13
[TYPE THE DOCUMENT TITLE] FONETIK DAN FONOLOGI Pengenalan Menurut Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006, hal. 1), fonetik merupakan kajian terhadap bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia. Bunyi bahasa bermaksud bunyi-bunyi yang digunakan dalam bahasa untuk tujuan komunikasi. Bunyi-bunyi lain yang tidak digunakan dalam sistem komunikasi, walaupun bunyi tersebut mempunyai makna yang diketahui umum, contohnya bunyi seseorang individu kentut atau bunyi sendawa bukanlah merupakan bunyi bahasa dan bunyi-bunyi seperti ini tidak menjadi bahan kajian fonetik. Menurut Raminah Haji Sabran (1984) menyatakan bahawa fonetik kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Malahan menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006, hal. 167) bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi- bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran- kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Satu perkara yang dapat saya rumuskan bagi maksud fonetik adalah seperti dalam kotak di bawah. Fonetik merupakan bidang ilmu yang mengkaji bunyi- bunyi bahasa yang dihasilkan manusia dan bunyi-bunyi tersebut digunakan dalam proses komunikasi sesama manusia. Setiap bunyi yang terhasil juga diberikan lambang tertentu yang membolehkan manusia untuk

Pengenalan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bm

Citation preview

Page 1: Pengenalan

[ ] FONETIK DAN FONOLOGI

Pengenalan

Menurut Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006, hal. 1), fonetik merupakan

kajian terhadap bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia. Bunyi bahasa bermaksud

bunyi-bunyi yang digunakan dalam bahasa untuk tujuan komunikasi. Bunyi-bunyi lain yang tidak

digunakan dalam sistem komunikasi, walaupun bunyi tersebut mempunyai makna yang

diketahui umum, contohnya bunyi seseorang individu kentut atau bunyi sendawa bukanlah

merupakan bunyi bahasa dan bunyi-bunyi seperti ini tidak menjadi bahan kajian fonetik.

Menurut Raminah Haji Sabran (1984) menyatakan bahawa fonetik kajian tentang

fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat.

Malahan menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006, hal. 167) bahawa

fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan

memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.

Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu,

fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-

hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran,

fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan

pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.

Satu perkara yang dapat saya rumuskan bagi maksud fonetik adalah seperti dalam

kotak di bawah.

Fonetik merupakan bidang ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang

dihasilkan manusia dan bunyi-bunyi tersebut digunakan dalam proses

komunikasi sesama manusia. Setiap bunyi yang terhasil juga diberikan

lambang tertentu yang membolehkan manusia untuk menulis dan

mencatat setiap bunyi bahasa.

Page 2: Pengenalan

Fonetik Fonologi Sistem ejaan

[ ] FONETIK DAN FONOLOGI

Pengenalan Fonologi

Fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia (Ali

Mahmood, 2010).

Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa Melayu

STPM bab 11 bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu

bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu

fonetik dan fonemik.

Manakala menurut Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) menerusi buku

berjudul Fonetik dan Fonologi, fonologi merupakan kajian tentang sistem bunyi bahasa. Sistem

yang dimaksudkan adalah lambang yang mewakili setiap bunyi atau ujaran yang dihasilkan.

Bahasa Melayu pada hari ini sudah mempunyai sistem ejaan iaitu Sistem Ejaan Zaaba.

Rumusan bagi kesemua maksud fonologi seperti yang telah dibincangkan di atas boleh

dilihat dalam kotak di bawah.

Rajah 1 : Perkaitan antara Fonetik, Fonologi dan Sistem Ejaan

Fonologi sangat berkait rapat dengan fonetik. Kewujudan fonetik atau bunyi-bunyi bahasa yang

menyebabkan manusia menjalankan kajian ke atas sistem bunyi ini dan hasil daripada kajian-

kajian yang telah dijalankan, terciptalah lambang-lambang yang mewakili setiap bunyi bahasa.

Page 3: Pengenalan

[ ] FONETIK DAN FONOLOGI

Kitar Semula

     Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan

yang baru. Kitar semula akan mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan

bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara

(dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan

pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.

     Bahan yang boleh dikitar semula termasuk kertas, kaca, logam, plastik, tekstil, dan

elektronik. Mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang

sama. Sebagai contoh, kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat

yang baru.

     Atas kesedaran inilah, banyak kempen berkaitan kitar semula telah dilaksanakan oleh

agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan. Kitar semula merupakan komponen utama

bagi pengurusan bahan buangan pada zaman moden ini. Kemudian wujudnya slogan '3R':

Reduce(Kekurangan), Reuse(Guna Semula) & Recycle(Kitar Semula) bagi menekankan betapa

pentingnya kitar semula untuk memastikan alam sekitar kita terpelihara. Oleh itu, sebagai

masyarakat yang prihatin, kita boleh mengambil inisiatif dengan membuang bahan-bahan

buangan ini ke dalam tong sampah kitar semula. Cintailah alam kita.

Page 4: Pengenalan

[ ] FONETIK DAN FONOLOGI

Transkripsi kaedah fonetik

Perenggan Pertama:

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan

yang baru. Kitar semula akan mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan

bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara

(dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan

pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.

/ # Kitar sәmula ialah pros϶s meŋolah sәmula bahan untu? mәŋhasilkan baraŋan yaŋ

baru. Kitar sәmula akan mәŋuraŋkan bahan buaŋan, mәŋuraŋkan pәŋgunaan bahan

mәntah baru, mәŋuraŋkan pәŋgunaan tәnaga, mәŋuraŋkan pәncemaran udara ( dari

pәmbakaran), dan pәncemaran air ( dari tapa? pәrlupusan ) dan mәŋuraŋkan pәŋәluaran

gas rumah hijau bәrbandiŋ pәŋhasilan baraŋ baru dari bahan buaŋan mәntah. # /

Perenggan Kedua:

Bahan yang boleh dikitar semula termasuk kertas, kaca, logam, plastik, tekstil, dan elektronik.

Mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama.

Sebagai contoh, kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang

baru.

/ # Bahan yaŋ dikitar sәmula tәrmasu? kәrtas, kaca, logam te?stil dan әlektroni?. Meŋitar

sәmula bahan buaŋan akan meŋhasilkan bәkalan baru bagi bahan yaŋ sama. Sәbagai

contoh, kәrtas pәjabat tәrpakai digunakan bagi meŋhasilkan kәrtas pejabat yaŋ baru. # /

Page 5: Pengenalan

[ ] FONETIK DAN FONOLOGI

Perenggan ketiga

     Atas kesedaran inilah, banyak kempen berkaitan kitar semula telah dilaksanakan oleh

agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan. Kitar semula merupakan komponen utama

bagi pengurusan bahan buangan pada zaman moden ini. Kemudian wujudnya slogan '3R':

Reduce(Kekurangan), Reuse(Guna Semula) & Recycle(Kitar Semula) bagi menekankan betapa

pentingnya kitar semula untuk memastikan alam sekitar kita terpelihara. Oleh itu, sebagai

masyarakat yang prihatin, kita boleh mengambil inisiatif dengan membuang bahan-bahan

buangan ini ke dalam tong sampah kitar semula. Cintailah alam kita.

/ # Atas kǝsǝdaran inilah, baɲa? k϶mp϶n bǝrkaitan kitar sǝmula tǝlah dilaksanakan oleh

agǝnsi kǝraĵaan mahupun badan bukan keraĵaan. Kitar sǝmula mǝrupakan kompon϶n

utama bagi pǝŋurusan bahan buaŋan pada zaman mod϶n ini. Kǝmudian wujudɲa slogan

'3R': Reduce(Kǝkuraŋan), Reuse(Guna Sǝmula) & Recycle(Kitar Sǝmula) bagi mǝnǝkan?

an bǝtapa pǝntiŋɲa kitar sǝmula untuk mǝmasti?an alam sǝkitar kita tǝrpǝlihara. Ol϶h itu,

sǝbagai maṧarakat yaŋ prihatin, kita bol϶h mǝngambil inisiatif dǝŋan mǝmbuaŋ bahan-

bahan buaŋan ini kǝ dalam toŋ sampah kitar sǝmula. Čintailah alam kita. # /

Page 6: Pengenalan

[ ] FONETIK DAN FONOLOGI

PENUTUP

Berdasarkan tugasan ini, dapat disimpulkan bahawa fonetik dan fonologi banyak

melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ pertuturan manusia ini disebut

alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai

kedudukan dan fungsi yang berbeza  dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian,

terdapat juga unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi

mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara

dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi. Bunyi vokal atau konsonan

merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia.

Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada

yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat

dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara

keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah

bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara

melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang

tidak bersuara. Manakala, bunyi diftong pula menghasilkan bunyi geluncuran yang terhasil

bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain.

Oleh yang demikian, didapati bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada

arus udara yang bergerak. Udara yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak,

pitar suara, rongga tekak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya. Maka, udara yang keluar

itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi dan

secara tidak langsung bunyi ini berfungsi dalam pertuturan.

REFLEKSI

Page 7: Pengenalan

[ ] FONETIK DAN FONOLOGI

Syukur ke Hadrat Tuhan kerana akhirnya dapat juga kami menyiapkan tugasan ini

dengan jayanya mengikut tarikh yang telah ditetapkan walaupun terdapat beberapa kekangan

yang tidak dapat dielakkan. Sepanjang menjalankan tugasan Kerja Kursus Projek bagi

Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ini, banyak input dan pengalaman baru yang kami

perolehi. Malah, tugasan ini juga banyak membantu saya untuk memahami dengan lebih

mendalam lagi tentang subjek ini terutamanya tentang Cara-cara Penghasilan Bunyi Bahasa.

Dalam pada itu, bagi memudahkan tugasan ini dijalankan, kami sekumpulan telah

bersepakat membahagikan tugasan ini bagi memudahkan kerja dan mempercepatkan proses

perjalanan tugasan kami ini. Di samping itu, dengan adanya pembahagian tugas, kerjasama

kumpulan juga dapat dipupuk selain daripada dapat mengukuhkan pengetahuan bagi setiap

orang daripada ahli kumpulan kami berkenaan tugasan ini. Malah, secara tidak langsung

pengalaman bekerja dalam kumpulan ini juga dapat dipupuk dan diaplikasikan kelak.

Secara keseluruhannya, berdasarkan tugasan yang telah dilaksanakan ini, kami juga

telah berjaya memahami dengan lebih jelas lagi bagaimana terhasilnya bunyi bahasa. Malah,

kami juga dapat membuat kesimpulan bahawa bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang

terjadi pada arus udara yang bergerak. Apabila udara yang bergerak keluar daripada paru-paru

melalui tengkorak, pitar suara, rongga tekak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya, maka,

udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar

sebagai bunyi dan secara tidak langsung bunyi ini berfungsi dalam pertuturan.

Oleh yang demikian, dengan pengetahuan-pengetahuan dan pengalaman yang sedia

ada serta maklumat-maklumat baru yang kami perolehi, Alhamdulilah kami berjaya menyiapkan

tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Jika sebelum ini kami tidak mengambil berat tentang

cara penghasilan bunyi bahasa ini, namun dengan adanya tugasan ini, secara tidak langsung

banyak membantu kami dalam mengukuhkan maklumat dan pengetahuan lama dengan yang

baru terutamanya untuk membunyikan huruf vokal, konsonan dan diftong dalam penyebutan

bahasa baku.

Malah kami juga sedar bahawa ketiga-tiga elemen bunyi bahasa ini amat penting untuk

diserapkan ke dalam setiap mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah supaya sesi pengajaran

dan pembelajaran bagi pengenalan huruf dalam Bahasa Melayu dapat berjalan secara

berkesan. Malah dengan penggunaan bunyi bahasa yang tepat, secara tidak langsung

Page 8: Pengenalan

[ ] FONETIK DAN FONOLOGI

penggunaan bahasa baku juga dapat ditingkatkan. Malah, kecelaruan dalam penggunaan

bahasa juga dapat dikurangkan.

Berdasarkan tugasan ini juga, kami juga mula sedar bahawa bertapa pentingnya untuk

memahami Cara Penghasilan Bunyi Bahasa ini. Hal ini kerana, apabila kita dapat menguasai

ketiga-tiga bunyi bahasa iaitu bunyi vocal, konsonan dan diftong ini secara tidak langsung dapat

memudahkan kita dalam peghasilan bunyi bahasa atau penyebutan yang berkesan. Malahan,

secara tidak langsung ianya dapat memudahkan kita dalam berkomunikasi.

Tuntasnya, tugasan ini banyak memberi kesan yang positif dan kebaikan terhadap diri

kami. Tugasan ini juga, telah membuka pemikiran kami terhadap bidang ilmu Fonetik dan

Fonologi Bahasa Melayu ini. Kami berharap ilmu ini dapat kami aplikasikan dengan lebih

produktif dalam profesion perguruan. Akhir kata terima kasih kami ucapkan kepada Encik

Hamdan bin Yaakub pensyarah kursus Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu kami diatas

segala tunjuk ajar yang diberikan serta tidak lupa kepada rakan-rakan kumpulan. InsyaAllah,

kami akan gunakan ilmu yang ada ini dengan sebaik-baiknya

Page 9: Pengenalan

[ ] FONETIK DAN FONOLOGI

BIBLIOGRAFI

Arbak Othman, 1984. Tatabahasa Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana

Sdn.Bhd

Arbak Othman, 1985. Mengajar Tatabahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 1993. Susur-Galur Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Gumperz, 1971. Language in Social Groups, Stanford: Stanford University Press.

Penalosa, 1981. Introduction to the sociology of Language, Rowley, Massachusetts:

Newburry House Publishers Inc.

Raminah Haji Sabran, 1986. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan,

Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 2008. Bahasa Melayu 1 Siri Pendidikan Guru, Kuala Lumpur:

Oxford Fajar Sdn. Bhd.