Upload
others
View
36
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
INFO SUKAN UNIT PROGRAM REKREASI
PENGANJURAN KLINIK BANTU MULA & CPR BAGI PELAJAR UPM
Klinik Bantu Mula & CPR telah diadakan pada 8 Mac 2015 (Ahad) bertempat di
Bilik Seminar, Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Klinik ini telah dirasmikan oleh YBrs.
Encik Zainal Haji Mukri, Ketua Seksyen Pembangunan Sukan dan Rekreasi
mewakili Ketua Pusat Sukan UPM. Klinik ini dianjurkan bagi memberi
pendedahan awal, ilmu pengetahuan serta pengalaman kepada pelajar dan
seterusnya boleh diaplikasi dengan berkesan. Klinik ini telah disertai oleh pelajar
kolej kediaman UPM serta pelajar luar kampus. Keseluruhan peserta yang hadir
adalah seramai 27 orang.
Klinik ini diterajui oleh Encik Mohamad Noor Liza Baharom (Ketua Unit Program
Rekreasi) sebagai moderator dan Puan Norfazilah Abdullah (Jurulatih Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia). Klinik yang dianjurkan ini lebih fokus kepada ilmu
pengetahuan dan praktikal di mana para peserta akan lebih bersedia
menghadapi situasi kecemasan. Banyak ilmu serta kemahiran asas telah
disampaikan oleh jurulatih demi melahirkan graduan yang berilmu serta
berkemahiran tinggi terutama semasa menghadapi keadaan yang sukar.
PENGANJURAN KLINIK KESELAMATAN OSH (OCCUPATION, SAFETY AND HEALTH)
UNTUK PELAJAR UPM
Klinik Keselamatan (OSH) telah diadakan pada 15 Mac 2015 (Ahad) bertempat
di Bilik Seminar, Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Klinik ini dianjurkan bagi
memberi pendedahan awal kefahaman tentang OSH dan ilmu pengetahuan
kepada pelajar agar perancangan, persediaan serta perlaksanaan aktiviti
yang dilaksanakan oleh pelajar menitik berat keselamatan, seterusnya
mengurangkan risiko kepada ancaman kecederaan yang serius, kehilangan
nyawa dan kemusnahan kepada harta benda. Klinik ini telah disertai oleh
pelajar kolej kediaman UPM serta pelajar luar kampus. Keseluruhan peserta
yang hadir adalah seramai 23 orang.
Klinik ini diterajui oleh Encik Mohamad Noor Liza Baharom (Ketua Unit Program
Rekreasi) sebagai moderator dan Encik Mohammad Solehan Azmi (Pegawai
Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM) sebagai penceramah.
Penceramah membuka tirai klinik dengan penerangan perundangan kes-kes
berkaitan, mengenai asas keselamatan dalam aspek TORT (kecuaian) dan JOB
SAFETY ANALYSIS (Analisis Keselamatan Bekerja/Aktiviti).
Di penghujung klinik pelajar telah menguasai ilmu pengetahuan dan boleh
mengaplikasi segala kemahiran yang dipelajari melalui sesi teori dan analisis
keselamatan aktiviti.