Upload
dangnhu
View
232
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
PENGAKUAN
Saya mengaku Laporan Akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian saya kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
23.12.2008 Noor Banu binti Mahadir Naidu
iii
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris atas sokongan moral dan kewangan bagi menjayakan kajian ini. Ucapan terima kasih kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan (Research Management Centre), dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang membantu terutama Dekan Prof Dr. Adnan Hj. Nawang, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengsiswazahan, Dr. Ibrahim Hashim dan Timbalan Dekan Akademik Dr.Muhammad Suhaily Yusri Che Ngah dan rakan-rakan sejawat. Terima kasih juga kepada keluarga, suami Encik Mohammad Kamil Abdul Hamid dan anak-anak Anis Amani dan Alia Amani dan Cik Mumtaz binti Mahadir Naidu yang banyak memberikan sokongan moral. Penghargaan juga ditujukan kepada Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Iain-lain yang membenarkan saya membuat rujukan di institusi-institusi berkenaan.
iv
ABSTRAK
Pendidikan Moral diperkenalkan di sekolah pada tahun 1989 bertujuan untuk mendidik pelajar supaya menjadi insan yang bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran, emosi dan tingkah laku moral. Namun dari segi perlaksanaan subjek ini dikatakan agak kurang berkesan dan tidak mencapai objektif yang digariskan. Masalah kekurangan guru Pendidikan Moral terlatih, kekaburan konsep dan kandungan moral dan kelemahan penilaian subjek ini antara faktor penyumbang. Justeru Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan bahawa subjek ini seharusnya diajar oleh guru siswazah terlatih dalam bidang Penididikan Moral. UPSI mengambil langkah memperkenalkan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian. Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris ini telah diluluskan oleh Senat Universiti pada 27 Julai 2004, Lembaga Pengarah Universiti pada 17 Ogos 2004 dan Jabatan Pendidikan Tinggi pada 16 Mac 2005. Kemasukan pelajar pertama untuk mengikuti program Sarjanamuda Pendidikan (Pendidikan Moral) ini dilakukan pada semester 1 sesi 2005/2006. Perlaksanaan Program Ijazah Saijanamuda Pendidikan Moral yang telah ditawarkan buat pertama kali di UPSI memungkinkan beberapa pandangan dan persepsi sama ada dari golongan akademik juga golongan pelajar. Kajian ini dijalankan untuk melihat pandangan pelajar mengenai kepentingan program Pendidikan Moral UPSI, keperluan program Pendidikan Moral UPSI, kurikulum yang telah diambil dan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Metodologi kajian yang digunakan adalah kaedah kuantitatif meliputi kaedah soal selidik. Data yang dikumpul dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hampir 95% pelajar ambilan pertama ini merasakan program ini penting untuk membolehkan bakal guru moral menguasai kandungan dan disiplin moral itu sendiri. Pelajar juga berpandangan bahawa program ini perlu bagi memenuhi permintaan guru Pendidikan Moral terlatih. Hampir 95% pelajar ambilan pertama bersetuju dengan kurikulum program Pendidikan Moral yang diperkenalkan. Hanya 5% pelajar tidak bersetuju dengan sesetengah kurikulum yang di ajar. Dapatan juga menunjukkan hampir 96% pelajar merasakan pengajaran dan pembelajaran pensyarah adalah baik. Hanya lebih kurang 4% pelajar kurang bersetuju dengan sebahagian kaedah pengajaran dan pembelajaran pensyarah. Sehubungan dengan itu kerangka kurikulum Pendidikan Moral yang jelas, pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik, kajian dalam bidang moral itu sendiri perlu dipertingkatkan untuk menjadikan program ini lebih baik pada masa akan datang dan seterusnya berjaya melahirkan guru pendidikan moral yang menguasai ilmu bidang dan pedagogi moral serta berakhlak mulia.
V
ABSTRACT
Moral Education was introduced in schools in the year 1989 aimed to educate the students to be well-behaved and morally-educated human beings by putting emphasis on thinking development, emotions and moral behavior. However, the implementation of this subject is said that to be not very effective and have not achieved the targeted objectives. The problem of lack of well-trained Moral Education teachers, ambiguity of concepts and moral content and also the weakness of evaluating this subject are some of the contributing factors. Hence, the Ministry of Education in Malaysia has declared that this subject should have been thought by trained graduate teachers in Moral Education. UPSI has taken a step to introduce Bachelor of Education in Moral Education with honors for its students. This program was offered by the Faculty of Social Sciences and Humanities, UPSI has been approved by the University Senate on July 24 2007, University Board of Directors on August 17 2004 and Ministry of Higher Education on March 16, 2005. The first intake for Bachelor of Education (Moral Education) was done on the first semester in the 2005/2006 session. The implementation of Bachelor of Education (Moral Education) was first offered in UPSI has enabled new views and perceptions from both academicians and students. This research was done to view the students' opinion on the importance of Moral Education program at UPSI, the needs of Moral Education in UPSI, the curriculum that had been implemented and the teaching and learning process. Methodology of the research is quantitative including questionnaires. The data compiled in the research are analyzed using descriptive statistics and inferences. The findings of this research shows that almost 95% of the first intake students feel that this program is important so that future Moral Education teachers to leaxn the content and discipline of the moral itself. Students also think that this program is important to fulfill the need of trained Moral Education teachers. Almost 95% of the first intake students agreed with the curriculum for the Moral Education program that is being introduced. Only 5% of students did not agree with the curriculum introduces. Findings also showed that almost 96% of the students think that the lecturers have delivered their teaching well. Only 4% of the students did not agree with parts of the teaching and learning methodology by the lecturers. Because of that, the outline of the curriculum of Moral Education is much clearer, better teaching and learning procedure, research in the moral field itself must be upgraded so that this program will be better in the future, thus producing well-behaved, trained moral education teachers.
vi
KANDUNGAN
Muka surat
PENGAKUAN ii PENGHARGAAN iii ABSTRAK iv ABSTRACT v SENARAI KANDUNGAN vi SENARAI JADUAL x SENARAI RAJAH xi
BAB 1: PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Pendidikan dan Pendidikan Moral 2
1.3 Latar Belakang Program Ijazah Sarjana Muda 5
Pendidikan Moral
1.4 Masalah Dan Status Pendidikan Moral Di Malaysia 8
1.5 Pernyataan Masalah 10
1.6 Batasan Dan Skop Kajian 11
1.7 Objektif Kajian 12
1.8 Persoalan Kajian 12
1.9 Kepentingan Kaj ian 13
1.10 Definisi Istilah 13
vii
BAB 2: KAJIAN LITERATUR
2.1 Konsep Asas Pendidikan Moral 15
2.2 Konsep Moral, Etika, Akhlak danNilai 16
2.3 Konsep Moral 20
2.4 Teori Etika Barat 21
2.5 Teori Perkembangan Moral 27
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 29 3.3 Kaedah Persampelan 30
3.4 Alat Kajian 30 3.5 Kaedah Analisis Data 30 3.6 Batasan Kajian 31
BAB 4: DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 32
4.2 Profil Responden 32 4.3 Analisis Kepentingan Program Pendidikan Moral 34 4.4 Analsis Keperluan Program Pendidikan Moral 37
4.5 Analisis Kursus Yang Telah Di Ambil 40 4.5.1 Kursus Teori Pendidikan Moral 43 4.5.2 Kursus Keluargadan Kekerabatan 44 4.5.3 Kursus Pengurusan Kendiri 44 4.5.4 Kursus Kurikulum Pendidikan Moral 45
viii
4.5.5 Kursus Moral Dari Perspektif Agama 45 4.5.6 Rursus Etika Alam Sekitar 46 4.5.7 Kursus Bimbingan Pembangunan Insan 46
4.6 Analisis Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah 47
4.7 Hubungkait Antara Faktor Pemilihan Program Dengan Jantina Responden 50
4.8 Hubungkait Antara Komitmen Pensyarah Di dalam Kelas Dengan PNGK Responden 51
4.9 Hubungkait Antara Pengajaran dan Pensyarah Yang Baik Dengan PNGK Responden 53
4.10 Hubungkait Antara Kaedah Pengaj aran Pensyarah Berbentuk Penyelidikan Dengan PNGK Responden 55
4.11 Hubungkait Antara Pandangan Terhadap Kursus 4.12 Teori Pendidikan Moral Membolehkan Pelaj ar Membuat
Penilaian Wajar Dengan PNGK Responden 57
BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 60 5.2 Ringkasan Kaiian 60 5.3 Penemuan Kajian 61 5.4 Cadangan
5.4.1 Matlamat Pendidikan Moral 62 5.4.1.1 Kandungan 65 5.4.1.2 Bentuk 66 5.4.1.3 Dimensi 66
5.5 Program Pendidikan Moral UPSI 67 5.6 Cadangan Kurikulum Baru Program Pendidikan Moral UPSI 69 5.7 Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral 70
5.8 Pengajaran dan Pembelajaran 70
5.9 Penyejidikan Dalarn Pengajian Moral 71
RUJUKAN
LAMPIRAN
SENARAI JADUAL
Jadual Muka surat
1.1 Unjuran guru Pendidikan Moral sekolah menengah di Malaysia 6 1.2 Unjuran keluar guru Pendidikan Moral bagi diploma pendidikan 7
Malaysia bagi sekolah rendah tahun 2004-2007 4.1 Kumpulan umur responden 33 4.2 Agama responden 33 4.3 Bangsa responden 33 4.4 Kepentingan program Pendidikan Moral 34 4.5 Keperluan program Pendidikan Moral 38 4.6 Persepsi pelajar terhadap kursus yang telah di ambil 40 4.7 P ersepsi pelaj ar terhadap pengaj aran dan pembelaj aran pensyarah 47 4.8 Hubungkait antara faktor pemilihan program moral dengan jantina
pelajar 50 4.9 Ujian khi kuasa dua faktor pemilihan dengan jantina pelajar 51 4.10 Hubungkait antara komitmen pensyarah di dalam kelas dengan PNGK
responden 52
4.11 Ujian khi kuasa dua komitmen pensyarah di dalam kelas dengan PNGK 52 responden
4.12 Hubungkait antara pengajaran dan pembelaj aran pensyarah yang baik dengan PNGK responden 54
4.13 Ujian khi kuasa dua pengaj aran dan pembelajaran pensyarah yang baik dengan PNGK responden 54
4.14 Hubungkait antara pengaj aran berbentuk penyelidikan dengan PNGK responden 56
4.15 Ujian khi kuasa dua pengaj aran berbentuk penyelidikan dengan PNGK pelajar 56
4.16 Hubungkait antara pandangan terhadap kursus Teori Pendidikan Moral membolehkan pelajar membuat penilaian wajar dengan PNGK responden 58
4.17 Ujian khi kuasa dua pandangan terhadap kursus Teori Pendidikan Moral membolehkan pelajar membuat penilaian wajar dengan PNGK responden 58
xi
SENARAI RAJAH Rajah muka surat
5.1 Konsep insan moral 68 5.2 Kerangka Program Pendidikan Moral UPSI 60
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan perkara-perkara yang merangkumi latar belakang kajian,
tujuan kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, defmisi konsep dan batasan kajian.
Malaysia melalui era baru dalam bidang pendidikan sejak kemerdekaan 50 tahun yang
lalu. Umura diketahui bahawa pendidikan merupakan satu bidang yang dinamik yang
memerlukan pengkajian, penelitian, perubahan dan pengubahsuaian dari semasa ke
semasa demi menentukan kesesuaiannya dengan keperluan agama, bangsa dan negara.
Falsafah hidup dan kehidupan murni yang diidamkan tidak akan tercapai tanpa
pendidikan. Matlamat pendidikan juga merupakan cita-cita dan hasrat murni yang ingin
dicapai. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, matlamat pendidikan ialah untuk
melahirkan insan yang baik. Insan yang baik merupakan insan yang seimbang dan sepadu
yang mempunyai ciri-ciri berikut:
i. percaya dan patuh kepada Tuhan
ii. berilmu pengetahuan
iii. berakhlak mulia
iv. bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara dan
v. berbakti dan sedia memberi sumbangan kepada masyarakat, agama,
bangsa dan negara.
2
1.2 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN DAN PENDIDIKAN MORAL DI
MALAYSIA
Suatu bangsa yang bercita-cita besar dan luhur merupakan bangsa yang bermaruah.
Kemuliaan, keluhuran dan ketinggian martabat tidak mungkin dapat dicapai tanpa
perjuangan dan idealisme. Idealisme tidak mungkin terpancar tanpa falsafah. Falsafah
hidup dan kehidupan murni yang diidamkan tidak mungkin terlaksana tanpa pendidikan.
Bangsa dan negara yang kuat serta mulia tidak hanya bergantung kepada kekuatan fizikal
dan kemajuan harta benda semata-mata namun perlu berlandaskan kepada kekuatan
budaya ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, keyakinan diri yang teguh, semangat
tanggungjawab serta pengorbanan diri yang tinggi.
Peranan utama pendidikan sejak Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib
1960 dan Akta Pelajaran 1961 adalah untuk mencapai perpaduan negara dan pendidikan
harus digerak untuk memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik. Walau bagaimanapun
peristiwa 13 Mei 1969, pengisytiharan Rukunegara (1970) dan pelancaran Dasar
Ekonomi Baru mendorong kerajaan mengkaji semula perlaksanaan Dasar Pelajaran
Kebangsaan. Sebuah jawatankuasa kabinet ditubuhkan pada tahun 1974. Jawatankuasa ini
meneliti kemampuan sistem pendidikan untuk melahirkan rakyar yang bersatu padu,
terlatih dan berdisiplin. Jawatankuasa ini prihatin kepada pendidikan akhlak dan moral.
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 ada menyebut secara tersurat mengenai Falsafah
Pendidikan Negara yang berbunyi:
" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan he arah memperkembangkan lagi potensi inidividu secara menyeluruh dan bersepadn untuk menwujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
3
Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi
menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang.
Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran
pendidikan pada abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada
nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik
untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan
kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala
rintangan dan cabaran dalam kehidupan.
Mata pelajaran Pendidikan Moral diperkenalkan sebagai subjek wajib di sekolah
rendah dan menengah pada tahun 1998 subjek ini menjadi subjek peperiksaan secara
rasmi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1993. (Kementerian
Pelajaran, 1988). Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras untuk murid bukan
beragama Islam di peringkat sekolah menengah. Mata pelajaran ini yang memberi
tumpuan pada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat
Malaysia bertujuan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, serta
rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara. Kandungan Sukatan Pelajaran
Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi aspek diri,
keluarga, alam sekitar, patriotisme, hak asasi manusia, demokrasi serta keamanan dan
keharmonian.
Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan
yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran
moral, perasaan moral dan tingkah laku moral Pendidikan Moral di sekolah menengah
memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid
melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat
dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat
membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral.
4
Ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial
terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. Beberapa prinsip utama telah
dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi
jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial. Prinsip-prinsip itu adalah:
i. Bertanggungjawab pada diri, lceluarga dan orang lain
ii. Berpegang teguh pada ajaran agama
iii. Prihatin kepada alam sekitar
iv. Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup
v. Bersemangat patriotik
vi. Menghormati hak asasi manusia
vii. Mengamalkan prinsip demokarasi dalam kehidupan
Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk merealisasikan semangat dan
hasrat yang terkandung dalam Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju,
kita perlu membina masyarakat yang bermoral dan beretika, iaitu sebuah masyarakat
bersatu padu yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh dan bersikap
toleransi.
Untuk membolehkan murid memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-
prinsip tersebut sebanyak tujuh bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan nilai-nilai
moral disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan
kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan dan
kebudayaan. Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti berikut :
i. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri
ii. Nilai berkaitan dengan Kekeluargaan
iii. Nilai berkaitan dengan Alam Sekitar
iv. Nilai berkaitan dengan Patriotisme
v. Nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia
5
vi. Nilai berkaitan dengan Demokrasi
viii. Nilai berkaitan dengan Keamanan dan keharmonian
(Kurikulum Pendidikan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia 1988 )
Pendidikan Moral juga memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-
kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,
kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-
kemahiran ini juga akan menyediakan murid menghadapi dunia teknologi maklumat dan
komunikasi dan cabaran alaf baru dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab sosial
dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan
kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup di kalangan murid. Para murid
juga digalakkan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat melalui teknologi
maklumat dan komunikasi seperti internet, CD-Rom, e-mail dan sidang telekomunikasi.
Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada kewujudan
masyarakat Malaysia yang celek teknologi. Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat
membentuk insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah
keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.
1.3 LATAR BELAKANG PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN MORAL
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui sasaran kerja utamanya telah menetapkan
bahawa mulai tahun 2000, semua guru di sekolah menengah mestilah terdiri daripada
guru siswazah, termasuklah guru-guru di dalam bidang Pendidikan Moral. Namun jika
diteliti kebanyakan guru yang mengajar Pendidikan Moral di sekolah adalah guru-guru
yang bukan pengkhususan dalam bidang Pendidikan Moral semasa belajar di universiti
atau maktab.
6
Unjuran permintaan Guru Pendidikan Moral Sekolah Menengah dari tahun 2004
hingga 2007 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan
Malaysia menunjukkan bahawa bilangan guru Pendidikan Moral masih belum
mencukupi. Berdasarkan jumlah permintaan yang sentiasa meningkat secara mendadak
daripada tahun 2004 hingga tahun 2007 menunjukkan permintaan guru Pendidikan Moral
amat tinggi tetapi bekalan guru agak sedikit (Rujuk Jaduall. 1). Malahan daripada unjuran
yang dipaparkan menunjukkan guru Pendidikan Moral sentiasa tidak mencukupi di
sekolah rendah dan menengah.
Jadual 1.1
Unjuran Guru Pendidikan Moral Sekolah Menengah di Malaysia,
Tahun 2004-2007
KEDUDUKAN 2004
TAHUN 2005 2006 2007
Permintaan di Sekolah Menengah 1700 2346 2346 2391
Penawaran 585 1858 1896 1952
Kekurangan -1115 -488 -450 -439
Sumber: Bahagian Pendidikan Guru, 2003
Pendidikan Moral bagi sekolah rendah juga menunjukkan bahawa guru-guru yang
mengajar Pendidikan Moral adalah mereka yang sekadar mengambil minor sahaja.
Bahagian Pendidikan Guru mengunjurkan keluaran guru dalam Pendidikan Moral
seramai 86 pada tahun 2004, meningkat sehingga 282 pada tahun 2006 (Jaduall.2).
Namun begitu guru-guru tersebut adalah mereka yang major dalam Pendidikan Cina,
Pendidikan Tamil dan Kemahiran Hidup. Setakat ini masih belum ada guru yang
7
mengajar Pendidikan Moral adalah major atau pengkhususan dalam ilmu ini. Justeru, itu
ini menunjukkan guru Pendidikan Moral masih belum mencukupi di sekolah rendah.
Jadual 1.2
Unjuran Keluar Guru Pendidikan Moral Bagi Diploma Pendidikan Malaysia Bagi Sekolah Rendah Tahun 2004-2007
KEDUDUKAN UNJURAN 2004 2005 2006 2007
Pendidikan Cina/Pendidikan Moral 55 111 152 59
Pendidikan Tamil/Pendidikan Moral 31 31 30 0
Kemahiran Hidup/Pendidikan Moral 0 0 100 0
Jumlah 86 142 282 59
Sumber: Bahagian Pendidikan Guru, 2003
Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian
yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan
Sultan Idris turut ditawarkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),
Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti
Malaya (UM). Namun begitu, Universiti Malaya (UM) hanya menawarkan program
pendidikan moral sebagai kursus minor sahaja. Sementara itu Universiti Putra Malaysia
(UPM) pula menawarkan program tersebut dalam pakej Program Khas Pengsiswazahan
Guru (PKPG). Justeru, pada masa kini terdapat tiga IPTA yang menawarkan program
yang sama. Penawaran Pendidikan Moral sebagai major di Universiti Pendidikan Sultan
Idris diharap dapat menampung kekurangan guru pendidikan Moral yang benar-benar
terlatih selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin mewujudkan masyarakat
yang seimbang daripada segi rohani, jasmani, emosi dan intelek.
8
Peluang kerjaya bagi guru-guru Pendidikan Moral (Siswazah Pendidikan Moral)
adalah luas. Di samping menceburi bidang pendidikan itu sendiri sebagai pendidik,
mereka juga boleh berkhidmat dalam bidang-bidang ikhtisas yang lain seperti
pentadbiran, perancangan, pengurusan industri dan perkhidmatan yang semuanya
ditawarkan oleh agensi kerajaan dan juga swasta seperti pegawai perhubungan awam,
pegawai tadbir, pegawai kebajikan masyarakat dan anggota sukarelawan.
1.4 MASALAH DAN STATUS PENDIDIKAN MORAL DI MALAYSIA
Pendidikan Moral dianggap satu mata pelajaran yang agak baru diperkenalkan
pada tahun 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan 1989 dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah dan beberapa masalah adalah dijangkakan. Antara
masalah-masalah tersebut adalah kekaburan konsep moral, masalah kurikulum,
kekurangan kemahiran guru-guru Pendidikan Moral, kekurangan bahan pengajaran serta
kelemahan penilaian dalam bidang moral. Misalnya, kajian Zarin (1990) menunjukkan
bahawa guru Pendidikan Moral di daerah Hulu Langat masih kabur tentang istilah
penting dalam mata pelajaran tersebut. Subjek kajian juga mengatakan bahawa kursus
Pendidikan Moral yang dihadiri kurang berkesan.
Secara amnya, sentimen terhadap pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Moral
di kalangan pelajar kini adalah kurang positif. Pandangan ini disokong dengan rungutan
melalui artikel dan surat-surat yang ditulis ke akhbar tentang kelemahan perlaksanaan
Pendidikan Moral di sekolah. Antara beberapa rungutan adalah seperti sukatan pelajaran
yang berulang-ulang dan sistem penilaian yang terlalu ketat dan mengelirukan..Pengkaji
berpendapat bahawa terdapat kekurangan penyelidikan sistematik terhadap bidang
Pendidikan Moral berbanding dengan mata pelajaran lain di Malaysia. Usaha untuk
meneroka situasi sebenarnya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di
Malaysia amat diperlukan.
9
Durkheim (1961) menyatakan bagaimana sekolah dapat menjalankan pendidikan
moral. Melalui pendidikan tiga unsur moral boleh dilaksanakan iaitu semangat
berdisiplin, saling bergantung kepada sesuatu kumpulan dan autonomi. Namun dalam
keadaan sekarang gambaran tentang pengajian moral sama ada secara tidak langsung atau
melalui pengajaran subjek adalah tidak mengembirakan. Sebagai suatu matapelajaran
tersendiri ia dianggap lebih kepada alat untuk mengawal pelajar-pelajar bukan Islam
semasa pelajar Islam sedang mengikuti pelajaran Agama Islam. Walaupun tiada siapa
yang mengingkari peri pentingnya subjek ini namun dari segi perlaksanaannya terbukti
hingga kini bahawa matapelajarannya ini sangat rendah prioritinya. Guru pendidikan
moral yang terlatih dan tenaga pengaj ar yang mahir menjadi antara faktor permasalahan
pendidikan moral berjaya sebagai suatu bidang ilmu. Sedia maklum persediaan guru yang
mengajar subjek ini di sekolah adalah tidak memuaskan. Ada guru yang mengajarnya
sebagai fakta-fakta yang patut diketahui dan ada juga guru yang melihat dan membaca
apa yang terdapat di dalam buku teks. Apa yang lebih membimbangkan ada guru yang
tidak mengajar langsung dalam waktu itu atau menggunakannya bagi subjek yang lain.
Sebagai unsur dalam kurikulum terpendam tindakan bertanggungjawab hanya
berlaku bila terdapat autoriti. Murid akan berkelakuan baik semasa di dalam kelas, maka
konsep tanggungjawab bukan disebabkan oleh penerapan nilai namun lebih kepada
perasaan takut kepada sesuatu yang dianggap autoriti. Unsur suara hati tidak wujud
seringkali mengundang kepada perlakuan yang berlawanan dalam situasi yang hampir
sama. Individu yang mempunyai suara hati jarang ditemui, apa yang kita temui adalah
individu yang mempunyai suara hati yang berpura-pura yang mana tingkah laku yang
dilakukan itu menyerupai tindakan untuk mengekalkan ketenteraman tetapi sebenarnya
adalah untuk menguntungkan diri sendiri.
Apabila dikatakan Pendidikan Moral di sekolah gagal, maka timbul persoalan
mengapa terjadi begitu. Beberapa permasalahan nyata adalah mengenai konsep,
kebudayaan dan pedagogi. Persoalan yang biasa dibincangkan dari segi konsep moral itu
apakah tindakan yang dianggap bermoral, adakah ia suatu yang relatif, adakah nilai itu
10
boleh diajar. Nilai-nilai tersendiri suatu kaum juga menjadikan Pendidikan Moral ini
sukar diajar atau diterap. Walaupun nilai yang diajar itu bersifat universal namun bagi
golongan yang menerimanya menganggapnya sebagai nilai kaum yang memerintah. Dari
segi pedagogi masalah yang dihadapi sangat rumit dan banyak. Awal-awal lagi konsep
moral itu sukar dipahami dan dipersetujui. Terdapat kurikulum dan aktiviti yang kurang
dikonsepsi dan dirancang. Di semua peringkat penerapan nilai yang boleh membentuk
suara hati pelajar diajar sama ada sebagai pembelajaran kognitif dibiarkan berlaku
dengan sendirinya. Maka pelajar mengetahui moral sebagai pengetahuan yang dijadikan
pedoman hidup itu dipelajari sendiri melalui pemerhatian. Permasalahah pengajaran
pendidikan moral ini berkaitan juga dengan masalah penilaian subjek ini sendiri. Setakat
mana kita mengetahui nilai yang dipelajari itu dikuasai dan dihayati? Persoalannya
adakah mencukupi dengan penilaian bercorak pengetahuan semata-mata.
Menurut Ahmad Jafni Hassan et. al (1978) dalam seminar pendidikan moral di
Asia yang diadakan di Tokyo (1978), mengenalpasti empat belas masalah berkaitan
dengan penilaian pendidikan moral di sekolah. Di antaranya ialah kesukaran menentukan
hasil dalam bentuk tingkah laku pelajar, tidak ada sesuatu prosedur mengukur yang boleh
diterima, kesukaran menentukan kriteria dalam pengukuran dan kekurangan penyelidikan
yang boleh menerangkan dengan mendalam tentang sesuatu fenomena moral. Justeru
kerana terdapat pelbagai permasalahan penilaian pendidikan moral ini maka subjek ini
terus beijalan dan hanya menilai tahap pengetahuan dalam peperiksaan sahaja.
1.5 PERNYATAAN MASALAH
Pendidikan Moral amat penting dalam menyumbang pengetahuan tentang gejala dan
masalah kehidupan serta mengajar kita kemahiran dan kaedah menyelesaikan masalah-
masalah tersebut dari perspektif yang luas dan pelbagai dalam konteks Malaysia. Justeru,
Pendidikan Moral mempunyai peranan yang jelas dalam pembangunan negara yang
merupakan aspek penting dalam penghidupan.
11
Guru-guru Pendidikan Moral yang terlatih mampu melihat dari pelbagai segi
tentang hubungan manusia dan persekitaran serta mereka sudah tentu mampu bertindak
sebagai agen penghubung antara pelbagai pakar khusus sama ada dalam sektor kerajaan
mahu pun swasta apabila menceburi bidang pekerjaan selain bidang pendidikan. Dalam
konteks melahirkan pendidik yang mempunyai ijazah pada alaf baru permintaannya
adalah menggalakkan dan ia merupakan salah satu lagi prospek pekerjaan bagi guru-guru
Pendidikan Moral yang akan memainkan peranan dalam mengembangkan lagi ilmu-ilmu
disiplin ini di peringkat sekolah.
Sehubungan dengan itu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memainkan
peranan yang penting bagi mengatasi masalah ini dengan menawarkan program
Sarjanamuda Pendidikan Moral untuk memenuhi sebahagian daripada permintaan
tersebut agar disiplin ilmu ini dapat diteruskan dan mampu mewujudkan warganegara dan
masyarakat yang berdaya saing, berbudaya tinggi dan menyayangi tanahair.
Perlaksanaan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Moral yang telah
ditawarkan buat pertama kali di UPSI memungkinkan beberapa pandangan dan persepsi
sama ada dari golongan akademik juga golongan pelajar. Oleh kerana ia ditawarkan buat
pertama kali, kita tidak mengetahui sama ada pelajar berminat dan merasakan program ini
penting ataupun tidak . Pandangan pelajar terhadap kekuatan kurikulum program ini juga
perlu diketahui walaupun pandangan ini tidaklah mengambarkan keseluruhan pandangan.
Permasalahan kesesuaian P&P pensyarah perlu diketahui dan dinilai memandangkan
program ini melibatkan kursus yang baru. Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi
pelajar terhadap program ini dengan penumpuan kajian adalah dari segi persepsi terhadap
objektif program, pemilihan program, kurikulum program dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran (P & P).
1.6 BATASAN DAN SKOP KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini hanya melibatkan pelajar ambilan pertama sahaja yang
sekarang ini masih berada di semester enam dan tujuh. Skop kajian pula melibatkan
12
persepsi pelajar dan tenaga pengajar mengenai keperluan dan kepentingan Program
Pendidikan Moral, kurikulum program yang telah diambil dan penilaian terhadap
pengajaran dan pembelajaran pensyarah.
1.7 OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk melihat persepsi pelajar Program Ijazah
Muda Pendidikan Moral dengan Kepujian terhadap program ini dengan penumpuan
terhadap obj ektif b erikut:
1. Mengetahui persepsi pelajar terhadap kepentingan Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Moral.
2. Mengetahui persepsi pelajar terhadap keperluan Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Moral.
3. Meninjau pandangan pelajar mengenai kurikulum program secara umum.
4. Mengetahui pandangan pelajar mengenai kesesuaian P & P pensyarah program
Pendidikan Moral.
1.8 PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian ini adalah untuk melihat persepsi pelajar ambilan pertama terhadap
kepentingan program Pendidikan Moral, keperluan program Pendidikan Moral, kursus
yang telah diambil dan pengajaran dan pembelajaran pensyarah, Persoalan kajian secara
khusus adalah seperti berikut:
a. Apakah kepentingan Program Pendidikan Moral di universiti ?
13
b. Mengapa program Pendidikan Moral ini perlu di wujudkan ?
c. Apakah padangan pelajar terhadap kursus-kursus di dalam program
Pendidikan Moral UPSI ?
d. Apakah pandangan pelajar terhadap P&P pensyarah di dalam program
Pendidikan Moral UPSI ?
1.9 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini difokuskan kepada pelajar ambilan pertama adalah amat bersesuaian sekali dan
mempunyai beberapa kepentingan seperti berikut:
i. Kepentingan kepada Jabatan:
Membolehkan penambahbaikan kepada kurikulum program Pendidikan Moral
yang sedia ada untuk lebih menepati disiplin pendidikan moral itu sendiri.
ii. Kajian ini juga penting untuk melihat adakah proses P & P pensyarah
bersesuaian dan mampu menarik minat mereka terhadap program ini.
iii. Kepentingan kepada Universiti
Melahirkan guru pendidikan moral bertauliah untuk menjana bangsa Malaysia
yang mampu maju dan berakhlak dengan acuannya sendiri.
1.10 DEFINISIISTILAH
1.10.1 Persepsi
Persepsi adalah proses seseorang memahami lingkungan yang melibatkan
pengorganisasian dan penafsiran sebagai rangsangan dalam suatu pengalaman. Persepsi
membantu individu dalam memilih, mengatur, menyimpan, dan menginterprestasikan
rangsangan menjadi gambaran dunia yang kukuh dan bererti.
14
1.10.2 Kepentingan
Kepentingan dalam kajian ini membawa maksud keadaan atau sifat penting, peri
mustahak demi kebaikan dan kesejahteraan bersama. Kepentingan program Pendidikan
Moral UPSI antara lain adalah untuk mengelakkan salah faham masyarakat mengenai
konsep moral dan nilai.
1.10.3 Keperluan
Maksud keperluan bagi kajian ini adalah sesuatu yang berguna untuk kepentingan
bersama. Keperluan program Pendidikan Moral UPSI ini antara lain untuk menampung
keperluan guru Pendidikan Moral terlatih.