74
PENGAJIAN MALAYSIA MPU 2163(L02-T01) S2 2015 WAN ZULKIFLI BIN WAN MUSA 51103315074 FAKHRUL MUKMININ BIN ISMAIL 51103315074 MUHAMMAD ALHAFIZ BIN ALHOLIDIN 51103315172 MUHAMMAD FIRDHAUS ZAINORDIN 511

Pengajian Malaysia 2015

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengajian Malaysia 2015

PENGAJIAN MALAYSIA

MPU 2163(L02-T01)

S2 2015

WAN ZULKIFLI BIN WAN MUSA 51103315074

FAKHRUL MUKMININ BIN ISMAIL 51103315074

MUHAMMAD ALHAFIZ BIN ALHOLIDIN 51103315172

MUHAMMAD FIRDHAUS ZAINORDIN 511

Page 2: Pengajian Malaysia 2015
Page 3: Pengajian Malaysia 2015

1. Perdana Menteri

o Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak

2. Timbalan Perdana Menteri

o Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi

3. Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Menteri:

o Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom (Hal Ehwal Agama)  

o Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

o Datuk Joseph Entulu Anak Belaun

o Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kassim

o Dato’ Mah Siew Keong

o Senator Datuk Paul Low Seng Kuan

o Puan Hajah Nancy Binti Haji Shukri

o Senator Dato' Sri Abdul Wahid Bin Omar (Unit Perancangan Ekonomi)

o Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

o Datuk Seri Azalina Binti Othman Said

Timbalan Menteri:

Page 4: Pengajian Malaysia 2015

o Dato' Razali Bin Ibrahim

o Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki (Hal Ehwal Agama)

Fungsi dan Peranan

Memberi perkhidmatan sokongan termasuk pentadbiran, kewangan, pengurusan sumber manusia, keselamatan, sosial dan lain-lain kepada warga jabatan Perdana Menteri dengan cekap dan berkesan, mengikut aturan dan arahan yang telah ditetapkan.

Menguruskan keperluan kuarters, ruang pejabat dan tempat beristirehat supaya kondusif dan selesa untuk Anggota Perkhidmatan Awam.

Menguruskan semua harta yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan dengan cekap dan berkesan.

Peningkatan kualiti Perkhidmatan Awam Malaysia supaya lebih cekap, berkesan, responsif dan berintegriti serta membudayakan penggunaan teknologi maklumat dalam perkhidmatan awam.

Memberi perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan berkesan kepada Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha Negara yang juga menjadi Setiausaha Jemaah Menteri serta mengesan dan memantau pelaksanaan keputusan-keputusan Kerajaan.

Sebagai pusat rujukan kepada semua isu berkenaan keselamatan dan perlindungan meliputi keselamatan fizikal, dokumen dan personel, menggubal, mengeluar dan menentukan dasar keselamatan perlindungan untuk dilaksanakan dengan sempurna.

Pengurusan Istiadat dan Protokol Negara, Penganugerahan Darjah-darjah Kebesaran Persekutuan, Lawatan Pembesar-Pembesar Negara, Persidangan Antarabangsa dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang terbaik berteraskan kecemerlangan kerja yang berkualiti.

Menentukan penyelarasan dasar, strategi dan program Pembangunan Ekonomi Negara bagi jangka masa sederhana dan jangka masa panjang dirangka dengan terancang, cekap dan sempurna bagi memperkukuhkan daya saing negara, menggalakkan pertumbuhan ekonomi, mempromosikan kerjasama sektor awam dan swasta, mempergiatkan k-ekonomi, dan meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi negara.

Menjadi agensi pusat utama bagi memantau pelaksanaan dasar, strategi, program dan projek pembangunan serta menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan cekap dan berkesan supaya pelaksanaannya selaras dengan matlamat pembangunan negara.

Page 5: Pengajian Malaysia 2015

Memastikan penggubalan dan penyelarasan serta pelaksanaan dasar-dasar yang berkaitan dengan keselamatan negara serta arahan langkah-langkah keselamatan dikendalikan secara terancang, komprehensif dan bersepadu

Menguatkuasakan undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan.

Meningkatkan mutu penyelarasan penguatkuasaan undang-undang Maritim dan penglibatan unsur-unsur Maritim Negara dalam sebarang tugas maritim bagi menentukan kedaulatan dan keselamatan perairan Malaysia dipelihara dan kepentingan Maritim dari dicerobohi.

Merancang, merangka, menggubal dan memantau dasar-dasar penguatkuasaan maritim serta membantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjadi sebuah agensi yang cekap dengan menyediakan peralatan dan infrastruktur melalui pembangunan dan perolehan.

Peningkatan dan keseragaman prosedur dan amalan dalam urusan yang berkaitan dengan wakaf, zakat dan amal di seluruh negara; dan meningkatkan pemantauan dan penyelarasan dasar dan peraturan mengenai urusan haji.

Mewujudkan undang-undang Islam berhubung pentadbiran Mahkamah Syariah yang seragam untuk diterima pakai di negeri-negeri.

Menyedia dan melaksanakan pentadbiran undang-undang berlandaskan undang-undang Islam secara adil dan berkesan melalui akta-akta yang telah diluluskan.

Mewujudkan fatwa-fatwa yang tetap dan kemas berasaskan kepada Al-Quran, As-Sunah, Ijmak dan Qias serta sumber-sumber lain yang muktabar serta mewujudkan tenaga pengajar agama Islam yang berwibawa dan beramal dengan Ahli Sunah Wal-Jemaah.

Memastikan bantuan perundangan, khidmat nasihat dan khidmat perantaraan diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Memastikan urusan pentadbiran Jabatan dan pembangunan mahkamah dirancang, diselaras dan dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan serta membantu di dalam penambahbaikan keadilan sistem pentadbiran dan perundangan negara.

Memastikan semua kes-kes yang didaftar di Mahkamah dapat diselesaikan dengan segera, adil dan berlandaskan prinsip undang-undang negara serta dihormati dan diyakini oleh semua pihak.

Memastikan urusan pentadbiran dan perkhidmatan Insolvensi dilaksanakan selaras dengan kehendak undang-undang dan keperluan pelanggan dengan cekap, cepat dan berkesan.

Page 6: Pengajian Malaysia 2015

Memastikan Jabatan mempunyai sumber manusia, kewangan, peralatan dan prasarana yang mencukupi dan sesuai untuk membolehkannya menjalankan peranan dan tugas-tugas secara berkesan.

Membantu orang ramai yang menghadapi masalah dengan jentera pentadbiran awam untuk merawat pulih aduan yang berasas dan memanfaatkannya sebagi input untuk agensi kerajaan mempertingkatkan akauntabiliti, kualiti dan produktiviti perkhidmatan awam.

Meningkatkan pengetahuan, kepakaran, kualiti dan prestasi pegawai-pegawai perkhidmatan awam, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat dalam bidang kehakiman, perundangan dan penguatkuasaan undang-undang bagi mewujudkan perkhidmatan yang adil, cekap dan berkesan melalui latihan yang sistematik dan terancang.

Bertindak sebagai penghubung antara Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan bagi memudahcara projek-projek Persekutuan dan perkara-perkara yang menjadi perhatian terus YAB Perdana Menteri.

Memastikan penyediaan, penafsiran dan penyebaran perangkaan yang berkualiti, terkini, lebih cekap dan berkesan bagi tujuan pembentukan pelaksanaan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.

Melindung dan memajukan hak asasi manusia di Malaysia

AGENSI/JABATAN.

Suruhanjaya.

1. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)

2. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

3. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

4. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

5. Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK)

6. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D)

7. Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

8. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Page 7: Pengajian Malaysia 2015

Agensi Pusat.

1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

2. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)

3. Unit Perancang Ekonomi (UPE)

4. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

5. Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)

Jabatan/Agensi.

1. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

2. Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)

- Jabatan Bantuan Guaman (JBG)

- Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)

3. Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia (BHEPMM)

4. Bahagian Istiadat Dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa (BIUPA)

5. Bahagian Kabinet, Perlembagaan & Perhubungan Antara Kerajaan (BKPP)

6. Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH)

7. Bahagian Penyelidikan

8. Biro Pengaduan Awam (BPA)

9. Biro Tatanegara (BTN)

10. Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan Malaysia (ILKAP)

11. Jabatan Audit Negara

12. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

- Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP)

Page 8: Pengajian Malaysia 2015

13. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

- Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI)

14. Parlimen Malaysia

15. Jabatan Perangkaan Malaysia

16. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

17. Jabatan Peguam Negara

18. Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR)

19. Lembaga Penasihat

20. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah

21. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak

22. Majlis Keselamatan Negara (MKN)

23. Pejabat Y.A.B Perdana Menteri

24. Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (KPKK)

25. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

26. Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

27. Pejabat Penasihat Sains

28. Jabatan Perdana Menteri

29. Unit Inovasi Khas

30. Istana Negara

31. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

32. Pejabat Urusetia Bekas Perdana Menteri YABhg. Tun Dr.Mahathir Mohamad

33. Pejabat Urusetia Bekas Perdana Menteri YABhg. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi

Page 9: Pengajian Malaysia 2015

34. Pejabat Seranta Felda

35. Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah

36. Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak

37. Bahagian PERMATA

38. Unit Kawal Selia Felda (UKSF)

39. Unit Pelaksanaan dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU)

40. Bahagian Perlindungan

41. Eastern Sabah Security Command (ESSCOM)

42. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan

43. Urusetia Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan (UJKT)

44. Bahagian Integriti dan Tadbir Urus

45. Unit Pemulihan Pasca Banjir

46 Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)

Badan Berkanun.

1. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

2. Lembaga Tabung Haji (LTH)

3. Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

4. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

5. Agensi Inovasi Malaysia (AIM)

Dibawah Akta Syarikat.

1. Institut Integriti Malaysia (IIM)

2. Malaysian Industry-Government Group for High Technology

3. TalentCorp

Page 10: Pengajian Malaysia 2015

4. TERAJU

5. PEMANDU Corporation

6. UNIK Corporation

7. Institiut Kefahaman Islam Malaysia

Page 11: Pengajian Malaysia 2015

4. Kementerian Kewangan

o Menteri I: Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak

o Menteri II: Dato' Seri Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah

o Timbalan Menteri: Datuk Chua Tee Yong

o Timbalan Menteri: Datuk Johari Bin Abd Ghani

Kementerian Kewangan ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk mengurus pendapatan negara Malaysia dan pertumbuhan ekonomi serta pembahagian kekayaan negara yang saksama antara rakyat. Kementerian ini waujud dua menteri yang bertanggungjawab, iaitu Menteri I Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri II Dato' Sri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan ialah Dato' Seri Dr Mohd Irwan Serigar bin Abdullah.

Agensi berkaitan

Agensi-agensi tersebut memainkan peranan atau sebagai penggerak kepada Kementerian Kewangan yang memudahkan pengawalan dan pengurusan pendapatan negara:

Bank Negara Malaysia (BNM)

Suruhanjaya Sekuriti

Prokhas Sdn. Bhd.

Bursa Malaysia

Page 12: Pengajian Malaysia 2015

Bank Simpanan Nasional (BSN)

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir (LOFSA)

Perbendaharaan Malaysia

Jabatan Akauntan Negara (ANM)

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)

Yayasan Tun Razak

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Lembaga Totalisator Malaysia (LTM)

5. Kementerian Pendidikan

o Menteri: Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid

o Timbalan Menteri: Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan

o Timbalan Menteri: Senator Tuan Chong Sin Woon

Kementerian Pendidikan Malaysia ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamatnya ialah untuk:

melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu

melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera

menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara

memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Page 13: Pengajian Malaysia 2015

6. Kementerian Pengajian Tinggi

o Menteri: Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh

o Timbalan Menteri: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ialah suatu kementerian Malaysia yang wujud antara 27 Mac 2004 dan 14 Mei 2013. Ia wujud hasil rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia Abdullah bin Ahmad Badawi dengan membahagikan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada 2 kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menteri yang pertama memikul tugas jawatan adalah Datuk Dr. Shafie Mohd Salleh manakala yang terakhir disandang oleh Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin. Pada 15 Mei 2013, kementerian ini telah digabungkan semula dengan Kementerian Pelajaran menjadi "Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi Malaysia" atau ringkasnya "Kementerian Pelajaran Malaysia" sahaja.[1] Kemudian, nama Kementerian Pendidikan Malaysia digunapakai semula sebagai pengembalian kepada protfolio asal kementerian yang menggabungkan pengurusan pendidikan sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. [2]

Mulai 15 Julai 2004, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mula beroperasi di Blok E3, Parcel E, Pusat Perbadanan Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Kementerian ini terdiri daripada dua jabatan dan agensi. Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah Jabatan Pengurusan IPT (JPIPT) dan Jabatan Pengurusan Politeknik & Kolej Komuniti. JPIPT pula terdiri dari dua sektor pengurusan iaitu Sektor Pengurusan IPTA & Sektor Pengurusan IPTS. Sementara

Page 14: Pengajian Malaysia 2015

agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah LAN, PTPTN,Yayasan TAR dan 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu:

Universiti Malaya (UM)

Universiti Sains Malaysia (USM)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Utara Malaysia (UUM)

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Page 15: Pengajian Malaysia 2015

7. Kementerian Dalam Negeri

o Menteri:  Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi

o Timbalan Menteri: Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed

o Timbalan Menteri: Tuan Masir Anak Kujat

PENGENALAN

Kementerian Luar Negeri atau dikenali sebagai Wisma Putra merupakan nadi kepada perhubungan antarabangsa dan dasar luar negara. Kementerian ini bertanggungjawab menjaga kepentingan nasional Malaysia di samping menyumbang kepada masyarakat antarabangsa dengan adil dan saksama melalui diplomasi yang proaktif. Kementerian ini turut bertanggungjawab menjamin keselamatan dan kepentingan Malaysia di luar negara, menyediakan perkhidmatan yang baik dan berkesan kepada stakeholders kementerian di dalam dan di luar negara, bekerjasama secara kolektif dengan negara-negara lain bagi mewujudkan persekitaran yang baik demi pembangunan nasional, bergiat aktif sebagai ahli badan-badan dan pertubuhan antarabangsa dan memberi sumbangan dalam menggalakkan perbincangan dan persidangan berkenaan isu-isu antarabangsa. Malaysia hari ini mempunyai rangkaian sebanyak 105 perwakilan diplomatik di serata dunia. Ini mencerminkan kecemerlangan Wisma Putra dalam hubungan antarabangsa yang telah melangkah maju melangkau seluruh dunia.

Jabatan Hubungan Dua Hala Politik dan Ekonomi

Page 16: Pengajian Malaysia 2015

Objektif utama jabatan adalah untuk memupuk, memelihara dan meningkatkan hubungan dua hala yang erat dengan semua negara tanpa mengira sistem politik atau ekonomi. Hubungan dua hala yang melibatkan jabatan merangkumi aspek politik dan keselamatan; ekonomi dan perdagangan; sosial dan kebudayaan; dan sains dan teknologi.

Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hal

Objektif utama jabatan ini adalah untuk melindungi, meningkatkan, menegakkan dan memperjuangkan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Jabatan ini ditugaskan untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan politik pelbagai hala dengan negara lain dan juga dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa. Ia bertanggungjawab melindungi imej dan reputasi negara daripada gambaran yang kurang tepat oleh pihak lain dalam pelbagai mesyuarat dan forum antarabangsa. Jabatan ini turut memainkan peranan utama untuk mempromosikan dan melobi bagi keahlian dan pencalonan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa. Ia juga bekerjasama dengan kementerian dan agensi kerajaan lain bagi memastikan penyelarasan yang cekap dan berkesan dalam menguruskan isu-isu antarabangsa dalam usaha menegakkan kepentingan Malaysia.

Jabatan Khidmat Pengurusan

Objektif jabatan ini adalah untuk meningkatkan dan mengukuhkan pengurusan yang berkaitan dengan pembangunan kakitangan dan organisasi. Jabatan ini mempunyai sembilan bahagian yang mempunyai fungsi yang pelbagai iaitu Bahagian Pentadbiran dan Keselamatan, Bahagian Konsular, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Bahagian Kewangan, Bahagian Pembangunan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Bahagian Inspektorat, Bahagian Parlimen dan Hal ehwal Korporat, Audit Dalam dan Unit Komunikasi Korporat.

Jabatan Perancangan Dasar dan Strategik

Jabatan ini membantu kementerian menyediakan penilaian analitis dalam ramalan tentang perkembangan dan keadaan dasar luar negara dan syor dasar luar negara berasaskan rancangan strategik yang bersepadu dan berkesan. Fungsi utama jabatan ini adalah mengambil pandangan strategik jangka masa panjang tentang arah aliran semasa di peringkat serantau dan global di samping mengemukakan syor yang menjadi panduan dalam membentuk kepentingan dasar luar negara ini.

Page 17: Pengajian Malaysia 2015

Langkah ini bertujuan memastikan dasar luar Malaysia sentiasa selaras dengan kepentingan negara dan perkembangan pesat yang berlaku di rantau ini dan di peringkat antarabangsa.

Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia

Fungsi utama sekretariat ini secara khusus adalah untuk menyelaras pendirian Malaysia tentang isu berkaitan dengan kerjasama serantau di peringkat ASEAN, bertindak sebagai tuan rumah persidangan, mesyuarat dan seminar berkaitan secara bergilir, mewakili Malaysia dalam mesyuarat pada peringkat ketua-ketua kerajaan, Menteri dan pegawai dalam forum ASEAN dan rakan dialog ASEAN.

Jabatan Penyelidikan, Triti Dan Perundangan Antarabangsa

Jabatan ini bertanggungjawab membantu kementerian dan kedutaan di luar negara menyediakan nasihat dalam isu-isu perundangan antarabangsa. Selain itu, jabatan ini memastikan kepentingan Malaysia dilindungi dalam perbincangan dua hala mengenai tuntutan bertindih ke atas wilayah dan kawasan maritim dengan mengambil kira perjanjian dan triti perbatasan wilayah yang berkuat kuasa dengan pendirian Malaysia tentang isu berkenaan.

Jabatan Protokol

Fungsi utama jabatan ini adalah memastikan hubungan Malaysia dan negara lain dijalankan menurut protokol antarabangsa dengan mengambil kira budaya negara ini. Selain itu, jabatan ini turut berfungsi memastikan kedutaan asing, Pejabat Konsular dan Pertubuhan Antarabangsa di Malaysia diberikan keistimewaan dan imuniti yang tertakluk di bawah Konvensyen Vienna.

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR)

IDFR menyediakan latihan asas untuk bakal diplomat Malaysia dan diplomat dari negara membangun yang menyertai Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP). Ia juga menjalankan latihan kemahiran professional susulan bagi pegawai yang telah pun berada dalam perkhidmatan diplomatik. Dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Institut ini juga menawarkan program Ijazah Sarjana Sains Sosial dalam bidang Strategi dan Diplomasi. Selain

Page 18: Pengajian Malaysia 2015

itu, syarahan umum dan perbincangan meja bulat tentang pelbagai dasar luar dan isu global dianjurkan oleh IDFR, dengan menjemput tokoh kenamaan tempatan dan asing termasuk mantan ketua negara/kerajaan dan diplomat serta pakar antarabangsa sebagai penceramah.

Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT)

Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada November 2002 di bawah bidang kuasa Kementerian Luar Negeri berfungsi sebagai pusat mencegah keganasan serantau yang memberikan tumpuan utama kepada program latihan, pembinaan keupayaan dan kesedaran awam. Di antara aktiviti yang dijalankan SEARCCT termasuklah menganjurkan program pembinaan keupayaan dan kesedaran awam, menghasilkan ringkasan dan laporan situasi di samping menjalankan penyelidikan dan menggalakkan perkongsian maklumat dan penjalinan rangkaian.

Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (CWC)

CWC ialah sebuah konvensyen antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia. Malaysia menandatangani CWC pada 13 Januari 1993 dan meratifikasikannya pada 20 April 2000. Selaras dengan tanggungjawab Malaysia di bawah CWC, sebuah Pihak Berkuasa Kebangsaan bagi Konvensyen ditubuhkan dengan Kabinet melantik Kementerian Luar Negeri untuk mengetuai pihak berkuasa tersebut. Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 mula berkuat kuasa pada 1 September 2006 dan lanjutan daripada itu, Peraturan CWC 2007 diwartakan pada 1 November 2007. Fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa Kebangsaan bagi CWC antara lain adalah memastikan Akta tersebut dilaksanakan dengan berkesan, memudahkan dan menerima lawatan Pemeriksa Antarabangsa, mengumpul data yang perlu dilaporkan dalam pengisytiharan tahunan Pertubuhan bagi Pengharaman Senjata Kimia (OPCW) di The Hague, Belanda dan mengeluarkan surat kebenaran berkaitan dengan aktiviti melibatkan bahan kimia toksik yang disenaraikan di bawah Jadual 1 CWC.

Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam

Objektif utama Jabatan ini adalah meningkatkan kefahaman yang lebih mendalam tentang Malaysia, serta institusi dan dasarnya. Menyedari bahawa perubahan pesat dan situasi tidak menentu di pentas global boleh menjejaskan imej negara,

Page 19: Pengajian Malaysia 2015

maka jabatan ini diberi tanggungjawab untuk mengemas kini dan menyediakan maklumat yang betul tentang pendirian kerajaan berhubung dengan isu antarabangsa dan memberikan gambaran tepat tentang negara ini. Fungsi utama jabatan ini termasuklah dalam perhubungan media, promosi, respond media, diplomasi awam, penyelidikan dan dokumentasi serta laman web dan pangkalan data.

Bahagian Undang-undang

Bahagian ini diberi tanggungjawab untuk membantu kementerian dan perwakilan Malaysia di luar negara dengan memberikan nasihat undang-undang tentang sebarang perkara berkaitan dengan kementerian dalam interaksinya bukan sahaja dengan pelbagai negara asing, kerajaan, pertubuhan antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan, bahkan juga antara agensi di negara ini.

8. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

o Menteri: Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob

o Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

o Timbalan Menteri: Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Yaakub

Misi

Kami memajukan desa secara menyeluruh dan berkesan berteraskan nilai-nilai murni, daya tahan dan daya pasaran selaras dengan wawasan negara.

Objektif

Meningkatkan pendapatan penduduk desa ke tahap 80% daripada penduduk bandar.

Mewujudkan desa berkualiti (Desa Q).

Mewujudkan 30% penduduk desa terlibat dalam aktiviti keusahawanan.

Mewujudkan masyarakat berilmu dan berkemahiran.

Page 20: Pengajian Malaysia 2015

Mempercepatkan pelaksanaan konsep dan program pembangunan bersepadu.

Meningkatkan kesejahteraan masyarakat desa.

Mencapai liputan 100% prasarana asas, utiliti dan infrastruktur.

Memastikan penduduk desa mendapat 100% manafaat teknologi maklumat dan komunikasi.

9. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

o Menteri I: Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed

o Menteri II: Datuk Seri Ong Ka Chuan

o Timbalan Menteri: Senator Dato' Lee Chee Leong

o Timbalan Menteri: Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (singkatan MITI, daripada Ministry of International Trade and Industry) ialah sebuah kementerian di bawah kerajaan persekutuan Malaysia. Kementerian ini diberi tanggungjawab menyelia kegiatan perdagangan yang dijalankan oleh Malaysia di peringkat antarabangsa seperti import dan eksport selain menyelaras kegiatan dan dasar-dasar perindustrian negara ini. Dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur, ia merupakan satu-satunya kementerian yang tidak berpindah ke pusat pentadbiran baru kerajaan persekutuan, Putrajaya. Hal ini berikutan keputusan kerajaan mengekalkan Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan, ekonomi dan perindustrian kebangsaan.

Kementerian ini yang ditubuhkan bermodelkan kementerian yang sama di Jepun mengetuai usaha-usaha penggalakan pelaburan asing di Malaysia melalui Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, agensi yang dipertanggungjawabkan kepadanya yang mempunyai pejabat di beberapa buah negara dagang utama Malaysia, seperti Amerika Syarikat, Jepun, Australia, United Kingdom dan Jerman. Selain itu, kakitangan MITI yang diketuai oleh seorang menteri mewakili

Page 21: Pengajian Malaysia 2015

negara ini dalam rundingan berkaitan perjanjian-perjanjian perdagangan dengan negara asing seperti Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

10. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

o Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

o Timbalan Menteri: Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit

Sejarah

Pada tahun 1973, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Dalam usaha untuk mencerminkan penekanan kerajaan terhadap sains dan teknologi (S&T) dan inovasi, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) pada tahun 1976. Pada tahun 2004, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Misi

Misi MOSTI adalah untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang berdaya saing untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dengan maksud menjana pengetahuan kemewahan dan meningkatkan kualiti hidup melalui pembangunan lestari.

Kementerian ini dipandukan oleh misinya untuk meningkatkan persaingan Malaysia dalam bidang sains dan teknologi supaya rakyat Malaysia menjadi bangsa yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan terus komited terhadap pengurusan alam sekitar untuk jangka masa panjang.

"Memanfaatkan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan modal insan untuk nilai tambah sektor pertanian dan industri serta membangunkan ekonomi baru, terutama melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT serta bioteknologi."

Visi

Page 22: Pengajian Malaysia 2015

"Sains, Teknologi dan Inovasi bagi penjanaan ilmu, kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat."

Objektif penubuhan

Menggalakkan pemahaman kesedaran dan penghargaan terhadap S&T

Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan S&T

Memelihara dan memantau alam sekitar

Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan pengurusan yang berkesan.

Dasar-Dasar Menerusi Kementerian Sains[sunting | sunting sumber]

Sebuah Plan Tindakan Kebangsaan, Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan dan kebolehannya dalam bidang sains dan teknologi melalui pelbagai program dan aktiviti. Dalam menghadapi cabaran yang mendatang, Kementerian telah memperkukuhkan usahanya untuk mengkaji semula Dasar Sains & Teknologi Kebangsaan dengan matlamat untuk menghasilkan Polisi Sains & Teknologi Kebangsaan yang ke-2.

DSTN 2 dijangka dapat menyediakan satu rangka kerja yang lebih dinamik untuk pembangunan S&T, dengan penekanan yang lebih kepada penglibatan sektor swasta dan juga P&P yang berasaskan pasaran. Idea yang utama adalah untuk mendapatkan kerjasama di kedua-dua sektor awam dan swasta, bagi memperkukuhkan lagi kebolehan dan kemampuan negara dalam bidang penyelidikan dan teknologi. Fokus DSTN 2 akan menjurus kepada aktiviti-aktiviti berasaskan teknologi tinggi dan intensif pengetahuan yang secara dasarnya bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara penyumbang, bukan sahaja sebagai pengguna, dalam bidang sains dan teknologi.

Dasar Alam Sekitar kebangsaan memperjelaskan komitmen kerajaan Malaysia terhadap pembangunan lestari. Polisi ini menjadi pelengkap kepada Wawasan 2020 yang bertujuan untuk memastikan Malaysia mencapai tahap sebuah negara membangun tanpa menjejaskan sumber-sumber asli dan alam sekitar.

Page 23: Pengajian Malaysia 2015

Organisasi

Bahagian

Pejabat Menteri

Pejabat Timbalan Menteri

Pejabat Setiausaha Parlimen

Pejabat Setiausaha

Pejabat Timbalan Setiausaha - Polisi

Pejabat Timbalan Setiausaha - Operasi

Pejabat Penasihat Sains

Pusat Remote Sensing Negara (MACRES)

Pusat Sains Negara (PSN)

Bahagian Bioteknolgi Negara (BIOTEK)

Bahagian Sains, Teknologi dan Inovasi (STI)

Bahagian Oseanografi Negara(NOD)

Bahagian Polisi ICT (DICT)

Bahagian Strategi dan Pengkomersialan (S&P)

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM)

bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM)

Pejabat Penashiat Undang-undang

Bahagian Kewangan

Pusat Sains dan Teknologi Maklumat (MASTIC)

Bahagian Antarabngsa

Bahagian Pembangunan

Bahagian Pentadbiran

Unit Audit Dalaman (UAD)

Page 24: Pengajian Malaysia 2015

Unit Perhubungan Korporat

Unit Korporat

Jabatan

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

Jabatan Kimia Malaysia (JKM)

Agensi Nuklear Malaysia (ANM)

Jabatan Meteorologi Malaysia (MMS)

Jabatan Standard Malaysia (DSM)

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA)

Syarikat Milik Kerajaan[sunting | sunting sumber]

MIMOS Bhd (MIMOS)

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC)

SIRIM Bhd (SIRIM)

Taman Teknologi Malaysia (Technology Park Malaysia Sdn. Bhd.) (TPM)

Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC)

Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd . (ATSB)

National ICT Security and Emergency Response Centre (NISER)

Pusat Maklumat Jaringan Malaysia (MYNIC)

Syarikat Subsidiari Khazanah[sunting | sunting sumber]

Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC)

Badan Statutory[sunting | sunting sumber]

Akademi Sains Malaysia (ASM)

Badan Bukan Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Malaysian Industry Group High Technology (MIGHT)

Inno Biologics Sdn. Bhd.

Page 25: Pengajian Malaysia 2015

11. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

o Menteri: Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar

o Timbalan Menteri: Datuk Ir. Haji Hamim Bin Samuri

Kementerian ini ditubuhkan selepas pengumuman penyusunan semula kabinet baru YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2004.

Satu kombinasi jabatan daripada empat kementerian menghasilkan tanggungjawab kementerian yang baru. Kementerian-kementerian berkenaan adalah:

Kementerian Tanah dan pembangunan Kooperasi (KTPK);

Land and Survey (INSTUN)

Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar (KSTAS);

Kementerian Perdagangan Utama (KPU)

Kementerian Pertanian (KP)

12. Kementerian Pengangkutan

o Menteri: Dato’ Sri Liow Tiong Lai

o Timbalan Menteri: Datuk Ab. Aziz Bin Kaprawi

o >>Tugas//Misi Kementerian Ini

Menyediakan sistem dan perkhidmatan yang cekap, selamat dan berkesan ke arah memantapkanmultimodalism dan meningkatkan daya saing. *

1)Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar pengangkutan bagi rel,maritim, pelabuhan dan penerbangan awam.

2)2.Melaksanakan projek infrastruktur rel,maritim, pelabuhan dan penerbangan awam.

3)3.Menyelaras integrasi antara mod pengangkutan untuk mencapai seamless travel.

Page 26: Pengajian Malaysia 2015

4)4.Menyediakan perkhidmatan pelesenan :

5)Lesen/ permit operasi service provider dan pemegang konsesi (kecuali kenderaan perdagangan jalan).

6)Lesen individu - pemandu kenderaan persendirian/ perdagangan,juruterbang, jurumudi, malim dan lain-lain.

7)Lesen perkapalan domestic

8)Pendaftaran semua mod kenderaan

9)Menentukan pricing policy (kecuali kenderaan perdagangan jalan).

10)Mengawal selia dasar dan operasi pemegang konsesi/ syarikat kerajaan.

11)Menentu/ mengawal selia piawaian perkhidmatan, keselamataN(service and safety standards) dan perundangan.

12)Melaksanakan program kerjasama serantau dan antarabangsa dalam bidang pengangkutan.

>>Agensi//Jabatan di bawah kementerian ini.

*Jabatan keselamatan jalan raya

*Jabatan Pengangkutan Jalan

*Jabatan Keretapi

*Perbadanan Aset Keretapi

*Malaysia Airport

*Malaysian Airlines System

*Jabatan penerbangan awam

*Miros

13. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

o Menteri: Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz

o Timbalan Menteri: Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin

>>Misi//Visi//Tugas kementerian ini

Page 27: Pengajian Malaysia 2015

1. Untuk menggalakkan, memajukan dan mempromosikan pembangunan industri pelancongan negeri secara teratur dan berkesan ke arah menjadikan industri ini sebagai salah satu penyumbang utama kepada KDNK dan pendapatan tukaran wang asing yang berkekalan;

2. Untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk tempatan, khasnya yang tinggal di luar bandar melalui peluang pekerjaan dan perniagaan yang wujud daripada sektor pelancongan.

3. Untuk mengawal semua aktiviti pembangunan bagi meminimumkan degradasi kepada alam sekitar;

4. Untuk mewujudkan dan menguruskan secara berkesan kawasan-kawasan perlindungan agar kewujudan eko-sistem alam semulajadi serta habitat flora dan fauna akan berkekalan.

5. Untuk mengadakan program- program penyelamatan, pemeliharaan dan pemuliharaan warisan seni budaya suku kaum/ etnik, serta warisan semulajadi Sabah supaya berkekalan untuk faedah generasi masa kini dan akan datang.

>>Agensi//Jabatan di bawah kementerian ini

* Tourism Malaysia

Arkib Negara Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Jabatan Muzium Malaysia (JMM)

Jabatan Warisan Negara

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

Istana Budaya

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara

Page 28: Pengajian Malaysia 2015

Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB)

Pusat Pelancongan Islam (ITC)

14. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

o Menteri: Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Cheek 

o Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman

o Timbalan Menteri: Tuan Nogeh Anak Gumbek

>>Visi//Misi Kementerian ini.

*Peneraju Transformasi Pertanian

>Mentransformasi sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetitif.

>Malaysia kompetitif sebagai pengeluar utama makanan dunia.

>Pertanian sebagai salah satu jentera pertumbuhan ekonomi negara.

Jabatan-jabatan

Jabatan Pertanian

Jabatan Perikanan

Jabatan Veteriner

Agensi-agensi

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Lembaga Kemajuan Pertanian KEMUBU (KADA)

Lembaga Kemajuan Pertanian MUDA (MADA)

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN NASIONAL)

Page 29: Pengajian Malaysia 2015

15. Kementerian Pertahanan

o Menteri: Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein

o Timbalan Menteri: Datuk Wira Mohd Johari Bin Baharum

Kementerian Pertahanan Malaysia ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk memelihara kedaulatan, keutuhan, kepentingan dan hak strategik negara Malaysia ke arah mewujudkan rantau yang aman dan makmur. Kementerian ini bertanggungjawab untuk melaksanakan Dasar Pertahanan Negara dan segala pengurusan hal ehwal pertahanan, serta sumber-sumber yang diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan negara.

Kementerian Pertahanan dipimpin oleh Menteri Pertahanan, iaitu Dato' Sri Hishamuddin Hussein, dengan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri Dato' Sri Abd Rahim Bakri. Organisasi Kementerian Pertahanan mengandungi dua perkhidmatan utama, iaitu Perkhidmatan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia.

SejarahSejurus selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Kementerian Pertahanan telah beroperasi dengan rasminya di sebuah bangunan yang terletak di Brockman Road (sekarang Jalan Dato' Onn), Kuala Lumpur. Bangunan itu menempatkan pejabat Menteri Pertahanan yang pertama, iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein yang berkhidmat dari 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970.

Beberapa tahun kemudian, bangunan Kementerian Pertahanan yang pertama telah dibina oleh Kerajaan Persekutuan di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur bagi menempatkan pejabat-pejabat panglima dan pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia daripada ketiga-tiga perkhidmatan. Bangunan yang dibina dengan kos RM122,000 itu dirasmikan oleh Tun Abdul Razak pada 18 Mac 1960.

Bagi menampung keperluan yang semakin bertambah dengan pembesaran angkatan tentera ke arah menguasai tanggungjawab keselamatan negara, sebuah kompleks yang mengandungi enam blok bangunan empat tingkat kemudian dibina berhadapan dengan Pejabat Bahagian Perkhidmatan Anggota. Kompleks tersebut yang berharga RM2 juta telah dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman pada 6 April 1967.

Ekoran keputusan Kerajaan British mengundurkan bala tenteranya dari rantau ini selepas 1970, Kerajaan Malaysia mengambil beberapa langkah tertentu, termasuk

Page 30: Pengajian Malaysia 2015

menyusun segala keperluan Angkatan Tentera Malaysia bagi tujuan pembesarannya. Oleh itu, kerajaan membina sebuah bangunan baru yang boleh menampung kesemua agensi Kementerian Pertahanan di bawahnya. Bangunan baru Kementerian Pertahanan sekarang yang terletak di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, telah di bina dengan harga RM144 juta. Kerja-kerja pembinaan yang bermula pada awal tahun 1982 disiapkan pada pertengahan tahun 1985. Bangunan setinggi 20 tingkat yang dikenali sebagai "Wisma Pertahanan" menyediakan ruang-ruang pejabat dan bilik mesyuarat. Kawasan persekitarannya yang dikenali sebagai "Kompleks Wisma Pertahanan" turut menyediakan beberapa kemudahan seperti auditorium, surau, Medan Pertahanan (Padang Kawat), balai pengawal, menara, bilik komputer, landas helikopter, kafeteria, bangunan tempat letak kereta bertingkat, dan lain-lain.

Agensi

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Tentera Darat Malaysia (TDM)

Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM)

Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)

16. Kementerian Kerja Raya

o Menteri: Dato' Sri Haji Fadillah Bin Yusof

o Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menyingkap kembali sejarah awal pengwujudan sesuatu Kementerian sebenarnya lebih bertitik tolak kepada penubuhan jabatan-jabatan kecil pada zaman pemerintahan Inggeris khususnya apabila Inggeris memulakan campurtangan di Negeri-negeri Melayu selepas termeterainya Perjanjian Pangkor pada 17hb - 20hb Januari 1874.

Salah satu jabatan yang tertua diwujudkan oleh pemerintahan Crown Colony sebelum Perjanjian Pangkor ialah 'Public Works Department' (PWD) atau kemudiannya dikenali sebagai Jabatan Kerja Raya (JKR) yang ditubuhkan pada tahun 1872. Penubuhannya bertujuan untuk menyediakan infrastruktur bagi pembangunan sosio-ekonomi dan sistem politik kerajaan Inggeris di Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada Singapura, Melaka, Perak (Dinding), Seberang

Page 31: Pengajian Malaysia 2015

Perai dan Pulau Pinang. Major J. FA Mcnair, bekas Jurutera Kolonial Negeri-negeri Selat adalah orang yang pertama dilantik mengetuai Jabatan Kerja Raya.

Pada tahun 1954, Kerajaan Inggeris telah mengambil langkah memisahkan pentadbiran Tanah Melayu (Malaya) daripada pentadbirannya yang berpusat di Singapura. Ini merupakan detik permulaan jabatan-jabatan kerajaan di Tanah Melayu dibenarkan melaksana polisi dan program masing-masing.

Pada tahun 1955, Pilihan Raya Persekutuan yang pertama peringkat Majlis Mesyuarat Perundangan menandakan saat peralihan kuasa di antara rakyat tempatan daripada pentadbiran Inggeris sebelum proses kemerdekaan Tanah Melayu dilaksanakan. Parti Perikatan iaitu gabungan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Se-Malaya (MCA) dan Kongres India Se-Malaya (MIC) telah memenangi 51 kerusi dan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) memperolehi satu kerusi.

Dalam tahun 1956, Ketua Menteri dan beberapa orang Menteri telah dilantik mengetuai Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun yang sama, beberapa kementerian telah diwujudkan termasuklah Kementerian Kerja Raya dengan nama asalnya Kementerian Kerja Raya, Pos dan Telekom. Y.B. Encik Sardon bin Haji Jubir adalah Menteri pertama yang mengetuai Kementerian ini. Fungsi dan tanggungjawab Jabatan Kerja Raya telah dikekalkan dan diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian ini. Pengarah Jabatan Kerja Raya pula bertanggungjawab kepada Menteri berhubung dengan perkara-perkara dasar Kementerian.

Pada tahun 1975, Kementerian ini telah disusun semula dan dinamakan Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan. Perkembangan pesat pembangunan dan sosio-ekonomi negara dalam tahun 1970an telah menyebabkan fungsi dan peranan Kementerian ini bertambah. Sesuai dengan peranan tersebut, pada tahun 1978 sekali lagi nama Kementerian ditukar kepada Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam. Walau bagaimanapun selari dengan pengkhususan tanggungjawab, pada tahun 1980an Kerajaan telah mengambil keputusan menamakan Kementerian dengan nama Kementerian Kerja Raya Malaysia dan nama itu kekal sehinggalah sekarang .

Visi

Menjadi organisasi terbilang di dalam pembangunan infrastruktur, industri pembinaan dan perkhidmatan profesional bertaraf dunia.

Page 32: Pengajian Malaysia 2015

Misi

Menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam yang sejajar dengan keperluan negara.

Membangun, mengembang dan memantapkan industri pembinaan negara supaya boleh bersaing di pasaran global.

Memantap golongan profesional dan guna tenaga mahir bagi merebut peluang kerja di dalam dan luar negara.

Fungsi

Membangun dan memajukan infrastruktur, industri pembinaan dan perkhidmatan profesional yang berkualiti supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Objektif

Memastikan dasar kerajaan dilaksanakan oleh Kementerian dan semua agensinya.

Merancang dan menyelaras projek infrastruktur dan kemudahan awam negara.

Melaksana dan memantau projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam negara.

Memberi khidmat teknikal kepada agensi kerajaan.

Mengawalselia kerja penyenggaraan jalanraya Persekutuan dan bangunan gunasama Persekutuan.

Mengendali dan mengawalselia operasi dan penyenggaraan lebuhraya.

Membangun dan mengembangkan industri pembinaan.

Membangun usahawan Bumiputera sector pembinaan.

Melaksanakan program pembangunan professional berterusan bagi meningkatkan tahap kepakaran

17. Kementerian Kesihatan

o Menteri: Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Page 33: Pengajian Malaysia 2015

o Timbalan Menteri: Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya

Kementerian Kesihatan Malaysia adalah salah satu kementerian yang diwujudkan di bawah kerajaan Malaysia, dan diketuai oleh pemegang jawatan Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Dato' Sri S. Subramaniam. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Kesihatan Malaysia, menggantikan Datuk Seri Liow Tiong Lai sejak 16 Mei 2013 hingga kini.

Visi

Malaysia akan menjadi sebuah negara terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperolehi berteknologi sesuai, serasi pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran. Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tangjungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan.

Misi

Misi Kementerian Kesihatan ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi meransang dan memudahkan rakyat untuk :-

Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka

Menghargai kesihatan sebagai aset bernilai

Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

memberi kesedaran kepeda rakyat betapa pentingnya kesihatan

Sejarah Penubuhan KKM

Perkhidmatan Kesihatan Malaysia telah bermula sejak sebelum era kemerdekaan bagi merawat pelombong-pelombong bijih timah. Mereka dikenakan bayaran sebanyak 50 sen setahun bagi mendapatkan rawatan. Pada akhir abad ke-19 negeri Perak mempunyai bilangan hospital terbanyak memandangkan sektor perlombongan bijih timah di Perak berkembang pesat pada waktu itu.

Page 34: Pengajian Malaysia 2015

Hospital Taiping yang juga dikenali sebagai Hospital Yeng Wah merupakan hospital tertua di Malaysia. Sejurus selepas pengenalan X-ray oleh Prof W. C Roentgen, hospital ini telah menjadi hospital pertama yang dilengkapi kemudahan ini. Selain itu, pada tahun 1900, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah ditubuhan bertujuan untuk mengkaji punca penyakit berjangkit (penyakit tropika) yang kian menular ketika itu. IMR juga berfungsi untuk mengawal jangkitan terutamanya penyakit tropika seperti beri-beri, malaria dan disentri.

Ketika pemerintahan Raja Brooke di Sarawak, perkhidmatan kesihatan diperkenalkan untuk merawat pegawai penguasa Eropah serta ahli keluarga mereka. Disamping itu, gadis-gadis Sarawak telah dilatih menjadi jururawat dan bidan di bandar Kuching. Perkhidmatan di negeri ini khusus kepada penduduk-penduduk di kawasan bandar. Pada masa yang sama, perkhidmatan kesihatan di Sabah telah diperkenalkan oleh North Borneo Chartered Company yang menjadi tonggak pemerintahan Sabah pada ketika itu (1881-1942).

Pada tahun 1929, klinik pergigian kerajaan yang pertama telah ditubuhkan di Jalan Silang, Kuala Lumpur. Selain itu, Kolej Latihan Jururawat Pergigian telah ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1949 diikuti dengan pembukaan asrama jururawat oleh Sir Donald Mc Gilivray (1956).

Melalui Rancangan Malaysia ke 7 (RMK-7), permohonan KKM untuk membina lima Kolej Sains Kesihatan Bersepadu (KSKB) di Sg. Buloh, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru dan Ulu Kinta telah diluluskan oleh pihak kerajaan. Selepas 1957, Malaysia telah mempunyai 65 buah hospital dan lebih menumpukan perkembangan sosio-ekonomi penduduk luar bandar.

Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai peranan untuk memulihkan perkembangan sosial.Saban tahun, KKM menyediakan pelbagai kemudahan perkhidmatan kesihatan seterusnya menjadi rujukan oleh negara-negara jiran dalam bidang teknologi dan perubatan.

Page 35: Pengajian Malaysia 2015

Fungsi

Meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia melalui formula-formula polisi yang efisien dan cekap serta memantau perkhidmatan yang disediakan oleh pelbagai agensi kesihatan.

Berperanan membantu individu untuk mencapai satu taraf kesihatan yang baik supaya membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif

Menyediakan perkhidmatan dari segi pencegahan, rawatan dan pemulihan yang effektif dengan memberi tumpuan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Mengembangkan sektor penyelidikan dan pembangunan kesihatan.

Organisasi

Bahagian Peringkat Kementerian

Pengurusan

Penyelidikan & Sokongan Teknikal

Kewangan

Kesihatan Awam

Keselamatan & Kualiti Makanan

Perubatan

Perkhidmatan Farmasi

Kesihatan Pergigian

Institusi & Agensi

Pusat Darah Negara

Pusat Kawalan Kusta Negara

Pusat Penyelidikan Klinikal

Institut Kanser Negara

Institut Penyelidikan Tingkahlaku Umum

Institut Kesihatan Umum

Page 36: Pengajian Malaysia 2015

Institut Pengurusan Kesihatan

Institut Penyelidikan Perubatan

Institut Perubatan Respiratori

Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan

Jabatan Kesihatan Negeri/Wilayah

Rencana utama: Senarai Jabatan Kesihatan Negeri/Wilayah

Pejabat Kesihatan Daerah/Wilayah

Rencana utama: Senarai Pejabat Kesihatan Daerah/Wilayah

Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia

Rencana utama: Senarai Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia

Hospital-Hospital Kerajaan

Rencana utama: Senarai hospital di Malaysia

Klinik Kesihatan dan Pergigian Kerajaan

Rencana utama: Senarai Klinik Kesihatan Kerajaan dan Klinik Pergigian Kerajaan

Makmal Kesihatan Awam

Rencana utama: Senarai Makmal Kesihatan Awam

Klinik 1Malaysia

18. Kementerian Belia dan Sukan

o Menteri: Encik Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar

o Timbalan Menteri: Datuk Saravanan A/L Murugan

Visi KBS

Ke arah mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohani, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab,bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara,

Page 37: Pengajian Malaysia 2015

Melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan cergas serta membangunkan atlet sukan berprestasi tinggi hingga ke taraf antarabangsa.

Misi KBS

Menyediakan Program Pembangunan Belia dan Sukan supaya dapat memberi sumbangan terbaik ke arah pembinaan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai bidang, khususnya bagi:-

Meningkatkan pembangunan generasi muda ke arah mewarisi dan mengangkat peradaban bangsa dan negara; dan

Pembangunan sukan untuk individu dan masyarakat.

Objektif KBS

Objektif KBS ialah: 1.Untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara.

Strategi KBS

Strategi KBS bagi mencapai objektif tersebut adalah seperti berikut:

Memberi penekanan kepada perubahan minda dan sikap ke arah membentuk generasi belia yang bertanggungjawab, dinamik, dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui pelbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa;

Melengkapkan golongan belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus secara formal di Institut kemahiran Belia Negara (IKBN);

Meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup melalui strategi Sukan Untuk Semua dan pengenalan kepada konsep Malaysia Cergas.

Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Page 38: Pengajian Malaysia 2015

Objektif

1. Bahagian Pembangunan Kemahiran.

Memastikan 75% calon yang ditawarkan melaporkan diri;

Memastikan kurang daripada 20% borang-borang permohonan masuk ke IKBN ditolak;

Memastikan lebih daripada 90% pelajar IKBN berjaya mendapat sijil penuh; dan

Memastikan lebih daripada 95% pelajar IKTBN Sepang yang mengikuti kursus jangka pendek mendapat sijil pencapaian.

2. Cawangan Peentadbiran dan Urusetia Kualiti.

Melaksanakan Audit Kualiti Dalaman dua kali setahun.

3. Cawangan Latihan

Melaksanakan 90% program latihan yang dirancang.

4. Cawangan Kewangan.

Menilai prestasi pembekal dalam tempoh dua kali setahun.

5. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang.

Menawarkan 20 kursus dalam tempoh setahun setahun; dan

Memberi latihan kepada 100 peserta dalam masa setahun.

6. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar.

Memastikan 95% daripada pelatih mendapat Sijil Standard Kemahiran Malaysia (SKM).

Page 39: Pengajian Malaysia 2015

Melengkapkan belia-belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus-kursus formal;

Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik , berdaya maju dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui berbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaaan dan antarabangsa.

Meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup melalui strategi “Sukan Untuk Semua ” dan pengenalan kepada konsep “Malaysia Cergas ”; dan

Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Piagam Pelanggan

Melengkapkan belia-belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus-kursus formal;

Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik , berdaya maju dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui berbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaaan dan antarabangsa;

Meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup melalui strategi “Sukan Untuk Semua ” dan pengenalan kepada konsep “Malaysia Cergas ”; dan

Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

19. Kementerian Sumber Manusia

o Menteri: Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem

o Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib

Kementerian Sumber Manusia Malaysia ialah sebuah kementerian di Malaysia yang menguruskan dan membangunkan sumber tenaga pekerja. Ini termasuk memberikan peluang mendaftar bagi membuat padanan pekerjaan dengan kelulusan pemohon termasuk golongan OKU dan Orang Asli di Malaysia. Menterinya kini adalah Datuk Richard Riot Jaem dan timbalannya Dato' Ismail Abd Muttalib

Page 40: Pengajian Malaysia 2015

Visi

Menjadi peneraju dalam bidang pembangunan dan pengurusan sumber manusia bertaraf dunia.

Misi

Membangunkan masyarakat industri yang produktif, bermaklumat, berdisiplin, penyayang serta responsif kepada perubahan persekitaran perburuhan ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menambahkan peluang pekerjaan.

Menggalakkan dan mengekalkan perhubungan yang harmoni dan kondusif di antara majikan, pekerja dan kesatuan sekerja demi kemajuan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Mendokong keadilan sosial dan mengekalkan perhubungan perusahaan yang harmoni melalui penyelesaian pertikaian di antara majikan dan pekerja dan pengiktirafan perjanjian kolektif.

Memastikan kesatuan sekerja beroperasi secara demokrasi, orderly dan bertanggungjawab bagi membantu mencapai objektif mewujudkan keharmonian perhubungan perusahaan.

Untuk menjadi peneraju dalam pembangunan sumber manusia negara.

Memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin.

Untuk membangunkan sumber tenaga kerja yang mahir, berpengetahuan dan kompetitif dalam persekitaran perhubungan perusahaan yang harmoni dan berlandaskan keadilan sosial.

Fungsi dan Tanggungjawab

Mengemaskini dan melaksanakan dasar-dasar dan undang-undang perburuhan bagi mewujudkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berdisiplin di samping mempunyai nilai-nilai positif dan etika kerja yang baik.

Mengemaskini dan melaksanakan dasar-dasar dan undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi memastikan persekitaran kerja yang sihat dan selamat.

Mengurus secara cekap dan berkecuali penyelesaian pertikaian di antara majikan dan pekerja untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif.

Mengawasi dan memantau perkembangan dan pergerakan kesatuan-kesatuan sekerja agar sentiasa teratur berdasarkan kepentingan negara.

Page 41: Pengajian Malaysia 2015

Mengurus perhubungan antarabangsa dalam bidang pentadbiran perburuhan, kerjasama teknikal dalam perkara-perkara perburuhan dan pembangunan sumber manusia.

Menggalak dan menyelaraskan pembangunan kerjasama tiga pihak (tripartisme) di kalangan pekerja, majikan dan pihak Kerajaan serta mewujudkan suasana perhubungan yang harmoni ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.

Merancang dan membangunkan sumber manusia menerusi pengawalan dan analisis pasaran buruh bagi menggubal dasar-dasar berhubung guna tenaga, pembangunan kemahiran tenaga kerja dan sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti.

Mewujudkan peluang pekerjaan dan penempatan.

Mengemaskini dan melaksanakan Dasar Latihan Vokasional Kebangsaan dan strategi-strateginya yang akan memenuhi keperluan latihan tenaga kerja di sektor swasta.

Mengkaji semula, mengemaskini dan membangunkan sukatan latihan kemahiran (NOSS), sistem pensijilan kemahiran (MOSQ) dan standard kemahiran bagi menyokong pelaksanaannya.

Mengemaskini dan melaksanakan secara cekap perkhidmatan keselamatan sosial untuk memastikan jaringan keselamatan yang mencukupi disediakan untuk tenaga kerja.

Agensi di bawah kementerian

Jabatan:

Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Jabatan Tenaga Kerja (Semenanjung Malaysia)

Jabatan Tenaga Kerja (Sabah)

Jabatan Tenaga Kerja (Sarawak)

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja

Jabatan Perhubungan Perusahaan

Page 42: Pengajian Malaysia 2015

Mahkamah Perusahaan

Institut Sumber Manusia Kebangsaan

Badan berkanun dan Syarikat:

Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO)

Pembangunan Sumber Manusia Berhad

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran

Majlis Penasihat:

Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan

Majlis Keselamatandan Kesihatan Pekerjaan

Majlis Penetapan Gaji

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman rasmi kementerian

Pendaftaran mencari peluang pekerjaan.

Pendaftaran mencari peluang pekerjaan bagi OKU.

20. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

o Menteri: Dato' Hamzah Bin Zainudin

o Timbalan Menteri: Senator Dato' Seri Ahmad Bashah Bin Md Hanipah

Sejarah Penubuhan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.

KPDNKK mengawalseliakan perdagangan dalam negeri melalui:

Penentuan dan pemantauan harga barang-barang perlu;

Page 43: Pengajian Malaysia 2015

Perlesenan dan pengawalan pengeluaran, pengedaran dan penjualan barang-barang perlu;

Hal ehwal perlindungan pengguna;

Urusan berkaitan harta intelek yang meliputi hak cipta, cap dagangan, paten dan rekabentuk perindustrian;

perlesenan bagi penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia;

Penyelarasan dasar: peraturan dan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas;

Pelesenan urusniaga jualan langsung;

Membanteras penyelewengan dalam perdagangan ;

Perlaksanaan peraturan timbang dan sukat;

Pendaftaran dan penyeliaan syarikat dan syarikat-syarikat amanah;

Pendaftaran dan penyeliaan perniagaan-perniagaan;

Penggubalan dan pengkajian dasar dan strategi berkaitan pembangunan perdagangan dalam negeri, kepenggunaan dan harta intelek.

Organisasi

KPDNKK mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia, termasuk Kuala Lumpur, dan terdiri daripada 11 bahagian seperti berikut:

Bahagian Perdagangan Dalam Negeri

Bahagian Penguatkuasa

Bahagian Pembangunan Perniagaan

Bahagian Teknologi Maklumat

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Bahagian Dasar dan Perancangan

Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan

Bahagian Audit Dalam

Page 44: Pengajian Malaysia 2015

Bahagian Nasihat Perundangan

Bahagian Hal Ehwal Pengguna

21. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

o Menteri: Dato' Sri Hajah Rohani Binti Haji Abdul Karim

o Timbalan Menteri: Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun

o Timbalan Menteri: Senator Datin Paduka Chew Mei Fun

Sejarah

Pada 17 Januari 2001 mulanya Kementerian ini dinamakan Kementerian Hal Ehwal Wanita seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Tun Mahathir Mohamad.[1] Fungsi Kementerian kemudiannya telah diperluaskan dan ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) mulai 15 Februari 2001. Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah diletakkan di bawah Kementerian. HAWA kemudiannya distruktur semula dan dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Selepas Pilihan Raya Umum Kesebelas pada bulan Mac 2004, fungsi dan tanggungjawab KPWK telah diperluaskan lagi. Pada 27 Mac 2004 fungsi Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah dibubarkan, dan telah dipindahkan ke KPWK. Selaras dengan pertubuhan tersebut, KPWK telah ditukar nama menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

KPWKM dipimpin oleh Y.B. Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil (2001 - Februari 2008) sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya peranan golongan wanita dan institusi kekeluargaan untuk mencapai agenda pembangunan negara. Masyarakat juga diberi kesedaran dan bimbingan dalam aspek pembangunan sosial terutamanya

Page 45: Pengajian Malaysia 2015

kebajikan masyarakat, bagi mencapai matlamat ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan masyarakat maju selaras dengan Wawasan 2020.

Selepas Pilihan raya umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008, pucuk pimpinan KPWKM telah diambil alih oleh Dato' Seri Ng Yen Yen. Antara perancangan awal beliau dalam memimpin KPWKM adalah untuk mendidik masyarakat mengenai kesaksamaan jantina, bermula dari peringkat sekolah, untuk mewujudkan persekitaran yang mesra jantina bagi wanita yang bekerja, meningkatkan pembangunan masyarakat dengan bekerjasama rapat dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan, dan juga menangani isu-isu yang dihadapi oleh wanita berusia/warga emas.

Namun setelah Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, KPWKM sekali lagi diketuai oleh Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Pada 11 Mac 2012, Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil telah meletak jawatan dan menyerahkan KPWKM kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak(memangku).

Pada masa ini, KPWKM diterajui oleh Y.B. Datuk Rohani Abdul Karim. Manakala Y.B. Datuk Azizah Mohd Dun dan Y.B. Senator Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Objektif

Objektif KPWKM ialah

untuk meningkatkan penyertaan dan peranan aktif wanita, keluarga dan masyarakat sebagai penyumbang dan penerima faedah pembangunan negara; memelihara hak-hak dan kepentingan wanita, keluarga dan masyarakat dengan adil dan saksama tanpa ada unsur diskriminasi;

Page 46: Pengajian Malaysia 2015

memperluaskan peluang yang saksama kepada wanita dan masyarakat dalam bidang sosial, ekonomi dan politik;

memantapkan institusi keluarga;

memastikan sistem penyampaian dan sokongan yang cekap dan berkesan.

Jabatan/Agensi

Terdapat beberapa jabatan dan agensi yang diletakkan di bawah kementerian ini. Di antaranya termasuklah:-

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Jabatan Pembangunan Wanita

Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara

Institut Sosial Malaysia

Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)[sunting | sunting sumber]

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan pada tahun 1946. Dalam jangka masa 57 tahun, JKM telah mengalami perubahan bagi memenuhi peranannya dalam pembangunan negara. Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat. Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, ia telah di tempatkan di bawah beberapa kementerian sebelum diletak di bawah KPWKM.

22. Kementerian Luar Negeri

o Menteri: Dato’ Sri Anifah Bin Aman

o Timbalan Menteri: Dato' Seri Reezal Merican Bin Naina Merican

Asal Kementerian ini bermula sebelum kemerdekaan negara ini dalam tahun 1957. Penubuhan Kementerian Luar Malaysia telah dimulakan setahun sebelum kemerdekaan untuk melatih sekumpulan sebelas diplomat untuk menggerak misi

Page 47: Pengajian Malaysia 2015

diplomatik luar negara. Kumpulan ini telah dilatih di Britain dan Australia. Kementerian ini mengikut model Pejabat Luar Negeri British. Pada mulana, hanya tiga pegawai yang membahagikan dunia ini kepada tiga bahagian mengikut tanggungjawab geografi individu mereka.

Objektif

Rencana ini memerlukan rujukan tambahan untuk pengesahan. Perbincangan yang berkenaan mungkin boleh didapati di dalam laman perbincangan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam. (Ogos 2010)

Melaksanakan dasar luar negara merupakan tugas yang rumit dan mencabar. Dengan persekitaran politik dunia yang dinamik, Kementerian Luar Negeri perlu sentiasa peka terhadap perubahan dan mampu bertindak balas dengan berkesan bagi memastikan kedaulatan dan kepentingan negara Malaysia dilindungi sewajarnya manakala pandangan Malaysia dinyatakan dengan jelas di peringkat antarabangsa.

Kementerian akan menyelaras dan bekerja rapat dengan Kementerian dan Agensi yang berkaitan untuk mewujudkan bidang tugas yang boleh dilaksanakan dalam melaksanakan kepentingan negara Malaysia dan untuk menyelaras strategi pemasaran dan penjenamaan Malaysia di luar negara.

Dalam merumuskan dasar luar negara, setiap negara mempunyai matlamatnya sendiri. Dasar luar negara Malaysia adalah mudah, iaitu mencari apa yang penting kepada negara di peringkat antarabangsa.

Kerajaan Malaysia akan berusaha memastikan bahawa Malaysia terus memainkan peranan yang aktif dalam hubungan antarabangsa demi manfaat negara. Dalam usaha mencapai objektif dasar luar negara Malaysia, perkara berkut diberikan penekanan:

•Mengekalkan hubungan yang harmoni dengan semua negara tanpa mengambil kira ideologi dan sistem politik;

•Mengambil pendirian bebas, berkecuali dan berprinsip dalam hal ehwal diplomatik serantau dan antarabangsa;

Page 48: Pengajian Malaysia 2015

•Menjalin hubungan erat dan perkongsian ekonomi dengan semua negara, terutamanya dengan ASEAN dan negara serantau yang lain;

•Menggalakkan keamanan dan kestabilan di rantau ini dengan membina keupayaan dan mengambil pendekatan menyelesaikan konflik;

•Berperanan sebagai pemimpin yang berpengaruh selaku Pengerusi ASEAN, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) (sebagaimana yang kita lakukan beberapa tahun lalu);

•Melibatkan diri secara gigih dan penuh bermakna dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, terutamanya dalam usaha membanteras ketidakadilan dan penindasan serta menjunjung undang-undang antarabangsa; dan

•Mengangkat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang bertoleransi dan progresif.

23. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

o Menteri: Datuk Abdul Rahman Bin Dahlan

o Timbalan Menteri: Datuk Halimah Binti Mohd Sadique

Sejarah

Kementerian ini telah ditubuhkan pada 24hb. Mei 1964 dengan nama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Pada 18hb. Julai 1978, berikutan dengan penyusunan semula Kabinet, organisasi Kementerian telah diubah dan disusun semula dengan nama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Penubuhan ini adalah hasil cantuman di antara Kementerian Perumahan dan Kemajuan Perkampungan dengan Bahagian Kerajaan Tempatan yang sebelumnya terletak di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan.

Visi

Untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan agenda sosial dan penempatan manusia melalui program perumahan, perancangan dan kawalan pembangunan, perkhidmatan perbandaran dan landskap serta perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang cekap dan berkesan.

24. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Page 49: Pengajian Malaysia 2015

o Menteri: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau

o Timbalan Menteri: Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ialah penjenamaan semula daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) berkuatkuasa pada 16 Mei 2013, oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Bin Abdul Razak.

Ibu Pejabat: Putrajaya

Ketua Menteri : Senator Datuk Panglima Salleh Said Keruak

Timbalan Menteri : Dato’ Jailani Johari

Ketua Setiausaha : Y.Bhg. Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Binti Syed Ahmad

Anak – anak agensi: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Radio Televisyen Malaysia (RTM)

Bahagian

o Pejabat Menteri

o Pejabat Timbalan Menteri

o Pejabat Ketua Setiausaha

o Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)

o Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (Sains)

o Pejabat Setiausaha Bahagian Kanan (Perancangan)

o Pejabat Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan)

o Bahagian Direktorat Oseanografi Kebangsaan (NOD)

Page 50: Pengajian Malaysia 2015

o Bahagian Direktorat Nanoteknologi Kebangsaan (NND)

o Unit Perundangan

o Unit KPI

o Unit Integriti

o Unit Audit Dalam (UAD)

o Unit Komunikasi Korporat (UKK)

o Bahagian Perancangan (P)

o Bahagian Inovasi dan Pengkomersilan (I&P)

o Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

o Bahagian Dana

o Bahagian Antarabangsa

o Bahagian Dasar ICT (DICT)

o Bahagian Bioteknologi Kebangsaan (BIOTEK)

o Bahagian Angkasa, Laut dan Atmosfera (S2S)

o Bahagian Teras Sains dan Teknologi (S&T Core)

o Bahagian Industri

o Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM)

o Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (PTM)

o Bahagian Pembangunan

o Bahagian Kewangan

o Bahagian Pentadbiran

Jabatan/Agensi

o Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

Page 51: Pengajian Malaysia 2015

o Jabatan Kimia Malaysia (JKM)

o Agensi Nuklear Malaysia (NUCLEAR MALAYSIA)

o Jabatan Meteorologi Malaysia (MMS)

o Jabatan Standard Malaysia(STANDARDS MALAYSIA)

o Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA)

o Agensi Remote Sensing Malaysia

o Pusat Sains Negara (PSN)

Syarikat Milik Kerajaan

o MIMOS Bhd (MIMOS)

o SIRIM Bhd (SIRIM)

o Malaysia Design Council (MRM)

o Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd. (TPM)

o Malaysia Biotechnology Corporation (BiotechCorp)

o Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd . (ATSB)

o CyberSecurity Malaysia (CSM)

o NanoMalaysia Berhad (NanoMalaysia)

o Malaysia Venture Capital (MAVCAP)

o Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV)

o Kumpulan Modal Perdana Sdn. Bhd

o National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM)

Anak Syarikat Khazanah

o Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)

Page 52: Pengajian Malaysia 2015

Badan Berkanun

o Akademi Sains Malaysia (ASM)

Organisasi Bukan Kerajaan

o Inno Biologics Sdn. Bhd.

o Yayasan Inovasi Malaysia(YIM)

o Yayasan Angkasawan Malaysia(YAM)

o Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan

Mizan(YPASM)

25. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

o Menteri: Datuk Amar Douglas Uggah Embas

o Timbalan Menteri: Dato' Noriah Binti Kasnon

VISI

Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan (centre of excellence) bagi sektor komoditi dan pengeluar utama produk berasaskan komoditi yang mempunyai nilai tambah yang tinggi di pasaran global.

MISIMemastikan industri berasaskan komoditi Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa dan menyumbangkan kepada pembangunan negara.

OBJEKTIF

Di antara objektif yang digariskan oleh MPIC adalah:-

• Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor perladangan dan komoditi bagi memperkukuhkan dan memperluaskan pasaran tempatan dan antarabangsa;

• Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi perladangan dan industri berasaskan komoditi;

Page 53: Pengajian Malaysia 2015

• Meningkatkan sumbangan sektor perladangan dan komoditi dalam pembangunan sosio-ekonomi serta pertumbuhan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK);

• Menggalakkan pelaburan bagi meningkatkan nilai tambah dalam sektor perladangan dan komoditi; dan

• Memastikan pembangunan sektor perladangan dan komoditi berkembang secara mampan dan mesra alam.

Badan Berkanun dan Majlis

Untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut, MPIC disokong oleh enam badan berkanun atau agensi dan lima majlis. Badan-badan tersebut adalah

Lembaga Getah Malaysia

The Malaysian Rubber Board (MRB) is the custodian of the rubber industry in Malaysia. Established on 1 January 1998, it has under its fold three well established agencies (RRIM, MRRDB and MRELB), which are now merged into one.The primary objective of MRB is to assist in the development and modernisation of the Malaysian rubber industry in all aspects from cultivation of the rubber tree, the extraction and processing of its raw rubber, the manufacture of rubber products and the marketing of rubber and rubber products.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ialah agensi utama kerajaan yang diamanahkan dengan tugas dan tanggungjawab berkhidmat untuk industri minyak sawit negara. Lembaga ini telah ditubuhkan melalui Akta Parlimen pada 1 Mei 2000, mengambil alih fungsi, melalui penggabungan, Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM) dan Pihak Berkuasa Pelesenan dan Pendaftaran Minyak Sawit (PORLA). Each organization had put in about twenty years of service to the palm oil industry and it is for the purpose of rendering more effective service and giving greater national and international focus to the industry that MPOB was instituted.

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) adalah badan berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1973 melalui Akta Parlimen. Objektif utamanya ialah mempromosikan dan menyelaraskan pembangunan menyeluruh industri kayu.

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara

Page 54: Pengajian Malaysia 2015

LTN adalah agensi kerajaan yang diberikan kepercayaan dengan fungsi dan tanggungjawab menguruskan industri tembakau Malaysia. Agensi ini telah ditubuhkan pada tahun 1973 untuk mentadbir, mengawal dan membangunkan industri tembakau.

Lembaga Koko Malaysia

Lembaga Koko Malaysia (LKM) adalah satu agensi penyelidikan badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia (dulu dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Utama). Ianya diwujudkan di bawah Akta Parlimen 343 pada tahun 1988 dan mula beroperasi sejak tahun 1989. Objektif utama penubuhan adalah untuk membangunkan industri koko Malaysia yang bersepadu dan kompetitif di pasaran global. Penekanan diberikan kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan dalam pengeluaran biji koko dan peningkatan aktiviti hiliran.

Lembaga Lada Malaysia

Lembaga Lada Malaysia (MPB) ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 dan dilancarkan pada 1 Januari 2007 untuk mengawal selia, mempromosi dan menigkatkan pasaran lada dan produk tambah nilai lada. Pihak Lembaga juga akan terus berusaha memodenkan, meningkatkan kecekapan dan daya saing industri lada di malaysia di samping memperbaiki sosio-ekonomi dan kesejahteraan penanam lada.

Majlis di bawah MPIC

Manakala majlis-majlis yang berada di bawah MPIC adalah

• Majlis Minyak Sawit Malaysia (Malaysian Palm Oil Council - singkatan: MPOC)

• Majlis Mempromosikan Eksport Getah Malaysia (Malaysian Rubber Export Promotion Council)

• Majlis Balak Malaysia (Malaysian Timber Council - singkatan: MTC)

• Majlis Pensijilan Balak Malaysia (Malaysian Timber Certification Council -singkatan: MTCC)

MTCC ini bertindak sebagai Badan Pentadbir Negara (National Governing Body - singkatan:NGB) dan juga Badan Pensijilan (Certification Body singkatan: CB) yang mengeluarkan sijil-sijil berdasarkan penilaian oleh penilai bebas.[1]

Page 55: Pengajian Malaysia 2015

• Majlis Mempromosikan Perabot Malaysia(Malaysian Furniture Promotion Council - singkatan: MFPC)

MFPC ditubuhkan pada tahun 2003 untuk mempromosikan dan membangunkan industri perabot supaya dapat mengekalkan pendapatan tukaran wang asing yang besar di dalam ekonomi Negara

26. Kementerian Wilayah Persekutuan

o Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor

o Timbalan Menteri: Senator Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan

Sejarah Penubuhan

Kementerian Wilayah Persekutuan diwujudkan pada tahun 1979 untuk menjalankan tugas dan fungsi sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969. Pada masa itu, Kementerian Wilayah Persekutuan juga berfungsi sebagai penyelaras perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang selaras dengan penubuhan satu Majlis Perancangan Wilayah Lembah Klang dan Jawatankuasa Kerja Perancangan Wilayah Lembah Klang.

Pada tahun 1981, Kementerian Wilayah Persekutuan telah diturunkan statusnya menjadi satu bahagian di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang beroperasi sebagai Unit Perancangan Lembah Klang. Untuk menampung strategi pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan pula, pada tahun 1984 telah diwujudkan Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang untuk melaksanakan dasar pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Pengumuman penyusunan semula kabinet pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi, menyaksikan penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tan Sri Mohd Isa Bin Dato' Hj Abdul Samad telah dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan yang pertama.

Penyusunan semula Kabinet pada 27 Mac 2004 telah menyaksikan Kementerian Wilayah Persekutuan ditubuhkan semula untuk memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) di samping bertanggungjawab untuk menyelaras Perancangan Lembah Klang seperti yang tersebut dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 (pindaan terkini).

Page 56: Pengajian Malaysia 2015

Transformasi Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Kelang yang merupakan salah sebuah Jabatan Perdana Menteri menjadi sebuah Kementerian pada 27 Mac 2004 menekankan kepentingan dan keutamaan yang diberikan kepada perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; meliputi perancangan Lembah Kelang sebagai sebahagian daripada usaha negara untuk memajukan kawasan tersebut.

Penubuhan KWP bertujuan:-

• Melaksanakan tugas-tugas perancangan dan pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta Lembah Klang dan Hal Ehwal Kepulauan.

• Bertanggungjawab untuk mengawal selia :

• Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

• Perbadanan Putrajaya.

• Perbadanan Labuan.

Pada 23 Oktober 2009, ketika pembentangan Bajet 2010, Y.A.B. Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa fungsi dan tanggungjawab Kementerian Wilayah Persekutuan diperkukuh dan diperluaskan untuk membasmi kemiskinan bandar seluruh negara dan melaksanakan program kesejahteraan bandar. Sehubungan itu, pada 13 November 2009, Kementerian Wilayah Persekutuan dengan rasminya dikenali sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Namun, pada Mei 2013 nama asal kementerian iaitu Kementerian Wilayah Persekutuan dikembalikan