Penerangan litar pengguna

  • View
    991

  • Download
    12

Embed Size (px)

Text of Penerangan litar pengguna

KERTAS PENERANGAN

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : LITAR PENGGUNA KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN

BANGUNAN (BWI)

PENERANGAN : Setiap pemasangan pengguna mestilah dilindungi dari arus lebihan ( litar pintas dan beban lampau ) dan kebocoran arus ke bumi bagi mengelakkan terkena kejutan elektrik, kebakaran dan sebarang bahaya yang mungkin terjadi.

Setiap alat kawalan dalam pemasangan mestilah yang mudah digunakan dan mudah dicapai oleh pengguna bagi tujuan :

i. Pengasingan dan penyuisan

ii. Perlindungan arus lebih

iii. Perlindungan kebocoran ke bumi

Cara-cara pengasingan dan penyuisan. i. Semua suis kutub tunggal yang dipasang pasa sistem TN dan TT hendaklah hanya kepada

pengalir fasa ( hidup ) sahaja.

ii. Pengalir neutral tidak perlu diputuskan kecuali pada :

a. Suis utama ; atau

b. Alat perkakas pemanas di mana elemennya mungkin boleh disentuh ; atau

c. Pengubah auto lampu discas yang tidak melebihi 1.5 KV dan suis yang digunakan

hendaklah daripada jenis berangkai dan tentukan ia dapat memutuskan litar bersama

dengan pengalir fasa.

Cara-cara perlindungan arus lebihan. i. Fius dan pemutus litar tidak boleh dipasang pada pengalir neutral bumi dalam sistem TN dan TT. Sekiranya pemutus litar dipasang pada pengalir neutral bumi, ia mestilah dapat memutuskan litar bersama pengalir fasa.

ii. Perkakas atau alat perlindungan arus lebihan yang digunakan mestilah daripada jenis yang:

a. Dapat dikendalikan atau putuskan litar secara automatik pada kadar yang ditetapkan ;

b. Berkeupayaan untuk memutus dan jika perlu ia berkeupayaan menyambung semula ;

c. Direkabentuk agar sesuai daripada bahaya kepanasan atau arka apabila ia dikendalikan dan dapat memberi bekalan tanpa bahaya.

Perlindungan kebocoran arus ke bumi. Semua bahagian pengalir ( logam ) dalam pemasangan pengguna yang terdedah perlu

dibumikan dan dilindungi dengan alat perlindungan arus lebihan yang bersesuaian atau

pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus. Perkara ini akan dihuraikan secara lebih terperinci

di bawah tajuk pembumian.

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : LITAR PENGGUNA KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN

BANGUNAN (BWI)

Kawalan turutan.

Kawalan turutan ialah turutan alat-alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna, ini termasuklah pengasingan dan penyuisan, perlindungan lebihan arus dan perlindungan kebocoran ke bumi. Susunan alat kawalan dan perlindungan dalam kawalan turutan adalah seperti berikut:-

i. Fius perkhidmatan dan penghubung Neutral berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus pengguna. ( Disediakan oleh pihak berkuasa bekalan TNB ).

ii. Jangka kilo watt jam berfungsi sebagai mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi menetapkan kadaran bayaran tarif. ( Disediakan oleh pihak berkuasa bekalan TNB ).

iii. Suis utama berfungsi sebagai pengasing atau penyuisan dan perlindungan arus lebihan.

iv. Pemutus litar bocor ke bumi berfungsi sebagai perlindungan kebocoran ke bumi dan pengasing litar.

v. Papan agihan berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan.

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : LITAR PENGGUNA KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN

BANGUNAN (BWI)

Keperluan penyuisan dan perlindungan bagi setiap litar akhir pengguna ialah:

i. Pengasing.

a. Suis fius.

b. Fius suis.

c. MCB.

d. MCCB.

e. ACB.

f. OCB.

g. VCB.

h. GCB.

ii. Perlindungan arus lebihan.

a. Fius.

b. MCB.

c. MCCB.

d. Peranti lebihan arus ( Over Current Relay ).

iii. Perlindungan kebocoran ke bumi.

a. Pemutus litar bocor ke bumi ( Earth Leakage Circuit Breaker ).

b. Geganti kebocoran ke bumi ( Earth Leakage Relay ).

c. Geganti kerosakan ke bumi ( Earth Faulth Relay ).

iv. Penunjuk bekalan.

a. Volt meter.

b. Frekuensi meter.

c. Lampu penunjuk ( Indicator lamp ).

v. Penunjuk beban.

a. Ammeter.

b. Faktor kuasa meter.

c. Kilo watt meter.

d. KVarh meter.

e. Watt meter.

f. Dan lain-lain.

Litar akhir. Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada alat-alat yang memerlukan arus elektrik.

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : LITAR PENGGUNA KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN

BANGUNAN (BWI)

Tujuan pembahagian litar utama ke litar akhir. i. Untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan, iaitu dengan memastikan bahawa arus kerosakan yang akan mengendalikan sistem perlindungan itu tidak melebihi daripada sepatutnya.

ii. Untuk memastikan bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan boleh diputuskan bekalan bagi tujuan pemeriksaan, pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpa mengganggu litar lain.

iii. Untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar dari mengganggu litar lain.

Susunan litar piawai. i. Litar akhir menggunakan soket alur keluar BS 1363.

ii. Litar akhir menggunakan soket alur keluar BS 196.

iii. Litar akhir jejari menggunakan soket alur keluar BS 4343.

iv. Litar akhir pemasak di dalam rumah kediaman.

v. Litar akhir selain daripada yang di atas.

Peraturan IEE bagi litar akhir ( keperluan umum ). i. Bagi sesuatu pemasangan yang mempunyai lebih daripada satu litar akhir, setiap litar akhir itu mestilah disambung kepada fius atau pemutus litar yang berasingan dalam peti fius agihan.

ii. Pendawaian bagi setiap litar akhir mestilah diasingkan ( secara elektrik ) daripada litar kecil akhir yang lain. Bagi memudahkan tujuan pemeriksaan, pengalir neutral hendaklah disambung di dalam P.F.A sama seperti pengalir fasa.

iii. Kapasiti membawa arus kabel yang digunakan di setiap litar akhir mestilah tidak boleh kurang daripada kadar arus nominal alat perlindungan litar kecuali bagi litar akhir gelang.

Permintaan arus maksimum. Permintaan arus maksimum ialah arus terbesar yang perlu dialirkan ke dalam litar, suis dan alat perlindungan pada satu masa. Permintaan maksimum arus bagi litar akhir boleh ditentukan daripada permintaan arus keseluruhan bagi semua punca beban dan perkakas elektrik dalam litar yang sewajarnya dengan kelonggaran kepelbagaian. Bagi menentukan keseluruhan permintaan arus dalam litar boleh berpandukan daripada jadual 4A yang diberi di bawah ini.

Punca beban dan perkakas elektrik

Anggapan permintaan arus

15 amp soket alur keluar

13 amp soket alur keluar

5 amp soket alur keluar

2 amp soket alur keluar

15A

13A

5A

sekurang-kurangnya 0.5A

Keluaran lampu ( selain dari lampu discas )

Sama dengan arus beban 100 watt per pemegang lampu.

Jam elektrik, pencukur elektrik pengubah loceng dan alat-alat yang kurang daripada 15 volt-amp

Boleh diabaikan

Peralatan pegun yang lain

Sama dengan kadar arus beban atau arus biasa

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : LITAR PENGGUNA KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN

BANGUNAN (BWI)

Litar akhir soket alur keluar jenis BS 1363.

Soket alur keluar jenis ini arus nominalnya 13A dan khusus digunakan untuk kegunaan rumah domestik. Tetapi ia juga sesuai digunakan untuk tempat selain rumah kediaman. Soket alur keluar boleh dibuat dengan menyambung secara litar jejari dan litar gelang.

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : LITAR PENGGUNA KURSUS :PEMASANGAN PENDAWAIAN

BANGUNAN (BWI)

Peraturan IEE Litar jejari dan gelang BS 1363.

i. Bagi menentukan jumlah litar akhir yang perlu diagihkan dan saiz pengalir kabel yang digunakan ia hendaklah berpandukan kepada jadual A5.

ii. Bilangan soket alur keluar yang hendak disambung adalah tidak terhad tetapi dengan syarat ia mampu mengendalikan perlindungan arus lebihan dan luas lantai kurang daripada yang ditetapkan.

iii. Kelonggaran kepelbagaian (deversiti) tidak boleh digunakan bagi menentukan litar akhir soket alur keluar BS 3036.

iv. Bagi sistem punca bekalan kuasa jenis TT (punca bumi tidak disediakan oleh pihak berkuasa bekalan), semua soket alur keluar mestilah dilindungi oleh alat arus residual (pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus) dengan arus kendalian tidak melebihi 30mA.

JADUAL 5A

Jenis

Alat Perlindungan Arus Lebihan

Saiz pengalir minimum

Maksimum Luas Lantai m2Kabel Penebat Getah / PVK Pengalir Kuprum mm2Kabel Penebat PVK

Pelapik

Kuprm Pengalir Aluminium mm2Kabel

Penebat

Mineral

Pengalir

Kuprum

mm2Kadar

Jenis

Gelang

30A atau 32A

Sebarang Jenis

2.5

4

1.5

100

Jejari

30A atau 32A

HRC atau Pemutus litar

4

6

2.5

50

Jejari

20A

Sebarang Jenis

2.5

4

1.5

20

Peraturan IEE khas untuk litar gelang BS 1363

i. Setiap pengalir dalam litar kecil akhir gelang mestilah bermula dari satu fius dalam papan agihan dan disambungkan pada setiap punca soket alur keluar dan berakhir di punca yang sama di papan agihan.

ii. Setiap litar akhir gelang mestilah mempunyai pengalir perlindungan bumi dan disambung seperti pengalir fasa dan neutral kecuali litar gelang itu dibuat di dalam konduit, sesalur, atau dengan menggunakan kabel berlapikkan logam.

iii. Kapasiti membawa