21
Pengertian syahadah Syahādah ( هادة ش لا), atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keEsaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad sebagai RasulNya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan rukun pertama di dalam Rukun Islam. Apabila diucapkankan, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan dirinya sebagai penganut baru agama Islam. Mengucapkan Kalimah merupakan satu amalan kebaikan paling besar disisi Allah, dan tidak mengucapkannya merupakan kemunkaran paling besar disisi Allah. Segala dosa akan diampunkan olah Allah bagi yang mengucapkannya dan bermula dia mengakui Allah sebagai tuhan untuk ditaati dan mengikut cara yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w Lafaz syahada ialah : Ertinya ialah : Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Syahadah ini hendaklah dilafazkan dengan lidah dan ditasdiqkan(ingatkan dengan tetap) di dalam hati. Ia adalah satu pengakuan dan penjelasan ikrar daripada seorang hamba untuk bertuhankan Allah dan bernaqibkan Nabi Muhammad SAW. Ia adalah garis pemisah antara yang batil dan yang hak. Syed Qutb menjelaskan: Sesunguhnya ciri pertama yang membezakan tabiat (masyarakat Islam) ialah masyarakat yang tegak di atas dasar mengabdikan diri hanya

Pengertian Syahadah

  • Upload
    yunohu

  • View
    248

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

syair cinta

Citation preview

Page 1: Pengertian Syahadah

Pengertian syahadah

Syahādah (الشهادة), atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam

keEsaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad   sebagai RasulNya. Mengucap dua kalimah

syahadah merupakan rukun pertama di dalam Rukun Islam. Apabila diucapkankan, seseorang

itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan dirinya sebagai penganut baru agama Islam.

Mengucapkan Kalimah merupakan satu amalan kebaikan paling besar disisi Allah, dan tidak

mengucapkannya merupakan kemunkaran paling besar disisi Allah. Segala dosa akan

diampunkan olah Allah bagi yang mengucapkannya dan bermula dia mengakui Allah sebagai

tuhan untuk ditaati dan mengikut cara yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w

Lafaz syahada ialah :

Ertinya ialah : Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku

naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Syahadah ini hendaklah dilafazkan dengan lidah dan ditasdiqkan(ingatkan dengan

tetap) di dalam hati.

Ia adalah satu pengakuan dan penjelasan ikrar daripada seorang hamba untuk bertuhankan

Allah dan bernaqibkan Nabi Muhammad SAW. Ia adalah garis pemisah antara yang batil dan

yang hak. Syed Qutb menjelaskan: Sesunguhnya ciri pertama yang membezakan tabiat

(masyarakat Islam) ialah masyarakat yang tegak di atas dasar mengabdikan diri hanya kepada

Allah di dalam semua perkara dan semua urusan perhambaan ini dilambang dan dibentuk oleh

syahadah, (sesungguhnya tidak ada tuhan yang disembah kecuali Alllah dan sesungguhnya

Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah).

         Ia merupakan rukun yang pertama dari dasar Islam, bahkan rukun yang lain tidak akan

tegak sekiranya syahatain ini tidak berdiri dengan sempurna. Seluruh anggota tubuh manusia

yang hidup tidak akan berfungsi sekiranya nyawanya tidak ada. Begitu juga kalimah syahadah

merupakan roh setiap aspek ajaran Islam. Setiap amal atau ibadah seorang Muslim yang bukan

Page 2: Pengertian Syahadah

kerana Allah ibarat menanam benih yang mati. Oleh sebab itu setiap amal kebajikan orang-

orang  fakir dianggap tidak ada harga di sisi  Allah.

   Firman Allah SWT :

 Ertinya : “Dan kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka itu kerjakan daru jenis amal

(yang mereka pandang baik ), lalu kami jadikan dia terbang sebagai debu yang berterbangan.”

   Dr.Abdul Karim Zaidan menjelaskan bahawa al-syahadah bererti pengakuan, pemberitahuan

dan keterangan (pernyataan). Sebab itulah orang yang menyaksikan sesuatu peristiwa itu

dinamakan saksi, kerana dia memberitahu engan apa yang diketahuinya, baik dengan secara

perkataan mahupun dalam bentuk perbuatan.

         Ustaz Sulaiman Yasin menyatakan syahadah ialah lafaz yang khusus diucapkan oleh

seseorang untuk mengkhabarkan apa yang berlaku dalam diri seorang tentang ilmu atau

keyakinan akan mewujudkan zat Allah , ketunggalan dan keesaan Allah, juga tentang

kebenaran rasul dan kebenaran apa yang disampaikan.

         Kalimah syahadah juga mengandungi pengertian persetujuan, pengakuan dan keyakinan.

Kerana itu setiap orang yang mengakui tentu meyakinkan kebenaran apa yang mereka akui di

dalam hatinya. Sekiranya akuan di lidahnya bertentangan dengan apa yang diakui oleh hatinya

maka pengakuan yang demikian dinamakan sebagai pengakuan yang dusta kepada Allah.

         Allah SWT berfirman:

Ertinya:

“Apabila orang-orang Munafik datang kepada mu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami

mengakui bahawa sesungguhnya engkau, sebenarnya Rasulullah.” Dan Allah sememangnya

mengetahui bahawa enkau sebenar-benarnya Rasulullah.” Dan Allah sememangnya

mengetahui bahawa engkau sebenarnya ialah Rasulnya, serta Allah menyaksikan bahawa

sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.”

         Dengan ini pengertian syahadah ialah pengakuan, pemberitahuan, pengiktirafan,

menerangkan, dan menjelaskan mengenai keyakinan kepada Allah yang wajib disembah dan

mengakui bahawa Muhammad ialah pesuruh Allah.

Hadith: 

Page 3: Pengertian Syahadah

Daripada ˜Itban bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Tiada

seorang pun yang mempersaksikan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah

melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah utusan Allah lalu ia masuk neraka ataupun

neraka membakarnya. �

Huraian Hadith: 

Mengucap dua kalimah syahadah adalah salah satu daripada Rukun Islam. Ia mesti dizahirkan

dengan lidah, dibenarkan dengan hati dan dilaksanakan dengan anggota badan. Ini adalah satu

bentuk pengakuan beriman yang lahir dari hati yang ikhlas beriman kepada Allah dan Rasul-

Nya. Sesiapa yang membuat suatu pengakuan dan bersyahadah tetapi tidak mempercayai

perkara yang disebutkannya, maka penyaksiannya adalah dusta dan bohong kerana perkara

yang dinyatakan itu adalah tidak selari dengan keyakinannya sendiri dan itu adalah di antara

sifat orang-orang munafik.

Rukun-rukun syahadah :

1. Mengisbatkan Zatullah

2. Mengisbatkan Sifatullah

3. Mengisbatkan Af'al Allah.

4. Menetapkan kebenaran Rasulullah

1. Bagi mengisbatkan (menetapkan) zatullah itu ada (wujud), dan adaNya tidak berjirim dan

berjisim, sedia (qidam), tiada permulaan dan kesudahan, tidak binasa, bersalahan bagi yang

baru (mukhalafatuhu lil hawadith), tidak sama dengan wujud yang baru, ada dengan sendiriNya

(qiyamuhu binafsihi), mustahil dia dijadikan, dan ada zatNya itu Esa (wahdaniyah), mustahil

berbilang-bilang.

2. Mengisbatkan (menetapkan) sifat-sifat Allah hidup, berilmu, berkehendak, berkuasa,

mendengar, melihat dan berkata-kata.

3. Mengisbatkan (menetapkan) af’al Allah iaitu segala kuasa pada sekelian kewujudan

Page 4: Pengertian Syahadah

makhlukNya, tiada kerana dengan suatu kerana, tiada sebab dengan suatu sebab, tiada syarat

dan mani’ yang menegahnya yakni berbuat Allah ta’ala dengan kehendakNya.

Di dalam kalimah syahadah ianya mengandungi 4 makna :

1. Tiada yang diabdikan dengan haq melainkan Allah

2. Tiada yang dituntut dengan haq melainkan Allah

3. Tiada yang dimaksudkan dengan haq melainkan Allah

4. Tiada yang ada dengan haq melainkan Allah

Keempat-empat makna tersebut hendaklah diketahui dengan terperinci yakni dengan jalan

tafsil, dari seorang guru yang faham dan boleh menghuraikannya. Tanpa mengetahui, maka

batallah syahadah seseorang itu, kerana tiada kesempurnaan pengetahuannya bagi

melafazkan kalimah LA ILAHA ILLALLAH.

4. Mengisbatkan kebenaran Rasulullah atau hakikat rasul. Yang dikatakan hakikat rasul itu

adalah 7 sifat ma’ani yang qadim, yang berasal daripada rohullah atau dinamakan juga

nabiyullah yang menerima dan akan menyampaikan amanah daripada zat wajibal wujud yang

bernama Allah. Kemudian, sifat ma’ani inilah yang menjadi kenyataan bagi sekalian makhluk

khususnya manusia. Maka hendaklah disabitkan atau diserahkan kembali kepada zatullah yang

empunya hidup (hayyun bizatihi), dan seterusnya hingga ke tujuh sifat tersebut sebagaimana

yang dikehendaki maksud atau tujuan daripada kalimah syahadah. Dan di sini juga yang

diertikan ‘maqam rasul’ kerana rasul juga tidak berkuasa, dia hanya menyampaikan amanah

Allah dengan lafaz kalamnya LA ILAHA ILLALLAH. Dan sebaliknya jika tidak wujud rasul, maka

tidak zahirlah kenyataan kalimah LA ILAHA ILLALLAH. Amanah Allah buka hanya tertentu

semata-mata dipikul oleh nabi Muhammad sahaja, bahkan ianya dipikul oleh setiap manusia

yang sanggup menerimanya, ketika alam roh sebelum dizahirkan ke dunia yang fana ini.

Page 5: Pengertian Syahadah

Iman

Dari segi bahasa, perkataan Iman (إيمان) diambil daripada kata kerja 'Āamana' (ءامن) yang

bermaksud "percaya" (yukminu (يوءمن) yang bererti "percaya" atau "membenarkan". Ia juga

membawa pengertian yang sama seperti I'tiqad (اعتقاد), tapi pada pengertian berbeza.

Manakala dari segi pengertian secara harafiah dalam Islam, Iman (اإليمان) bererti "percaya

kepada Allah". Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya

(mukmin). Perkataan Iman yang bererti "membenarkan" itu disebutkan dalam al-Quran, di

antaranya dalam Surah At-Taubah ayat 61 yang bermaksud:

“Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka

berkata: "Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa

yang didengarnya)". Katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia

beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi

orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu,

bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”[al-Quran 9:61 (Basmeih)]

Dalam Islam, hanya sekadar mempercayai (yukminu) adalah masih belum memadai

sebagai beriman jika masih tidak beramal dan berpegang dengan I'tiqad. Seperti yang tertulis

dalam Surah Al-Hujurat ayat 14 yang bermaksud:

“Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu

belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap

masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: 'kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat

kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala

amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".”[al-

Quran 49:14 (Basmeih)]

Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a.

yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan

perbuatan dengan anggota."

Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan

dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."

Page 6: Pengertian Syahadah

Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan)

membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-

anggota)."

Iman pada maknawi sebenar ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan,

dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang

percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan

beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang

Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.

Rukun-rukun iman

rukun-rukun iman

1. beriman kepada

Allah

2. beriman kepada

malaikat

3. beriman kepada

kitab

4. beriman kepada

rasul

5. beriman kepada

hari akhirat

6. beriman kepada

qada dan qadar

Page 7: Pengertian Syahadah

Beriman kepada Allah

Konsep yang paling asas ialah percaya bahawa tuhan itu satu (Tauhid). Konsep keesaan Allah

ini adalah mutlak, dan tidak relatif kepada apa apa jua yang wujud di dunia ini. Dalam Surah Al-

Ikhlas,

د� �ح� أ �ف�و�ا ك �ه� ل �ن �ك ي �م �د o و�ل �ول ي �م و�ل #د �ل ي �م الص�م�د� o ل �ه� د� o الل �ح� أ �ه� الل ه�و� ق�ل

—Surah Al-Ikhlas, Ayat 1-4

"Katalah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu tunggal. Allah tempat meminta. Tidak Dia

beranak dan tidak juga Dia diperanakkan. Dan tiada yang serupa denganNya, Dialah

Tuhan yang Esa."

Dalam Bahasa Melayu, perkataan Allah sememangnya dikhaskan untuk merujuk Tuhan

dalam Islam. Walaubagaimanapun, perkataan Arab Allah boleh diterjemahkan juga kepada

perkataan Tuhan kerana Allah bukanlah nama khas untukNya. Ini berbeza dengan Yahudi,

kerana nama Yahweh adalah nama khas tuhan mereka. Walaupun tiada imej visual Tuhan

atau gambaran mengenaiNya (disebabkan larangan dalam memuja sesuatu), Muslim

mendefinisi Tuhan melalui sifat-sifatNya, yang dikenali sebagai 99 nama Allah.

Wajib bagi orang Islam lelaki dan perempuan yang telah baligh dan berakal untuk

mengetahui sifat-sifat wajib bagi Allah, sifat-sifat mustahil dan sifat jaizNya, yang jumlah

kesemuanya ada 41. Sifat-sifat wajib Allah ada dua puluh, sifat-sifat mustahil juga dua

puluh dan sifat harus/jaizNya ada satu.

Allah ialah nama bagi Tuhan yang sebenar. Allah yang mencipta seluruh alam dan isinya.

Allah yang mengatur dan menjaganya. Allah tidak boleh dilihat, tetapi bukti-bukti sangat

banyak untuk menunjukkan pada akal yang waras dan adil bahawa Allah itu wajib ada.

Bukan sekadar kita wajib mempercayai bahawa Allah itu ada, bahkan wajib pula kita

menyembah NYA.

Untuk hendak mempercayai Allah dan menyembah NYA, manusia wajib mengenal Allah

dengan betul. Dan untuk hendak mengenali Allah dengan betul, manusia mestilah mencari

dan mengkaji dalil-dalil dari Al Quran, Hadis dan Akal. Jika kita tidak mengenal Allah

dengan betul, nescaya akan sesat dan kafirlah kita.

Page 8: Pengertian Syahadah

Beriman dengan malaikat

Rukun iman yang kedua ialah percaya kepada Malaikat. Setiap muslim yang mengucap

syahadah wajib mempercayai adanya malaikat. Malaikat juga adalah makhluk Allah yang

diciptakan dari cahaya. Zat malaikat adalah halus, tidak nampak oleh mata kasar manusia biasa

tetapi mampu dilihat oleh manusia yang luar biasa seperti Nabi dan Rasul. Rupa malaikat yang

sebenar hanya Allah sahaja yang tahu. Namun berdasarkan hadis, malaikat mampu menjelma

dalam pelbagai rupa manusia dan bentuk makhluk yang lain. Ia berakal, boleh berkata-kata dan

boleh bergerak ke suatu jarak yang jauh dalam masa yang singkat. Keadaan malaikat semata-

mata adalah untuk taat dan menjalankan titah perintah Allah. Malaikat itu tidak makan dan tidak

minum, tidak mengantuk dan tidak tidak tidur, tidak juga ia berasa penat dan letih.

Malaikat sangat banyak bilangannya dan Allah sahaja yang tahu bilangan sebenarnya. Dalam

ilmu Tauhid, umat Islam diwajibkan mengenal 10 malaikat dan tugasan mereka. Iaitu :

Malaikat Jibrail : Tugasnya membawa wahyu dari Allah Ta’ala kepada Rasul-rasul dan Nabi-

nabi, juga menguruskan bala seperti gempa bumi, air bah, ribut dan lain-lain lagi.

Malaikat Mikail : Tugasnya membawa rezeki dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan,

membiakkan haiwan, mengeluarkan hasil galian bumi.

Malaikat Israfil : Tugasnya untuk meniup “sangkakala” ketika sampai masa kiamat iaitu bumi

akan hancur dab sekali lagi ia meniup sangkakala itu ketika sampai masa manusia hidup

semula dan keluar dari kubur untuk perhitungan di akhirat.

Malaikat Maut : Tugasnya ialah mengambil nyawa, iaitu mematikan apabila sudah sampai ajal,

dan tugasnya mengambil nyawa tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lewat sesaat.

Malaikat Munkar : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.

Malaikat Nakir : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.

Malaikat Raqib : Tugasnya ialah menulis pahala bagi orang yang membuat kebaikan.

Malaikat Atid : Tugasnya adalah untuk menulis dosa bagi orang yang membuat mungkar dan

kejahatan.

Malaikat Ridhwan : Tugasnya menjaga syurga.

Malaikat Malik : Tugasnya menjaga neraka.

Page 9: Pengertian Syahadah

Frman Allah Ta’ala Surah At Tahrim ayat 66:

Malaikat itu tidak menderhaka kepada Allah mengenai apa yang DIA perintah kepada mereka,

dan mereka membuat apa jua perintah oleh-NYA.

Malaikat dijadikan Allah untuk menjalankan tugas-tugas yang tertentu dan berlainan. Setiap

tugasan yang diberikan Allah kepada Malaikat, akan dilakukan oleh Malaikat tanpa kompromi.

Zaman sekarang, sudah ada orang yang mendakwa mampu menghalang tugas Malaikat. Ada

yang mendakwa boleh “slow talk” dengan 'Izrail untuk tidak mencabut nyawa seseorang.

Sedangkan ‘Izrail yang ditugaskan untuk mencabut nyawa, apabila sudah sampai ajal

seseorang sebagaimana yang tertulis di Lauh Mahfuz, 'Izrail akan menjalankan perintah yang

Allah arahkan dengan mencabut ajal makhluk tersebut, tidak cepat sesaat dan tidak lewat

sesaat. Begitulah yang diperjelaskan dalam ilmu Tauhid Ahlus Sunnah wal Jamaah. Jelas

menunjukkan dakwaan ahli bidaah ini bertentangan dengan Al Quran Surah At Tahrim ayat ke

66. Sekaligus kenyataan dan dakwaan mereka telah membatalkan keIslaman dan keimanan

mereka.

Percaya adanya Malaikat yang telah diciptakan oleh Allah untuk melaksanakan perintah Allah.

Allah menciptakan Malaikat dari Nur iaitu cahaya. Maka, Malaikat tidak terdiri daripada jisim dan

tidak diberikan nafsu untuk makan, minum atau tidur. Malaikat juga tidak mempunyai jantina

untuk memudahkan mereka mentaati Allah sepanjang masa.

Beriman kepada kitab

Salah satu daripada Rukun Iman agama Islam adalah percaya kepada kitab-kitab yang telah

diturunkan oleh Allah.

Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul

untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan kitab Al-Quran.

Kitab-kitab terbahagi dua:

Suhuf - Pedoman yang tidak begitu lengkap mengandungi hanya hukum-hakam dasar yang

perlu diterangkan kepada manusia umumnya. Jumlah suhuf 100 buah

Nabi Allah Shith(a.s) 50 suhuf

Nabi Allah Idris(a.s) 30 suhuf

Page 10: Pengertian Syahadah

Nabi Allah Ibrahim(a.s) 10 suhuf

Nabi Allah Musa(a.s) 10 suhuf

Kitab-kitab yang wajib diimankan adalah:

Taurat: diturunkan kepada Nabi Musa a.s.

Zabur: diturunkan kepada Nabi Daud a.s.

Injil: diturunkan kepada Nabi Isa a.s.

Al-Quran: diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Orang Islam percaya bahawa pada masa kini, kitab-kitab selain Al-Quran telah diubahsuai

mengikut kehendak pihak-pihak tertentu; maka ia bukan lagi merupakan naskah-naskah yang

tulen. Al-Quran menyempurnakan segala kitab-kitab yang terdahulu.

Beriman kepada nabi dan rasul

Beriman kepada nabi dan rasul ialah meyakini bahwa nabi dan rasul itu benar-benar diangkat

oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan hidup yang baik yang diredhai

Allah. Islam mengajar umatnya bahawa Allah menyampaikan wahyuNya melalui malaikat

kepada nabi dan rasul. Nabi ialah seorang lelaki yang dipilih Allah untuk menerima wahyu untuk

kegunaan dirinya dan umatnya sahaja.

Rasul dan nabi merupakan manusia biasa. Islam menghendaki penganutnya untuk

mempercayai setiap nabi dan rasul ini dan tidak membezakan mereka antara satu sama

lain. Rasul pula merupakan seorang lelaki yang dipilih untuk menerima wahyu untuk dirinya

serta disampaikan kepada orang lain. Dilaporkan terdapat 313 orang telah dipilih sebagai rasul

sejak bermulanya penciptaan manusia. Manakala bilangan nabi pula adalah 124,000 orang

(termasuk rasul). Terdapat 25 rasul yang dinyatakan dalam Al-Quran, dan lima dari rasul

tersebut adalah Ulul Azmi iaitu; , Nuh,Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad. Ulul Azmi adalah

gelaran yang diberikan kepada rasul Allah yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam

menyampaikan risalahnya.

Muhammad SAW merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Ini bermakna tiada nabi dan rasul

akan dilantik selepas kewafatan baginda. Baginda telah menyampaikan peringatan terakhir

(iaitu Al Quran dan As Sunnah) kepada manusia sebelum berlakunya hari kiamat.

Page 11: Pengertian Syahadah

Rasul diberi tugas oleh Allah. Secara umumnya, tugas nabi dan rasul adalah membawa

kebenaran, memberikan khabar gembira dan peringatan kepada umatnya agar mereka menjadi

umat yang beriman kepada Allah agar tidak sengsara dunia dan akhirat. Para rasul diberi

wahyu oleh Allah yang membuktikan bahwa mereka adalah pembimbing dalam segala amal

perbuatannya pantas dijadikan cermin tauladan.

Apakah hikmah atau faedah diadakan Rasul dan Nabi ?

Antara faedahnya ialah Allah mahu diri NYA dikenali. Rasul dan Nabi diutus kepada umat

manusia agar umat manusia kenal Allah sebagai Tuhan yang menciptakan alam ini. Dengan

adanya Rasul dan Nabi, manusia akan kenal dengan tepat dan siapa Tuhan yang sebenar,

serta faham pula kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan sebagai seorang makhluk yang

diciptakan Allah SWT. Jika seseorang yang diciptakan Allah tidak kenal siapa Tuhannya yang

sebenar dan tidak mengakui keagungannya dengan jalan yang sebenar, nescaya sesatlah

dirinya dan segala amal kebajikan yang dilaksanakannya tiada nilai disisi Allah.

Sifat-sifat Rasul dan Nabi

Ada 4 sifat yang Wajib bagi Rasul/Nabi. Ada 4 sifat yang Mustahil bagi Rasul/Nabi. Ada satu

sifat yang Harus bagi Rasul/Nabi.

1. Siddiq maknanya Benar. Apa yang disabdakan oleh Rasul/Nabi adalah benar dan dibenarkan

kata-katanya. Siddiq dan sadiqul masduq. Rasul/Nabi tidak berkata-kata melainkan apa yang

telah diwahyukan oleh Allah SWT. Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat KIZZIB (Dusta ).

Mustahil Rasul/Nabi mengatakan sesuatu yang tidak dia ketahui dan tidak diwahyukan Allah

kepadanya. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia (Rasulullah SAW) mengucapkan mengikut

kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan.

(An-Najm: 3-4).

2. Sifat yang wajib bagi Rasul/Nabi adalah AMANAH. Amanah ialah Rasul/Nabi akan

melakukan sesuatu serta melaksanakan hukum-hukum Allah dengan benar dan tepat

sebagaimana yang diwahyukan Allah SWT. Dan juga Rasul/Nabi tidak memungkiri janji.

“Barangsiapa yang berdusta atas nama ku, siapkanlah tempatnya di dalam api neraka “

(Bukhari, Muslim )

Maka mustahil Rasul/Nabi bersifat KHIANAT iaitu tidak amanah dan mungkir janji.

Page 12: Pengertian Syahadah

3. Wajib bagi Rasul/Nabi bersifat dengan sifat TABLIGH iaitu menyampaikan. Rasul/Nabi

menyampaikan kepada umatnya apa yang Allah wahyukan kepadanya. Mustahil Rasul/Nabi

bersifat dengan sifat KITMAN iaitu menyembunyikan.

4. Wajib bagi Rasul/Nabi bersifat dengan sifat FATANAH iaitu bijaksana. Rasul/Nabi mampu

memahami perintah-perintah Allah dengan betul dan tepat. Mampu pula berhadapan dengan

penentang-penentangnya dengan bijaksana dengan bukti-bukti yang kukuh. Mustahil

Rasul/Nabi bersifat dengan sifat Jahlun iaitu bebal.

Dan satu sifat yang jaiz atau sifat yang harus bagi Rasul/Nabi ialah Aradhul Basyariyah iaitu

untuk bersifat dengan sifat-sifat yang dipunyai oleh manusia-manusia biasa. Seperti ingin

makan, berkahwin, mempunyai zuriat dan sebagainya.

Beriman kepada hari kiamat

Kita wajib percaya akan datangnya Hari Kemudian atau akhirat sebagaimana yang difirmankan

oleh Allah SWT dalam al-Qur’an. Di terangkan bahawa pada akhir zaman akan datang suatu

hari di mana semua makhluk yang ada akan menjadi rosak dan binasa, dimusnahkan dan akan

dibangunkan semula. Kerana itu, hari akhirat turut mendapat julukan

hari kiamat atau pembangkitan.

Setelah segalanya hancur pada hari kiamat, Allah memerintahkan kepada malaikat Israfil untuk

bangun terlebih dahulu dan melaksanakan perintah Allah SWT meniup sangkakala, maka

bangunlah nyawa yang telah mati untuk dihadapkan ke pengadilan Allah SWT dan

mempertanggungjawabkan segala amal perbuatannya selama di dunia. Itulah hari pembalasan.

Siapa yang amalannya lebih banyak dengan kebaikkan akan mendapat kebahagiaan di syurga.

Sebaliknya, bagi amalannya lebih banyak yang jahat akan mendapat siksaan dan ditempatkan

di neraka.

Beriman kepada qada dan qadar

Kita wajib percaya bahawa segala sesuatu yang telah terjadi dan yang akan terjadi, semuanya

itu, menurut apa yang ditentukan dan ditetapkan oleh Tuhan Allah, sejak sebelumnya (zaman

azali). Jadi segala sesuatu itu (nasib baik dan buruk) sudah diatur dengan rencana-rencana

tertulis atau batasan-batasan yang tertentu. Tetapi kita tidak dapat mengetahuinya sebelum

terjadi. Rencana sebelumnya itu Qadar atau Takdir bermaksud ketetapan. Terlaksananya

Page 13: Pengertian Syahadah

berupa kenyataan, dinamakan Qada bermaksud keputusan perbuatan (pelaksanaan).

Sebahagian Ulama’ menamakan takdir itu juga qada dan qada.

Perkaitan iman dengan kekuatan ibadad

Allah merupakan Khaliq yang menciptakan manusia. Sudah pasti Yang Menciptakan

mengetahui baik & buruk makhluk ciptaan-Nya. Lumrah manusia akan merasakan suatu

ketenangan yang jarang diungkap dengan perkataan apabila kembali ke tempat yang harus kita

kembali. Misalnya seorang anak yang merantau ke luar bandar dapat merasa ketenangan

setibanya pulang ke kampung halaman bertemu ibubapa yang mendidik & membesarkan

mereka. Inikan pula Allah yang menciptakan manusia. Hal ini membenarkan firman-Nya yang

Maha Agung:

Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah dengan mengingati Allah, tenang tenteramlah hati-hati manusia.

Jelaslah keimanan seseorang sudah cukup untuk mendatangkan ketenangan dalam diri

seseorang hamba. Keimanan kepada Allah merupakan amal yang seiring dengan fitrah

penciptaan seseorang manusia.

Keimanan yang mendalam menggalakkan diri seseorang melakukan amalan yang hanya

diredhai-Nya di samping meninggalkan apa yang dilarang-Nya orang yang beriman memahami

hikmah perintah & larangan-Nya. Terdapat sepotong hadith yang membuktikan bahawa iman

mampu menjauhkan diri dari maksiat:

“Tidak berzina seseorang yang berzina, sedangkan ketika ia berzina dalam keadaan beriman, tidak mencuri seseorang pencuri itu sedangkan ia dalam keadaan beriman, dan tidak minum arak seseorang peminum arak sedangkan ia dalam keadaan beriman” [Riwayat Bukhari & Muslim]

Apabila seseorang muslim itu menjaga dan menguatkan iman. Nescaya, akan mendapat kurniaan kekuatan ukhuwah yang berteraskan iman dalam diri masing-masing. Firman Allah SWT :

Maksudnya: “Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” [Al-Anfal 8:63]

Page 14: Pengertian Syahadah

Iman dan aqidah saling mempengaruhi antara satu sama lain. Kualiti iman menjamin

utuhnya pegangan aqidah seseorang. Sirah rasul-rasul terdahulu membuktikan kemantapan

iman yang diterapkan rasul kepada pengikut-pengikutnya telah mengutuhkan aqidah mereka

walau diseksa pihak kuffar dan musyrikin. Di zaman Nabi S.A.W, keislaman Sumayyah telah

tersebar di kota Mekah menyebabkan beliau serta keluarga diseksa sehingga syahid namun

tidak berganjak keimanan dan aqidah mereka kepada Allah walau di saat peritnya diseksa

musyrikin.

 Begitu juga dengan Bilal Bin Rabah yang diseksa tuannya, Umayyah Bin Khalaf di

tengah padang pasir ditambah pula dengan batu yang besar diletakkan di atas dada beliau.

Namun, keimanan yang diterap Rasulullah S.A.W berhasil mendidik aqidah beliau supaya

meng-Esakan Allah.

Selain itu, muslim yang mempunyai iman yang mantap akan senantiasa bermuqarabah.

Muraqabah telah jelas didefinisikan melalui hadith riwayat al-Baihaqi yang bermaksud; “Iman

seseorang yang paling utama adalah dia menyedari bahawa Allah sentiasa ada bersamanya di

mana pun”. Hadith tersebut juga jelas membuktikan pengaruh & kesan iman ke atas individu.

Orang yang beriman amat yakin dan percaya bahawa Allah itu bersifat al-Basir, Yang Maha

Melihat. Walau di mana saja mereka berada, mereka tidak memerlukan Closed Circuit

Television (CCTV) ciptaan manusia untuk tidak berkelakuan buruk. Cukuplah bagi mereka Allah

melihat kelakuan mereka seharian kerana apa yang perlu dikejar hanyalah redha-Nya yang

mengatasi segalanya dan bukan pandangan manusia yang tidak menguntungkan.

Seterusnya, Nikmat beribadah merupakan kurniaan Allah kepada hamba yang

dikehendaki. Sukar bagi seseorang mampu mencapai nikmat tersebut sekiranya keimanan

kurang terpelihara. Siapalah yang tidak berkeinginan untuk merasai nikmat tersebut kerana

ganjaran redha-Nya merupakan sebaik-baik ganjaran di dunia mahupun akhirat.

 Sekiranya umat manusia memahami erti nikmat ibadah, sudah tentu ditinggalkan

segala larangan-Nya hanya untuk melakukan kerja seharian sebagai ibadah kepada- Nya. Tak

hairanlah sahabat-sahabat Nabi sanggup meninggalkan urusniaga sekiranya terdengar laungan

azan. Walaupun urusniaga tersebut dikira sebagai ibadah, namun ibadah solat perlu lebih

diutamakan. Bagaimana iman mampu mempengaruhi kerajinan seseorang dalam melakukan

tugasan seharian? Oleh kerana orang beriman mampu merasai nikmat melakukan ibadah,

ianya mendorong seseorang untuk sentiasa melakukan kerja sebaik mungkin demi mencapai

nikmat yang tertinggi dari-Nya.

Page 15: Pengertian Syahadah

 “Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu, maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu, maka dengan hatinya. Yang demikian itulah selemah-lemah iman” [Riwayat Muslim] 

 Hadith di atas telah menyatakan selemah-lemah iman adalah mereka yang mencegah

kemungkaran dengan hati. Jadi jelaslah keimanan seseorang mampu dinilai tahapnya menerusi

cara pencegahannya. Iman mempengaruhi keupayaan seseorang untuk mencegah

kemungkaran kerana iman mendorong untuk menjauhi kemungkaran bukan terhadap diri

sendiri sahaja, malah menjaga persekitaran supaya sentiasa berada dalam keadaan yang

diredhai-Nya. Amar ma’ruf nahi munkar amatlah ditekan al-Quran dan hadith. Malah, tokoh-

tokoh pemikir Islam juga amat menggalakkan amal ini sehingga beberapa pendapat ulama’

telah mewajibkan amar ma’ruf nahi munkar yang seharusnya menjadi rukun Islam itu sendiri.

Imam Ghazali juga berpendapat bahawa hukum asal dakwah adalah fardhu kifayah sekiranya

terdapat pemerintahan khilafah Islamiyah. Namun, menjadi fardhu ain mengikut kemampuan

sekiranya terjatuhnya khalifah Islam.