10
Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) 1 MASALAH PENGANGGURAN DI KALANGAN SISWAZAH Ringkasan Eksekutif Bab 1 Masalah Pengangguran di Kalangan Siswazah 1.1 Pendahuluan Meskipun kajian ini berfokus kepada masalah pengangguran di kalangan siswazah, Jawatankuasa Pemandu Kajian telah menetapkan supaya suatu sampel graduan tahun 2001 dikaji dan sampel ini merangkumi graduan yang sedang menganggur dan yang sudah bekerja. Pendekatan ini akan membolehkan perbandingan dijalankan antara dua kelompok graduan ini dari segi perbezaan ciri-ciri peribadi/psikologi dan ciri-ciri lain yang berperanan dalam menentukan status bekerja/tidak bekerja seseorang siswazah. 1.2 Isu-isu utama kajian Banyak yang telah diperkatakan tentang ciri-ciri siswazah yang diperlukan oleh majikan. Sehubungan dengan hal ini, tiga persoalan yang timbul ialah:- (a) Apakah hakikat ciri-ciri siswazah yang dimaksudkan? (b) Apakah langkah-langkah yang telah, sedang dan perlu diambil oleh IPT untuk menghasilkan graduan yang boleh bersaing di pasaran? (c) Selain peluang pekerjaan di sektor awam, di sektor swasta dan di sektor bekerja sendiri, adakah kemungkinan siswazah menceburkan diri dalam aktiviti sektor ketiga yang merangkumi organisasi bukan kerajaan (NGO), badan-badan sukarela dan lain-lain? Potensi peluang pekerjaan dalam sektor ketiga, selain sektor awam dan swasta dan juga bekerja sendiri, perlu diterokai. IPT perlu menyediakan siswazah dengan kemahiran teras (core skills) dan kecekapan/kompetensi (competencies) yang bersifat umum yang dapat disesuaikan dengan keempat-empat sektor yang dimaksudkan. 1.3 Objektif kajian Objektif kajian ini adalah seperti berikut:- (a) Untuk mengkaji pola, corak dan punca masalah pengangguran di kalangan siswazah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan IPT di luar negara yang telah berijazah pada tahun 2001. (b) Untuk menganalisis perkaitan profil siswazah yang menganggur dan yang berjaya mendapat pekerjaan dengan variabel seperti gender, umur, etnik, bidang pengajian, institusi pengajian, tempoh masa menganggur, kemahiran, dan kecekapan. (c) Untuk menentukan profil siswazah mengikut perspektif majikan.

Pengangguran siswazah

  • Upload
    nahard

  • View
    148

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Siswazah mengganggur

Citation preview

Page 1: Pengangguran siswazah

Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)

1

MASALAH PENGANGGURAN DI KALANGAN SISWAZAH Ringkasan Eksekutif Bab 1 Masalah Pengangguran di Kalangan Siswazah

1.1 Pendahuluan

Meskipun kajian ini berfokus kepada masalah pengangguran di kalangan siswazah, Jawatankuasa Pemandu Kajian telah menetapkan supaya suatu sampel graduan tahun 2001 dikaji dan sampel ini merangkumi graduan yang sedang menganggur dan yang sudah bekerja. Pendekatan ini akan membolehkan perbandingan dijalankan antara dua kelompok graduan ini dari segi perbezaan ciri-ciri peribadi/psikologi dan ciri-ciri lain yang berperanan dalam menentukan status bekerja/tidak bekerja seseorang siswazah.

1.2 Isu-isu utama kajian

Banyak yang telah diperkatakan tentang ciri-ciri siswazah yang diperlukan oleh majikan.

Sehubungan dengan hal ini, tiga persoalan yang timbul ialah:- (a) Apakah hakikat ciri-ciri siswazah yang dimaksudkan? (b) Apakah langkah-langkah yang telah, sedang dan perlu diambil oleh IPT untuk

menghasilkan graduan yang boleh bersaing di pasaran? (c) Selain peluang pekerjaan di sektor awam, di sektor swasta dan di sektor bekerja sendiri,

adakah kemungkinan siswazah menceburkan diri dalam aktiviti sektor ketiga yang merangkumi organisasi bukan kerajaan (NGO), badan-badan sukarela dan lain-lain? Potensi peluang pekerjaan dalam sektor ketiga, selain sektor awam dan swasta dan juga bekerja sendiri, perlu diterokai. IPT perlu menyediakan siswazah dengan kemahiran teras (core skills) dan kecekapan/kompetensi (competencies) yang bersifat umum yang dapat disesuaikan dengan keempat-empat sektor yang dimaksudkan.

1.3 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:- (a) Untuk mengkaji pola, corak dan punca masalah pengangguran di kalangan siswazah

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan IPT di luar negara yang telah berijazah pada tahun 2001.

(b) Untuk menganalisis perkaitan profil siswazah yang menganggur dan yang berjaya mendapat pekerjaan dengan variabel seperti gender, umur, etnik, bidang pengajian, institusi pengajian, tempoh masa menganggur, kemahiran, dan kecekapan.

(c) Untuk menentukan profil siswazah mengikut perspektif majikan.

Page 2: Pengangguran siswazah

Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)

2

(d) Untuk menentukan tindakan yang perlu diambil oleh IPT bagi mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah.

1.4 Skop kajian

Dalam konteks pengangguran di kalangan siswazah yang telah berijazah pada tahun 2001, kajian akan mengkaji perkara-perkara berikut:-

(a) Isu dalaman IPT, iaitu perkara-perkara yang bersangkutan dengan pelbagai aktiviti dan program IPT yang merangkumi program pengajian, pembentukan sahsiah, perwatakan, ketrampilan dan lain-lain.

(b) Isu luaran, iaitu keperluan bagi memenuhi kehendak pasaran dan bidang-bidang yang boleh diceburi.

(c) Polisi kerajaan, dalam hubungannya dengan pihak swasta dan pelanggan, yang boleh membantu melaksanakan tindakan-tindakan yang bakal dicadangkan bagi menangani masalah pengangguran di kalangan siswazah.

Seterusnya, kajian ini akan mencadangkan tindakan-tindakan berbentuk jangka pendek dan

jangka panjang yang perlu dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan IPT serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan bagi menangani masalah pengangguran di kalangan siswazah

1.5 Pendekatan kajian

Untuk melaksanakan kajian ini pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi (Kementerian Pendidikan Malaysia), Jabatan Pendidikan Swasta (Kementerian Pendidikan Malaysia), Unit Perancangan Ekonomi (UPE), Kementerian Sumber Manusia, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), pertubuhan seperti Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), Malaysian Employers Federation (MEF), dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah membekalkan maklumat yang diperlukan.

Data sekunder mengenai pembangunan kurikulum dan pelajar telah dibekalkan oleh beberapa IPT.

Memandangkan persoalan–persoalan yang telah disenaraikan sebelum ini tidak mungkin boleh dijawab sepenuhnya oleh data sekunder sahaja maka kajian ini juga telah mengumpul data primer daripada dua sumber utama iaitu siswazah dan majikan.

Page 3: Pengangguran siswazah

Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)

3

1.6 Metodologi kajian

Sampel kajian

(a) Untuk mendapatkan sample kajian, tinjauan melalui pos suatu sampel siswazah IPT yang telah berijazah pada tahun 2001 telah dijalankan. Persampelan kajian untuk tujuan tinjauan melalui pos telah dikenal pasti dengan cara mengambil 25 peratus daripada jumlah bilangan siswazah sarjana muda untuk tahun 2001. Seterusnya teknik persampelan pembahagian bertujuan (purposive sampling) digunakan. Daripada jumlah keseluruhan sampel, 78 peratus terdiri daripada sampel bidang pengajian sastera tulen dan sastera gunaan; 16 peratus sains tulen dan enam peratus bidang teknikal (termasuk sains gunaan, kesihatan dan perubatan

(b) Temuduga dengan kumpulan kecil fokus seperti berikut:

▪ Pihak majikan seperti badan profesional, MEF, FMM, dan badan korporat. ▪ Pusat Latihan Kemahiran seperti Penang Skills Development Centre (PSDC). ▪ Siswazah menganggur yang berdaftar dengan Skim Siswazah Menganggur.

(c) Sampel-sampel utama untuk inventori profil atribut psikologi diambil daripada responden-

responden kajian pos. Pecahan penghantaran adalah seperti berikut:-

384 inventori dihantar kepada sampel yang tidak bekerja. 397 inventori dihantar kepada sampel yang bekerja. Selain penghantaran secara pos, inventori ini juga diberikan kepada siswazah kumpulan fokus

yang ditemu bual. Sampel kumpulan fokus ialah mereka yang menyertai skim latihan siswazah menganggur dan mereka ini berjumlah 34 orang. Untuk menambahkan lagi jumlah sampel responden, sebanyak 100 inventori telah diedarkan kepada ahli-ahli Malaysian Employer’s Federation (MEF) yang menghadiri sesi temu bual kumpulan fokus majikan bersama ahli pasukan penyelidik. Majikan-majikan ini diminta menyampaikan inventori profil atribut psikologi ini kepada pekerja mereka yang menepati ciri-ciri sampel yang dikehendaki.

1.7 Instrumen kajian (a) Soal selidik melalui pos

Soal selidik yang sebahagian besarnya berstruktur dan tertutup ialah instrumen yang telah digunakan untuk mengumpul data primer daripada sampel siswazah 2001.

(b) Soal selidik untuk temu bual kumpulan fokus

Garis panduan temu bual telah digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada kumpulan focus, seperti siswazah yang menganggur, pihak majikan dan pengelola program latihan.

Page 4: Pengangguran siswazah

Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)

4

(c) Pembinaan Inventori Atribut Psikologi

Untuk tujuan pengisahan profil ini satu instrumen telah digubal untuk meneroka 19 kategori atribut psikologi yang positif dan tiga kategori atribut psikologi yang negatif. Dalam setiap kategori atribut ada lima item sahaja.

Kesahihan item dan kategori serta kebolehpercayaan item dan kategori disemak dan disahkan oleh pihak yang berkenaan. Dalam sorotan literatur, pekali melebihi enam, diterima sebagai pekali piawai bagi kebolehpercayaan inventori sesuatu kajian penerokaan. Pekali sebenar setiap atribut bagi inventori kajian ini terletak antara 0.60 - 0.87 (Jadual 5.1).

1.8 Data dan analisis data: Kadar respons dan kebolehpercayaan Soal selidik melalui pos

Sebanyak 8500 borang soal selidik telah dihantar kepada sampel siswazah IPT yang telah berijazah pada tahun 2001 dan sejumlah 2274 soal selidik sesuai untuk dianalisis (bersamaan dengan kadar respons 26.6 peratus).

Temu bual kumpulan fokus

Sepuluh sesi temu bual yang melibatkan 63 orang siswazah menganggur yang berdaftar di bawah Skim Sangkutan Pembantu Pengajar, Skim Sangkutan dan Latihan, dan Skim Latihan Semula lepasan ijazah (PSDC) telah diadakan. Daripada sejumlah 63 orang ini, 39 orang terdiri daripada responden wanita dan 24 orang lelaki, dan dari segi etnik pula 49 Melayu, 12 Cina, seorang India, dan seorang Punjabi.

Empat sesi temu bual dengan kumpulan fokus yang terdiri daripada 31 orang pengurus besar dan pengurus bahagian sumber manusia yang mewakili beberapa syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Multi National Companies (MNCs) telah diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Taiping.

Maklumat yang lebih terperinci mengenai siswazah yang tidak bekerja diperoleh melalui sesi temu bual ini. Perkara yang paling penting ialah maklumat yang dibekalkan oleh responden melalui soal selidik boleh didalami lagi dan boleh diperiksa / disahkan dengan pihak majikan yang menghadiri sesi temu bual.

Profil atribut psikologi siswazah

Berdasarkan senarai responden kajian, seramai 561 responden dipilih untuk menjawab inventori psikologi. Daripada jumlah itu, seramai 235 (41.9%)

ialah responden lelaki dan 326 (58.1%) pula perempuan. Jika dibahagikan mengikut status pekerjaan pula, 275 (49.0%) sedang bekerja, 272 (48.5%) tidak bekerja dan 14 (2.5%) sedang menyambung pelajaran. Daripada 272 orang yang tidak bekerja, 152 orang menganggur dan 120 orang daripada mereka sedang mengikuti skim latihan siswazah menganggur.

Page 5: Pengangguran siswazah

Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)

5

Maklumat tambahan: Pengalaman penyelidik Maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber seperti di atas perlu dilengkapkan dengan

pengalaman dan pengamatan penyelidik. Oleh itu, meskipun sampel terhad, maklumat tambahan berdasarkan pengalaman dan penglibatan penyelidik menguatkan lagi kesimpulan dan cadangan tindakan kajian ini.

Pemprosesan dan analisis data

Data primer telah diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Penjadualan silang serta ujian seperti ujian-t dan ANOVA (Analysis of Variance) telah dijalankan untuk mengungkap beberapa perkara berkaitan dengan matlamat kajian ini. Analisis logit telah dijalankan untuk menentukan probabiliti seseorang graduan menganggur berdasarkan ciri-ciri tertentu.

Data sekunder telah dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif untuk mengungkap beberapa perkara berkaitan dengan fenomena pengangguran di Malaysia.

Bab 2 Pengangguran di Kalangan Siswazah: Rangka Kerja Ekonomi Kajian

Beberapa cadangan/langkah timbul daripada perbincangan tentang isu dan cabaran tenaga kerja dan guna tenaga di Malaysia. Antara cadangan dasar tersebut termasuklah:-

▪ menentukan perimbangan antara kadar proses peralihan struktur daripada p-ekonomi kepada k-ekonomi dengan penawaran, permintaan tenaga kerja, teknik pengeluaran dan produktivi buruh supaya tidak wujud defisit atau lebihan dalam tenaga kerja,

▪ menggubal Dasar Pekerja Asing Negara,

▪ menggubal Pelan Induk Sumber Manusia Negara,

▪ menubuhkan Konsortium Pakatan Tiga Pihak berhubung dengan isu-isu tenaga kerja dan guna tenaga di Malaysia,

▪ memastikan semua dasar berhubung dengan tenaga kerja dan guna tenaga konsisten, lestari dan kurang bersifat ad hoc.

Bab 3 Rumusan dan Implikasi Dapatan Kajian

Dapatan daripada (a) kumpulan fokus, (b) pencarian kerja dan (c) profil atribut psikologi diintegrasikan untuk menyingkap ciri-ciri responden siswazah. Berikut ialah gambaran yang diperoleh daripada intergrasi tersebut.

3.1 Inisiatif

Berdasarkan dapatan tinjauan aktiviti mencari kerja, responden menganggur mulai memohon pekerjaan selepas tamat pengajian. Akan tetapi 33 peratus siswazah yang bekerja mula

Page 6: Pengangguran siswazah

Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)

6

memohon kerja sebelum mereka menamatkan pengajian. Dapatan ini selaras dengan dapatan tinjauan umum yang mendapati bahawa bilangan permohonan kerja yang dihantar oleh responden yang bekerja adalah lebih daripada 10 permohonan. Responden yang menganggur pula memohon kurang daripada 10 permohonan.

Tinjauan aktiviti mencari pekerjaan juga dilakukan terhadap responden yang telah pun mendapat pekerjaan tetapi masih lagi mencari pekerjaan baru. Responden yang bekerja mengambil inisiatif meneroka pasaran kerja untuk mencari kerja baru yang lebih baik. 70.8 peratus responden yang bekerja menghantar resume kepada majikan. 62.7 peratus responden Melayu menghantar permohonan menggunakan borang permohonan berbanding dengan siswazah Cina (17.2%) yang tidak berbuat demikian. Ini menunjukkan mereka kurang inisiatif.

Data ini juga diperkukuhkan oleh dapatan daripada profil atribut psikologi yang mendapati responden yang tidak bekerja kurang inisiatif.

3.2 Kebolehan untuk berubah

Tinjauan daripada aktiviti mencari pekerjaan mendapati bahawa terdapat 70.8 peratus

responden Melayu yang mencari pekerjaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, berbanding responden Cina 46 peratus dan India 38.1 peratus.

Ini selaras dengan dapatan kumpulan fokus yang menunjukkan rata-rata responden Melayu mengharapkan pekerjaan daripada kerajaan. Responden menganggur juga bergantung kepada kerajaan, bukan sektor swasta untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka juga tidak mahu bekerja dalam bidang yang tidak sesuai dengan kelayakan mereka.

Analisis ekonomi mendapati sektor pekerjaan telah berubah daripada sektor pentadbiran (kerajaan) kepada sektor perkhidmatan (swasta). Nampaknya responden menganggur tidak searus dengan perubahan ini. Mereka tidak mudah berubah dan keupayaan untuk berubah mengikut arus adalah lemah.

3.3 Pemikiran negatif

Melalui temu bual dengan kumpulan fokus didapati bahawa responden gagal untuk mendapatkan pekerjaan kerana kurang mempunyai hubungan dan tiada pengalaman kerja. Mereka juga beranggapan mereka tidak mendapat pekerjaan kerana ada unsur diskriminasi seperti ‘perempuan’ dan ‘bertudung’.

Responden yang tidak bekerja sering menyatakan sebab mereka tidak mendapat pekerjaan kerana faktor luaran dan ini boleh membawa kepada pemikiran negatif dan tanggapan yang tidak realistik tentang perkara di sekitar mereka.

3.4 Cadangan Umum

IPT perlu mengambil beberapa langkah, misalnya menyediakan kaunseling kerjaya ataupun menubuhkan pusat penempatan kerjaya untuk membantu pelajar meningkat kemahiran, sahsiah, minat dan nilai kerja sejajar dengan dunia pekerjaan semasa. Mereka juga mesti membantu pelajar meneroka peluang pekerjaan dalam pasaran kerja.

Page 7: Pengangguran siswazah

Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)

7

Bab 4 Isu-Isu Utama dan Cadangan Tindakan 4.1 Aktiviti mencari pekerjaan

Isu 1: Kesedaran berkerjaya (career awareness) ▪ Responden tidak mempunyai kematangan dari segi hal-hal kerjaya (career

immaturity). Keputusan ujian F yang tidak signifikan menunjukkan pola yang sama di kalangan responden daripada pelbagai latar belakang ekonomi.

Cadangan 1: Unit Kerjaya

▪ Unit kerjaya perlu ditubuhkan di setiap IPT. IPT yang sudah ada unit kerjaya perlu mengkaji semula atau mempertingkatkan peranan unit ini sesuai dengan keperluan pelajar dan juga negara. Fungsi unit kaunseling kerjaya bukan sahaja untuk membantu pelajar mencari pekerjaan, tetapi juga untuk memenuhi fungsi-fungsi berikut:-

i. Membina kesedaran kerjaya ii. Meneroka bidang pekerjaan baru iii. Menjalankan latihan yang berkaitan dengan aktiviti mencari pekerjaan.

Cadangan 2: Membaiki Unit Kerjaya 4.2 Kemahiran dan kecekapan lain

Isu 1: Tahap kemahiran ▪ Kebanyakan responden, sama ada yang bekerja atau menganggur, memiliki

kemahiran yang terbabit pada tahap yang tinggi. Kebanyakan respons untuk setiap kemahiran diberi respons “baik” atau “sangat baik”. Bilangan respons “tidak baik” agak rendah. Namun, seperti yang diterangkan di bawah, kemahiran yang mereka miliki tidak konsisten.

Isu 2: Kecenderungan kemahiran

▪ Responden lebih cenderung terhadap kemahiran tertentu. Contohnya, dalam aspek kemahiran berfikir, responden lebih cenderung terhadap kemahiran yang bersifat umum, dan kurang cenderung terhadap kemahiran yang bersifat spesifik. Dalam aspek kemahiran berkomunikasi pula, terdapat lebih kecenderungan terhadap kemahiran bersifat lisan, berbanding penulisan.

Isu 3: Ketidaksepadanan kemahiran yang dimiliki dengan kemahiran yang digunakan semasa

bekerja ▪ Banyak kemahiran yang dimiliki selepas tamat pengajian di IPT tidak “selari” dengan

penggunaan kemahiran semasa bekerja. ▪ Responden yang menganggur menunjukkan kurang kecenderungan terhadap

kemahiran berkomunikasi secara penulisan. Penemuan ini konsisten dengan penemuan tentang kemahiran bahasa yang menunjukkan kemahiran penulisan dalam

Page 8: Pengangguran siswazah

Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)

8

bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris merupakan kemahiran yang paling kurang dimiliki oleh responden.

▪ Penemuan ini juga konsisten dengan penemuan tentang atribut psikologi siswazah yang menganggur. Dalam hal ini didapati siswazah yang menganggur menilai diri mereka lebih daripada realiti. Senario ini juga dapat digambarkan daripada penemuan tentang kemahiran yang dimiliki oleh siswazah. Lebih ramai siswazah yang menganggur mengganggap mereka memiliki kemahiran yang ditanya, berbanding siswazah yang bekerja.

▪ Responden yang menganggur juga tidak memperlihatkan kecenderungan yang tinggi terhadap kemahiran yang penting dalam bidang keusahawanan. Kebanyakan mereka memberi kedudukan yang rendah terhadap kemahiran membuat pembentangan, memimpin dan memotivasi kumpulan, dan melakukan beberapa tugas serentak. Boleh dirumuskan siswazah yang menganggur kurang memiliki ciri-ciri keusahawanan.

Isu 4: Latihan praktikal/praktikum, ko-kurikulum dan skim latihan lepasan siswazah

▪ Pemendekan tempoh pengajian daripada 4 tahun kepada 3 tahun menyebabkan universiti tidak memberi tumpuan kepada latihan praktik, latihan ilmiah dan ko-kurikulum.

▪ Walaupun latihan praktik penting, tidak semua responden menjalaninya untuk benar-benar mendedahkan mereka ke alam pekerjaan.

▪ Skim latihan selepas pengajian mestilah berbentuk vokasional. Graduan yang bekerja banyak mengikuti skim latihan yang berbeza dengan skim ‘mainstream’.

Cadangan 1: Mengkaji semula komponen kemahiran yang selaras dalam kurikulum

4.3 Kemahiran keusahawanan di kalangan siswazah

Isu 1: Menerokai potensi “bekerja sendiri”.

Cadangan: 1a: Menyemak semula Program Pembangunan Usahasiswa (PPUS). 1b: Penyediaan prasarana keusahawanan di IPT. 1c: Perlantikan kaunselor keusahawanan. 1d: Tabung Keusahawanan Siswazah. 1e: Program Anak Angkat Usahawan. 1f: Pertandingan keusahawanan dalaman dan antara IPT. 1g: Penggubalan kurikulum keusahawanan. 1h: Penggubalan ko-kurikulum keusahawanan. 1j: Kursus kemahiran kepada siswazah yang akan menamatkan pengajian. 1k: Sokongan dan penglibatan pihak pengurusan IPT.

Page 9: Pengangguran siswazah

Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)

9

4.4 Atribut psikologi

Isu 1: Ketidakpekaan tentang realiti tempat bekerja dan harapan pekerjaan Cadangan 1:

1a: IPT perlu mendidik semula mahasiswa supaya peka tentang realiti tempat bekerja dan

harapan pekerjaan realistik dalam penilaian keupayaan dan potensi mereka berbanding dengan peluang atau pilihan pekerjaan; bersifat terbuka dalam menilai diri sendiri, mengakui kelemahan dan kekurangan, dan seterusnya berusaha untuk mengatasinya.

1b: IPT perlu melantik seorang kaunselor untuk setiap 500 mahasiswa dan peranan

kaunselor ini adalah seperti berikut:- ▪ Menjalankan ujian psikologi terhadap mahasiswa untuk memastikan mereka

mempunyai imej sendiri yang realistik. ▪ Memberi perkhidmatan kaunseling kepada individu dan/atau kumpulan sebagai suatu

strategi campur tangan. ▪ Menjalankan penilaian kerjaya dan kaunseling untuk membantu mahasiswa

memadankan kecekapan, personaliti, minat dan nilai dengan pilihan program dan kerjaya.

4.5 Hubungan dan peranan kerjasama antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan industri

dalam pembangunan tenaga manusia mahir/terlatih

Isu 1: Kurangnya sinergi antara IPTA dengan swasta/industri

Isu 2: Penubuhan satu forum atau jawatankuasa-bersama antara IPT dengan pihak industri antara lain mempunyai tujuan berikut:- ▪ Memberikan penjelasan lanjut dan seterusnya membincangkan kandungan program

akademik yang disediakan kepada siswazah di IPT. ▪ Merangka program berbentuk kemahiran ringan secara kerjasama antara IPT dengan

pihak industri supaya dapat memenuhi keperluan bakal majikan. ▪ Menyediakan pangkalan data bakal graduan yang berpatutan untuk tujuan penempatan

kerja. ▪ Bekerjasama untuk mendapatkan insentif rebet cukai daripada kerajaan untuk program

latihan kemahiran ringan.

Page 10: Pengangguran siswazah

Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)

10

Bab 5 Kesimpulan ( Ke Arah Siswazah ++ )

Siswazah dalam bidang-bidang yang lazim dikategorikan sebagai Generalist (sebagai contoh

siswazah sastera dan kemanusiaan, dan sains sosial yang telah dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran umum berkaitan dengan pekerjaan) dan Generalist Plus (sebagai contoh siswazah sains tulen yang telah dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran umum dan khusus berkaitan dengan pekerjaan), mendapati amat sukar untuk memasuki pasaran buruh dan menggunakan kemahiran dan keupayaan mereka berbanding dengan kelompok Occupational Generalist dan Occupational Specialist.

Untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah dalam Kelompok Generalist dan Generalist Plus kurikulum bidang-bidang berkaitan perlu bersifat seimbang, iaitu ada elemen penekanan secara eksplisit kepada pembangunan kualiti personal dan kemahiran praktikal.

Dalam kata lain, kurikulum yang bersifat seimbang perlu mengurangkan penekanan kepada keperluan subjek semata-mata dan meningkatkan penekanan kepada keperluan jangka panjang pelajar. Dalam hal ini pekerjaan dan perkara-perkara berkaitan dengan tempat bekerja merupakan satu daripada beberapa keperluan yang dimaksudkan.

Dalam keadaan ekonomi yang pesat berkembang dan diikuti oleh proses transformasi struktur pengeluaran dan pekerjaan, cadangan-cadangan seperti di atas boleh menyumbang kepada kemunculan kelompok siswazah Generalist Plus Plus. Kelompok ini akan menonjolkan ciri-ciri peribadi/kemahiran dan bidang pengajian yang selaras dengan dunia pekerjaan.

IPT tidak boleh menganggap masalah pengangguran di kalangan siswazah ini sebagai satu fenomena yang akan berlaku pada ketika tertentu sahaja. IPT perlu mendapatkan maklum balas secara berterusan daripada siswazah dan juga majikan tentang objektif kursus-kursus yang ditawarkan.

Matlamat akhir IPT ialah untuk menghasilkan siswazah yang berkeperibadian, berilmu, berteknologi dan berkemahiran (elemen ++).