9
Program Sarjana Muda Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) dengan Kepujian Pengenalan Program empat (4) tahun atau lapan (8) semester. Mengintegrasikan prinsip dan konsep dalam bidang sains pemakanan, teknologi, pengurusan dan keusahawanan. Bidang fokus adalah analisis makanan, pemprosesan, pembungkusan, pengeluaran dan pemasaran makanan. Latihan industri dijalankan selama enam (6) bulan. Objektif Pembelajaran Program (PEO) Program ini akan melahirkan ahli profesional yang berupaya untuk; PEO 1: Mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran berfikir bagi membina pemahaman yang 1

Pengenalan Teknologi Makanan-1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ok

Citation preview

4

Program Sarjana Muda

Sarjana Muda Sains (Teknologi Makanan) dengan Kepujian

Pengenalan

Program empat (4) tahun atau lapan (8) semester. Mengintegrasikan prinsip dan konsep dalam bidang sains pemakanan, teknologi, pengurusan dan keusahawanan.

Bidang fokus adalah analisis makanan, pemprosesan, pembungkusan, pengeluaran dan pemasaran makanan.

Latihan industri dijalankan selama enam (6) bulan.

Objektif Pembelajaran Program (PEO)

Program ini akan melahirkan ahli profesional yang berupaya untuk;

PEO 1:Mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran berfikir bagi membina pemahaman yang mendalam berkaitan permasalahan sains dan teknologi makanan dalam konteks gunaan.PEO 2:Berkomunikasi secara berkesan sebagai seorang ahli multidisiplin dalam kerjaya profesional mereka melalui kaedah lisan dan penulisan.PEO 3:Melaksanakan tanggungjawab secara professional bagi memenuhi kehendak pelanggan, organisasi, sosial dan negara serta bertindak secara beretika.PEO 4:Menunjukkan keprihatinan terhadap konteks alam sekitar, sosial dan ekonomi di tempat kerja dan memiliki komitmen yang tinggi untuk melaksanakan amalan yang beretika.

Hasil Pembelajaran Program (PLO)

Setelah menamatkan program ini, pelajar berupaya untuk;

PLO 01 :

Memperolehi pengetahuan dan kefahaman tentang konsep-konsep asas yang mencukupi dalam sains dan teknologi makanan.PLO 02 :

Melaksanakan kemahiran-kemahiran sains dan teknologi makanan (seperti penyampaian, makmal,komputer, penyelesaian masalah dan kemahiran teknik) dalam pelbagai situasi.PLO 03 :

Berkomunikasi secara berkesan dan menyalurkan informasi melalui kaedah lisan dan penulisan serta penggunaan ICT.PLO 04 :Menghuraikan masalah yang berkaitan dengan bidang sains dan teknologi makanan dengan menggunakan kemahiran penyelesaian masalah yang bersistem.PLO 05 :Berkeupayaan untuk berkerja secara berpasukan dengan berkesan bagi mencapai objektif organisasi.PLO 06 :Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran diri dalam bidang sains dan teknologi makanan.PLO 07 :Mempraktikkan prinsip-prinsip keusahawanan dalam meneroka peluang perniagaan yang berorientasikan bidang yang berkaitan.PLO 08 :Bertindak secara beretika dan profesional berlandaskan kepada kemahiran bersistematik bagi memenuhi tanggungjawab sosial, budaya dan persekitaran.PLO 09 :Mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang berhemah dan dapat menyesuaikan diri untuk memikul tanggungjawab dalam organisasi dan komuniti.

Prospek Kerjaya

Saintis kawalan kualiti.

Eksekutif pengeluaran.

Jurutera makanan.

Ahli teknologi pembangunan produk.

Ahli mikrobiologi/ kimia makanan.

Eksekutif keselamatan makanan

Pengurus perkhidmatan operasi makanan.

Penyelidik

Usahawan.

Kursus yang ditawarkan

Tahun 1

Semester 1Kredit Semester 2Kredit

English for Academic Purposes 2Co-curiculum I1

Islamic Studies

Moral Studies2Effective Communication2

Nationhood and Current Development of Malaysia 3TITAS2

Foreign Language 2Ethnic Relation2

Cell Biology3Statistics for Technology2

Microbiology3Food Microbiology 3

Introduction to Food Science and Technology3Food Chemistry3

Physical Properties of Food3

Jumlah18Jumlah18

Tahun 2

Semester 1Kredit Semester 2Kredit

Co-curiculum II1Food Analysis II3

Technical Writing2Halal Foods3

Food Biochemistry 3Sensory Evaluation of Food 3

Nutrition3Food Technology Unit Process I 3

Food Analysis I3Food Processing Technology I 3

Food Quality Assurance 3Food Safety and Toxicology3

Food Law and Regulation3

Jumlah18Jumlah18

Tahun 3

Semester 1Kredit Semester 2Kredit

Food Technology Unit Process II 3Creativity and Innovation2

Food Processing Technology II3Food Science and Technology Seminar2

Food Packaging Technology3Final Year project I2

Bakery Products Technology3Food Biotechnology 3

Oil and Fats Technology3Comunnity Nutirtion3

Elective I (Food Science)3Snack and Confectionary Foods Technology3

Elective II (Food Technology)3

Jumlah18Jumlah18

Tahun 4

Semester 1Kredit Semester 2Kredit

Enterprenuership2Industrial Training (24 weeks)12

Water and Food Waste Management 2

Food Products Management and Marketing 3

Food Products Development3

Final Year project II 4

Elective III (Food Technology)3

Jumlah17Jumlah12

Kursus Elektif

Bidang Kursus Kredit

Food ScienceFood Additives and Ingredients3

Functional Foods and Nutraceuticals 3

Food TechnologyMeat, Poultry and Aquatic Products Technology3

Fruits and Vegetables Processing Technology3

Cereals and Legumes Processing Technology3

Milk and Dairy Products Technology3

Syarat Kelayakan

1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi dalam Mathematics dan Physics/ Chemistry/ Biology, Atau

2.Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi dalam Mathematics dan Engineering Physics/Engineering Chemistry/ Civil Engineering Studies/ Electrical Engineering Studies/ Mechanical Engineering Studies, Atau

3.Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Mathematics T/ Further Mathematics T; dan Physics/ Chemistry/ Biology, Atau

4.Memiliki kelayakan Diploma Sains/ Diploma Sains Gunaan/ Diploma Teknologi Makanan/ Diploma Sains Pemakanan/ Diploma berkaitan atau kelulusan lain dengan mendapat sekurang-kurangnya Purata Matanilai Himpunan (CPA/PNGK) 2.50 dari mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) atau Politeknik atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA, Atau calon yang tidak memenuhi syarat CPA/PNGK 2.50 tetapi mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan boleh dipertimbangkan.

Nota:

* Mendapat sekurang-kurangnya Gred E pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Inggers dan calon tidak rabun dan tidak cacat anggota (buta/pekak/lumpuh/bisu) yang menyukarkan kerja amali.

** Lepasan Diploma boleh dipertimbangkan untuk pengecualian kredit mengikut kelulusan mata pelajaran dan bidang yang diikuti.

Kemudahan

Dewan kuliah, bilik tutorial, pengangkutan, perpustakaan, pejabat pos, makmal, bengkel, makmal komputer, studio, kolej kediaman, perkhidmatan perubatan dan kesihatan, perkidmatan kaunsling dan kerjaya, kemudahan sukan dan rekreasi, perkhidmatan kewangan dan perbankan, kafeteria, pusat perkhidmatan pelajar dan koperasi, masjid, bantuan kewangan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor

No. Tel.: 07-4537950/ 07-4537952/ 07-4537910

No. Faks: 07-4536051/ 07-4536090Laman sesawang: http://fstpi.uthm.edu.my/v2

PAGE 2