298
1 PENDAHULUAN LATAR BELAKANG KAJIAN Agama Islam yang disampaikan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. kepada umat manusia merupakan rahmat yang paling agung buat alam semesta dari Allah S.W.T. Pencipta Yang Mahamulia. Kemasukan agama Islam ke Nusantara telah mendatangkan sinaran cahaya perubahan kepada penduduknya dalam pelbagai aspek kehidupan. Sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam kitab suciNya al-Qur’Én al- KarÊm: Maksudnya: Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. Surah al-AnbiyÉ’(21): 107. Justeru itu, penyebaran ajaran Islam impaknya secara tidak langsung telah memartabatkan potensi keintelektualan penganutnya di rantau ini. Pusat-pusat pengajian turut dikembangkan dengan pesat ke merata tempat, mendatangkan impak yang besar dalam melahirkan tokoh-tokoh, pendakwah-pendakwah dan juga penghasil karya-karya yang menyumbang jasa terhadap agama, nusa dan bangsa. Pengorbanan para ulama Nusantara terhadap pendidikan ilmu Islam di rantau ini pada abad ke-19 M merupakan abad keemasan dalam penghasilan karya klasik. Keberjasaan mereka tertampak dalam pelbagai aspek, sama ada dalam bentuk kegiatan berkarya, kegiatan menyampaikan dakwah dan juga kegiatan dalam bidang pendidikan ilmu-ilmu keagamaan kepada generasi pelapis. Bagaimanapun dalam kegiatan berkarya, terdapat mereka yang menghasilkan karya-karya asli dan karya-karya terjemahan. Karya-karya ciptaan ulama Nusantara abad ke-19 M, dewasa ini semakin jauh dan terasing dari graduan-graduan Islam modern yang tidak pernah mengikuti

PENDAHULUAN LATAR BELAKANG KAJIAN - core.ac.uk · umat manusia merupakan rahmat yang palin g agung buat alam semesta dari Allah ... Setelah menganalisis kajian -kajian lepa s,

Embed Size (px)