Upload
jusdy-joe
View
296
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Pengenalan Peralatan Membina Rangkaian
Citation preview
Pengenalan Peralatan Membina RangkaianAssalamualaikum,artikel yang terdahulu aku menerangkan serba sedikit
berkaitan pendawaian dalam membina rangkaian merangkumi sturktur
pendawaian juga elemen-elemen yang terdapat yang mana mengikut
spesifikasi piawai EIA/TIA 568/569, so pada artikel kali ini aku akan
menerangkan serba sedikit pengenalan peralatan membina rangkaian.
Diantara peralatan yang terlibat iaitu :-
1. Bridge.
Merupakan peranti yang mana menghubungkan satu rangkaian kepada
rangkaian yang lain dengan syarat kedua-dua rangkaian tersebut
menggunakan protocal / laluan yang sama contoh ( ethernet atau token
ring ).
Fungsi bridge iaitu membenarkan satu rangkaian yang besar dibahagikan
menjadi dua buah rangkaian yang kecil dan ini dapat meningkat mutu
perkhidmatan pada rangkaian dan ianya boleh mengawal laluan informasi
dari kedua-dua belah bahagian rangkaian supaya dapat menghantar
informasi yang diterima ke lokasi yang dipinta pelanggan.
Kebaikan :-
1. Membolehkan suatu rangkaian yang mempunyai halangan/ kekangan
geografi dihubungkan antara satu sama lain.
2. Menapis data antara rangkaian agar ia tidak sampai kepada
destinasi/rangkaian yang tidak sepatutnya.
Keburukan :-
1. Ianya melambatkan rangkaian kerana mesej akan dihantar ke semua
alamat dalam rangkaian walaupun destinasi telah ditetapkan.
2 . Router.
Satu perkakasan atau pun perisian dimana akan menentukan titik
rangkaian dalam penghantaran mesej kepada destinasinya dan
menentukan laluan mana yang harus dilaluinya, mengikut tahap
kefahaman dan keserasian terhadap sesuatu rangkaian.
Router boleh dikenlpasti kedudukanya melalui gateway ( dimana dua
rangkaian bertembung/ dihubungkan ).
Fungsi router iaitu penterjemah informasi rangkaian kepada rangkain
yang lain, dimana ianya memilih jalan yang paling sesuai untuk
menghantaran data.
Router memilih jalan yang paling sesuai untuk menghantar pesanan,
berpandukan pada alamat dan asal. Ia juga boleh mengarahkan lalu lintas
bagi mengelakkan perlanggaran dan turut bijak mengetahui pelusuk jalan
dan jalan pintas.
Router akan berada pada lapisan yang ke 3 pada rangkaian iaitu lapisan
rangkaian (network layer) di dalam model OSI.
Router adalah peranti sambungan yang pintar dan direka untuk
menghantar paket atau frame dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang
lain berdasarkan protokol yang digunakan dan destinasi yang ditentukan.
Kebaikan :-
1. Penghantaran paket akan memakan masa yang lebih singkat kerana
ia akan menentukan laluan yang terbaik untuk sampai ke destinasi.
2. Ianya memboleh 2 atau lebih rangkaian berhubung antara satu sama
lain.
Keburukan :-
1. Router dan switch adalah hampir sama antara satu sama lain, ia akan
mengelirukan para pengguna yang kurang arif tentangnya yang ingin
menghubungkan lebih dari satu rangkaian. Switch lebih kepada
penghantaran data kepada pengguna tanpa melalui tanpa melalui
gateway.
3. Hub.
Hub merupakan bahagian dimana data akan tiba dari satu atau banyak
arah dan ianya akan dihantar kepada satu atau banyak arah.
Fungsi hub hampir sama dengan switch, hub dikatakan sebagai tempat
dimana data akan dikumpulkan menjadi fizikal asal kemudiannya switch
yang akan menentukan bagaimana dan dimana perlu dihantar.
Merupakan tulang belakang ( backbone ) kepada rangkaian ( main
circuit ) kecuali rangkaian 10 base-2 dimana ianya memerlukan 50 ohm
dalam sebuah komputer.
Sebuah hak memiliki banyak port yang mana disambung kepada kepala
RJ45 dan setiap port disambung kepada satu komputer sahaja.
Hub tidak dapat mengesan ralat atau menapis data yang terdapat
sesama penghantaran data dilakukan dari satu komputer kepada
komputer lain.
Dikenali juga sebagai concentrator atau multistation access unit (MAU),
dimana ianya membolehkan peranti lain berhubung diantara satu sama
lain seperti printer dan peranti storan dihubungkan kepada server.
Bertindakan sebagai central connecting point kepada kabel-kabel yang
disambung ke server. juga kepada setiap peranti yang terdapat dalam
rangkaian.
Kebaikan :-
1. Banyak komputer dapat dihubungkan pada rangkaian.
Keburukan :-
1. Secara kasar hub adalah mahal berbanding swicth tetapi fungsi kedua-
duanya sama, pilihan ditangan pengguna ..
4. Modem.
Merupakan singkatan daripada modulator- demulator dimana ianya
menghubungkan satu komputer kepada komputer lain melalui rangkaian
dibekalkan ISP ( internet services Provider ) pembekal talian internet,
Ia menukar(modulasi) isyarat digital (sistem berdigit 0 & 1 sahaja) dari
komputer kepada isyarat analog (perwakilan yang tidak tetap) apabila
isyarat itu melalui medium seperti talian telefon, modem akan
menukarkan(demodulasi) isyarat analog tersebut kepada digital semula
agar difahami oleh komputer.
Modem mampu membawa data pada kadar sesaat berdasarkan
kebolehan modem.
Terdapat dua jenis modem iaitu internal and external, modem internal
berbentuk papan elektronik yang akan dipasang pada papan induk di slot
PCI yang kosong manakala modem external pula akan di pasang secara
standalone dimana ia boleh di on dan off tanpa bergantung pada
computer, diantara port yang boleh dipasang modem external ialah serial
port, usb port dan fire wire port (terpantas).
kebaikan :-
1. pengguna boleh mencapai data dan maklumat pada Internet melalui
modem
Keburukan :-
1. Sekiranya talian telefon tersebut di sambar petir, kemungkinan besar
modem tersebut akan turut disambar petir.
5. Switch.
Merupakan perkakasan rangkaian yang memilih laluan semasa proses
penghantaran data kepada destinasinya, ianya juga dimuatkan fungsi
router dimana perkakasan atau perisian yang mampu menentukan laluan
bagi data yang akan dihantar.
Swicth adalah lebih mudah berbanding router dan merupakan
mekanisma yang lebih laju berbanding router.
Berada pada lapisan 2 iaitu lapisan data link, tetapi kini switch baru
dimana berfungsi pada lapisan ke-3 merupakan lapisan network ( IP
swicthes ).
Swicth juga dikenalan sebagai central connecting point dimana untuk
menyambung kabel kepada destinasi kerja ( workstation ), komputer
pelayan ( server ) dan perkaksan rangkaian yang lain.
Kebaikan :-
1. Kadar penghantaran switch adalah tetap iaitu 100 Mbps.
Keburukan :-
1. Ia masih bergantung pada kesibukan rangkaian.
6. Repeater.
Merupakan perkakasan yang mampu memanjangkan jarak maksima bagi
sesebuah rangkaian seperti LAN.
Fungsi iaitu mengambil dan mengumpul semua isyarat yang sampai
kepadanya, menyegarkannya semula kemudian menghantar kepada LAN.
Satu peranti yang menerima sesuatu isyarat atau signal melalui media
penghantaran elektronik atau optikal, memperkuatkan isyarat tersebut
dan kemudian menghantarkannya semula melalui laluan seterusnya.
Kebaikan :-
1. Meningkatkan keberkesanan komunikasi dengan memampatkan data
yang dihantar melalui satu talian.
2. Dapat mengurangkan kos jika dibandingkan menggunakan talian
berasingan diantara host dan terminal.
Keburukan :-
1. Memerlukan seorang yang pakar dalam bidang .
Pengenalan Pendawaian Rangkaian Part 1
Assalamualaikum, salam sejahtera agak lama aku tidak
berkongsi sesuatu buat sahabat-sahabat blogger, so
entry kali ini aku akan berkongsi berkaitan pengenalan
pendawaian rangkaian, sudah mesti ada dikalangan anda
lebih mengetahwi dari aku, apa yang aku cuba kongsi
berkaitan nota pembelajaran bagi semeseter 4, jurusan
sistem komputer dan sokongan. Semuga perkongsian ini
memberi manafaat buat semua.
Mungkin entry ini akan mempunyai bahagian-
bahagianya, untuk entry kali ini aku akan menerangkan
secara ringkas pengenalan kepada pendawaian
rangkaian.
Apa itu pendawaian rangkaian?
Rangkaian dimana menghubungkan dua atau lebih
perkakasan komputer yang mana terpisah dari segi
fizikalnya manakala pendawaian merujuk kepada jenis
kabel yang digunakan bergantung kepada
lokasi/tempat pembinaan rangkaian itu.
Pendawaian rangkaian pula terbahagi kepada 3 iaitu :-
1. Pendawaian berstruktur.
2. Piawai pengkabelan.
3. Peraturan pendawaian berstruktur ( Lan ).
Apa itu pendawaian berstruktur?
Membahagikan keseluruhan infrastruktur rangkaian
kepada blok-blok yang sistematik, dimana ianya
mengabungkan blok-blok tersebut membentuk
rangkain berprestasi tinggi. Bagi pengguna ( user )
pula sistem ini adalah satu perlindungan terjamin jika
berlaku sebarang masalah rangkaian pada masa akan
datang.
Diantara kelebihan pendawaian berstruktur iaitu :-
Konsisten – Sistem perkabelan berstruktur bererti
sistem perkabelan sama untuk data, suara dan video.
Menyokong pelbagai pengeluar (vendor) peralatan –
Sistem perkabelan yang berstruktur dan berpiawai
akan menyokong pelbagai perkakasan meskipun
daripada pengeluar yang berlainan dan boleh
digabungkan perkakasan yang digunakan daripada
pelbagai pengeluar.
Mudahkan pemindahan, penambahandan perubahan –
Sistem perkabelan berstruktur menyokong sebarang
perubahan yang ingin dilakukan ke atas sistem
rangkaian di masa hadapan.
Menjimatkan kos – pemencilan kerosakan. Dengan
membahagikan keseluruhan infrastruktur itu ke dalam
blok-blok terurus, ia mudah mengukur dan
mengasingkan kerosakan tertentu dengan betul tanpa
perlu memeriksa keseluruhan rangkaian. Dengan ini
kos senggaraan dapat dikungkan ke tahap yang
minima.
Menyokong untuk penggunaan masa hadapan – Sistem
perkabelan berstruktur menyokong penggunaan masa
hadapan seperti multimedia, persidangan video dan
lain-lain tanpa melakukan terlalu banyak perubahan ke
atas keseluruhan sistem.
Memudahkan senggaraan – Dengan sistem perkabelan
berstruktur, masalah-masalah yang dihadapi lebih
senang untuk dikenalpasti, lebih mudah untuk
mengasingkan (mengelaskan) dan lebih mudah untuk
dibaikpulih.
Piawai Pengkabelan Rangkaian Part 2
Assalamualaikum, entry kali ini sambungan kepada
pengenalan pendawaian rangkaian, menerangkan serba
sedikit berkaitan apa itu piawai pengkabelan rangkain
dan dimana 3 piawai pengkabelan rangkain.
Apa itu piawai pengkabelan rangkain?
Dimana ianya satu set peraturan atau prosedur yang
mana digunakan rasmi untuk membuktikan sesuatu
model itu baik atau bermuta ( peraturan yang mana
menetapkan pembinaan pengkabelan rangkaian ).
3 piawai pengkebalan rangkain iaitu :-
Piawai Pengkabelan Berstruktur.
Piawai Antarabangsa
Piawai Industri.
Dibawah sedikit penerangan 3 piawai pengkebalan
rangkaian :-
1. Piawai Antarabangsa :—
ISO merujuk kepada satu badan iaitu international
standard organization dimana satu badan yang
memulakan pengiktirafan kategori 6 dan 7 dalam
piawai pengkabelan rangkaian.
ISO menetapkan parameter/jumlah ukuran
penghantaran data kategori 6 dan 7 sehingga
mencapai 200mhz manakala kabel kategori 7
sehingga penghantaran 600mhz.
2. Piawai Industri :—
Piawai industri satu prosedur atau set-set peraturan
yang ditetapkan oleh pihak industri ianya mempunyai
kelebihan dan kekurangan.
1. Kelebihan :- Dapat memastikan pengkabelan yang
dibangunkan mengikut kehendak dan sesuai dengan
semua aplikasi yang dibina.
2. Kekurangan :- terdapat pelbagai pertubuhan-
pertubuhan piawai dan mereka menetapkan piawai
tersendiri bagi menjamin kualiti perkakasan mereka.
3. Piawai Pengkabelan Berstruktur :—
Satu organisasi menetapkan piawai untuk pendawaian
berstruktur di America Syarikat ialah
Telecomunications Industry Associotion atau TIA .
Pawai TIA 568A menetapkan pelbagai kategori atau
gred untuk pengkabelan bersturktur dan jenis kabel
kategori 5 adalah piawai yang terbaru dalam
pengkabelan.
Insyallah akan bersambung kepada part 3 berkaitan
peraturan pendawaian berstruktur menerangkan serba
sedikit struktur atau rangka dalam membina kitaran
lengkap rangkain dalam bangunan, menlibatkan
peralatan,toplogi dan jarak kabel.
Pengenalan Peraturan Pendawaian Berstruktur Part 3
Entry kali ini sambungan kepada pengenalan
pendawaian rangkaian part 1 dan pengenalan piawai
pengkabelan rangkaian part 2, sedikit sebanyak
memberi anda maklumat berkaitan asas pendawaian
rangkaian dan pembinaan rangkaian merujuk kepada
pembinaan dalam building.
Apakah peraturan pendawaian berstruktur?
Peraturan pendawaian berstuktur merujuk kepada
pendekatan yang berbentuk sistematik dalam pembinaan
rangkaian. Dimana ianya bertujuan membina satu sistem
pengkabelan tersusun dan mudah difahami oleh
pentadbir rangkaian dan juga juruteknik yang terlibat
dengan kerja pengkabelan rangkaian.
Dua peraturan pendawaian berstruktur iaitu :-
1. Melihat secara menyeluruh kaedah penyelesaian
perhubungan rangkaian.
Dalam mengendalikan masalah rangkaian samada
bagaimana ianya dihubungkan, diselenggarakan dan
penggunaan jenis kabel rangkaian tersebut.
2. Merancang untuk perkembangan yang lebih meluas
pada rangkaian yang dibina.
ianya merangkumi jenis kabel yang digunakan
hendaklah memenuhi kehendak pembinaan rangkaian
tersebut contoh seperti coxial cable,cat5, cat6 atau
fiber optick memgikut kehendak pengunaan rangkaian
meluas.
Diantara elemen pendawaian berstruktur :
Mengikut piawai TIA/EIA 568 dimana mengariskan
keperluan asas dalam membina rangkaian iaitu :-
1. Keperluan laluan bangunan ( building entrance
requiment ) :- ianya untuk tempat rujukan (point)
pada bangunan bagi kabel dari luar masuk ke dalam
bangunan.
2. Bilik peralatan ( equitment room ) :- lokasi atau
satu bilik dimana menempatkan peralatan rangkaian
mahal dan penjagaan yang rapi.
3. Pendawaian tulang belakang ( backbone
cabling ) :- Pengkabelan yang membawa signal
daripada satu bilik peralatan ke bilik peralatan yang
lain, antara tingkat dalam bangunan, dan
juga hubungan antara bangunan. Ianya juga dikenali
pengkabelan menegak.
4. Pendawaian mendatar :- Media penghantaran
dimana membawa signal/isyarat pada bilik peralatan
yang sama level kepada kawasan kerja yang terlibat.
5. Kawasan kerja ( Work Area ) :- kawasan yang mana
terdapat peralatan yang menghubungkan peranti
printer dan lain-lain, kebiasaan ruangan pejabat.
Dibawah contoh pembinaan sistem pendawaian
berstruktur, insyallah artikel ini akan bersambung
menerangkan lebih jelas berkaitan elemen-elemen
terhubung pembinaan lengkap struktur pendawaian
rangkaian.
Sambungan Peraturan Pendawaian Berstruktur Part 3
Assalamualaikum, artikel kali ini sambungan kepada
pengenalan peraturan pendawaian berstruktur part 3.
Insyallah artikel ini menerangkan lebih terperinci
berkaitan elemen-elemen dalam membina pendawaian
rangkaian berstruktur yang lengkap.
Dibawah penerangan lebih jelas berkaitan elemen-
elemen pendawaian rangkaian berstruktur :-
1. Laluan bangunan ( building entrance ) :-
Merujuk kepada laluan atau point dimana sesuatu
kabel memasuki bangunan.
Merupakan antaramuka atau titik permulaan
pertemuan kabel dari luar kepada kabel tulang
belakang ( backbone ).
Ianya termasuklah jenis penyambungan dan juga
peralatan bagi kawalan gelombang elektrik yang tinggi
( sourge protection device )
Merujuk kepada spesifikasi penempatan pada
peralatan yang mana digunakan untuk
menghubungkan kepada pendawaian dalam bangunan
kepada bangunan lain.
Keperluan fizikal antaramuka rangkaian telah
didefinasikan mengikut piawai EIA/TIA 568-569 .
2. Bilik peralatan ( equitment room ) :-
Merupakan satu rak/almari terdapat alatan
telekomunikasi luar dan ianya merupakan satu
kawasan simpanan yang mana mempunyai ciri-ciri
keselamatan.
Terdapat kabel-kabel dan juga peralatan yang mahal
seperti pacth panel,swicth, router,server dan lain-lain
peralatan rangkaian.
Mengikut piawaian TIA/EIA 568 menyarankan agar
lokasi bilik peralatan dibuat di tengah-tengah ruangan
pejabat, sekiranya boleh agar kabel yang keluar dari
bilik peralatan kepada kawasan kerja mempunyai jarak
yang sama.
3. Pendawaian tulang belakang ( backbone cabling ) :-
Ianya menyediakan perhubungan rangkaian diantara
rak/almari telekomunikasi , bilik peralatan dan
kemudahan laluan bangunan ( entrance facilities ).
Mengandungi kebal berpaksikan tulang belakang
( backbone ), talian utama ( main cross – connect ),
pacth cord ataupun jumper yang mana digunakan
untuk tujuan penyambungan silang antara tulang
belakang termasuklah :-
a. Penyambungan secara menegak antara tingkat
( riser ).
b. Pengkabelan antara bilik peralatan dengan
pengkabelan antara dalam bangunan dan luar
bangunan.
c. Pengkabelan antara bangunan.
Pendawaian bagi pengkabelan tulang belakang
biasanya menggunakan kabel kuprum atau fiber optik.
Had maksimum jarak bagi pengkabelan tulang
belakang iaitu :-
a. 100ohm jenis suara ( 800 meter ).
b. 150ohm jenis data stp ( 90 meter ).
c. Fiber optick jenis multimode ( 2,000 meter ).
4. Kloset telekomunikasi ( telecomunication closet ) :-
Ianya merupakan kawasan diantara bangunan yang
mana menempatkan peralatan sistem
pengkabelan telekomunikasi.
Termasuklah penempatan bagi penamat atau
perantara diantara sistem pendawaian menegak dan
sistem pendawaian tulang belakang.
Spesifikasi rekabentuk bagi sesebuah kloset
telekomunikasi telah digariskan dalam
piawaian EIA/TIA-569.
Gambarajah : penyambungan kabel tulang belakang ke
kloset telekomunikasi
5. Pendawaian mendatar ( harizontal cabling ):-
Pendawaian mendatar merupakan media fizikal yang
digunakan dari keluaran soket dinding pada kawasan
kerja ke penamatan di dalam bilik peralatan.
Termasuklah kabel yang digunakan dari keluaran pada
soket dinding ke stesen kerja(workstation) dan juga
kabel yang terdapat di kloset peralatan yang
menghubungkan antara hub, switch dan sebagainya. ]
gambarajah : jarak maksimum bagi pengakelan
mendatar.
Apa yang dikongsi pada artikel ini diambil dari note
pengajian dan tiada kaitan dengan mana-mana sumber
atas talian, semuga apa yang dikongsi sedikit sebanyak
memberi manafaat bersama, jika terdapat maklumat
yang kurang tepat aku memohon maaf .