PENDIDIKAN PEMBANGUNAN LESTARI

Embed Size (px)

Citation preview

PENDIDIKAN PEMBANGUNAN LESTARI PENGENALAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DAN PEMBANGUNAN LESTARINURUL RAIHANA KAMARULHISHAM NURAKHMAL LYNA ABD HAMID

PENGENALAN Suruhanjaya Dunia mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (Laporan Brundtland 1987) mendifinisikan Pembangunan Lestari sebagai, pembangunan yang membolehkan generasi semasa memenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi mendatang bagi memenuhi keperluan mereka

Mengikut laporan Our Common Future yang diterbitkan oleh The World Commissionon Environment and Development (WCED), 1987, pembangunan mampan/lestari adalah : Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka. Satu penekanan utama yang disarankan dalam dasar pembangunan mampan ini ialah masyarakat dunia mestilah hidup dalam had daya tampung (carrying capacity) planet bumi. Walaupun terdapat beberapa definisi yang berbeza tetapi dalam kesemua definisi ini terdapat satu tema yang dikongsi bersama iaitu alam sekitar (environment), masa depan (futuristic) dan kesaksamaan (equity).

DEFINISI ALAM SEKITARALAM SEKITARdunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi tempat atau di sekeliling

Alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)

Merujuk kepada satu istilah geografi tentang doktor falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997) Pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

Pusat Perkembangan Kurikulum dan World Wide Fund For Malaysia-WWF Malaysia, 1998

bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman seseorang mengenai bagaimana dunia berfungsi dan perkaitannya dengan kehidupan untuk memupuk sikap positif untuk memilih cara hidup yang bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar untuk mewujudkan satu ekosistem yang boleh menyokong kehidupan bersih, sihat, produktif, seimbang dan terjamin di samping mengekalkan pembangunan.

P.A.S adalah satu proses yang berpanjangan. Ia cara untuk melihat tentang pelbagai kehidupan yang berkaitan, belajar mengenal pasti kesan baik dan buruk terhadap persekitaran fizikal dan tanggungjawab yang harus diterima terhadap aktiviti alam sekitar.

[HUGHES, 1977]

Proses mengenal pasti nilai dan penjelasan konsep yang bertujuan membina kemahiran dan tingkah laku yang sejajar bertujuan memahami dan menghargai hubungkait antara manusia, alam sekitar dan budaya, yang bertujuan untuk membuat penentuan dan rumusan diri tentang keperihatinan kualiti alam sekitar.

INTERNATIONAL UNION FOR THE CONVERSION OF NATURE AND NATIONAL RESOURCES, 1970

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN WORLD WIDE FUND FOR MALAYSIAWWF MALAYSIA

bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman seseorang mengenai bagaimana dunia berfungsi dan perkaitannya dengan kehidupan untuk memupuk sikap positif untuk memilih cara hidup yang bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar untuk mewujudkan satu ekosistem yang boleh menyokong kehidupan bersih, sihat, produktif, seimbang dan terjamin di samping mengekalkan pembangunan.

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU 1997

pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dan alam sekitar serta bagaimana manusia harus menguruskan alam sekitar dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan manusia. Ia melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, untuk alam sekitar dan melalui alam sekitar bagi meninkatkan kesedaran, pengetahuan, kefahaman dan kesedaran tentang pengurusan alam dengan bijaksana.

LATAR BELAKANG ALAM SEKITAR

STOCKHOLMBermula sebagai tindak susul daripada Persidangan Stockholm mengenai Ekologi Manusia yang diadakan pada 1972 (persidangan ini membincang dan menghasilkan satu pelan bertindak bagi meningkatkan mutu alam sekitar)

Program Pendidikan Alam Sekitar dicadangkan untuk membantu setiap individu memperolehi pengetahuan asas dan meningkatkan kemahiran serta membina sikap posifitif terhadap alam sekitar.

CADANGAN 96: PERSIDANGAN STOCKHOLMPenubuhan Program Pendidikan Alam sekitar Antarabangsa [IEEP] tahun 1975 Tujuan utama: 1. Peningkatan dalam pertukaran maklumat dan pengalaman 2. Kajian dan eksperimen 3. Latihan personel 4. Pembangunan kurikulum dan bahan 5. Kerjasama antarabangsa dalam P.A.S

Dua persidangan susulan yang penting bagi merangka garis panduan, matlamat dan objektif Program Pendidikan Alam Sekitar: PERSIDANGAN ALAM SEKITAR DI BELGRADE PADA 1975 PERSIDANGAN KETUA-KETUA KERAJAAN DI TBILISI, USSR PADA 1977.

Laporan Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992), kepentingan pembangunan mapan menjadi perkara penting dalam Agenda 21, Bab 36.

PERSIDANGAN TIBLIS Persidangan Tiblisi telah diadakan di Bandar Tbilisi Georgian. Persidangan ini merupakan persidangan dunia pertama yang membincangkan mengenai isu alam sekitar sebagai salah satu daripada pendidikan. Sebanyak 265 delegasi telah menghadiri persidangan ini.

TARIKH14- 26 OCTOBER 1977

TEMPATTBILISI ( GEORGIAN SSR, USSR)

ANJURANUNEP ( UNITED NATION ENVIRONMENT PROGRAMME)

OBJEKTIF UTAMAKESEDARAN PENGETAHUAN TINGKAH LAKU KEBOLEHAN PENYERTAANmembantu meningkatkan kesedaran dalam diri setiap masyarakat dunia mengenai pentingnya menjaga alam sekitar membantu meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam menjaga alam sekitar.

supaya masyarakat menghargai alam sekitar serta berusaha untuk melindunginya

membantu untuk menyelesaikan masalah alam sekitar di seluruh dunia secara terperinci dan menyeluruh melibatkan penyertaan delegasi-delegasi dari negara luar.

INITIPATI PERSIDANGAN TIBLISI Ianya membincangkan mengenai kepentingan alam sekitar kepada seluruh dunia khususnya negara yang sedang membangun. Membincangkan ,mengenai ekonomi, sosial, politik dan sistem ekologi di bandar dan penempatan. Untuk menyediakan individu mengenai nilai, tingkah laku, komitmen untuk melindungi dan meningkatkan tahap kebersihan alam sekitar di seluruh dunia. Untuk membincangkan mengenai cara bagi mengatasi masalah pencemaran khususnya di negara sedang membangun

MALTA Seminar Latihan Pendidikan Alam Sekitar diadakan di Malta pada 1991, anjuran UNESCO. Mengesyorkan bahawa matlamat utama PASadalah membantu masyarakat menyedari dan memahami isu-isu alam sekitar dan dapat menguasai kemahiran dalam usaha mengatasi isu-isu tersebut. Mengekalkan kualiti alam sekitar sekaligus meningkatkan kualiti hidup manusia.

LAPORAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA 1979Hasil Laporan Kabinet, 1979 Pengenalan kurikulum baru [KBSR dan KBSM] KBSR mula dengan subjek Alam + Manusia i. Tahun 4 6 ii. Melalui 5 subjek tradisi: Geografi, Sejarah, Sains, Sivik dan Kesihatan iii. Melalui: pemupukan, pengetahuan, kesedaran, kefahaman, penghargaan dan tahap sensiviti individu. iv. Penerapan: Matematik, Muzik, Sastera, B. Melayu, English dan Agama Islam KBSM melalui kurikulum bersepadu i. Subjek Geografi , Sains dan Pendidikan Moral ii. Tingkatkan kefahaman dan penghargaan alam sekitar semulajadi penerapan merentasi kurikulum subjek lain

DEFINISI PEMBANGUNAN LESTARI1 Pembangunan lestari ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan gabi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya

2

Pembangunan lestari ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya.(White & Whitney, 1992)

3

Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka Our Common Future yang diterbitkan oleh The World Commissionon Environment and Development (WCED), 1987

4

pembangunan yang membolehkan generasi semasa memenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi mendatang bagi memenuhi keperluan mereka Suruhanjaya Dunia mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (Laporan Brundtland 1987)

MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARIPemuliharaan sumber/ kualiti alam skitar Pembangunan fizikal

PEMBANGUNAN LESTARI

Kesaksamaan sosial

Penyertaan politik

BRUTDHLAND REPORT 1987 WORLD COMMISION ON ENVIRONEMT AND DEVELOPMENTPembangunan lestari ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Pembangunan bandar yang lestari harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya.(White & Whitney, 1992)

Persidangan Bumi mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio pada 1992 mempunyai objektif untuk menangani masalah global alam sekitar di kedua-dua negara sudah membangun dan sedang membangun dengan memberi penekanan kepada penyelesaian konfl ik di antara isu ekonomi dan isu alam sekitar. Pada masa kini, kebanyakan negara mempunyai jurang sangat besar di antara penduduk miskin dan penduduk kaya jika dibandingkan dengan dua puluh atau tiga puluh tahun yang lalu. Akibat dari itu keselamatan politik, sosial dan ekonomi terancam sementara kerosakan alam sekitar disebabkan oleh penduduk yang berlebiha mengeksploitasi hasil semulajadi bertambah.

Persidangan Kemuncak Bumi mengenai pembangunan lestari pada musim panas 2002 di Johannesburg, Afrika Selatan memberi satu pandangan yang optimistik terhadap penyelesaian masalah yang disebutkan di atas. Persidangan itu mempunyai objektif untuk terus berusaha ke arah keadilan sosial dan persekitaran untuk semua golongan manusia di dunia. Semua orang di dunia berhak menikmati pembanguan lestari tanpa mengira mereka lelaki atau perempuan, tua atau muda, miskin atau kaya, berada di Timur ataudi Barat dan di Utara atau Selatan. Persidangan itu juga bertujuan memperteguhkan usaha-usaha pembangunan secara lestari dengan meminimumkan pemusnahan atau penurunan kualiti alam sekitar secara tempatan, wilayah atau global akibat daripada penduduk yang berlebihan, pembasmian hutan, perlombongan, pertanian serta pencemaran tanah, air dan udara. Tujuan lain persidangan ini adalah untuk membangun dan menyokong persetujuan-persetujuan antarabangsa untuk mengawal pemanasan global dan bahan cemar.

AGENDA 21 DALAM PERTUBUHAN PBBAgenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (UNCED) sewaktu sesi persidangannya di Rio de Janeiro(Sidang Kemuncak Bumi) pada 1992. Agenda ini menggariskan beberapa perkara yang harus dilaksanakan oleh negara-negara anggota PBB (yang menerima pakai Agenda ini) seterusnya mengadakan laporan khusus (tahunan) tentang perjalanannya di peringkat negara, dan kemudian diserahkan kepada Majlis Pembangunan Mapan (CSD). Laporan tersebut antaranya mengandungi kegiatan yang dilakukan yang memenuhi hasrat Agenda 21, halangan dan cabaran yang dihadapi, serta isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang berkaitan.

STRUKTUR DAN KANDUNGANBAHAGIAN I: SIMENSI SOSIAL DAN EKONOMItermasuklah memerangi kemiskinan, mengubah corak penggunaan, perubahan demografi dan penduduk, memperbaiki kesihatan, memperbaiki corak penempatan mapan dan mengintergrasikan alam sekitar dan pembangunan di dalam membuat keputusan.

BAHAGIAN II: PEMELIHARAAN DAN PENGURUSAN SUMBER UNTUK PEMBANGUNANtermasuklah melindungi atmosfera, memerangi ketandusan hutan, melindungi alam sekitar yang rapuh, pemeliharaan kepelbagaian hidupan, dan mengawal pencemaran.

BAHAGIAN III: MEMPERKASAKAN PERANAN KUMPULAN BESARtermasuklah peranan kanak-kanak dan remaja, wanita, badan bukan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan pekerja.

TUMPUAN AGENDA 21 DAN KAITAN PEMBANGUNAN LESTARI DENGAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

TUMPUAN AGENDA 21 DAN KAITAN PEMBANGUNAN LESTARI DENGAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Pendidikan untuk pembangunan lestari ialah satu misi pendidikan yang mencari keseimbangan di antara kesejahteraan manusia dan perkembangan ekonomi bersama tradisi budaya serta penghormatan terhadap sumber semulajadi.

Pendidikan untuk pembangunan lestari adalah luas dan menuntut usaha sepanjang hayat yang mencabar individu, institusi dan masyarakat untuk melihat hari esok sebagai kepunyaan kita bersama.

Justeru, ia adalah pembelajaran yang diperlukan oleh manusia untuk membaiki dan mengekalkan kualiti kehidupan sekarang dan generasi akan datang. Individu, keluarga, komuniti, perniagaan serta kerajaan perlu hidup dan bertindak secara lestari yang membabitkan keputusan dan tingkahlaku mereka terhadap masyarakat, ekonomi, hidupan liar dan sumber semula jadi. Amalan-amalan dalam pendidikan untuk pembangunan lestari termasuklah penyertaan awam untuk membuat keputusan secara berkesan, kolaborasi dan rakan kongsi secara silang sektor, visi secara holistik, komitmen antara intra-generasi dalam menangani isu-isu keadilan sosial, kepelbagaian budaya bagi kelestarian akan datang; dan menyemak semula peranan sains dan pendidikan; serta menjalankan rundingan, penilaian dan tindakan bagi mencapai hasrat tersebut.

PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI Pendidikan untuk Pembangunan Mapan (Bahasa Inggeris:Education for Sustainable Development (ESD)) merupakan satu wawasan pendidikan yang memberikan kuasa kepada orang ramai untuk memegang tanggungjawab dalam mencipta masa depan yang mapan. Pusat kepada ESD adalah konsep budaya sebagai tema asas. Telah diketahui bahawa tiada "jalan tunggal" untuk pembangunan mapan. Malah, amat jelas yang pemahaman dan wawasan bagi kemapanan adala berbeza bagi setiap orang dan kita perlu bekerjasama untuk berunding tentang proses mencapai kemapanan itu. Ramai yang terlibat secara tidak langsung dalam pembangunan mapan (seperti kerajaan, perniagaan, institusi pendidikan, media, remaja, dll).

Setiap satu sektor ini mempunyai pandangan yang berbeza tentang pembangunan lestari dan bagaimana untuk menyumbang. Sesetengahnya berminat dengan pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar, sesetengahnya berminat dengan pembangunan ekonomi manakala yang lain berminat dengan pembangunan sosial Sebagai tambahan, bagaimana setiap negara, kumpulan masyarakat dan individu melihat pembangunan lestari adalah bergantung kepada nilai Nilai bagi sesuatu masyarakat membantu dalam bagaimana keputusan seseorang dibuat dan bagaimana perundangan negara ditulis. Cabarannya ialah bagaimana untuk membawa mereka ini bersama untuk bekerjasama dalam mencari keseimbangan dalam kepentingan dan keutamaan mereka. Pelbagai pendekatan bagi ESD untuk menggalakkan orang ramai memahami dan menilai nilai mereka dan masyarakat yang mereka tinggal dalam konteks lestari.

MENGORIENTASIKAN PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARIDalam sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992, kepentingan pembangunan lestari telah menjadi perkara penting dalam Agenda 21, Bab ke-36. Hasil persidangan tersebut Malaysia telah mengambil langkah dengan memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar bagi membantu setiap individu memperoleh nilai, komitmen, pengetahuan asas dan meningkatkan kemahiran serta membina sikap positif terhadap alam sekitar.

Pendekatan seumpama Enviro-Schools , EcoSchools , Whole-School Approaches dan New Zealand s Environmental Educational Professional Development Programme diberikan penekanan dan peneguhan optimistik di negara-negara maju. Isu yang dibincangkan adalah berkenaan pengetahuan dan kesedaran alam sekitar, isu kitar semula dan isu Pendidikan Alam Sekitar.

Kepentingan terhadap Pendidikan Alam Sekitar bukan sahaja merupakan masalah negara-negara maju malahan ia juga merupakan isu utama yang harus diberikan penekanan oleh rakyat Malaysia. Atas dasar kesedaran inilah maka Kementerian Pelajaran dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengorak langkah melancarkan Program Sekolah Lestari.

Idea Sekolah Lestari telah dicetuskan semasa Simposium Pendidikan Alam Sekitar untuk pengetua-pengetua sekolah peringkat kebangsaan pada 27 hingga 30 Ogos 2001 di Melaka (Kasthuri, 2007). Perkara ini cukup relevan pada ketika ini apabila timbulnya isu pemanasan global yang kian meruncing.

KESEDARAN AWAMAmalan 5R Sambutan Hari Alam Sekitar/Hari Bumi Jualbeli barangan terpakai Perisian komputer utk hasilkan grafik dan poster yang menarik Sekolah Lestari/ Penghijauan Sekolah/ Sekolah dalam Taman/Taman dalam sekolah

Jaga Kebersihan dan Keindahan Bandaraya

Hari Tak Mau Tapau (Kalau nak tapau, guna tupperware)

KESIMPULAN Pembangunan Lestari perlu dilaksanakan dengan baik dan memerlukan kerjasama semua pihak bagi memastikan agar semua individu mendapat hak yang sama dalam memenuhi keperluan alam sekitar masing-masing. Hal ini juga penting dalam memastikan generasi akan datang turut dapat menikmati manfaat dari alam sekitar jika semua pihak memeliharanya dengan baik.

TAMATSEKIAN TERIMA KASIH