan kemahiran proses sains dengan pencapaian matapelajaran Sains. Ini menunjukkan penguasaan kemahiran proses sains murid yang tinggi mempunyai pencapaian matapelajaran Sains yang tinggi manakala murid yang mempunyai penguasaan kemahiran proses sains yang rendah juga mempunyai pencapaian matapelajaran Sains yang rendah. Hasil kajian selari dengan dapatan kajian Hykle (1994) di mana dalam hasil kajian beliau mendapati bahawa pencapaian dalam Sains dan pencapaian dalam

Page 8: PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

8

kemahiran proses sains mempunyai hubungan yang signifikan. Ini bermakna hipotesis nol yang pertama berjaya ditolak kerana terdapat hubungan antara penguasaan kemahiran proses sains dengan pencapaian matapelajaran Sains. Ho 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dan positif antara penguasaan kemahiran proses sains dalam kalangan murid Tahun Lima berdasarkan faktor demografi (jantina pelajar dan pendapatan keluarga). Jadual 1.6 Keputusan Ujian-t Jantina terhadap Penguasaan KPS

Jantina N Min SD df t P

Lelaki 142 51.36 14.682 273 0.861 0.390

Perempuan 133 49.74 16.548

p > .05 Jadual 1.6 menunjukkan Ujian-t jantina terhadap penguasaan kemahiran proses Sains. Berdasarkan Ujian-t Sampel Bebas, ujian Levene adalah tidak signifikan (p > .05). Keputusan ujian ini telah memenuhi andaian kehomogenan varians iaitu varians antara murid lelaki dan murid perempuan adalah sama dalam penguasaan kemahiran proses sains. Ujian-t Sampel Bebas adalah tidak signifikan (t (273) = 0.861, p > .05). Keputusan kajian ini gagal menolak hipotesis nul. Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dan positif penguasaan kemahiran proses sains antara murid lelaki dengan murid perempuan. Min (51.36) penguasaan kemahiran proses sains murid lelaki sedikit tinggi berbanding min (49.74) penguasaan kemahiran proses sains murid perempuan. Hasil dapatan kajian ini adalah selari dengan kajian oleh Keil, Haney & Zoffel (2009) mendapati bahawa analisis ANOVA sehala yang telah dijalankan menunjukkan bahawa pertambahan adalah tidak berbeza berdasarkan jantina. Kajian adalah mengenai kemahiran proses saintifik yang ditaksir menggunakan ujian POPS Performance of Process Skills test (POPS ) Jadual 1.7 Keputusan Ujian ANOVA untuk melihat perbezaan Penguasaan KPS berdasarkan Pendapatan Keluarga

Pendapatan Keluarga

N

Min

SD

df

F

p

RM0 - RM500 123 45.72 13.774 4, 270 12.359 .000

RM501- RM1000 52 49.08 13.374

RM1001- RM1500 54 53.17 16.188

RM1501-RM2000 20 57.75 18.298

RM2000-lebih 26 65.65 12.448

p < .05

Jadual 1.7 menunjukkan keputusan Ujian ANOVA untuk melihat perbezaan antara penguasaan kemahiran proses sains mengikut pendapatan keluarga. Keputusan ujian Levene adalah tidak signifikan (p > .05) dan Keputusan ini telah memenuhi andaian kehomogenan varians terhadap setiap

Page 9: PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

9

pendapatan keluarga. Ujian ANOVA adalah signifikan (F (4, 270) = 12.359, p < .05). Keputusan ini berjaya menolak hipotesis nol. Ini menunjukkan terdapat perbezaan penguasaan kemahiran proses sains antara pendapatan keluarga. Ini menunjukkan sekurang-kurangnya 1 min penguasaan kemahiran proses sains antara pendapatan keluarga berbeza dengan min penguasaan kemahiran proses sains antara pendapatan keluarga yang lain. Keputusan ini menunjukkan bias pendapatan keluarga wujud terhadap penguasaan kemahiran proses sains. Penyelidik tidak akan membincangkan dengan lebih lanjut lagi pendapatan keluarga.

Bagi memahami punca-punca permasalahan menguasai kemahiran proses sains (KPS), penyelidik telah mengambil pendekatan dengan mencari maklumat dan data yang berkaitan dengan permasalahan dari perspektif murid-murid itu sendiri dan juga guru-guru yang mengajar serta berpengalaman mengajar matapelajaran Sains Sekolah Rendah. Bagi item nombor 1 adalah untuk melihat sama ada murid ada menghadapi masalah semasa mempelajari matapelajaran Sains Tahun 5 atau tidak. Didapati seramai 65 (23.6%) orang murid memilih “Tidak” iaitu 23.6% menyatakan tidak mempunyai masalah dalam mempelajari matapelajaran Sains semasa sesi persekolahan mereka. Manakala seramai 210 (76.4%) orang murid pula telah memilih “Ya”. Ini dapat menggambarkan bahawa sememangnya ramai murid menghadapi masalah dalam mempelajari matapelajaran Sains.

Bagi item nombor 2 bagi senarai semak dan soalan temubual , murid yang telah memilih “Ya” bagi item nombor 1 dikehendaki menjawab item nombor 2 yang menyenaraikan beberapa masalah yang pernah dihadapi murid semasa mempelajari matapelajaran Sains Tahun 5. Item nombor 2 ini menyenaraikan 7 pilihan pernyataan masalah di mana 6 daripadanya adalah antara masalah yang jelas dan pilihan yang ke-7 pula murid digalakkan menyatakan masalah yang lain yang tidak tersenarai dalam 7 pilhan dalam item nombor 2 itu. Murid dibenarkan untuk menandakan lebih dari satu masalah yang dihadapi. Antara 7 pilihan punca masalah yang dihadapi adalah seperti Tidak minat matapelajaran Sains, Susah hendak memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru, Tidak faham soalan yang dikemukakan oleh guru, Kurang aktiviti berkaitan dengan menjalankan aktiviti amali sains, Contoh-contoh yang diberikan oleh guru susah untuk difahami, Guru jarang memperjelaskan maksud seperti: inferen, pembolehubah manipulasi, pembolehubah bergerak balas, pembolehubah dimalarkan, hipotesis, meramal. Hasil dari kutipan data yang dilakukan didapati dari 210 orang murid yang menyatakan mempunyai masalah dalam menghadapi semasa mempelajari matapelajaran Sains.

Seramai 111 (40.4%) orang murid telah menanda paling banyak punca masalah di mana murid Susah hendak memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru, diikuti Tidak faham soalan yang dikemukakan oleh guru 105 (38.2%). Manakala permasalahan yang paling sedikit murid tanda adalah guru jarang memperjelaskan maksud seperti: inferen, pembolehubah manipulasi, pembolehubah bergerak balas, pembolehubah dimalarkan, hipotesis, meramal

iaitu seramai 37 (13.5%) orang murid.

Page 10: PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

10

Jadual 1.8 Rumusan bilangan pernyataan punca permasalahansemasa mempelajari Sains ditanda murid .

Punca Pernyataan Punca Permasalahan

Mempelajari Sains

Jumlah pernyataan yang

ditanda murid

1 Tidak minat matapelajaran Sains.

(7.6%) 16

2 Susah hendak memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru.

(52.9%) 111

3 Tidak faham soalan yang dikemukakan oleh guru.

(50.0%) 105

4 Kurang aktiviti berkaitan dengan menjalankan aktiviti amali sains

(28.0%) 59

5 Contoh-contoh yang diberikan oleh guru susah untuk difahami.

(39.5%) 83

6 Guru jarang memperjelaskan maksud seperti: inferen, pembolehubah manipulasi, pembolehubah bergerak balas, pembolehubah dimalarkan, hipotesis, meramal

(17.6%) 37

7 Lain-lain. Sila nyatakan dengan jujur.

(13.3%) 27

Hasil kutipan data dari kajian ini juga di dapati terdapat beberapa masalah yang lain yang ditulis oleh murid. Seramai 28 orang murid turut menulis dan menyatakan masalah-masalah lain yang dihadapi selain yang tersenarai dalam senarai semak dan temubual murid. Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 5 semasa mempelajari matapelajaran Sains Tahun 5 dapat dirumuskan dalam Jadual 1.9.

Jadual 1.9 Rumusan perspektif murid dan perspektif guru

Perspektif Murid Perspektif Guru

Kelemahan Dalam Bahasa Inggeris Masalah 3M

Kurang tumpuan Kurang Tumpuan

Murid Kurang Bermotivasi Kurang minat

Kurang Inisiatif Murid Kekurangan Alat Bantu Mengajar

Matapelajaran Sains sukar Kurang Aktivti Eksperimen

Pedagogi Guru dan Pendekatan terhadap Murid Kekurangan Guru Berpengalaman

Page 11: PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

11

Perspektif Murid Murid menyatakan bahawa menghadapi masalah dalam mempelajari Sains apabila bahasa pengantaraan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah Bahasa Inggeris. Ini menggambarkan faktor bahasa turut mempengaruhi proses pembelajaran murid dalam matapelajaran Sains. Kurang memberikan perhatian atau tumpuan sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan yang turut menjadi punca permasalahan dalam mempelajari Sains. Selain itu, kurangnya motivasi dalam diri murid sedikit sebanyak mempengaruhi dan mendatangkan masalah dalam mempelajari Sains. Antaranya sikap yang malas dan tidak mempunyai minat terhadap matapelajaran Sains. Tambahan pula, inisiatif murid yang kurang di mana murid kurang berusaha untuk membuat latihan sendiri serta kurang masa yang dihadapi oleh murid menjadi masalah dalam mempelajari Sains.

Pedagogi seseorang guru turut mempengaruhi sesi pembelajaran murid di mana tulisan guru yang terlampau kecil dan sukar dibaca secara tidak langsung menyebabkan murid susah untuk memahami topik yang diajar. Selain itu, pendekatan guru yang lebih memberikan tumpuan dan penerangan kepada murid yang pintar sahaja mengakibatkan murid yang kurang pintar dan memerlukan penerangan dan penjelasan dari guru terabai. Maka seramai 6 orang murid menyatakan masalah yang hampir sama.

Secara keseluruhannya dapatlah dinyatakan di sini bahawa punca-punca permasalahan yang dihadapi dalam menguasai kemahiran proses sains oleh murid-murid adalah termasuklah kelemahan dalam menguasai Bahasa Inggeris apabila bahasa tersebut menjadi bahasa pengantaraan dalam mempelajari matapelajaran Sains, matapelajaran Sains itu sendiri yang dianggap sukar oleh murid, kurang penumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, motivasi murid yang kurang, pendekatan guru terhadap murid yang lemah dan inisiatif murid dalam membuat latihan adalah kurang serta pengurusan masa yang lemah.

Perspektif Guru Mereka berpendapat bahawa penguasaan kemahiran proses sains di kalangan murid-murid Tahun 5 adalah dalam aras lemah sehingga sederhana serta tidak menguasai sepenuhnya.

…tahap penguasaan murid adalah berbeza mengikut aras pencapaian akademik murid. Murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang baik mempunyai penguasaan kemahiran proses sains yang baik. Manakala murid yang mempunyai aras pencapaian akademik yang lemah, penguasaan proses sains juga lemah. Guru G

Antara punca-punca masalah dalam menguasai kemahiran proses

sains adalah masalah 3M (iaitu membaca, mengira dan menulis). Murid yang lemah dalam 3M terutama membaca tidak dapat memahami fakta asas Sains malahan kehendak soalan Sains dan kurang memberikan tumpuan yang

Page 12: PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

12

sepenuhnya semasa sesi pembelajaran. Secara tidak langsung menyebabkan murid-murid tidak dapat menerima mesej atau is kandungan pelajaran Sains ketika proses penyampaian pengajaran. Mereka juga bersependapat bahawa murid yang kurang memberikan tumpuan semasa pengajaran guru adalah murid yang kurang berminat terhadap matapelajaran Sains.

Selain itu, kekurangan alat bantu mengajar seperti ketiadaan makmal sains, ketiadaan alat dan bahan eksperimen serta bahan-bahan bacaan yang berunsurkan Sains di mana kemahiran proses sains yang perlu diterapkan dalam aktivti eksperimen tidak dapat dilaksanakan dengan lancar dan ini menjurus kepada kurangnya aktivti yang melibatkan eksperimen turut menjadi punca-punca permasalahan dalam mempelajari Sains dan penguasaan kemahiran proses sains.

Oleh itu, semua pihak perlulah memandang serius permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid semasa mempelajari Sains sama ada dari perspektif murid itu sendiri mahupun perspektif guru Sains juga kerana ianya saling berkaitan antara satu sama lain. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam menguasai kemahiran proses sains semasa mempelajari matapelajaran Sains Tahun 5 mahu pun murid Tahap 1 (Tahun 1-3) atau Tahap 2 (Tahun 4-6), amat perlulah diketahui puncanya sehingga ke akar umbi agar proses pembelajaran dengan penerapan kemahiran proses sains yang diingini berlaku dan bukan hanya sekadar proses pengajarannya sahaja.

IMPLIKASI KAJIAN Dapatan kajian ini memberi beberapa implikasi. Yang pertama, kajian ini dapat menyumbang dari segi literatur kepada dapatan penyelidikan tentang penguasaan kemahiran proses sains. Hasil kajian ini turut berguna kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi merancang usaha mempertingkatkan aras dan standard pendidikan negara serta perancangan-perancangan pendidikan yang mempunyai hubungan dengan penguasaan kemahiran proses sains sama ada dari aspek kandungan kurikulum Sains bagi merancang kurikulum yang baru atau membuat penambahbaikan yang sentiasa seiring dengan perkembangan globalisasi, aspek pedagogi dan aspek penilaian terhadap hasil pembelajaran yang dicapai dan dikuasai oleh murid itu sendiri. Justeru itu bagi menyediakan diri murid itu sendiri dengan kemahiran pembelajaran abad ke-21 (21st century learning skills).

Di peringkat sekolah pula, hasil kajian ini dapat memberi maklumat yang sangat berguna kepada guru Sains khususnya dalam membuat perancangan pengajaran supaya ianya bersesuaian dengan aras pemikiran murid. Selain itu, kajian ini dapat memberi maklumat dan respon tentang punca-punca permasalahan dalam penguasaan kemahiran proses sains murid khusus di kawasan daerah Kudat dan umumnya seluruh guru yang berperanan sebagai pelaksana kurikulum di peringkat sekolah.

Justeru itu, membantu guru sekolah rendah merancang dan merangka program pemulihan yang bersesuaian bagi membantu murid yang masih lemah dalam penguasaan kemahiran dan membimbing murid mengatasi kelemahan serta membina keyakinan dan minat terhadap matapelajaran Sains agar pembelajaran lebih bermakna dan berkesan sehingga ke sekolah menengah.

Page 13: PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

13

CADANGAN

Penambahan Alat Bantu Mengajar Yang Terkini Melalui pemerhatian dan pengalaman penyelidik sebagai seorang guru yang telah berkhidmat 3 buah sekolah sepanjang perkhidmatan, penyelidik mendapati terdapat masalah yang sama dihadapi oleh ketiga-tiga buah sekolah iaitu masalah kekurangan kemudahan asas seperti radas di dalam makmal, kekurangan prasarana seperti mikroskop, OHP, video dan computer, kekurangan alat bantu mengajar seperti model, carta-carta, kurang bahan bacaan yang sesuai, ketiadaan pembantu makmal dan guru terpaksa menyediakan bahan, dan guru kesuntukkan masa membuat persediaan. Perisian alat bantu mengajar yang masih kurang dilaksanakan di sekolah-sekolah yang disebabkan oleh kekurangan perisian alat bantu mengajar yang bercorak tempatan dan selari dengan sukatan mata pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia serta ketidakberkesanan dari segi pendekatan dan kaedah pengajaran Ee (2004). Menurut Hofstein dan Lunetta (2003) penguasaan kemahiran proses sains adalah penting dalam pembelajaran sains dan berpendapat kerja amali berupaya membantu meningkatkan pemahaman konsep sains, memperkembangkan kemahiran membuat pemerhatian, kemahiran manipulatif, perkembangan intelektual, inkuiri dan kemahiran penyelesaian masalah. Tambahan juga, menurut Tamir (1991) telah merumuskan bahawa penglibatan pelajar dalam kerja amali boleh membantu mereka memahami konsep (pengetahuan deklaratif) memperolehi kemahiran (pengetahuan prosedural) termasuklah merancang dan membentuk, melaksana, menyelaras, menganalisis dan penafsiran data serta aplikasi kepada situasi baru, menghargai tabii sains dan membina sikap saintifik. Oleh yang demikian, sekiranya bahan-bahan bantu mengajar Sains dilengkapkan dengan sempurna maka usaha untuk mempertingkatkan penguasaan kemahiran proses sains dapat dipertingkatkan. Penambahan Bilangan Guru Opsyen dan Berkompetensi Guru hendaklah memahami kemahiran proses sains agar murid mereka memperolehi kefahaman yang bernilai dan kekal. Kemahiran proses sains adalah amat penting dan boleh dimulakan dengan lebih awal. Penerapan ini boleh dimulakan seawal mungkin dari peringkat prasekolah lagi (Sunal & Sunal, 2003).

Keperluan untuk mempertingkatkan pengetahuan adalah yang diutamakan oleh guru Sains kerana itu akan membantu meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Antara cadangan yang perlu ialah dengan melakukan penyedaran semula terhadap kefahaman guru dalam aspek kemahiran saintifik. Pelaksanaannya perlu dimantapkan untuk meningkatkan pengetahuan profesionalisme mereka. Pemantapan sesuatu kursus itu perlulah diberi penekanan dari aspek tujuan kursus tersebut itu sendiri agar lebih berfokuskan kepada pedagogi yang bersesuaian untuk pengajaran Sains dan juga kandungan Sains itu sendiri iaitu kemahiran proses sains sering menjadi masalah untuk murid mahupun pelajar yang berada di sekolah menengah dan

Page 14: PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

14

pengajian peringkat tinggi menguasainya serta keperluan untuk memajukan diri guru Sains dan mendiagnosis serta menilai prestasi murid. Kursus yang berkaitan dengan pentaksiran berasaskan sekolah perlulah diberikan agar guru-guru tidak ketinggalan untuk sama terlibat dalam transformasi dari aspek kurikulum baru seperti matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi yang telah menggantikan subjek Sains bagi Tahun 1, 2011 atau kursus yang menekankan penerapan kemahiran proses sains. Tambahan pula, penguasaan kemahiran proses sains dapat dinilai dengan pemantapan pentaksiran yang sesuai.

Guru-guru juga dapat mengesan bahawa kebanyakan pelajar lebih berminat mengikuti pelajaran yang kurang melibatkan minda secara aktif iaitu berfikir secara kritis dan kreatif, kurangnya pendedahan dan latihan berfikir secara analitik dan kritis serta melibatkan tahap berfikir yang lebih tinggi seperti menganalisis, mensintesis dan menilai sesuatu fakta, prinsip atau fenomena seperti yang dimaksudkan dalam taksonomi Bloom (Bloom, et. al., 1956). menyebabkan pelajar tidak gemar mengambil subjek-subjek yang memerlukan cara berfikir yang kritikal (Ismail, 2005).

Memandangkan sikap merupakan penyumbang kepada kurangnya minat pelajar dalam Sains maka perlulah guru memikirkan cara yang terbaik untuk menarik minat pelajar untuk meminati matapelajaran Sains ini. Antara cadangan yang dapat dikemukakan ialah menjadikan persekitaran di dalam bilik darjah yang lebih kondusif dan harus diusahakan supaya para murid berpeluang mempelajari, menguasai dan mengaplikasi kemahiran proses sains dalam Sains. Di samping itu, guru perlulah memberi perhatian terhadap murid yang masih lemah dalam menguasai Sains. Pendekatan yang guru bolehlah menukar pengajaran yang lebih berkesan seperti pembelajaran kooperatif. Ini selari dengan tinjauan literatur daripada Johnson dan Johnson (1994), menunjukkan bahawa pembelajaran kooperatif mempunyai struktur yang membolehkan interaksi sosial berlaku dan dapat meningkatkan pencapaian, minat kepada sekolah, rakan dan mata pelajaran.

Seiring dengan itu, guru bolehlah memberi motivasi secara ekstrinsik seperti memberi ganjaran kepada murid. Pembelajaran kooperatif melibatkan ganjaran atau hadiah yang membezakannya dengan kaedah kumpulan kecil tradisional ( Nor Aziziah, Siti Rahayah, & Musa, 2001). Berdasarkan analisis hasil penyelidikan Nor Azizah, Siti Rahaya dan Musa (2001) juga yang menggunakan ketiga-tiga instrumen dalam kajian mereka, telah menunjukkan kaedah pembelajaran kooperatif telah dapat menambahkan minat dan motivasi pelajar. Ini dapat dilihat daripada pencapaian individu dan pencapaian kumpulan semakin bertambah dalam aktiviti kuiz yang diadakan pada akhir pengajaran ( Nor Aziziah, Siti Rahayah, & Musa, 2001).

Tahap kompetensi guru sekolah rendah terhadap pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris berdasarkan pengunaan bahasa Inggeris adalah berada pada tahap sederhana. Ini turut disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Ismail dan Zurida (1996) yang merupakan pensyarah-pensyarah yang masih berkidmat di Universiti Sains Malaysia, guru sekolah rendah mempunyai keyakinan rendah apabila mengajar pada tahap konsepsual. Oleh itu ianya boleh diatasi jika pengajaran guru adalah mengikut isi kandungan pelajaran yang menggunakan bahasa yang mudah difahami walaupun kita tidak nafikan yang bahasa yang mudah ialah Bahasa Melayu tetapi Bahasa Inggeris juga boleh digunakan sebagai bahasa pengantar ( Jumrang, 2004).

Page 15: PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

15

Kekurangan guru sains juga secara tidak langsung menjadi sedikit masalah kepada sekolah maka pihak PPD perlulah membuat senarai yang mengandungi bilangan guru yang kurang mengikut opsyen seperti yang diperlukan oleh pihak sekolah. Walau bagaimanapun, perlulah ada kerjasama dan komunikasi dua hala antara pihak PPD dengan JPN tentang masalah kekurangan guru opsyen Sains khususnya dan umumnya guru opsyen yang lain.

Selain itu, pihak sekolah hendaklah bijak menentukan guru yang berpengalaman yang opsyen Sains untuk memegang tanggungjawab bagi mendidik murid-murid Tahap 2 serta mengikut keutamaan dan keperluan sesebuah sekolah yang bermisikan pencapaian Sains mencapai peratus tinggi seperti yang diingini oleh phak PPD juga. Oleh yang demikian, perancangan yang teliti dan selari dengan kehendak kurikulum dari aspek impak pengambilan calon guru untuk mengikuti opsyen selain opsyen yang penting perlulah dikaji semula sebelum pelaksanaannya.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Kajian ini hanya menumpukan kepada penguasaan sebahagian kemahiran proses sains sahaja di kalangan murid Tahun 5 sahaja. Ianya tidak melibatkan murid bagi tahun yang lain dan di mana instrumen adalah dibina berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5 sahaja. Oleh itu, dicadangkan untuk kajian akan datang supaya instrumen UPKPS diperkembangkan dan disesuaikan dengan murid-murid bagi tahap yang lain seperti murid Tahun 4 dan Tahun 6 serta dipermajukan lagi instrumen UPKPS agar dapat digunakan ke atas pelajar menengah bahkan pelajar universiti memandangkan kepentingan kajian yang melibatkan kemahiran proses sains ini selaras dengan kurikulum yang terkini. Selain itu, dicadangkan penyelidik yang akan datang untuk menguji kemahiran proses sains yang lain pula dan begitu juga kemahiran manipulatifnya.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dan temubual secara bersama murid dan pemerhatian di dalam kelas perlu diperbanyakkan agar maklumat yang diperolehi dari murid yang sememangnya menghadapi masalah menguasai kemahiran proses sains adalah lebih autentik dan jitu. Ianya akan memberikan lebih banyak gambaran sebenar tentang permasalahan yang dihadapi oleh murid dalam menguasai kemahiran proses sains kepada semua pihak tentang kepentingan kajian ini.

KESIMPULAN

Hasil dapatan kajian yang telah dijalankan penyelidik dapati tahap penguasaan kemahiran proses di kalangan murid Tahun 5 adalah masih dalam tahap yang tinggi iaitu 71.6%. Walau bagaimanapun, penyelidik dapati terdapatnya punca-punca permasalahan yang telah dikenalpasti sama ada dari perspektif murid dan perspektif guru. Pendekatan untuk menemubual murid dan guru adalah untuk memahami permasalahan murid-murid telah diambil dan beberapa cadangan untuk memperbaiki masalah yang dihadapi diketengahkan atas kepentingan kemahiran proses sains itu sendiri dalam pelbagai aspek. Selain itu, masih terdapat kekurangan mengenai kajian yang melibatkan kemahiran

Page 16: PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

16

proses sains terutama di peringkat sekolah rendah terutama di Malaysia. Penyelidik mencadangkan kajian lanjutan hendaklah dijalankan supaya instrumen UPKPS diperkembangkan dan disesuaikan dengan murid-murid bagi tahap yang lain seperti murid Tahun 4 dan Tahun 6 serta dipermajukan lagi instrumen UPKPS agar dapat digunakan ke atas pelajar menengah bahkan pelajar universiti memandangkan kepentingan kajian yang melibatkan kemahiran proses sains ini selaras dengan kurikulum yang terkini. Selain itu, dicadangkan penyelidik yang akan datang untuk menguji kemahiran proses sains yang lain pula dan begitu juga kemahiran manipulatifnya. Memandang kepada betapa pentingnya penguasaan kemahiran proses sains terhadap pencapaian Sains dan penting dalam pembentukan pemikiran kreatif dan kritikal seperti yang terdapat dalam hasil kajian Meador (2003 ), di mana beliau mengaitkan kemahiran proses sains itu sendiri adalah seperti berfikiran seperti seorang saintis dan memupuk ke arah pemikiran kreatif. Beliau juga berpendapat bahawa pemikiran kreatif dan kemahiran proses sains adalah saling berkaitan malahan murid yang menggunakan kemahiran proses sains adalah lebih baik kreativiti saintifiknya. Selain itu proses pemikiran yang tinggi dan kreatif berpotensi digunakan dan diaplikasikan dalam subjek yang lain (Karsli, Sahin, & Ayas, 2009).

Tindakan memupuk seawal mungkin penerapan kemahiran proses sains pada murid-murid agar dapat mengurangkan permasalahan dalam penguasaan kemahiran proses sains dapat dibendung. Lind (2002) menekankan kepentingan mewujudkan peluang kemahiran proses sains pada seawal peringkat prasekolah. Naluri ingin tahu kanak-kanak adalah terbentuk secara semula jadi pada peringkat perkembangan kanak-kanak dan ini membolehkan mereka melakukan kemahiran proses sains asas seperti memerhati, pengelasan, mengumpul dan menyusun data dan mengukur. Tambahan juga, kemahiran ini secara tidak langsung digunakan dalam kehidupan seharian mereka.

Dapatan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu guru mengatasi kesukaran murid dalam menguasai kemahiran proses sains. Akhirnya, diharapkan dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan umum kepada penyelidik-penyelidik yang selanjutnya. Penyelidik berharap kelemahan-kelemahan dalam kajian ini akan dapat diperbaiki oleh penyelidik yang akan datang.

BIBLIOGRAFI

American Association for the Advancement of Science. (1967). Science: A

process approach. New York: Ginn.

Beaumont-Walters, Y., & Soyibo, K. (2001). An analysis of high school student's

performance on five integrated science process skills. Research In

Science & Technological Education, 19(2), 133-144.

Best, J. W. (2003). Research in education (9th ed.). Boston: Pearson Education

Company.

Page 17: PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

17

Bloom, B.S. et. al. (1956). Taxonomy of Educational Objectives. Handbook,

The chalk and talk. American Economic Review Papers and

Proceedings, 91(2), pp 440-445.

Bogdan, R. C., and Biklen, S. K. (1998). Qualitative Research for Education: An

introduction to theory and methods, Viacom Company, 3rd Ed., Boston:

Allyn and Bacon, USA.

Burak , K. T., Mehmet, F.T., & Mustafa, T.(2006). Development and validation of

a multiple format test of science process skills. International Education

Journal, 7(7), 1007-1027.

Chan, S. G. (1984). Acquisition of science process skills among Form IV

students in Kota Bahru. Unpublished Sarjana Pendidikan, Universiti

Malaya-Kuala Lumpur.

Collete, A.T., & Chiappeta, E.L. (1994). Science instruction in the middle and

secondary schools. New York: Macmillan.

Creswell, J. W. (2008). Educational research: Planning, conducting, and

evaluating quantitative and qualitative research. New Jersey: Pearson

Education International.

Ee, V. C. (2004). Pembangunan perisisan berbantukan computer (PBK) bagi

topik sistem respirasi luar manusia dalam matapelajaran Tingkatan 4.

Unpublished Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia, Johor.

Gay, L. R. (1996). Educational research: Competencies for analysis and

application. NJ: Prentice Hall.

Hoftstein, A., & Lunetta, V. N. (2003). The Laboratory in Science Education:

Foundation for the Twenty-First Century. Science Education. 88(1), 28-

54.

Hykle, J.A. (1994). Interrelationship among cognitive controls, gender, science

content achievement and science process skills. Dissertation Abstracts

International, 55 (9).

Ismail Jusoh, dan Zurida Ismail. (1996). Sikap dan keyakinan guru sains

sekolah rendah terhadap pengajaran Sains. Kertas Kerja Seminar

Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Bangi.

Ismail Jusoh. (2005). Sedutan dapatan projek penyelidikan pendidikan di

Simunjan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Johnson, D.W. & Johnson, R.T. (1994). Learning together and alone:

cooperative, competitive, and individualistic learning. Boston: Allyn and

Bacon.

Jumrang Mendeng. (2004). Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains

Matematik dalam Bahasa Inggeris. Tinjauan Persepsi pelajar 3 buah

sekolah Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Unpublished Sarjana Muda,

Universiti Teknologi Malaysia-Johor.

Page 18: PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

18

Karsli, F., Sahin, C., & Ayas, A. (2009). Determining science teachers‟ ideas

about the science process skills: A case study. Procedia Social and

Behavioral Science, 1, 890-895. doi:10.1016/j.sbspro.2009.01.158

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Huraian Sukatan Pelajaran Sains

Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Huraian Sukatan Pelajaran Sains

Tahun 6. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Keil, C., Haney, J., & Zoffel, J. (2009). Improvements in student achievement

and Science process skills using Environmental Health Science

Problem-Based Learning Curricula. Electronic Journal of Science

Education, 13(1).

Kuhn, D. (1993). Science as argument implications for teaching and learning

scienctific thinking. Science Education, 77(3), 319-337.

Lind, K. (2002). Science in early childhood: Developing and acquiring

fundamental concepts and skills. Dialogue on Early Childhood Science,

Mathematics, and Technology Education. (pp. 73-83). Retrieved from

ERIC database. (ED427866)

Malaysia. (1971). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1971: Pengajaran Sains Di

Sekolah-sekolah Rendah. K.P.8600/01(1).

Marshall, C., & Rossman, G. B. (1999). Designing qualitative research.

Thousand Oaks: Sage Publications, USA.

Meador, K.S. (2003). Thinking creatively about science. Gifted Child Today,

26(1), 25-29.

Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin, & Musa Daia. (2001). Penerapan nilai

murni melalui pembelajaran-kooperatif dalam Sains. Jurnal Pendidikan,

7, 47-57.

Ong, S. L., Zurida Ismail, & Fong, S. F. (2006, February). Development and

validation of test for integrated science processes. Paper presented at

the 3rd International Conference on Measurement and Evaluation in

Education, Penang, Malaysia.

Padila, M. J., & Okey, J. R. (1980). Test of the integrated science process skills

for secondary science students. Science Education. 64(5), 601-608

Patton, M. G. (1990). Qualitative evaluation and research methods. Newbury

Park: Sage Publications, England.

Robiah Sidin. (2003). Pembudayaan sains dan teknologi: Satu cadangan

piawai. Jurnal Pendidikan, 28, 47-63.

Siti Hawa. (1995, September). Science and mathemathics education for the

twenty first century: The Malaysian perspective. Paper presented at the

Regional Workshop on Strategic Planning in Science and Mathematics

Edcation in Southeast Asia for the 21st Century, Seameo Recsam,

Penang, Malaysia.

Page 19: PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 13/2014

19

Stones, E. (1975). An introductional to educational psychology. London: English

Language.

Suhailah Binti Md. Abdullah. (2006). Penguasaan kemahiran membuat inferen

dan kemahiran membuat kesimpulan di kalangan pelajar Tingkatan 5

Aliran Sains. Unpublished Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia-

Johor.

Sunal, D.W., & Sunal, C.S. (2003). Science in the elementary and middle

school. Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.

Tamir, P. (1991). Practical Work in School Science: An Analysis of Current

Practice.

Tan, J. N. (1999). Barriers to innovations in primary school science: The case of

Malaysia. Jurnal Pendidikan Guru, 12, 11-24.

Tobin, K., & Capie, W. (1982). Relationship between formal reasoning ability,

focus of control, academic engagement and integrated process skills

achievement. Journal of Research Teaching, 19, 113-121.