2
PENGGUNAAN TEKNIK TERAPI BERCERITA BAGI MURID HYPERAKTIF (ADHD) Terapi bercerita merupakan satu medium untuk berkomunikasi antara ahli terapi dan klien. Komunikasi ini digunakan sebagai terapi psikologi untuk meyakinkan klien untuk membangunkan atau meningkatkan diri mereka melalui satu kaedah yang telah dipersetujui antara ahli terapi dan klien. Terapi bercerita juga merupakan salah satu terapi yang mengetengahkan konsep bercerita sebagai idea utama dalam terapi bercerita. Pada masa yang sama, ahli teoris menganggap bercerita adalah satu cara yang berkesan untuk membina rapo. Di samping itu, terapi ini dapat mengenali kanak-kanak dengan lebih mesra lagi. Semasa mereka menyampaikan cerita masing- masing, kanak-kanak berkongsi maklumat penting mengenai diri serta keluarga mereka, di samping melahirkan perasaan yang terpendam. Akibatnya, guru bimbingan dan kaunseling lebih memahami konflik kanak-kanak serta dinamika keluarga mereka. Oleh itu, terapi bercerita boleh disimpulkan sebagai satu rawatan sesuatu penyakit secara proses pemulihan dengan menggunakan kaedah bercerita. BERCERITA SEBAGAI SATU PENDEKATAN TERAPI Guru boleh menjadikan teknik bercerita sebagai satu pendekatan terapi kepada murid-murid di mana guru boleh

Penggunaan Teknik Terapi Bercerita Bagi Murid Hyperaktif

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PENGGUNAAN TEKNIK TERAPI BERCERITA BAGI MURID HYPERAKTIF (ADHD)

Citation preview

PENGGUNAAN TEKNIK TERAPI BERCERITA BAGI MURID HYPERAKTIF (ADHD)

Terapi bercerita merupakan satu medium untuk berkomunikasi antara ahli terapi dan klien. Komunikasi ini digunakan sebagai terapi psikologi untuk meyakinkan klien untuk membangunkan atau meningkatkan diri mereka melalui satu kaedah yang telah dipersetujui antara ahli terapi dan klien.

Terapi berceritajugamerupakan salah satu terapi yang mengetengahkan konsep bercerita sebagai idea utama dalam terapi bercerita. Pada masa yang sama, ahli teoris menganggap bercerita adalah satu cara yang berkesan untuk membina rapo. Di samping itu, terapi ini dapat mengenali kanak-kanak dengan lebih mesra lagi. Semasa mereka menyampaikan cerita masing-masing, kanak-kanak berkongsi maklumat penting mengenai diri serta keluarga mereka, di samping melahirkan perasaan yang terpendam. Akibatnya, guru bimbingan dan kaunseling lebih memahami konflik kanak-kanak serta dinamika keluarga mereka.

Oleh itu, terapi bercerita boleh disimpulkan sebagai satu rawatan sesuatu penyakit secara proses pemulihan dengan menggunakan kaedah bercerita.

BERCERITA SEBAGAI SATU PENDEKATAN TERAPI

Guruboleh menjadikan teknik bercerita sebagai satu pendekatan terapi kepada murid-murid di mana guru boleh meneroka dan cuba mendekati murid bermasalah dengan bercerita. Murid yang bermasalah kadang-kadang sukar untuk meluahkan perasaan mereka secara terbuka kepada gurumereka.

Oleh itu, guru perlu mencari sumber yang berkaitan dalam masalah yang sedang dihadapi atau pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh murid tersebut. Berdasarkan sumber tersebut, guru perlu mereka dan mencipta jalan cerita yang sesuai supaya berkaitan dan sesuai dengan masalah yang dihadapi. Apabila murid mendengar cerita tersebut dia akan terdorong untuk mendengar lantas meluahkan perasaan atau masalah yang dihadapi secara tidak langsung. Malah, jika murid masih malu atau tiada keyakinan untuk bercerita kepada kaunselor, guru perlulah menyatakan pengakhiran cerita yang baik dan boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada murid tersebut. Hal ini supaya murid dapat membuat keputusan atau menyelesaikan masalah berpandukan penutup cerita yang disediakan oleh guru.