Upload
duongquynh
View
283
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
©CopywritingInstantSales.com . Hakcipta Terpelihara 2017
PENGENALAN
Assalamualaikum wbt. dan terima kasih kerana mendapatkan ebook
“COPYWRITING INSTANT SALES”. Saya terpanggil untuk menulis buku ini
berdasarkan pemerhatian dan maklumbalas ramai agen dan dropship saya serta
follower di FB yang majoriti adalah peniaga online yang sentiasa dalam keadaan
‘tertanya-tanya’ bagaimana ada peniaga online yang hanya bermula dropship boleh
meroket sales hingga ada yang capai status jutawan dalam masa yang singkat,
sedangkan ada pula peniaga yang masih meraba-raba mencari formula meroket
jualan di dunia online.
Sedarkah anda Kunci Nombor 1 MELEDAK sales adalah COPYWRITING atau
ayat jualan!
Jadi dalam ebook ini saya akan kongsikan RAHSIA cara dan bagaimana menulis
ayat jualan atau copywriting yang merupakan alat sulit nombor 1 saya meroket
jualan di pasaran online selama saya terlibat dalam perniagaan internet bermula
dari tahun 2008 lagi. Skill Copywriting memang anda perlu master. Anda kuasai
skill menulis ini, marketing effort anda selepas ini menjadi lebih mudah kerana anda
boleh diaplikasikan menulis untuk convert sales dalam setiap channel pemasaran
samada secara Facebook Ads, Facebook peribadi, di Blog, Website, landing Page,
Mudah.com, E-Bay mahupun di email. Pendek kata, anda master teknik
copywriting, anda juallah di mana-mana pun, jualan anda dalam genggaman!
Terdapat banyak format copywriting yang saya telah cuba jaya dan apa yang saya
akan kongsikan dalam ebook ini adalah teknik copywriting paling power yang telah
membantu saya menjana keuntungan jualan sehingga RM1.2 JUTA dalam masa 2
©CopywritingInstantSales.com . Hakcipta Terpelihara 2017
tahun ini. Teknik copywriting yang cukup power yang bakal saya dedahkan ini
boleh dikatakan sampai boleh mandrem prospek hinggakan mereka tidak sedar
telahpun bank in duit pada anda! Tiada bomoh, tiada tangkal!
Jadi saya berikan yang terbaik untuk anda! Saya olah buku ini dengan
menggabungkan 6 Modul utama beserta BONUS Extra yang padat dengan
formula, strategi dan tips copywriting sedut prospek dan seterusnya mengganda-
gandakan jualan anda. Saya juga menyediakan contoh-contoh copywriting proven
untuk anda ‘TIRUVASI’ dan terus guna, termasuk cara mensasarkan kepada siapa
copywriting ini ditujukan serta formula bagaimana cara buat copywriting spesifik
bagi setiap channel pemasaran.
Ebook ini juga tidak lengkap jika saya tidak sertakan Case Study sebenar
bagaimana dengan kuasa copywriting sahaja seorang newbie telah meraih jualan
sebanyak RM4734 dalam masa 2 minggu sahaja untuk buat jualan dan seterusnya
terus meroket sehingga 5 angka sebulan membina team dengan hanya
menggunakan keajaiban copywriting!
Strategy dan format yang saya akan terangkan tersangat simple dan saya yakin
anda semua boleh lakukannya. Nah nikmatilah 6 MODUL UTAMA dengan
BONUS Extra bagi meroket jualan anda dalam ebook “COPYWRITING
INSTANT SALES”
©CopywritingInstantSales.com . Hakcipta Terpelihara 2017
DISCLAIMER
Dari meja penulis asal Ebook Copywriting Instant Sales,
Ebook ini adalah Hak Cipta Terpelihara (Copyright) 2017 penulis asal
Copywriting Instant Sales iaitu Noraliza Alwi.
Ebook ini TIDAK DIBENARKAN untuk disebarkan secara percuma
dengan cara pemindahan elektronik mahupun cetakan tanpa kebenaran
bertulis dari pemilik asal Noraliza Alwi.
Jika didapati anda melakukannya, tindakan undang-undang berbentuk denda
akan dikenakan.
Ilmu adalah untuk dihormati. Hanya yang layak dan mendapat kebenaran
dari penulis asal sahaja yang berhak mendapatkan ebook ini.
Segala informasi, fakta dan hasil kerja berbentuk karya mahupun hasil jualan
dari contoh case study di dalam ebook ini adalah unik dan eksklusif bagi
penulis dan tidak menjanjikan apa-apa pulangan yang sama untuk anda.
Semoga Segala Ilmu Dalam Ebook Ini Memberi Manfaat penuh Buat Bisnes
Anda!
©CopywritingInstantSales.com . Hakcipta Terpelihara 2017
MODUL 1: FORMULA COPYWRITING INSTANT SALES
Formula 5 Langkah!
Ramai peniaga online mengeluh mengatakan masalah UTAMA mereka ialah buat
Copywriting. Namun, tahukah anda ramai peniaga online yang menjadi jutawan
hanya dengan Copywriting? Pastinya ada rahsia formula proven disebalik
Copywriting power yang mereka hasilkan, termasuklah yang saya aplikasikan
dalam perniagaan saya hingga boleh mencapai jualan hampir 1 juta ringgit setahun.
Macam magik kan, hanya dengan copywriting sahaja jualan menjadi luar biasa!
Saya akan dedahkan bagaimana anda juga boleh jadi power menulis copywriting
dengan FORMULA 5 LANGKAH dalam ebook RAHSIA COPYWRITING
INSTANT SALES di dalam modul ini.
Mengapa mesti buat COPYWRITING? Inilah antara NASIHAT terbaik yang
mengubah saya!
©CopywritingInstantSales.com . Hakcipta Terpelihara 2017
Jika anda nak sales meroket di arena online, Copywriting adalah WAJIB digunakan
di dalam setiap fasa bisnes anda.
6 Fasa Perniagaan yang wajib guna Copywriting memukau pelanggan anda;
a) Fasa Mencari Trafik (Copywriting menarik target prospek)
b) Fasa Prospekting (Copywriting untuk Engagement dan Build Trust)
c) Fasa Educate Prospek (Copywriting Membuat penerangan Produk)
d) Fasa Brain Wash (Ayat Follow Up pelanggan)
e) Fasa Close Sale (Ayat Buat pelanggan beli)
f) Fasa Bina Team (Copywriting Rekrut Dropship dan Agen)
Pendek kata, Copywritinglah kuncinya untuk dapat jualan berganda bermula dari
nak cari pelanggan hingga close sale pelanggan, dan buat dia jadi pelanggan
berkali-kali. Jadi bagaimanakah membuat copywriting untuk setiap fasa ini dan
apakah elemen copywriting yang menjadi amalan mereka yang terbukti boleh
convert sales sehingga hit 5-7 figure sebulan?
Semuanya terkandung di dalam FORMULA 5 LANGKAH ini!
FORMULA 5 LANGKAH COPYWRITING INSTANT
SALES
©CopywritingInstantSales.com . Hakcipta Terpelihara 2017
Fungsi Formula 5 Langkah:
Langkah 1: Intro
Intro berfungsi untuk MENARIK PERHATIAN, MEYAKINKAN dan
ENGAGE dengan prospek anda.
Langkah 2: Story
Penceritaan berfungsi untuk BINA HUBUNGAN, BINA KREDIBILI dan
menghasilkan TRUST di mata prospek
Langkah 3: Content
Content atau flow ciri-ciri produk adalah langkah paling penting kerana JUALAN
SEBENAR berlaku di sini. Anda juga menguatkan kredibiliti anda mengapa
mereka perlu membeli dari anda dalam langkah ini.
Langkah 4:Transition
Merupakan FASA PERALIHAN untuk prospek mengambil tindakan di mana
anda perlu menekankan manfaat produk di sini. Bagi prospek yang sudah mula
berkeyakinan, langkah ini merupakan ayat booster untuk prospek ambil langkah
seterusnya. Kebiasaanya anda perlu beri TESTIMONI di langkah ini
Langkah 5: Pitch
Booster sales melalui ayat menjual atau call to action akan mengarahkan
prospek dengan cara bertindak setrusnya bagi mendapatkan produk yang
memenuhi keperluannya.
Kita lihat dengan lebih detail dalam huraian berikut;
1. LANGKAH 1 – INTRO
©CopywritingInstantSales.com . Hakcipta Terpelihara 2017
Elemen di dalam intro adalah Headline dan Pembuka Cerita. Rahsia
Copywriting Power di langkah pertama bermula dengan kuasa headline!
a) Headline yang menarik perhatian adalah headline yang boleh buat jualan.
Terdapat 3 cara atau format untuk anda menulis Headline;
a) HEADLINE HURUF BESAR atau;
b) HEADLINE BERGARIS atau;
c) [HEADLINE BRAKET]
Tujuan Headline ditulis dengan mana-mana tiga cara ini adalah bagi menarik
perhatian dan membezakan Headline dengan body iklan. Headline terbaik
adalah headline yang mampu buat prospek rasa nak engage dengan anda,
membuat prospek tertarik untuk berhenti, dan baca keseluruhan story dan
content copywriting, dan yang paling penting mestilah berakhir dengan
pembelian dari prospek. Berikut ialah 5 RAHSIA menghasilkan Headline
yang menarik perhatian prospek.
5 RAHSIA buat Headline POWER dan MEMUKAU;
a) Headline yang tergantung dan menimbulkan tanda tanya
(Curiosity)
b) Headline yang target interest prospek terus ke hatinya
c) Headline yang menggunakan “POWER WORDS” buat prospek
tidak mahu ketinggalan
d) Headline menggunakan Bahasa Prospek,
e) Headline yang Beremosi mengusik hati prospek
©CopywritingInstantSales.com . Hakcipta Terpelihara 2017
Headline yang tergantung dan menimbulkan tanda tanya biasanya bermula
dengan soalan. Contoh Headline menggunakan soalan dan ayat tergantung
untuk produk Jus Kurus;
“KAK KIAH SAMPAI MALU DENGAN SUAMI SENDIRI?’’
Biarkan Headline ini tergantung begini. Lagi tinggi perasaan ingin tahu
prospek, lagi tinggi kebarangkalian untuk dia membaca keseluruhan cerita
dalam copywriting kita. Jika anda dapat menerapkan unsur emosi
digabungkan dengan ayat tergantung dalam Headline membantu anda
meningkatkan klik rate anda.
Headline yang target interest prospek pula, merupakan headline yang
terus mensasarkan kepada minat atau desire atau impian prospek itu sendiri.
Contoh headline berbunyi begini;
“Adakah ANDA peniaga ONLINE yang masih belum menjana
RM5000 income di Facebook dan ingin kami bagi bantu?”
Headline yang bermain dengan “Power Words” pula lebih kepada
melengkapi keinginan prospek yang tidak mehu ketinggalan. Contoh power
words termasuk “TERBARU!”, “KINI DILANCARKAN”, “LIMITED
TIME OFFER”, “LAST DAY!”… ini adalah beberapa contoh power words
yang anda boleh aplikasikan dalam headline anda yang bakal membuatkan
prospek anda teruja untuk tahu offer selanjutnya! Terdapat juga POWER
WORDS yang digabungkan dengan fakta nombor bagi menguatkan lagi
claim anda.
©CopywritingInstantSales.com . Hakcipta Terpelihara 2017
Headline Menggunakan Bahasa Prospek menyumbang kepada 70%
conversion. Contohnya anda menyasarkan target untuk penduduk di Kedah.
Penggunaan bahasa prospek atau Bahasa pasar membantu 70% conversion.
Apabila kita guna Bahasa santai, prospek rasa lebih selesa, kerana rasa
macam iklan itu untuk dia, menariknya untuk baca offer seterusnya, kerana
merasakan kita adalah ‘geng’ dia.
Contoh Headline Memanggil Guna Bahasa Prospek
Headline beremosi pula menyumbang kepada perasaan LUAR BIASA
memukau prospek dan terutamanya jika kita menggunakan Headline
berbentuk soalan yang kena dengan masalah prospek.
Contoh jenis-jenis HEADLINE yang menggabungkan kesemua kriteria
diatas:
a) Headline POWER WORDS + nombor
✓ Beli satu dapat dua PERCUMA!
©CopywritingInstantSales.com . Hakcipta Terpelihara 2017
✓ PERCUMA 2 Cawan Kopi dengan Pembelian 1 slice kek…
✓ BONUS bernilai RM1759 Khusus untuk Anda..
✓ 7 Masalah Segan Nak Muncul Lagi Setelah Guna Gel ini ….
✓ Gigi Lebih Putih Dalam 10 hari. DIJAMIN!
b) Headline Target Interest
✓ Hanya untuk Abam-Abam Sado Macam Anda..
✓ SPECIAL Buat Surirumah yang Suka Online Jer!
✓ KHAS buat Peminat Masakan Minang!
✓ Untuk WANITA yang lebih langsing Macam Anda
✓ Kepada Semua Wanita Menyusu, Anda Perlukan Ini
c) Headline Curiosity (Timbulkan Tanda Tanya)
✓ Inilah CARA mengapa perempuan di Kedah lebih cantik dari…
✓ Bagaimana saya menghasilkan RM17,400 sehari tanpa kos
✓ Sekali sembur terus terdiam!
✓ Apa yang bakal anda hadapi setelah menggunakan Gel Bara ini…
✓ Ini adalah cara BARU yang ramai lagi tahu untuk memulihkan
parut jerawat seawall 5 hari!
d) Headline Fear (Ketakutan)
✓ Awasss kuman di mana-mana
✓ Awasss jika anda memiliki ini..
✓ Jangan sampai suami dingin dengan anda
✓ Bank-bank bakal buang pekerja?
✓ Anak anda masih tidak boleh membaca di umur 7 tahun?
©CopywritingInstantSales.com . Hakcipta Terpelihara 2017
e) Headline Teaser
✓ Bakal dilancarkan 3 hari lagi!
✓ Coming Soon, menggegarkan rumah anda!
✓ Tiada lagi Jerawat setelah…
✓ Hanya 3 hari lagi bakal mengubah masa depan anda!
✓ Penantian Anda Bakal Berakhir seminggu lagi..
Headline yang disertakan gambar yang menggambarkan headline atau yang
berkaitan dengan masalah prospek adalah 67% lebih berkesan berbanding
headline tanpa gambar.
Pemilihan gambar juga penting, contohnya gambar produk yang disertakan
gambar manusia adalah lebih meyakinkan dan engaging berbanding gambar
produk semata-mata. Cuba lihat contoh ini. Produk (T Shirt) ini lebih
nampak menarik dengan model dan lebih kena dengan kuasa visual mereka
memakai t shirt ini, membuatkan audiens akan lebih respons pada gambar
pertama. Gambar kedua kelihatan hambar tanpa manusia.
©CopywritingInstantSales.com . Hakcipta Terpelihara 2017
b) Pengenalan Cerita didalam elemen intro dalam Formula 5 Langkah
merupakan permulaan cerita yang mengadungi 1-2 ayat ringkas yang
fungsinya untuk menguatkan headline dan semakin menarik perhatian.
Sebaiknya kita terus menyambung cerita dari Headline tadi.
Fokus penulisan anda kepada apa yang bakal prospek dapat.
Contoh produk kurus berdasarkan Headline sebelum ini, intro ceritanya
berkesinambungan seperti berikut.
(Headline) “KAK KIAH SAMPAI MALU DENGAN SUAMI
SENDIRI?”
(Intro Cerita) Apa cerita ni kak..cuba story, mana tahu kami boleh
membantu. Takkan dengan suami sendiri nak malu. Kak Kiah mula
menceritakan masalah berat badan yang dialaminya tidak selesai
walaupun telah mencuba banyak jenis produk
Tips intro yang menarik ialah biarkan ianya tergantung sekali lagi, bagi
membuatkan prospek kekal ingin membaca keseluruhan story anda.
5 Jenis intro yang boleh buat prospek tak sabar-sabar nak tahu cerita
selanjutnya;
a) Highlight Testimoni
b) Tekankan masalah prospek sekali lagi
c) Puji-pujian kepada bakal prospek
d) Motivasi atau inspirasi
©CopywritingInstantSales.com . Hakcipta Terpelihara 2017
2. LANGKAH 2 – STORY (Cerita Copywriting)
Objektif utama Story adalah untuk bina hubungan, TRUST, serta
keyakinan prospek pada anda.
Apa yang perlu anda ceritakan di sini adalah JURNEY anda. Jurney
bagaimana kejayaan anda bersama produk, dari sebelum bertemu, hinggalah
ke kesannya. Di sini anda boleh masukkan elemen beremosi. Bina cerita “Pain
& Gain” anda semasa belum bertemu produk, dan bagaimana hidup anda
berubah 360 darjah setelah menggunakan produk.
Storytelling jurney beremosi juga diceritakan berdasarkan;
a) Perubahan dulu dan kini
b) Ketakutan dari masalah sekarang atau masalah lalu
c) Kegembiraan iaitu Impian masa hadapan
d) Manfaat menggunakan produk atau servis
e) Sekuriti contohnya jaminan pengembalian wang
Ambil contoh Headline Produk Jus Kurus diatas. Cerita mungkin boleh
berbentuk begini;
©CopywritingInstantSales.com . Hakcipta Terpelihara 2017
“Mana tidaknya, sebelum ni memang Kak Kiah malu sungguh bila suami asyik
perli jer kita mengandung 8 bulan lahh, 9 bulan lahh, tapi tak meletop juge. Mula
akak tahan lagi. Kalau dah hari-hari..Memang panass je telinga akak ni dengar.
Kak Kiah bukan tak usaha, dah bersenam, dan makan macam-macam produk dah
tapi macam tu juga perutnya..memang bunccctss huhu, nak meraung rasanya… di
tempat keja pun gitu, anak2 muda suka la sangat nyakat Kak Kiah ni, kenderaan
berat nak lalu laaa, aduhai..Kak Kiah nekad mmg nak cuba juga Jus Kurus Bidan
Itam ni, last produk ni sebelum Kak Kiah buat liposuction terus!
Tak sangka minggu pertama kurang sikit dalam setengah kilo turun, masuk
minggu ke 2 dan ke tiga ya Allah rasa makin ringan dan timbang tengok,
MasyaAllah 4 kilo turun..Seronoknyerr..
Anda boleh perhatikan penggunaan emosi yang anda boleh mainkan
berdasarkan copywriting ini. Story tentang perjalanan kita jatuh bangun
bersama produk. Semakin menyentuh emosi, semakin membuai perasaan
audiens, adalah lebih baik dan lebih tinggi kemungkinan conversation rate.
“TIPS: Elakkan menulis gaya Bahasa yang menghina”
Contoh Copywriting menghina:
a) Macam mana anda boleh tahan muka dah macam kawah gunung
berapi?
b) Badan dan kembang baru nak ambil tindakan?
c) Pakai Shawl cap ayam je di pagi raya?
d) En somi pun dah tak sudi pandang..
e) Takkan Anda Nak Biarkan Badan Jadi Macam Kak Kiah Kembang
Semangkuk?
©CopywritingInstantSales.com . Hakcipta Terpelihara 2017
Ayat berunsur negatif akan hanya membuatkan prospek menyampah kerana
awal-awal lagi dah terguris dengan anda, buat dia rasa macam melampau
sangat teruknya.
Gantikan dengan ayat puji-pujian adalah lebih bermakna dan membuai
perasaan prospek serta menjentik “Desire”.
3. LANGKAH 3 – Content
Langkah 3, langkah paling PENTING! Close atau tidaknya sales berlaku di
content. Setelah anda membina TRUST melalui story tentang jurney anda
bersama produk, anda akan membina kredibiliti dan menambah value kepada
prospek di sini.
Anda perlu menceritakan tentang langkah demi langkah, cara guna Produk
atau bagaimana anda melalukannya. Contoh produk diet atau produk kurus,
tunjukkan cara bagaimana anda boleh mencapai berat badan ideal itu. Anda
boleh memberi huraian tentang manfaat produk berdasarkan *FAB di sini.
Manfaat Produk (F.A.B – Feature – Advantage – Benefit)
Sebaiknya anda tukarkan Feature atau ciri-ciri produk anda kepada Benefit
atau Manfaat yang prospek bakal dapat. Manfaat adalah lebih dekat ke hati
prospek berbanding ciri-ciri semata.
4. LANGKAH 4 - TRANSITION
Transition bermaksud peralihan prospek dari dunia fantasi bacaannya
kealam realiti untuk dia bertindak. Jika langkah 3 adalah penentu untuk
prospek buat keputusan untuk mendapatkan produk anda, langkah 4 anda
kuatkan lagi perasaan mereka dengan menjawab SATU persoalan yang
©CopywritingInstantSales.com . Hakcipta Terpelihara 2017
bermain dalam kotak fikiran mereka iaitu MENGAPA aku mesti juga
membeli?
Jadi anda boleh memberi bukti-bukti kejayaan atau manfaat pelanggan lain
yang telah menggunakan produk dengan memberi testimoni-testimoni
benar beserta link ke Album Testimoni.
Lengkapkan album dengan 15-30 testimoni bagi menambah keyakinan
prospek terhadap produk anda.
5. LANGKAH 5 - PITCH
Langkah ini adalah bagi “CONFIRM ORDER” juga merupakan langkah
terakhir dan paling penting untuk menyuruh prospek bertindak. Letakkan
Call to Action yang jelas samada menyuruh mereka PM di komen atau wasap
atau klik website anda. Berikanlah cara yang paling mudah untuk prospek
menghubungi anda.
Ini adalah Formula 5 Langkah terbaik yang saya sudah gunapakai sejak hari
pertama berbisnes. Format ini jugalah yang telah membantu saya menjana 5 figure
income semasa masih dropship newbie dalam masa kurang 4 bulan!
Ayuh tiruvasi!