Upload
wan-nadia-wan-talib
View
1.196
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 PENDAHULUAN
Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti
perancangan, pelaksanaan dan maklum balas. Ia bertujuan menyebarkan ilmu
pengetahuan atau kemahiran tertentu. Keberkesanan pengajaran diukur
berdasarkan sejauh mana hasil objektif pelajaran dicapai melalui proses
pengajaran yang dirancang dilaksanakan. Kelancaran sesuatu pengajaran ini
bergantung kepada kaedah dan teknik yang digunakan.
Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat
sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada
sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu
matlamat.Kaedah adalah satu prosedur yang menyeluruh untuk mengajar
sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan
kepada pendekatan yang dianuti. Sesuatu kaedah itu tidak boleh bercanggah
dengan pendekatan. Kaedah ini bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-
langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan
saksama untuk mencapai tujuan tertentu. (Mangantar Simanjuktak,1982:72).
Kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain,
latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan,
kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita
ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas
pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang
diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya
berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Pendekatan dalam
pengajaran bahasa ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan tentang
hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa.
Setiap pendekatan itu harus mencerminkan satu pandangan tentang hakikat
bahasa, iaitu apakah sebenarnya bahasa itu, bagaimana ia dikuasai dan
diperolehi, bagaimana pula ia dilahirkan dan difahami serta dimanakah ia
1
disimpan. Pada masa yang sama juga, pendekatan harus menggambarkan satu
teori bahasa atau satu teori pengajaran dan pembelajaran bahasa. Misalnya,
Gesalt menerangkan bahawa kita mempelajari situasi secara keseluruhan dan
kemudian mempelajari elemen-elemen situasi itu.
Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus
yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat
menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan
besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Teknik juga adalah satu muslihat
atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera
yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu pelajaran tertentu. Edward M.
Anthony (1963) member tafsiran :
‘A technique is implementional-that which actually takes place in a
classroom. It is a particular trick, stratagem, or contrivance used to accomplish
an immediate objective.’
Berdasarkan pernyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa teknik
merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai sesuatu objektif. Ia wujud
dalam pemikiran dan dirangka dalam jangka masa yang panjang ataupun dicipta
pada masa sebelum sesuatu perlakuan itu dijalankan oleh individu.
Sebagai kesimpulan, sesuatu strategi pengajaran menggabungkan
pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran
yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta
kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran
yang paling maksimum.
2
2.0 KAEDAH BERCERITA
Kamus dewan mendefinisikan cerita adalah jalinan dan susunan mengenai
kejadian dan hal-hal yang berlaku sama ada benar ataupun merupakan khayalan
pencerita sahaja. Bercerita merupakan suatu kaedah mengajar yang
membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui penggunaan teknik
bercerita.
Teknik ini bukanlah sesuatu yang baru, ia sudah dilaksanakan sejak
dahulu lagi oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak. Suatu ketika dahulu, teknik
bercerita ini merupakan teknik yang dominan dalam menyampaikan warisan
budaya daripada suatu generasi ke generasi yang seterusnya.
Lazimnya, murid-murid suka mendengar cerita yang menarik. Cerita yang
disampaikan dengan baik membolehkan murid-murid menguasai kemahiran
bercerita bagi menambahkan keberkesanan pengajarannya semasa
menggunakan teknik bercerita di dalam bilik darjah. Murid-murid akan cepat
menumpukan perhatian sekiranya sesuatu pelajaran itu disampaikan dalam
keadaan yang dapat menyentuh dan meninggalkan kesan yang mendalam di
dalam diri. Teknik bercerita ini merupakan suatu teknik yang paling berkesan
bagi menyemai kemahiran berkomunikasi kepada kanak-kanak
(Trencher,1991:86). Hal ini kerana murid-murid dapat mencipta ‘dunia’ dan
membina organisasi acara, pengalaman dan fakta mereka sendiri. Selain itu,
cerita-cerita yang menarik dapat menimbulkan keyakinan dan menyemai minat
dalam kalangan murid-murid bercerita kembali kepada guru mereka.
Guru boleh menggunakan pelbagai cara menyampaikan cerita di dalam
kelas. Antaranya ialah secara lisan, atau murid mendengar pita rakaman, atau
menonton sambil mendengar cerita dengan menggunakan boneka. Cerita yang
baik perlu mengambil kira semua aspek imaginasi dan kreativiti di samping
menggunakan plot yang baik dan mengandungi mesej yang menarik supaya
diselesaikan.
3
3.0 TUJUAN BERCERITA
Teknik bercerita ini sangat penting di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran terutamanya bagi murid-murid di sekolah rendah. Teknik bercerita
ini biasanya menekankan konten atau isi. Oleh kerana itu selepas bercerita guru
perlu mengemukakan soalan –soalan pemahaman dan galakkan murid
mengeluarkan idea dan membuat tafsiran sendiri.
Antara kepentingan bercerita adalah dapat memotivasikan serta
menimbulkan minat murid untuk belajar. Sesi bercerita ini dapat melibatkan
murid-murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh
bercerita, murid-murid mendengar pita rakamanatau menonton sambil
mendengar cerita. Proses pengajaran dan pembelajaran akan mudah untuk
menarik minat murid terhadap sesuatu tajuk yang ingin diajar. Tayangan video
atau rakaman audio dapat memberikan kelainan kepada murid-murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penggunaan pancaindera
secara maksimum menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik. Dengan wujudnya tayangan video yang melibatkan visual serta audio
yang menarik dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan. Misalnya, guru menayangkan tayangan video berkenaan dengan
berhati-hati di jalan raya. Murid-murid akan menonton video yang mempunyai
visual serta kesan bunyi yang menarik. Murid-murid akan lebih mudah untuk
memahami tajuk berkenaan kerana wujud penggunaan deria yang maksimum.
Selain itu, dapat melatih murid menguasai kemahiran mendengar.
Semasa aktiviti bercerita dijalankan, kemaiharan mendengar adalah amat
dititikberatkan. Guru akan bercerita atau memberikan penerangan kepada kelas.
Murid akan mendengar dengan teliti sewaktu guru sedang bercerita. Murid-murid
akan mengenalpasti maklumat atau isi penting yang disampaikan oleh guru.
Guru akan mengadakan sesi soal jawab dengan murid-murid. pada waktu ini,
guru dapat menilai kemahiran mendengar murid-muridnya semasa proses
bercerita sedang dijalankan. Murid yang dapat mendengar dengan baik akan
4
dapat mengenalpasti setiap isi penting yang semasa sesi bercerita sedang
dijalankan dan dapat menjawab setiap soalan yang diketengahkan dengan baik.
Di samping itu, dapat memupuk nilai murni yang terkandung di dalam
cerita. Teknik bercerita ini biasanya melibatkan penceritaan berkenaan dengan
cerita-cerita teladan. Cerita-cerita teladan ini mempunyai nilai-nilai murni yang
perlu dicontohi di dalam membentuk sahsiah yang tinggi di dalam diri seseorang
murid itu. Misalnya, guru menceritakan cerita rakyat iaitu Sang Semut dan Sang
Belalang. Di dalam cerita ini, terdapat pelbagai nilai murni yang boleh dicontohi
iaitu rajin, tolong-menolong dan sebagainya. Terdapat juga pengajaran yang
dapat dijadikan tauladan di dalam hidup seperti janganlah sombong, sediakan
payung sebelum hujan dan sebainya. Melalui penceritaan ini, murid-murid
terdedah dengan nilai murni yang sebelum ini mungkin kurang diketengahkan
kepada mereka. Mereka dapat memahami serta mengaplikasi nilai-nilai murni
yang terdapat di dalam cerita tersebut.
Seterusnya, dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan
gembira. Proses pengajaran dan pembelajaran secara tradisi banyak melibatkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru. Dengan
menggunakan teknik bercerita ini, murid-murid dapat menggunakan kreativiti
masing-masing untuk menyampaikan cerita. Jalan cerita berkenaan dengan
cerita tersebut boleh menggambarkan kreativiti murid berkenaan. Melalui proses
penceritaan ini, guru dapat mewujudkan pembelajaran secara koperatif di dalam
proses pembelajaran. Murid-murid dapat menetukan gaya pembelajaran yang
diingini oleh mereka. Proses penceritaan ini merangkumi pelbagai cara dan
kaedah. Salah satu cara yang dapat menarik minat murid-murid ialah dengan
memberikan satu tajuk kepada murid-murid. misalnya, guru memberikan tajuk
‘Rumah Saya’ kepada murid-murid. murid-murid akan berfikir dan cuba untuk
menceritakan kepada kelas berkenaan dengan apa sahaja tentang rumah
mereka. Mereka secara tidak langsung dapat menyampaikan cerita dengan cara
mereka yang tersendiri. Murid-murid akan teruja mendengar cerita yang
disampaikan oleh rakan-rakan mereka. Teknik ini adalah lebih berkesan jika
5
dibandingkan guru sahaja yang bercerita iaitu melakukan penerangan kepada
kelas. Dengan cara ini, murid-murid akan lebih berinisiatif serta proses
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan tersusun.
Selain itu, dapat melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada
secara lisan atau secara menulis. Proses bercerita merupakan salah satu aktiviti
yang melibatkan proses penyampaian idea atau ilmu pengetahuan secara lisan.
Melalui poses penceritaan ini, murid-murid akan dilatih untuk berfikir mendapat
idea berkenaan dengan sesuatu topik yang diberikan oleh guru. Guru akan
memberikan tajuk yang tertentu kepada murid. berdasarkan tajuk berkenaan,
murid dikehendaki untuk melakukan sesi bercerita. Guru akan membimbing
murid-murid. Guru memberikan masa kepada murid-murid untuk berfikir
berkenaan dengan tajuk yang diberikan. Murid-murid akan belajar untuk
mewujudkan satu plot atau jalan cerita. Idea yang difkirkan oleh mereka akan
dipindahkan kedalam cerita yang diberikan. Sesi bercerita ini boleh dilakukan
dengan perancangan yang rapi atau spontan. Jika dengan menggunakan
kaedah bercerita dengan melakukan penyediaan yang rapi terlebih dahulu,
murid-murid akan belajar untuk menyusun idea-idea di dalam bentuk penulisan
terlebih dahulu sebelum melakukan sesi bercerita. Manakala jika proses
penceritaan dilakukan secara spontan, murid-murid akan dilatih untuk menyusun
idea-idea dengan teratur secara lisan.
Di samping itu, dapat melibatkan murid secara aktif dalam sesi bercerita
serta dalam aktiviti susulan. Proses bercerita ini merupakan salah satu aktiviti
yang berpusatkan murid. Murid akan bertindak secara aktif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid menjalankan aktiviti yang
diarahkan oleh guru manakala guru hanya bertindak sebagai pembimbing.
Murid-murid akan berusaha untuk mempersembahkan cerita yang menarik
mengikut perspektif masing-masing. Guru akan melakukan pemantauan dan
memberikan bimbingan serta nasihat kepada murid-murid supaya mereka
mendapat panduan untuk melakukan aktiviti yang dirancangkan. Seterusnya,
murid akan dapat melakukan aktiviti susulan secara aktif selepas melakukan sesi
6
bercerita. Misalnya, guru memberikan tajuk kepada murid-murid. murid-murid
akan bertindak secara aktif semasa sesi bercerita dilakukan. Selepas sesi
bercerita tersebut, wujud aktiviti susulan iaitu sesi soal jawab dengan mruid-
murid. Murid-murid akan bertindak secara aktif dengan mengajukan soalan yang
pelbagai berdasarkan sesi bercerita yang telah dijalankan.
Seterusnya, dapat memperkayakan pengalaman murid melalui perkaitan
cerita dengan kehidupan mereka. Murid-murid di sekolah rendah telah
mempunyai pelbagai pengetahuan asas yang berkaitan dengan kehidupan
seharian mereka. Pengalaman yang diperolehi daripada kehidupan mereka
dapat diperkayakan lagi dengan aktiviti bercerita. Pengalaman sedia ada mereka
adalah berdasarkan daripada kehidupan seharian mereka. pengalaman sedia
ada murid di sekolah bandar adalah berbeza jika dibandingkan dengan
pengalaman sedia ada murid di sekolah luar bandar. Melalui aktiviti bercerita ini,
murid-murid akan bercerita berdasarkan pengalaman sedia ada mereka.
misalnya, murid-murid yang tinggal di kawasan perkampungan nelayan akan
bercerita berkenaan dengan pantai dan hidupan laut. Mereka akan mengingat
kembali segala pengalaman yang telah diperolehi oleh mereka berdasarkan
kehidupan seharian mereka. Selepas mereka mengingat kembali segala
pengalaman yang telah dilalui oleh mereka, mereka akan memulakan sesi
bercerita berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Murid-murid dapat
mengingat kembali dan menyampaikannya kepada kelas. Murid-murid telah
memahami secara mendalam cerita yang ingin disampaikan. Hal ini akan
memperkukuhkan lagi pengetahuan sedia ada mereka.
Selain itu, dapat menambahkan bahan-bahan untuk murid menulis
karangan. Sesi bercerita ini adalah amat meluas. Tajuk yang dipilih untuk sesi
bercerita ini adalah bebas. Guru-guru boleh memberikan satu situasi kepada
murid-murid. Situasi-situasi yang diberikan adalah seperti pertolongan cemas,
lawatan ke bandar bersejarah Melaka dan sebagainya. Mereka menceritakan
segala pengalaman yang telah dilalui oleh mereka. cerita yang disampaikan
adalah berbeza-beza mengikut pandangan atau penglaman masing-masing.
7
Sesi bercerita ini dapat mewujudkan aktiviti perkongsian pangalaman atau
maklumat dengan rakan-rakan sekelas. Perkongsian maklumat atau
pengetahuan ini dapat menambahkan lagi pengetahuan kepada murid-murid.
Maklumat atau pengetahuan yang diperolehi ini adalah amat berfaedah untuk
digunakan di dalam penulisan karangan. Semasa penulisan karangan, murid-
murid akan mendapat pelbagai idea yang mendorong mereka menghasilkan
sebuah karangan yang menarik dan baik.
8
4.0 PRINSIP-PRINSIP KAEDAH BERCERITA
Teknik bercerita ini mempunyai beberapa prinsip. Prinsip-prinsip ini dijadikan
sebagai tunjang utama di dalam menjalankan sesi bercerita. Guru harus
mematuhi dan memahami prinsip-prinsip di dalam teknik bercerita. Jika guru
mematuhi prinsip-prinsip ini, maka proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan teknik bercerita ini dapat berjalan dengan lancar.
Antara prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi oleh guru-guru semasa
menjalankan menggunakan teknik bercerita ini ialah guru harus memilih cerita
yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid serta
objektif pelajarannya. Pemilihan cerita ini adalah penting untuk menarik minat
murid-murid terhadap tajuk yang ingin diajar pada hari berkenaan. Cerita yang
dipilih harus menepati peredaran masa iaitu bersesuai dengan citarasa murid-
murid. Cerita yang sesuai dengan peredaran masa akan menyebabkan murid-
murid seronok untuk belajar tajuk berkenaan.
Selain itu, sebelum sesi bercerita, guru perlu menghafaz isi-isi penting
yang terkandung dalam cerita tersebut. Guru perlu menghafaz isi-isi penting
untuk mengelakkan sesi bercerita menjadi bosan. Guru perlu memahami jalan
cerita dan mengenalpasti setiap watak-watak yang terdapat di dalam cerita
tersebut. Hal ini dapat mengelakkan daripada guru melakukan rujukan semasa
melakukan penceritaan. Sesi bercerita adalah melibatkan penyampaian isi-isi
penting sahaja. Hal ini akan memudahkan pemahaman murid-murid terhadap
cerita yang disampaikan oleh guru.
Di samping itu, alat bantu mengajar seperti kad-kad perkataan,kad-kad
gambar, patung atau topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid
harus disediakan sebelum sesi bercerita dimulakan. Soalan-soalan untuk aktiviti
susulan juga perlu disediakan. Alat bantu mengajar ini adalah amat penting
untuk menarik minat murid-murid. sesi bercerita akan menjadi lebih menarik
dengan menggunakan alat bantu mengajar. Guru perlu menarik minat murid-
murid terlebih dahulu sebelum menyampaikan intipati atau isi pelajaran yang
9
ingin disampaikan pada proses pengajaran dan pembelajaran pada waktu
berkenaan.
Seterusnya, sebelum memulakan sesi bercerita, pastikan semua murid
telah bersedia untuk mendengar cerita. Murid-murid perlu menumpukan sepenuh
perhatian semasa sesi bercerita dijalankannya. Hal ini adalah penting kerana
murid-murid perlu memahami cerita yang disampaikan supaya murid-murid
dapat menjalankan aktiviti yang seterusnya dengan lancar.
Selain itu, guru perlu melakukan pandangan terus ke muka murid secara
bergilir-gilir. Cara ini sangat berkesan untuk melibatkan murid di dalam cerita
yang disampaikan. Pandangan mata atau interaksi ini adalah penting. Dengan
melakukan cara ini akan mewujudkan interaksi antara guru dan murid.
Di samping itu, pastikan suara jelas dan lantang. Kemahiran variasi
rangsangan harus digunakan untuk mengubah-ubah nada suara dan intonasi
guru mengikut watak-watak dan suasana cerita itu. Seterusnya, semasa sesi
bercerita, guru boleh mengemukakan soalan untuk menggalakkan murid
meramal perkembangan cerita yang selanjutnya. Cara ini bukan sahaja dapat
menarik perhatian murid tetapi juga dapat memperkembangkan daya imaginasi
mereka.
Pada masa yang sama, pastikan perkataan dan ayat yang digunakan
untuk bercerita boleh difahami oleh murid. Tujuan bercerita ialah untuk
menyampaikan isinya dan bukan mengajar murid perkataan-perkataan yang
sukar. Selain itu, isi cerita harus disampaikan kepada murid dengan gerak-geri
secara semula jadi. Aktiviti berlakon guru perlu dielakkan. Guru menyampaikan
isi cerita secara spontan dan murid-murid akan mendengar segala penerangan
guru.
Akhir sekali, selepas bercerita, aktiviti susulan harus diadakan, misalnya
aktiviti soal jawab tentang tema dan nilai moral yang terkandung dalam cerita itu.
Guru juga boleh memberikan topeng-topeng yang disediakan kepada murid-
murid untuk menjalankan aktiviti lakonan.
10
11
Guru harus
memilih cerita yang
sesuai
Guru menghafaz isi-isi penting
Menyediakan Alat Bantu Mengajar
Murid bersedia untuk sesi bercerita
Guru memandang murid-murid, suara
guru jelas dan berintonasi
Guru mengemukakan soalan kepada murid-
murid
Soal jawab tentang tema dan
nilai moral
5.0 LANGKAH-LANGKAH MENJALANKAN TEKNIK BERCERITA
12
Perancangan dan persediaan
Guru memilih cerita yang sesuaiGuru menghafaz dan bercerita secara sendiri, sekurang-kurangnya sekaliPenyediaan alat bantu mengajar
Sesi bercerita Set induksiSoal jawab
Penutup Memperkukuhkan nilai
13
Sebelum bercerita
Pilih cerita yang sesuai
dengan topik pelajaran
Guru perlu menguasai
bahagian-bahagian penting
secara berulang-ulang
Sedia alat bantu mengajar
Susun tempat duduk murid
14
Semasa bercerita
Gunakan nada suara
dan gaya yang
sesuai agar suasana
suatu peristiwa dapat
dirasakan
Pastikan setiap murid
memberikan
perhatian
Terapkan nilai-nilai
murni dalam cerita
yang disampaikan
Gunakan set induksi
yang menarik ketika
mula bercerita
15
Selepas bercerita
Uji kefahaman murid
secara lisan atau
tulisan tentang cerita
yang disampaikan Mengadakan
perbincangan
Aktiviti bercerita biasanya mengandungi tiga peringkat yang utama iaitu perancangan
dan persediaan, sesi bercerita dan penutup. Dalam peringkat perancangan dan
persediaan, guru memilih cerita yang sesuai, menghafaz isi pentingnya dan
menyediakan alat bantu mengajar yang berkaitan. Semasa sesi bercerita, guru
memulakannya dengan memperkenalkan tajuk cerita, kemudian menggunakan teknik
bercerita dan menyampaikan isi kandungannya dengan suara yang menarik. Peringkat
penutup digunakan untuk aktiviti susulan, misalnya perbincangan tema cerita dan moral
yang terkandung dalam cerita itu.
Di dalam peringkat pertama, guru memilih sebuah cerita yang sesuai. Tema
cerita harus mempunyai nilai moral yang murni. Isi cerita hendaklah menarik dan
perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid. panjang
pendek cerita hendaklah sepadan dengan peruntukan masa bercerita. Selepas cerita
dipilih, guru hendaklah cuba menghafaz dan bercerita secara sendiri, sekurang-
kurangnya sekali. Di samping itu, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar seperti
kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng yang perlu digunakan untuk murid-
murid berlakon selepas bercerita. Beberapa soalan hendaklah disediakan untuk
menguji kefahaman murid selepas sesi bercerita. Sebelum mula bercerita, guru
hendaklah menyusun tempat duduk murid supaya memastikan setiap murid dapat
mendengar dan melihat ekspresi guru. Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan
alatan-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita supaya membawa
murid-murid ke dalam situasi yang seakan-akan alam cerita itu.
Langkah perlaksanaan perancangan bercerita ini hendaklah dimulakan dengan
suatu set induksi yang menarik serta ada kaitan dengan cerita yang hendak
disampaikan. Semasa bercerita, guru boleh menggunakan suara, gaya dan alat bantu
mengajar yang dapat menarik perhatian serta membantu murid-murid memahami isi
cerita yang disampaikan. Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara
sepenuhnya semasa guru bercerita. Guru juga boleh melibatkan murid dalam sesi
bercerita dengan menggunakan soalan-soalan membimbing mereka mengikut tahap
perkembangan cerita dari peringkat permulaan sehingga peringkat penutup.
16
Penutup dilakukan didalam teknik bercerita ini. Tujuan penutup sesi bercerita
ialah membantu murid-murid memperkukuhkan nilai murni yang diterapkan dalam isi
cerita itu. Terdapat palbagai aktiviti penutup boleh digunakan dalam sesi penutup
bercerita ini. Diantaranya ialah menyoal murid-murid tentang isi cerita yang
disampaikan, menyuruh murid-murid mengulang isi cerita dengan menggunakan
perkataan sendiri, berbincang dengan murid-murid tentang tema dan nilai murni yang
terkandung dalam isi cerita, membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita
yang disampaikan dan menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita
yang telah didengar.
17
6.0 CARA PENYAMPAIAN CERITA
18
menggunakan bonekaGuru sebagai pencerita, pada masa yang sama akan menggerakkan boneka untuk mewakili watak-watak dalam ceritaGuru menggerakkan lakonkan boneka-boneka manakala cerita disampaikan melalui rakaman
tanpa menggunakan boneka
Menggunakan alat bantu mengajarmenegmukakan cerita dengan cara permulaan yang baik
bercerita terus dari buku
Menggunakan buka yang mengandungi cerita-cerita dengan gambar berwarna-warni dan besarDuduk dekat murid sambil memegang buku dan cerita
7.0 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KAEDAH BERCERITA
19
KELEBIHAN BERCERITA
Guru mudah menguasai kelas
Meningkatkan
kemahiran
mendengar dan
bertutur
Guru dapat
meningkatkan tumpuan
murid dalam waktu
yang terhad
Memperkenalkan
kosa kata baru
Meningkatkan
kefahaman
murid terhadap
sesuatu
pengajaran
Mengenali
keunikan
individu
Memperkenalkan panduan dan pedoman hidup
Menyuarakan
pendapat dan
perasaan secara
lisan
20
KELEMAHAN
BERCERITA
Kemahiran menulis kurang
dititikberatkan
Murid-murid cenderung
untuk menghafal intipati cerita tetapi kurang memahami
Kelas berada di bawah
kawalan guru sepenuhnya
Penyampaian objektif pelajaran
kurang jelas
8.0 IMPLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Teknik bercerita ini memberikan implikasi terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Teknik bercerita digunakan untuk
menyampaikan pelajaran. Salah satu implikasi teknik bercerita ini adalah guru
dapat menyampaikan menarik minat murid-murid terhadap pelajaran yang
disampaikan. Hal ini kerana guru menceritakan kepada murid-murid berkenaan
dengan sesuatu situasi sebelum menyampaikan isi pelajaran kepada kelas.
Proses penceritaan ini dapat menarik minat murid-murid kerana cerita yang
diketengahkan adalah berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka iaitu
secara kontekstual. Mereka akan lebih mudah untuk memahami sesuatu situasi
atau cerita yang berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka. Perkaitan
akan dapat dilakukan oleh mereka.
Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
menarik. Alat bantu mengajar digunakan semasa sesi bercerita dijalankan.
Misalnya, guru menggunakan kad-kad gambar, topeng dan boneka semasa
bercerita. Guru bercerita dengan menggunakan bahan-bahan tersebut. Misalnya,
guru ingin mengajar berkenaan jenis-jenis rumah di Malaysia, guru menunjukkan
kad-kad gambar yang menunjukkan gambar-gambar rumah yang terdapat di
Malaysia. Kad-kad gambar ini akan menjadikan peneragan guru menjadi lebih
jelas. Apabila wujud contoh konkrit diberikan, maka murid-murid akan lebih
mudah untuk memahami isi pelajaran tersebut. Guru boleh bercerita sambil
menunjukkan model rumah. Model rumah tersebut boleh dijadikan contoh
sebagai salah satu model rumah yang terdapat di Malaysia. Proses bercerita
akan lebih berkesan dengan adanya alat bantu mengajar yang menarik dan
pelbagai ini.
Di samping itu, keadaan kelas adalah terkawal semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Dengan menggunakan teknik bercerita ini, guru
akan memastikan murid-murid supaya memberikan tumpuan sepenuhnya
semasa sesi ercerita dijalankan. Hal ini kerana murid-murid perlu fokus semasa
sesi bercerita dijalankan untuk mengenalpasti segala isi penting yang terdapat di
21
dalam cerita berkenaan. Apabila sema murid memberikan tumpuan yang
sepenuhnya, keadaan kelas akan menjadi terkawal iaitu tiada murid yang bising
sehingga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Kawalan kelas ini adalah sangat penting semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Hal ini jelas menunjukkan dengan menggunakan teknik
bercerita ini, murid-murid kurang membuat bising di dalam kelas tetapi
sebaliknya cuba untuk memberikan sepenuh penumpuan supaya dapat
memahami cerita yang disampaikan.
Seterusnya, Bercerita boleh dijadikan alat untuk melatih kemahiran
mendengar dan bertutur secara yang menyeronokkan. Hal ini demikian kerana
sewaktu bercerita, kanak-kanak atau guru juga tidak terikat dengan nada dan
intonasi perbualan yang biasa. Setiap patah perkataan perlu diucapkan
bersesuaian dengan cerita. Contohnya, sekiranya terdapat kisah harimau dalam
cerita itu, guru boleh memberi perhatian yang lebih sewaktu menyebut ‘harimau
meNGAUM’ bagi memberi kesungguhan bahawa harimau mengaum itu suatu
perbuatan yang dapat menunjukkan kegagahan. Guru tidak perlu untuk
membunyikan ‘ngauman’ itu, cukup kalau memberi penekanan dalam
sebutannya. Hal ini dapat mengelakkan jikaguru tidak dapat mengaum dengan
suara yang kuat dan dalam.
Di samping itu, guru juga dapat menerapkan nilai-nilai murni yang perlu
diamalkan seperti taat kepada ibu bapa, mendengar nasihat adik-beradik,
berkongsi kemudahan dalam kelas atau di rumah, dan pelbagai lagi bergantung
kepada kreativiti guru. Penerapan nilai ini dapat dilakukan semasa guru
bercerita. Di dalam cerita berkenaan, guru boleh menyelitkan nilai-nilai murni.
Secara tidak langsung, murid-murid akan terdedah dengan nilai-nilai murni yang
tersebut.
22
9.0 APLIKASI DALAM BILIK DARJAH
9.1Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro merupakan satu komponen penting untuk melatih guru
beberapa kemahiran mengajar. Pengalaman di dalam pengajaran mikro ini
dapat meningkatkan keyakinan diri dan melicinkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Fokus kepada kemahiran pengajaran khusus yang telah
dikenal pasti. Maklum balas dimantapkan dengan penggunaan video dan
borang penyeliaan bagi setiap kemahiran.
Komponen pengajaran mikro adalah bertujuan membentuk dan
meningkatkan kompetensi dasar mengajar terbatas dan mengajar terpadu
serta utuh. Pengajaran mikro ini dikecilkan dalam tiga kaedah iaitu Saiz kelas,
Jangka masa pengajaran dan Kesukaran tugasan. Saiz kelas adalah antara 6
hingga 10 orang sahaja. Jangka masa pengajaran adalah 5 hingga 10 minit.
Kesukaran tugasan adalah berfokus pada satu kemahiran bagi satu-satu
masa sahaja.
“… alasan untuk menyokong teknik ini ialah teknik ini membolehkan guru
memajukan himpunan kemahiran profesional dalam suasana pengajaran
yang keondusif, jauh daripada hiruk-pikuk suasana biasa, dan ini terutama
kepada guru pelatih yang baru mula, suasana yang agak selamat amat
penting untuk pembelajaran yang berkesan. ..”
Wragg, E.C. “Teaching Teaching (David dan Charles, 1974)
23
9.2Komponen pengajaran mikro penyoalan
Kemahiran penyoalan merupakan suatu kemahiran yang amat kompleks.
Sekiranya kemahiran ini digunakan dengan berkesan, tahap prestasi murid-
murid akan meningkat dan suasana pengajaran pembelajaran bertambah
aktif dan lebih membrangsangkan.
Komponen-komponen kemahiran dalam penyoalan asas adalah terdiri
daripada lapan faktor utama. Salah satu faktornya adalah pembentukan
soalan. Guru perlu berusaha membentuk soalan yang ringkas, tepat dan jelas
serta mudah difahami oleh murid-murid. seterusnya, soalan yang dibentuk
perlu berfokus. Misalnya, berikan jenis iklim yang terdapat di Malaysia.
Soalan juga boleh bertumpu lebih dari satu idea. Misalnya, berikan jenis iklim
yang terdapat di Malaysia dan nyatakan dua ciri utamanya. Selain itu, alih
hala soalan. Setelah guru mendapat satu jawapan daripada seorang murid,
dia mengalih hala soalan yang sama kepada seluruh kelas. Seterusnya,
sebaran. Guru menyebarkan soalan kepada seluruh kelas. Di samping itu,
hentian. Setelah mengemukakan soalan, guru akan berhenti seketika untuk
memberikan peluang kepada murid-murid memikirkan jawapan. Seterusnya,
melayani jawapan murid. setiap jawapan yang diberikan perlu dilayani
dengan baik . Sekiranya jawapan yang diberikan itu kurang tepat , guru perlu
cuba memperbaikinya dan jangalah diketepikan sahaja. Kalaulah jawapan
tersebut salah, guru tersebut perlu memberitahu murid dengan jelas. Selain
itu, membantu dengan memberi petunjuk. Sekiranya didapati murid-murid
tidak langsung dapat memberikan jawapan kepada soalan yang dikemukakan
guru, guru boleh membantu murid-murid memikirkan jawapan dengan cara
member petua-petua tanda saran (cues). Akhir sekali, mencungkil.
Komponen kemahiran ini digunakan apabila guru terus menyoal murid-
muridnya sehingga satu jawapan yang lebih baik diperolehi.
24
RANCANGAN PENGAJARAN MIKRO DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4 - PENYOALAN
Nama: Wan Nadia Wan Talib
Tarikh : 21 Ogos 2010
Masa : 30 minit
Bilangan murid : 40 orang
Tema : Rumah sebagai keperluan asas manusia
Topik :1.3 Jenis rumah
Sub topik :a) Rumah di Malaysia
Objektif : Di akhir pengajaran, murid akan dapat;
1) Menyenaraikan contoh rumah tradisional dan rumah moden di
Malaysia.
2) Menyatakan 3 perbezaan antara rumah tradisional dan rumah moden.
3) Menjelaskan reka bentuk rumah yang selesa dan berkualiti pada masa
hadapan.
Penerapan nilai murni
Menghargai, berani , kesyukuran, kerjasama, hormat menghormati, yakin dan
berbangga.
25
Penerapan unsur patriotisme
- Menanamkan rasa bangga di dalam diri murid terhadap kepelbagaian jenis
rumah yang terapat di Negara kita
- Berbangga terhadap nilai estetika seni binaan rumah di Negara kita
- Bersyukur dan berbangga dengan rumah sendiri
Bahan bantu mengajar
Buku teks kajian tempatan tahun 4 , buku rujukan kajian tempatan dan artikel di
internet.
Pengetahuan sedia ada
1- Murid terdedah dengan reka bentuk rumah tradisional sewaktu pulang ke
kampung
2- Murid pernah melihat rumah tradisional di media elektronik dan media cetak
Isi pelajaran:
Rumah di Malaysia:
i) Rumah tradisional
Rumah panjang
Rumah minangkabau
Rumah kampung
ii) Rumah moden
Banglo
Rumah teres
Rumah pangsa
Kondominium
26
Langkah Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
Catatan
Induksi set
(5 minit)
- Guru memperkenalkan diri
kepada murid.
- Sesi suai kenal.
- Guru bertanyakan kepada
murid-murid rumah jenis
apakah yang mereka tinggal.
- Murid berada di tempat
duduk masing-masing.
- Murid menjawab soalan-
soalan yang diketengahkan
oleh guru.
Teknik yang digunakan:-
- Penerangan
Langkah 1
( 5 minit )
- Guru menunjukkan kad-kad
gambar rumah tradisional
dan rumah moden yang
terdapat di Malaysia.
- Guru menyoal murid-murid ,
“ Cuba kamu nyatakan
apakah jenis rumah yang
cikgu tunjukkan?”
- Guru memberikan
penerangan berkenaan
dengan rumah tradisional
dan rumah moden yang
terdapat di Malaysia.
- Murid-murid melihat kad-kad
gambar yang ditunjukkan
oleh guru.
Teknik yang digunakan:-
- Penerangan
- Penyoalan
Alat Bantu Mengajar:-
- Kad-kad gambar
27
- Murid menjawab setiap
soalan yang ditanya oleh
guru
- Murid-murid mendengar
penerangan yang diberikan
oleh guru mereka
berdasarkan gambar yang
ditunjukkan.
Langkah 2
( 10 minit )
- Guru membahagikan murid
kepada 4 kumpulan
- Setiap kumpulan akan
mendapat sampul surat
yang berbeza.
- Guru bertanya ‘Nyatakan
tiga perbezaan rumah
tradisional dan rumah
moden?’
- Setiap kumpulan diberikan
masa untuk berbincang dan
menulis jawapan di atas kad
manila.
- Murid-murid berada di dalam
kumpulan masing-masing
dan berbincang mengenai
soalan yang diberikan oleh
guru.
- Wakil kumpulan akan tampil
ke depan untuk
membentangkan hasil kerja
Teknik yang digunakan:-
- Penyoalan
- Penerangan
- Perbincangan
Alat Bantu Mengajar
- Kad manila
- Sampul surat
- Kad berwarna
- Pita pelekat
28
mereka kepada kelas.
- Murid-murid yang lain
mendengar pembentangan
yang dilakukan oleh rakan
mereka.
Langkah 3
( 7 minit )
- Masih di dalam kumpulan
- Guru mengarahkan supaya
setiap kumpulan
menghasilkan satu model
rumah pada masa hadapan
yang selesa dan berkualiti.
- Murid-murid berbincang di
dalam kumpulan masing-
masing untuk melukis rumah
yang selesa.
- Hasil lukisan ditunjukkan di
hadapan kelas.
Teknik yang digunakan:-
- Penyoalan
- Soal jawab
- Perbincangan
- Kecerdasan pelbagai
( visual ruang)
Alat Bantu Mengajar
- Kertas lukisan
- Pensil
Penutup
( 3 minit )
- Guru merumuskan
pengajaran pada hari ini.
Teknik yang digunakan:-
- Penerangan
29
REFLEKSI
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan pada 30 Ogos hingga 4 Ogos
2010. Sebelum melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah, pensyarah subjek
Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial ( PSS 3111 ) telah memberikan tugasan
berkenaan dengan pengajaran mikro. Berdasarkan satu topik yang telah dipilih
daripada Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan tahun 4 dan 5 , guru pelatih dikehendaki
membina satu Rancangan Pengajaran Mikro berserta dengan komponen pengajaran
mikro dalam rancangan tersebut. Berdasarkan RPM yang telah dibina, guru pelatih
dikehendaki melaksanakan pengajaran tersebut dalam bilik darjah semasa PBS.
Sewaktu menjalankan pengajaran tersebut, terdapat beberapa kekuatan dan
kelemahan yang telah dikenalpasti. Antara kekuatan semasa menjalankan pengajaran
tersebut adalah murid-murid di dalam kelas 4 Murni memberikan kerjasama yang baik.
Saya telah menjalankan proses pengajaran mikro selama 30 minit untuk subjek kajian
tempatan. Saya telah memilih tajuk jenis-jenis rumah yang terdapat di Malaysia.
Sebelum memulakan aktiviti, saya telah melakukan sesi suai kenal dengan murid-
murid. Selepas itu, saya menyampaikan isi pelajaran dengan menunjukkan gambar-
gambar rumah yang terdapat di Malaysia. Mereka memberikan sepenuh perhatian
semasa saya melakukan penerangan dan memberikan tindak balas yang baik sewaktu
sesi soal jawab dilakukan.
Di samping itu, murid-murid amat menyukai aktiviti kumpulan. Saya telah
merangka beberapa aktiviti yang melibatkan kerja kumpulan. Antara aktiviti yang
melibatkan kerja kumpulan ialah menyenaraikan perbezaan antara rumah tradisonal
dan rumah moden serta melukis rumah pada masa hadapan. Murid-murid berkerja
dalam kumpulan. Di sini saya dapat melihat pembelajaran secara koperatif dilakukan.
Mereka berbincang di dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan teruja
melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Idea-idea disumbangkan untuk menghasilkan satu
kerja yang menarik dan baik.
Selain itu, murid-murid aktif semasa sesi soal jawab dilakukan. Memandangkan
pengajaran mikro saya adalah berfokus kepada penyoalan, kebanyakan aktiviti saya
30
melibatkan sesi soal jawab. Murid-murid berebut-rebut untuk menjawab soalan yang
diajukan oleh saya. Saya memilih murid-murid secara rawak untuk menjawab soalan
tersebut. Mereka teruja untuk mencuba lagi jika jawapan yang diberikan adalah kurang
tepat.
Pada masa yang sama juga, pengajaran mikro saya ini mempunyai
kelemahannya. Salah satu kelemahan yang dihadapi oleh saya ialah dari segi
pengurusan kelas. Semasa aktiviti kumpulan dilakukan, keadaan kelas agak kurang
terkawal. Hal ini kerana murid-murid terlalu teruja untuk melakukan aktiviti
menyebabkan mereka membuat bising. Namun, saya dapat mengatasi masalah ini
dengan melakukan teguran kepada mereka supaya melakukan tugasan tersebut
dengan senyap. Jika mereka bising, tiada pemenang untuk aktiviti-aktiviti yang
dilakukan.
Selain itu, saya juga mengalami masalah dengan penggunaan alat bantu
mengajar. Gambar yang disedikan adalah kurang besar untuk dilihat oleh murid-murid
yang seramai 40 orang. Saya terpaksa mengubah bahan bantu mengajar saya
daripada power point kepada kad gambar kerana tiada LCD. Masalah ini saya atasi
dengan menunjukkan gambar tersebut dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain.
Saya bernasib baik kerana mereka berada di dalam kumpulan. Hal ini memudahkan
lagi proses pengajaran saya.
Kesimpulannya, pengajaran mikro adalah amat penting kepada saya. Setelah
melakukan pengajaran mikro ini saya telah memperolehi kekuatan dan kelemahan hasil
daripada pengajaran mikro saya. Tugasan ini dapat membantu saya sewaktu menjadi
guru pada masa hadapan. Pengalaman melakukan tugasan ini adalah sungguh
berharga dan berguna kepada saya untuk mengajar di sekolah pada masa akan
datang.
31