21

PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN · PDF fileberpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di ... kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN · PDF fileberpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di ... kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah
Page 2: PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN · PDF fileberpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di ... kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah
Page 3: PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN · PDF fileberpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di ... kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah

PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN PELAJAR YANG

MENGAMBIL MATA PELAJARAN TEKNOLOGI PEMPROSESAN

PERMAKANAN II DI UTM

KONG MEI LAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 4: PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN · PDF fileberpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di ... kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah
Page 5: PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN · PDF fileberpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di ... kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah

iii

DEDIKASI

FOR MY PARENTS,

KONG FUI THONG & THIAN SWEE MEI

WHO EARLY IN MY LIFE

TAUGHT ME THE JOYS OF

COMMUNICATION.

Page 6: PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN · PDF fileberpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di ... kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah

iv

PENGHARGAAN

Penyelidik amat bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan kajian projek

sarjana muda ini dalam masa yang begitu terhad. Banyak pengalaman telah diperolehi

selepas membuat projek ini. Keberhasilan menyiapkan projek dalam tempoh masa yang

ditetapkan adalah berkat semua pihak yang sudi memberikan bantuan.

Terlebih dahulu, penyelidik ingin merakamkan penghargaan yang ikhlas kepada

pensyarah pembimbing Projek Sarjana Muda, Puan Hjh. Noraini Binti Mohd. Nor, atas

bimbingan dan dorongan serta tunjuk ajar yang diberikan oleh beliau sepanjang tempoh

kajian ini dijalankan sehinggalah projek sarjana muda yang lengkap ini dihasilkan.

Tidak lupa juga penyelidik ingin berterima kasih kepada rakan-rakan sekursus

dan seperjuangan atas kesanggupan mereka untuk berkongsi ilmu, pandangan dan

maklumat yang diketahui untuk menjayakan kajian ini.

Penghargaan turut disampaikan kepada lbubapa penyelidik yang jauh dan

sentiasa memberi dorongan semangat dalam apa saja yang dilakukan.

Akhir kata, kepada semua pihak yang memberi sumbangan kepakaran, masa dan

tenaga sehingga terhasilkan projek sarjana muda ini, penyelidik merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

Page 7: PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN · PDF fileberpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di ... kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini dijalankan untuk meninjau aplikasi kemahiran komunikasi di

kalangan pelajar Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai yang pernah mengambil mata pelajaran

Teknologi Pemprosesan Permakanan II. Seramai 53 orang responden yang terlibat dalam

kajian ini. Aspek yang dikaji dalam kajian ini adalah persepsi pelajar terhadap

kepentingan kemahiran berkomunikasi dalam pekerjaan. Di samping itu, aspek penerapan

kemahiran komunikasi oleh pensyarah juga turut dikaji. Kajian ini juga untuk melihat

kekerapan kemahiran komunikasi diterapkan dan tahap penguasaan pelajar dalam bidang

komunikasi. Data diperolehi melalui borang soal selidik dan dianalisis untuk mendapatkan

kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package

For Social Sciences) version 10.0 for Windows. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

pelajar mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan kemahiran komunikasi

dalam pekerjaan. Secara keseluruhan, penerapan kemahiran komunikasi di kalangan

pelajar berada pada tahap yang positif. Beberapa cadangan turut dikemukakan untuk

mengatasi masalah yang berkaitan dalam kajian. Beberapa cadangan untuk kajian lanjutan

juga dikemukakan agar ia boleh menjadi panduan untuk penkaji yang akan datang.

Page 8: PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN · PDF fileberpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di ... kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah

vi

ABSTRACT

This descriptive research was carried out in order to investigate the application of

communication skills among the students in Faculty Education, UTM, Skudai. The

respondents of the research were consisted of 53 students who ever took the subject of

Food Processing Technology II. The purpose of this research was to determine the

awareness of the students about the important of communication skills in employment.

Besides, the research was to determine the method of the application of communication

skills by the lecturers. It is also to investigate the frequencies of communication skills

apply in the lecture and the levels of mastery in communication skills among the students.

The data were obtained through the questionnaires and it was been analyzed by using

SPSS (Statistical Package For Social Sciences) version 10.0 for Windows to get the

frequency, percentage and mean. The results of this research showed that majority of the

respondents have the high awareness about the important of communication skills in the

jobs. From the studies, we can conclude that the level of the application of communication

skills among the students were positive. Besides, a few of relevant suggestions were

proposed in order to overcome the problem occur in the research and to achieve the good

communication skills among the students. May this be the guide line for those who want

to further the research in communication skills.

Page 9: PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN · PDF fileberpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di ... kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SIMBOL xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAHAGIAN SATU

BAB I

BAB I PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Kepentingan Kajian 6

Page 10: PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN · PDF fileberpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di ... kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah

viii

1.6 Batasan Kajian 8

1.7 Definisi Terminologi 8

1.8 Penutup 12

BAHAGIAN DUA

BAB II

BAB II SOROTAN PENULISAN 14

2.0 Pengenalan 14

2.1 Kepentingan Komunikasi Dalam Dunia Pekerjaan 14

2.2 Gaya Pengajaran 17

2.3 Pengajaran Berkesan 19

2.4 Prinsip-prinsip Pengajaran yang Baik 20

2.5 Keberkesanan Komunikasi 22

2.6 Kualiti Seorang Komunikator yang Cekap 25

2.7 Komunikasi Dalam Dunia Pekerjaan 27

2.8 Kemahiran Komunikasi 30

2.8.1 Kemahiran Bertutur 30

2.8.2 Kemahiran Menulis 31

2.8.3 Kemahiran Membaca 32

2.9 Jenis-jenis Komunikasi 33

2.10 Bentuk-bentuk Komunikasi 37

2.11 Kajian-kajian Lepas 42

2.12 Rumusan 44

Page 11: PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN · PDF fileberpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di ... kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah

ix

BAHAGIAN TIGA

BAB III

BAB III METODOLOGI KAJIAN 45

3.0 Pengenalan 45

3.1 Reka Bentuk Kajian 45

3.2 Tempat Kajian 46

3.3 Populasi Kajian 46

3.4 Persampelan Kajian 47

3.5 Instrumen Kajian 48

3.6 Analisis Data 50

3.7 Jangka Masa Kajian 54

3.8 Prosedur Kajian 54

3.9 Kajian Rintis 55

3.10 Penutup 56

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV

BAB IV ANALISIS DATA 57 4.0 Pengenalan 57

4.1 Analisis Bahagian A: Taburan Responden Mengikut 58

Ciri-ciri Demografi

4.2 Analisis Bahagian B: Dapatan Kajian Berdasarkan 62

Persoalan Kajian

4.3 Rumusan Keseluruhan Skor Peratusan dan Min 73

Mengikut Tahap

Page 12: PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN · PDF fileberpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di ... kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah

x

BAHAGIAN LIMA

BAB V

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN 74 CADANGAN 5.0 Pengenalan 74

5.1 Rumusan Kajian 75

5.2 Kesimpulan Kajian 75

5.3 Perbincangan 77

5.4 Cadangan 89

5.5 Kajian Lanjutan 90

5.6 Penutup 92

BAHAGIAN ENAM

BIBLIOGRAFI

RUJUKAN 93

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN 99-105

Page 13: PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN · PDF fileberpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di ... kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah

xi

SENARAI JADUAL

NO TAJUK MUKA SURAT

3.1 Populasi kajian 47

3.2 Pembahagian item mengikut persoalan kajian 49

3.3 Data demografi responden (Bahagian A) 51

3.4 Skor item (Bahagian B dan C) 52

3.5 Tahap penilaian respoden berdasarkan min 52

3.6 Skor item (Bahagian D) 53

3.7 Skor item mengikut kategori tahap (Bahagian E) 54

4.1 Taburan responden mengikut kursus 58

4.2 Taburan responden mengikut umur 59

4.3 Taburan responden mengikut jantina 60

4.4 Taburan responden mengikut bangsa 60

4.5 Taburan responden mengikut agama 61

4.6 Kepentingan komunikasi dalam pekerjaan 62

4.7 Penerapan kemahiran komunikasi oleh pensyarah 65

4.8 Kekerapan kemahiran komunikasi diterapkan 67

4.9 Tahap penguasaan kemahiran komunikasi oleh pelajar 70

4.10 Rumusan keseluruhan skor min dan peratusan 73

Page 14: PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN · PDF fileberpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di ... kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah

xii

SENARAI SIMBOL / SINGKATAN

% - Peratus

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

SPH - Kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPSS - Statistical Package For Social Sciences For Windows

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 15: PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN · PDF fileberpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di ... kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A SOAL SELIDIK 99-104

B SURAT PENGESAHAN DARI FAKULTI

PENDIDIKAN 105

Page 16: PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN · PDF fileberpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di ... kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia banyak

memerlukan perubahan dalam pelbagai bidang. Lebih-lebih lagi negara ini sudah

menetapkan tahun 2020 sebagai sasarannya untuk menjadi negara maju seperti yang

termaktub dalam gagasan wawasan 2020. Wawasan 2020 dengan jelas telah

menyatakan impian negara, iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara membangun

sepenuhnya menjelang abad ke-21.

Seiring dengan perkembangan negara yang pesat dalam menuju ke arah

Wawasan 2020, Rancangan Malaysia Kelapan, telah melaporkan bahawa lebih banyak

tenaga manusia yang terlatih, berkemahiran dan berpengetahuan perlu diwujudkan

dalam memperkembangkan keperluan ekonomi negara berasaskan pengetahuan (New

Straits Times, 12hb Mei 2001).

Dunia pendidikan telah mengalami banyak perubahan pesat yang dibawa oleh

kesan globalisasi, pengdemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi

yang berasaskan pengetahuan, persaingan yang hebat dalam pelbagai bidang kerjaya dan

usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan yang bertaraf dunia.

Page 17: PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN · PDF fileberpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di ... kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah

2

Matlamat utama belajar ialah untuk memajukan diri dan menjadi warga negara

yang berilmu khususnya apabila memasuki alam pekerjaan. Justeru, keputusan yang

cemerlang merupakan harapan dan impian bagi setiap pelajar. Tetapi, lulus cemerlang

sahaja adalah tidak mencukupi. Pada era globalisasi ini, para pelajar harus sedar bahawa

kemajuan negara berasaskan ilmu pengetahuan memerlukan generasi muda yang

berkemahiran tinggi dan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dalam dunia

pekerjaan (Berita Harian, 22 hb April 2005).

Kemahiran generik yang harus dikuasai oleh para graduan adalah berunsur

kemahiran, kecekapan dan ketrampilan. Adalah sangat penting bagi setiap pelajar untuk

menguasai kemahiran generik untuk mempertingkatkan employabiliti mereka dalam

pasaran pekerjaan kelak.

Antara contoh-contoh kemahiran yang dititikberatkan dalam alam pekerjaan

adalah seperti kemahiran komunikasi, kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran

merancang dan mengelola aktiviti, kemahiran bekerja dengan orang lain dalam

kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran mengurus, memilih dan

menganalisis maklumat, kemahiran memahami budaya, kebolehan menyesuaikan diri,

pembelajaran sepanjang hayat, keyakinan diri, etika dan integriti.

Dalam era di mana kadar pengangguran di kalangan graduan universiti adalah

tinggi ketika ini, keperluan untuk para graduan menguasai kemahiran generik ini

disamping kemahiran teknikal dalam bidang pengkhususan masing-masing menjadi

lebih kritikal. Justeru, siswazah perlu menilai perkara yang sering diungkapkan oleh

pihak majikan iaitu tahap mutu siswazah yang tidak menepati kehendak pasaran

pekerjaan menjadi punca kegagalan mereka.

Jadi, para graduan zaman kini seharusnya berusaha bersungguh-sungguh serta

melengkapkan diri dalam penguasaan kemahiran generik untuk menghadapi cabaran ke

alaf baru.

Page 18: PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN · PDF fileberpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di ... kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah

3

1.1 Latar belakang masalah

Para graduan merupakan golongan yang dimuliakan oleh masyarakat dan

dikatakan terdidik dari segi ilmu pengetahuan serta dilengkapi dengan pelbagai

kemahiran. Tetapi amatlah hairan apabila didapati bahawa golongan yang

berpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di

institusi pengajian tinggi.

Abdullah Ahmad Badawi telah menyifatkan masalah pengangguran siswazah

sebagai sesuatu yang serius dan mesti ditangani segera sebelum sampai ke tahap yang

lebih buruk. Beliau berkata, jika usaha menghadapi masalah itu dibuat hanya selepas ia

menjadi semakin besar, kesan susulan daripadanya juga akan lebih sukar untuk

ditangani. Statistik terbaru kerajaan menunjukkan terdapat 80,000 graduan menganggur

di negara ini pada tahun 2004 (Bernama, 22hb Mac 2005).

Apakah punca sebenar yang mengakibatkan kadar pengangguran yang semakin

meningkat sehingga lebih 80,000 siswazah yang gagal mendapat pekerjaan? Adakah

kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah pengangguran di kalangan graduan yang

semakin serius ketika ini disebabkan oleh sikap graduan itu sendiri yang tidak berkualiti

dan terlampau memilih pekerjaan?

Menurut Nurliyana, kebanyakan graduan tidak peka dengan isu semasa terutama

permintaan pasaran pekerjaan. Mereka tidak peka apakah kriteria yang diperlukan

dalam pasaran kerja sekarang dan hanya belajar untuk memenuhi syarat kursus (Berita

Harian, 22 hb April 2005).

Tetapi jika kita cuba buka akhbar tempatan setiap hari, masih terdapat banyak

jawatan kosong yang berbentuk profesional dipaparkan. Begitu juga di laman web yang

Page 19: PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN · PDF fileberpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di ... kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah

4

terdapat di internet. Apakah punca kegagalan para graduan yang begitu banyak gagal

dalam memohon jawatan yang ditawarkan?

Fong Chan Onn berkata, antara kelemahan para siswazah ialah kelemahan dari

segi komunikasi dalam bahasa antarabangsa itulah yang menyebabkan mereka gagal

mendapatkan pekerjaan (Utusan Malaysia, 2hb Julai 2005).

Keupayaan menusia untuk berkomunikasi adalah antara kualiti yang

membezakan manusia dari kumpulan sosial yang lain (Schramm dan Porter, 1992). Ini

menunjukkan betapa pentingnya komunikasi dalam menentukan masa depan seseorang

terutama dalam dunia pekerjaan yang dipenuhi dengan aktiviti yang memerlukan

komunikasi.

Kelulusan yang tinggi tidak menjamin seseorang itu menjadi komunikator yang

baik. Mungkin dia hanya boleh menjadi seorang komunikator yang rendah mertabatnya.

Menurut Sharifah Mariam pula, komunikasi merupakan asas hidup bermasyarakat, tetapi

orang yang mengetahui cara untuk berkomunikasi dengan berkesan amatlah kurang

(Ahmad Kamil Mohamed, 1995).

Mustafa Mansur mengatakan bahawa (New Sunday Times, 14hb Julai 2002),

“In the light of the changing global business environment, Malaysians should strive to be multi-lingual to make the must of international trading opportunities.”

Kegagalan para graduan untuk mempersembahkan penampilan diri yang baik

pada sesi temu ramah juga merupakan faktor utama mereka gagal mendapat pekerjaan

yang dipohon. Ada juga yang sanggup lewat menghadiri sesi temu ramah dengan

alasan kesesakan lalu lintas. Menurut laporan New Straits Times yang bertarikh 14hb

Mei 2001,

Page 20: PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN · PDF fileberpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di ... kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah

5

“…many candidates fail to win their first jobs because they perform badly at interviews.”

Faktor kekurangan keyakinan dan berasa cemas sehingga gagal menjawab soalan

yang dikemukakan dengan baik dan jelas semasa sesi temu ramah juga menyebabkan

kebanyakan graduan gagal mendapat pekerjaan yang diingini (New Sunday Times, 14hb

Julai 2002).

1.2 Pernyataan masalah

Bagaimanakah tahap pengaplikasian kemahiran komunikasi dalam mata

pelajaran Teknologi Pemprosesan Permakanan II bagi pelajar Fakulti Pendidikan di

Universiti Teknologi Malaysia?

1.3 Objektif kajian

Kajian ini bertujuan mengenalpasti sama ada kemahiran komunikasi yang

diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan diterapkan dalam diri pelajar di institusi

pengajian tinggi. Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia dan bertujuan

untuk mencapai beberapa objektif iaitu:

i. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran komunikasi

dalam pekerjaan.

ii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran komunikasi oleh

pensyarah dalam mata pelajaran Teknologi Pemprosesan Permakanan II di

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Page 21: PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN · PDF fileberpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di ... kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah

6

iii. Mengenalpasti kekerapan kemahiran komunikasi diterapkan dalam mata

pelajaran Teknologi Pemprosesan Permakanan II mengikut persepsi pelajar.

iv. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran komunikasi di kalangan pelajar

yang mengambil mata pelajaran Teknologi Pemprosesan Permakanan II.

1.4 Persoalan kajian

Berdasarkan pernyataan masalah yang telah dinyatakan, beberapa persoalan

kajian yang merangkumi beberapa aspek telah disenaraikan. Kajian ini dijalankan untuk

mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan kajian berikut:

i. Apakah persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran komunikasi dalam

pekerjaan?

ii. Apakah persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran komunikasi dalam mata

pelajaran Teknologi Pemprosesan Permakanan II oleh pensyarah?

iii. Bagaimanakah kekerapan kemahiran komunikasi diterapkan dalam mata

pelajaran Teknologi Pemprosesan Permakanan II mengikut persepsi pelajar?

iv. Bagaimanakah tahap penguasaan kemahiran komunikasi di kalangan pelajar

yang mengambil mata pelajaran Teknologi Pemprosesan Permakanan II?